Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 16 Jun 2012

Apa Ada Pada Forex, Apa Ada Pada Saham...

Katakanlah A melakukan suatu kebaikan umpama memberikan sebiji durian musang king dari kebunnya kepada B tanpa meminta apa-apa balasan, adakah ianya suatu usaha yang sia-sia kepada si A? Majoriti malah mungkin semua rakan-rakan akan bersetuju yang A akan mendapat "PAHALA" dari kebaikan yang telah saya lakukan tersebut, betul tak?

Bagaimana pula jika B mencuri durian musang king tersebut dari kebun si A, adakah ianya tidak memberikan apa-apa kesan kepada si B? Sudah tentu tidak, B akan mendapat "DOSA" atas perbuatannya itu tadi.*


Dalam interaksi sesama manusia didalam dunia ini, Allah SW telah meletakkan dosa dan pahala itu sebagai "MATAWANG" yang mana matawang inilah yang akan digunakan diakhirat kelak untuk membeli tiket kita samada kesyurga ataupun keneraka.


 Mari kita lihat situasi yang sama akan tetapi urusan yang berbeza. Kali ini A menjual durian musang king tersebut dengan harga RM50 kepada B, dan B membayarnya kepada si A "on the spot" pada ketika itu juga. Mereka berakad dan sama-sama bersetuju dengan urusniaga tersebut jadi masing-masing tiada lagi tergantung sebarang tanggungjawab.

Bagaimana pula jika B tidak mempunyai wang dan meminta pada A agar boleh ditangguh pembayaran tersebut pada satu masa tertentu, dan jika dipersetujui oleh A, maka urusan tersebut tetap juga berlaku akan tetapi terdapat suatu yang tergantung disitu iaitu pembayaran. Jika A sudah kenal rapat dengan B mungkin mereka hanya bersetuju secara lisan sahaja, jika tidak mungkin akan masuk buku tiga lima (buku hutang) untuk mencatitkan urusan yang tergantung tersebut iaitu pembayaran. Dari segi agama pula hutang tidak anggap sebagai dosa akan tetapi suatu yang tidak digalakkan didalam Islam, sebagai contohnya Nabi SAW sendiri tidak mahu memandikan mereka yang mati didalam keadaan berhutang. Jadi kita boleh anggap ianya sebagai satu "TANGGUNGAN".

Jika kita lihat dari dua situasi diatas, boleh kita samakan bahawa "PAHALA" dan "TANGGUNGAN" itu dengan wang atau pun hutang (kredit) yang diperolehi adalah datangnya dari usaha samada yang kita sendiri lakukan atau dari usaha insan lain. Tanpa sebarang aktiviti "usaha" itu kita tidak mungkin mendapatkan "PAHALA", "TANGGUNGAN", wang atau hutang itu tadi, perihal ini terutamanya mengenai wang telah pun saya jelaskan secara terperinci didalam artikel saya sebelum ini iaitu Cerita Wang - Sifat Zahir dan Batin. 

Jadi tidak salah jika saya nyatakan bahawa wang juga sama dengan pahala, dan hutang atau kredit pula sama dengan "tanggungan" cuma bezanya pahala/tanggungan adalah percaturan kita dengan Allah SW dan wang/hutang pula percaturan kita dengan manusia, persoalannya bolehkah saya menganggap wang/hutang itu sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapatkan keuntungan?

Didalam dunia pasaran saham pula terdapat bermacam-macam jenis urusniaga seperi jual beli saham syarikat itu sendiri (share trading), urusniaga kontrak keatas suatu nilai saham, bon, matawang atau komoditi lain (derivatives) hinggalah kepada jual beli hutang yang merupakan asas kepada krisis ekonomi "sub-prime" di Amerika Syarikat. 

Kepada mereka yang merupakan kaki forex dan kaki saham yang memperniagakan wang (matawang/saham) dan hutang (kredit), ingin saya ajukan soalan, bolehkah kita memperniagakan pahala ataupun tanggungan itu untuk mendapatkan keuntungan? Adakah dari segi logik dan moral ianya suatu yang "berakhlak" untuk dilakukan? 

Apabila fungsi wang yang sebenar telah di ubah oleh dunia barat, maka wang yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan seluruh umat manusia sebagai medium pertukaran, pengukur nilai dan juga penyimpan nilai telah diubah fungsinya menjadi satu komoditi yang boleh diperdagangkan. Pada pendapat saya dari segi logik sekalipun, forex atau pun bursa saham itu sendiri adalah suatu perniagaan yang tidak berasas sama sekali.

Pada tahun 2010 saya berkesempatan menghadiri persidangan riba' sedunia yang berlangsung di PWTC, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapan pembukaannya bercakap mengenai dagangan matawang dunia yang berjumlah 4 trillion USD sehari dan jumlah ini bersamaan dengan KDK negara German dalam masa setahun. KDK negara German itu menunjukkan berapa banyak barangan atau perkhidmatan yang telah terhasil dan menjana ekonomi negara tersebut. Barang atau perkhidmatan tersebut sudah tentulah dapat memberi nilai mahupun manafaat kepada insan lain, bagaimana pula dengan Forex atau bursa saham? Apakah sumbangannya kepada manusia kebanyakan selain dari hanya mengenyangkan perut mereka yang terlibat didalam industri tersebut semata-mata? Apakah sumbangan mereka dalam bentuk nilai yang membolehkan kehidupan yang lebih baik dapat diberikan kepada insan-insan lain?

Akan tetapi mungkin ada yang akan berkata "Eh.. ulamak ni cakap boleh, harus, dan sebagainya… kalau on the spot tak jadi masaaalah", respon saya adalah mudah, kaji dan selidik apa sumbangan yang anda berikan kepada insan lain? Jika dinilai dengan pemikiran yang mendalam, tanpa dalil hadis Quran dan sebagainya pun mereka yang waras pemikirannya dapat melihat bahawa forex atau jual beli saham itu adalah suatu yang tidak munasabah. Merujuk pada artikel WSJ yang menyatakan mereka yang rosak otaknya adalah pelabur yang baik, mungkin ini menjelaskan mengapa mereka tidak dapat melihat bahawa apa yang mereka usahakan itu adalah suatu yang tidak berasas sama sekali. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan timbul kepada insan-insan lain akibat perbuatan mereka itu.

Saya tidak memberi hukum halal atau haram kerana saya bukan mufti atau ulamak (walaupun saya telah memberikan "fatwa" haramnya perbankan Islam kepada diri saya sendiri dan keluarga), apa yang saya mahukan adalah rakan-rakan semua merenung hujah-hujah saya ini dan berfikir dengan mendalam mengenainya dan kemudian dengan sendirinya memberikan hukum kepasanya. Urusniaga forex atau saham ini datangnya dari barat sebagai salah satu cara untuk membolehkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Jika mahu berniaga, lakukanlah suatu aktiviti yang memastikan ianya memberi nilai dan manafaat kepada semua umat manusia dan tidak hanya untuk diri sendiri ataupun hanya kepada golongan tertentu semata-mata.

Bermain saham dan forex ini tiada bezanya dengan berjudi ataupun bermain permainan komputer, setiap kali kita mendapat keuntungan ataupun melepasi tahap tertentu didalam permainan, otak akan merembeskan hormon ganjaran dopamine yang membuatkan kita rasa seronok dan lama kelamaan tubuh badan akan senantiasa mahukan hormon dopamine ini, dalam erti kata lain kita akan menjadi seorang penagih, penagih kepada "dadah" yang kita sendiri usahakan. Dan apabila kita senantiasa mengkehendakinya, pertama kita senantiasa didalam keadaan menafikan (denial) yang mana kita mengganggap ianya betul dan artikel saya ini akan dicemuh sebagai tidak berasas, kedua kita tanpa sedar menjadi hamba kepada tubuh badan (sel-sel) kita sendiri yang senantiasa mahukan hormon tersebut sedangkan kita sepatutnya menjadi pemimpin atau khalifah kepada mereka.

Hidup ini hanyalah sementara dan apa yang ada didalamnya hanyalah perhiasan, ujian dan dugaan semata-mata, yang akan kita bawa keakhirat kelak hanyalah pahala sebagai wang untuk membeli tiket ke syurga maka selalulah bertanya kepada diri sendiri adakah dengan forex atau saham ini mampu memberikan pahala atau sebaliknya? Apa ada pada forex dan saham... hanyalah permainan untuk mereka yang terpedaya. Tepuk dada tanya frontal lobe. Wallahualam

*Mungkin akan terdetik difikiran rakan-rakan, "Jika B menerima pemberian dari A, bukankah dia mendapat durian tersebut secara percuma dan tidak tertanggung keatasnya apa-apa tanggung-jawab?", jawapan saya adalah B perlu dan wajib faham bahawa rezeki "percuma" iaitu durian yang diperolehinya itu adalah tanggungjawab yang diberikan kepada Allah SW kepadanya dan ini akan ditanya diakhirat kelak. Adakah B akan makan seorang diri durian tersebut untuk memuaskan kehendaknya seorang diri sahaja (yang mana ianya akan tamat disitu sahaja) ataupun dia akan berkongsi dengan insan yang lain. Jika B memberi atau berkongsi dengan insan lain maka B juga akan mendapat pahala dan A pula tetap akan menikmati pahala itu juga daripada "downline"nya B. Inilah MLM sebenar, MLM untuk akhirat.

15 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan

Bolehkan tuan berikan pandangan tuan mengenai saham amanah.


Terima Kasih

Man Power berkata...

Kalau macamtu tuan semua yg makan gaji dgn kerajaan atau swasta kena berhenti kerja balik kampung usahakan sendiri tanah atau jadi nelayan sebab duit2 gaji mereka asal dapat dari bank2 komersil dan Bank Negara Malaysia yg memang mereka ada jalankan urusniagani dan tuan sendiripun kena berhentilah jadi pilot.Logik ke tidak sbb semuanya berkaitan.Semua memainkan peranan utk mengerakkn sistem ini.Dan jangan pulak jadi spt masalah rokok di mana ustaz/imam/lebai/haji/guru agama yg hisap rokok mereka memakai fatwa yg ianya makruh manakala yg tak hisap rokok memakai fatwa yg ianya haram dgn mgunakan dalil2 yg ada .Jadi macamana sekarang?

Helmis berkata...

Asssalamualaikum Saudara Man Power,

Alhamdulillah kerana saudara mengaitkan dengan hadis Nabi SAW yang menyatakan makanan yang paling baik adalah yang kita usahakan dengan tangan kita sendiri. Memang logik pandangan saudara dan saya amat setuju dengannya dan itulah impian saya insyaallah, mudah-mudahan saya akan dapat melakukannya dalam masa beberapa tahun lagi iaitu kembali kekampung dan mendapatkan pendapatan hasil dari tangan sendiri. Akan tetapi ramai dikalangan kita termasuklah diri saya sendiri yang telah terperangkap dengan permainan dunia baik riba' mahupun komitmen yang lainnya contoh terhadap keluarga maka terpaksa kekal dengan pekerjaan masing-masing. Akan tetapi Allah SW tahu apa yang ada didalam hati hamba-hambanya. Ya memang balik kampung itu yang paling selamat, tetapi bagi yang mahu kekal dibandar, silakan, artikel saya ini tidak sepatutnya menjadi "fatwa" untuk menghalang. Tiada yang percuma didunia ini, setiap sesuatu itu ada harga yang terpaksa dibayar, nak kerja senang mengadap komputer, klik sana klik sini dapat duit, lebih banyak soal jawab akan ditanya nanti dari Allah SW di akhirat kelak berbanding dengan mereka yang menghayun cangkul atau menebar jala mendapat rezeki terus dari pemberian Allah SW.

Jika ada ulamak yang kata rokok makruh tetapi ada yang mengatakan ianya haram, bukankah kita elok mengambil yang paling berat agar lebih selamat? Janganlah nak ikut sahaja kata ulamak hanya kerana mereka ulamak, kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal sepatutnya menggunakan nikmat Allah SW ini untuk berfikir, jangan biarkan ulamak memikirkannya untuk diri kita kerana masuk mereka keneraka, kita juga terjerumus sekali. Itulah harapan artikel saya (sila lihat tajuk kecil blog saya), ketukan minda untuk mereka yang mahu berfikir.

ps; saya bukan pilot tetapi jurutera.

Wassalam

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Tuan Tanpa Nama,

Jawapan telah saya berikan dilaman soaljawabSD, Terimakasih.

http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2012/06/pandangan-mengenai-amanah-saham.html

zammmm berkata...

Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila.

keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata(berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba


Padahal Allah Telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang Telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba)

Maka baginya apa yang Telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah

Orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya


Al Baqarah ayat 276

===============================

“1. Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.

Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan.

Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.

2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran Wang (AKPW) 1953.

Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk:

isu qard = leverage,
riba al-nasi’ah = rollover interest,
qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan
spekulasi yang melibatkan perjudian,

ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”

=============================

i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan (rukhsah) melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide’.

iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan/penurunan harga.

v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.”

==============================

zammmm berkata...

Diriwayatkan dari Amirul Mu’minin ‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

“Yang boleh berjualan di pasar kami ini hanyalah orang-orang yang faqih (paham akan ilmu agama), karena jika tidak, maka dia akan menerjang riba.”

لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu” ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Riba, Penangguhan dan Kelewatan.

Kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w . Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)”

(Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : “Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang”( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Tak perlu untuk menyandarkan emas kpd matawang untuk mengqiyaskan fungsi keduanya kerana nyatanya beras juga tidak perlu jadi gandum utk mengkiaskan kpd makanan ruji masyarakat Malaysia.fungsi nya sama,Cuma nama nya berlainan…


Spot (urus niaga tunai)

Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai “yadan bi yadin”. Dalam bahasa Inggerisnya adalah “on the spot basis”. Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :’

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai” ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 )

Huraian :
Sama jenis bermaksud Sama sifatnya. Dalam hal ini duit tukar dgn duit.

Berlainan jenis pula bermaksud lain sifat nya sebagai contohnya duit di tukar dgn beras, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai dlm situasi tersebut.



Transaksi pertukaran matawang secara kredit, adalah bertentangan syarak dengan nas-nas dari hadis yang sahih .

Imam Sahnun meriwayatkan:

ﻗﻠﺖ: ﺃﺭﺃﻳﺖ ﺇﻥ ﺻﺮﻓﺖ ﻣﺎﺋﺔ ﺩﻳﻨﺎﺭ ﺑﺄﻟﻔﻲ ﺩﺭﻫﻢ ﻛﻞ ﻋﺸﺮﻳﻦ ﺩﺭﳘﺎ ﺑﺪﻳﻨﺎﺭ ﻓﻘﺒﻀﺖ ﺍﻷﻟﻒ ﺩﺭﻫـﻢ ﻭﺩﻓﻌـﺖ
ﲬﺴﲔ ﺩﻳﻨﺎﺭﺍ ﰒ ﺍﻓﺘﺮﻗﻨﺎ، ﺃﻳﺒﻄﻞ ﺍﻟﺼﺮﻑ ﻛﻠﻪ، ﺃﻡ ﳚﻮﺯ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﺣﺼﺔ ﺍﻟﺪﻧﺎﻧﲑ ﺍﻟﻨﻘﺪ؟ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﻣﺎﻟﻚ: ﻳﺒﻄـﻞ
ﺫﻟﻚ ﻛﻠﻪ، ﻭﻻ ﳚﻮﺯ ﻣﻨﻪ ﺣﺼﺔ ﺍﳋﻤﺴﲔ ﺍﻟﻨﻘﺪ.

Malik bin Anas (1994). al-Mudawwanah al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. j3, p.3

Ertinya: Aku berkata: Apa pandangan kamu jika aku menukarkan 100 dinar dengan dua ribu dirham, iaitu setiap dinar bersamaan dengan 20 dirham. Maka aku mengambil (qabd) seribu dirham, dan aku berikan 50 dinar sahaja, kemudian kami berpisah, adakah batal al-sarf keseluruhannya, atau harus terhadap bahagian dinar yang dibayar secara lani. Telah berkata: Berkata Malik: Batal keseluruhan kontrak tersebut, dan tidak harus kepadanya bahagian 50 dinar yang tunai tersebut.

Imam Shafi’i Rahimahullah berkata:

ﻓﺤﺪﻳﺚ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺍﳋﻄﺎﺏ ﻭﺃﰊ ﺍﻟﺴﻌﻴﺪ ﺍﳋﺪﺭﻱ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻳﺪﻻﻥ ﻋﻠﻰ ﻣﻌﺎﻥ: ﻣﻨـﻬﺎ
ﲢﺮﱘ ﺍﻟﺬﻫﺐ ﺑﺎﻟﺬﻫﺐ ﺇﻻ ﻣﺜﻼ ﲟﺜﻞ، ﻳﺪﺍ ﺑﻴﺪ، ﻭﻻ ﻳﺒﺎﻉ ﻣﻨﻬﺎ ﻏﺎﺋﺐ ﺑﻨﺎﺟﺰ.

al-Shafi’i, Muhammad bin Idris (1993). al-Umm. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. j3, p37

maksudnya...: Hadis Umar al-Khattab dan Abi Said al-Khudri dari Rasulullah SAW menerangkan beberapa makna, antaranya haram pertukaran emas dengan emas kecuali sama kuantiti, dan secara lani, tidak dijual matawang yang belum ada dengan matawang yang sudah ada

===============================

zammmm berkata...

Ertinya : Setiap pinjaman yang (mensyaratkan) manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla’ie, 4/60 ) [1]

Dalam konteks di atas, syarikat forex telah mensyaratkan manfaat baginya.Lebih dahsyat dari itu, ia juga bercanggah dengan dalil ini :-

نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة

Ertinya : “Nabi s.a.w melarang dari menjalankan dua urusniga dalam satu” ( Riwayat Abu Daud, 2/246 ; Al-Hakim, Ibn Hibban ; Al-Hakim & Ibn Hazm : Sohih ; Ahmad : Perawinya Thiqat , Majma Az-Zawaid, 4/84)

Sebagaimana di sebutkan oleh Imam Al-Mawardi

محل النهي البيع الذي شرط فيه قرض

Ertinya : “tempat yang haramnya adalah setiap jualan dan mensyaratkan pinjaman ( atau sebaliknya)” ( Al-Hawi, hlm 431) Iaitu menggabungkan aqad pinjam dan aqad jual beli, ini disepakati haramnya oleh ulama. (Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Al-Mughni, 6/334; Majmu’ al-fatawa, Ibn Taymiah, 4/39)

Inilah yang berlaku dalam leverage forex atas syarat mesti jual dan beli .... dan Para trader tiada kebebasan untuk tiba-tiba keluarkan duit leverage/bonus itu untuk digunakan bagi perkara lain. Mereka diberi pinjam dengan syarat melaksanakan jual beli melalui syarikat pemberi pinjam sahaja. Hal ini juga berlaku dalam bonus deposit.

forex bukan makanan asasi yang akan mati tanpanya.

Dari Abu Said al-Khudry dan Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengangkat seorang amil zakat untuk daerah Khaibar. Ia kemudian membawa kepada beliau kurma yang baik.

Lalu Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bertanya: "Apakah setiap kurma khaibar seperti ini?".

Ia menjawab: Demi Allah tidak, wahai Rasulullah. Kami menukar satu sho' seperti ini dengan dua sho', dan dua sho' dengan tiga sho'.

Lalu Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Jangan lakukan itu, juallah semuanya dengan dirham, kemudian belilah kurma yang bagus dengan dirham tersebut."

Beliau bersabda: " Demikian juga dengan benda-benda yang ditimbang." Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: "Demikian pula benda-benda yang ditimbang."

َوَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ, وَأَبِي هُرَيْرَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- ( ;أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم اِسْتَعْمَلَ رَجُلًا عَلَى خَيْبَرٍ, فَجَاءَهُ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ, فَقَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا? فَقَالَ: لَا, وَاَللَّهِ يَا رَسُولَ اَللَّهِ, إِنَّا لَنَأْخُذُ اَلصَّاعَ مِنْ هَذَا بِالصَّاعَيْنِ وَالثَّلَاثَةِ فَقَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَا تَفْعَلْ، بِعِ اَلْجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ, ثُمَّ اِبْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا ) وَقَالَ فِي اَلْمِيزَانِ مِثْلَ ذَلِكَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَلِمُسْلِمٍ: وَكَذَلِكَ اَلْمِيزَانُ

Jabir Ibnu Abdullah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang jual-beli setumpuk kurma yang tidak diketahui takarannya dengan kurma yang diketahui takarannya. Riwayat Muslim.

َوَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- قَالَ : ( نَهَى رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ بَيْعِ اَلصُّبْرَةِ مِنَ اَلتَّمْرِ لا يُعْلَمُ مَكِيلُهَا بِالْكَيْلِ اَلْمُسَمَّى مِنَ اَلتَّمْرِ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Jabir Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Beliau bersabda: "Mereka itu sama." Riwayat Muslim.

semoga bermanfaat...

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Zammmm,

Terimakasih atas penjelasan "teknikal" yang panjang lebar ini, saya terus kepada "asas" fungsi wang itu sendiri. Moga penjelasan saudara membantu memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang alpa ini, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

aku sudah berputus asa dengan majoriti ulama sekarang. menghukum seperti tuhan, memberi fatwa mengalahkan nabi, lantang dan lancang dari rasul. sekejap ada sekejap tiada sekejap halal sekejap haram.

jangan katakan agama menghalalkan atau mengharamkan itu dan ini dan jangan juga katakan syarak menghalalkan atau mengharamkan itu dan ini dalam perkara yang tidak disebut pun oleh Tuhan.

Hukum Tuhan itu tetap dan tidak berubah. Seperti daging babi yang haram hukumnya tetap haram walaupun ketika darurat tetapi diwaktu darurat Allah memberi kemaafan, hukumnya sama tetap haram tak pernah jadi halal pun pada bila-bila masa jua.

Kalau nak berkata juga, katakan ulama yang mengatakan ini haram dan itu haram dalam perkara yang tidak disebut Tuhan, cukuplah setakat itu. Ulama yang tak kenal Allah, jahil billah, amat ramai. sedikit sahaja yang arif billah.

tak payah nak sucikan diri sendiri dari dosa. dosa aku, kamu dan kamu semua masing-masing terhadap Allah. Allah Tahu apa yang terbuku dalam hati setiap kita dan Dia boleh ampunkan dosa semuanya sekelip mata sahaja. Memberi peringatan itu baik maka berilah peringatan tetapi jangan melampaui hukum yang Allah dah tetapkan dan sebutkan secara jelas.

Tanpa Nama berkata...

hahaha aku ada satu persoalan kepada yang memberi hujah dan menyokong hujah ini.. persoalannye jika intitusi kewangan di dijalankan di malaysia ini salah.. apekah kalian semua sanggup bertelanjangan.. kerana kilang yang mengait baju pown menggunakan khidmatkos pembiyaai sebelum nampak hasilnye.. beb g dalami agama tauhid dulu..
orang buat masjid pown guna orang kafir gak.. berfikir dulu sebelum pos.. x salah beri pendapat tapi jangan mengelirukan orang dengan hujah macam ni..

Helmis berkata...

hahaha aku ada satu persoalan kepada yang memberi hujah menolak hujah ini, persoalannye jika institusi kewangan tidak dijalankan di malaysia ini.. apekah orang melayu dahulu bertelanjangan? Takde kilang yang mengait baju pown orang dulu tetap berbaju... beb g dalami ilmu akhir zaman dulu... tak salah guna orang kafir buat masjid.. berfikir dulu sebelum beri komen.. x salah beri komen tapi jangan beri komen kalau tak melihat dengan mata hati dahulu..

wswa berkata...

Assalamualaikum saudara,
Setakat ini saya belum jumpa lagi buku-buku dalam BM hasil dari tulisan bumiputera kecuali yang dikeluarkan oleh Syeikh Imran Hosein. Apa kata saudara karang buku mengenai kewangan Islam yang dapat mencabar dan menelanjangkan sistem kewangan dajjal termasuk perbankan Islam. Jika dapat ditulis buku, in shaa Allah, dapat dijadikan rujukan oleh umat Islam, boleh juga di gunapakai oleh pelajar-pelajar pondok kerana ada yang tidak punya komputer dan internet.

Sambil menjadi sumber kewangan dapat membuka minda orang Islam di Malaysia dan menjadi amal jariah untuk bekalan akhirat kelak.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam wsws,

emang itu niat saya dan insyaallah saya akan cuba memberi yang terbaik yang mampu. Pada masa ini saya banyak menumpukan masa pada kerja-kerja terjemahan dan alhamdulillah 2 buah buku Sheikh Imran didalam bahasa malaysia adalah hasilnya. Selain buku saya juga tumpukan pada terjemahan video. Terima kasih diatas cadangan dan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Sesuatu yang berguna..

Tanpa Nama berkata...

Sekalian fikir...kita nak lari kemana....skrang xda sistem pertukaran barang da...nak sesuatu kena ada duit.....nak balik kg jd nelayan tngkap ikan...kena ada modal jga....smua perlu duit
Duit....sumber kita xtau mkin dri perlaburan mana2 syrikat ada yg haram jga......so kita xkn dpt lari dri smua tu....yg penting niat kita kawan2....sekecil mana pun nilai duit 2 totally kita xtau asalnya adakah ianya haram atau sebaliknya.......sma2 kita renungkn.....penuhkan persiapan rohani kita kerana setiap hari pengaruh duniawi sedar x sedar menutupi segala rohani kita.......see u all..sorry admin

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas