Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 8 Ogos 2008

Lilin Atau Mentol...

Biarku menjadi lilin, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa.. satu mentaliti yang berabad-abad lamanya di pegang oleh masyarakat kita khususnya dan kebanyakan masyarakat lain amnya. Tetapi adakah itu satu mentaliti yang baik dan betul?

Menjadi lilin menerangi hidup orang lain akan membakar diri sendiri dan memusnahkan, Allah melarang kita membahayakan badan kita dengan bendasing seperti arak, dadah dan rokok contoh yang meracuni badan dan fikiran kita, jadi menjadi lilin memusnah kan diri itu tiada bezanya, prinsipnya tetap sama. Jadi apakah berkorban dengan memusnahkan diri itu betul?

Di zaman yang makin maju ini pemikiran lilin harus diganti dengan mentol atau lebih sesuai lagi lampu kalimantang... dapat menerangi hidup orang lain tanpa perlu membakar diri, terus menerangi hingga akhir hayat, bertahun-tahun lamanya dan tidak seperti lilin yang bertahan cuma beberapa jam sahaja.

Tetapi ada diantara kita yang bertanya, jika mahu menjadi mentol, kena la ada arus elektriknya, dari mana datangnya arus elektrik tersebut? Jawapannya datang dari diri kita sendiri. Bagaimana?

Ambil contoh insan yang berkorban memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana mendapat tentangan ibu bapa, kerana menghormati ibu bapa dia merelakan tetapi pada masa yang sama dirinya menderita kerana apa yang diingini tidak tercapai. Jadilah dia ibarat lilin, membakar diri untuk menggembirakan ibu bapa walaupun diri penuh duka. Jika diubah sedikit cara pemikiran, insan ini boleh menjadi mentol, bagaimana?

Mula2 harus beristigfar dan harus sedar yang semua kejadian adalah kehendak Allah, sentiasa berniat baik kepadaNya, percayalah yang Allah sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya.

Kita tidak tahu apa kesudahan kita jika kita teruskan niat kita seperti kes diatas jika insan tersebut bertegas untuk meneruskan hubungan dgn cara kahwin lari contohnya, banyak hubungan akan rosak di kedua2 belah keluarga.

Tetapi Allah maha mengetahui, bagi Allah semua kejadian itu sudah berlaku, tiada masa bagiNya,  jadi Allah mencorakkan dunia ini untuk memberi kita yg terbaik agar hubungan itu tidak diteruskan. 

Kita harus fokus kembali apa sebenarnya yg kita inginkan, pastinya kebahagiaan dan kegembiraan, tetapi adakah kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya boleh dikecapi dgn si A? Mungkin si B yang kita akan kenal selepas ini boleh memberi yang lebih baik. 

Jika kita boleh sedar dan menerima hakikat yang Allah itu maha pengasih dan sentiasa memberikan kita yang terbaik, kita tidak akan menganggap pengorbanan ibarat lilin membakar diri, tenaga yang terhasil dr sifat bersyukur dan keimanan kepadaNya pasti menyalakan mentol diri kita yang akan menerangi insan disekeliling tanpa perlu memusnahkan diri.

Apa yang perlu kita semat didalam hati adalah dunia ini penuh kegembiraan dan kebahagiaan, cuma kita sahaja yang menganggap ianya hanya boleh diperolehi dr insan lain, kita terlalu mengharapkan orang lain menggembirakan kita, memberi kebahagiaan kepada kita, kemudian kecewa dan marahkan insan tersebut jika dia gagal berbuat demikian. Kegembiraan dalaman sebenarnya yang wajib didahulukan, tingkatkan sehingga ia melimpah ruah dan secara langsung mengalirdan menyinari semua insan disekeliling kita, berkat dari keimanan dan ketakwaan kepadaNya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 1 Ogos 2008

Mat Jenin setaraf Einstein

"Imagination is more important than knowledge", Albert Einstein

Albert Einstein menyatakan bahawa imaginasi itu lebih penting dari ilmu pengetahuan, agak pelik jika dikaji mengapakah seorang yang kita ketahui adalah seorang saintis hebat boleh mengucap kalimah sedemikian rupa.

Mengapa imaginasi lebih hebat dr ilmu pengetahuan? Pertamanya semua hasil kerja manusia datangnya dari fikiran, dari fikiran datangnya tindakan, dari tindakan nampaklah hasilnya. Contohnya jika Wright Brothers tidak berimaginasi manusia boleh terbang, tidak terciptalah kapalterbang, jika Alexander G Bell tidak berimaginasi yang suara boleh di pindahkan melalui copper wire, tidak terciptalah telefon.

Dr segi quantum physic pula, dunia ini tidak lain hanyalah gelombang electron, atom yang kita belajar disekolah dahulu bukanlah solid seperti yang di lukis tetapi hanyalah "wave of potential electron", tetapi apa yang menghairan kan, bila kita lihat (observe), gelombang tersebut membentuk zarah (particle) dan kemudiannya membentuk objek dan situasi didalam hidup kita ini (collapse of wave function). Memang susah diterima bg org kebanyakan tetapi ini dibuktikan secara eksperimen oleh saintis fizik. Lihat video ini untuk memudahkan pemahaman anda. Konklusinya, realiti adalah apa yang kita mahu lihat dalam hidup kita ini, apa yang kita fikirkan, semuanya bermula dari fikiran. Bagi kita umat islam, sudah tentunya dengan izin Allah yang maha pemurah, sebab itu apa yg kita inginkan sudah dalam gengaman jika kita selalu bersyukur padaNya.

Pepatah angan2 mat jenin sebenarnya secara tidak langsung memundurkan melayu itu sendiri,
orang melayu sering di sindir agar jangan banyak berangan2, bermimpi disiang hari dan sebagainya, boleh dikatakan kita lebih menekankan usaha dari berimaginasi kerana bagi kita imaginasi itu sama seperti angan-angan, tidak membawa kemana. Kita tidak tahu asal usul cerita mat jenin ini, mungkin ianya direka oleh golongan tertentu untuk memundurkan bangsa melayu supaya tidak boleh menjangkau lebih jauh.

Imaginasi dan angan2 yang berterusan sebenarnya akan mempengaruhi minda separuh sedar (subconcious mind) kita lantas mempengaruhi fikiran dan tindakan minda kita yg sedar (conscious mind). Ini akan mambawa kita agar lebih fokus, lebih berani mencuba dan tidak tunduk pada kegagalan, orang yang terus mencuba tidak gagal, orang yang berhenti atau kecundang, mereka itulah yang gagal.

Tidak percaya kehebatan imaginasi? Pernah terfikir bagaimana imaginasi tentang seks membuatkan alat kelamin anda terangsang walaupun itu hanya di minda? Bagaimana jika kita angan/imaginasikan kekayaan, kasih sayang, hubungan yang erat dan sebagainya, bukankan kah diri, jasad, kaki, tangan dan tindakan kita akan berusaha kearah itu? Apa kesudahan mereka yang selalu berimaginasi seks? Apa kesudahan mereka yang selalu berimaginasi mahukan keluarga yang bahagia? Fikir2 kan....

Jika Einstein menggalakkan imaginasi, Mat Jenin adalah setaraf dengannya, cuma kita kena berhati-hati agar tidak berimaginasi diatas pokok kelapa seperti Mat Jenin yang mengundang malang pada dirinya.

Berikut adalah beberapa lagi kata2 Albert Einstein mengenai imaginasi.

The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.

When I examine myself and my methods of thought, I come to the conclusion that the gift of fantasy has meant more to me than any talent for abstract, positive thinking.

The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.

The gift of fantasy has meant more to me than my talent for absorbing positive knowledge.

Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.

Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions.

I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Maksud Bacaan di dalam solat

Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini daya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas