Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Rabu, 9 Mac 2011

Ulamak Dah Kata Halal, Dia Yang Tanggung Dosa, Ikut Sajalah...

Kebanyakan kita lazimnya menyerahkan bab halal dan haram ini kepada ahli agama kerana pada pendapat kita (termasuk saya semasa zaman jahil dahulu) mereka akan menanggung dosa-dosa kita semua yang melakukannya. Sebab itu terdapat beberapa komen dari rakan-rakan baik didalam laman blog ini mahupun pada beberapa video yang saya muatnaikkan di youtube yang mengatakan "Ulamak dah kata halal, ikut je lah, mereka yang menanggung dosanya nanti". Persoalannya, adakah apabila kita mengikut membuta tuli sahaja apa yang dikatakan oleh ulamak itu nanti contohnya menghalalkan apa yang haram, adakah benar diakhirat kelak kita akan hanya tersengih sahaja dari syurga melihat mereka diseksa kerana menanggung dosa-dosa yang telah kita lakukan kerana mengikut nasihat dan ajaran mereka?

Alhamdulillah, sebab itu saya amat menggalakkan rakan-rakan untuk membaca terjemahan Al-Quran kerana apabila saya membacanya, terjumpa beberapa ayat yang menggambarkan keadaan sebenar umat manusia yang mengikut membuta tuli apa yang diajar oleh para ulamak-ulamak mereka yang mereka sangkakan benar tetapi sebaliknya telah membawa mereka kepada kesesatan.
Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.

Saya telah menemui 3 ayat didalam Al-Quran dengan menggunakan kata kunci "ganda" dalam carian menerusi laman searchtruth.com, disini saya copy & paste terjemahan ayat Al Quran tersebut untuk bacaan rakan-rakan.

Ayat yang pertama dari surah Al-Araf 7:38, saya sertakan sekali beberapa ayat sebelumnya agar rakan-rakan dapat memahami konteks sebenar ayat tersebut;


35 Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
36 Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
37 Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.
38 Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.
Ayat dkedua pula dari Surah Al-Ahzab 33:68;
66 Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67 Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
68 Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!
Jika kita fahami ayat-ayat dari dua surah diatas, kisah yang kita dapati adalah berkenaan dengan orang kafir yang mengikut pemimpin dan ahli agama mereka yang telah menyesatkan mereka dengan mengambil selain dari Allah SW sebagi tuhan mereka, barangkali ada rakan-rakan akan berkata,"Tak mengapalah, aku selalu solat, ucap dua kalimah syahadah, aku orang Islam jadi tak perlu risau mengikut pemimpin atau ulamak sekarang ini kerana mereka juga tidak menyembah selain dari Allah SW". Bagi rakan-rakan yang berpendirian sedemikian, sila baca ayat dibawah ini. 


Ayat ketiga dari Surah Sad 38:61;
48 Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail dan Nabi Ilyasak, serta Nabi Zulkifli dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.
49 (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka) dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak),
50 Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
51 (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
52 Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
53 Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
54 Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis;
55 Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertakwa) dan bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali,
56 Iaitu Neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahannam;
57 Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);
58 Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.
59 (Penjaga Neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu. (Ketua-ketua itu berkata): Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka.
60 Pengikut-pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan.
61 Mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam Neraka.
62 Dan penduduk Neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?
63 Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?
64 Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk Neraka sesama sendiri.
Didalam ayat 59, penghuni neraka bukanlah hanya setakat orang kafir sahaja tetapi juga termasuk penderhaka, penderhaka adalah mereka yang tidak taat atau khianat terhadap Allah SW dengan melakukan perkara yang dilarang. Didalam ayat-ayat diatas juga menceritakan salah satu ari ciri-ciri manusia yang akan dimasukkan kedalam syurga iaitu bertakwa, apa pula maksud bertakwa tersebut? Saya sertakan kisah ringkas ini dari laman mindasuper Dr. Danial.

Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.

Jadi persoalannya adalah, adakah jika kita mengikut sahaja para ulamak yang beriya-iya mengatakan sesuatu itu halal sedangkan sesuatu itu haram maka kita tidak akan dimasukkan kedalam neraka? Nampaknya dari ayat-ayat diatas kita juga akan tergolong didalam neraka bersama mereka, cuma bezanya ulamak atau pemimpin tersebut akan menerima balasan berganda dari kita yang mengikutnya. Jadi amatlah perlu untuk kita lebih berhati-hati, lebih bertakwa dengan berhati-hati didalam hidup agar tidak terjebak secara sedar ataupun tidak sedar terjebak dengan perkara yang haram.

Disini saya mengajak rakan-rakan merenung kembali sedalam-dalamnya adakah kita boleh membiarkan perkara halal haram ini 100% terletak kepada ulamak semata-mata? Bagaimana jika ulamak itu membuat kesilapan? Bukankah mereka juga manusia biasa? Diakhirat kelak, walaupun ulamak dah kata halal, dia yang menanggung dosa dan kita hanya mengikut sahaja, ini tidak bermakna kita hanya akan memandang mereka dari syurga dan ketawa hahaha... rasakan dosa-dosa aku yang telah engkau sanggup tanggung didunia dahulu, kita pun sama-sama akan diseksa bersama mereka. 

Jadi apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus bersama mereka? Jalan terbaik adalah untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah SW dengan lebih beramal-soleh dan berusaha menyemai diri dengan budaya ilmu dan perlahan-lahan mengurangkan budaya hiburan yang selama ini menyelimuti pemikiran manusia, membuat manusia malas berfikir, melenakan frontal lobe dan apabila tiba permasaalahan yang memerlukan otak untuk berfikir, manusia tidak mampu melakukannya dan menyerahkan bulat-bulat kepada ulamak untuk memikirkan untuk mereka.

Didalam kehidupan moden akhir zaman ini yang mana wang ringgit, kedudukan, pangkat dan nama lebih diutamakan dari pahala dari Allah SW, amat sukar untuk kita mengukur keikhlasan seseorang ulamak itu dalam memberikan fatwa. Lihat pada bab riba' pun cukuplah. Kebanyakan yang menyokong, mengiyakan dan menghalalkan kebanyakannya adalah mereka yang mendapat habuan didunia baik dari gaji atau elaun yang dibayar sebagai penasihat ataupun pangkat atau populariti yang dinikmati. Begitu juga dengan mereka (pengguna) yang menyokong sistem tersebut, kerana apa? Kerana mereka juga mendapat nikmat dunia dari "pembiayaaan" yang mereka nikmati itu.

Di Pakistan pada tahun 2009, sebanyak 31 ulamak tersohor mereka bersepakat menyatakan perbankan yang melabelkan institusi mereka Islamik sebenarnya adalah haram, malah mereka telah mengeluarkan fatwa dan menyeru kepada seluruh umat islam untuk menjauhinya. Agaknya adakah ulamak-ulamak kita akan berbuat demikian? Insyaallah suatu hari nanti apabila ulamak yang benar-benar "nawaitu"nya lillahitaala dilantik oleh pemimpin yang adil dan benar-benar prihatin kepada rakyat yang memerintah.

Perlu diingatkan bahawa sistem perbankan adalah salah satu penyumbang kepada pendapatan kerajaan, maka dari bunga, faedah atau riba' yang dikenakan kepada rakyat, ianya juga adalah cukai secara tak langsung kepada titik peluh rakyat yang penat lelah bekerja. Jika riba' diharamkan, keuntungan bank akan kurang dan cukai pun kurang, apabila cukai kurang, tidak cukuplah perbelanjaan kerajaan untuk memastikan mereka terus memerintah menerusi politik wang, begitu juga dengan projek mewah yang mana kebanyakan wang cukai rakyat itu tadi masuk kepoket-poket mereka secara tidak langsung. Sebab itulah ulamak-ulamak yang menentang sistem perbankan ini tidak langsung keluar di kaca-kaca TV, dan apabila Tv adalah alat pemukau yang utama, sudah pastikan rakyat rata-rata umpama "zombie" yang mengikut sahaja apa yang diucapkan oleh alamak-alamak ulamak-ulamak itu tadi.

Masanya telah tiba untuk sedar, bukan sahaja sedari diri yang celik hiburan dan buta ilmu malah sedar dari penindasan oleh pemerintah yang zalim ini. Mereka yang berkuasa tidak akan mahu melepaskan kuasa mereka kerana mereka telah terlalu ketagih terhadap "dadah" dari nikmat berkuasa tersebut. Mereka akan lakukan apa sahaja termasuklah menghalalkan apa yang haram dengan meletak ulamak yang sejiwa dengan mereka untuk tujuan itu. Lihatlah Gaddafi sebagai contoh yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri hanya kerana ingin kekal berkuasa, tiada bezanya pemimpin kita hari ini, bezanya mereka membunuh rakyat secara senyap, bagaimana? Apabila kemiskinan semakin teruk, rakyat akan berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkan wang (merompak), kalau tak bunuh pun, menipu, rasuah, melacur dan pelbagai lagi penyakit sosial. 

Kembalilah kepada budaya ilmu, baik dari ilmu agama dengan membaca terjemahan Al-Quran, tafsir dan sebagainya hinggalah kepada ilmu dunia yang lain agar kita akan lebih punyai jaringan neuron diotak yang akan membantu frontal lobe untuk membuat penilaian, dalam pada masa yang sama budaya hiburan baik TV, filem, musik dan kegilaan terhadap sukan juga patutlah dikurangkan agar frontal lobe kembali segar dan membantu untuk berfikir, menganalisa dan insyaallah dengan berkat dekatnya diri kepada Allah SW dengan ilmu, akan Allah SW berikan "nur" iaitu cahaya untuk kita melihat jalan sebenar kehidupan didunia ini.

Bagi yang masih mahu mengikut sahaja para ulamak, tepuk frontal lobe tanya iman dan tanya diri sendiri adakah anda mahu bersama mereka (ulamak) diakhirat kelak jika kita mengikut perkara haram yang mereka halalkan. Saya tidak mahu, sebab itu saya membuat kajian sendiri menerusi bacaan, mendengar ceramah hinggalah menghadiri persidangan berkenaan hal-hal tersebut dan kemudiannya berkongsi dengan rakan-rakan disini. Anda pula bagaimana?

50 Komen:

Tanpa Nama berkata...

"..Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang BUTA HURUF, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan BOHONG, dan mereka hanyalah berpegang kepada SANGKAAN-SANGKAAN sahaja. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat MEMBELI KEUNTUNGAN DUNIA yang sedikit.." (2:78-79)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka MENYANGKA BAHAWA MEREKA SENTIASA BETUL DAN BAIK pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang KUFUR INGKAR DENGAN AYAT-AYAT TUHAN mereka… oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak…”; (18:103-106)

Pak Oncu berkata...

Ulamak,,,,,,,,,,, jgn lah ikut membabi buta, kena juga lah cari sumber yg baik,, ulamak ada yg ada kepentingan diri,,, maka yg HARAM boleh ajdi HALAL... dan sebalik nya,, hati hati lah dgn mereka yg bergelar ulamak,,,,

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya); (8:22)

Tanpa Nama berkata...

ulama'.... adakah layak utk dipaggil ulama'sekiranya mereka tahu, tetapi menyembunyikan apa yang mereka tahu, dengan alasan takutkan kepada BOSS/PEMIMPIN/@ ORANG DIATAS MEREKA....????

Tanpa Nama berkata...

Menafsirkan terjemahan Al Qur'an mengikut akal sama lah sepertu golongan wahhabi/ salafi yang byk merosakkan pemikiran ummat dengan tafsiran2 mereka yang merosakkan lagi menyesatkan.

Perbankan Islam mmg terdapat byk kelemahan walau bagaimanapon produk Islam lebih utama digunakan berbanding konvesional. Di dalam Islam sesuatu perbahasan fiqh memerlukan sesuatu rujukan dan penghuraian yang panjang mengikut kondisi, situasi dan keadaan sesebuah negara serta masyarakat ini.

Disiplin ilmu fiqh adalah satu disiplin ilmu yang cukup ketat dan memerlukan pemahaman tinggi. Bukan sewenang-wenang org boleh cakap n memberi sesuatu pendapat! Hatta ulamak pon bkn sewenang-wenang nyer boleh menyatakan sesuatu yang dia sendiri tidak mengkaji secara TELITI DAN MENDALAM. Itu pon belum tentu melayakkan mereka mengeluarkan pendapat yang melibatkan kemaslahatan umum seperti masyarakat dan negara.

Apatah lagi org macam anda! yang setakat kaji sket2, dengar ceramah Sheikh Imran Hosien dan 31 FATWA ULAMAK KAT pAKISTAN TUH!!

Anda pon ikot fatwa ulamak yang anda sndiri pon tak kaji fikrah dan pegangan akidah mereka! So jgn sesedap jer nak kondem org lain.

Sket pon tak fikir yang anda rujuk tu Wahhabi ker salafi ker Qadariah ke. Dengan siapa dia pernah berguru. Apa fiqrah dan fahaman mereka. Apa specialist mereka. Siapa dibelakang mereka.

Ada anda rujuk?
I think not! Anda, saya lihat sekadar menulis pandangan dan menterjemahkan maksud mereka yang anda tak tahu pon peribadi mereka!

Besides, anda mengulas sesuatu permaslahan feqah namun anda tidaklah membahaskan permaslahan tersebut dengan cara feqah tetapi lebih kepada logik akal dan ikot dalil yang sebenar seperti 1000 org sorg jer masuk syurga. Which is i think so funny! stakat nak kemuka dalil begitu budak skolah menengah pon boleh cakap pasal Feqah!

Tapi nak wat camner kan.. Sheikh Imran Hosien dan bagitahu macam tu. 31 ULAMAK PAKISTAN PON DA SOKONG SAMA!

Dan sesuatu pentafsiran Al Qur'an dari terjemahan Al Quran disiplin ilmunya jauh lebih ketat dan wajib dilakukan dengan sgt berhati2, cermat dan teliti. Dan setiap ayat diturunkan Allah ada asbabun nuzl, sebab2 sesuatu ayat itu diturunkan dan ada hadith yang meyokong peristiwa kenapa ayat tersebut diturunkan. Adakah anda tahu setiap ayat tersebut?

Petik ayat sana, petik ayat sini dan senang je buat kesimpulan.

Hey saudara, Allah dan Rasul cukup melaknat org yang menterjemah Al Quran sesuka hati yea.

Kalo pembaca nak tahu, inilah sikap para golongan Wahhabi dan golonga yang terbawa2 doktrin Wahhabi/ salafi tanpa dia sedar!

Sila check yea fiqrah n tahap syadid ilmu mereka sebelom memandai2! skali lagi saya ulang.. anda pon guna fatwa ulamak

Ini lah akibatnya bila org yang bukan ahlinya bercakap sesuatu yang dia jahil!

Sori to say this.

Tanpa Nama berkata...

Oh yea.. anda mengusulkan mereka yang follow ulamak ni untuk mengkaji ilmukan.

Well saya pon menyarankan anda mengkaji ilmu fiqh tentang perbankan Islam MENGIKUT DISIPLIN ILMU FIQH ITU sendiri!

Bukan sekadar membaca, dengar ceramah or menghadiri persidangan semata2.

Dari situ anda akan dapat menilai sndiri, ilmu fiqh ini tidak semudah "fatwa" yang anda keluarkan menerusi artikel saudara!

Tanpa Nama berkata...

Kita sekarang ini bukan hidup di zaman yang mana ahli agama itu dikenali sebagai ulama, tetapi mereka sebenarnya adalah "Ahli Kitab"... dan di mana maksud sebenar Al-Quran telah diputarbelitkan mengikut nafsu...

Tanpa Nama berkata...

"...The religious leaders who signed the 'fatwa' includes Maulana Salimullah Khan of Jamia Farooqia Karachi..."

Maulana Salimullah Khan adalah mahaguru Hadis yang mempunyai sanad yang paling tinggi pada tahun 2000, meliputi benua India, iaitu Pakistan, India dan Bangladesh. Beliau seorang yang berkepakaran dalam bidang hadis, sehinggakan menghafal Sahih Al-Bukhari yang beliau mengajar sendiri di Jamiaah Farooqiyyah tanpa melihat kitab. Keistimewaan maulana Salimullah Khan adalah, beliau menghafal Al-Quran dalam masa 30 hari sahaja, iaitu dalam bulan Ramadhan. Guru yang mentasmi’ hafalan beliau adalah Maulana Hussain Ahmad Madani sendiri.

http://ipnaa.blogspot.com/2009/07/kenali-tok-guru-nik-abdul-aziz-4.html

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama 17 Mac 2:08 AM,

Sori to say.... errrmm macam pernah dengar dalam ceramah mengenai perbankan islam ni...

Perlu diingatkan bahawa semua komen dilaman ini perlu diluluskan oleh saya sebelum ianya dikeluarkan, dan dari ratusan komen-komen pembaca hanya 2 sahaja yang saya tolak kerana mempunyai perkataan yang tidak sopan.

Kalau ikutkan hati dan rasa saya nak buang sahaja komen saudara ni dan tak perlulah saya memecahkan kepala nak menjawabnya, tetapi saya tetap juga meluluskannya.

Sebenarnya jawapan saya kepada komen saudara ini telah pun saya sediakan tetapi sebelum meletakkan ianya disini, saya terlebih dahulu ingin mengetahui.

APA PULA TAHAP SAUDARA YANG MEMPERTIKAIKAN TAHAP SAYA INI? TINGGI MANA PULA ILMU FIQIH SAUDARA?

Didalam fizik, semuanya relatif, jahil atau tidak saya ini pun juga relatif, saudara kata ya, mungkin pembaca lain kata tidak. Ia juga berbalik kepada niat, apa niat saudara menjahilkan saya? Adakah kerana saya menjauhkan masyarakat dari Allah SW dan rasul atau periuk nasi saudara terancam?

Janganlah baling batu sembunyi tangan. Saya mahu telus dalam perkongsian dan perbincangan ilmu, sekurang-kurangnya bagilah nama ke, link blog ke supaya boleh saya suaikan cara nak membalas komen saudara, budak sekolah menengah pun boleh tulis komen kat sini...

Tanpa Nama berkata...

Kalu anjing jiran berak belakang rumah kita dan lantas kita menyalahkan dan memburok2kan jiran dengan sewenang2nya dengan marah sekali. Inikah yang dikatakan pandangan orang yang memiliki ilmu fiqh yang tinggi dan mengaku merujuk kepada ulamak yang benar. Mata hati tidak terbuka untuk melihat dan memahami segala kejadian yang berlaku itu dalam keadaan redha dan tenang. Malang sekali.....

hangkebun berkata...

sabar kalian berdua

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Al-Imran -7)

bagi saya,hak Allah juga lah yg menunjukkan jalan yang Hak kepada hamba2Nya,x kira la hamba tu paham agama sekerat-sekerat ke atau dah mengaji beribu ribu kitab sampai ke negeri cina sekali pun.Hak Dia semata2..

btw saudara Helmis,teruskan perjuangan anda!! :)

Tanpa Nama berkata...

Ahli Kitab, mengetahui tetapi menyelisihi ajaran Islam sebenar demi membeli keuntungan dunia yang sedikit.. Jika difikirkan, bagaimana mungkin sistem yang zalim ke atas masyarakat Islam sendiri boleh dikatakan ajaran Islam..

Tanpa Nama berkata...

tak reti nak reply komen pada org yg tidak mempunyai nama.. siapakah anda? yg paling tak difahami, kenapa nak sgt membela sistem kewangan yg menghancurkan umat Islam secara KESELURUHAN ini? Dunia dah semakin hampir dgn penghujungnya, kenapa masih nak kejar2 kesenangan dunia yg sementara ini? tak perlu jadi pakar agama untuk melihat keburukan yg dibawa oleh sistem yahudi.. TAK PERLU.. buka mata anda, tgk sekeliling anda, tengoklah END RESULT dari sistem ciptaan manusia ini.. adakah dunia ini semakin aman membahagiakan atau semakin huru-hara? adakah hati masing2 makin tenang dan dekat dgn Tuhan, atau dah jadi hamba sistem dajjal, kerja kerja kerja untuk bayar hutang? malang bagi kami umat Islam, mempunyai ulamak2 yg hanya mementingkan nafsu, dan langsung tak berfikir untuk kebaikan umat Islam secara keseluruhan.. malang bagi saya, terpengaruh dgn perkataan Islamik dan bersubahat melakukan kerosakan,menjaja nama Islamik untuk mendapatkan keuntungan.. saya tak tahu nk cakap pasal hadith dan alquran.. yg saya tahu, saya nampak berlakunya kerosakan dlm masyarakat dan umat Islam akibat drpd perbuatan tak bertanggungjawab ulamak2 yg menyembunyikan dan memutarbelitkan ayat2 al-quran (mengikut kehendak HATI masing2).. tak ingin saya terus bersubahat..
- wardah

Tanpa Nama berkata...

Perumpamaan apabila seekor anjing jiran berak depan rumah kita --- front door riba. Manakala jika anjing jiran berak belakang rumah kita --- back door riba. Adakah ini satu kebetulan atau ianya satu kemungkinan dan kebarangkalian(Fizik Kuantum). Fikir dan renongkanlah ...

Tanpa Nama berkata...

aku ada baca buku ust zaharuddin abd rahman tajuk riba dan isu kewangan semasa. saudara pernah baca x?
Apabila saudara bercerita pasal takwa, maka pekerjaan saudara sebagai Jurutera Penyelenggara Pesawat VIP pun ada shubhah.. begitu juga dgn pekerja kerajaan.. maka dalil apa yg membolehkan kita bekerja tanpa ragu2?

Helmis berkata...

Di akhir zaman ini agak sukar untuk mencari kerja yang 100% halal, yang terbaik adalah mengikut hadis Nabi SAW yang mana makanan yang terbaik adalah dari yang dihasilkan oleh tangan sendiri, maknanya sumber pendapatan (sesuatu yang punyai nilai yang nyata) kita itu datang terus dari usaha kita sendiri dan bukan manipulasi pihak lain, contohnya bertani, menternak atau berniaga kecil-kecilan (bukan tahap korporat yang mana tidak dapat diperiksa dengan teliti pendapatan yang masuk).

Akan tetapi apabila sudah dirantai oleh pihak bank, maka kebebasan manusia untuk memilih untuk bertukar kerja sudah tiada lagi atau amat sukar, maka perlu ada usaha untuk memotong rantai yang mengikat diri itu dan pada masa yang sama menasihati rakan-rakan lain agar tidak terjebak dengan perangkap halus mereka, dan ini yang saya usahakan sekarang. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa hambanya yang jahil suatu ketika dahulu.

FAF berkata...

Jangan la ingat bahawa hanya Sheikh Imran Hosein @ 31 ulama' sahaja yang sokong, masih byk lagi ulama yang menolak sistem Islamik banking yang ada sekarang. ini bukan kerana tidak mahu support kewangan Islam tetapi "sistem" itu tidak total 100% Islamik. adakah islam itu boleh sikit-sikit islamik?

begini lah.. sekrang memang mudah berkata bahawa Islamik Banking bagus.. kerana apa?? kerana belum muncul masalah yang berlaku , tetapi agak-agak la jika sesuatu yang berlaku dimana keadilan ISlamik banking?? sudah tentu dibawah undang-undang Bank Negara , dan Bank Negara dibawah polisi apa? sudah tentu Bank Dunia.(IMF)


terpulang pada anda jika ingin mengatakan bahawa Islamik banking sekarang mengikut syariat. tiada paksaan , kerana kami disini dengan pengetahuan yang diberi menolak bukan kerana kami tidak paham tetapi kerana kami PAHAM.(insyaAllah)


Waallahualam

Tanpa Nama berkata...

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, serta Abu Daud dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih dari Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, “sesiapa yang datang ke muka pintu pemerintah, maka dia akan ditimpa ujian. Tidaklah sesiapa yang menambah dekatnya dia kepada Sultan melainkan akan ditambahkan jarak jauhnya dia dari Allah SWT“.

Juga dikeluarkan oleh Ibn Majah daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “sesungguhnya Qurra’ (ahli al-Quran) yang paling dimurkai oleh Allah ialah mereka yang menziarahi pemerintah“

Seterusnya dikeluarkan oleh al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “apabila kamu melihat seorang alim banyak bercampur gaul dengan Sultan (pemerintah), maka ketahuilah bahawa si alim itu sebenarnya adalah seorang pencuri“

Juga dikeluarkan oleh al-Dailami daripada Umar al-Khattab, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah suka kepada pemerintah apabila mereka ini banyak bercampur gaul dengan Ulama tetapi Allah mengutuk Ulama’ apabila mereka itu bercampur gaul dengan pemerintah, kerana sesungguhnya apabila Ulama itu bercampur gaul dengan pemerintah, mereka menginginkan dunia. Manakala pemerintah apabila bercampur gaul dengan Ulama’, mereka menginginkan Akhirat“.

Ulama’ dan Pemerintah; http://samuraisyahid.wordpress.com/2007/11/15/ulama-dan-pemerintah/

Tanpa Nama berkata...

Bank Islam bagus ke? Sapa yang kata bagus ? Masalah belum muncul?....sapa yang kata? Ia muncul semenjak dia dicipta.... banyak kes org komplen pasal Islamic banking, sila buat rujukan kat bank negara. Rata-rata komplen sistem islamik ni tak banyak beza pun dgn konvensional....malahan lagi teruk (kena bayor lebih), kalau camtu nak membantu ke atau nak menyembelih....matlamat nak membantu umat Islam sebenarnya tak tercapai pun dgn cara ni, yang kaya hanya segolongan sahaja. Majoriti yang buat pinjaman adalah orang Islam kelas pertengahan dan ke bawah....jadinya kalau kena caj lebih, adakah ini nak membantu? Tak perlu nak bangga-bangga dengan ilmu fiqh yang ada kalau tak diamalkan. Ibarat pepatah Arab mengatakan...Ilmu yang tidak diamalkan adalah seperti sepohon pokok yang tidak berbuah (pokok buah) yang mana pokok buah-buahan jika ditanam, matlamatnya ialah untuk menghasilkan buah. Kalau tanam, tapi tak ada buah....ada baiknya kita tebang jer, tanam semula....mungkin benih tak elok kot.

ZF berkata...

Hairan..ada yg mudah melatah dgn hujah2 yg saudara kemukakan. Dgn nada marah dan sinis seolah2 mahu mencerca segala usaha2 saudara ini. Mereka seharusnya faham bahawa ini adalah ketukan minda dan sekiranya mereka itu lebih benar dalam pendekatan mereka pasti Allah akan membantu mereka ttapi cara mencerca menggambarkan yg hujah mereka seolah2 lemah..tak kira siapa ulamak pun klu hujah mereka paling bernas seiring quran sunnah itulah yang terbaik untuk ummat. Alhamdulillah sy bertemu dgn blog saudara dan memberi satu impak yg baik dlm hidup saya..bermunajat kpd Allah agar dtunjukkan jln yg benar krn itulah sahaja pilihan kita apabila kerap kali kita bertemu persimpangan..Adalah malang bagi kita bila ditunjukkan sesuatu peringatan terus saja melatah tanpa kita berfikir dahulu jika apa yg datang itu tentunya dari Allah..Ada yang terus menggoggle hukum2 dari ulamak2 lain yang boleh membenarkan fahamannya sebagai platform dia berdiri membenarkan apa yang dia rasa benar..ini berbeza sekali dgn sifat org2 yang mencari kebenaran. Saya yakin Allah akan meletakkan seseorang itu dalam pegangan individu itu sendiri sampai bila2 melainkan individu itu sendiri yang mahu merubahnya..

Tanpa Nama berkata...

"ULARRMAK" kata halal, tetapi Ulama kata haram!

jihad berkata...

assalamualaikum....

Alhamdulillah, saya percaya apa yang diputuskan oleh MAJLIS FATWA KEBANGSAAN yg dianggotai oleh Ulama-ulama dan mufti-mufti berkenaan perkara yang melibatkan maslahan umum umat islam di Malaysia adalah yang terbaik melalui kajian-kajian dan rujukan bersumberkan Alquran dan Hadis. Cukuplah bagi kita umat islam yg kekurangan ilmu agama (perlu dicari lagi) mengambil dan mematuhi apa yang telah diputuskan oleh MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. perlu diselidiki sebenar-benarnya "ulama" yg selalu mengaku lebih "ulama" dari Ulama yg sebenarnya...klu dah ada autority Islam mcm MAJLIS FATWA KEBANGSAAN dah tetapkan sesuatu perkara itu sah dari segi Islam kita terima dari kita percaya kepada "ulama" perseorangan yg membuat "fatwa" sendiri..selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT YG Maha Mengetahui...banyak "ulama" persendirian yg membuat "ketetapan" berdasarkan kepada pemikiran sendiri yg ada bertentangan dengan apa yg telah diputuskan oleh Ijmak Ulama (Majlis Fatwa Kebangsaan)...dikuatiri apa yg diputuskan oleh "ulama" persendirian itu (menghalalkan sesuatu pada pandangan mereka) menjadi "haram" dengan apa yg telah diputuskan Halal oleh Ijmak Ulama. Kembalilah kepada Al Quran dan Hadis yg menjamin kesejahteraan dan keselamatan hidup dunia dan akhirat.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara Jihad,

Kebanyakan "ulamak persendirian" ini MENGHALALKAN atau MENGHARAMKAN apa yang diputuskan oleh MFK? Pada pendapat saya, ramai ulamak persendirian ini tak kisah jika yang halal diharamkan, terutamanya perkara-perkara yang was-was atau samar-samar kerana tiada dalil khusus membolehkannya. Jika saudara berusaha mencari ilmu yang bukannya datang dari satu pihak sahaja, pasti saudara nampak apa yang selalunya diperjuangkan oleh "ulamak persndirian" ini (kecualilah jika sudah buta mata hati), kebanyakan mereka cuba berusaha untuk mencetus kesedaran agar apa yang nampak halal dan sudah diterima sebagai norma-norma kehidupan masyarakat pada hakikat sebenarnya adalah haram.

Dan juga adakah "ulamak persendirian' ini pula hanya kerana tidak ada "title" ustaz atau ulamak, maka ilmunya tidak boleh diterima pakai? Ilmu bagi pemikiran sekular hanya datang dari sekolah, universiti dan sebagainya, iaitu apa yang "official", ada sijil, ada ijazah, ada Phd sedangkan ilmu Allah SW itu juga boleh datang dari pelbagai sumber.

Saya amat khuatir trend masyarakat semasa yang ambil bulat-bulat apa yang diwar-warkan oleh ulamak tajaan kerajaan, sila rujuk hadis yg saya siarkan pada 17 April yang lalu di laman komuniti facebook SD.

Mana yang lebih bijak untuk kita terima, fatwa oleh ulamak tajaan kerajaan sekular (dibayar gaji, elaun dan sebagainya) atau fatwa "ulamak persendirian" yang hanya mahukan pahala dari Allah SW.

Semua fatwa MFK perlu kita ikuti, saya amat setuju, akan tetapi apabila ada "ulamak persendirian" yang lain menyatakan sebaliknya, maka adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menyelidikinya dengan lebih mendalam, bukan terima bulat-bulat dan balik rumah tengok TV, filem, AF, hiburan dan sebagainya.

Saya dah buat "homework" saya dan ianyanya telah banyak saya paparkan dilaman SD ini. Saudara pula bagaimana? Tepuk frontal lobe, tanya iman.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
ebelum ini selepas baca blog ustaz yg terkenal dgn perbankan islam saya ambil keputusan tukar dari insuran ke takaful tapi naluri saya masih x sedap hati.tapi selepas baca blog saudara saya rasa nak cancel terus insuran dan berserah pada Allah takdir saya dan keluarga.apa guna anak2 saya mendapat pampasan or saving saya hasil dari riba yg dikatakan'halal'.kesian anak2 saya dan keturunan saya nanti.Baik RM1000/sebulan duit insuran itu saya guna kearah kebaikan cthnya sedekah.Insyaallah selepas ini saya nak cuba jual rumah saya yg satu lagi dan bayar hutang kad kredit dan lain2.saya dah nekad.Harap saudara juga mendoakan moga Allah permudahkan usaha saya.Saya takut...saya x nak keluarga saya masuk neraka jahanam...

Helmis berkata...

Waalaikumsalam,
Tiada insuran didalam Islam, yang ada hanyalah tolong menolong sesama muslimin tanpa ada orang pertengahan yang mengambil keuntungan dari konsep tolong menolong itu sendiri.

Insuran telah membuatkan manusia tanpa sedar semakin tidak bertanggung jawab, jika Allah SW tidak pernah menganiaya makhluknya maka sudah pasti apa sahaja musibah yang melanda adalah dari tindakan diri sendiri.

Jika ini boleh diterap didalam minda semua manusia maka semua manusia akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan berlandaskan Al Quran dan bukannya hidup tanpa panduan dan menyalahkan orang lain atas musibah yang terjadi.

Serahkan kepada Allah SW dan pada masa yang sama berusaha untuk memberi yang terbaik pada agama dan masyarakat, insyaallah bantuan Allah itu senantiasa bersama makhluknya yang bertaqwa.

Tanpa Nama berkata...

ketukan minda yer.. mari saya ketuk minda anda.. saya terpanggil sbb anda mempertikan ulamak.. kalau bukan pada ulama pada siapa kita nak berharap.. syeikh imran husen tu nak dikategorikan sbgai apa.. org semua pun panggil dia ulamak.. so bukankah ulamak pujaaan anda juga tergolong dlm hujah2 anda itu.. takkan saya nak ikut imran hosen sedang anda menyuruh supaya kita berilmu mcm mereka.. helmis anda juga berpegang pd kata2 beliau jgn jadi bengong ckp tak serupa bikin anda byk ambil ulasan2 beliau.. tolonglah helmis hormatilah mereka2 walau tidak sepndapat pun.. perbuatan anda hnya memecahbelahkan kepercayaan masyarakat pada ulamak akhirnya membwa kebinaasaan.. ketuk kepala kamu didinding helmis.. kamu hnya akan membuatkan masyarakat mnjadi buta terkapai tanpa tongkat lalu mengtakan ULAMAK PUN TAK BETUL... perbezaan pendapat itu tetap ada sedang 4 ulamak silam pun berbeza pendapat.. inikan kontemporari.. ketuk kepala kamu helmis ketuk!! byngkan jika IMRAN HOSEN itu adalah tajaan si dajal utk memecahkan perpaduan umat islam menjadi 3-4 klompok.. bukan saya nak buat fitnah tapi nak ketuk kepala kamu mcm mana kamu cuba ketuk kepala org lain.. selamatkan diri kamu dan keluarga kamu dari tergolong dlm golongan hadis2 akhir zaman.. ketuklah kepala kamu.. kamu sedar kamu juga berurusan dgn bank terima duit.. pastu kamu tidak rela.. adakah golongan yg lain itu rela..??? kamu sedar kamu repair pesawat VIP adakah pesawat itu diguna utk jalan ALLAH atau maksiat.. kamu juga tanggung subahat.. tahu susah utk mendpat 100% yg baik knpa tak berenti kerja shj & meniaga.. itu 100% baik jgn bohong! kamu suruh org lain berpegan pada ayat 1000 dinar tapi kamu sendri tidak beramal padanya.. kamu memang sedang menuju kearah jahanam.. nasihat sya baik kamu bertaubat dan diam itu adalah lebih baik... ikhlas KAB3700i

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara/i KAB3700i yang ikhlas, alhamdulillah kerana menyatakan saya sedang menuju kearah jahanam, insyaallah saya akan cuba memperbaiki diri saya,

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saudara KAB3700i yang ikhlas, saya tidak menyatakan kita tidak boleh lagi mempercayai ulamak, apa yang saya cuba bawakan didalam artikel saya ini adalah supaya rakan-rakan semua lebih berhati-hati sebelum menurut sahaja apa yang dibawakan oleh ulamak-ulamak tersebut. Jika semua ulamak menyatakan sesuatu itu halal, contohnya semua setuju riba' haram, maka bolehlah kita mengikut sahaja, akan tetapi apabila ada yang kata perbankan islam halal sedangkan ada ulamak lain kata ianya haram maka perlulah kita membuat sedikit "homework", dan apa yang saya tulis didalam artikel-artikel saya ini adalah homework yang telah saya lakukan.

Jika saya berniaga dan kemudian barang saya dibeli oleh VIP untuk disogokkan kepada pemerintah yang korup, adakah saya juga berdosa? Apa bezanya saya yang membawa VIP? Adakah pendapatan saya tidak halal? Bagaimana pula engineer pesawat biasa yang mana VIP juga terbang dalam "first class" didalamnya, adakah engineer tersebut juga perlu berhenti kerja dan berniaga? Pesawat yang saya bekerja juga melakukan penerbangan menyelamatkan nyawa "medical evacuation" membawa pesakit-pesakit tenat, salahkan saya bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar pesawat yang saya sediakan terbaik dari segi keselamatannya?

Dalam psikologi, tindakbalas seseorang manusia itu sepatutnya datang dari bahagian otak cortex iaitu bahagian yang berfikir dan sepatutnya ianya berhemah dan melambangkan sifat-sifat kemanusiaan itu sendiri, akan tetapi apabila ianya datang dari otak emosi atau otak reptilia maka maklumbalas yang bersifat kebinatangan akan lebih terserlah.

Dan respons bersifat kebintangan ini selalunya datang apabila sesuatu yang memberikan kesenangan, kegembiraan ataupun sumber makanan tergugat. Dalam artikel yang banyak saya bawakan, banyak kesenangan dunia ini terpaksa ditolah contohnya jika seseorang itu punyai 100k, beliau tidak lagi boleh membeli 10 rumah dengan pendahuluan 10% tetapi perlu membeli sebiji rumah sahaja secara tunai, maka kesenangan sebegini jika tidak dilapik dengan otak yang berfikir (cortex) ianya juga akan mencetuskan respons kebinatangan. Begitu juga jika sumber pendapatan tergugat, pasti juga berkelakuan sedemikian.

Saya tidak tahu apa masaalah saudara dengan artikel-artikel saya ini, dari corak maklumbalas yang saudara berikan apa yang saya boleh rumuskan samada kesenangan dunia atau pendapatan saudara yang tergugat lantas ianya bersifat sedemikian.

Aktifkan lah kembali cortex anda wahai saudara KAB3700i, komen anda ini bukan dibaca oleh saya seorang sahaja malah rakan-rakan yang lain juga, apa yang anda tulis melambangkan keperibadian anda. Harap sifat tersebut tidak saudara belajar dari ulamak pujaan saudara. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

apa maksud kamu dgn menempekkan hadis tersebut adakah saya telah menuduh kamu kafir..?? atau kamu cuba mengkafirkan saya dlm bentuk kiasan??

helmis,

saya islam dan kamu juga islam maka kita ini bersaudara.. dan wajib kita saling nasihat menashati demi kebaikan ummah..


"Saudara KAB3700i yang ikhlas, saya tidak menyatakan kita tidak boleh lagi mempercayai ulamak, apa yang saya cuba bawakan didalam artikel saya ini adalah supaya rakan-rakan semua lebih berhati-hati sebelum menurut sahaja apa yang dibawakan oleh ulamak-ulamak tersebut."

soalan saya adakah kamu berhati2 dlm mengikut ULAMAK..?

saya ada satu soalan dlm permasyalahan hukum.. kamu tau didunia ini telah mengguna pakai 4 jenis mazhab yg berbeza.. mereka itu semua mempunyai dan pendapat masing2 adkah kamu ingin meletakan 1 dari 4 itu betul maka yg lain itu tersilap menjatuh hukum dan dgn ini saper2 pengikut mazhab tersebut akan dihumban dlm neraka kerana mengikut ajaran imam tersebut yg kerana juga tidak berhati2 dlm memilih ULAMAK dan mereka juga silap kerana tidak membuat HOMEWORK utk mencapai satu keputusan yg sama dan betul..?? adakah ini maksud kamu..

"salahkan saya bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar pesawat yang saya sediakan terbaik dari segi keselamatannya?"

saya jwb tidak salah selagi mana kamu benar2 bekerja.. dari soalan kamu tersebut saya juga ingin bertanya soalan yg sama..

"salah ke seorang ulamak bekerja di bank dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar peminjam2 muslim sesaudara dengannya dpt meminjam dan menyimpan dan dlm waktu yg sama mencari ikhtiar supaya peminjam2 tersebut terlepas dari dosa yg terang2 menggunakan sistem riba?" salah ke ikhtiar tersebut..?

"Aktifkan lah kembali cortex anda wahai saudara KAB3700i, komen anda ini bukan dibaca oleh saya seorang sahaja malah rakan-rakan yang lain juga, apa yang anda tulis melambangkan keperibadian anda. Harap sifat tersebut tidak saudara belajar dari ulamak pujaan saudara."

saya kembalikan perkataan tersebut juga pada kamu yg dimana tulisan kamu juga melambangkn keperibadian kamu..

kamu juga wang kertas mcm saya.. kamu juga guna bank mcm saya (tapi saya guna bank islam tak tahulah kamu guna bank apa).. kamu tidak merelakan org lain juga tidak merelakan ULAMAK2 juga tidak merelakan..

ULAMAK ikhtiar mencari jln yg paling selamat dan saya sebagai manusia MARHAEN YG LEMAH yg mengarapkan ULAMAK mencari jln dengan ILMUNYA amatlah menghargai usaha2 mereka, jika mereka tersilap semoga ALLAH mengampun mereka semua dan diri kami diatas kelemahan2 yg ada dlm diri mereka..

tanyalah pada diri kamu apa usaha dan dakwah kamu utk membantu mereka2 yg lemah & memerlukan pertolongan.. ketuklah kepala minda kamu utk berfikir sebelum kamu cuba mengetuk kepala org lain.

saya tau kamu juga ikhlas cuba membantu masyarakat tetapi jgn lah smpai merasakan apa yg kita bawa itu sentiasa betul maka org lain itu tersilap..

utk difikirkan, kekadang ada satu soalan tetapi memiliki berbagai jawapn boleh diterima pakai..

semoga Allah membantu kita semua mendapat jalan yg baik..

ikhlas KAB3700i

Helmis berkata...

Bro KAB3700i yang ikhlas,

Apa pulak masaalah saudara jika saya mengikut Sheikh Imran? Nampaknya dendam kesumat saudara ni terhadap Sheikh Imran dan juga saya sebagai seorang yang mengikut nasihat dan ajaran beliau amat hebat sekali.

Bro, dalam internet ni sesiapa pun bebas memberikan pendapat, lainlah kalau Bro ni agen kerajaan yang korup yang mana website yang menyokong mereka sahaja yang dibenarkan. Saya mengajak rakan-rakan pembaca berfikir dan bukan mengikut sahaja apa yang saya tulis disini. Kalau tak setuju kan leh klik je ke website lain, buat apa nak buang masa dan tenaga saudara yang amat tehad itu.

Kalau Bro mahu memperjuangkan perbankan Islam dan ulamak perbankan Islam pujaan saudara, buatlah blog dan promotekan idea saudara, janganlan nak baling batu sembunyi tangan dengan berselindung disebalik Tanpa Nama. Tulislah artikel yang bernas agar boleh memberi manafaat kepada insan lain.

Walaubagaimanapun terimakasih atas teguran, alhamdulillah saudara pun nampaknya dah mula menggunakan "cortex" saudara berbanding komen sebelum ini, moga diberkati Allah selalu, wassalam

Tanpa Nama berkata...

helmis..

"Apa pulak masaalah saudara jika saya mengikut Sheikh Imran? Nampaknya dendam kesumat saudara ni terhadap Sheikh Imran dan juga saya sebagai seorang yang mengikut nasihat dan ajaran beliau amat hebat sekali"

sejak bila saya berdendam dgn beliau & anda..? adakah kamu rasakan begitu.. cuba baca balik tulisan saya adakah saya ini seorang yg pedendam mahukan kehancuran..

jgnlah kamu berburuk sangka dgn saya sdg saya pohon kpd menghormati sesama manusia jgn sampai ketahap menghina atau merendahkan org lain..

saya juga mengikti ceramah sheik imran.. tapi saya tidak tak sub kpd beliau., saya hormati pandangan beliau byk juga yg membuka minda.. bukan beliau shj.. ahmad deedat.. zaharuddin.. ustat haron dan hasan din lebih lagi ditnyalah ustat tv9.. dan ramai lagi ustat tempatan bahkan yg antarabangsa.. apa yg saya pinta hormatilah pendapat org lain itu shaja..

jikalau anda terasa tercabar jika org lain pertikai kewibawaan awak sbg seorang engineer.. samalah juga org lain juga akan rasa tercabar.. kita ini manusia.. mempunyai sifat masing2.. kelemahan dan kelbihan masing..

saya tidak akan menyebuk urusan awak jika kamu tidak menulis artikel sedemikian rupa.. bukankah kita sesaudara wajib saling nasihat menasihati.. jika ada pertelingkahan antara 2 saudar wajib juga kita ikhtiarkan utk mendamaikan 2 pihak.. saling maaf meaafkan itu adalalh lebih baik..

saya sedih sbgai umat islam.. sedang saya berdoa semoga umat islam bersatu menjadi ummah yg kuat ttp dlm waktu yg sama umat islam itu juga sendiri yg suka memecah belahkan perpaduan tersebut hnya kerana islam tak islamnya bank tersebut..

tolonglah helmis.. anggap shjlah bank islam ini adalah manusia yg beragama islam.. mereka ada iman tapi rapuh kerada utk meredah arus bukanlah satu perkara yg mudah..

samalah juga kita sbgai manusia segagah mana keimanan & ketaqwaan kita pada Allah SWT kekadang tewas juga dihanyut ombak.. tetapi berhak kita mengelar mereka itu bukan islam atau kafir..

jika kita bertemu dgn org iman yg rapuh dan kita sbgai saudaranya selalunya kita hina mereka atau kita bimbing mereka..?? kamu fikirlah sendri..

terus terang saya cakap pada kamu saya tidak menyebelahi mana2 pihak tetapi saya menghormati mereka selaku org yg diamanahkan.. yg lain saya serah pada Allah..

keutamman saya kini adalah utk menyatukan umat islam dan berdakwah menyebarkan ajaran islam bukan mencari salah/benar sipolan atau sipolan.. bukan masanya lagi kita utk mencari salah seseorang sbb saya punya kesalahan sendiri pun tidak terpikul tanggungnya.. so harap kamu fahamlah maksud intipatti tulisan saya..

jgnlah kita besengketa sesama kita hnya kerana perbezaan pendapat lalu akhirya nnti ALLAH juga akan tnya semula pada kita balik nnti diakhirat kelak..

maafkan saya jika ini semua mengganggu diri awak.. tetapi saya buat ini semua semata2 kerana ALLAH tidak suka pada perpecahan saudara..

selamat berjaya saudara semoga Allah permudahkan urusan kebaikan kamu..

ikhlas KAB3700i

Helmis berkata...

Bro, apa yang saya tulis adalah pendapat saya berdasarkan kajian ramai pakar, bukan Sheikh Imran sahaja dan bukan dalam bidang ekonomi islam sahaja, meliputi fizik dan juga psikologi. Saudara tak setuju, saya respek saudara, tetapi janganlah senang-senang je memberitahu suruh hantuk kepala la, ke pergi jahanamlah.

Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, tak setuju, klik website lain. Ini kan dunia maya saudara, sesiapa pun boleh memberi pendapat, janganlah kerana apa yang saya utarakan disini tidak sesuai dengan kefahaman saudara, diri saya ini di caci sedemikian rupa.

"..anggap shjlah bank islam ini adalah manusia yg beragama islam.."? Maaf saudara, saya tidak biasa beranggap-anggap ni, saya kaji dan selidik, bukan menurut sahaja apa yang disogok. maaf saya tidak boleh menurut saranan saudara dan telah tetap pendirian saya, dan saya tahu saya tidak berseorangan.

Sila hadiri persidangan riba' sedunia akan datang pada hujung bulan Julai nanti agar saudara boleh melihat dunia perbankan islam ini dari sudut yang berbeza. Sila lawati www.worldribaconference.org

Jika benar niat saudara untuk menyatukan umat, buktikanlah dengan berhemah, buatlah blog, tulislah artikel yang memberi manafaat kepada insan lain, buat ceramah, kenalkan kepada umum siapa diri anda dan bukannya dengan memberi komen-komen "kurang cerdik" sambil berselindung disebalik nama samaran.

Semoga Allah SW juga mempermudahkan urusan kamu... Wassalam

Tanpa Nama berkata...

helmis,

maaf kalau tulisan saya terkasar bahasanya.. bukan niat menyruh kamu menghantuk kepala diding tetapi saya tersentak pabila saudara saya cuba mempertikaikan ulamak cuba teliti balik tulisan2 anda.. maka adalah tanggungjwb saya mencuba sebaik mungkin supaya keadaan ini tidak berkesinambungan kuatir org yg marhaen turut sama merendahkan ulamk sedang mereka tidak tahu siapa org itu sebnar2nya.. ini bukan masaalah setuju atau tidak tetapi fikirlah juga terhadap org2 islam yg tidak matang ttg keislamanya spt bertudung tetapi nampak betis.

sudah tertunai tanggungjwb saya.. yg lain saya serah pada urusan Allah..

maaf saya tidak dpt hadir ke majlis tersebut tetapi inysallah saya akan pergi..

maaf saya tidak pandai dan punyai masa utk buat blog..

maaf juga saya bukan seorang yg berkelayakan atau berkemampuan utk memberi ceramah atau membuat tulisan2 isu2 semasa atau agama kerana saya khuatir ilmu saya yg kurang akan menjerumus org lain ke lembah yg lebih hina..

semoga saudara menjadi golongan2 org yg dipelihara oleh Allah swt.. wassalam

+AnamuSafir+ berkata...

assalamualaikum.

hurm bertubi-tubi berbalas komen antara tuan blog dan pengomen tanpa nama...

last but not least, ambil yg jernih buang yang keruh...

semua org melakukan kesilapan, dan kite ada hak untuk memperbaikinya..

perbezaan pendapat dan pandangan jadi bertukar menjadi permusuhan.. yang penting mewujudkan persefahaman dan lapangkan hati..

:)

"berkata benar itu memang pahit"

selamat meneruskan pejuangan tuan blog! :)

Tanpa Nama berkata...

Salam, pohon kongsi pendapat...

"...This is what happens when the rich elite MONEY BANKERS try to tell 98% of the human race we are in debt and there is no more money... The human race says "NO"!!! We are not in debt!!! Stop lying to us and our children...."

http://www.youtube.com/watch?v=fNLVMXTBTQs
http://www.youtube.com/watch?v=jYknumx-UFc
http://www.youtube.com/watch?v=hDgfYGo3huQ
http://www.youtube.com/watch?v=mce40ViIalM
http://www.youtube.com/watch?v=Y5Fl63FjmZM




Adakah ulama perbankan dapat melihat apakah kesudahan sistem perbankan dan kewangan hari ini? Tidak, "...mereka pekak, bisu dan buta....". Mereka malahan tidak dapat melihat telah berputik peperangan daripada Allah dan RasulNya (2:279) (termasuk peperangan daripada alam dan seluruh makhluk Allah swt, gempa bumi etc)

"...Mereka itulah orang-orang yang MEMBELI kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung PERNIAGAAN mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. Perbandingan hal mereka samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat. Mereka PEKAK, BISU DAN BUTA; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali..." (2:16-18)

Daripada Ali bin Abi Tholib r.a. berkata : “Telah bersabda Rasullullah s.a.w. : Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. MASJID-MASJID MEREKA TERSERGAM INDAH, tetapi kosong daripada hidayah. ULAMA MEREK ADALAH SEJAHAT-JAHAT MAKHLUK yang ada di bawah kolong langit. Dari mereka berpunca fitnah (perdayaan), dan kepada mereka fitnah (perdayaan) itu akan kembali.”; http://pentastholibin.blogspot.com/2011/05/hadith-ke-32.html




Apakah maksud sejahat-jahat perkara/makhluk mengikut ukuran Al-Quran?

"...Sejahat-jahat perkara ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah..." (2:90)

"...Sesungguhnya sejahat-jahat yang melata di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir. Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman..." (8:55)

"...Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)..." (8:22)




Adakah yang mahu beriman? AMATLAH SEDIKIT..... maka amatlah sedikit yang akan selamat.

"...Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) AMATLAH SEDIKIT kamu mengambil peringatan..." (69:41-42)

"...Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, AMATLAH SEDIKIT kamu bersyukur..." (67:23) (32:9) (23:78)

"...setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka AMATLAH SEDIKIT..." (38:24)

"...Katakanlah kepada mereka: “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; AMATLAH SEDIKIT kamu mengambil peringatan” (7:3)

dan sepertimana yang diulang-ulang di dalam Al-Quran... "AMATLAH SEDIKIT".... seorang dalam setiap seribu.

mv

Tanpa Nama berkata...

Persoalan lainnya, adakah pernyataan "kalau tak berhutang macam mana nak beli rumah? kereta?" termasuk di dalam maksud "mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran"? (2:90) Tidak mahu beriman? (8:55)

Bukankah jawapan yang biasa kita dengar hari ini telah dijawab melalui surah (2:90)?

PERJUANGAN masing-masing untuk "...membeli kesenangan dirinya sendiri...", dan secara "...mengingkari Al-Quran..."?

mmm... andaikata sahabat hidup di zaman ini, mungkin mereka mendapati hampir semuanya kafir dan munafik, dan andaikata kita ke zaman sahabat, mungkin kita pula mengatakan hampir semuanya gila-gila belaka...

Mana mungkin kita boleh menerima seorang pemimpin yang memilih untuk hidup miskin, rumah sekadar muat untuk tidur, dan berlapar sehingga mengikat perutnya dengan berketul-ketul batu? (malahan Rasulullah SAW sendiri mengikat perutnya dengan 3 ketul batu kerana hendak menahan kelaparan). Selamat berusaha.

adam berkata...

terima kasih kerana telah menemukan saya dengan imran hossein...sy baru sahaja ingin membeli rumah dengan pinjaman islamik yang dikatakan tiada unsur riba sama skali tapi dah cancel lepas tgk imran hossein.sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...cuma kita jer yang tak ambil tau dan menerima bulat2 kata2 sesetengah ulama tv dan tertipu dengan nama2 murabahah ,al baith bitaman ajil dll.kalau di beri nama sistem pinjaman mughalazah pun mesti ramai yang pinjam sebab bunyinya arab dan ulamak tv kata boleh...dalam bab poco2 pun yg ni kata boleh yang ni kata tak boleh.yang kata haram poco2 tu boleh pulak suruh tukar ke tarian lain zapin ke joget.habis kalau menari zapin dedah aurat dan dan bentuk tubuh bercampur lelaki perempuan kat padang tak haram ker?sabda nabi saw,ikutlah segala pesanan ulama selagi mana dia tidak mengekori pemimpin,bila dia mengekori pemimpin maka berhati2lah dengan urusan agama kamu.terima kasih sekali lagi saudara helmi...assalamualaikum-rizodecor@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Beruntunglah orang2 yang tidak terjebak dalam sistem Ini. Saya sangat menyesali kekhilafan diri yang lalai dengan tipu daya dunia! Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya atas kekhilafan menjebakkan diri dalam sistem riba ini! Yang lebih penting sekarang adalah untuk membebaskan diri saya daripada sistem ini selagi hayat masih ada!

Shah Rizar berkata...

ulamak ada dua jenis.. first ulamak original dan yg satu lagi ulamak yg seperti anjing berkaki dua.. iaitu yg menjual ayat2 allah hanya demi sesuap nasi.. org bagi makan pun jelir lidah tak bagi pun jelir lidah gak..

Tanpa Nama berkata...

Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik. Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman: “Ikutlah jalan ugama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)”. Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta. Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu. (Quran 29:11-13)

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,
Terimakasih untuk rujukan ayat diatas, ya memang yang mengajak kita berbuat dosa itu akan menanggung dosa kita akan tetapi macam saya nyatakan didalam perenggan pertama artikel saya ini "adakah kita akan tersengih sahaja memandang mereka dari syurga? Jawapannya tidak kerana dua kali ganda balasan untuk mereka, sekali ganda tetap juga akan kita terima balasannya.

Apa yang saya harapkan agar rakan-rakan kaji sesetengah pendapat ulamak itu sebelum mengikutnya membuta tuli. Jika ada percanggahan pendapat, ada yag kata halal dan ada yang kata haram (rujukan perlu juga kepada ulamak yang tak masuk RTM, TV3 atau TV9), maka eloklah kita mengambil yang paling selamat iaitu yang mengharamkannya. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Wahai Saudaraku KAB3700i,

Kalau anda seorang Islam yang ingin menegakkan kebenaran, mari kita berdebat secara berdepan. Tetapkan tarikh, masa, dan tempat. Tidak perlu bercakap kosong dalam ulasan blog atau erti kata lainnya tidak mendatangkan manfaat & membuang masa dalam alam maya ciptaan manusia ni.


Ikhlas daripada,
Bekas Penuntut
Tafsir, Hadis dan Mantiq,
Universiti Darul Ulum Deoband, India.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Sekarang saya faham kenapa bank islam sama je macam bank riba.
Bank adalah institusi yang diwujudkan. Pada nama saja sudah boleh tahu iaitu “BANK”. Bila sebut bank memang urusniaganya melibatkan riba yang terkutuk tu. Jadi mustahil boleh sebut bank islam.

Untul lebih faham cuba lihat “DISKO”. Bila sebut disko kita faham bahawa ia tempat maksiat. Kita tak boleh wujudkan disko islam. Pengisiannya disko yang mengalunkan lagu-lagu agama untuk hiburan?? Sekarang anda nampak apa yang saya nampak.

Cuba lihat “BAR”. Bila sebut bar kita tahu tempat minum arak. Kita tak boleh wujudkan bar islam. Pengisiannya bar untuk orang islam habiskan masa minum minuman bukan arak? Sekarang anda nampak.

Cuba lihat “RUMAH PELACURAN”. Bila sebut rumah pelacuran kita tahu tempat maksiat. Jadi bolehkah kita adakan rumah pelacuran islam? Pengisiannya menyediakan wanita halall??

Cuba lihat “KELAB MALAM”. Bila sebut kelab malam kita tahu tempat maksiat. Bolehkah adakah kelab malam islam? Pengisiannya hiburan malam sampai pagi dengan lagu halal??

Cuba lihat “KASINO”. Bila sebut kasino kita tahu tempat judi maksiat. Bolehkah adakan kasino islam. Pengisiannya mencuba nasib secara hala??

pada pandangan saya Bank tidak mampu menjadi suatu yang halal. BANK adalah institusi riba. BANK adalah isnstitusi memberi pinjaman. Urusniaga bank adalah bagi pinjam, meminjam, bagi hutang, bagi kredit dan mengenakan riba (faedah, interest, usury, bunga etc yang sewaktu dengannya). BANK TEMPAT BUKAN URUSAN JUAL BELI > Jadi mewujudkan bank islam adalah pembohongan besar.

gulichester berkata...

:'( sohih tapi masih ramai yang menidakkannya....saya pun dah terjebak dalam riba ini dan saya harap saya dapat melangsaikannya secepat mungkin sebelum ajal menjemput....ayah saya tak kisah pun bab riba ini dia siap boleh cakap yang tak apa, zaman sekarang memang semua orang tak boleh elak..semua kena berhutang...sebenarnya itulah yang golongan elit mahu kita fikirkan...iaitu semua kena patuh dengan sistem mereka....biarlah terpaksa naik motor je ketempat kerja sekalipun daripada naik kereta selesa tapi hasil dari pinjaman riba baik tak payah...sesungguhnya dunia ini benar2 penjara bagi orang yang beriman...doakan saya dapat melepaskan diri dari "rantai2" ini...:'( :'( :'(

Helmis berkata...

Saudara gulichester, syukur kepada Allah SW kerana telah diberikan hati yang boleh melihat apa yang tidak kelihatan oleh manusia kebanyakan. Berusahalah sebaik dan sedaya mungkin untuk hidup bebas riba seadanya. Insyaallah anda akan lihat keberkatan "hidup didalam penjara" itu nanti.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Sejarah bank bermula di Eropah. Pemberi pinjaman wang mengenakan usury (riba) sebagai satu perniagaan. Pemberi pinjaman wang yang berjaya seperti keluarga Medici dan Lombard di Itali. Tempat perniagaan mereka menggunakan meja yang disebut "BANCA". Akhirnya menamakan tempat perniagaan mereka sebagai "BANK". Perkataan "BANK" merujuk kepada MEJA tempat mereka berniaga.
Kesimpulan (i) adalah jelas "BANK" berasal dari orang kafir. (ii) "BANK" adalah aktiviti memberi pinjaman wang dengan riba. (iii) "BANK" tidak patut dikaitkan dengan ISLAM.

abang kuat berkata...

Assalamualaikum en Helmi. Alhamdulillah setelah sekian lama saya mencari dan mengkaji mengenai status perbankan Islam ni, akhirnya saya jumpa jua satu blog yg menerangkan secara ringkas tetapi padat yg dapat memberikan kefahaman yg cukup mendalam tentang perbankan Islamik yang kononnya HALAL ini....

Sebab sewaktu saya masih lg seorg siswa, saya ada ambil subjek Islamic Banking and Finance dan sy lihat Islamic Banking ni lagi membebankan dr sistem bank konvensional.. Terima kasih atas penjelasan yg en Helmi telah berikan.. So mmg kene ikut sunnah Rasulullah dlm menjalani gaya hidup yg bebas hutang dan juga riba'. Insya Allah. Semoga kebangkitan khalifah satu hari nnt dapat menghapuskan sistem perbankan Dajjal ini.. Aminnn~

Hafiz berkata...

Assalamualaikum,
Berkat bulan ramadhan ni, saya dipertemukan dengan blog saudara, dan ianya sangat2 jauh dari pandangan saya sebelumnya. Dalil dan fakta membuka hati dan mata saya dengan kehidupan dunia sekarang.

Saya berazam untuk menghabiskan semua hutang piutang berkaitan bank, islamic mahupon conventional sebelum akhir hayat.
Sekian, syukran jazakallah.

Tanpa Nama berkata...

As_salam.Janganlah_terasa.Orang_Melayu_memang_suka_berhutang._Hujahlah_lah_macamana_pun.

Tanpa Nama berkata...

Assalam.Orang_Melayu_suka_hutang.

Muhammad berkata...

As_salam..

Saudara Hafiz dan Gulichester, saya sependapat dengan anda.. dan saya juga berkeadaan demikian

Terima kasih kepada Sdr Helmis dgn blog ni..banyak memberi kesedaran dan ketukan minda. Semoga kita ketemui jalan yang diredai Nya dan berusaha kearah itu.



Kadang kadang kita lemah dengan kemahuan dan kehendak duniawi..

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas