Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 4 Oktober 2009

Perang Dari Allah Dan Rasul.

Di dalam bidang kejuruteraan penerbangan, setiap individu yg terlibat terutama kumpulan terhadapan yg mempunyai kaitan langsung dengan pesawat seperti jurutera dan mekanik wajib mengikuti kursus "human factor". Kursus ini perlu diulangi setiap 2 atau 3 tahun bergantung kepada kehendak penguatkuasa penerbangan. Didalam kursus tersebut ada satu bab yg dipanggil "norm" atau norma yg mana sesuatu perbuatan aksi atau perkara itu sudah menjadi kebiasaan dan tidak lagi dipertikaikan tanpa mengambil kira samada ianya buruk atau baik kepada individu atau sekumpulan manusia tersebut.

Sebagai contohnya setiap jurutera atau mekanik pesawat mesti menggunakan alat penutup telinga untuk mengelakkan kerosakan pada gegendang akibat bunyi enjin pesawat, akan tetapi ramai yg mengambil remeh dah tidak memakainya. Sudah menjadi norma atau kebiasaan dan tidak diambil endah akan kesan jangka panjang. Mungkin semasa muda telinga mereka2 ini masih berfungsi akan tetapi lama kelamaan mereka ini akan sikit demi sedikit hilang pendengaran, kesan jangka pendek tidak kelihatan akan tetapi dimasa hadapan akan merosakkan diri sendiri.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita sebagai umat islam sehari-harian?. Ada banyak perkara yg sudah menjadi norma2 kehidupan dan tidak lagi dianggap sesuatu yg buruk atau memudaratkan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Salah satu dari norma2 kehidupan ini menyebabkan kita "tanpa sedar" hidup dengan menghadapi peperangan dari Allah dan Rasul. Bahagiakah hidup jika saban hari kita dilaknati oleh Allah, diterimakah solat kita jika kita diperangi oleh Allah?.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Albaqarah 2:279

RIBA', BUNGA atau KADAR FAEDAH.. benda yg sama tetapi diberikan nama yg berbeza. Ianya sudah menjadi norma2 kehidupan dan dianggap biasa didalam kehidupan sehari2an. Apa kata apabila anda hendak membeli kereta atau rumah nanti, dari bertanya kepada pihak bank "berapa kadar faedahnya encik", cuba ubah kepada "berapa riba' nya encik?". Mungkin pada ketika itu baru terasa akan hampirnya diri kepada dosa, itu jika terdetik didalam hati, jika sudah tiada apa2 perasaan dan diri bersedia menerima "perang" dari Allah dan rasul, maka dimanakan keimanan kita?

Ekonomi dunia termasuklah Malaysia semuanya berlandaskan hutang dan RIBA' sudah termasuk didalam formula ekonomi tersebut. Jika dikaji secara mendalam dan jika pakar2 ekonomi ataupun ahli2 agama dapat melihat sistem ekonomi moden sekarang ini dengan lebih menyeluruh, sistem inilah yg menyebabkan ramai yg tertindas, sistem inilah yg menyebabkan yg kaya semakin kaya dan yg miskin menjadi semakin miskin. Didalam ayat diatas Allah tidak mahu kita menzalimi manusia lain dan juga menzalimi diri kita sendiri. Mungkin ramai yg berkata,

"ala, aku beli kereta/rumah ini dengan duit gaji aku, aku rela atas urusniaga ini kerana aku tahu pihak bank mesti kenakan RIBA' supaya mereka boleh berfungsi, aku tidak menzalimi diri orang lain, gaji aku cukup dan aku tidak menzalimi diri aku sendiri"

Manusia akhir zaman sudah hilang keupayaan untuk menilai sesuatu itu secara batin, secara zahir memang mereka nampak akan kemampuan diri untuk membayar dan tidak mengganggu sesiapa didalam aktiviti RIBA' mereka itu. Akan tetapi kesan halus/batin itu yg lebih merbahaya dan menjerumus manusia kearah yg lebih teruk dan hina.

Apa akan jadi apabila suasana ekonomi merudum seperti yg berlaku baru2 ini, apa kata anda mendapat tahu syarikat mahu mengurangkan tenaga pekerja, tidakkah anda akan merasa tertekan? Manusia didalam keadaan tertekan akan berubah kepada "survival mode" yg mana kepentingan diri sendiri lebih diutamakan. Didalam keadaan tertekan inilah ramai manusia akan mula menzalimi orang lain, sebagai contohnya ada yg sanggup menikam belakang rakan sendiri semata2 untuk terus kekal didalam syarikat.

Satu lagi contoh, apa kata anda mengetahui yg pegawai atasan anda melakukan rasuah, tidak kah anda merasa tertekan untuk menentang kemungkaran dan bangkit melapurkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, jika anda tahu tindakan anda itu besar kemungkinan menyebabkan anda akan dibuang kerja sedangkan ada hutang rumah dan kereta yg harus dilunaskan setiap bulan? Penindasan rohani ini lebih hebat daripada penindasan jasmani, sesuatu yg tidak kelihatan akan tetapi umpama api dalam sekam.

Manusia rela dizalimi disebabkan sudah terlalu tenggelam dengan dunia materialistik, kereta baru berganti setiap 2-3 tahun, dan setiap kali bertukar ganti itulah perjanjian RIBA' yg baru ditandatangani. Begitu juga dengan rumah yg menjadi keperluan asas terpaksa juga dibeli dengan RIBA' jika tidak mahu terus menjadi penyewa. Perbuatan melibatkan diri dengan RIBA' ini sudah menjadi suatu perkara yg seolah2 tidak lagi boleh dielakkan.

Pernahkah anda mengira berapa jumlah keseluruhan wang yg harus diberi kepada pihak bank untuk pinjaman rumah selama 20 tahun? Anda sebenarnya akan membayar lebih kurang 3 kali ganda dari harga asal rumah sedangkan duit yg kita "pinjam" dari bank itu sebenarnya bukan milik bank ataupun mungkin tidak wujud sebelum perjanjian pinjaman ditandatangani. Disebabkan undang2 menyebelahi bank dan bank diberikan kuasa untuk "mencipta" duit inilah yg menyebabkan kehidupan manusia menjadi semakin hari semakin menjurus kearah kemusnahan.

Masyarakat umum tidak pernah didedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi terutamanya dalam hal bagaimana "duit" dicipta. Kita hanya tahu duit datang dari bank dan ianya dikawal oleh bank negara. Mekanisma bagaimana terjadinya inflasi dan kenaikan harga barangan tidak pernah di ceritakan dengan jelas kepada masyarakat dan tinggallah masyarakat didalam dilema mengikut sahaja apa yg dikhabarkan oleh kerajaan melalui media baik dari TV dan akhbar. Akan tetapi jika kita kaji dan selidik bagaimana "duit" dihasilkan, saya pasti ramai yg akan "mendidih darah" marahkan sistem ekonomi yg dicipta oleh yahudi ini dan sistem inilah yg kita amalkan selama ini.

Jika saban hari kita hidup didalam rumah yg dibeli dengan RIBA', pergi kerja dengan kereta yg dibeli dengan RIBA', beli barang dengan kad kredit sistem RIBA', yg mana kita setiap detik hidup kita ini "diperangi" oleh Allah, maka makbulkah doa2 yg kita ungkapkan selepas solat itu? Atau hipokrit kah kita dengan bersolat tetapi masih bergelumang dengan RIBA'?. Tidak terfikirkah mengapa hidup kita sentiasa dilanda bencana, dirudum malang dan kita hanya menganggap itu takdir? Bukankah Allah memberitahu manusia itu sendiri yg melakukan kerosakan? Mungkin kah kita yg mencipta bencana terhadap diri sendiri? Mungkinkah kita sendiri yg mencipta realiti hidup kita yg sering dirudum malang ini?

Tepuk dada tanya iman, apa yg saya sampaikan ini hanyalah peringatan buat rakan2 ambil sebagai suatu yg harus difikirkan secara mendalam. Sistem ekonomi kita diasaskan oleh British, malah Govenor pertama Bank Negara adalah warga British, sistem ini jugalah yg diamalkan oleh Amerika hingga menyebabkan mereka seolah2 sudah bankrup. Sistem yg tidak langsung berlandaskan Islam inilah penyebab utama masaalah sosial dan juga alam persekitaran.

Mungkin sudah terlalu jauh dan sukar untuk menghidupkan semula sistem ekonomi yg bebas RIBA', tetapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Masaalahnya kebanyakan pemimpin kita sudah selesa dengan sistem ini dan mereka sudah kenyang dengan nikmat dunia hidup penih kemewahan. Hanya rakyat jelata semakin hari semakin menderita, akan tetapi jangan salahkan mereka, kerana kita sendiri memberi "kuasa" kepada mereka untuk menindas diri kita sendiri, mengundi mereka tanpa berfikir, tidak boleh berfikir kerana apa? Kerana sudah terlalu khayal dengan dunia materialistik dan hiburan, dengan gadjet2 baru, telefon bimbit, wayang, bola, gusti, drama swasta dan AF menyebabkan tidak lagi punyai masa untuk mencari ilmu. Dipukau dengan sumber berita berat sebelah, tiada demokrasi sebenarnya jika tiada kebebasan media dari semua pihak yg bertanding dipilihanraya.

Tidak guna hanya melaungkan masaalah tanpa memikirkan jalan penyelesaian, ini masalah yang teramat besar sebenarnya dan tidak cukup dengan hasil pemikiran hanya seorang individu, saya mengajak rakan2 sama2 berfikir mengenainya. Jika anda menghadiri majlis2 ilmu, cuba2lah bertanyakan pandangan Ustaz/Ustazah mengenai ayat 279 Surah Al Baqarah itu tadi dan kaitkan dengan kehidupan kita ini. Sama2 lah kita bertaubat, bertakwa dan bersolatlah dengan khusyuk, insyaallah akan Allah berikan jalan penyelesaian buat mereka yg mahu berfikir. Supaya kita tidak lagi hidup diperangi dan dilaknat oleh Nya, amin.

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam.

saya tak nak komen apa2.cuma saya terpikirkan kehidupan saya yg sama dalam ayat karangan encik.
(Jika saban hari kita hidup didalam rumah yg dibeli dengan RIBA', pergi kerja dengan kereta yg dibeli dengan RIBA', beli barang dengan kad kredit sistem RIBA', yg mana kita setiap detik hidup kita ini "diperangi" oleh Allah, maka makbulkah doa2 yg kita ungkapkan selepas solat itu? Atau hipokrit kah kita dengan bersolat tetapi masih bergelumang dengan RIBA'?. Tidak terfikirkah mengapa hidup kita sentiasa dilanda bencana, dirudum malang dan kita hanya menganggap itu takdir? Bukankah Allah memberitahu manusia itu sendiri yg melakukan kerosakan? Mungkin kah kita yg mencipta bencana terhadap diri sendiri? Mungkinkah kita sendiri yg mencipta realiti hidup kita yg sering dirudum malang ini?)

saya tak tau nak buat apa dan macamana nak baikinya.bahagian mana nak ubah.nak usik yg mana?supaya tak terlibat dgn riba.di akhir zaman duit halal dan haram bercampur aduk.

encik saya tak mampu nak beli rumah, kereta dan semua yg encik ckp tu tanpa buat loan.
dan saya tak pernah terfikir sejauh yang encik fikir.

Helmis berkata...

Assalamualaikum,

Saya hanya menyampaikan ilmu yg saya dapat ini dari bacaan2 dan pimikiran yg mendalam, dan apa yg saya sampaikan adalah usaha2 yg terdaya saya lakukan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan mukmin yg juga semuanya adalah saudara2 saya juga.

Allah memberi kita akal yg membolehkan kita membuat pilihan didalam kehidupan, salah satunya pilihan untuk memilih jalan RIBA atau tidak.

Didalam institusi keluarga, jika anda sebagai anak dan mahukan sesuatu, dgn siapa anda akan meminta? Ayah...

Didalam institusi masyarakat, jika anda inginkan perubahan didalam sesuatu sistem itu dgn siapa anda minta? Pemimpin..

Didalam 2 perenggan terakhir artikel diatas saya telah beri salah satu jawapannya... pilih pemimpin yg beriman.. bukan pemimpin yg punya ijazah tetapi tiada iman... punya ilmu agama yg tinggi tetapi tiada "nur" didalam hatinya.

Penyelesaiannya? FIKIR... latih otak agar kembali berfikir, saya cuma mengumpan minda anda agar fikirkan caranya... masalah manusia kebelakangan ini membiarkan hal2 begini difikirkan oleh pemimpin dan leka dengan hiburan (yg juga disogok oleh pemimpin, supaya rakyat tidak mengganggu agenda mereka menghambakan rakyat), amat malang sekali pemimpin yg "berfikir" untuk kita lebih pentingkan "perut" mereka dari perut rakyat dan inilah padahnya...

Bab duit ini tidak akan terkubur disini sahaja.. nantikan artikel mengenai "wang" seterusnya yg mana saya yakin anda semua tidak selera lagi makan selepas membacanya...

Wassalam

Jamal berkata...

Assalamualaikum

Sekali lagi pada pendapat saya, masalah kita semua termasuk saya sendiri ialah IMAN.

Org yg tinggi IMAN nye, tak takut utk berubah ke jalan Allah. Kalau tau benda tu salah, tinggalkan. Kalau IMAN kita KUAT, kita tak takut sebab kita YAKIN dengan MENINGGALKAN MAKSIAT(termasuk riba'), ALLAH akan menolong kita dgn syarat kita buat ape yg diperintah, Solat & Berdoa.

Masalah kita ialah kita rasa "kalau tak buat loan, aku takde kereta. Mcm mana aku nak hidup tanpa kereta. Cam mana nak gi kerja, nak cari duit, nak makan, isteri, suami, anak2 aku macam mana...". Begitu juga dgn rumah..dan semua benda2 zahir dunia ini.

Tetapi org yg YAKIN, IMAN yg KUAT, tak takut pada semua itu. Kalau aku tak de kereta yg dibeli dgn riba, Allah akan membantu aku, InsyaAllah.. Kalau aku tak duduk rumah yg dibeli dgn sistem Riba, Allah akan tolong aku, tolong anak2, isteri, suami aku, kerana tiada bantuan lain dan tiada manusia atau makhluk lain yg dapat membantu melainkan dgn Izin Allah juga.

Keyakikan & iman adalah jalan penyelesaian.

Kita hanya manusia biasa , yg sedang cuba memperbaiki hidup, kembali ke pangkal jalan, mengubah hidup kita dgn solat dan amal, memohon ampun pada Allah atas dosa2 kita, dan berdoa Allah membantu kita dalam hidup di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Wsalam
Jamal

Tanpa Nama berkata...

salam,

pada pendapat saya yang lemah lagi hina ini, masalah berhubung dengan sistem riba' ini adalah sesuatu yang diluar kawalan dan tidak dapat diatasi oleh saya dan anda kerana kenyataan dunia semua golongan BERPENDAPATAN sederhana dan ke bawah di malaysia dan negara2 lain Kini tidak mampu lari daripada sistem riba' ciptaan YAHUDI YANG DILAKNAT ALLAH S.W.T ini.

SETIAP MASALAH ADA PENYELESAIANNYA DENGAN IZIN ALLAH S.W.T:
penyelesaian yang pertama, pastikan urusan pinjaman rumah/kereta/kewangan kita dilaksanakan di institusi perbankan yang memberi pinjaman berasaskan dan berteraskan sistem keislaman.

penyelesaian yang kedua sekiranya kita terhimpit, terperangkap, terpedaya dan tidak mampu untuk melaksanakan perkara yang pertama pastikan kita memohon keampunan dan keredhaan dari Allah s.w.t diatas kelemahan kita dan pohonlah doa untuk kebinasaan (bangsa yahudi dan nasrani) serta sinar keinsafan ke atas manusia2@umat islam yang bersubahat dengan sistem riba' ini.
mereka dicipta dengan kebebasan oleh Allah s.w.t untuk memilih jalan hidup berteraskan islam atau sebaliknya.
hidup mereka adalah hak yang diberikan allah s.w.t tanpa sebarang halangan. hanya doa kita yang dapat membuka sinar cahaya di dalam hati mereka.insya'allah.

Yang Benar,
Hamba Kepada Allah

Tanpa Nama berkata...

saya nampak jalan penyelesaian masih ada, tetapi tidak dapat diluahkan secara panjang lebar didalam ruang ini, itupun kalau encik helmis sudi bertukar fikiran dengan saya....
dan saya masih belum mahir mengunakan komputer, mau pun dunia IT dan masih baru....

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan ...

Jika sekiranya pihak tuan atau saya atau sesiapa saja sudah terlajak, terlanjur meminjam kereta, rumah dsb dengan sistem RIBA ini ... Agak2 ada tak alternatif utk LARI daripadanya ... ?? Nak harapkan gaji setiap bulan memang memakan masa berbelas-belas tahun baru habis hutang ... Saya agak buntu ...

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama 22 Ogos,

Sila hubungi saya melalui email syurgadidunia(at)yahoo.com untuk berkongsi pendapat saudara. Sebarang idea amat dihargai.

Wassalam

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama 25 Mei,

Jawapannya cuba berusaha sebanyak mungkin untuk dekatkan diri kepada Allah SW, bukankah mereka yang bertaqwa akan Allah datangkan rezeki dan pertolongan dari sumber yang tidak disangka-sangka? (Rujuk ayat seribu dinar dari surah At Talaq).

Masaalah kebanyakan manusia hari ini adalah sudah terlupa bahawa pertolongan hanya datang dari Allah SW sahaja dan bukan dengan durian runtuh, loteri, cabutan bertuah, skim cepat kaya dan sebagainya.

Jika ikhlas ingin jauh dari riba' dan bertaubat tidak akan bersubahat lagi dengannya, serahkan sahaja kepada Allah, insyaallah akan dibukanya jalan, diberi idea, gerak hati dan sebagainya untuk melakukan yang terbaik mengikut kesesuaian hidup saudara.

Wassalam

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas