Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 15 November 2009

Kisah Dua Pulau - Bagaimana Kakayaan Rakyat Dicuri.

Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.

Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.

Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold"

12 Komen:

Jamal berkata...

Salam,

Mmg cerita yg baik, utk dijadikan teladan, dalam bahasa yg mudah. Cuma bila dah masuk teknikal tu kurang sikit nak paham.

Pendapat saya, kita sekarang ni dah terikat dgn cara hidup spt yg diceritakan di atas. Nak ape2 kena ade duit, takde duit pinjam bank, kad kredit. Kalau tak kena simpan, nak simpan pun susah, gaji bulan2 nak bayar itu ini, harga barang naik, sewa rumah...etc.

Pendapat saya kita semua ni HAMBA. HAMBA DUIT. Kita kerja kerja kerja, siang malam, overtime..semua kerana ape? DUIT. Kita dah diajar sejak kecil TAKDE DUIT = TAK LEH HIDUP. Sedangkan Allah kata sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup.. siapa yg bagi REZEKI? ALLAHUAKBAR!

Tp tak boleh la kita duduk di rumah malas kerja, nak harap Allah bg kita rezeki.. pun konsep yg salah saya rasa. Cuma kena banyakkan amal, tingkat kan IMAN, supaya kita yakin dgn sepenuhnya bahawa REZEKI itu dr ALLAH. Kita berusaha.. INSYAALLAH rezeki kita ada. Kerana Allah telah menetapkan rezeki kita. Cara bagaimana rezeki tu datang shj yg berbeza.

Bagaimana nak dapat rezeki, solat, usaha, doa, tawakkal. Solat sunat Dhuha amat digalakkan. Tp jgn tamak, taksub dengan duit sampai gunakan cara yg haram utk dapat kan duit. Kalau dah tau benda tu ada unsur2 haram, tinggalkan. Yakin yg Allah ada rezeki yg baik utk kita. Kadang2 kita tau benda ni tak baik, menindas, tp kita buat jugak dengan aggapan kalau tak buat nnt tak dapat lak ape yg kita nak (contoh bila nak dapatkan projek atau bisnes kita sanggup bagi "duit kopi" sedangkan kita tau rasuah adalah haram, dan kita tak yakin yg sebenarnye walaupun kita bagi berjuta2 "duit kopi" sekalipun, Allah yg memberi rezeki tu (kita dapat atau tak bukan kuasa manusia yg kita bayar, tp Allah yg bagi).

Masalah kita semua ialah KEYAKINAN KEPADA ALLAH. Terlalu berharap pada MANUSIA yg tidak dapat memberi apa2 syafaat, memberi pujian atau kehinaan kepada kita tanpa IZIN ALLAH.

Saudara Helmi kalau tak silap kan nama...

Saya pernah menerima satu link tajuk dia ZEITGEIST II ADDENDUM. Helmi boleh tgk dalam youtube atau google (video ni panjang, so loading pun lambat bangat, jadi kalau tgk kat youtube dia ade pecah2 kan , mudah dan ringan la sikit nak loading). Pasal monatary system ke ape ke.. pasal duit la senang cerita.

Saya pun tak paham sgt.. tp saya tgk saudara Helmi ni rajin baca buku2 yg terlalu ilmiah utk saya, dan saya rasa lebih tinggi ilmu dari saya, mungkin saudara Helmi lebih paham dan boleh jadikan bahan penulisan di masa depan, InsyaAllah..

Salam dr Bandar Baru Bangi (ingat nak tipu2 tulis Tokyo, Japan ke..hehehehe)
Jamal

Helmis berkata...

Saudara Jamal, klip video dalam artikel saya sebelum ini (Cerita Wang Bah 1) dua2nya adalah dr Zeitgeist Add yg saya klip dan terjemahkan. Filem ni memang membuka minda tp harus berhati2 kerana yg membuatnya adalah mereka yg tidak percayakan Tuhan. Mungkin kerana kecewa dgn kristianity lantas menganggap semua agama lain adalah sama, atau mungkin kerana org islam sendiri menunjukkan contoh yg tidak baik.

Masalah umat Isla akhir zaman adalah "percaya", semua mengaku Allah itu tuhan tetapi berapa kerat sahaja yg percaya Allah itu adil, pengasih, maha pemberi dan sebagainya.

mohdfitriidris berkata...

mohon di copy kisah reality ni...

[ a D D y ] berkata...

bro..
bila sampai part ujung2 memang wa x paham sangat la..

maksudnya masa awal2 anta emas dengan duit tu..
dah kene cukai ke camne..

maaf wa ni agak lambat pickup sket

iqbal berkata...

thanks bro..! walaupun tiba time teknikal tu agak sukar nak paham tapi penjelasan yg diberi kat bawah dlm 6 point tu alhamdulillah saya faham jugak keseluruhannya. mohon copy artikel ini.

Helmis berkata...

Bro Addy & Iqbal, sila tonton video Cerita wang bah. 1 & 2 di you tube, insyaallah anda akan lebih memahaminya.

http://www.youtube.com/watch?v=CdqKESd3zBA
http://www.youtube.com/watch?v=SA5S1xc3JPc

ppimi berkata...

mohon dicopy

Fenomena Zaman berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Pada suatu hari, Dua buah kapal ekpedesi yang berlayar dari pulau Kezambo telah tersadai di pulau ayan dan bayan secara tidak sengaja setelah dipukul ribut.

ahli ekspedesi tersebut pun turun dan mendapati penduduknya disana bermusuhan kerana berebut harta yang tak seberapa berupa emas, dan perak.

Setelah melihat hiruk pikuk dan kecelaruan tersebut, maka berkatalah seorang ketua ekspedesi kepada penduduk pulau tersebut.

"Kami memerlukan sedikit makanan dan minuman untuk meneruskan hidup. Jika kamu penduduk pulau dapat memberikan kami sedikit makanan dan minuman dan tempat berteduh, maka kami akan membalas pemberian kamu dengan suatu harta yang tidak akan kamu rebut-rebutkan. Malah ia akan membuatkan kamu menjadi saling memerlukan antara satu sama lain dan menjadikan kamu lebih kaya berbanding memiliki seluruh isi pulau ini.

Setelah beberapa lama duduk dipulau tersebut. Akhirnya penduduk pulau tersebut semakin makmur dan semakin maju.

kalau dulu mereka hanya guan sampan untuk tangkap ikan, Kini mereka telah mampu berlayar ditengah laut dan menangkap ikan dengan banyaknya.

Malah mereka telah pandai buat kelong dan pelihara ikan dalam sakar.

Tanaman juga semakin melimpah haiwan ternakan gemok-gemok kerana telah diajarkan ilmu bioteknologi kepada mereka oleh ahli ekspedesi pulau kezambo yang tersadai dipulau mereka dahulu.

Penyakit pun tiada lagi kerana mereka tahu gunakan penawar dari sumber semula jadi.

Mereka tidak lagi berebutkan harta emas dan perak kerana ilmu yang mereka miliki itu lebih bernilai dan emas dan perak.

Mereka juga telah diislamkan oleh pelayar yang tersadai. Mereka juga telah diajarkan tentang pesan-pesan imam Ali bin Abu Thalib tentang 10 kepentingan Ilmu berbanding harta seperti berikut :

Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kedua:
Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Ketiga:
Ketika Ilmu dibagikan ia semakin bertambah. Ketika harta dibagikan ia berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Keempat:
Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh, sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kelima:
Ilmu menjadikan seseorang bermurah hati karena pandangannya yang luas, sedangkan manusia kaya menjadi sengsara kerana kecintaannya kepada harta. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Keenam:
Ilmu tidak dapat dicuri, tetapi harta terus-menerus terdedah kepada kecurian. Maka, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Ketujuh:
Seiring berjalannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Sebaliknya, timbunan dirham menjadi berkarat. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kelapan:
Engkau dapat menyimpan catatan kekayaanmu karena ia terbatas, tetapi engkau tidak dapat menyimpan catatan ilmumu karena ia tidak terbatas. Untuk itulah mengapa ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kesembilan
Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kesepuluh:
Ilmu lebih baik daripada harta, karena ilmu menyebabkan Nabi berkata kepada Tuhan “Kami menyembah-Nya sebagaimana kami adalah hamba-hamba-Nya”, sementara harta membahayakan, menyebabkan Firaun dan Nimrud bersikap bongkak dengan menyatakan diri mereka sebagai Tuhan.

Maka kini mereka juga telah sedar mana satu ilmu yang bermanfaat dan mana satu yang tidak bermanfaat.

Kini pekerjaan mereka adalah keluar dari pulau tersebut untuk mencari kewujudan pulau-pulau yang lain bagi mengajarkan ilmu yang mereka ada sebagai tanda syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kekayaan didunia dan diakhirat.

TAMAT

Helmis berkata...

Walaikumsalam Saudara,

"...harta yang tak seberapa berupa emas, dan perak"

Saya tidak setuju akan pendapat saudara ini tentang emas perak adalah harta yang tidak seberapa kerana ianya diletak sebagai punyai nilai yang amat tinggi dan penting baik didunia mahupun diakhirat. (Rujuk E-book Dinar Emas dan Dirham Perak karangan Sheikh Imran yang telah saya terjemahkan).

Saya sokong pendapat saudara akan pentingnya pendekatan ilmu, sebab itu saya tulis artikel "Mengapa Saya Berkongsi Ilmu". Keperluan dan kehendak manusia amat kompleks, kita tidak mampu melakukan kesemuanya itu didalam hidup kita 24jam sehari, jika bertani, bolehkah punyai masa untuk membuat kereta dan sebaliknya. Wang adalah bahan perantaraan manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak itu yang kompleks itu.
Apabila nilai wang diletakkan diluar wang, maka ianya mudah dimanipulasi dan dikawal nilainya oleh golongan tertentu, akan tetapi jika ianya masih kekal didalam wang itu maka penindasan terhadap umat manusia boleh diminimumkan.

Apabila penduduk pulau itu sudah canggih ilmu tani, ternak ikan dan sebagainya, adakah mereka masih bersistem barter? Sudah tentulah mereka juga perlu canggihkan sistem bertukar-tukar barangan. Bagaimana petani nak tukar sebakul beras siam gred 1 dengan seekor ikan kerapu? Tak perlukah wang sebagai bahan pertukaran setelah hidup mereka semakin berteknologi?

Cerita didalam artikel saya ini adalah karangan Prof. Ahmad Kameel Meera yang mana sekarang ini adalah Dean, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, IIUM. Saya suggest saudara baca buku beliau "Real Money" dan "Theft Of Nation" untuk lebih memahami permasaalahan wang zaman modern hari ini. Budaya ilmu bukan sekadar memberi, malah juga berterusan menambah apa yang ada, tak gitu saudara?

Fenomena Zaman berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Saudara berkata...
"Emas dan perak punyai nilai yang amat tinggi dan penting baik didunia mahupun diakhirat."

emas dan perak mempunyai nilai yang penting di akhirat? Maaf saudara...Bagaimana ini? Boleh jelaskan lebih lanjut? Setahu saya diakhirat nanti, jika seorang itu mempunyai kekayaan sebanyak seisi dunia sekalipun dia tidak akan mampu menebus untuk menyelamatkan dirinya di akhirat..

kalau dikatakan mempunyai nilai didunia, itu saya setuju.

pada saya, jika hanya sekadar menukar wang kertas kepada emas dan perak, itu belum cukup untuk menyelesaikan masalah yang ada.

seperti yang kita tahu, masalah wang kertas ialah ia tidak disandarkan kepada nilai sebenar. Ia bermula apabila era bretton woods ditamatkan dimana wang kertas U.S Dolar tidak lagi disandarkan kepada nilai emas. Bermula dari situ, wnag kertas diapungkan nilai dan ditentukan berdasarkan kuasa pasaran bebas (penawaran dan permintaan)

Salah satu sebab mengapa U.S mengambil keputusan bersendirian menamatkan sandaran dolar kepada nilai emas adalah kerana Kerajaan U.S sendiri tidak cukup simpanan emas jika kesemua negara yang berdagang dengan mereka menuntut kepada kerajaan U.S untuk menukarkan U.S dolar kepada emas. Ini adalah jalan pintas untuk selamatkan diri.

Ada beberapa persoalan yang perlu dijawab , jika kesemua wang kertas dikeluarkan dari pasaran dan digantikan dengan emas dan perak. Antara soalan tersebut adalah seperti berkut :

1. Berapa banyakkah jumlah emas dan perak yang diperlukan untuk menggantikan wang kertas di pasaran?

2. Apakah galian emas dan perak di dalam negara mencukupi?

3. Bagaimana jika sebuah negara itu mempunyai emas yang lebih banyak berbanding negara lain? Apakah akan wujudnya konflik dan peperangan berebut emas seperti yang berlaku pada hari ini ditimur tengah yang berebutkan minyak @emas hitam?

4. Apakah aktiviti cari gali emas dan perak akan menjadi rancak seperti cari gali minyak? Berapakah kos kerosakan alam sekitar jika aktiviti cari gali emas dan perak menjadi berleluasa?

Fenomena Zaman berkata...

Sebenarnya, masalah manusia pada hari ini ialah terlalu bermewah dan bersenang-senang untuk kehidupan dunia. Segala kecerdikan dan kepandai yang ada pada manusia hari ini hanya difokuskan kepada soal bagaimana untuk mencipta kesenangan dan kemewahan didunia. Sebab itulah wujudnya sistem sosial masyarakat yang komplek pada hari ini. Sistem kewangan itu sendiri sudah cukup kompleks dan sukar dimengerti. Memang sistem kewangan moden itu korup dan tidak boleh dipercayai.

Namun ada satu perkara yang lebih korup berbanding sistem kewangan itu sendiri. JIka kita menggunakan dan menggantikan sistem emas dan perak sekalipun maka ia akan tetap menjadi korup selagi tidak dikekang dan dikawal. Ia adalah Diri Kita sendiri!

Ya, Diri kitalah yang korup sebenarnya! Kerana sentiasa mengikut telunjuk nafsu dan sedap perut.

Jika harga barang naik sedikit sahaja kita sudah mengeluh. Kita sentiasa sahaja mahukan barang menjadi murah harganya supaya kita boleh membeli dengan banyak. Tetapi kita tidak pernah terfikir pun sekali untuk menahan diri dan nafsu serta mengubah cara hidup kita. Kita gagal dalam soal mengurus nafsu dan kehendak. Itu sebabnya mengapa setiap kali Bulan Ramadahan, petugas yang mengutip sampah pasti mengeluh kerana sampah yang dihasilkan pada Bulan Ramadhan lebih banyak berbanding pada bulan-bulan biasa.

kerana itulah kita dengan mudah menjadi hamba kepada sistem ekonomi moden.

Tahukah tuan-tuan semua apakah teori dan falsafah yang diajarkan oleh ekonomi moden hari ini?

Perhatikanlah ayat berikut yang saya petik dari wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/Economic_problem

"human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services. In order to curb the economic problem, economists must classify the nature and different wants of consumers, as well as prioritize wants and organize production TO SATISFY AS MANY WANTS AS POSSIBLE."

Dan subjek-subjek ini diajarkan disemua universiti diseluruh dunia.

Sebab itulah kita tidak pernah kerajaan melaungkan kempen yang berbunyi seperti "Bersyukurlah dengan barang yang sedikit" atau slogan "Tahan dan kawallah nafsu dari berbelanja lebih dan mewah" atau kempen " Jom puasa Nabi Daud"

Yang ada disuruh dan digalakan adalah berbelanja, berbelanja dan berbelanja! Kalau berbelanja untuk orang lain takpa, ini disuruh untuk memuaskan diri atas nama meningkatkan taraf hidup rakyat. "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Ia adalah strategi yang halus dan memperdayakan demi mengekalkan status quo. BR1M dan Kenaikan gaji sektor awam baru-baru ini adalah contoh yang nyata.

Yang menjadi mangsa adalah kita. Bukan salah siapa, salah diri sendiri. Kerana nafsu dan perut.

Kerana ingin jadi senang dengan memanjakan nafsu dan perut, maka kita mudah dijadikan mangsa oleh :

1. korporat-korporat yang keparat.
2. Ahli politik yang ingin berkuasa dan korup
3. Yahudi, kristian, Yakjuj Makjuj dan Dajjal

Kerana nafsu dan perut, kita menjadi hamba. Alam sekeliling rosak binasa kerana kita yang bernafsu. Bila alam binasa, maka yang rugipun manusia juga. Penuh bencana.

Maka benarlah bagai dikata bahawa manusia itu zalim dan tiadalah ia berbuat zalim melainkan ke atas diri sendiri lantaran kerana cenderung mengikut hawa nafsu dan cinta dunia

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara Fenomena Zaman,

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun." Surah Al Imran 3:91

Jika kita lihat didalam ayat tersebut, Allah SW tidak menyebut wang atau kekayaan tetapi sebaliknya EMAS, walaupun emas tersebut tidak mampu menebus manusia itu sendiri dari azab akan tetapi emas telah diberikan status sebagai bahan pengukur nilai, bukan kekayaan, wang kertas ringgit atau USD.

Penggunaan emas sebagai wang perantaraan tidak semestinya penggunaan fizikal, sebaliknya kaedah-kaedah seperti yang dicadangkan oleh Prof, Mydin Meera didalam bukunya "Real Money" iaitu Bilateral Payment Agreement BPA dan juga Multilateral Payment Agreement MPA boleh digunakan tanpa melibatkan jumlah emas yang banyak. Jika berlaku kekurangan emas atau perak bahan-bahan lain seperti beras, gandum dan sebagainya boleh digunakan sebagai wang akan tetapi agak sukar didalam kehidupan kita yang semakin kompleks ini. Alternatif kepada kekurangan adalah sistem BPA dan MPA yang mana nilai barangan dinilai dengan emas dan pembayaran balik adalah timbal balas pertukaran barangan antara individu, organisasi ataupun antara negara-negara.

Usaha untuk menegmbalikan emas dan perak sebagai wang adalah usaha untuk mengembalikan semula kekayaan ke tangan masyarakat dimana nilai wang tersebut berada ditangan mereka dan bukan ditangan pihak yang boleh memanipulasinya. Sebarang usaha kebaikan insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SW.

TO SATISFY AS MANY WANTS AS POSSIBLE itu adalah prinsip pertama dari salah satu dari 4 prinsip kapitalisme iaitu THE RELATIVE SCARCITY PRINCIPLE seperti yang dijelaskan oleh Dr. Mohammad Malkawi didalam bukunya "Fall of Capitalism & Rise Of Islam". Jika kita lihat dari sudut Islam, apabila kembali dari perang Badar Nabi SAW menyatakan yang mereka telah kembali dari perang yang kecil kepada perang yang lebih besar iaitu perang melawan diri sendiri iaitu nafsu. Akan tetapi mengikut nafsu itu telah menjadi asas kapilisme itu sendiri maka berlakulah masaalah didunia ini.

Penyelesaiannya adalah kembali lah kepada Islam dan pilihlah pemimpin yang boleh membawa kehidupan kita kepada kehidpuan yang berlandaskan Islam. Tidak lama lagi kita boleh memilih dan inilah masanya untuk membuat pilihan yang terbaik insyaallah.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas