Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 30 April 2009

Kejujuran - Hadiah Terbaik Untuk Diri Anda

Kejujuran - Suatu sikap atau sifat yang makin hari makin hilang pada diri kebanyakan manusia, baik jujur pada diri sendiri mahupun kepada insan yang lain. Selama ini kita hanya mengetahui bahawa jika kita tidak jujur, berbohong atau tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu itu kita akan mendapat dosa dan balasannya samada di dunia atau pun diakhirat. Dengan kehidupan yg semakin hari semakin tertekan, dengan darah sentiasa punyai hormon cortisol dan andrenalin yg mengurangkan aliran darah ke frontal lobe, manusia tidak boleh melihat kesan dari perbuatan tidak jujur itu tadi, jika balasan didunia sudah tidak boleh dipertimbangkan apatah lagi balasan diakhirat.

Setiap perbuatan itu bermula di otak, dari apa yg difikirkan dan diniatkan, setiap fikiran itu juga akan merembeskan beribu2 kimia emosi (peptide) hormon dan steroid untuk manusia “mengarahkan” sel2 badan untuk melakukan proses2 tertentu. Sains lama menganggap sel2 badan kita hanyalah “gear2 mesin” yg menjalankan tindakan hasil dari arahan dari otak melalui sistem saraf, sains yg baru membuktikan bahawa sel2 kita juga adalah satu komuniti yg berinteraksi dgn jaringan komunikasi yg rumit baik dari aliran elektrik dari sistem saraf mahupun secara kimia. Apa yg menakjubkan lagi sel2 kita juga seolah2 mempunyai kebijaksanaannya tersendiri untuk membantu manusia hidup didunia ini tetapi ianya hanya menerima arahan dari otak melalui apa yg difikirkan.

Dari perenggan diatas, apa kena mengena pula dgn kejujuran? Mari kita ambil satu senario. Tahun baru menjelang dan anda menanam azam yg kuat untuk berhenti merokok, pada pagi tahun baru anda masih boleh menahan ketagihan anda lagi, tetapi selepas sahaja makan tengahari anda sudah mula gelisah, terdetik di fikiran anda, “ala sebatang je” atau pun “takpela, tahun depan aku berhentila” (sila baca artikel Berfikir Ikut Rasa” untuk mengetahui darimana terdetiknya fikiran tersebut”), dan tanpa berlengah2 lagi anda lupa apa azam yg dibuat dan kembali merokok dan menikmatinya dgn enaknya.

Dalam senario ini, anda sudah tidak jujur dgn diri anda sendiri, kerana pada mulanya anda sudah menanam azam yg kuat tetapi bila tiba masanya anda berubah fikiran. Ini kejujuran pada diri sendiri, bagaimana pula kejujuran dgn insan lain, apa yg anda katakan tidak sama dgn apa yg anda lakukan, apakah kesan yg selama ini kita tidak boleh lihat pada diri sendiri.

Sebenarnya didunia lagi balasan terhadap ketidak jujuran ini sudah dirasai, hampir semua mereka yg mengambil lewa akan kejujuran ini selalunya hidup didlm keadaan tertekan atau stress. Selalunya manusia tidak jujur dan berbohong kerana takutkan sesuatu, perasaan takut ini walaupun terhadap sesuatu yg belum terjadi sudah cukup untuk mengaktifkan hormon stress didlm diri anda. Mereka yg hidup dgn penuh kejujuran selalunya mereka yg tenang dan punyai hubungan yg baik dgn insan2 disekeklilingnya.

Insan yg jujur punyai peribadi yg mulia, punyai fokus dan arah tuju yg nyata didlm kehidupan dgn pemikiran yg tidak berbelah bagi terhadap apa yg diucapkan, yakni niat dan perbuatan itu selari. Ini dari segi biologinya pula membuatkan fikiran dan juga sel2 badan kita menjadi satu dan tidak keliru didalam proses mengeluarkan tindak tindak tanduk dan perbuatan hasil dari apa yg diniat/fikirkan pada asalnya.

Apa terjadi bila insan yg jujur ini ditimpa penyakit contohnya kanser? Jika dia menanamkan niat mahukan kesembuhan dan selalu berdoa untuk tujuan tersebut, bukankah sel2 badannya akan membantu dirinya untuk menjalankan proses penyembuhan tersebut dan akan melakukan proses2 tertentu dgn lebih rancak lagi seperti menaikan kadar serapan protein, memaksimakan proses penghadaman protein dgn berkesan lagi, menghantar khasiat2 ke kawasan kanser, merembeskan hormon2 tertentu untuk membantu menghasilkan sel2 baru dan sebagainya. Sel2 anda tidak keliru kerana sudah biasa dgn sikap anda yg “cakap serupa bikin”. Bagaimana pula dgn mereka yg sebaliknya? Sel2 badan akan keliru seperti biasa kerana apa yg diniatkan oleh tidak sama dgn perbuatan jadi begaimana insan tersebut akan mendapat bantuan dari “dalam” dirinya sendiri untuk sembuh? Sel2 badan anda secara kolektifnya berkata "ala tuan aku ni main2 je, bukahkah selalunya dia cakap tak serupa bikin"

Jika dilihat dari segi solat pula, jika solat yg didirikan bukan niat ikhlas dan jujur kerana Allah taala, apabila tiba saat kita benar memerlukan pertolongan, adakah layak kita mendapat pertolonganNya. Namun ramai yg masih tidak sedar, disebabkan sifat Allah yg maha pemurah inilah yg membuatkan doa kita termakbul walaupun kita hanya meminta disaat terdesak, lupa padaNya disaat senang, sihat dan gembira. Sesungguhnya ramai antara manusia itu terdiri dari golongan mereka yg tidak bersyukur.

Bersifat jujurlah, terutamanya pada diri sendiri. Kejujuran itu untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukan untuk insan lain. Bersolatlah dgn jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yg munafik. Kejujuran adalah hadiah paling berharga yang anda boleh berikan pada diri anda sendiri, dari diri anda ia akan memberi manafaat kepada insan disekeliling anda pula.

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam,

Berkata benarlah biar pun pahit.jangan suka berdusta kerana sekali kita berdusta,akan ada lg dusta yg ke 2,ke 3,ke 4 kerana hendak menutup dusta yg pertama td.

suhaizat berkata...

Salam Bahagia.

Tuan izinkan saya copy paste artikel ini utk dimasukkan dlm blog saya.

Terima kasih diatas perkongsian yg amat bermakna dan berguna utk diri saya.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas