Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 21 Julai 2008

Ubah Cara Hidup atau Ubah Cara Berfikir?

Sejak harga minyak dan barangan semakin naik ni banyak email dan perbincangan cara-cara untuk berjimat cermat, yang naik kereta kena naik motor, yang makan beras mahal kena makan beras murah dan sebagainya.

Apa kata sebelum ubah cara hidup kita ubah dulu cara berfikir? Hukum alam menunjukkan semua ciptaan Allah yang bernyawa itu membesar, berkembang, membiak dan sebagainya. Dalam ertikata lain, semakin kehadapan, jadi jika kita mengubah cara hidup kita kearah kebelakang (dengan lebih mengikat perut) maknanya kita seolah2 menolak hukum alam ciptaan Allah yang Maha pemurah.

Jika kita selalu memikirkan kemiskinan, itu yang makin kita nampak, jika kita memikirkan kena berjimat, makin hari makin kena berjimat, jika fikirkan hidup ini susah untuk mencari duit, makin susah nak dapat duit. Sedangkan ulat dalam batu pun ada rezekinya yang Allah janjikan, inikan pulak manusia yang ada akal dan fikiran.

Jika kita ubah fikiran kita, nescaya kita akan lihat dunia ini dari sudut yang berbeza, contohnya, bagi mereka yang sentiasa memikirkan kesusahan hidup, tin-tin kosong hanyalah sampah, tetapi jika kita fikirkan dunia ini penuh dengan peluang2 menambahkan rezeki, tin-tin kosong itu adalah salah satu cara untuk menambah rezeki. Ini contoh yang remeh, byk lagi contoh yang lebih besar...

Semua kreativiti dan ciptaan bermula di minda, kerusi tidak akan dicipta jika tiada orang terfikir lebih selesa duduk beralas dari duduk diatas tanah, kemudian dengan usaha terciptalah kerusi. Kekayaan juga perlu bermula di fikiran/minda, bila minda terbuka, pasti Allah akan membuka jalan untuk kita berjaya. Kita akan jadi lebih peka kepada peluang2 menanbahkan rezeki. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya.

Masaalahnya kita selama ini ialah terlampau mengharapkan manusia lain untuk menambahkan rezeki kita dan kecewa,marah menyumpah seranah bila manusia yang kita harapkan tidak memberi apa yang kita inginkan. Harapan kita pada manusia lebih utama dari Allah, harapkan suami, harapkan harta ibu bapa, harapkan kawan tolong, harapkan kroni, harapkan bos bagi naik gaji, harapkan kerajaan bagi subsidi dan bermacam2 lagi hingga kita terlena bahawa hanya pada Allah sahajalah sebenarnya kita boleh berharap.

Jika harapan kita 100 peratus pada Allah, Dia akan mengaturkan suasana dunia ini untuk membuat hambaNya yang lain membantu kita, itu jaminanNya.

3 Komen:

Awanama berkata...

jadi yang penting di sini iaitu ilmu, kalau buat sesuatu tanpa ilmu ia rosak dan juga merosakan diri kita sendiri.
orang yang tiada ilmu dia buta(dalam kegelapan) banyak perkara dan orang yang ada ilmu dia nampak(dalam cahaya) banyak perkara (iaitu perumpamaan ornag yang berjalan dalam kegelapan malam dan jatuh dalam gaung kerana tak nampak dan orang yang berjalan dalam cahaya yang terang lagi bersuluh dan terselamat kerana nampak gaung tersebut)

Awanama berkata...

tahun 2014 harga minyaak naik lagi 20 sen jadi RM2.30
tak patut ... tak patut...

Helmis berkata...

Ubah apa yang kita boleh ubah, ubah fikiran untuk ubah siapa yang kita pilih masa mengundi nanti, tak gitu?

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas