Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 12 Disember 2008

Aku Wujud Ada Tujuannya..

Apa? flight penuh? macamana nak balik ni? Ini bahaya guna tiket rebate, on standby, kalau takde kosong kena tunggu next flight. Tapi aku harus balik jugak paling lewat esok kerana cuti sudah habis. Rungutku ketika terkandas di KLIA semasa balik ke KL menghadiri kursus motivasi bulan lepas.

Nak tak nak aku terpaksa beli tiket confirm dgn bayaran penuh, tiket sehala yg harganya sama seperti bayar penuh dua hala.

Keesokan harinya aku pun kembali ke KLIA untuk pulang ke Abu Dhabi. Memang flight dr KL ke tanah Arab ni selalunya penuh, mungkin juga sebab musim haji hampir tiba.

Masih ku ingat nombor kerusi 26G, selepas sahaja kapten memadamkan isyarat tali pinggang aku cuba mencondongkan kerusi kebelakang agar lebih selesa. ALAMAK... rosak lak kerusi ni, tak boleh baring kebelakang, dah la bayar penuh, dapat lak kerusi rosak.

Aku memanggil pramugari bertanya jika ada kerusi lain, "maaf" katanya, "flight penuh", "habis tu saya harus tegak lagi 6 jam ke"? "Maafla Encik, nanti saya lapurkan pada ketua pramugari, mungkin dia boleh membantu."

Aku tak boleh marah, kerana prinsipku apa yg berlaku pada diri ku ini adalah disebabkan tindak tanduk atau pemikiran ku yg lepas2 lepas, tetapi mengapa begini? Haruskah aku marah? merungut, bad mood sehingga sampai ke Abu Dhabi?

Terdetik dihatiku, "aku kan jurutera pesawat, aku tahu bagaimana kerusi ini berfungsi dan aku boleh cuba men"godek" mekanisme kerusi ini supaya ianya boleh condong kebelakang. Ku angkat lapik bawah dan nampak "hydrolock" yg mengawal fungsi condong, tekan je pada "release plunger" dah boleh condong.

Alhamdulillah, boleh condong kebelakang akhirnya, dan alhamdulillah lega rasanya tak perlu duduk tegak lagi 5 jam setengah.

Sambil bersndar kebelakang, aku terfikir, mengapa dalam lebih kurang 300 penumpang didllm pesawat ini mengapa aku mendapat kerusi rosak ini? Bagaimana jika orang lain yg terkena? Aku mendapat jawapannya dan dengan tenangnya aku berehat dan terlena tidur di ketinggian 38 ribu kaki.

Hidup adalah kerjasama, ilmu yg ditimba gunanya untuk menolong sesama manusia, Allah mentakdirkan aku mendapat kerusi rosak ini kerana aku punya ilmu untuk membaikinya, tidak akan teraniaya orang lain jika mereka mendapat kerusi yg rosak tersebut. Hidup adalah saling tolong menolong, aku hidup untuk mengagungkanNya, menikmati hidup ini dgn gembira dan saling tolong menolong sesama manusia. Aku bukan hanya aku, aku adalah engkau, mereka, kamu dan awak.. kita semua berkait.

Education berasal dr perkataan Latin "educo" yg bermaksud "to draw out", "to induce", iaitu dgn ilmu pendidikan itu dapat mengeluarkan sifat2 diri agar menjadi manusia yg berguna pada agama dan juga pada sesama manusia.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 7 Disember 2008

Suka Hati Akula Nak Pakai Apa...

Menarik sungguh makanan ni, lihat sahaja dah terliur, apatah lagi perut tgh lapar ni, tapi aku tak leh makan gambar ni, bagaimana nak lepaskan keinginan nafsu perutku yang lapar ini ya?

Pelbagai senario kita boleh kaitkan, jika punya wang, boleh beli yg dah siap dimasak atau boleh sediakan dirumah dgn bahan2 yg dibeli, bagaimana dgn mereka yg tidak punya wang? Jika sehari dua tidak punya wang mungkin boleh bertahan, tetapi jika lama kelamaan lapar beberapa hari, manusia akan hilang pertimbangan dan mula melakukan perkara2 luar kelakuan manusia seperti mencuri dan sebagainya.

Perghhh... bergetahnya beb.. kalau la aku dapat memang habis aku kerja kan. Asyik tengok dalam gambar je, ni depan mata lak, ni yg rasa nak meledak nafsu aku ni.


Sekuat2 iman lelaki pasti tercuit nafsu melihat perempuan2 berpakaian begini. Bagi kebanyakan wanita begini dgn angkuhnya berkata "suka hati aku la nak pakai apa, hak aku untuk berpakaian apa yg aku suka". Mungkin mereka tahu jaga diri, mereka kuat, punya ilmu pertahanan diri boleh menangkis sesiapa yg cuba melakukan sesuatu yg tidak baik, mungkin punya boyfriend/suami yg boleh mempertahankan mereka dan sebagai nya, tetapi tidak kah mereka terfikir kesannya pada wanita2 yg lain?

Bagi lelaki yg terangsang nafsunya, mereka tidak akan menerjah menerpa wanita2 yg seksi ini untuk melempiaskan nafsu, seperti melihat makanan yg terliur, kita tidak akan makan apa yg tidak boleh dicapai, lelaki akalnya panjang, bagi yg sudah berkahwin, akan kembali ke isteri, punya wang, ke perempuan "berbayar", bagaimana dgn yg tidak punya isteri atau byk wang yg boleh dibelanjakan?

Lelaki begini akan mencari mereka yg lemah, samada girlfren yg tenggelam dgn pujuk rayu dan akhirnya menyerahkan diri, sumbang mahram terhadap adik2, anak2 yg lemah dan juga memperkosa wanita lain.

Tindakan wanita2 berpakaian begini sedar sebenarnya mereka mengundang bala kepada wanita2 lain. Selalunya mereka menuding jari ke arah lelaki dgn alasan lelaki tidak tahu mengawal nafsu, wanita bertudung pun dirogol, bukan wanita seksi je. Lelaki tidak kira cara berpakaian atau pun umur. Jika sudah kronik ketagihan terhadap seks, bertudung atau tidak tiada bezanya. Semua ketagihan berpusat di tempat yg sama di bahagian otak baik dadah, rokok, seks, mengumpat, berleter, tv, video games dan sebagainya. Sebab itu mereka yg ketagih dadah akan hilang pertimbangan bila ketagihannya memuncak, begitu juga dgn seks.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #59)

Ayat diatas jelas menunjukkan berpakaian sopan agar mereka tidak diganggu, tetapi disebabkan mereka pandai jaga diri, tak kisahlah nak pakai macamana, mereka tidak sedar yg teraniaya kelak adalah wanita lain secara tidak langsung.

Bila agaknya akan sedar? Bila adik mereka manjadi mangsa? Ibu? Kakak? Nenek? Saudara wanita? Adakah hanya akan sedar bila terkena pada diri sendiri?

Jika kita rujuk ke ayat Quran surah An Nur 64:31, Allah memerintahkan wanita2 untuk menutup dada mereka. Lihat perkembangan fesyen terkini? Kebanyakan fesyen semakin mendedahkan dada. Ini dinamakan kemajuan fesyen tetapi kemunduran iman. Ini belum diambil kira tertipu dgn jumlah kain yg makin kurang tetapi dijual dgn harga yg lebih mahal atas nama fesyen dan jenama.

Masaalah manusia sekarang sebenarnya adalah kita sudah terlalu tenggelam dgn sikap ke"aku"an. Apa yg dilakukan tidak ada kena mengena dgn orang lain, semua tindak tanduk dan pemikiran kita sebenarnya mempengaruhi dunia sekeliling kita, baik manusia dan alam sekitar.

Sikap ke"aku"an ini menyebabkan manusia menjadi "selfish" dan tidak memikirkan kesan pada orang lain, contohnya dalam bab berpakaian, yg menjadi mangsa sebenarnya adalah golongan wanita itu sendiri, jika tidak pada mereka, pada wanita yg lain.

Lelaki sebagai pemimpin harus lebih tegas memperbetulkan cara hidup yg salah ini, adakah jika anak atau adik sendiri menjadi mangsa baru ingin mengambil tindakan? Didiklah isteri dan anak2 agar kita tidak bersubahat menjadi perogol dgn tidak secara langsung.

Saya meng"google" keyword "awek seksi" untuk gambar diatas dan menjumpai beberapa website/blog yg nampak jelas dimilik oleh lelaki melayu yg selalunya atau sepatutnya adalah Islam, mencari wang dgn menempel iklan. Mereka mempromosi gambar gadis2 melayu menarik pengunjung dan menharapkan pendapatan dr iklan2. Sikap lelaki sebegini juga meruntuhkan lagi moral2 lelaki2 lain, jika adik beradik, saudara mara perempuan anda di cabul, jgn salahkan orang lain... Halal kah rezeki yg mereka perolehi? Adakah rezeki ini diguna membeli makan anak2 atau pun wang imbuhan untuk ibu di kampung?

Kajian mengenai asas kehidupan iaitu atom, zarah dan elektron menunjukkan kita semua berkait, dari sudut asas kehidupan kita semua bersaudara, dr teori big bang dan Nabi Adam. Kita tidak pernah diajar untuk melihat pertalian ini menyebabkan kita tenggelam dgn sifat ke"aku"an dan membuahkan sifat pentingkan diri sendiri.

We all connected, we just cant see it... whatever we think and do is effecting the world around us...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 26 Oktober 2008

Solat Merawat Otak

Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yg menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan "decision maker" bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi sifat yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan "reflect brain" (bahagian belakang yg primitif) dr the "thinking brain". Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sgt stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM seperti yg lapurkan diakhbar2 baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yg sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah2 memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!

Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 :

15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,-
16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun2 ini digelar "cingulate guru" yg mana jika "overactive" akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.

Baca posting saya Mengapa Perlu Solat disini...

Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yg lain amnya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 23 Oktober 2008

Cerita Penguin Yang Taat

Aku membawa anak-anakku ke Marine Life Educational & Entertainment Park yang mana terdapat persembahan aksi ikan paus KillerWhale, ikan lumba-lumba dan juga persembahan oleh seekor penguin.

Si penguin ini membuat persembahan yang amat hebat dan mengkagumkan, terjun dari papan terjun yang tinggi, menimbang bola dgn hidungnya, melompat ditengah gelung api dan macam2 lagi. Sambil memeluk anakku, kami menikmati persembahan penguin tersebut. Apa sahaja yg diperintah oleh pelatihnya, dia dgn patuh melakukannya. Jika dia disuruh ambilkan sesuatu, dgn pantas dilakukannya.

Aku memandang anak2ku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar dr penguin tersebut tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.

Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dgn taat sekali. Sambil memandang kearah anak2 ku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".

Serta merta terlintas dihatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun sesuatu yang baik, aku samada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yg sentiasa sibuk, tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.

Ini sebenarnya dgn tidak secara langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dgnya, aku utamakan peluk cium dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.

Kita tenggelam dgn cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda2 yg negatif, contohnya tajuk2 utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara 2 negatif.

Didalam hidup kita apa yg kita fokus kan itu yang menjadi realiti hidup kita ini, jika kita fokus akan kedegilan anak2, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.

Energy Flows Where Attention Goes.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 26 September 2008

Quran Baru - Al Furqan

Agak aneh di Malaysia, sistem pendidikan kita tidak menitik berat kan pemahaman Al-Quran itu sendiri. Kita sebenarnya takut terbaca ayat Al-Quran yg salah (furqan) atau apa2 sahaja tulisan2 arab yg mengandungi ayat2 palsu dan tanpa sengaja mengagungkan selain Allah dan terpesong akidah. Ini termasuklah dulu heboh mengenai ayat2 quran hiasan dinding yg mengandungi makna terpesong dr akidah yg kononnya berada dipasaran negara.

Adakah dgn lebih fahamnya maksud Al-quran nanti ramai rakyat Malaysia akan lebih berat ke pihak pembangkang? Mungkin.. Atau untuk mengelak kan fahaman ala Wahabi yang mana mereka akan membuat hukum2 berdasarkan pemahaman sendiri instead of merujuk ke mufti2 atau uztaz?

Sikap orang melayu lebih kepada menggantungkan ayat2 dr memahami ayat2 itu sendiri, kononnya ayat2 yg digantung akan menjadi pendinding dr syaitan atau pemberi kemurahan rezeki, contohnya ayat seribu dinar yg lebih kurang bermaksud, "Sesiapa yg bertakwa kepada Allah, akan dikeluarkan dirinya dari kesulitan dan akan diberi rezeki dr sumber yg tidak disangka2", tetapi orang melayu pula membuat pengubahsuaian kepada "Sesiapa yg MENGGANTUNGKAN ayat ini..... " jadi lebih kepada gantung dr takwa... Menjauhi syaitan? syaitan yg paling utama adalah nafsu diri kita sendiri sebenarnya.

Penyelesaian bagi hal2 sebegini ataupun benteng untuk apa saja helah mereka yg memusuhi Islam adalah dgn pemahaman Al-quran itu sendiri, sistem pendidikan kita patut menitik beratkan pemahaman instead of kelancaran bacaan, berlagu dgn dengung dan idhram yg sempurna tetapi tak memahami makna, sebab itu lah kita boleh solat tetapi fikiran kita melayang, sebab itu lah kita boleh berdoa lancar didlm bahasa arab tetapi fikiran kearah lain, mungkin sebab itu juga doa tak makbul sebab apa yg kita kumat kamitkan kita sendiri tidak memahaminya...

Musuh islam mengambil kesempatan keatas kedaifan umat islam itu sendiri, sedar lah sebelum terlewat, mungkin kita tiada kuasa untuk meminta menteri pendidikan mengubah sukatan pelajaran agama agar anak2 kita dan generasi masa depan akan lebih memahami AL-Quran tetapi kita semua mempunyai kuasa untuk membeli tafsir Al-quran dan mula memahami apa yg kita baca.

Bermula lah dgn memahami Al-Fatihah dan beberapa ayat lazim supaya kita boleh lebih khusyuk didlm sembahyang dan tidak melayang fikiran memikirkan dunia, minda sedar dan minda separuh sedar kita bersatu memfokuskan tindakan yg sama, barulah sembahyang kita akan diterima dan insyaalah apa yg di hajati akan termakbul.

Peringatan terutamanya buat diri saya sendiri............


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 23 September 2008

Ur Writing Is RUBBISH !!! - Komen Wanita Bekerja

Dont judge the book by the cover.. jika anda baca betul2 apa yg saya tulis, di 6 perenggan yg terakhir, saya meletakkan kembali kesalahan keatas lelaki sebagai suami dan sebagai pemimpin, ini termasuklah diri saya sendiri. Dgn sebab itu lah saya menulis agar kesedaran dan ilmu yg saya perolehi ini dapat dikongsi bersama.

Terima kasih buat semua yg memberi komen baik menyokong atau mengutuk, sengaja saya letak tajuk sebegitu untuk melihat reaksi pembaca, adakah mereka menggunakan "the thinking brain" PFC atau reflect part of the brain which is for "fight or flight", sebab itu di perenggan yg pertama telah saya ingatkan, komen guna akal, bukan guna emosi.

Dr hujah2 menentang yg dikemukakan byk yg menegakkan peranan wanita sebagai pembantu dr segi ekonomi & menolong masyarakat contohnya dgn menjadi cikgu, uztazah etc. Hal yg dibangkitkan adalah pembentukan otak anak2 baik dr dlm kandungan hingga ke umur 7 thn yg merupakan tahap amat kritikal. Kebajikan anak lebih perlu diutamakan, bukan kebendaan atau mendidik anak orang lain, anak sendiri terabai.

Jawapan yg saya harapkan seperti, saya tak stress pun masa mengandung atau suasana kerja ok atau org gaji saya lulusan universiti gajah mada/calcutta atau kathmandu so sure anak saya akan terdidik dan lain2 lagi yg boleh menjamin anak mereka nanti mempunyai otak, pemikiran dan tingkah laku yg sempurna lantas menyokong hak mereka bekerja.

Reaksi2 negatif menunjukkan anda lebih menggunakan bahagian otak yg primitif, prefrontal cortex yg lemah dan cingulate system yg "over active" (menyebabkan selalunya menolak dan berkata tidak sebelum berfikir).

Hidup di zaman moden penuh dgn stress, setiap tekanan yg melanda ibarat air yg menitik keatas batu walau setitik setiap hari lama kelamaan akan lekuk jugak batu tersebut, begitulah juga dgn otak kita, dr kecil belajar stress, di unversiti stress, exam stress, cari kerja stress, kerja stress, pergi balik kerja stress, tgk jiran perabut baru stress so lama kelamaan makin tidak aktiflah PFC anda.

Disini saya ingin mengingatkan teman2 termasuklah diri saya sendiri yg anak2 kita yg merupakan harapan masa depan sedang menuju hala tuju yg salah, sama2 lah kita beransur2 berubah. Bukan maksud saya supaya kaum wanita terus berhenti kerja serta merta setelah membaca tulisan saya ini tetapi sebaliknya beransur2 bersama2 berusaha kearah menjadi ibu mithali yg mampu membesar kan anak yg boleh menggegarkan dunia, bukan menggegarkan pintu penjara minta di bebaskan..

Kaum lelaki terutama2 sekali harus mempunyai wawasan berfikiran jauh melihat apa yg diingini di masa depan (PFC yg lemah juga menyebabkan manusia tidak boleh berfikir utk masa depan). Kita sudah tenggelam dgn "sampah" yg dipaparkan melalui TV, media, dan juga internet, yg paling bahaya pornografi, rokok juga merosakkan sel2 otak. Masanya tiba untuk berfikir lebih mendalam tentang kehidupan. Kaum lelaki harus berusaha mencari rezeki halal yg lebih byk lagi dgn "smart way" not the "hard way", bagaimana? Iqra.. baca, bykkan membaca, itu juga ayat pertama turun dr Allah.

Hidup hanyalah ilusi, kita akan terjaga dan melihat realiti selepas kita mati, jadi kehidupan mana yg anda ingini, mimpi atau realiti?

Rujukan: Change Your Brain, Change Your Life - Daniel Amen, MD (Three Rivers Press)

Salam dr Abu Dhabi, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Menangani Marah

Orang pemarah kurang cerdik sebenarnya, fisiology manusia didlm keadaan marah, darah tidak pergi ke bahagian depan otak, (prefrontal cortex PFC) yg merupakan the thinking brain, sebab itu selalunya org yg marah membuat tindakan2 yg bodoh.

Sebab itu Nabi berpesan, jika marah, duduk.. kerana apa? kerana semasa marah, darah byk pergi ke otot2 yg besar untuk "fight or flight" situasi sama seperti pemikiran reflect haiwan, jadi manusia yg selalu didlm keadaan marah lama kelamaan PFC nya akan lemah kerana selalu kekurangan darah dan kesan jangka panjang akan membuat dirinya hilang kredibiliti sebagai manusia.. Stress juga adalah penyebab utama lemahnya PFC, manusia yg selalu stress juga lama kelamaan lebih cenderung bertindak tanpa berfikir yg membawa penyesalan di kemudian hari.

Segala yg hebat tentang manusia adalah PFCnya, kerana tanpa PFC, kita umpama haiwan yg samada tiada PFC ataupun kecil PFCnya..

Untuk menangani marah, anggaplah musibah/situasi yg datang adalah dr kesan dr tindak tanduk, tingkah laku dan pemikiran kita di masa2 lepas, mungkin kita pernah membuat org marah jadi sebelum kita menerima balasan di akhirat, kita sudah terima hukumannya didunia, mana yg lebih baik, balasan didunia atau di akhirat? Jika kita lawan marah dgn marah, ia akan menjadi proses yg berulang2, Api tidak boelh dilawan dgn api, api harus dilawan dgn air, war cannot be fight with war, war have to be fight with peace.

Mungkin ada yg berkata, itu mustahil, mana pernah aku buat org macam ni, tanya balik diri sendiri, dr mula kita akil baligh dosa tanggung sendiri adakah kita catit apa salah silap kita dgn org lain? Kita tidak tetapi malaikat mencatit... so for every action there is equal and in opposite reaction.. so sebelum menuding jari kearah org lain, periksa diri sendiri dulu.

Agung dan hebatnya Allah membuat manusia menuding jari telunjuk dan jari ibu kearah orang lain, dua jari, sedar atau tidak 3 jari masih mengarah kepada diri kita sendiri... so 2 salah org, 3 salah kita, tetap kita yg bersalah...

Jika kita sedar akan keadaan ini, mulai dr saat ini kita akan lebih berhati2 dgn tingkah laku, sikap dan pemikiran kita sesama manusia di masa2 akan datang.. Hidup murahkanlah dgn senyuman dan rajin, ikhlas dan khusyuk lah didlm solat, solat itu mengaktifkan otak dan khusyuk itu membaiki PFC.. solat itu menandakan kita taat kepada Allah sebagai hambanya, tetapi sedarlah, tiada yg Allah jadikan tanpa sebab, solat itu menjaga minda agar kita lebih kekal sebagai manusia... bukan sebagai 'haiwan"...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 15 September 2008

Wanita Bekerja Pentingkan Diri Sendiri

Pasti ramai yang akan melonjak marah bila membaca tajuk posting ini. Sebelum memberikan komen2 baik positif atau negatif, harap dibaca dahulu dan berfikir dgn akal, bukan dgn emosi.


Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan diri anak itu sendiri, manusia selalunya menuding jari menyalahkan orang lain jika anak mereka menjadi nakal atau jahat, pengaruh persekitaran, pengaruh rakan2, pengaruh video games dan lain2 lagi. Jika benteng akal anak itu mantap, adakah mereka akan mudah terpengaruh? Apakah sumber kekuatan benteng akal anak tersebut?

Jawapannya adalah kekuatan bahagian depan otak (prefrontal cortex)  dan juga hubungan kasih sayang (limbic bonding) antara anak dan ibu bapa. 

Ibu yang mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi makan dan perkumuhan kepada bayi, apa yang dilalui secara emosi oleh ibu, itu juga akan dirasai oleh sibayi, semua emosi mempunyai hormon yang dikeluarkan oleh otak keseluruh badan, ini termasuklah emosi tekanan/stress. Ibu yang berkerja tidak dapat lari dr perasaan tertekan, hidup dizaman moden ini penuh dgn tekanan/stress, dari ketika keluar dr rumah sangkut di traffic jam, ditempat kerja, ketika pulang dan juga dirumah ketika harus menjalankan tugas sebagai ibu dan juga isteri ketika keadaan diri kepenatan. Bayi didlm kandungan akan turut merasai perasaan tertekan tersebut.

Apa kesannya kepada bayi didlm kandungan? Hormon stress yang dikesan oleh badan bayi seolah2 memberi tahu bayi yang dirinya didlm keadaan terancam dan ketakutan, ini menyebabkan tumbesaran bayi lebih kepada bahagian otot badan untuk menyiapkan dirinya untuk "fight or flight situation", yang menakutkan pertumbuhan bahagian otak terutamanya bahagian depan (prefrontal cortex PFC) akan terbantut kerana kebanyakan khasiat makanan dr ibu lebih kepada bahagian otot badan, ibu mengandung yang sentiasa didlm keadaan tertekan sebenarnya sedang membesarkan  seorang "street fighter" didalam rahimnya. Anak ini nanti selalunya akan mempunyai fizikal yang tegap, tetapi kurang cerdik. Kurang cerdik disini tidak lah bermaksud anak itu akan lemah dr segi akademik disekolah tetapi kurang cerdik dr segi menangani isu2 kehidupan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan adalah bahagian depan otak (prefrontal cortex). Fikir2kan lah anak yang lahir dgn PFC yang tidak sempurna, apa kesannya pada kehidupan di masa depan? 

Kira2 2 bulan selepas lahir, bayi akan mula mengenali raut wajah ibunya, ini amat penting kerana dr ekspresi wajah ibu itu juga anak akan belajar mengenai kehidupan, apabila bayi melalui situasi2 yg baru selalunya dia akan mencari ibunya untuk mendapatkan rujukan apa yg perlu dilakukan, contohnya jika dia terjatuh ketika mula berjalan, jika siibu menerpa didlm keadaan terkejut, bayi akan menangis lebih kuat lagi berbanding dgn ibu yang datang dgn keadaan tenang, mendukung dan membelai dgn kasih sayang.

Jika bayi terjaga ditgh malam dan mahukan susu, siibu yg kepenatan berkerja sedar didlm keadaan marah amat sukar untuk menyusukan bayi tersebut dgn kasih sayang, ini akan memberi kesan kepada bayi, walaupun anak tidak disusu badan, si bayi dapat merasai emosi ibu kerana emosi itu berjangkit, si bayi selalunya akan terus menangis dan tertidur lebih kepada penatnya menangis dr pada lena kekenyangan. Kesannya pada minda separuh sedar bayi ini adalah "tiada siapa yang aku boleh harapkan didunia ini".

Ketika baru lahir hingga keumur 6 atau 7 tahun, otak anak membesar dengan kadar yang amat tinggi, di ketika ini juga anak akan belajar lebih kepada pemerhatian, apa yg dilihat dilakukan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan anak tersebut. Sebab itu kita biasa mendengar, "perangai engkau ni mcm ibu/bapa engkau lah", ini bukanlah genetic/keturunan sebenarnya tetapi dr pembelajaran melalui pemerhatian ketika tempoh awal kehidupan.

Persoalannya disini, dimana ibu dan bapa ketika waktu ini? Siapa yang anak akan perhatikan untuk menjadi rujukan untuk anak itu belajar mengenai kehidupan? Orang gaji? Pengasuh taska? Tidak hairan lah nanti generasi akan datang akan mempunyai minda malaysian tetapi minda separuh sedar indon, filipino, bangla atau nepal. Lebih 90 peratus kelakuan/tingkah laku manusia adalah dr minda separuh sedar sebenarnya.

Sekarang kita sudah boleh melihat kesannya, zaman wanita berduyun2 bekerja meninggalkan anak di jaga oleh orang lain. Perhatikan masaalah2 remaja dizaman ini, lihat sikap sopan santun yg sudah luntur pada mereka, rasanya tidak perlulah di ungkitkan dgn lebih terperinci disini sifat2 lain yang lebih mengecewakan. 

Sekitar 10 tahun lepas era komputer mula meningkat dan ibu bapa berlumba2 membelikan komputer untuk anak2, ibu bapa yg jahil tidak tahu apa itu "internet filter", kerajaan pula atas dasar "free information" tidak menghalang semua laman2 web porno dari diakses dengan mudahnya. Anak yang tinggal dirumah, tersilap klik sahaja sudah boleh mengakses "ilmu2 baru" yang merangsangkan. Kesannya keruntuhan akhlak remaja dengan seks bebas dan sebagainya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian Dr Michael Resnick dr University of Minessota yang diterbitkan didalam The journal Of The American Medical Association, 1997 menyatakan, anak2 yang lebih merasai kasih sayang dan lebih berhubungan dengan ibu dan bapa mempunyai kadar yg lebih rendah mempunyai masaalah mengandung ketika usia muda, masaalah dadah, merokok, keganasan dan bunuh diri. Artikel in menegaskan yang kadar hubungan antara anak dan ibu bapa amat memainkan peranan lebih penting mencorakkan minda anak membenteng diri dr masaalah sosial. 

Ibu dan bapa zaman sekarang ini lebih mementingkan rumah besar dan kereta besar hinggakan anak ada yang "terbesar" perut mengandung anak luar nikah atau membesarkan perut anak orang lain bg yg lelaki. Perlu diingat rumah besar dan kereta besar tidak akan dibawa ke lubang kubur tetapi doa anak yg soleh sahaja akan kekal berterusan selepas mati, jadi saham apa yang lebih patut dititk beratkan, saham dunia atau saham akhirat?

Bolehkan kita mendapat anak yang soleh dengan memberikan komputer, video games dan didikan dr orang gaji dan cikgu2 taska? Fikir2kan lah. 

Saya tidak menghalang wanita berkerja tetapi tumpuan kepada anak2 itu lebih patut diutamakan kerana mereka nanti adalah pemimpin masa depan. Minda harus dibuka dr menumpukan kepada kebendaan kepada kerohanian. Allah menjadikan wanita sebagai lebih kepada melahir dan membesarkan anak dan bukan mencari rezeki dan bersaing dengan lelaki. 

Dalam persoalan diatas, semuanya berbalik juga ke pada pihak lelaki, jika lelaki/suami boleh berusaha lebih mencari rezeki, bukankah  isteri boleh menumpukan perhatian kepada anak2. Jika lelaki setia kepada isteri bukankah wanita tidak akan terfikir bekerja sebagai "back-up" jika berlaku perceraian, didlm hal ini harus di tanyakan ke pihak wanita juga, jika tiada wanita bekerja bergaul dgn bebas dengan lelaki bukankah kebarangkalian suami berubah rasa atau curang akan kurang? Siapa yg menggubal peraturan pejabat? Pemimpin... Siapa yg memimpin? kebanyakannya adalah lelaki. Jadi dari segala segi berbalik semula kepada lelaki sebenarnya. 

Apa yg berlaku sekarang ini adalah kerana kita lari dr batasan2 Islam, Islam adalah cara hidup, bukan setakat sembahyang dan puasa, termasuk lah batasan pergaulan lelaki dan wanita, masaalah masyarakat yg melanda sekarang ini adalah kesan dr masyarakat yg beragama islam tetapi tidak mengikut cara hidup islam. Sembahyang tetapi tidak tahu apa yg di kumat kamitkan, berdoa tetapi tidak tahu apa yg dipohon.

Bukalah minda dan lihatlah persekitaran, perhatikan tingkah laku anak2 zaman sekarang, sedarkah kita yg masyarakat kita menghala tuju kearah yg salah, bukankah masanya untuk kita menekan "brek" kehidupan dan mengubah haluan?

Ibu yang bekerja dan lelaki isterinya terpaksa bekerja meninggalkan anak dibesarkan oleh orang lain adalah mereka yang pentingkan diri sendiri, lebih mengutamakan materalistik dr kerohanian, kita dikhayalkan oleh dunia media yang kegembiraan adalah dari luaran, kegembiraan adalah dari jenama kereta yang dipandu, dari besarnya rumah yang diduduki, memang benar itu semua untuk keselesaan anak2 tetapi jika moral dan perangai anak menuju kehancuran, apakah gunanya dunia materialistik ini?

Kegembiraan sebenarnya dari dalaman, hati yang tenang dan sentiasa mengingatkan penciptanya itu lebih gembira dari mengingati dan mengejar dunia.

Jika semua manusia mempunyai pemikiran yang sama bermakna tiada siapa yg berfikir, adakah anda berfikir?


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 5 September 2008

Mengapa Kecewa?

Kecewa selalunya dikaitkan dgn situasi dimana seseorang itu tidak mendapat apa yg dihajati baik dr segi kebendaan, situasi atau pun kejadian. Tidak berjaya mendapat hasil dr usaha yg di lakukan, tidak berjaya memiliki cinta dan sebagainya. Boleh dikatakan semua kekecewaan adalah kerana kita mengharapkan orang lain memberikan apa yg kita ingini, inilah kesilapan besar manusia sebenarnya kerana harapan sepatutnya hanyalah kepada Allah sahaja sebenarnya.


Kita samada lupa atau pun tidak faham apa yg dibaca ketika solat, "Iya kanak budu wa iya kanas ta'in", "kepadaMu lah kami sembah dan kepadaMu lah kami meminta pertolongan". Jika ini sentiasa diingatan, pasti manusia tidak akan kenal apa itu kekecewaan.

Dalam kebanyakan kes, kecewa selalunya boleh dikaitkan dgn perasaan takut, contohnya takut tidak berjumpa kekasih lain secantik/sehebat walaupun dikecewakan. Takut tidak akan perolehi peluang lain dalam apa jua situasi.

Manusia seolah2 mempunyai pemikiran yang Allah sudah berhenti mencipta dan hanya memerhatikan perlakuan kita dan mengarahkan malaikat2 mencatit tidak tanduk kita, ini sebenarnya adalah pemikiran kuno.

Jika kecewa tidak dapat bersatu dengan kekasih yg dicintai, bersangka baiklah pada Allah kerana Allah sebenarnya mahu memberi kita pasangan yg lebih baik, tetapi disebab kan kita bersikap negatif dan kecewa, kita sebenarnya secara tidak sengaja menjadi hamba yg tidak bersyukur, bila "dominon thought" penuh dgn kekecewaan dan negativiti, lebih byk lagi benda2 dan perkara negatif akan datang kepada diri kita.

Tetapi jika kita redha, terima sebaik2nya dan makin kuat berdoa dan mempunyai "dominon thought" yg kuat dan sentiasa berharap "Allah sebenarnya mahu memberikan aku seseorang yg lebih baik dan hebat lagi", kita tidak akan kecewa, malah lebih gembira dan ternanti2 siapa agaknya insan yg lebih hebat ini.

Konsep ini bukan hanya untuk mencari pasangan tetapi didlm apa jua konsep kehidupan. Sentiasa bersangka baik dgn Allah, jgn menjadi hamba yg tidak bersyukur tanpa disedari. Kita sepatutnya meningkatkan lagi usaha dan bukan berhenti, mereka yg berhenti berusaha adalah mereka yang gagal, selagi kita tidak berhenti berusaha, kita belum lagi gagal sebenarnya.

Bersolat lah dgn ihklas dan khusyuk kerana solat yang penuh dgn sifat kesyukuran dan khusyuk itu menjaga minda, memperbaiki otak yg menjadi penentu keputusan yg akan kita ambil dalam hidup sehari2an. Jika otak boleh berfikir dgn sempurna manusia tidak akan membuat keputusan2 yg bodoh, Kassim Selamat tidak akan mencucuk matanya jika dia selalu sembahyang (suatu elemen yg jarang atau tidak ada langsung didlm cerita2 P Ramlee).

Kita yg melihat cerita2 begini sebenarnya menyimpan program ini didlm minda separuh sedar kita, sebab itu bila seorang itu kecewa akan selalu membuat keputusan yg bodoh. Ini kerana dia sebenarnya didlm keadaan tertekan/stress, didlm keadaan stress, fisiologi manusia menyebabkan darah kebahagian depan otak berkurangan, darah lebih banyak diarahkan ke bahagian tangan atau kaki (otot yang besar) untuk "fight or flight situation" iaitu lawan atau lari, contohnya bg mereka yang takutkan ular, bila terserempak sahaja selalunya tanpa berfikir panjang terus lari lintang pukang.

Bahagian depan otak (Prefrontal Cortex) kita sebenarnya yang berfungsi membuat penilaian secara menyeluruh dan rasional sebelum memberi arahan pada bahagian otak lain untuk membuat tindakan. Jadi bila bahagian depan otak yg merupakan penghulu minda tidak bermaya kerana kekurangan darah, keputusan lebih kepada memori dari bahagian otak yang lain, hasilnya kelurlah cerita Kasim Selamat cucuk mata sebagai rujukan tindakan manusia didlm situasi2 tertekan, tak semestinya mencucuk mata tetapi perbuatan2 bodoh yg sama. Mereka yang selalu didalam situasi kecewa, tertekan atau pun ketakutan, lama kelamaan akan menjadi "kurang cerdik" sebenarnya. 

Jika kita betul2 percayakan yang Allah itu Maha Pemurah, kita tidak akan kecewa didlm kehidupan, dunia ini realitinya kaya dan penuh dgn harta, wang, kegembiraan dan juga kasih sayang, cuma kita kena berusaha mencarinya, tidak perlu berusaha keras cuma perlu berusaha dgn bijak (work smart instead of work hard). Harus diingatkan juga kegembiraan bermula dr diri sendiri,  dr dalaman kemudian baru kegembiran luaran akan muncul.

Bermula lah dgn bersangka baik dgn Allah dan membetulkan niat yg solat, ibadah, hidup dan mati adalah untukNya seperti yg kita baca didlm doa iftitah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 3 September 2008

Whohooo watch out Raidah!!! - Komen Jijikkah Poligami.

Saudari Lisa mengulas...

Oh My God! It's you isn't it? You want to marry another...whohooo watch out Raidah!!!

Woman feels the same way like man..what if your wife sleeps with another man? Yes, that's how we woman feels ok. There are many things can be shared but having sex with another is no laughing matter. You mean woman must 'reda' to share that "thing"???

Only the stupid one that have been brain washed and blackmail with all the crap by twisting the facts of Quran will allow it.

Quran is in riddles..not literally..don't be scared to think, to question because of some mullahs say so. It's a control.. by putting fear..like some of us who scare children with ghost story as a form of control. Sad..we muslims now are like this...no wonder no muslim country enjoy success in Economy and Politically except for Dubai..because they are more open.

August 23, 2008 11:35 AM

Assalamualaikum Lisa,

Terlebih dahulu terimakasih kerana sudi memberikan komen.

Menyokong poligami tidak semestinya bermaksud saya sedang atau akan berpoligami, apa yang saya kemukakan hanyalah untuk membuka minda manusia yg telah di hipnotise/rasuk/dicorak/mold yang poligami itu jijik.

Jika berkongsi that "thing" dianggap jijik, adakah saudari Lisa tahu seratus peratus yg suami/tunang/boyfren Lisa setia dengan diri Lisa? Bagaimana dengan saudara mara Lisa atau rakan seperjuangan, rakan persantaian Lisa tahu seratus peratus yang pasangan mereka benar2 setia? Tahukan Lisa yang pelacuran berkembang biak di Dubai (dan di Malaysia)? Tahukah Lisa yang pelacur di Dubai amat berani hinggakan ada yang menawarkan perkhidmatan disiang hari tanpa segan silu dikhalayak ramai? Tahukah Lisa yang banyak keruntuhan rumah tangga di kalangan masyarakat disini adalah kerana suami lebih suka menghabiskan masa bersama perempuan lain tanpa ikatan, baik dengan pelacur atau pekerja asing yang dahagakan nikmat lelaki, lelaki bila melihat yang berambut perang terus terlena pada yang tinggal dirumah. Mana yang lebih jijik? berkongsi dengan wanita lain secara sah atau pelacur dan bertukar2 pasangan? Tertahankah nafsu lelaki jika berjalan di shopping mall melihat wanita yang berpakaian tetapi "berbogel" menunjukkan kemontokan dada dan ketonggekan kerampingan badan?

Lelaki boleh berkongsi wanita kerana fisiologi struktur otak lelaki lebih kepada akal berbanding wanita yang lebih kepada emosi, sanggupkah Lisa mempunyai suami 2,3 atau 4? Mampukah dan tertanggungkah si wanita jika mereka dibenarkan berkahwin/berkongsi lebih dari 1 suami? Tidak dengan perkahwinan, hanya boleh dengan kecurangan.

Letak diri Lisa di tempat expat wanita yang dahagakan belaian lelaki, mungkin Lisa juga akan melakukan perkara yang sama. Letak diri Lisa ditempat mereka yang takutkan Allah tetapi pada masa yang sama teramat ingin belaian lelaki atau pun mahukan anak? Bukankan tersiksa jiwa dan raga? Uniknya struktur otak, bahagian mengawal emosi bersebelahan dengan bahagian yang mengawal/mengesan kesakitan, hebatnya ciptaan Allah, sebab itu tersiksa emosi tersiksa juga badan.

Memang benar Dubai maju kerana lebih terbuka, ia juga kerana pemimpinnya mempunyai visi yang mahukan kemodenan, tetapi sebab terlebih buka itulah nilai moral masyarakatnya mundur. Saudari barangkali terlalu asyik memandang bangunan Burj Al Arab yang menjangkau langit hingga lupa untuk memandang disekeliling melihat nilai moral masayarakat setempat.

Dari konsep Newton kita dididik yang dunia ini adalah nyata, dari Darwinism kita harus berjuang untuk terus hidup, dalam erti lain bersaing. Sebenarnya quantum physic membuktikan yang atom bukan lah sesuatu yang nyata, lebih kepada ilusi dan evolusi bukanlah berdasarkan persaingan tetapi kerjasama (coorperation instead of struggle).

Wanita terlupa yang mereka diciptakan untuk menjadi teman kepada lelaki dan bukannya untuk bersaing dengan lelaki, pemikiran kita telah dicorakkan dengan dasar hak manusia, haksama jantina dan sebagainya hingga lelaki dan wanita harus bersaing.

Sebelum saudari memberi komen tentang Al Quran, adakah saudari sudah baca, khatam dan fahamkan maksudnya? Bagaimana jika saya katakan saudari juga telah dibrainwashed dan di black mail oleh mereka yang anti Islam? Sistem pendidikan di Malaysia hanya menumpukan pada penghafalan dan bukan pemahaman alquran, sebab itu muslim di malaysia makin hari semakin mundur akhlaknya, sembahyang tetapi tidak tahu apa yang dibaca, malah doa dicanang lebih afdal didalam bahasa arab tetapi jika apa diucap tidak difahami, tidak lah beerti doa yang dibaca. Umat islam di Malaysia tidak boleh terlalu pandai agama kerana mereka akan bangkit menentang kemungkaran, menentang kerajaan yang korup, sebab itu sistem pendidikan rasmi tidak mengambil kira pemahaman. Mereka tidak sedar dibuai lena dengan hiburan tv, AF 1,2 ,3, jangan tido lagi dll supaya terus terhibur, tidak berfikir dan terlena.

Islam bukanlah hanya agama yang mana perlu sembahyang seminggu sekali dan dilupakan dihari2 lain, Islam is a way of life, apa yang di turunkan dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk membolehkan manusia hidup aman dan harmoni. Sembahyang, puasa, zakat dan haji semuanya mempunyai nilai2 membina masyarakat yang maju dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Sembahyang membina minda, puasa menjaga kesihatan tubuh badan, zakat membantu dari segi ekonomi, haji menutup jurang antara yang kaya dan yang miskin, yang putih yang gelap kerana semua perlu berada ditempat yang sama dan melakukan perkara yang sama. Begitulah juga dengan poligami, poligami hanya boleh difahami dengan akal dan bukan dengan emosi.
Poligami bukan untuk menghukum wanita tetapi adalah membela wanita-wanita, kita sudah jauh terlena dengan menganggap kita tiada kena mengena dengan orang lain dalam ertikata lain pentingkan diri sendiri. Ramai beranggapan jika cukup makan minum ku, tempat tinggal dan aku jaga ibadahku sudah cukup untuk aku kesyurga sedangkan mereka terlupa 2 dr 3 perkara yang akan mereka bawa kealam akhirat adalah mengambil kira sumbangan mereka pada masyarakat.

Letaklah diri Lisa di tempat ibu2 tunggal yang terumbang ambing membesarkan anak2, letaklah diri Lisa ditempat andartu yang mahukan belaian lelaki dan juga zuriat. Lelaki juga tidak terlepas, mereka sepatutnya menjadi pembela wanita, bukan lepas tangan atau cukuplah aku dapat melempias nafsu dengan pelacur atau perempuan simpanan tanpa perlu bertanggungjawab. Lelaki dan wanita sama sahaja, perbezaaan hanya bagi mereka yang berfikir.

Kita bukan hidup sendiri didunia ini, kita saling perlu memerlukan. Apa yang kita lakukan pada orang lain akan datang berbalik pada diri kita sendiri, jika tidak pada diri sendiri, pada anak2 dan cucu cicit kita nanti. Hidup didunia hanyalah mimpi dan kita hanya akan sedar bila nyawa berpisah dari badan, akhirat yang kekal. Kita terlalu yakin dengan konsep newton (classical mechanic), contohnya jika makan, minum dan senaman secukupnya kita beranggapan yang kita akan hidup lama, quantum mechanic mengambil kita konsep kebarangkalian (probabilities & uncertainty). Bagaimana jika kita ketika memandu dengan cermat dan berhati2, kita dilanggar oleh pemandu cuai atau mabuk? Bukankah mati itu bila2 masa sahaja? Dan adakah suami yang kita sayangi itu bersama kita kekubur?

Sedangkan 53 trillion sel2 didalam badan kita hidup dengan harmoni, menjalankan tugas masing2 dan berkongsi jantung yang sama, bagaimana pula dengan masyarakat? Jika manusia pentingkan diri sendiri maka akan runtuh dan pincanglah masyarakat. Biologist menyatakan bahawa dizaman lampau kehidupan didunia ini musnah berpunca dari kemusnahan alam kesan dari meteor dan sebagainya, manusia sekarang akan musnah hasil dari perbuatan dan tingkah laku manusia itu sendiri.

Raidah tidak perlu diingatkan, apa yang saya tulis dialah insan pertama membacanya, semakin banyak saya berfikir tentang kehidupan, semakin kuat cinta saya padanya dan juga pada anak2. Alhamdulillah.

Jika semua manusia berfikiran yang sama, maknanya tiada siapa yang berfikir... Berfikirlah dengan akal, bukan dengan emosi.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 8 Ogos 2008

Lilin Atau Mentol...

Biarku menjadi lilin, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa.. satu mentaliti yang berabad-abad lamanya di pegang oleh masyarakat kita khususnya dan kebanyakan masyarakat lain amnya. Tetapi adakah itu satu mentaliti yang baik dan betul?

Menjadi lilin menerangi hidup orang lain akan membakar diri sendiri dan memusnahkan, Allah melarang kita membahayakan badan kita dengan bendasing seperti arak, dadah dan rokok contoh yang meracuni badan dan fikiran kita, jadi menjadi lilin memusnah kan diri itu tiada bezanya, prinsipnya tetap sama. Jadi apakah berkorban dengan memusnahkan diri itu betul?

Di zaman yang makin maju ini pemikiran lilin harus diganti dengan mentol atau lebih sesuai lagi lampu kalimantang... dapat menerangi hidup orang lain tanpa perlu membakar diri, terus menerangi hingga akhir hayat, bertahun-tahun lamanya dan tidak seperti lilin yang bertahan cuma beberapa jam sahaja.

Tetapi ada diantara kita yang bertanya, jika mahu menjadi mentol, kena la ada arus elektriknya, dari mana datangnya arus elektrik tersebut? Jawapannya datang dari diri kita sendiri. Bagaimana?

Ambil contoh insan yang berkorban memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana mendapat tentangan ibu bapa, kerana menghormati ibu bapa dia merelakan tetapi pada masa yang sama dirinya menderita kerana apa yang diingini tidak tercapai. Jadilah dia ibarat lilin, membakar diri untuk menggembirakan ibu bapa walaupun diri penuh duka. Jika diubah sedikit cara pemikiran, insan ini boleh menjadi mentol, bagaimana?

Mula2 harus beristigfar dan harus sedar yang semua kejadian adalah kehendak Allah, sentiasa berniat baik kepadaNya, percayalah yang Allah sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya.

Kita tidak tahu apa kesudahan kita jika kita teruskan niat kita seperti kes diatas jika insan tersebut bertegas untuk meneruskan hubungan dgn cara kahwin lari contohnya, banyak hubungan akan rosak di kedua2 belah keluarga.

Tetapi Allah maha mengetahui, bagi Allah semua kejadian itu sudah berlaku, tiada masa bagiNya,  jadi Allah mencorakkan dunia ini untuk memberi kita yg terbaik agar hubungan itu tidak diteruskan. 

Kita harus fokus kembali apa sebenarnya yg kita inginkan, pastinya kebahagiaan dan kegembiraan, tetapi adakah kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya boleh dikecapi dgn si A? Mungkin si B yang kita akan kenal selepas ini boleh memberi yang lebih baik. 

Jika kita boleh sedar dan menerima hakikat yang Allah itu maha pengasih dan sentiasa memberikan kita yang terbaik, kita tidak akan menganggap pengorbanan ibarat lilin membakar diri, tenaga yang terhasil dr sifat bersyukur dan keimanan kepadaNya pasti menyalakan mentol diri kita yang akan menerangi insan disekeliling tanpa perlu memusnahkan diri.

Apa yang perlu kita semat didalam hati adalah dunia ini penuh kegembiraan dan kebahagiaan, cuma kita sahaja yang menganggap ianya hanya boleh diperolehi dr insan lain, kita terlalu mengharapkan orang lain menggembirakan kita, memberi kebahagiaan kepada kita, kemudian kecewa dan marahkan insan tersebut jika dia gagal berbuat demikian. Kegembiraan dalaman sebenarnya yang wajib didahulukan, tingkatkan sehingga ia melimpah ruah dan secara langsung mengalirdan menyinari semua insan disekeliling kita, berkat dari keimanan dan ketakwaan kepadaNya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 1 Ogos 2008

Mat Jenin setaraf Einstein

"Imagination is more important than knowledge", Albert Einstein

Albert Einstein menyatakan bahawa imaginasi itu lebih penting dari ilmu pengetahuan, agak pelik jika dikaji mengapakah seorang yang kita ketahui adalah seorang saintis hebat boleh mengucap kalimah sedemikian rupa.

Mengapa imaginasi lebih hebat dr ilmu pengetahuan? Pertamanya semua hasil kerja manusia datangnya dari fikiran, dari fikiran datangnya tindakan, dari tindakan nampaklah hasilnya. Contohnya jika Wright Brothers tidak berimaginasi manusia boleh terbang, tidak terciptalah kapalterbang, jika Alexander G Bell tidak berimaginasi yang suara boleh di pindahkan melalui copper wire, tidak terciptalah telefon.

Dr segi quantum physic pula, dunia ini tidak lain hanyalah gelombang electron, atom yang kita belajar disekolah dahulu bukanlah solid seperti yang di lukis tetapi hanyalah "wave of potential electron", tetapi apa yang menghairan kan, bila kita lihat (observe), gelombang tersebut membentuk zarah (particle) dan kemudiannya membentuk objek dan situasi didalam hidup kita ini (collapse of wave function). Memang susah diterima bg org kebanyakan tetapi ini dibuktikan secara eksperimen oleh saintis fizik. Lihat video ini untuk memudahkan pemahaman anda. Konklusinya, realiti adalah apa yang kita mahu lihat dalam hidup kita ini, apa yang kita fikirkan, semuanya bermula dari fikiran. Bagi kita umat islam, sudah tentunya dengan izin Allah yang maha pemurah, sebab itu apa yg kita inginkan sudah dalam gengaman jika kita selalu bersyukur padaNya.

Pepatah angan2 mat jenin sebenarnya secara tidak langsung memundurkan melayu itu sendiri,
orang melayu sering di sindir agar jangan banyak berangan2, bermimpi disiang hari dan sebagainya, boleh dikatakan kita lebih menekankan usaha dari berimaginasi kerana bagi kita imaginasi itu sama seperti angan-angan, tidak membawa kemana. Kita tidak tahu asal usul cerita mat jenin ini, mungkin ianya direka oleh golongan tertentu untuk memundurkan bangsa melayu supaya tidak boleh menjangkau lebih jauh.

Imaginasi dan angan2 yang berterusan sebenarnya akan mempengaruhi minda separuh sedar (subconcious mind) kita lantas mempengaruhi fikiran dan tindakan minda kita yg sedar (conscious mind). Ini akan mambawa kita agar lebih fokus, lebih berani mencuba dan tidak tunduk pada kegagalan, orang yang terus mencuba tidak gagal, orang yang berhenti atau kecundang, mereka itulah yang gagal.

Tidak percaya kehebatan imaginasi? Pernah terfikir bagaimana imaginasi tentang seks membuatkan alat kelamin anda terangsang walaupun itu hanya di minda? Bagaimana jika kita angan/imaginasikan kekayaan, kasih sayang, hubungan yang erat dan sebagainya, bukankan kah diri, jasad, kaki, tangan dan tindakan kita akan berusaha kearah itu? Apa kesudahan mereka yang selalu berimaginasi seks? Apa kesudahan mereka yang selalu berimaginasi mahukan keluarga yang bahagia? Fikir2 kan....

Jika Einstein menggalakkan imaginasi, Mat Jenin adalah setaraf dengannya, cuma kita kena berhati-hati agar tidak berimaginasi diatas pokok kelapa seperti Mat Jenin yang mengundang malang pada dirinya.

Berikut adalah beberapa lagi kata2 Albert Einstein mengenai imaginasi.

The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.

When I examine myself and my methods of thought, I come to the conclusion that the gift of fantasy has meant more to me than any talent for abstract, positive thinking.

The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.

The gift of fantasy has meant more to me than my talent for absorbing positive knowledge.

Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.

Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions.

I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Maksud Bacaan di dalam solat

Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini daya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 21 Julai 2008

Ubah Cara Hidup atau Ubah Cara Berfikir?

Sejak harga minyak dan barangan semakin naik ni banyak email dan perbincangan cara-cara untuk berjimat cermat, yang naik kereta kena naik motor, yang makan beras mahal kena makan beras murah dan sebagainya.

Apa kata sebelum ubah cara hidup kita ubah dulu cara berfikir? Hukum alam menunjukkan semua ciptaan Allah yang bernyawa itu membesar, berkembang, membiak dan sebagainya. Dalam ertikata lain, semakin kehadapan, jadi jika kita mengubah cara hidup kita kearah kebelakang (dengan lebih mengikat perut) maknanya kita seolah2 menolak hukum alam ciptaan Allah yang Maha pemurah.

Jika kita selalu memikirkan kemiskinan, itu yang makin kita nampak, jika kita memikirkan kena berjimat, makin hari makin kena berjimat, jika fikirkan hidup ini susah untuk mencari duit, makin susah nak dapat duit. Sedangkan ulat dalam batu pun ada rezekinya yang Allah janjikan, inikan pulak manusia yang ada akal dan fikiran.

Jika kita ubah fikiran kita, nescaya kita akan lihat dunia ini dari sudut yang berbeza, contohnya, bagi mereka yang sentiasa memikirkan kesusahan hidup, tin-tin kosong hanyalah sampah, tetapi jika kita fikirkan dunia ini penuh dengan peluang2 menambahkan rezeki, tin-tin kosong itu adalah salah satu cara untuk menambah rezeki. Ini contoh yang remeh, byk lagi contoh yang lebih besar...

Semua kreativiti dan ciptaan bermula di minda, kerusi tidak akan dicipta jika tiada orang terfikir lebih selesa duduk beralas dari duduk diatas tanah, kemudian dengan usaha terciptalah kerusi. Kekayaan juga perlu bermula di fikiran/minda, bila minda terbuka, pasti Allah akan membuka jalan untuk kita berjaya. Kita akan jadi lebih peka kepada peluang2 menanbahkan rezeki. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya.

Masaalahnya kita selama ini ialah terlampau mengharapkan manusia lain untuk menambahkan rezeki kita dan kecewa,marah menyumpah seranah bila manusia yang kita harapkan tidak memberi apa yang kita inginkan. Harapan kita pada manusia lebih utama dari Allah, harapkan suami, harapkan harta ibu bapa, harapkan kawan tolong, harapkan kroni, harapkan bos bagi naik gaji, harapkan kerajaan bagi subsidi dan bermacam2 lagi hingga kita terlena bahawa hanya pada Allah sahajalah sebenarnya kita boleh berharap.

Jika harapan kita 100 peratus pada Allah, Dia akan mengaturkan suasana dunia ini untuk membuat hambaNya yang lain membantu kita, itu jaminanNya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 19 Julai 2008

Mengapa perlu sembahyang/Solat?

Bunyinya seperti satu soalan yang bodoh, tetapi mengapa ramai dikalangan masyarakat kita mengambil mudah akan hal sembahyang. Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa kebaikannya, seperti puasa yang sebelum adanya kajian sains mengenai faedahnya puasa dari sudut kesihatan, majoriti menganggap itu adalah perintah Allah dan kita harus melakukannya. Dengan adanya lapuran kajian faedah puasa, yang taat berpuasa semakin beriman kepadaNya dan yang sebelum ini liat untuk berpuasa mungkin tergerak akan hatinya untuk melakukannya.

Bagaimana pula dengan sembahyang yang juga rukun islam, ramai yang berpuasa tetapi tidak sembahyang, mungkin bagi golongan tersebut, puasa lebih kepada tradisi untuk berhari raya kerana tanpa puasa, hari raya tidak lah bermakna, mereka ini sedar yang puasa tanpa sembahyang sia-sia sahaja tetapi masih tidak terbuka hati untuk sembahyang. Mungkin dengan adanya lapuran kajian sains akan faedah sembahyang barangkali akan berubah hati mereka untuk sembahyang?

Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang? Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran? Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains? Saya terjumpa kajian mengenai otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak minda mereka.

Perhatikan imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang, bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang menjaga sembahyangnya.

Apa bezanya mereka yang khusyuk dengan yang tidak. Selain dari mendekatkan diri kita dengan Allah, khusyuk dan fokus itu membantu kita mencapai apa sahaja impian hidup kita didunia ini. Ramai yang tahu mengenai Law of Attraction yang kita boleh capai apa sahaja hajat didalam hidup kita ini jika kita fokus didalam fikiran kita apa yang kita inginkan, jadi jika kita boleh fokus kepada Allah didalam sembahyang, amat mudah untuk lebih fokus kepada apa yang kita hajati dari segi harta, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya.

Dengan taatnya kita kepada Allah, melalui sembahyang dan selalu bersyukur kepadaNya, bukankah untuk mencipta realiti yang kita inginkan amat mudah. Percaya akan keesaanNya, pemurahNya, pengasihNya, apa yang kita hajati sudah ada digenggaman kita, beriman kepadanya. Apa itu beriman? Percaya kepada sesuatu yang tidak bolah dibuktikan jadi jika kita percaya kepada Allah, apa yang kita hajati tidak mustahil. Itu yang dinamakan mencipta realiti kita sendiri, dengan keredhaanNya.


Ini pula gambar imbasan otak yang dinamakan surface scan. Perhatikan otak mereka yang ganas berbanding mereka yang normal? Perhatikan bahagian depan otak (prefrontal cortex) yang tidak sempurna. Prefrontal cortex ini merupakan CEO bagi manusia itu sendiri, secara rasional menjadi penapis kepada segala tindakan primitif ganas (pemikiran haiwan). Bahagian depan otak yang kosong itu bukan bermakna ianya kosong secara fizikal tetapi tidak aktif kerana tiada darah yang pergi kebahagian tersebut. Prefrontal cortex haiwan tidak sempurna, kecil atau tiada, sebab itu mentaliti mereka fight or flight, lawan atau lari. Manusia yang ganas, kaki panas baran contohnya besar kemungkian frontal cortex mereka tidak berfungsi, sebab itu mereka selalu membuat keputusan yang tidak bijak. Penjenayah berat tiada belas ikhsan terhadap manusia, seperti didalam dunia haiwan, sebab itu harimau boleh makan manusia kerana tiada sifat ihsan. Bagaimana dengan manusia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri?

Apa yang menyebabkan "kosong"nya frontal cortex kita? Stress adalah penyebab utama, hampir semua aktiviti dizaman moden meningkatkan stress. Ketika stress, pemikiran primitif mengambil alih, ini mengalih aliran darah ke prefrontal cortex dan kesan dari stress yang berterusan, makin tidak aktif lah prefrontal cortex manusia tersebut. Keduanya kerana kita semakin tidak menggunakan otak kita, contohnya dulu untuk pengiraan kita pantas mencongak, sekarang kalkulator pasti akan dicapai dahulu untuk membuat pengiraan, kemodenan itu tidak salah, tidak sedar kesan kemodenan kepada fikiran itu yang bahaya.

Bagaimana sembahyang yang khusyuk mencegah dari kemungkaran? Bila kita khusyuk, minda kita menjadi lebih tenang, kita berhubung dengan zat-zat Allah yang tenang dan aman, ini menghilangkan ketegangan dan bila kita fokus kepadaNya, prefrontal cortex kita akan diperbaiki dan dengan proses yang berulang2 (sembahyang yang khusuk), otak kita akan menjadi lebih sempurna dan boleh berfikir dengan lebih waras. Bayi didalam kandungan tenang dan aman, selepas lahir jika cukup makan dan tidurnya, aman tenteram tidur dengan nyenyak, itu lumrah alam.

Bagaimana pula dengan sujud? Apakah kesannya? Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling rendah adalah prefrontal cortex iaitu ketika dahi mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah kebahagian tersebut lantas membaiki, mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran.

Otak umpama pasukan orkestra yang mana sebelum konduktor muncul semua pemuzik membuat hal masing-masing, tetapi bila konduktor muncul dan mengetuai mereka, musik yang terhasil amatlah indah. Otak umpama pasukan orkestra dan konduktor adalah prefrontal cortex otak kita. Lebih fokus kita dalam sembahyang/meditasi, lebih sempurna frontal cortex kita seperti didalam brain scan tersebut.

Meditasi dikatakan mampu memulihkan fungsi otak menjadi lebih sempurna, meditasi memerlukan fokus pada sesuatu dalam suatu jangka masa. Transcendental meditation seperti yang di kaji dan digalakkan oleh Universiti Maharishi menghubungkan diri dengan sumber kehidupan dunia ini yang mereka gelar "unified field". Kerana jahilnya mereka, tidak mereka sedari "unified field" tersebut sebenarnya adalah zat-zat Allah yang mana darinya muncul lah semua kehidupan didunia ini. Gambar di bawah ini adalah kesan pada otak hasil dari proses meditasi tersebut.


Sembahyang juga adalah satu bentuk meditasi, ramai menyalah anggap yang meditasi itu meniru agama lain, meditasi adalah satu cara memfokuskan pada sesuatu dan tenangkan fikiran, fokus pada sesuatu samada bacaan, musik, pernafasan, imaginasi dan sebagainya. Didalam Islam, sembahyang melakukan beberapa gerakan tetapi fikiran kita perlu khusyuk/fokus kepada Allah dan zat-zatNya, tiada bezanya dengan meditasi, prinsipnya tetap sama.

Jadi ada perbezaannya mereka yang sembahyang dan tidak dan ada bezanya mereka yang khusyuk dan tidak, jadi sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan khusyuklah kamu agar kamu mendapat keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih bijak pemikirannya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 11 Julai 2008

Lebih Baik Tak Kahwin

"Zaman sekarang ni dah payah nak jumpa lelaki/perempuan yang baik"


Ini dominan thought kebanyakan lelaki mahupun wanita yang  masih tidak bertemu jodoh. Tanpa sedar sebenarnya dominan thought mereka ini yang mengundang malang pada diri sendiri. Manusia sekarang mengabaikan hebatnya kesan fikiran pada diri sendiri dan persekitaran, bagi kebanyakan kita, apa yang kita fikirkan tidak memberi kesan pada persekitaran. Apa yang kita fikirkan sebenarnya memberi kesan pada persekitaran kita. Beberapa eksperimen dibawah ini mungkin boleh mengubah perspektif kita mengenai hebatnya akal fikiran kita ini.

Pada musim panas 1993 di New York,  seramai 4000 orang dr serata dunia telah dikumpul kan, bermeditasi dan berniat untuk menurun kan kadar jenayah, terbukti pada tahun tersebut kadar jenayah turun sebanyak 23% yang mana ini mengejutkan ramai orang. Melalui fikiran yang fokus (meditate), kumpulan tersebut mengubah fikiran manusia persekitaran.

Eksperimen Dr William Tiller,  Professor of Stanford University’s Department of Materials Science membuktikan melalui fikiran/thought dan niat/intention, pH air boleh berubah menjadi lebih berasid atau beralkali.

Dr Dean Radin, Senior Scientist at the Institute of Noetic Sciences juga melakukan beberapa eksperimen yang terbukti fikiran manusia boleh berkait sesama sendiri, semua manusia pada dasarnya "berhubung" sesama sendiri tanpa sedar, apa yang kita fikirkan mempengaruhi orang dan persekitaran kita.

Dr Masaru Emoto, membuktikan bahawa fikiran boleh merubah molekul air menjadi kristal yang indah dah yang buruk. Dan jika badan manusia 90% adalah daripada air, cara pemikiran kita boleh mengubah ciri air didalam badan kita ini, malah orang disekeliling juga.

Jika ramai lelaki dan wanita mengubah dominan thought mereka yang di dunia ini ramai insan yang baik, bukan kah ini boleh merubah lelaki manusia di sekeliling menjadi baik? Mungkin lelaki yang nakal tiba-tiba bangun pagi dan memilih untuk berkahwin dan menjadi baik? Ini yang di lawakkan oleh Dr John Hagelin mengenai eksperimen di New York, mungkin ada penjenayah yg bangun pagi berkata.. ehmm.. rasa tak nak bunuh orang la hari ni...

Kebanyakan kita mengambil alasan mudah, ala belum sampai jodoh, memang itu teramat benar kerana jodoh ditangan tuhan tetapi kita harus berusaha. Berusaha tak semestinya hanya dengan usaha fizikal tetapi harus dimulakan dengan fikiran, sebab itu dalam islam ada doa dan niat untuk melakukan sesuatu, kerana niat itu bermula dr fikiran.

Berdasarkan eksperimen diatas yg terbukti fikiran kita mempunyai kesan pada persekitaran, bukankah tiba masanya untuk mengubah cara kita berfikir? Bagi yang belum bertemu jodoh kerana masih tidak bertemu dengan pasangan yang dihajati, apa kata mulakan dengan mengubah dominan thought kepada "masih ramai lagi insan yang baik didunia ini, insyaallah pasti akan ku temui.... Amin"


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 10 Julai 2008

Jijikkah poligami?

Majoriti masyarakat mencemuh mereka yang berpoligami, malah suami yang ingin berkahwin lain dilabel sebagai gatal dan mementingkan diri sendiri. Jika berpoligami tidak sesuai dizaman sekarang ini maka salah satu dari undang2 islam sudah tidak boleh diterima pakai, bagaimana pula undang2 islam yang lain? Semua harus berubah juga?

Tanpa kita sedar kita pemikiran kita sebenarnya telah di corak, diacu oleh pengaruh luar dan kebanyakan pilihan dan reaksi kita terhadap sesuatu itu bukan lah dari berfikir, sebaliknya dari memori. Kita lebih senang menggunakan memori dr berfikir, disebabkan oleh itu hidup kita hari ini masih tetap seperti semalam kerana corak pemikiran yang sama.

Mengapa kes liwat harus di nafikan dengan bersumpah dengan Al Quran, bukan dengan memanggil 4 saksi?, kerana itu yang kita lihat melalui filem dan cerita2 TV yang bersumpah perlu dengan kitab suci (bible) jadi ia menjadi ikutan mereka yang mengaku islam.

Mengapa bertudung tetapi dada tersembul? Kerana artis bertudung demikian, sedangkan didalam Al Quran menutup dada itu lebih penting dari fesyen tudung itu sendiri.

Mengapa perlu bercinta dahulu sebelum kahwin, tidak seperti dizaman dahulu yang mana ibu ayah yang mancarikan jodoh, kerana semua cerita TV dan filem menggambarkan perlunya bercinta sebelum kahwin. Tak pernah terjumpa cerita cinta yang menggambarkan hebatnya percintaan selepas kahwin.

Mengapa ada yang sanggup tukar agama kerana cinta, kerana didlm filem, walau hebat mana pun halangan, hero dan heroin akhirnya hidup bahagia, jadi tak kira apa agama pasangan ku, bila aku sudah bercinta dengannya, jika dahulu buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan, sekarang buang emak, buang ayah, buang saudara, buang agama, kerana kasih aku turutkan.

Mengapa poligami itu jijik? Kerana didlm filem, ibu tiri itu garang, kerana dr DCCK, suami berkahwin dua mengabaikan isteri pertama, kerana didlm iklan raya petronas beberapa tahun lepas, anak terpaksa menolong ibu menjual nasi lemak menyara hidup. Tanpa kita sedar, minda separa sedar kita telah dirasuk, yang meracun fikiran kita memusuhi poligami.

Mengapa lelaki mahu kahwin dua, jika di zaman nabi kerana ingin membantu yang lemah, sekarang kerana pengaruh porno yang membuat lelaki khayal untuk mencuba yang lain, betapa mudahnya membeli CD lucah, diluar 7 elevan pun ada gerai segera menjualnya. Lihatlah juga disekeliling bagaimana wanita berpakaian dizaman ini, bukankah itu mendorong nafsu lelaki? Lihatlah majalah hiburan rata2 muka depan memaparkan dada artis yang montok tersembul, bukankah ini mendorang nafsu? Bagi yang tidak beriman, gundik, girlfren, rumah urut habuanku, bagi yang tahu dosa pahala, ke siam adalah jalan yang mudah. Bagi yang tak mampu, melempias pada yang lemah, merogol. Dalam kebanyakan kes, pengaruh persekitaran sebenarnya mendorong lelaki untuk berpoligami.

Bagaimana dengan kaum perempuan, mereka tidak bersalah? Mereka bersetuju bila wanita dijadikan bahan penarik iklan, merek bersetuju, pakaian menjolak mata itu kemodenan, mereka berdiam ketika pornografi berleluasa, bukan kah itu lebih harus ditegah dari berkempen menentang poligami? Kita kena mengkaji dan menyiasat keakar umbi apa punca sebenarnya, bukan menyalah kan apa yang sudah terjadi. Tak pernah terjumpa lagi mana2 persatuan/gerakan wanita yang berjuang menegakkan maruah wanita dari segi menentang pengeksploitasi wanita sebaliknya dalam diam2 menyokong kemungkaran, kebanyakannya atas dasar "women right". Sama seperti barat yang menyalahkan Al Qaeda dan hidup dalam ketakutan sedangkan masaalah sebenarnya ialah yahudi yang merampas tanah arab. Alasan wanita untuk menyuruh lelaki lebih sabar menahan nafsu adalah seperti meludah ke kelangit jika mereka sendiri tidak menyeru kaum mereka sendiri untuk lebih bersopan.

Jadi perempuan tidak boleh menyalahkan lelaki jika mahu berkahwin dan lelaki juga tidak boleh menyalahkan wanita jika mereka ditentang untuk berkahwin lebih dari satu. Pokok pangkal nya niat, apa niat lelaki untuk berkahwin dan apa niat perempuan untuk menghalang?

Jika lihat keadaan masyarakat sekarang ini, mengapa ramai wanita tidak tidak berkahwin, kebanyakan alasan yang diberi, tidak berjumpa pasangan yang sesuai, lelaki pula buat apa aku perlu berkahwini jika aku senang melempiaskan nafsu ku, sikap perempuan sendiri mengumpan seks untuk cinta menjadi penyakit berbalik pada diri sendiri.

Kita semua berkait, kita tidak boleh hidup tanpa memperdulikan orang lain, setiap tindakan ada tindakbalas berbalik yang sama kepada diri kita sendiri. Contohnya bagi lelaki tak perlu aku kahwin kerana aku punyai rakan wanita/gundik/rumah urut untuk melempiaskan nafsuku. Tidak sedarkah mereka yang suatu hari nanti mereka ada adik,saudara atau akan ada anak perempuan? Bagaimana dengan wanita? Jika mereka menghalang suami untuk berkahwin lain jika suami mampu dan punya alasan yang kukuh?, sudah tahukah mereka apa nasib adik, saudara atau anak perempuan mereka nanti?

Sebelum melabelkan seseorang baik suami atau gadis yang ingin menerima suami orang sebagai pasangan kita kena lihat apa niat mereka dan kemampuan mereka? Jika lelaki itu mampu dari segi zahir dan batin, apa niat isteri untuk menghalang? Apa sebenarnya yang mendorong mereka bertindak melulu meghalang niat suami, malah ada juga mendapat sokongan saudara-mara malah rakan2 untuk memusnahkan perkahwinan yang telah dibina.

Jawapan sebenarnya adalah cemburu, takut dan ego. Cemburu kerana takut kasih sayang suami akan beralih, takut akan hilangnya sumber nafkah dan ego dan malu dengan masyarakat persekitaran yang akan mencemuh mereka kerana menganggap ada kekurangan pada diri mereka yang mendorong suami mencari lain. Ditambah pula dengan cara berfikir yang lebih kepada memori dari mengambil kira semua kebarangkalian untuk bertindak. Pengaruh TV dan masyarakat lebih mempengaruhi keputusan yang diambil.

Lelaki yang ingin berkahwin juga harus mengukur diri sendiri, jika ingin kahwin periksa dulu keimanan kita, bukan setakat mengukur tebalnya poket atau hebatnya "senjata" sahaja. Jika kita nanti mengianaya isteri kita, tak terfikir bagaimana perkara yang sama berlaku pada adik, saudara atau anak perempuan kita nanti?

Lelaki yang beriman ingin mencipta syurga didunia ini dengan memberikan kasih sayang pada lebih ramai insan, kasih sayang bukan seperti duit yang bila dikongsi menjadi separuh, contohnya kasih sayang ibu pada anaknya, adakah menjadi separuh dengan kehadiran anak kedua, tidak, kasih sayang tetap tidak berubah. Samalah juga dengan kasih sayang suami, tidak berubah malah makin bertambah-tambah pada isteri pertama yang redha.

Kebanyakan isteri pertama mengadu suami melupakan mereka, mereka kena selidik sikap dan pemikiran mereka sendiri, jika mereka mencemuh perkahwinan tersebut, menyumpah, merungut dan sebagainya, tidak redha akan ketentuan Allah, bukankah itu tidak bersyukur namanya. Bukankah lebih baik kita meredhainya dan berdoa yakin kepada Allah yang Allah akan membuka hati suami mereka untuk sedar jika langkah yang diambil itu silap. Mana lebih berkesan? Bandingkan perbezaannya jika suami itu sendiri sedar akan kesilapannya dari pada sikap kita sendiri menyumpah apa yang terjadi. Ini berbalik kepada keimanan kita kepadaNya.

Perempuan yang ingin mejadi isteri kedua kebanyakannya dilabel sebagai gatal, miang, penggoda, kaki cukur dan sebagainya, kerana apa? Kerana itu acuan pemikiran kita, kita hidup hari ini seolah hari ini adalah semalam, tidak memikirkan akan kemungkinan2 baru jika kita mengubah cara pemikiran kita.
Bagaimana jika calon isteri kedua itu wanita berkerjaya yang boleh berdikari yang cuma ingin menambah kan zuriat, malah anak2 dan isteri pertama juga boleh mendapat kebaikan dari isteri kedua tersebut, contohnya jika isteri kedua itu seorang doktor atau seorang guru/ustazah contohnya. Setiap anak yang lahir ada rezekinya sendiri, itu janji Allah jadi mengapa kita perlu takut suami tak akan ada cukup duit untuk menampung keluarga?

Wanita berkerjaya jarang ingin menjadi isteri kedua kerana samada ego mereka sendiri ataupun takut di cemuh oleh masayarakat, bagi yang beriman, mereka lebih senang menjadi anak dara tua, bagi yang tidak, mengumpan seks untuk cinta dari lelaki, dan ini berbalik kepada kisah mengapa susah untuk mencari lelaki yang baik, drama manusia yang berbalik2.

Kita harus berani mengubah cara pemikiran kita, jika kita termasuk dalam golongan yang mencemuh poligami, secara tidak sedar kita juga mencemuh Allah, tidak bersyukur dan mengundang kemurkaanNya, kemudian kita marahkan hidup kita serba kekurangan dari segi harta dan kasih sayang. Dalam setiap detik hidup kita ini kita harus selalu memeriksa corak pemikiran kita, kerana dari fikiran manjadi tindak tanduk kita. Rugilah mereka yang hidup dengan tanpa sedar mencemuh Allah, menjadi tidak bersyukur. Setiap apa yang datang didalam hidup kita ini hasil dari pemikiran kita sendiri. Mahukan yang terbaik, berlatih lah berfikir yang terbaik, berfikir tanpa pengaruh luar, pengaruh masyarakat. Kaji dan selidik sebelum bertindak dan cuba mengelak dari menjadi tidak bersyukur tanpa sedar.

Didalam posting saya yang lepas, ramai menganggap mana boleh samakan syurga dan dunia, tetapi jika kita inginkan kesyurga, bukankah kita perlu berlatih dari sekarang? Martabat wanita tidak jatuh dengan poligami, malahan isteri yang redha lebih tinggi martabatnya dari bidadari disyurga. Mana lebih utama darjat disisi manusia atau darjat disisi Allah? Kita terlalu mengikut pemikiran barat yang menyelar poligami tanpa kita sedar, barat menolak agama mereka sendiri kerana didlm Bible, ada sejarah nabi2 sebelum nabi Isa yng rata2 berpoligami. Mereka sebenarnya mencemuh nabi2 lain sebelum Nabi Isa AS. Mereka moden kerana menolak agama tetapi runtuh moral, Islam mundur kerana menolak agama dan mundur juga dari segi moral. Islam agung dizaman nabi kerana kuatnya pegangan islam, jatuhnya empayar islam kerana muslim sendiri mengejar dunia.

Bagi saya lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin patut kahwin lebih dari satu dan isteri yang punyai suami yang mithali patut mencari kan pasangan kedua untuk suami, gila bunyinya tetapi jika difikirkan sedalam-dalamnya inilah penyelesaian untuk masaalah masyarakat diseluruh dunia sekarang ini. Sumbang mahram, anak luar nikah, haruan makan anak, pelacuran dan sebagainya, jika diselidik boleh di hapuskan atau dikurangkan dengan dengan poligami.

Lelaki yang mampu dan layak berkahwin dua dan isteri yang menghalang suami yang layak untuk berpologami sebenarnya mementingkan diri sendiri, bagi mereka aku adalah aku dan aku tiada kena mengena dengan masyarakat. Cabang sains yang baru (quantum physic) membuktikan bahawa kita semua berkait, cara kita berfikir sebenarnya mempengaruhi dunia dan persekitaran kita, jadi kita tidak boleh buat tak endah apa yang terjadi disekeliling kerana kita sebenarnya secara tidak langsung terlibat.

Kita lebih senang menyalahkan orang lain, tu la gatal sangat nak kahwin, saja cari penyakit, tak sedar diri, menuding jari kearah orang lain, hebatnya Allah itu membuat secara universal manusia menuding 2 jari kearah orang lain, sedarkah kita 3 jari menghala kepada diri kita sendiri? Itu kehebatan Allah tanpa kita sedar.

Jangan hidup hari ini seperti hari semalam, kerana jika kita hidup hari ini seperti semalam, kita selalu mendapat hasil seperti hari semalam.

Berfikir itu mudah, tetapi tidak ramai yang betul-betul melakukannya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 27 Jun 2008

Kerja Halal, Gaji Tidak...

"Gaji aku banyak tetapi tidak pernah cukup, makin banyak gaji makin tak cukup jadinya, mengapa ya? Adakah konsep "live below your mean" harus aku lakukan atau ada sebab lain disebaliknya? Tambahan pula dengan harga minyak yang naik sekarang ini adakah aku harus lebih berjimat cermat.

Pernah terdengar orang yang gajinya kecil tetapi mampu menyara keluarga yang ramai, rata rata memberi komen, kerjanya halal dan rezekinya berkat, bagaimana pula dengan diriku? Aku bukan melakukan kerja yang haram, macamana tidak berkat pula?"

Adakah persoalan ini sering melanda fikiran kita, tertanya-tanya mengapa, jawapannya memang mudah cuma diri kita tidak sedar akan hukum alam mengenai duit itu sendiri.

Sebenarnya kertas yang dipanggil duit, wang atau fulus yang tersimpan didalam dompet atau poket kita itu sebenarnya bukanlah duit, ia hanya mewakili duit. Saya yakin ramai yang tahu tetapi kelalaian kita membuatkan kita terlupa. Konsepnya sama dengan dosa dan pahala tetapi dosa dan pahala tidak dapat kita lihat kerana ianya perjanjian/perhitungan antara kita dengan Allah, tetapi duit pula dapat dilihat kerana ianya perjanjian kita sesama manusia, itupun setelah ia di"fizikal"kan oleh manusia sendiri.

Di zaman mulanya era perdagangan, manusia bertukar barangan (barter) untuk membolehkan mereka menikmati hasil kerja titik peluh orang lain dengan hasil diri mereka sendiri, Ali punya beras, Baba punya ubi, Ali dan Baba bersetuju bertukar sesama sendiri, si Ali merasa ubi si Baba, dan si Baba merasa beras si Ali, mereka memberi khidmat sesama sendiri dan dengan itu dapat merasa barangan lain hasil titik peluh manusia lain mengikut persetujuan dengan kadar mana yang dirasakan adil pada masa tersebut. Manusia ber"akad" bersetuju seakan kontrak atau perjanjian didalam semua urusan.

Bila urus niaga semakin kompleks, tidak lah lagi sesuai untuk bertukar barangan, disini tercipta lah duit, jadi duit sebenarnya adalah untuk mewakili ganjaran pada perkhidmatan yang diberikan. Jadi jika kita berkhidmat untuk orang lain baru lah ada ganjaran untuk kita, jika kita berbuat baik, pahala, berbuat jahat, dosa, berkhidmat atau berkerja, duit dari segi keuntungan perniagaan, gaji atau pendapatan. pendapatan.

Didalam dunia ini tiada yang percuma, semua ada tindakbalasnya, jika kita anggap udara yang kita sedut setiap masa ini adalah percuma, fikirkan kembali, ia tidak percuma sebenarnya, kita berkhidmat dengan tumbuh-tumbuhan, memberi karbon dioksida dan pokok memberi kita oksigen, disebabkan manusia memusnahkan pokok, lapisan ozone menjadi mangsa dan tak secara langsung kita jugak merasa bahananya. Jangan anggap kita tiada kena mengena dalam hal ini sebab bukan kita yang tebang pokok, bukan kita yang bakar hutan, kita kena ingat, perabot yang kita pakai, roti canai yang kita makan, semuanya disebabkan oleh kita yang mahukan kayu dan mahukan gandum dan ditambah dengan pembalak dan peladang yang tamakkan keuntungan, dari resepi ini, kita semua merasakan masakannya (recipe for disaster).

Jadi berbalik kembali kepada gaji kita yang kita terima setiap bulan, adakah ianya benar-benar hak kita? Katalah kita bersetuju/berakad/kontrak dengan majikan untuk bekerja selama 10 jam sehari dengan gaji $1000 sebulan (contoh untuk memudahkan pengiraan). Jika masa bekerja kita banyak gunakan untuk lepak lama dikafeteria, baca suratkhabar, berbual kosong dengan rakan-rakan, buat part time direct selling dan macam-macam lagi sedangkan ada fail-fail kerja yang bertangguh diatas meja, katakan lah secara puratanya kita berkerja/berkhidmat secara jujurnya 6 jam sahaja sehari, adakah $1000 sebulan itu duit kita? Sebenarnya gaji kita yang "halal" hanyalah $600 sahaja.

Baki $400 itu bukanlah hak kita dan bila ianya bukan hak kita (disebabkan kita menerima ganjaran yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang kita berikan) maka duit itu akan "lari" daripada kita.

Duit sebenarnya ber"nyawa", duit tahu yang kita bukan tuannya dan suasana dunia akan merubah untuk menegakkan keadilan, kerana Allah itu maha Adil. $400 yang akan lari dari kita itu bukan kerana Allah tidak sayangkan kita, tetapi kerana Allah maha adil memulangkan pada tuan punya duit tersebut.

Bagaimana caranya? Apa sahaja kejadian yang menyebabkan kita terpaksa keluarkan duit tanpa kerelaan kita, itu lah sebenarnya cara duit akan lari pada kita, sakit, anak isteri sakit, kemalangan, kena saman, dirompak, diragut, sangkut dalam traffic jam dan macam-macam lagi, semua itu adalah cara duit itu akan kembali pada tuannya. Contohnya, bila kita rosak, mekanik kereta tersenyum duit masuk, mekanik bayar cukai jadi duit itu kembali kepada tuan asalnya jika kita bekerja dengan kerajaan bagi contoh diatas.

Kita semua berkait antara satu sama lain, dari sudut quantum physic, kita semua berkait (entanglement), begitu juga jika diambil kira dari "teori big bang" dan juga kejadian Adam, kita semua berkait antara satu sama lain. Jadi jika kita ambil hak orang lain, sesuatu akan berlaku dalam hidup kita untuk memulangkan kembali hak tersebut.

Contoh yang saya berikan diatas untuk diri kita yang berkerja, bagaimana pula mereka yang mengambil rasuah, makan harta anak yatim, menipu, mencuri? Perhatikanlah hidup mereka adakah aman dan tenteram? Anak-anak kita, adakah mereka boleh menjadi soleh dan solehah jika makanan yang kita suap adalah bukan hak kita? Allah melarang kita makan harta anak yatim, rasuah, riba dan sebagainya itu adalah untuk melindungi kita sendiri sebenarnya, Allah mahu kita hidup aman dan damai tetapi sikap kita sendiri yang mengundang musibah.

Semuanya berpunca dari diri kita, jika kita sedar akan konsep ini, kita akan lebih berhati-hati dalam tindak tanduk perbuatan kita kerana kita tahu semuanya akan berbalik pada diri sendiri.

Jadi gaji $1000 sebulan, tolak duit rumah, ansuran motor, makan cukup-cukup $1000, tetapi disebabkan sakit, motor rosak, tayar pancit, duit $1000 tu tetap tak cukup. Jadi sebelum kita bentangkan budget bulanan, periksa dulu adakan gaji yang kita terima contohnya $1000 sebulan itu benar-benar $1000? Jika mahu 100%, ubah lah cara kerja, buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur supaya gaji yang kita terima itu adalah hak kita sebenar-benarnya ganjaran atas perkhidmatan yang kita berikan. Jika tidak mahu ubah cara kerja,tetap nak "mengular", ponteng dan sebagainya, janganlah nak marah jika musibah berlaku kerana semuanya salah diri sendiri. Sebelum salahkan takdir, fikirkan dahulu adakah kita yang mengundangnya?

Jadi kenapa Islam menggalak kan sedekah dan zakat? Salah satu sebabnya menyucikan harta, pendapatan kita supaya ianya kembali pada yang hak. Agak sukar untuk betul mengira masa kerja dan gaji yang setimpal tetapi amat mudah untuk memberi sedekah, $1 atau $1000 bukan jadi ukuran, ikhlas yang lebih utama.

Berfikir itu mudah tetapi tidak ramai yang mahu melakukannya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 26 Mei 2008

Menakutkan Diri Dengan Siksa Neraka.

Ulasan saya di forum cari.com

Agak hebat jugak perbincangan thread ni, alhamdulillah.

Kita seolah2 terpaksa menakut2kan diri kita dgn siksaan dineraka untuk membuat kita takut untuk berbuat mungkar, tetapi terfikirkah kita apa yg mendorong kita berbuat jahat? Selalunya orang akan menjawab.. bisikan syaitan.. tetapi jika diakhirat kelat kita ditanya mengapa kita berbuat jahat dan kemudian kita menjawab syaitan yang membisikkan padaku untuk membuatnya, kita seolah2 cuba menyalahkan pihak lain atas kepincangan kita.

Jika didunia ini jika kita mencuri dan ditangkap dan bila disoal di mahkamah mengapa awak mencuri, dgn memberi alasan member yang ajak, adakah kita akan terlepas dgn hukuman? Tidak.. menyalahkan pihak ketiga bukan jalan penyelesaian. Semua sebenarnya terletak pada diri kita sendiri, bagaimana kita mengawal fikiran dan emosi sebelum bertindak.

Kita yang sepatutnya boleh berfikir buruk dan baiknya sendiri, so untuk memastikan kita boleh berfikir dgn baik kita haruslah menjaga otak kita... famous quantum physican Dr John Hagelin telah membuat kajian mengenai otak dan membuat rumusan bahawa frontal brain (otak depan iaitu dibelakang dahi kita) sebenarnya CEO bagi diri kita, membuat perancangan samada yang baik atau buruk, otak depan yang kurang berfungsi (stress adalah penyebab utama) membuatkan kita tidak boleh berfikir dgn sempurna.

Beliau mencadangkan trancendental meditation iaitu duduk dgn tenang dan cuba mengosongkan fikiran dr memikirkan apa2 pun. Seakan2 menyeragam/men"synchronise"kan otak supaya boleh berfungsi dgn optimum.

Cara meditasi ini jgn disalah anggap pulak menjurus ke arah agama lain kerana meditasi ini boleh dilakukan dimana2 sahaja dan tidak semestinya harus duduk bersila bertapa macam sami budha. memang tidak dinafikan asalnya meditasi ini dr India dipopularkan di barat oleh Maharishi Mahesh Yogi tetapi ia bukan lah menjurus kearah agama lain kerana tiada unsur pemujaan, cuma duduk tenang dan kosongkan fikiran.

Ianya seolah2 sebuah orkestra yang belum memulakan persembahan dimana semua ahli2 musik membuat hal masing2, ada yang mentunekan alatnya, membetulkan tempat duduk, membelek nota musik dan sebagainya, itu otak sebelum meditasi. Apa yang berlaku selepas meditasi ialah seperti selepas konduktor orkestra muncul dan menyeragamkan ahli musik supaya dapat secara harmoni memainkan musik yang indah.. Itu yang berlaku pada otak selepas meditasi, semua bahagian otak beerfungsi dgn seragamnya lantas membuat kan kita boleh berfikir dgn lebih sempurna.

Otak yang berfungsi dgn baik akan membuat kita boleh berfikir dgn lebih baik dan dapat memikirkan mana baik dan buruk, lebih mudah menyelesaikan masaalah, lebih kreatif, lebih bijak mengawal emosi dan sebagainya, semua sifat2 positif yang membolehkan hidup didunia ini lebih aman dan bahagia. Jika kita boleh berfikir dengan sempurna, hidup akan lebih sempurna dan tidak perlu memikirkan lagi seksa neraka kerana kita lebih yakin jalan kita kesyurga.

Jika semua manusia boleh berfikir/bersifat positif, bukankah dunia ini ibarat syurga? Fikir2kan lah..


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 20 Mei 2008

Buka Hati, Buka Minda

Saya terima email dr rakan membicarakan tentang keesaan Allah, yang menarik perhatian adalah ungkapan di permulaan email tersebut yang aku teramat ingin berkongsi dengan sahabat sekalian. Ungkapan penuh makna, buat mereka yang mahu berfikir.

'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat'
'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan'
'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu'
'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji'
'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'

Berfikir memang mudah, tetapi tidak ramai yang melakukannya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 15 Mei 2008

Isteriku Bercakaran Di Syurga

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much..

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... selamanya..


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas