Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 10 Julai 2008

Jijikkah poligami?

Majoriti masyarakat mencemuh mereka yang berpoligami, malah suami yang ingin berkahwin lain dilabel sebagai gatal dan mementingkan diri sendiri. Jika berpoligami tidak sesuai dizaman sekarang ini maka salah satu dari undang2 islam sudah tidak boleh diterima pakai, bagaimana pula undang2 islam yang lain? Semua harus berubah juga?

Tanpa kita sedar kita pemikiran kita sebenarnya telah di corak, diacu oleh pengaruh luar dan kebanyakan pilihan dan reaksi kita terhadap sesuatu itu bukan lah dari berfikir, sebaliknya dari memori. Kita lebih senang menggunakan memori dr berfikir, disebabkan oleh itu hidup kita hari ini masih tetap seperti semalam kerana corak pemikiran yang sama.

Mengapa kes liwat harus di nafikan dengan bersumpah dengan Al Quran, bukan dengan memanggil 4 saksi?, kerana itu yang kita lihat melalui filem dan cerita2 TV yang bersumpah perlu dengan kitab suci (bible) jadi ia menjadi ikutan mereka yang mengaku islam.

Mengapa bertudung tetapi dada tersembul? Kerana artis bertudung demikian, sedangkan didalam Al Quran menutup dada itu lebih penting dari fesyen tudung itu sendiri.

Mengapa perlu bercinta dahulu sebelum kahwin, tidak seperti dizaman dahulu yang mana ibu ayah yang mancarikan jodoh, kerana semua cerita TV dan filem menggambarkan perlunya bercinta sebelum kahwin. Tak pernah terjumpa cerita cinta yang menggambarkan hebatnya percintaan selepas kahwin.

Mengapa ada yang sanggup tukar agama kerana cinta, kerana didlm filem, walau hebat mana pun halangan, hero dan heroin akhirnya hidup bahagia, jadi tak kira apa agama pasangan ku, bila aku sudah bercinta dengannya, jika dahulu buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan, sekarang buang emak, buang ayah, buang saudara, buang agama, kerana kasih aku turutkan.

Mengapa poligami itu jijik? Kerana didlm filem, ibu tiri itu garang, kerana dr DCCK, suami berkahwin dua mengabaikan isteri pertama, kerana didlm iklan raya petronas beberapa tahun lepas, anak terpaksa menolong ibu menjual nasi lemak menyara hidup. Tanpa kita sedar, minda separa sedar kita telah dirasuk, yang meracun fikiran kita memusuhi poligami.

Mengapa lelaki mahu kahwin dua, jika di zaman nabi kerana ingin membantu yang lemah, sekarang kerana pengaruh porno yang membuat lelaki khayal untuk mencuba yang lain, betapa mudahnya membeli CD lucah, diluar 7 elevan pun ada gerai segera menjualnya. Lihatlah juga disekeliling bagaimana wanita berpakaian dizaman ini, bukankah itu mendorong nafsu lelaki? Lihatlah majalah hiburan rata2 muka depan memaparkan dada artis yang montok tersembul, bukankah ini mendorang nafsu? Bagi yang tidak beriman, gundik, girlfren, rumah urut habuanku, bagi yang tahu dosa pahala, ke siam adalah jalan yang mudah. Bagi yang tak mampu, melempias pada yang lemah, merogol. Dalam kebanyakan kes, pengaruh persekitaran sebenarnya mendorong lelaki untuk berpoligami.

Bagaimana dengan kaum perempuan, mereka tidak bersalah? Mereka bersetuju bila wanita dijadikan bahan penarik iklan, merek bersetuju, pakaian menjolak mata itu kemodenan, mereka berdiam ketika pornografi berleluasa, bukan kah itu lebih harus ditegah dari berkempen menentang poligami? Kita kena mengkaji dan menyiasat keakar umbi apa punca sebenarnya, bukan menyalah kan apa yang sudah terjadi. Tak pernah terjumpa lagi mana2 persatuan/gerakan wanita yang berjuang menegakkan maruah wanita dari segi menentang pengeksploitasi wanita sebaliknya dalam diam2 menyokong kemungkaran, kebanyakannya atas dasar "women right". Sama seperti barat yang menyalahkan Al Qaeda dan hidup dalam ketakutan sedangkan masaalah sebenarnya ialah yahudi yang merampas tanah arab. Alasan wanita untuk menyuruh lelaki lebih sabar menahan nafsu adalah seperti meludah ke kelangit jika mereka sendiri tidak menyeru kaum mereka sendiri untuk lebih bersopan.

Jadi perempuan tidak boleh menyalahkan lelaki jika mahu berkahwin dan lelaki juga tidak boleh menyalahkan wanita jika mereka ditentang untuk berkahwin lebih dari satu. Pokok pangkal nya niat, apa niat lelaki untuk berkahwin dan apa niat perempuan untuk menghalang?

Jika lihat keadaan masyarakat sekarang ini, mengapa ramai wanita tidak tidak berkahwin, kebanyakan alasan yang diberi, tidak berjumpa pasangan yang sesuai, lelaki pula buat apa aku perlu berkahwini jika aku senang melempiaskan nafsu ku, sikap perempuan sendiri mengumpan seks untuk cinta menjadi penyakit berbalik pada diri sendiri.

Kita semua berkait, kita tidak boleh hidup tanpa memperdulikan orang lain, setiap tindakan ada tindakbalas berbalik yang sama kepada diri kita sendiri. Contohnya bagi lelaki tak perlu aku kahwin kerana aku punyai rakan wanita/gundik/rumah urut untuk melempiaskan nafsuku. Tidak sedarkah mereka yang suatu hari nanti mereka ada adik,saudara atau akan ada anak perempuan? Bagaimana dengan wanita? Jika mereka menghalang suami untuk berkahwin lain jika suami mampu dan punya alasan yang kukuh?, sudah tahukah mereka apa nasib adik, saudara atau anak perempuan mereka nanti?

Sebelum melabelkan seseorang baik suami atau gadis yang ingin menerima suami orang sebagai pasangan kita kena lihat apa niat mereka dan kemampuan mereka? Jika lelaki itu mampu dari segi zahir dan batin, apa niat isteri untuk menghalang? Apa sebenarnya yang mendorong mereka bertindak melulu meghalang niat suami, malah ada juga mendapat sokongan saudara-mara malah rakan2 untuk memusnahkan perkahwinan yang telah dibina.

Jawapan sebenarnya adalah cemburu, takut dan ego. Cemburu kerana takut kasih sayang suami akan beralih, takut akan hilangnya sumber nafkah dan ego dan malu dengan masyarakat persekitaran yang akan mencemuh mereka kerana menganggap ada kekurangan pada diri mereka yang mendorong suami mencari lain. Ditambah pula dengan cara berfikir yang lebih kepada memori dari mengambil kira semua kebarangkalian untuk bertindak. Pengaruh TV dan masyarakat lebih mempengaruhi keputusan yang diambil.

Lelaki yang ingin berkahwin juga harus mengukur diri sendiri, jika ingin kahwin periksa dulu keimanan kita, bukan setakat mengukur tebalnya poket atau hebatnya "senjata" sahaja. Jika kita nanti mengianaya isteri kita, tak terfikir bagaimana perkara yang sama berlaku pada adik, saudara atau anak perempuan kita nanti?

Lelaki yang beriman ingin mencipta syurga didunia ini dengan memberikan kasih sayang pada lebih ramai insan, kasih sayang bukan seperti duit yang bila dikongsi menjadi separuh, contohnya kasih sayang ibu pada anaknya, adakah menjadi separuh dengan kehadiran anak kedua, tidak, kasih sayang tetap tidak berubah. Samalah juga dengan kasih sayang suami, tidak berubah malah makin bertambah-tambah pada isteri pertama yang redha.

Kebanyakan isteri pertama mengadu suami melupakan mereka, mereka kena selidik sikap dan pemikiran mereka sendiri, jika mereka mencemuh perkahwinan tersebut, menyumpah, merungut dan sebagainya, tidak redha akan ketentuan Allah, bukankah itu tidak bersyukur namanya. Bukankah lebih baik kita meredhainya dan berdoa yakin kepada Allah yang Allah akan membuka hati suami mereka untuk sedar jika langkah yang diambil itu silap. Mana lebih berkesan? Bandingkan perbezaannya jika suami itu sendiri sedar akan kesilapannya dari pada sikap kita sendiri menyumpah apa yang terjadi. Ini berbalik kepada keimanan kita kepadaNya.

Perempuan yang ingin mejadi isteri kedua kebanyakannya dilabel sebagai gatal, miang, penggoda, kaki cukur dan sebagainya, kerana apa? Kerana itu acuan pemikiran kita, kita hidup hari ini seolah hari ini adalah semalam, tidak memikirkan akan kemungkinan2 baru jika kita mengubah cara pemikiran kita.
Bagaimana jika calon isteri kedua itu wanita berkerjaya yang boleh berdikari yang cuma ingin menambah kan zuriat, malah anak2 dan isteri pertama juga boleh mendapat kebaikan dari isteri kedua tersebut, contohnya jika isteri kedua itu seorang doktor atau seorang guru/ustazah contohnya. Setiap anak yang lahir ada rezekinya sendiri, itu janji Allah jadi mengapa kita perlu takut suami tak akan ada cukup duit untuk menampung keluarga?

Wanita berkerjaya jarang ingin menjadi isteri kedua kerana samada ego mereka sendiri ataupun takut di cemuh oleh masayarakat, bagi yang beriman, mereka lebih senang menjadi anak dara tua, bagi yang tidak, mengumpan seks untuk cinta dari lelaki, dan ini berbalik kepada kisah mengapa susah untuk mencari lelaki yang baik, drama manusia yang berbalik2.

Kita harus berani mengubah cara pemikiran kita, jika kita termasuk dalam golongan yang mencemuh poligami, secara tidak sedar kita juga mencemuh Allah, tidak bersyukur dan mengundang kemurkaanNya, kemudian kita marahkan hidup kita serba kekurangan dari segi harta dan kasih sayang. Dalam setiap detik hidup kita ini kita harus selalu memeriksa corak pemikiran kita, kerana dari fikiran manjadi tindak tanduk kita. Rugilah mereka yang hidup dengan tanpa sedar mencemuh Allah, menjadi tidak bersyukur. Setiap apa yang datang didalam hidup kita ini hasil dari pemikiran kita sendiri. Mahukan yang terbaik, berlatih lah berfikir yang terbaik, berfikir tanpa pengaruh luar, pengaruh masyarakat. Kaji dan selidik sebelum bertindak dan cuba mengelak dari menjadi tidak bersyukur tanpa sedar.

Didalam posting saya yang lepas, ramai menganggap mana boleh samakan syurga dan dunia, tetapi jika kita inginkan kesyurga, bukankah kita perlu berlatih dari sekarang? Martabat wanita tidak jatuh dengan poligami, malahan isteri yang redha lebih tinggi martabatnya dari bidadari disyurga. Mana lebih utama darjat disisi manusia atau darjat disisi Allah? Kita terlalu mengikut pemikiran barat yang menyelar poligami tanpa kita sedar, barat menolak agama mereka sendiri kerana didlm Bible, ada sejarah nabi2 sebelum nabi Isa yng rata2 berpoligami. Mereka sebenarnya mencemuh nabi2 lain sebelum Nabi Isa AS. Mereka moden kerana menolak agama tetapi runtuh moral, Islam mundur kerana menolak agama dan mundur juga dari segi moral. Islam agung dizaman nabi kerana kuatnya pegangan islam, jatuhnya empayar islam kerana muslim sendiri mengejar dunia.

Bagi saya lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin patut kahwin lebih dari satu dan isteri yang punyai suami yang mithali patut mencari kan pasangan kedua untuk suami, gila bunyinya tetapi jika difikirkan sedalam-dalamnya inilah penyelesaian untuk masaalah masyarakat diseluruh dunia sekarang ini. Sumbang mahram, anak luar nikah, haruan makan anak, pelacuran dan sebagainya, jika diselidik boleh di hapuskan atau dikurangkan dengan dengan poligami.

Lelaki yang mampu dan layak berkahwin dua dan isteri yang menghalang suami yang layak untuk berpologami sebenarnya mementingkan diri sendiri, bagi mereka aku adalah aku dan aku tiada kena mengena dengan masyarakat. Cabang sains yang baru (quantum physic) membuktikan bahawa kita semua berkait, cara kita berfikir sebenarnya mempengaruhi dunia dan persekitaran kita, jadi kita tidak boleh buat tak endah apa yang terjadi disekeliling kerana kita sebenarnya secara tidak langsung terlibat.

Kita lebih senang menyalahkan orang lain, tu la gatal sangat nak kahwin, saja cari penyakit, tak sedar diri, menuding jari kearah orang lain, hebatnya Allah itu membuat secara universal manusia menuding 2 jari kearah orang lain, sedarkah kita 3 jari menghala kepada diri kita sendiri? Itu kehebatan Allah tanpa kita sedar.

Jangan hidup hari ini seperti hari semalam, kerana jika kita hidup hari ini seperti semalam, kita selalu mendapat hasil seperti hari semalam.

Berfikir itu mudah, tetapi tidak ramai yang betul-betul melakukannya...

14 Komen:

Lisa berkata...

Oh My God! It's you isn't it? You want to marry another...whohooo watch out Raidah!!!

Woman feels the same way like man..what if your wife sleeps with another man? Yes, that's how we woman feels ok. There are many things can be shared but having sex with another is no laughing matter. You mean woman must 'reda' to share that "thing"???
Only the stupid one that have been brain washed and blackmail with all the crap by twisting the facts of Quran will allow it.

Quran is in riddles..not literally..don't be scared to think, to question because of some mullahs say so. It's a control.. by putting fear..like some of us who scare children with ghost story as a form of control. Sad..we muslims now are like this...no wonder no muslim country enjoy success in Economy and Politically except for Dubai..because they are more open.

Helmis berkata...

Baca hujah saya di http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/09/whohooo-watch-out-raidah-komen-jijikkah.html

Rose berkata...

Saya setuju dengan pendapat penulis. Tak salah jika seorang lelaki ingin berpoligami. Tetapi tidak semua lelaki adalah layak untuk berpoligami jika tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh hukum ALLAH S.W.T.

Ramai kawan saya yang tidak boleh terima tentang kenyataan ini bila mereka mempunyai suami. 100% tidak boleh terima langsung kalau suami mereka ingin berpoligami walaupun suami mereka mampu dari segi zahir dan batin. Bagi mereka, suami mereka adalah totally hak mereka. Bukan hak sesiapapun selain dari ahli keluarga mereka.

Entahlah....mungkin kawan-kawan saya belum cukup kuat untuk menerima semua ini. Yang penting kita sebagai umat Islam, belajarlah Redha pada hukum ALLAH walaupun pahit tetapi hikmah disebaliknya mungkin kita tidak tahu apakah dia. Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui segalanya.

Pernah suatu ketika pada awal perkahwinan, saya bertanya pada suami saya jika dia ingin berpoligami. Suami saya kata dia tak mahu berpoligami. Walaupun dia mampu zahir dan batin, dia cuma sayangkan saya seorang. Niat saya ikhlas kerana ALLAH S.W.T. Ingin membantu kaum Hawa yang lain. Hati seorang suami manalah seorang isteri dapat jangka. Hari ini dia kata tak nak, esok-esok sapa tahu. Dia teringin pulak nak berpoligami. Sedangkan air sungai boleh berubah, inikan pula hati orang.

Bagi saya, poligami adalah satu hukum dan bukannya satu pendapat. Adalah menjadi dosa besar jika seseorang umat Islam itu menentang dan menidakkan hukum ALLAH yang telah diturunkan buat umat Islam tercinta. Bagus sangatkah kita ni, insan daif lagi hina untuk melawan kuasa yang lebih besar dari segala apa yang ada didunia ini iaitu ALLAH S.W.T. Bertaubat la sebelum terlambat.......

Tanpa Nama berkata...

BETUL, BETUL, BETUL & BETUL..
JIKA KITA "MENGGUNAKAN" AKAL FIKIRAN YG DIBERI OLEH ALLAH, KITA AKAN LEBIH BERSYUKUR..
perkara ini selalunye dianggap negatif, termasuk saya sendiri, ayah saya sendiri berpoligami, kani ditinggalkan begitu saja dirumah pusaka yg usang, ibu sedih sehingga jatuh sakit- ayah menghantar surat meminta abg ibu mengambil adiknye yg sakit.. ibu dibawa ke rumah sakit , ayah terlena di pelukan isteri muda.. kami, berumur 11, 9, 7 & adik lelaki 2 tahun ditinggalkan begitu saja, tanpa makanan & minuman, dirumah pusaka ayah.. mujurlah ayah saudara memberi makanan, itupun selepas bergaduh dgn isterinya.. mana ayah kami.. seronok debelai isteri muda.. kami hidup terumbang ambing.. kalo inilah yg dikatakan lelaki sebagai pelindung.. maka banggalah kamu wahai kaum lelaki..kamu sebagai pemimpin.. banggalah..

Helmis berkata...

Lelaki dan perempuan dicipta dengan tujuan yg tersendiri Rujul Surah Al:Lail 92:4) dan yg terbaik disisiNya bukanlah lelaki atau perempuan itu sendiri akan tetapi siapa diantara mereka yang lebih bertakwa. Tiada apa yng dibanggakan sebagai lelaki kerana tidak masuk neraka seorang perempuan melainkan ditarik sama 4 lelaki.

Hanya mereka yg bersabar dengan dugaan Allah serta bersabar dan bijak menggunakan nafsu mengikut landasan yang diberikan sahaja yang boleh berbangga... bukan semasa didunia, semasa di akhirat kelak...

Tanpa Nama berkata...

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kau miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Poligami..oh poligami..begitu bermadu bagi lelaki, namun pahit bak hempedu bagi wanita..Lelaki yang berpoligami, nampak gah dan hebat namun dia umpama.."Itik berenang di tasik", dipermukaan nampak indah, namun kaki mengayuh kencang didasar air. Bagaimana pun poligami adalah hukum Allah, benar ia tidak JIJIK. Malah pada sesuatu situasi ia adalah penyelesaian. Tahniah penulis kerana berjaya mengupas poligami pada perspektif yang berbeza. Ia sesuatu yang perlu difikir-fikirkan, ada kebenarannya,bila membacanya hati kami;kaum hawa amat sakit dan pedih...tapi ia ada kebenarannya. berkatalah benar meskipun pahit.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..saya bukanlah orang yang menentang poligami sebab ia adalah sebahagian dari hukum Allah yang wajib dipatuhi..cuma perasaan seorang wanita yang amat rapuh hatinya agak sukar untuk berkongsi suami..betullah hanya iman yang kuat sahaja mampu menghadapi situasi ini..

SITI HAJAR berkata...

SALAM...

SEMUA TULISAN DALAM BLOG NI HEBAT2 BELAKA. SAYA MINTA IZIN NAK AMBIL 4 DARIPADANYA UNTUK BUAT E-BOOK. TERIMA KASIH...

Tanpa Nama berkata...

poligami amat mengerikan buat wanita kerana kebanyakan yg mengamalkan poligami lebih kepada nafsu sahaja, nak jumpa yg mengamalkan poligami yg lebih kurang adil dan bertanggungjawab amat sukar ditemui. Bagaimana berpoligami boleh mendapatkan kebahagian sedangkan semasa menduakan isteri iaitu sebelum kahwin baru, banyak tipu helah dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya tidak mahu mengulas panjang tentang poligami,dan tidak mempertikaikan tentang keharusan poligami.perlu diingat poligami adalah harus dan bukan sunat sebagaimana yang dipegang oleh orang ramai hari ini.Hukum sunat adalah tidak lebih berkahwin dari satu (sila rujuk Kitab Muhalli (Qalyubi Wa Umairah).Dan ada satu Hadith Nabi menyatakan kesedihan bilamana Saiditina Fatimah yang ingin dimadukan.(Boleh rujuk kitab lama).

Tanpa Nama berkata...

Hebat penulis ini mengulas tentang poligami. Sy Xtahu samada penulis sendiri melaluinya atau tidak. Rata2 wanita mengungkapkan perasaan takut, benci & marah jika poligami dikemukakan. Begitu juga bagi kaun lelaki mrk juga sedemikian tetapi sikap lelaki, mrk tdk mahu mengalah dlm apa jua keadaan termasuk poligami. Mrk ingin mencuba & mengguna pakai kaedah yg ditinggalkan oleh Rasullullah dgn sebaik mungkin. Seorg wanita yg berakal, berilmu dpt memainkan peranan utk membezakan, melemahkan, melembutkan, meyakinkan, mengawalkan emosi dan ego seorg suami yg berpoligami. Memang kita tahu lelaki berpoligami mempunyai bebanan utk dipikul dan membahagikan masa utk keluarganya, tapi wanitalah yg sebenarnya perlu tahu waktu & ketika utk menguasai perasaan sisuami ini.Selalu berbincang utk memperbaiki r/tangga supaya suami jgn jadi juri yg berat sebelah. Ada kalanya suami meluahkan perasaan mengenai isteri2nya yg lain kepada isteri pertama/mana2 isteri, disinilah letaknya peranan wanita itu untuk meleraikan konflik yg dihadapi sisuami. Jgn sesekali siisteri melenting bila mendengar nama2 isteri yg lain sebaliknya cuba selesaikan masalah tersebut. Disinilah ujudnya perpaduan ant isteri & suami yg harmoni, begitu juga isteri2 lain. Suami akan syg kpd isteri2 yg pandai mengawal emosi & pndai membuat teguran secara terbuka dan lembut. Jgnlah jadi wanita queencontrol tetapi jadi pakar penasihat yg terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Di akhir zaman yang penuh fitnah ini khususnya dengan riba matawang fiat yang menggelapkan hati berleluasa dan tidak ramai yang dapat mengelakkannya memang susah untuk memegang agama seperti riwayat yang mengisahkan pemegang agama seperti memegang bara api.

Kepada saudara/saudari, peringatkanlah saudari-saudari kita bahawa sikap cemburu poligami itu kelak tidak boleh ada bersama ahi syurga. Masih cemburukah jika ditakdir suami/ayah kita kita kelak menjadi ahli syurga yang dianugerah sekurang kurangya 2 bidadari?

Jika kita hatta terdetik sikit pun bahwa Rasulullah tidak adil atau seorang paedophile kerana suka pucuk muda (tidak dinafi Saiditina Aisyah lebih disayangi dan di dadanya Baginda wafat http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/02/22/perkuburan-baqi/) adakah layak kita diterima sebagai umatnya?

Bagaimana pula jika kita menjadi anak/isteri yang ditinggal bapa/suami seperti kisah Nabi Ismail/Hajar ditinggal Nabi Ibrahim di padang pasir?

Adakah kita hendak beralasan, itu Nabi, mana boleh ikut, atau sesuatu yang berlaku itu patut lebih mendekatkan pergantungan diri padaNya walau pahit dan bukan lebih menjauhkan kita dariNya seperti Dia/Islam tidak adil?

Tanpa Nama berkata...

Poligami adalah hukum yang WAJIB dipatuhi?
Mana sumbernya? Surah2 dan hadis2 yang menyokong statement ini?
dr pemerhatian saya, majority poligami skg adalah dibina atas dasar maksiat dan kehancuran keluarga isteri2 yang terdahulu.Adakah Islam menggalakkan ini?
Sy seorang guru mngajar kelas corot...99.9% daripada pelajar kelas itu adalah dari keluarga yang porak poranda disebabkan poligami.
kalau isteri sakit dan anda ada duit RM100,000, adakah anda gunakan wang itu untuk buka 'cawangan' baru atau merawat isteri? Kenapa isteri sering sakit, sering keletihan? Tugas siapa mencari nafkah dan mngurus rumah tangga?Isteri2 sekarang ramai keluar bekerja membantu suami meringankan beban..Apa berlaku, majority lelaki2 dayus ini tidak memberi nafkah apabila isteri ada gaji sendiri, dan ramai pula tidak membantu dalam hal2 perbelanjaan rumah dan lain2. Sudah lah bekerja, si isteri pula kena urus anak2 dan rumahtangga walaupun keletihan sedangkan suami tidak mebantu sebab kerja2 memasak,menyapu semuanya kerja orang perempuan. Dan minta dilayan pula diranjang selepas itu..Hukum-hakam dan selok-belok poligami 'arif' benar mngalahkan orang alim, tapi bila masuk bab tanggungjawab dan kewajiban dan keluarga,agama langsung tak tahu apa2. Memang dizaman sekarang, poligami sudah kurang relevan disebabkan komitmen terhadap pelbagai perkara tetapi bukanlah sudah tidak boleh diamalkan.tetapi syaratnya cukup tinggi..disebabkan risiko2 lain. Islam adalah agama yang berkembang, sesuai sepanjang zaman, bukannya jumud.Ada perkara2 yang tidak boleh diubah, ada pula perkara2 yang boleh disesuaikan mngikut zaman..walahua'lam..Yangpasti lelaki skg berpoligami menurut tuntutan nafsu, bukannya ada faedah terhadap agama,

Tanpa Nama berkata...

Poligami kadang -kadang untuk tenangkan suami yakni imannya... Ramai perempuan tidak faham... penciptaan lelaki dan perempuan berbeza.... kasih sayang perempuan hanya nafsu... lelaki pula kasih sayangnya adalah tangungjawab ( malas nak hurai... nanti panjang ..fikir sendiri ).. Ini menjadikan lelaki dapat mengasihi banyak perempuan... ( ikut fitrah laaaa... kita tak mau cakap bab lelaki jahat.. buang karan jeee ) Ketenangan lelaki adalah melihat isteri-isterinya dan anak-anak . Lihat singa jantan dalam kawanannya ketika berehat.. Pernah lihat dan kaji wajah singa jantan ketika melihat kawanannya? Ia mengambarkan kepuasan dan ketenangan....dan ia tidak peduli hal yang lain-lain .... Oh! kalau begitu.. Perempuan pun sama juga! Maaf... sebenarnya tidak.... Buatlah kajian sendiri... lihat perempuan yang telah lama dapat anak dan yang ada anak dewasa.... pasti anda akan jumpa perbezaannya.....antara lelaki dan perempuan... Satu lagi ....bab sidrom Lembu Jantan.... ini kajian baratlah...cari sendiri.. Sesungguhnya Maha Suci Tuhan dari berbuat yang sia-sia. Apa yang penting perempuan kena faham poligami itu hak suami bukannya hak mereka.. Ia bertujuan menguji kedua-dua pihak. Kita takut jika suami amat memerlukan poligami untuk hindarkan dosa.... tetapi isteri menghalang... Kita tak cakap suami zina... cukuplah tengok perempuan lain yang mengembirakan hatinya itu pun dosa.... Adakah suami nak beritahu.. saya tiap hari berdosa... Isteri kata abang dosa apa? ok je... Oh abang tiap hari tengok perempuan.... Alamatnya berperang laaa... OOOO itu salah lelakilah mata keranjang... Yaaa... tapi ingat sidrom lembu jantan? Tak tahu apa dia? cari sendiri... Jadi sisuami nak tenteramkan jiwanya untuk beribadah dengan lakukan dosa melihat perempuan untuk tenangkan jiwanya.... pelikkan? Perempuan tak akan faham ni.... sebab fitrah lelaki dah disekat.... Suami tahu dosa ini.... ramai suami tahu tapi takut poligami jadi berlakulah ungkapan.... JAMU Mata jeeee.... Hakikatnya fitrah hatinya sedang menikmati ketenagan... Ok.. Nur Abdullah.



Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas