Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 7 Disember 2008

Suka Hati Akula Nak Pakai Apa...

Menarik sungguh makanan ni, lihat sahaja dah terliur, apatah lagi perut tgh lapar ni, tapi aku tak leh makan gambar ni, bagaimana nak lepaskan keinginan nafsu perutku yang lapar ini ya?

Pelbagai senario kita boleh kaitkan, jika punya wang, boleh beli yg dah siap dimasak atau boleh sediakan dirumah dgn bahan2 yg dibeli, bagaimana dgn mereka yg tidak punya wang? Jika sehari dua tidak punya wang mungkin boleh bertahan, tetapi jika lama kelamaan lapar beberapa hari, manusia akan hilang pertimbangan dan mula melakukan perkara2 luar kelakuan manusia seperti mencuri dan sebagainya.

Perghhh... bergetahnya beb.. kalau la aku dapat memang habis aku kerja kan. Asyik tengok dalam gambar je, ni depan mata lak, ni yg rasa nak meledak nafsu aku ni.


Sekuat2 iman lelaki pasti tercuit nafsu melihat perempuan2 berpakaian begini. Bagi kebanyakan wanita begini dgn angkuhnya berkata "suka hati aku la nak pakai apa, hak aku untuk berpakaian apa yg aku suka". Mungkin mereka tahu jaga diri, mereka kuat, punya ilmu pertahanan diri boleh menangkis sesiapa yg cuba melakukan sesuatu yg tidak baik, mungkin punya boyfriend/suami yg boleh mempertahankan mereka dan sebagai nya, tetapi tidak kah mereka terfikir kesannya pada wanita2 yg lain?

Bagi lelaki yg terangsang nafsunya, mereka tidak akan menerjah menerpa wanita2 yg seksi ini untuk melempiaskan nafsu, seperti melihat makanan yg terliur, kita tidak akan makan apa yg tidak boleh dicapai, lelaki akalnya panjang, bagi yg sudah berkahwin, akan kembali ke isteri, punya wang, ke perempuan "berbayar", bagaimana dgn yg tidak punya isteri atau byk wang yg boleh dibelanjakan?

Lelaki begini akan mencari mereka yg lemah, samada girlfren yg tenggelam dgn pujuk rayu dan akhirnya menyerahkan diri, sumbang mahram terhadap adik2, anak2 yg lemah dan juga memperkosa wanita lain.

Tindakan wanita2 berpakaian begini sedar sebenarnya mereka mengundang bala kepada wanita2 lain. Selalunya mereka menuding jari ke arah lelaki dgn alasan lelaki tidak tahu mengawal nafsu, wanita bertudung pun dirogol, bukan wanita seksi je. Lelaki tidak kira cara berpakaian atau pun umur. Jika sudah kronik ketagihan terhadap seks, bertudung atau tidak tiada bezanya. Semua ketagihan berpusat di tempat yg sama di bahagian otak baik dadah, rokok, seks, mengumpat, berleter, tv, video games dan sebagainya. Sebab itu mereka yg ketagih dadah akan hilang pertimbangan bila ketagihannya memuncak, begitu juga dgn seks.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #59)

Ayat diatas jelas menunjukkan berpakaian sopan agar mereka tidak diganggu, tetapi disebabkan mereka pandai jaga diri, tak kisahlah nak pakai macamana, mereka tidak sedar yg teraniaya kelak adalah wanita lain secara tidak langsung.

Bila agaknya akan sedar? Bila adik mereka manjadi mangsa? Ibu? Kakak? Nenek? Saudara wanita? Adakah hanya akan sedar bila terkena pada diri sendiri?

Jika kita rujuk ke ayat Quran surah An Nur 64:31, Allah memerintahkan wanita2 untuk menutup dada mereka. Lihat perkembangan fesyen terkini? Kebanyakan fesyen semakin mendedahkan dada. Ini dinamakan kemajuan fesyen tetapi kemunduran iman. Ini belum diambil kira tertipu dgn jumlah kain yg makin kurang tetapi dijual dgn harga yg lebih mahal atas nama fesyen dan jenama.

Masaalah manusia sekarang sebenarnya adalah kita sudah terlalu tenggelam dgn sikap ke"aku"an. Apa yg dilakukan tidak ada kena mengena dgn orang lain, semua tindak tanduk dan pemikiran kita sebenarnya mempengaruhi dunia sekeliling kita, baik manusia dan alam sekitar.

Sikap ke"aku"an ini menyebabkan manusia menjadi "selfish" dan tidak memikirkan kesan pada orang lain, contohnya dalam bab berpakaian, yg menjadi mangsa sebenarnya adalah golongan wanita itu sendiri, jika tidak pada mereka, pada wanita yg lain.

Lelaki sebagai pemimpin harus lebih tegas memperbetulkan cara hidup yg salah ini, adakah jika anak atau adik sendiri menjadi mangsa baru ingin mengambil tindakan? Didiklah isteri dan anak2 agar kita tidak bersubahat menjadi perogol dgn tidak secara langsung.

Saya meng"google" keyword "awek seksi" untuk gambar diatas dan menjumpai beberapa website/blog yg nampak jelas dimilik oleh lelaki melayu yg selalunya atau sepatutnya adalah Islam, mencari wang dgn menempel iklan. Mereka mempromosi gambar gadis2 melayu menarik pengunjung dan menharapkan pendapatan dr iklan2. Sikap lelaki sebegini juga meruntuhkan lagi moral2 lelaki2 lain, jika adik beradik, saudara mara perempuan anda di cabul, jgn salahkan orang lain... Halal kah rezeki yg mereka perolehi? Adakah rezeki ini diguna membeli makan anak2 atau pun wang imbuhan untuk ibu di kampung?

Kajian mengenai asas kehidupan iaitu atom, zarah dan elektron menunjukkan kita semua berkait, dari sudut asas kehidupan kita semua bersaudara, dr teori big bang dan Nabi Adam. Kita tidak pernah diajar untuk melihat pertalian ini menyebabkan kita tenggelam dgn sifat ke"aku"an dan membuahkan sifat pentingkan diri sendiri.

We all connected, we just cant see it... whatever we think and do is effecting the world around us...

16 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam,

isu sebegini dah acap kali didedahkan, namun keadaannya masih sama malah makin menjadi-jadi...bagi saya pokok pangkalnya adalah pada pemimpin.


just my 2 cent

Tanpa Nama berkata...

pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri ....wallahuaklam.

MerongMahawangsa@Durbar-Durbar berkata...

Masyaallah....saya amat terharu

Penulisan begini AMAT diperlukan diwaktu masyarakat Melayu Islam sedang dalam proses keruntuhan yang paling dahsyat. Harap rakan dari pihak media dapat forward penulisan sebegini dan promosikannya.

MerongMahawangsa@Durbar-Durbar berkata...

sebarkanlah penulisan hebat ini..moga bangsaku bangun kembali..

Helmis berkata...

Saya berusaha agar ilmu yg didapati ini dikongsi bersama, siapalah saya untuk menyembunyikan ilmu2 Allah ini, bantuan anda2 semua amat diharapkan, sebarkan pada rakan2 yg lain agar wujud kesedaran.

3m1huh5_N414 berkata...

Tiap kali saya terbaca ruangan favorite saya ini ; Syurgadidunia, akan sentiasa saya forwardkan pada rakan taulan. Memang seram. Lebih seram dari bertembung pontianak di Gua Musang. Saya sendiri ada anak gadis yg meningkat remaja..dan sentiasa memanjat doa pada Ilahi akan perlindungannya. Rakan, internet, handfon berkamera semua ini saluran mudah muda mudi meniru bulat2 budaya Zionis/Freemasonry. Membendungnya perlu dari ayah ibu sendiri. Pemantauan rapi juga terletak di bahu kita semua anggota masyarakat ; menegur, berdakwah & melaporkan. Tidak boleh ke 'aku'an..itu bukan anak @ adik aku jadi aku peduli apa..No! Salah tu! Its our responsibility! Tegur, marah, didik etc macam anak sendiri. Tapi sayang hari ini bila dia ditegur kita balik kena marah ; aku tau jaga anak aku! Itulah Melayu today. Sedih sekali...

Helmis berkata...

Saudara 3m1huh,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Jangan putus asa didalam dakwah kerana apa yang perlu adalah penyampaian, terima atau tidak, sekurang2nya kita sudah terlepas dari tanggungjawab... anggapla mereka yang memarahi kita yg menegur ini seperti mereka yang cacat, cacat penglihatan mata hati dan cacat otak tidak mampu berfikir.. kasihanilah mereka dan tidak perlulah berasa hati dengan mereka yg cacat, itu cara yang mudah untuk menghadapi manusia begini di akhir zaman.

Unknown berkata...

Terima kasih la Helmis singgah di blog kakchik dengan meninggalkan komen yang 'panas'. Teruskan berdakwah.

Tanpa Nama berkata...

Bagus betul pernyataan saudara..
saya memang bersetuju, cuma saya ingin bertanya..
adakah salah perempuan 100%, jawapan saya TIDAK..
perempuan ada kalo lelaki ada, sama jugak dgn kejadian kita..ALLAH mencipta nabi ADAM dahulu, barulah dijadikan HAWA.. lelaki dijadikan sebagai pemimpin, perempuan sebagai pengikut, kalo pemimpin (LELAKI) tidak melarang, tentu shja perempuannya seronok memakainya,.. contoh, mula2 sebeum dewasa, sebagai anak, ayahyg mencari rezeki utk keluarga.. DUIT.. utk makan minum, tempat tinggal PELAJARAN, PAKAIAN.. mesti juga mengambil tahu apa pelajaranya yg diterima, apa PAKAIAN yg dibeli hasil dari duit itu..
kalo pemimpin ba tx tahu mcmana dgn org yg dibawahnya.. sebgai ISTERI.. SUAMI (LELAKI) yg memberi nafkah, bukan hanya batin, zahir juga, mestilah mencorakan yg baik2 sahaja.. kalo pemimpin buat x kisah.. jadinya pengikut buatla ikut sukanya..
LAINLA KALO SI PEMIMPIN tadi hanya pada nama, yg mencari rezeki adalah yg dipimpim, tentulah si pemimpin tadi x berdaya nak bersuara atau si pemimpin mmg suka melihatnya..

Tanpa Nama berkata...

Balas kepada
"adakah salah perempuan 100%, jawapan saya TIDAK.."

Terlalu mudah.Setahu saya tak ada seorang lelaki jika Islam walau "liberal" mana sekali pun yang TAK MELARANG LANGSUNG berkenaan hukum aurat wanita.Tak larang hari-hari pun akan ditegur selalu juga tak pun sekali sekala.MESTI ADA.

Anak lelaki pun sama.Bukan salah mereka 100% kalau tak diajar kan?Apa bezanya?

Ada yang akan memberi justifikasi;"Lelaki senang...AKAL lebih." manakala "PEREMPUAN kena bagi chance,NAFSU lebih." yang mana alasan ini susah untuk saya sokong.Apakah kita mesti menerima kaum Hawa ada pelepasan khas kerana "kurang akal"?Marah tak saya cakap macam tu?Jadi?

Perempuan hatta wanita juga dianugerahkan akal.Kalau isteri atau ibu tunggal yang mencari rezeki,isteri spesis bahalol sahaja yang tak reti meneruskan tanggungjawab seorang isteri iaitu mendidik anak-anak dengan betul?Walau sebanyak mana pun.

Di kubur esok tak boleh nak jawab "Ayah tak pernah marah,suami tak larang,abang tak cakap,ustaz tak ajar dan ibu tak marah.".

Awi berkata...

what if, perempuan tu sebagai adik beradik, bila ditegur dia bermasam muka and macam bermusuh. marah-marah dan cakap itu trend n fesyen trkini. dedah aurat pun bukan ade orang keliling nak kisah. sebabnya? dah ramai free hair, so alasan dia if add 1 more won't change anything.

saya terkesima, tapi my sis ni sampai berjauh hati n takmau bercakap sebab saya tegur dia. pendekatan? mula-mula tegur biasa saja, tapi bila dah naik lebih 10 kali buat tak endah, keras juga ayat-ayat digunakan. so macam mana nak selesaikan ya?

masihkah salah didikan?
masihkah salah lelaki?
atau kita boleh mula tuding diri sendiri sekarang?

Mahfuzah Husna Zulkifli berkata...

Semua lapisan masyarakat sememangnya perlu memainkan peranan. Betul, fesyen islam skrg pun xley dpakai (bkan semua). Majoriti yg tunjuk dada, singlet di luar,nmpak leher & tetap nmpak susuk tubuh..

Tanpa Nama berkata...

@awi
al-gasyiyah ayat 21
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan

login facebook dan copy link ni, video yg menarik
http://www.facebook.com/video/video.php?v=150226638342465&comments&ref=notif&notif_t=video_reply

Tanpa Nama berkata...

mohon share.....trima kaseh sangat2...saya mmg xtahu mcm mane nk ckap pape pda kawan2 saya...
trima kaseh sbb tulis ni

emma berkata...

kalau negara dpt memguatkuasakan undang-undang mengenai etika pakaian, maka mudahlah jadinya. Contoh denda RM1000.00 jika org Islam memdedahkan aurat dan denda juga bagi yg bukan Islam jika pemakaiannya dedah keterlaluan seperti memakai seluar pendek bagi wanita,berbaju ketat dll.

Helmis berkata...

Satu cadangan yang baik, tetapi dengan pemimpin yang kita ada sekarang ini bolehkah kita melakukannya?

Pemimpin punyai tanggungjawab yang besar termasuklah mencorakkan suasana kehidupan yang mana ia akan mempengaruhi sikap, tingkahlaku, akhlak masyarakat. Selagi mereka2 yang hipokrit terhadap Islam memerintah, selagi itu umat Islam akan tertindas, bukan secara nyata tetapi lebih kepada secara halus.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas