Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 2 Januari 2009

Suamiku Tidak Peka

Kerap kali kita mendengar cerita baik dr rakan2, suratkhabar, forum2 di internet, malah drama swasta TV juga kerap menayangkan kisah suami yg tidak prihatin, suami yg tidak peka, tidak bertanggungjawab dan banyak lagi kisah2 yg bersandarkan keburukan lelaki yg bergelar suami. Mengapa ini yg kerap di ungkitkan, adakah si isteri/ perempuan semuanya berjiwa malaikat dan maksum? 

Jawapannya adalah kerana kaum wanita itu sendiri yg manjadi pelanggan, pembaca, penonton utama dalam hal2 begini, malah ini juga merupakan topik perbualan sesama mereka atas dasar berkongsi masaalah hinggakan yg belum berkahwin juga takut untuk berkahwin bila mendengar pengalaman rakan2 yg sudah bergelar isteri. Kebanyakan lelaki bila sudah berkahwin kebanyakannya tenggelam didlm dunianya sendiri, yg berniaga, sibuk mencari peluang mencari duit, yg masih belum "baligh" dgn komik atau video gamenya, yg kaki golf dgn tee-off malam atau driving range.

Apa kesannya terhadap pendedahan kisah2 suami yg negatif ini? Jawapannya kita menjadi lebih takut yg suami kita akan berkelakuan demikian, bermula dr situ juga kita akan mula nampak keburukan2 yg ada pada suami. 

Jika kita masih bercinta dan nampak sifat2 yg tidak elok pada bakal suami mungkin tak akan kawin, bg yg dah "terkahwin" pula akan berkata "kalau tahu mcm ni memang aku tak akan kawin dgnnya", bagaimana jika saya katakan, ketika bercinta, jika tahu pun suami begitu begini, tetap akan teruskan niat untuk dijadikan suami juga, kerana apa? kerana ketika itu yg baik lebih terserlah dari yg buruk, mungkin kerana dia kerja yg tetap dan stabil, mungkin kerana dia anak org ternama, mungkin kerana dia sangat romantik dan sebagainya. Contoh yg nyata, mengapa ramai lelaki yg merokok masih boleh mencari pasangan yg tidak merokok walaupun rata2 semua wanita tahu yg merokok itu amat bahaya bukan sahaja kepada diri suaminya itu malah kepada dia dan juga anak2. 

Apa yg terjadi selepas perkahwinan adalah, perkara2 yg baik tentang suami tenggelam sedikit demi sedikit, disebabkan minda yg telah di"latih" oleh surat khabar, tv, media dan sebagainya untuk lebih melihat yg buruk, tanpa sedar isteri akan lebih peka terhadap perkara tersebut. Dan jika lama kelamaan perkara yg lebih buruk lagi akan berlaku jika siisteri tetap melihat suami dr sudut yg negatif.

Bagi saya masaalah rumah tangga baik yg di rungut oleh isteri atau suami, yg merungut itu sendiri harus sedar yg apa yg terjadi adalah disebabkan tindakan dan pemikiran kita sendiri, jika dah "terbiasa" suka menyalahkan orang lain dan amat jarang sekali menyalahkan diri sendiri, kesan dari sikap ini membuat kita seolah2 mangsa dan tidak punya kuasa untuk bertindak, tetapi jika kita ubah dgn memikul tanggungjawab terhadap apa yg berlaku, kita mengembalikan semula kuasa ditangan kita supaya kita boleh mengelaknya dimasa depan.

Bermulalah dgn diri sendiri menjadi lebih peka terhadap perkara baik yg dilakukan oleh pasangan kita, walaupun sesuatu yg kecil itu akan menjadi titik permulaan untuk sifat2 yg baik untuk lebih menyerlah seperti cerita penguin dalam posting saya yg lepas, agak sukar bg mereka yg dah terbiasa memandang pasangan dr sudut negatif tetapi ini boleh dilatih. 

Bermula lah juga dgn bersyukur kepada Allah, sekurang2nya kita punyai pasangan dgn tali ikatan yg sah, memboleh kan kita menikmati "syurga" dunia iaitu seks dgn cara yg halal dan diberkatiNya, malah itu juga adalah ibadah, bersyukurlah yg kita masih punya pasangan, tidak seperti mereka yg manjadi bujang terlajak atau andartu, menjadi janda atau ibu tunggal yg terumbang ambing membesarkan anak2 sendirian. JIka kita sentiasa bersyukur, kita akan jadi lebih tenang dan mereka yg tenang boleh berfikir dgn lebih waras, mereka yg marah, takut, tertekan, cemburu atau apa2 sahaja fikiran yg negatif tidak berfikir sebenarnya, selalunya tindakan lebih kepada memori dr pengalaman lepas2 dr apa yg dilihat dr persekitaran termasuklah dr tv dan filem2. 

Mungkin ada yg masih berkata, ini masih belum menyelesaikan masaalah, pasangan ku masih tidak peka2, apa yg harus aku lakukan untuk mengubahnya? Kita tidak pernah di ajar tentang betapa hebatnya fikiran kita, kita tidak pernah diajar yg apa yg kita fikirkan sebenarnya mempengaruhi manusia dan juga kehidupan diseliling kita, ujikaji2 sains yg dilakukan membuktikan yg fikiran kita adalah sesuatu yg amat hebat dan mampu memberi kesan kepada manusia lain. Jadi didlm perhubungan, kita juga harus buangkan fikiran2 negatif terhadap pasangan, kerana jika terdetik sedikit pun fikiran negatif seolah2 kita mahu melihat ianya menjadi kenyataan, malah ramai pakar motivasi bersetuju yg kita mencipta dunia kita dgn cara kita berfikir, bukan disebabkan oleh orang lain. Kita yg menganggap kita mangsa keadaan tetapi sebenarnya tidak tahu kita yg mengundangnya tanpa sedar.

Visualise atau berimaginasi tentang apa yg kita mahu didlm perhubungan adalah perkara seterusnya, bila kita selalu berimaginasi tentang apa yg kita ingini, contohnya mahu pasangan kembali lebih romantik, kita kena visualise keadaan seolah2 seperti di zaman bercinta dahulu, tetapi harus di olah dgn keadaan semasa, contohnya kenala berimaginasi suami dgn saiz sekarang pinggang saiz 40, bukan ketika saiz seluarnya 32 atau 34 seperti 7-8 tahun dahulu, kita kena bezakan mengembalikan sejarah dgn mencipta kembali sejarah. Teknik imaginasi ini amat besar kesannya, masakan hingga Einstein sendiri menyatakan imaginasi itu lebih hebat dari ilmu pengetahuan.

Jadi ringkasannya, apa jua bermula dari kita sendiri, kita sendiri harus berubah sebelum mahu orang lain berubah, Nabi sendiri berpesan yg lelaki yg baik itu untuk perempuan yg baik dan perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik, jadi jika pasangan kita menjadi tidak baik, maknanya ada juga sesuatu yg tak baik pada diri kita sendiri. Sertakan dgn sifat2 bersyukur dgn apa yg ada, jgn menjadi tidak bersyukur dgn tidak secara langsung atas nikmat berpasangan yg Allah berikan lantas menolak kebaikan2 lain untuk datang. Selalulah berimaginasi apa yg kita mahukan didlm perhubungan dan bukan mengulang tayang kembali di fikiran perkara2 negatif yg kita dgr dan lihat dr rakan2 atau media tv, majalah dll yg tanpa sedar mengundang ianya kepada diri sendiri. 

Bila kita berimaginasi perkara yg baik, minda separuh sedar kita secara perlahan2 boleh menerima realiti baru yg hidup ini adalah sesuatu yg indah dan bukannya sesuatu yg derita, bahayanya tv sebenarnya tanpa sedar mencorak minda separuh sedar kita untuk menerima apa yg kita lihat sebagai benar kerana ketika kita menonton tv kita tidak membuat penilaian atau "judgement" terhadap apa yg di saksikan, lantas menjadi "mantra" minda separuh sedar kita yg memang kita tidak sedari, sebab itu jugalah tv di kawal oleh kerajaan, supaya rakyat hanya tahu apa yg mereka patut tahu dan bukan yg tidak patut di ketahui (sori dah masuk bab poliik lak).

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

manusia dan semua kehidupan dijadikan berpasangan.
but my question is, must they (ie human n by that i mean muslim n in islam) get married. i mean will they ever get married n then only baru dikatakan berpasangan.

Helmis berkata...

Bagi Allah masa itu tiada, semuanya sudah berlaku, pada pendapat saya kita semua sudah punyai pasangan masing2 tetapi sikap tidak bersyukur kita sendiri secara sedar atau tanpa sedar menolak nikmat2 Allah ini.

Sebuah Catatan berkata...

Saya punya dua pengalaman berkawin 2 kali. Saya rasa bukan faktor media yang mempengaruhhi sepenuhnya tangapan seorang isteri terhadap suami. tapi adalah cara dan sikap suami itu sendiri yang membuat isteri bertangapan negative terhadap suami. kesilpan paling utama seorang suami adalag gagal mendidik isteri malah selepasa kahwin ramai suami yang takut pada isteri dan membiarkan isteri menerajui rumah tangga sedangkan suami hanya menjadi pak turut. setelah membaca article " Kenapa lelaki jadi bodoh dan tidak bertanggung jawab " rasa itu lah antar faktor kenapa ramai suami gagal jadi peminpin rumah tangga.

Waalahualam

coffeebean................. berkata...

"Kerap kali kita mendengar cerita baik dr rakan2, suratkhabar, forum2 di internet, malah drama swasta TV juga kerap menayangkan kisah suami yg tidak prihatin, suami yg tidak peka, tidak bertanggungjawab dan banyak lagi kisah2 yg bersandarkan keburukan lelaki yg bergelar suami. Mengapa ini yg kerap di ungkitkan, adakah si isteri/ perempuan semuanya berjiwa malaikat dan maksum? "

dari pengalaman sya tgk tv, drama...bnyk je memaparkan sifat & sikap buruk isteri/wanita..mcm2 perangai buruk isteri/wanita dipaparkan terutama dlm hal emosi & hati..patut xda timbullah persoalan ADAKAH SI ISTERI/PEREMPUAN SEMUANYA BERJIWA MALAIKAT & MAKSUM?

apa y saudara tulis mmg sgt berinformatif..sya sgt berterimaksih bnyk ilmu y sya dpt..ttp sepnjang sya mengikuti penulisan saudara..sya dapat kesan y saudara ada kesan kemarahan/emosi y agak tinggi terhadap kaum wanita y sgt menjengkelkan saudara walaupun xtulis scra terang2...sya dpt rasainya dgn jelas..kalu wanita tu menjadi punca kpd smua kerosakkan dibumi ni..pasti ada sesuatu y xkena dari pemimpinya...smala kalo pemimpin sesebuah negara tu bgus xkan rakyatnya akan kucar kacir..tp jgnlah bagi alasan PEMIMPIN xbole menjadi pemimpin y baik sbb frontal lobenya rosak.sya percaya lelaki y tuhan ciptakan tu xmungkin LEMAH SGT sampai mudah sgt frontal lobenya tu xbole berfungsi..kalo btol rosak pun rasanya diri sendiri y menjadian rosak..ikutlah pesanan NABI S.A.W nescaya akan selamatlah frontal lobeya itu

Helmis berkata...

Anngaplah saya ni sebagai guru yang cuba menegur dan mengajar anak murid kesayangannya. Jika seorang guru itu tidak suka akan akan muridnya itu, sudah pasti dia tidak akan memperdulikan apa yang dilakukan oleh anak muridnya itu, lantak engkaulah apa nak jadi. Kesilapan "cikgu" disini adalah dia lebih sayangkan anak murid "wanita" dari anak murid "lelaki" maka sebab itulah lebih teguran kepada anak murid tersebut.

Kebanyakan anak murid memang begitu, hanya apabila mereka sudah berjaya barulah mereka sedar apa yang dilakukan oleh gutunya itu adalah kerana sayang dan bukannya kerana marah dan benci. Wallahualam

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas