Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 27 Jun 2008

Kerja Halal, Gaji Tidak...

"Gaji aku banyak tetapi tidak pernah cukup, makin banyak gaji makin tak cukup jadinya, mengapa ya? Adakah konsep "live below your mean" harus aku lakukan atau ada sebab lain disebaliknya? Tambahan pula dengan harga minyak yang naik sekarang ini adakah aku harus lebih berjimat cermat.

Pernah terdengar orang yang gajinya kecil tetapi mampu menyara keluarga yang ramai, rata rata memberi komen, kerjanya halal dan rezekinya berkat, bagaimana pula dengan diriku? Aku bukan melakukan kerja yang haram, macamana tidak berkat pula?"

Adakah persoalan ini sering melanda fikiran kita, tertanya-tanya mengapa, jawapannya memang mudah cuma diri kita tidak sedar akan hukum alam mengenai duit itu sendiri.

Sebenarnya kertas yang dipanggil duit, wang atau fulus yang tersimpan didalam dompet atau poket kita itu sebenarnya bukanlah duit, ia hanya mewakili duit. Saya yakin ramai yang tahu tetapi kelalaian kita membuatkan kita terlupa. Konsepnya sama dengan dosa dan pahala tetapi dosa dan pahala tidak dapat kita lihat kerana ianya perjanjian/perhitungan antara kita dengan Allah, tetapi duit pula dapat dilihat kerana ianya perjanjian kita sesama manusia, itupun setelah ia di"fizikal"kan oleh manusia sendiri.

Di zaman mulanya era perdagangan, manusia bertukar barangan (barter) untuk membolehkan mereka menikmati hasil kerja titik peluh orang lain dengan hasil diri mereka sendiri, Ali punya beras, Baba punya ubi, Ali dan Baba bersetuju bertukar sesama sendiri, si Ali merasa ubi si Baba, dan si Baba merasa beras si Ali, mereka memberi khidmat sesama sendiri dan dengan itu dapat merasa barangan lain hasil titik peluh manusia lain mengikut persetujuan dengan kadar mana yang dirasakan adil pada masa tersebut. Manusia ber"akad" bersetuju seakan kontrak atau perjanjian didalam semua urusan.

Bila urus niaga semakin kompleks, tidak lah lagi sesuai untuk bertukar barangan, disini tercipta lah duit, jadi duit sebenarnya adalah untuk mewakili ganjaran pada perkhidmatan yang diberikan. Jadi jika kita berkhidmat untuk orang lain baru lah ada ganjaran untuk kita, jika kita berbuat baik, pahala, berbuat jahat, dosa, berkhidmat atau berkerja, duit dari segi keuntungan perniagaan, gaji atau pendapatan. pendapatan.

Didalam dunia ini tiada yang percuma, semua ada tindakbalasnya, jika kita anggap udara yang kita sedut setiap masa ini adalah percuma, fikirkan kembali, ia tidak percuma sebenarnya, kita berkhidmat dengan tumbuh-tumbuhan, memberi karbon dioksida dan pokok memberi kita oksigen, disebabkan manusia memusnahkan pokok, lapisan ozone menjadi mangsa dan tak secara langsung kita jugak merasa bahananya. Jangan anggap kita tiada kena mengena dalam hal ini sebab bukan kita yang tebang pokok, bukan kita yang bakar hutan, kita kena ingat, perabot yang kita pakai, roti canai yang kita makan, semuanya disebabkan oleh kita yang mahukan kayu dan mahukan gandum dan ditambah dengan pembalak dan peladang yang tamakkan keuntungan, dari resepi ini, kita semua merasakan masakannya (recipe for disaster).

Jadi berbalik kembali kepada gaji kita yang kita terima setiap bulan, adakah ianya benar-benar hak kita? Katalah kita bersetuju/berakad/kontrak dengan majikan untuk bekerja selama 10 jam sehari dengan gaji $1000 sebulan (contoh untuk memudahkan pengiraan). Jika masa bekerja kita banyak gunakan untuk lepak lama dikafeteria, baca suratkhabar, berbual kosong dengan rakan-rakan, buat part time direct selling dan macam-macam lagi sedangkan ada fail-fail kerja yang bertangguh diatas meja, katakan lah secara puratanya kita berkerja/berkhidmat secara jujurnya 6 jam sahaja sehari, adakah $1000 sebulan itu duit kita? Sebenarnya gaji kita yang "halal" hanyalah $600 sahaja.

Baki $400 itu bukanlah hak kita dan bila ianya bukan hak kita (disebabkan kita menerima ganjaran yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang kita berikan) maka duit itu akan "lari" daripada kita.

Duit sebenarnya ber"nyawa", duit tahu yang kita bukan tuannya dan suasana dunia akan merubah untuk menegakkan keadilan, kerana Allah itu maha Adil. $400 yang akan lari dari kita itu bukan kerana Allah tidak sayangkan kita, tetapi kerana Allah maha adil memulangkan pada tuan punya duit tersebut.

Bagaimana caranya? Apa sahaja kejadian yang menyebabkan kita terpaksa keluarkan duit tanpa kerelaan kita, itu lah sebenarnya cara duit akan lari pada kita, sakit, anak isteri sakit, kemalangan, kena saman, dirompak, diragut, sangkut dalam traffic jam dan macam-macam lagi, semua itu adalah cara duit itu akan kembali pada tuannya. Contohnya, bila kita rosak, mekanik kereta tersenyum duit masuk, mekanik bayar cukai jadi duit itu kembali kepada tuan asalnya jika kita bekerja dengan kerajaan bagi contoh diatas.

Kita semua berkait antara satu sama lain, dari sudut quantum physic, kita semua berkait (entanglement), begitu juga jika diambil kira dari "teori big bang" dan juga kejadian Adam, kita semua berkait antara satu sama lain. Jadi jika kita ambil hak orang lain, sesuatu akan berlaku dalam hidup kita untuk memulangkan kembali hak tersebut.

Contoh yang saya berikan diatas untuk diri kita yang berkerja, bagaimana pula mereka yang mengambil rasuah, makan harta anak yatim, menipu, mencuri? Perhatikanlah hidup mereka adakah aman dan tenteram? Anak-anak kita, adakah mereka boleh menjadi soleh dan solehah jika makanan yang kita suap adalah bukan hak kita? Allah melarang kita makan harta anak yatim, rasuah, riba dan sebagainya itu adalah untuk melindungi kita sendiri sebenarnya, Allah mahu kita hidup aman dan damai tetapi sikap kita sendiri yang mengundang musibah.

Semuanya berpunca dari diri kita, jika kita sedar akan konsep ini, kita akan lebih berhati-hati dalam tindak tanduk perbuatan kita kerana kita tahu semuanya akan berbalik pada diri sendiri.

Jadi gaji $1000 sebulan, tolak duit rumah, ansuran motor, makan cukup-cukup $1000, tetapi disebabkan sakit, motor rosak, tayar pancit, duit $1000 tu tetap tak cukup. Jadi sebelum kita bentangkan budget bulanan, periksa dulu adakan gaji yang kita terima contohnya $1000 sebulan itu benar-benar $1000? Jika mahu 100%, ubah lah cara kerja, buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur supaya gaji yang kita terima itu adalah hak kita sebenar-benarnya ganjaran atas perkhidmatan yang kita berikan. Jika tidak mahu ubah cara kerja,tetap nak "mengular", ponteng dan sebagainya, janganlah nak marah jika musibah berlaku kerana semuanya salah diri sendiri. Sebelum salahkan takdir, fikirkan dahulu adakah kita yang mengundangnya?

Jadi kenapa Islam menggalak kan sedekah dan zakat? Salah satu sebabnya menyucikan harta, pendapatan kita supaya ianya kembali pada yang hak. Agak sukar untuk betul mengira masa kerja dan gaji yang setimpal tetapi amat mudah untuk memberi sedekah, $1 atau $1000 bukan jadi ukuran, ikhlas yang lebih utama.

Berfikir itu mudah tetapi tidak ramai yang mahu melakukannya...

9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 kita merasa diri kita hebat,tidak diuji,orang yang kena ujian tu kita kata rezeki tak berkat la,kita tengok orang alim pun kena uji jugak tapi mereka insan yang taat dan dekat dengan Allah.Ingat!semua ni kehendak Allah,jangan rasa takabbur,jangan fikir minda je,ingat Allah berkuasa atas setiap perkara,Kadang2 kita dah buat dah,bayar zakat,sedekah tapi kena bala jugak,jangan pulak kita yang terasa hebat dengan kuasa minda ni(minda pun pemberian Allah)kita kata tu la sebab ada benda disebalik tu.Mari kita tengok nabi2 dan orang soleh dulu,lagi teruk mereka diuji,adakah kerana apa2.Ini adalah kerana mereka dekat dengan Allah.Ingat!kadang2 kita tang hebat menulis ni lupa kepada Allah.Macam jantina anak,kebetulan je tu tapi semuanya kuasa Allah,Kalau boleh buat kenapa tak buat anak perempuan dari awal lagi atau pun gilirkan anak lelaki dan anak perempuan.Ada orang tu dia rasa hebat dapat anak ramai,dia ingat dia punya kuasa ke,last2 ada seorang anak dia dijemput oleh Allah,nak kata apa lagi,siapa yang berkuasa?dia anggap kita yang anak tak ramai ni tak buat kerja la,tak hidup la,bila-bila masa Allah boleh ambik barang pinjaman dia.Wassalam

Helmis berkata...

Terimakasih atas komen saudara yg mengingatkan saya akan kekurangan diri, tidak terfikir langsung untuk menidakkan Allah dan menganggap apa yg terjadi atas fikiran/minda saya semata2.
Baru dalam dua tahun ini saya mengetahui kehebatan minda manusia, baik dari biologi mahupun quantum fizik semuanya membuktikan kebesaran Allah dan ini yg saya ingin berkongsi dgn rakan2.
Maaf kiranya tulisan saya tidak menepati pemikiran saudara yg pada pandangan saya lebih berilmu, harap dapat di"link" kan juga sumbangan saudara kepada rakan2 dan tidak hanya "Tanpa Nama".
Lebih baik cuba berkongsi ilmu, membuat kesalahan dan ditegur dari memiliki ilmu dan hanya menyimpan untuk diri sendiri.
Benar Nabi2 yg taat pun diuji, tetapi itu ada hikmah disebaliknya yg kita hanya akan ketahui dgn pemikiran yg mendalam.
Didalam kehidupan yg berasaskan riba, baik dari kad kredit, pinjaman rumah atau kereta, kita setiap hari hidup dgn menindas manusia lain, jadi jika kita taat kepada Allah dgn beribadat sekalipun, akan Allah datangkan kesusahan untuk mengambil balik hak2 manusia lain yg kita tindas.
Maaf jika ada tulisan saya yg mengatakan saya hebat dan tidak diuji, tidak perlulah saya tulis cerita2 ujian tersebut hanya semata2 untuk memenuhi kehendak saudara, biarlah cerita yg baik sahaja untuk menjadi tauladan bersama, wassalam

Jamal berkata...

Salam

Bagi saya jgn ambil ape yg ditulis di blog2 secara peribadi. Ape yg ditulis adalah utk kita berfikir, bukan ikutan(tak silap saya taklid ke ape ke yg bermaksud ikut). Kalau kita ade pendapat yg lebih baik berdasarkan fakta2, nas2 Al Quran, Hadis adalah lebih baik.

Even isu2 yg berkaitan agama yg ditulis oleh manusia (bukan Al Quran / hadis), kita masih boleh berfikir (lebih baik), menyoal, meminta penerangan, malah kita boleh bercanggah/tidak bersetuju dgn mengemukakan dalil2 Al Quran/Hadis. Ini lebih baik kerana kita berlapang dada dan fikiran dr kita ikut tanpa kita fikir.

Bagaimanapun byk kebenaran ape yg ditulis (cuma ramai antara kita tak dapat menerima dgn hati terbuka). Saya sendiri terfikir adakah saya terima gaji yg halal bila saya datang ofis, tak byk kerja, lebih byk surf internet, face book, email..dsbg.

Bila gaji/bayaran yg kita dapat tak setimpal dgn kerja kita, kira tak halal la secara hukum. Macam yg dikatakan di atas, kalau kita bekerja 8pg - 5ptg, adakah kita betul2 bekerja atau byk buat benda2 sendiri..bak kata Nabil, lu fikir lah sendiri.

Sbb tu la berniaga itu amat digalakkan. Kerana dgn berniaga, untung rugi kita atas usaha kita. Kita rajin, jual byk, untung byk, InsyaAllah halal. Kita malas, bukak kedai pukul 2 petang, tutup 6ptg, sendiri mau ingat.

Juga sumber/modal kita adakah kita dapat dgn halal/haram mempengaruhi.

Dan kalau kita ade duit, dan mak bapak kita, keluarga kita, adik beradik kita memerlukan nye, saya nasihat agar utamakan la pada yg memerlukan. Sbb saya sendiri kadang2 fikir, mungkin kita tak membantu keluarga, akhirnya usaha kita gagal (bisnes ke ape ke, sbb kita lebih pentingkan bisnes kita dr keluarga yg memerlukan). Ini saya rasa sendiri dr pengalaman sendiri.

Yg baik dr Allah, yg buruk dr kelemahan kita sendiri.
Wallahualam

Jamal

Helmis berkata...

Saudara Jamal,
Tepat sekali, apa yang dibaca harus diikuti dgn fikiran yg mendalam mengenainya untuk menimbal balas kebenaran, apa yg berlaku dizaman ini ramai yg sudah tidak mampu berfikir kerana otak yg berfikir iaitu frontal lobe sudah lemah dek pencemaran baik dari rokok, alkohol malah dari hiburan2 yg melalaikan.

Masaalah tidak dapat diselesaikan dengan pemikiran sama yg menyebabkan masaalah tersebut, pelbanyak kan ilmu mengenai bagaimana untuk mendapat wang, akan tetapi wajiblah dengan cara yg halal, hanya satu sahaja undang2 yg harus diikut, tiada barang atau perkhidmatan yg diberikan maka tiadalah wang untuk kita, barang dan perkhidmatan itu pula hendaklah sesuatu yg memberi nilai, bukan sampah umpama memberi hiburan yg membuatan manusia lalai ataupun benda yg menyebabkan manusia sakit umpama rokok dan alkohol. Salam dari Milan, Italy

jatuhbangun berkata...

Perkongsian yang bagus...

Semua berpunca dari sikap ambil mudah...

apa yang penting setiap diri kita harus sama2 teliti sumber2 yang diperolehi dan kemana kita blanjakan.. sama2.. Kita usahakan sebaik mgkin, Allah pasti akn kurniakan yang lebih baik untuk kita...

Tanpa Nama berkata...

perkongsian yg bagus,

sy pernah mengalami kehilangan wang, dan 2 bulan sebelum kecurian, saya terlupa untuk membayar zakat pendapatan bagi tempoh 2 bulan, sedangkan selama saya membayar zakat ,saya tak pernah mengalami kecurian atau kekurangan wang.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka dengan segala cerita dan pengisian yg membina ni...

Tanpa Nama berkata...

Assalamua'laikum. Saya memanggil seorang plumber untuk betulkan paip sinki yang bocor. Kemudian ada beberapa 2 kepala paip yang perlu diganti. Barang saya beli sendiri. Bayaran 100. masa kerja dlm 30 minit. Dia cakap jangan buka paip sebelum cukup 1 jam. lepas 1 jam bukak... lebih teruk dari yg sebelum repair. sebelum repair masih boleh guna. cuma leceh sedikit. kena buka dan tutup main kat bawah sinki. Lepas repair tu, harap-harap tak perlu dah.

Lepas repair, langsung tak boleh guna. sebelum repair, air cuma menitik keluar. lepas repair, air keluar macam lepaskan geram.

Saya terpaksa panggil plumber lain sebab bila suruh repair semula. takde sebarang perubahan.

Sebab geram, dan terpaksa keluar duit double dari yang sepatutnya, saya cakap saya cuma halalkan yg 50 jek. 50 lagi saya nak balik. dan saya kata saya tak halalkan. boleh ke kalau macam ni?

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara Tanpa Nama.

Mungkin sebelum Saudara nak halal haramkan rezeki orang lain, mungkin lebih elok Saudara muhasabah diri balik selidik adakah duit 100 itu benar-benar milik Saudara?

Jika benar ianya milik Saudara, bukankah lebih baik jika anggapkan ianya sebagai sedekah dan percayalah ia akan datang kembali kepada saudara dengan pelbagai cara. Jika ada keraguan akan sumber duit saudara itu, mungkin ulang kembali membaca artikel diatas dapat membantu. Wallahualam.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas