Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 18 Oktober 2011

Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang


Peringkat pertama dalam proses mengembalikan Sunnah yang telah hilang itu adalah dengan melancarkan program pendidikan umum secara besar-besaran mengenai “wang” didalam Al Quran dan Sunnah. Buku kecil ini ditulis untuk membantu didalam pendidikan besar-besaran tersebut untuk mendidik umat Islam.



Petikan diatas adalah dari buku "Gold Dinar and Silver Dirham - Islam and Future of Money" karangan Sheikh Imran Hosein yang telah saya terjemahkan ke bahasa Malaysia untuk rujukan rakan-rakan sekalian. Saya telah pun mendapatkan kebenaran Sheikh Imran untuk menyebarkannya menerusi laman SD ini.


Saya meminta ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan didalam terjemahan tersebut, komen anda amat saya hargai untuk memperbetulkan terjemahan tersebut jika perlu. Buku ini telah saya siapkan didalam dua format iaitu .pdf dan juga .epub untuk rakan-rakan yang mempunyai pembaca buku digital, iPhone ataupun iPad.

Saya mengakui agak sukar untuk menterjemahkan sepenuhnya gaya penulisan Sheikh Imran, mungkin saya tidak dapat menyampaikan sebaik mungkin gaya penulisan beliau tersebut ke bahasa Malaysia akan tetapi harapan saya agar intipati kandungan tersebut dapat difahami oleh rakan-rakan sekalian untuk membuka mata rakan-rakan pembaca sekalian lantas membangkitkan kesedaran mengenai penipuan global menerusi penggunaan wang kertas ini.

Sila klik kanan dan pilih "Save as" untuk memuat turun format buku-e pilihan anda.

1. Epub - Untuk alat pembaca digital, iPhone dan Ipad.

2. Pdf - Untuk bacaan menggunakan Acrobat Reader

3. Gambar muka depan buku.

Harap usaha kecil ini mampu membawa perubahan kepada masyarakat untuk bersama berubah kearah kehidupan yang lebih baik, bukankah Allah tidak akan mengubah sesuatu umat itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah? Insyaallah akan berjaya..

13 Komen:

indahhiasan berkata...

terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu =)

Tanpa Nama berkata...

boleh saya print buku tersebut dan edar secara percuma.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Helmi,
Besar harapan jika ada pihak yang sudi menyediakan subtittle bahasa melayu dalam siri ceramah beliu...saya pasti ramai yang akan membantu menyebarkannya kepada setiap rumah di malaysia. seperti berjayanya ASTRO mempengaruhi pemikiran manusia kini....wasalam.

Helmis berkata...

Assalamualaikum,

Polisi laman web Sheikh Imran mengenai buku digital adalah ianya bebas untuk disebarkan, akan tetapi untuk mencetak dan menyedarkannya saya harap saudara mendapatkanya dahulu dari Sheikh Imran.

Salah satu sumber pendapatan Sheikh adalah dari hasil jualan buku-bukunya jadi pada pendapat saya eloklah kita beli buku ini darinya dan kemudian diedarkan secara percuma, dapat kita menyebarkan ilmu dan pada masa yang sama membayar balik ilmu yang Sheikh telah berikan kepada kita menerusi buku tersebut.

Sila ke laman www.imranhosein.org untuk menghubungi Sheikh Imran

Helmis berkata...

Assalamualaikum,

Saya telah pun meletakkan sarikata untuk beberapa video ceramah Sheikh Imran, sila ke laman videosyurgadidunia untuk menontonnya.

Wassalam

asri berkata...

Assalamualaikum tuan,

terima kasih. saya dah download ebook tuan.
JazakAllahu khairan...

Tanpa Nama berkata...

AKU HENSEM

bro penah bce buku ni tk?

Pawn In the Games by william guy carr

Helmis berkata...

Tak pernah baca lagi, tetapi dari review di Amazon ianya sungguh menarik, bacaan wajib selepas ni, terimakasih banyak atas maklumat.

Tanpa Nama berkata...

AKU HENSEM

Bro pegi download kat Scribd
Aku dapat pun dari sana

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang berhujah haram itu, saya bersetuju dengan anda tetapi berikan cadangan untuk mengatasinya bagi mengelakkan kemaslahatan Ummah (hampir 99 % umat Islam menggunakan duit kertas sebagai transaksi).. Kadang-kala kita begitu beremosi dalam menghukum sedangkan kita tidak melihat masalah umum. Orang melayu memang suka tergesa-gesa sehingga dalam isu laksanakan hudud juga tergesa2. Kita bersetuju untuk laksanakan dinar tetapi adakah kapasiti atau kekuatan dinar ini dapat dilaksanakan jika kita haramkan wang dalam masa yang terdekat ini tanpa umat Islam menguasai dunia dan ekonomi? Saya telah banyak mendenar ceramah UZAR dan dalam ceramahnya, beliau tidak sama sekali menghalalkan wang kertas cuma penjelasan beliau kepada apakah alternatif yang ada kini untuk menaikkan ekonomi dan keupayaan umat Islam dalam sistem ekonomi yang jelas dikuasai orang KAFIR

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,

Yang berhujah haram itu juga masih menggunakan duit kertas wahai saudara jadi janganlah saudara tergesa-gesa membuat sebarang kesimpulan. Apabila ianya diterima sebagai haram maka akan ada usaha beransur-ansur untuk mengubahnya. Jika tidak diistihar sebagai haram maka orang ramai semakin hari semakin selesa dan lama kelamaan akan menjadi teramat sukar untuk mengubahnya dan itulah yang berlaku sekarang ini baik orang kebanyakan mahupun sarjana-sarjana Islam.

Hudud itu perintah Allah, sama dengan solat maka bukan jatuh pada tergesa-gesa lagi akan tetapi suatu yang wajib dan sepatutnya sudah lama dijalankan.

Umat kafir menguasai ekonomi kerana ekonomi itu berlandaskan riba', baik dari penciptaan wang tanpa sandaran nilai sebenar (Fractional reserve banking) hinggalah kepada korupnya pemimpin yang tidak ingat akhirat, menggemukkan diri sendiri dengan rasuah yang rata-rata dari kafirun hinggakan mereka menguasai ekonomi.

Masaalah ekonomi umat Islam hari ini ibarat ada kebocoran gas didalam rumah, apa yang pemikir Islam (yang keluar TV) hari ini cuba lakukan adalah dengan memasang penapis gas, memberi topeng sebagainya kepada penghuni rumah sedangkan yang sepatutnya dilakukan adalah mencari punca kebocoran dan memperbaikinya.

Gas yang bocor itu adalah wang yang tidak lagi disandarkan dengan nilai sebaliknya disandarkan dengan hutang dan inilah yang dilakukan oleh sistem perbankan baik konvensional mahupun islamik.

Piramid tidak dibina dalam masa satu hari saudara, begitu juga dengan penggunaan wang sebenar yang mempunyai nilai didalamnya. Apabila wang itu sendiri mempunyai nilai didalamnya maka kekayaan akan kembali kepada pemunya sebenar iaitu mereka yang bekerja dan berusaha. Apabila nilai wang tiada didalam wang itu sendiri iaitu terletak ditempat lain maka ianya boleh dimanipulasikan oleh mereka yang mengawalnya maka kekayaan akan beralih kepada mereka yang mengawalnya hatta sambil bersantai dipantai pun wang akan masuk kepoket mereka (inilah yang dilaung-laungkan oleh syarikat pelaburan) maka yang berusaha dengan keringat akan manjadi semakin miskin dan yang kaya dan bersantai akan menjadi semakin kaya.

Alternatif menaikkan ekonomi umat Islam bukanlah dengan bersaing dengan mereka didalam sistem yang sama iaitu kapitalis, memang umat Islam tidak akan berjaya. Yang perlu diubah akan sistem pasaran islam yang bebas dan adil yang dikawal oleh pemimpin yang takutkanlah Allah dan senantiasa ingat akan tanggungjawab sebagai pemimpin, bukannya pemimpin yang hanya mengenyangkan perut sendiri dan juga perut-perut anak beranak dan kroni. Itulah sahaja jalan penyelesaiannya. Ya untuk itu banyak yang terpaksa dikorbankan termasuklah rumah teres dua tingkat yang telah ditempah melalui pembiayaan perbankan Islam dan sebagainya, akan tetapi antara mendapatkan nikmat dunia untuk diri sendiri atau menjaga kebajikan seluruh masyarakat, saya lebih rela menepikan yang pertama, anda bagaimana?

Admin GSS berkata...

Salam, terima kasih berkongsi terjemahannya. Saya mohon izin untuk share di laman web saya, www.goldsilversaga.com

terima kasih

Unknown berkata...

Salam. Sy suka ulasan tn. Bernas dan berkesan.

Tq.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas