Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 23 Jun 2009

Ahmadinejad - Penipu atau Mangsa Penipuan?

Saya bukanlah pembaca akhbar yg aktif, baik surat khabar fizikal ataupun dialam maya ini, tetapi saya tidak terlepas juga dari ternampak banyak berita2 utama dunia yg membesar2kan kekecohan undian di Iran. Apa yg digambarkan Ahmadinejad menipu didalam pilihanraya tersebut, benar atau tidak hanya Allah sahaja yg tahu selain dari yg empunya diri dan penyokong2nya.

Dari kisah Ahmadinejad ini saya teringat filem dokumentari Zeitgeist Addendum yg saya lihat tahun lepas dan masih melihatnya dari masa ke semasa untuk mengingatkan saya akan pembohongan didunia ini, dan ada kisah mengenai bekas Presiden Iran yg digulingkan iaitu Mossadegh sekitar tahun 50an. Didalam filem Zeitgeist tersebut, John Perkins yg juga pengarang buku Confession of an Economic Hitman, menceritakan panjang lebar bagaimana agen2 perisikan barat adalah dalang utama disebalik rusuhan di Iran untuk menjatuhkan Mossadegh malah beberapa rusuhan/pemberontakan diseluruh dunia, termasuklah pembunuhan beberapa presiden/pemimpin yg tidak mengikut polisi Amerika.

Saya telah editkan sedutan dari filem tersebut dan saya letakkan sarikata untuk manafaat rakan2 sekalian.

Find more videos like this on SyurgaDiDunia
Disini saya letakkan video keseluruhan siri Zeitgeist Addendum untuk tontonan rakan2 sekalian.

Apa yg saya ingin pesankan disini adalah, filem ini olahan barat yg tidak percayakan tuhan tetapi sedar akan penipuan yg berlaku didunia baik dari segi kewangan, politik hinggalah keagama mereka sendiri (Kristian). Mereka mengajak manusia semuanya meninggalkan agama dan ini adalah jalan hidup yg sesat. Banyak hujah boleh dikemukakan untuk menolak pelawaan mereka ini tetapi kita tumpukan dahulu bagaimana untuk "mengejutkan" diri kita yg telah lama terlena didalam jaga ini.

Bahagian pertama mengenai sistem kewangan ciptaan barat yg berlandaskan RIBA yg kita tahu adalah salah satu dosa besar yg amak dibenci oleh Allah dan Nabi, malah lebih jijik dari berzina. Melalui sistem kewangan ciptaan mereka inilah dunia menjadi semakin menuju kehancuran dengan manusia berlumba2 cuba mengaut sebanyak mana mungkin duit yg ada didalam peredaran menyebabkan kehidupan semakin tertekan, semakin pentingkan diri sendiri, tamak malah tidak dapat membezakan lagi yg halal dan yg haram.

Bahagian kedua pula mengenai dalang penjenayah ekonomi yg menguasai dunia dgn menjatuh atau membunuh pemimpin2 yg ikhlas dan jujur, dengar apa yg diucapkan oleh bekas Presiden Panama Omar Torrijos apabila dia sedar yg beliau akan dibunuh kerana tidak mahu menjadi pemimpin yg korup. Akan tetapi beliau tetap dgn pendiriannya, beliau mati beberapa bulan kemudian dalam kemalangan kapalterbang.

Dunia tidak lagi punyai pemimpin negara yg berjiwa rakyat sebegini, pemimpin jujur yg cuba naik selalunya ditindas dan hanya menjadi pemimpin pembangkang. Dengan rakyat yg terlena dgn dunia dan hiburan, peluang pemimpin2 ikhlas sebegini untuk naik agak sukar tetapi tidak mustahil, moga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan usaha mereka agar pemimpin negara yg benar2 berjiwa rakyat benar2 dapat dihasilkan, yg pentingkan rakyat lebih dari dirinya dan keluarga sendiri dan bukanlah pemimpin yg hanya melawat rakyat menjelang pilihanraya untuk paparan muka depan akhbar2.

Saya mengajak rakan2 berfikir sedalamnya apa yg dipaparkan didalam filem ini dan rujuk kembali kepada Al Quran dan sunnah sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya bab agama, harap rakan2 semua sedar bahawa apa yg kita faham mengenai wang atau duit dan juga sistem politik dunia adalah amat berbeza sekali dgn apa yg dipaparkan di media2.

Harap sama2 mendapat manafaat dan iktibar dari filem ini. Sila lawat laman http://www.zeitgeistmovie.com untuk maklumat lanjut. Laman http://www.wakeupproject.com juga satu laman infovideo yg boleh membuka minda.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 18 Jun 2009

Satu Peluru, Dua Mati - Tentera Israel

Tergamam saya melihat keratan akhbar tempatan (UAE) bila melihat t-shirt yg dipakai oleh tentera Israel, amat mendukacitakan kerana bagi mereka membunuh insan2 yg tidak berdosa atas dasar kononnya "mempertahankan diri" seolah2 satu keseronokan bagi mereka. Keratan akhbar ini sengaja saya simpan dan saya siarkan disini buat saling ingat mengingati. Bukan hanya ketika cerita palestin ini hangat di media massa.

Bagi kita umat islam yg lain adalah menjadi fardhu kifayah untuk bangkit menentang penindasan ini tetapi adakah perlu kita berarak dijalanan dan mengutuk Israel dan bangsa yahudi ini? Pelbagai protes dan bantahan di lakukan akan tetapi Israel semakin hari semakin kuat. Didalam artikel saya yg lepas (Laknat Yahudi, Laknat Lagi...) yg perlu dilaknati adalah pemimpin2 Islam yg bersekongkol dgn Israel melalui kerajaan boneka Israel iaitu Amerika.

Mengapa tiada pemimpin yg bangkit menentang penindasan ini dan hanya membiarkan rakyat sahaja berarak membawa sepanduk dijalanan? Apa yg mereka lakukan hanyalah membawa resolusi ke Bangsa2 Bersatu, usaha yg sia2 kerana acapkali dicantas oleh veto Amerika. Jadi bukankah cara yg lain harus dilakukan?

Cara yg paling berkesan adalah melalui sekatan ekonomi, alihkan urusniaga terhadap wang yg disandarkan dengan emas dan bukan matawang yg disandarkan dgn hutang berkonsep "riba" ciptaan Zionis. Yg memberi nilai pada dollar sebenarnya adalah urusniaga minyak. Jika minyak diniagakan didalam matawang lain maka akan ranaplah Amerika. Akan tetapi kerana sudah buta dgn nikmat dunia, pemimpin2 negara pengeluar minyak utama (yg sedihnya mengaku Islam) takut untuk berbuat demikian. Mereka lebih rela rakyat palestin diratah hidup2 oleh Israel daripada pelaburan mereka di Amerika jatuh ranap kiranya nilai dollar jatuh.

Melalui dokumentari The Arrivals (wakeupproject.com), fahamlah saya apa sebenarnya maksud "Starbucks", tidak hairanlah mengapa CEO starbucks Howard Schultz mendapat beberapa anugerah dari Isreal sebagai penyumbang utama untuk pembangunan Israel. "Star" adalah untuk Star of David pada bendera Israel, manakala "bucks" ada lah gelaran bagi duit dollar Amerika.


Amat menyedihkan lagi kerana masih ada masyarakat Islam masih terlena dgn megahnya menikmati kopi di Starbucks hingga terlupa yg setiap cawan kopi yg dibeli menyumbang satu peluru untuk rejim laknatullah ini. Yg amat menyedihkan, tentera2 yahudi ini tanpa belas ikhsan menembak ibu2 yg mengandung kerana dgn satu peluru sahaja dua nyawa diambil seperti yg tertera pada baju mereka itu.

Tetapi adakah masalah palestin ini masalah umat Islam sahaja? Sebenarnya rencana Allah itu amat bijak dan tidak terungkai dgn pemikiran manusia ciptaanNya ini. Allah sebenarnya menduga semua umat manusia didunia ini yg beriman, tidak kira muslim, cina, hindu, kristian ataupun budhist, kerana ajaran agama yg sebenar tidak menyokong kemungkaran dan penindasan. Jika benar semua manusia didunia ini beriman dgn kepercayaan mereka, akan jelaslah kebenaran dihati2 mereka dan akan bangkitlah semua manusia tanpa mengira agama ini menentang penindasan.

Akan tetapi jika mereka menganggap masalah Palestin ini hanya masalah orang Islam dan terus menerus menikmati Starbucks tanpa mempunyai rasa bersalah dihati, maka tepuk dada tanyalah iman. Samada mereka berada dijalan yg benar, agama mereka ini tidak menentang penindasan, menyokong penindasan ataupun mereka sendiri tidak punyai langsung keimanan dihati.

Sedikit maklumat mengenai logo Starbuck, gambar perempuan pada loga starbuck tersebut adalah dewa Greek yg bernama "Siren" yg dikenali dengan sifat penggoda. Jadi Starbucks akan menggoda manusia agar membeli produk mereka untuk pembangunan Israel.

Minggu lepas, semasa penerbangan ke Santorini, Greece. Ada kopi ais dari Starbucks pesanan khas untuk VIP, ketua pramugari juga memberikannya kepada saya. Untuk tidak menghampakannya, walaupun dengan agak keberatan, saya menerimanya, akan tetapi kerana mengenangkan rakyat palestin yg menderita, apabila beliau kembali sibuk melayan VIP, saya buang sahaja kedalam tandas, tidak tergamak untuk saya memasukkannya kedalam mulut.

Selemah2 manusia menentang kemungkaran adalah dgn hati, sepatutnya dgn mulut dan jika lebih berupaya lagi dengan tangan. Sebagai manusia kita hendaklah cuba sedaya upaya tidak menyokong rejim laknatullah ini, ada produk2 yg tidak dapat kita elakkan untuk kegunaan harian, akan tetapi tidak mati jika kita memboikot secara total produk yg secara berselindung membantu menaikkan Israel contohnya Starbucks ini.

Berusahalah kita membantu sesama manusia dan sesungguhnya manusia yg mulia lagi disukai Allah adalah mereka yg byk memberi manafaat kepada insan2 yang lain dan tidak membantu atau menyokong kemungkaran. Selidik juga samada pemimpin yg kita pilih berani untuk mewakili kita bangkit menentang kemungkaran ini ataupun tunduk dgn Yahudi (melalui Amerika) dgn penyertaan2 ekonomi seperti WTO, penggunaan Dollar sebagai matawang urusniaga antarabangsa ataupun cuba memodenkan Islam agar umat islam moden boleh duduk semeja makan dgn Amerika (boneka Israel) sambil menonton TV melihat rakyat palestin di"ratah" oleh tentera Israel laknatullah. Tepuk dada tanya iman.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 14 Jun 2009

Fizik Dosa Dan Pahala

Semua insan dilahirkan tanpa dosa, ibarat kain putih bak kata Nabi Muhmammad SAW dan ibubapa lah yg mencorakkan insan/anak tersebut. Anak2 mendapat ilmu/panduan untuk hidup bukan sahaja dari ketika didalam kandungan, malah, ibu dan bapa lah yg memilih gen2 apa yg perlu diserlahkan untuk anak2 tersebut sebelum persenyawaan lagi. Didalam kandungan pula dgn kimia emosi yg diberikan oleh ibu anak2 membesar dgn menyiapkan diri untuk menghadapi persekitaran yg diterjemahkan oleh ibunya, jika ibunya hidup didalam keadaan "stress" maka badan bayi akan lebih tegap untuk "fight or flight", jika ibunya memberitahu anaknya (melalui kimia emosi menerusi placenta) yg dunia yg akan menjadi tempat tinggalnya aman harmoni dan penuh dgn kasih sayang, maka otak bayi tersebut akan terbentuk dgn lebih sempurna berbanding fizikalnya. (Sila rujuk artikel Anak Ibarat Kain Putih).

Kita semua tahu yg manusia hanya akan mula menanggung dosa selepas akil baligh, hanya selepas itu baru malaikat akan mencatit segala kesalahan dan kebaikan kita selama kita hidup. Sebelum baligh, baik dari tunjuk ajar mahupun pemerhatian dari sikap dan tingkah laku ibu bapa, ianya menjadi potensi samada kita lebih melakukan kebaikan atau keburukan. Pada ketika ini boleh dikatakan kita bersifat neutral, caj yg ada pada diri kita seimbang.

Didalam beberapa posting yg lalu, saya menekankan setiap manusia itu punyai ciri2 tenaganya sendiri, dari pemikiran sikap dan tingkahlaku ianya terbentuk menjadi gelombang dgn frekuensi2 tertentu. Pada diri manusia itu sendiri terdapat berjuta2 caj2 +ve dan -ve mewakili dirinya. Untuk tujuan memudahkan pemahaman, saya hanya bg satu contoh campur dan tolak sahaja. Saya namakan insan untuk contoh saya ini sebagai Ali.

Sebelum akil baligh, Ali dalam keadaan neutral (tiada dosa), tetapi dia hanya ada potensi sahaja untuk berbuat baik atau buruk. Apabila sampai sahaja ketika dosa dan pahala menjadi tanggungjawab dirinya sendiri, ketika itu malaikat yg ada di kiri dan kanan bahunya akan mula mencatit. Katalah Ali membuat kebaikan, dia memberi positif yg ada pada dirinya kepada orang lain. Disebabkan oleh itu, apa yg ada pada dirinya wujudlah caj negatif, keadaan tidak neutral. Ali sekarang ini sudah bercaj -ve, secara automatiknya caj +ve akan tertarik kepada dirinya (caj yg berlainan menarik satu sama lain). Disini kita kaitkan dgn sifat Allah yg maha adil, penyayang dan berkuasa. Allah akan membuat caj +ve (kebaikan) akan kembali kepada Ali semula seperti janji2 Allah dalam firmanNya;

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? ArRahman 55:60

Jika Ali membuat kebaikan, perbuatan dirinya tersebut (memberi caj +ve) akan dicatit oleh malaikat dan tidak akan sedikitpun perbuatan baiknya itu akan tercicir dari perhitungan Allah.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:7

Allah akan merencanakan dan mengubah dunia agar kebaikan akan berbalik semula kepada Ali, tidak semestinya perbuatan yg sama malah mungkin ianya kembali tanpa disangka2 seperti maksud ayat seribu dinar.

Bagaimana pula jika Ali membuat keburukan/dosa? Dia memberi caj -ve dari dirinya, maka caj +ve yg ada pada dirinya akan menjadi penarik untuk caj -ve kembali semula kepadanya. Maka Ali sebenarnya yg akan menarik keburukan untuk kembali kepadanya semula dan apa yg terjadi adalah dari tindak tanduk dan perbuatan dirinya sendiri.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Al Isra 17:7

Maka jika kita ditimpa musibah dan bencana maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana ianya mungkin perbuatan2 kita yg lampau dan ianya kembali semula kepada kita. Kebanyakan diri kita telah lupa apa yg telah kita lakukan dimasa dahulu akan tetapi tidak pada malaikat yg mencatitnya. Siksaan didunia teramat ringan berbanding siksaan diakhirat maka berterimakasih lah kepada Allah kerana Allah sayangkan kita dan memberi balasan tersebut didunia. Akan tetapi jika kita melakukan kemungkaran dan kita tetap hidup senang, maka fikirkanlah, adakah Allah sudah membuang belas ikhsannya kepada kita dan menyimpan balasan tersebut di akhirat kelak?

Pada pendapat saya tidak, kerana Allah itu maha pengasih. Akan tetapi disebabkan kita berkuasa untuk menghalang keburukan dari sampai kepada kita, contohnya pemimpin2 zalim yg berkuasa dan punyai kedudukan yg hebat dgn sokongan2 ahli dan kesenangan yg melimpah ruah, maka kita sendiri yg menyimpan balasan2 tersebut diakhirat kelak. Akan tetapi jika kita pemimpin yg adil, melakukan tanggungjawab kerana Allah dan bersabar untuk balasan di kemudian hari maka teramat besarlah pahalanya nanti.

Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. Al-Mukminun 23:111

Dosa dan pahala adalah sesuatu yg tidak kelihatan, disebabkan itu ramai manusia yg mengambil lewa perbuatan dan amalannya terutama sekali perbuatan yg buruk. Akan tetapi kita tidak boleh lari darinya kerana kita itu semua telah dijanjikan Allah. Allah maha adil maka jangan ingatlah perbuatan buruk sekecil zarah sekalipun akan terlepas.

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:8

Apa yg saya terangkan secara fizik mudah diatas cuma mengambil cara penerangan secara logik agar kita semua lebih peka pada sikap dan perbuatan, kembali kepangkal jalan dan mengikut panduan yg Allah berikan. Apa panduannya untuk menentukan caj +ve dan -ve? Semua terdapat didalam Al Quran dan sunnah. Masaalah manusia hanya kerana dikurniakan sedikit ilmu sudah naik bongkaknya dan tidak mahu lagi mengikut apa yg Allah perintahkan seperti iblis yg tidak mahu tunduk kepada Adam.

Kembalilah kepada Al Quran dan sunnah, panduan yg sempurna dari dulu dan selamanya, tidak perlu diubahsuai untuk diserasikan dgn zaman moden, celakalah mereka yg menganggap undang2 Allah itu sudah lapuk. Moga kita kembali semua terutama diri saya sendiri kembali kepangkal jalan agar kita semua kembali menjadi umat yg cemerlang.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas