Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 13 Mac 2009

Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis

Bekerja diluar negara dengan rakan2 yg datangnya dari pelbagai negara dan bangsa yg punyai fahaman yang berbeza tentang agama dan kehidupan menjadikan perbincangan mengenainya suatu yg amat menarik. Semasa di Seychelles tempohari, kami berlima duduk berbual2 di lobby hotel dan seorang rakan bertanyakan mengenai konsep tuhan, dia dgn jujur tidak percaya yg tuhan itu ada. Lantas seorang rakan yg lain lagi (berbangsa arab) membuka satu cerita.

Alkisahnya suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan diantara mereka, kedua2nya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan, penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".

Tidak lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".
"Oh tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan2 yg lalu atau sesiapa yg ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang" katanya lagi. "Sedang saya menunggu, tiba2 kayu2 yang hanyut disungai itu berkumpul menjadi laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang2 pokok yang besar, dengan selesanya kemudian saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya disini".
"Bohong" tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu2 itu berkumpul dengan sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang membuatnya".

"Terimakasih" balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.

"Mengapa kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.

"Kamu sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak Sheikh.

"Jika kayu2 yg sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi, bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang, bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?

Tidak diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan rakan yg tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak. Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang penuh dgn penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan tetapi jika di beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali akal mereka memikirkannya.

Amat sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka, segelintir masayarakat kita terpaut dgn agama mereka ini hanya kerana umpan cinta, wang ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga terbuka hati mereka kembali kepangkal jalan suatu hari nanti. Amin.

4 Komen:

siraces79 berkata...

sila teruskan ruangan blog ini, semoga saudara mendapat manfaat dari Allah s.w.t didalam usaha saudara memberinya kepada orang lain.

3m1huh5_N414 berkata...

Saya berdoa pada Allah s.w.t agar saudara Helmi di anugerahkan kesihatan yg baik & hayat yg panjang utk membimbing insan2 yang belum berilmu. Manusia hari ini perlukan golongan celik ilmu seperti saudara, saya dengan rendah hati memohon saudara meneruskan kerja2 mulia ini kerana tidak ramai yg sanggup berbuat demikian hanya kerana harta dunia yg dikejarkan. Subhanalah. Pada yg lain saya turut menasihati diri sendiri agar terus membaca, menimba ilmu kerana itu perintah pertama Allah buat manusia, khasnya umat Islam sendiri. Dan untuk kita membaca perlulah ada yg menulis dahulu..teruskan En. Helmi. Allah bersama-sama anda. Amin.

Helmis berkata...

Alhamdulillah saya diberikan kerjaya yg membolehkan saya berpeluang membaca ketika bekerja, dan siapalah saya yg ingin menyimpan ilmu2 Allah ini untuk diri saya sendiri. Ini adalah sebahagian dari cara saya memberi balik kepada masyarakat, moga rakan2 mendapat manafaat darinya dan bersama2 menjadi umat yg hebat.

Muhammad berkata...

Teruskan..

Sy juga sentiasa menanti. Blog tuan menjadi inspirasi kpd sy untuk terus juga menyampai walaupun sy sendiri masih terumbang ambing

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas