Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2013

E-Book Larangan Riba DiDalam Al Quran Dan Sunnah

Abu Huraira telah berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda: Riba terdiri dari tujuh puluh jenis yang berbeza dan yang paling kurang bahayanya adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini (iaitu melakukan hubungan jenis) dengan ibunya sendiri.
(Ibn Majah, Baihaqi)
Alhamdulillah setelah beberapa bulan menumpukan masa, akhirnya siaplah sudah terjemahan buku Larangan Riba DiDalam Al Quran Dan Sunnah karangan asal oleh Sheikh Imran Hosein. Semasa saya di Malaysia minggu lepas, sempat saya menghubungi beliau dan meminta kebenaran untuk memuat naikan e-book terjemahan buku beliau ini untuk bacaan para pembaca sekalian. Sambil membaca dan menterjemah, banyak ilmu bermanafaat yang saya perolehi darinya yang mana telah menguatkan lagi semangat saya untuk cuba menyiapkannya dengan seberapa segera yang mungkin walaupun mempunyai banyak komitmen-komitmen lain. Alhamdulillah. Pada pendapat saya ini adalah buku paling penting dan perlu dibaca oleh setiap umat Islam yang mahu mendalami ilmu berkenaan riba.
Abdullah Ibn Hanzala telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Satu dirham (syiling perak) riba, yang mana diterima oleh seseorang sedangkan dia mengetahui (ianya adalah riba), adalah lebih buruk dari melakukan zina sebanyak tiga puluh enam kali.
(Ahmad)
Sheikh Imran juga telah memberitahu bahawa buku terjemahan ini juga didalam proses percetakan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi. Jika ingin membeli secara terus dari Sheikh, selalulah melawat laman web beliau untuk jadual ceramah terkini beliau dimana buku-buku beliau ada dijual selepas selesai ceramah beliau.



Pesuruh Allah SW menyumpah lelaki yang mengambil (iaitu memakan) riba, yang memberi (iaitu membayar) riba, yang merekodkan transaksi tersebut, dan dua saksi keatasnya. Baginda bersabda: Kesemua mereka sama sahaja bersalah.
(Muslim)
Gaya penulisan Sheikh Imran agak sukar untuk di"melayu"kan secara langsung yang mana jika dilakukan ianya akan membuatkan gaya bahasa menjadi kurang sesuai lantas agar sukar untuk pemahaman. Atas sebab itu saya telah mengubah sedikit gaya bahasa beliau tanpa cuba mengubah maknanya sebaik mungkin agar intipati sebenar akan larangan riba itu dapat disampaikan kepada para pembaca sekalian. Disini juga saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terdapat kesalahan-kesalahan didalam terjemahan saya itu. Harap dapat dimaklumkan kepada saya agar pembetulan dapat dilakukan pada e-book dan juga untuk cetakan kedua buku Larangan Riba versi bahasa ini nanti.

Sila klik pautan ini Larangan Riba DiDalam Al Quran & Sunnah dimana anda kemudiannya akan dibawa ke laman Google Drive untuk membaca e-book ini. Untuk memuat turun, klik pada tab "File" dibelah atas kiri dan klik pada "Download" untuk memuat turun e-book ini.

Semoga mendapat manafaat.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 9 Mac 2011

Ulamak Dah Kata Halal, Dia Yang Tanggung Dosa, Ikut Sajalah...

Kebanyakan kita lazimnya menyerahkan bab halal dan haram ini kepada ahli agama kerana pada pendapat kita (termasuk saya semasa zaman jahil dahulu) mereka akan menanggung dosa-dosa kita semua yang melakukannya. Sebab itu terdapat beberapa komen dari rakan-rakan baik didalam laman blog ini mahupun pada beberapa video yang saya muatnaikkan di youtube yang mengatakan "Ulamak dah kata halal, ikut je lah, mereka yang menanggung dosanya nanti". Persoalannya, adakah apabila kita mengikut membuta tuli sahaja apa yang dikatakan oleh ulamak itu nanti contohnya menghalalkan apa yang haram, adakah benar diakhirat kelak kita akan hanya tersengih sahaja dari syurga melihat mereka diseksa kerana menanggung dosa-dosa yang telah kita lakukan kerana mengikut nasihat dan ajaran mereka?

Alhamdulillah, sebab itu saya amat menggalakkan rakan-rakan untuk membaca terjemahan Al-Quran kerana apabila saya membacanya, terjumpa beberapa ayat yang menggambarkan keadaan sebenar umat manusia yang mengikut membuta tuli apa yang diajar oleh para ulamak-ulamak mereka yang mereka sangkakan benar tetapi sebaliknya telah membawa mereka kepada kesesatan.
Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.

Saya telah menemui 3 ayat didalam Al-Quran dengan menggunakan kata kunci "ganda" dalam carian menerusi laman searchtruth.com, disini saya copy & paste terjemahan ayat Al Quran tersebut untuk bacaan rakan-rakan.

Ayat yang pertama dari surah Al-Araf 7:38, saya sertakan sekali beberapa ayat sebelumnya agar rakan-rakan dapat memahami konteks sebenar ayat tersebut;


35 Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
36 Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
37 Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.
38 Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.
Ayat dkedua pula dari Surah Al-Ahzab 33:68;
66 Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67 Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
68 Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!
Jika kita fahami ayat-ayat dari dua surah diatas, kisah yang kita dapati adalah berkenaan dengan orang kafir yang mengikut pemimpin dan ahli agama mereka yang telah menyesatkan mereka dengan mengambil selain dari Allah SW sebagi tuhan mereka, barangkali ada rakan-rakan akan berkata,"Tak mengapalah, aku selalu solat, ucap dua kalimah syahadah, aku orang Islam jadi tak perlu risau mengikut pemimpin atau ulamak sekarang ini kerana mereka juga tidak menyembah selain dari Allah SW". Bagi rakan-rakan yang berpendirian sedemikian, sila baca ayat dibawah ini. 


Ayat ketiga dari Surah Sad 38:61;
48 Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail dan Nabi Ilyasak, serta Nabi Zulkifli dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.
49 (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka) dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak),
50 Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
51 (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
52 Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
53 Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
54 Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis;
55 Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertakwa) dan bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali,
56 Iaitu Neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahannam;
57 Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);
58 Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.
59 (Penjaga Neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu. (Ketua-ketua itu berkata): Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka.
60 Pengikut-pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan.
61 Mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam Neraka.
62 Dan penduduk Neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?
63 Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?
64 Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk Neraka sesama sendiri.
Didalam ayat 59, penghuni neraka bukanlah hanya setakat orang kafir sahaja tetapi juga termasuk penderhaka, penderhaka adalah mereka yang tidak taat atau khianat terhadap Allah SW dengan melakukan perkara yang dilarang. Didalam ayat-ayat diatas juga menceritakan salah satu ari ciri-ciri manusia yang akan dimasukkan kedalam syurga iaitu bertakwa, apa pula maksud bertakwa tersebut? Saya sertakan kisah ringkas ini dari laman mindasuper Dr. Danial.

Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.

Jadi persoalannya adalah, adakah jika kita mengikut sahaja para ulamak yang beriya-iya mengatakan sesuatu itu halal sedangkan sesuatu itu haram maka kita tidak akan dimasukkan kedalam neraka? Nampaknya dari ayat-ayat diatas kita juga akan tergolong didalam neraka bersama mereka, cuma bezanya ulamak atau pemimpin tersebut akan menerima balasan berganda dari kita yang mengikutnya. Jadi amatlah perlu untuk kita lebih berhati-hati, lebih bertakwa dengan berhati-hati didalam hidup agar tidak terjebak secara sedar ataupun tidak sedar terjebak dengan perkara yang haram.

Disini saya mengajak rakan-rakan merenung kembali sedalam-dalamnya adakah kita boleh membiarkan perkara halal haram ini 100% terletak kepada ulamak semata-mata? Bagaimana jika ulamak itu membuat kesilapan? Bukankah mereka juga manusia biasa? Diakhirat kelak, walaupun ulamak dah kata halal, dia yang menanggung dosa dan kita hanya mengikut sahaja, ini tidak bermakna kita hanya akan memandang mereka dari syurga dan ketawa hahaha... rasakan dosa-dosa aku yang telah engkau sanggup tanggung didunia dahulu, kita pun sama-sama akan diseksa bersama mereka. 

Jadi apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus bersama mereka? Jalan terbaik adalah untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah SW dengan lebih beramal-soleh dan berusaha menyemai diri dengan budaya ilmu dan perlahan-lahan mengurangkan budaya hiburan yang selama ini menyelimuti pemikiran manusia, membuat manusia malas berfikir, melenakan frontal lobe dan apabila tiba permasaalahan yang memerlukan otak untuk berfikir, manusia tidak mampu melakukannya dan menyerahkan bulat-bulat kepada ulamak untuk memikirkan untuk mereka.

Didalam kehidupan moden akhir zaman ini yang mana wang ringgit, kedudukan, pangkat dan nama lebih diutamakan dari pahala dari Allah SW, amat sukar untuk kita mengukur keikhlasan seseorang ulamak itu dalam memberikan fatwa. Lihat pada bab riba' pun cukuplah. Kebanyakan yang menyokong, mengiyakan dan menghalalkan kebanyakannya adalah mereka yang mendapat habuan didunia baik dari gaji atau elaun yang dibayar sebagai penasihat ataupun pangkat atau populariti yang dinikmati. Begitu juga dengan mereka (pengguna) yang menyokong sistem tersebut, kerana apa? Kerana mereka juga mendapat nikmat dunia dari "pembiayaaan" yang mereka nikmati itu.

Di Pakistan pada tahun 2009, sebanyak 31 ulamak tersohor mereka bersepakat menyatakan perbankan yang melabelkan institusi mereka Islamik sebenarnya adalah haram, malah mereka telah mengeluarkan fatwa dan menyeru kepada seluruh umat islam untuk menjauhinya. Agaknya adakah ulamak-ulamak kita akan berbuat demikian? Insyaallah suatu hari nanti apabila ulamak yang benar-benar "nawaitu"nya lillahitaala dilantik oleh pemimpin yang adil dan benar-benar prihatin kepada rakyat yang memerintah.

Perlu diingatkan bahawa sistem perbankan adalah salah satu penyumbang kepada pendapatan kerajaan, maka dari bunga, faedah atau riba' yang dikenakan kepada rakyat, ianya juga adalah cukai secara tak langsung kepada titik peluh rakyat yang penat lelah bekerja. Jika riba' diharamkan, keuntungan bank akan kurang dan cukai pun kurang, apabila cukai kurang, tidak cukuplah perbelanjaan kerajaan untuk memastikan mereka terus memerintah menerusi politik wang, begitu juga dengan projek mewah yang mana kebanyakan wang cukai rakyat itu tadi masuk kepoket-poket mereka secara tidak langsung. Sebab itulah ulamak-ulamak yang menentang sistem perbankan ini tidak langsung keluar di kaca-kaca TV, dan apabila Tv adalah alat pemukau yang utama, sudah pastikan rakyat rata-rata umpama "zombie" yang mengikut sahaja apa yang diucapkan oleh alamak-alamak ulamak-ulamak itu tadi.

Masanya telah tiba untuk sedar, bukan sahaja sedari diri yang celik hiburan dan buta ilmu malah sedar dari penindasan oleh pemerintah yang zalim ini. Mereka yang berkuasa tidak akan mahu melepaskan kuasa mereka kerana mereka telah terlalu ketagih terhadap "dadah" dari nikmat berkuasa tersebut. Mereka akan lakukan apa sahaja termasuklah menghalalkan apa yang haram dengan meletak ulamak yang sejiwa dengan mereka untuk tujuan itu. Lihatlah Gaddafi sebagai contoh yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri hanya kerana ingin kekal berkuasa, tiada bezanya pemimpin kita hari ini, bezanya mereka membunuh rakyat secara senyap, bagaimana? Apabila kemiskinan semakin teruk, rakyat akan berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkan wang (merompak), kalau tak bunuh pun, menipu, rasuah, melacur dan pelbagai lagi penyakit sosial. 

Kembalilah kepada budaya ilmu, baik dari ilmu agama dengan membaca terjemahan Al-Quran, tafsir dan sebagainya hinggalah kepada ilmu dunia yang lain agar kita akan lebih punyai jaringan neuron diotak yang akan membantu frontal lobe untuk membuat penilaian, dalam pada masa yang sama budaya hiburan baik TV, filem, musik dan kegilaan terhadap sukan juga patutlah dikurangkan agar frontal lobe kembali segar dan membantu untuk berfikir, menganalisa dan insyaallah dengan berkat dekatnya diri kepada Allah SW dengan ilmu, akan Allah SW berikan "nur" iaitu cahaya untuk kita melihat jalan sebenar kehidupan didunia ini.

Bagi yang masih mahu mengikut sahaja para ulamak, tepuk frontal lobe tanya iman dan tanya diri sendiri adakah anda mahu bersama mereka (ulamak) diakhirat kelak jika kita mengikut perkara haram yang mereka halalkan. Saya tidak mahu, sebab itu saya membuat kajian sendiri menerusi bacaan, mendengar ceramah hinggalah menghadiri persidangan berkenaan hal-hal tersebut dan kemudiannya berkongsi dengan rakan-rakan disini. Anda pula bagaimana?


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 27 Januari 2011

Kempen Satu Rumah Satu Terjemahan Al Quran

Katakanlah anda telah membeli sebuah telefon bimbit model baru dengan harga yang murah (phone AP), akan tetapi sebelum anda boleh menggunakannya anda terpaksa membuat pelbagai tetapan (setting) sendiri, anda membuka manual tersebut untuk mengikut arahan untuk melakukan tetapan akan tetapi anda dapati tiada arahan didalam bahasa malaysia, amat malang sekali arahan didalam bahasa inggeris pun tidak ada. Yang ada hanyalah arahan didalam bahasa asing yang anda tidak fahami. Agaknya dapatkah anda dapat terus mula menggunakan telefon bimbit tersebut? Dapatkah juga agaknya anda gunakan telefon tersebut secara maksimanya iaitu menggunakan segala fungsi-fungsi terkini dan istimewanya?

Anda begitu mengikuti satu siri asing ditv, satu siri percintaan, disebabkan terdapat sarikata disediakan anda dapat mengikuti siri tersebut dengan penuh perasaan hinggakan anda acapkali menitiskan airmata apabila menontonnya. Katakanlah tiba-tiba satu hari stesen tv yang menyiarkan siri tersebut lupa untuk menyediakan sarikata didalam bahasa malaysia, agak-agaknya dapatkah anda mengikuti siri tersebut dengan penuh perasaan, dapatkah anda memahami apa yang dituturkan oleh hero dan heroinnya. Dapatkah anda beremosi sama ketika siri tersebut disiarkan dengan sarikata?




Katakanlah anda ditugaskan keluar negara kesatu tempat asing yang mana bahasa mereka tidak anda fahami, apabila tiba disana masaalah pertama apabila anda terpaksa bersoal jawab dengan pegawai imigresen disana untuk apakah tujuan anda memasuki negara mereka. Keluar sahaja dari terminal masaalah baru pula melanda apabila anda menghadapi kesukaran memberitahu pemandu teksi hotel yang anda harus tujui. Begitu juga apabila mula bekerja dan merasakan kesukaran untuk menjalankan tugas anda dengan berkesan disebabkan anda tidak memahami bahasa pertuturan mereka.

Katakankah penceramah motivasi terkenal Tony Robbin datang memberi ceramah diibu negara dan anda mendapat tiket percuma untuk menghadirinya. Anda begitu teruja untuk menghadirinya lebih-lebih lagi mengetahui bagaimana hebatnya beliau mengubah hidup beribu-ribu manusia yang mendengar ceramah beliau. Masaalahnya anda tidak fasih berbahasa enggeris. Apabila anda mendengar ceramah beliau, dengan loghat Amerika yang kuat dan juga butir percakapan yang pantas, apa yang anda dapat bukanlah motivasi sebaliknya kekecewaan.

Keempat-empat anologi diatas adalah sedikit dari pelbagai lagi anologi-anologi lain yang boleh diberikan untuk menunjukkan betapa pentingnya pemahaman didalam komunikasi sesama insan. Dari empat cerita yang saya berikan tadi, keupayaan untuk memahami dan juga bertutur bahasa asing akan membantu kita menjadi insan yang lebih produktif, cemerlang dan juga untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Bagaimana pula untuk mengoptimumkan komunikasi antara Pencipta dengan mahkluk ciptaanNya pula?

Kita sebagai manusia juga memiliki satu "mesin" canggih dari mula kita lahir hinggalah kita menuju alam akhirat. Dan "mesin" yang saya maksudkan tersebut tidak lain tidak bukan adalah tubuh badan kita sendiri yang diamanahkan dan dipinjamkan oleh Allah SW kepada kita untuk kegunaan didunia yang sementara ini. Melihat dari persepsi semasa dunia perubatan, mereka juga menganggap tubuh badan kita sama seperti mesin yang mana bahagian yang rosak boleh diganti dengan samada pindahan organ, organ palsu mahupun dibaik pulih secara kimia iaitu dengan menggunakan ubat-ubatan. Sama juga seperti telefon bimbit atau apa juga alatan yang kompleks, penciptanya pasti menyediakan sekali manual tentang bagaimana alatan itu harus digunakan untuk memastikan penggunaannya yang optimum dan juga jangka hayat yang lebih lama sebaik mungkin.

Allah SW telah memberikan kepada manusia Al Quran sebagai "manual" untuk manusia itu rujuk gunakan mengenai bagaimana tubuh-badan kita ini harus kita gunakan termasuklah juga dalam hubungannya dengan hamba-hamba Allah SW yang lain. Akan tetapi Al Quran ini tidak diturunkan didalam bahasa Melayu, melihat pada budaya kehidupan kita selama ini yang hanya mengutamakan pembacaan dan tidak pemahaman, maka bagaimanakah mungkin kita mampu menggunakan tubuh badan yang Allah SW pinjamkan kepada kita ini dengan cara yang paling berkesan?

Selama ini kita hanya membiarkan maksud ayat-ayat Allah SW ini diterangkan dan dibacakan oleh ustaz, ustazah atau ulamak sahaja, dan kebanyakan mereka ini hanya mengambil sebahagian atau sepotong ayat-ayat Allah SW ini untuk menyokong pendapat atau hukum yang mereka berikan. Ini membuka pintu kepada masyarakat untuk mengikut sahaja apa yang dibawa oleh mereka dengan membuta tuli tanpa menyelidik apakah motif dan tujuan mereka itu. Ya, memang untuk membawa manusia dekat kepada Allah SW akan tetapi jika mereka juga menggunakannya untuk mendapat nikmat dunia maka kita sebagai umat Islam wajib juga melakukan inisiatif untuk memahami ayat Al Quran ini dengan sendirinya.




Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan... Surah An Nisa 4:43
Allah SW melarang umat Islam dari melakukan solat sehingga mereka memahami apa yang dibacakan, dan ini tidak pernah disarankan dengan meluasnya dikalangan masyarakat kita. Yang selalu diutamakan adalah bacaan dan juga gaya pergerakan yang betul. Hanya selepas mula membaca terjemahan Al Quran barulah saya mengetahui yang pemahaman apa yang dibacakan itu juga amat penting dan ini telah pun saya kemukakan didalam artikel saya yang lepas. (Pentingnya Memahami Bacaan Solat). Walaupun ayat diatas merujuk kepada mabuk disebabkan oleh arak, dalam dunia akhir zaman ini dengan manusia yang mabuk kebendaan dan nikmat dunia, solat sudah pun jadi "autopilot" tunggang terbalik sedar-sedar dah pun bagi salam tanpa menyedari ataupun memahami apa yang dibacakan.


Klip video diatas adalah nasyid didalam bahasa Arab, dan nasyid adalah lagu yang mana selalunya memuji Allah SW disamping doa dan juga rintihan manusia sebagai hamba kepada Penciptanya. Boleh dikatakan didalam solat juga kita melakukan perkara yang sama. Dan dari mana kita mendapatkan panduan untuk menjalani kehidupan yang sempurna? Tidak lain tidak bukan tentulah dari Al Quran, akan tetapi cukupkah dengan hanya mendengar beberapa ayat terpilih yang diucapkan oleh ustaz-ustaz tanpa perlu kita membaca keseluruhan ayat Al Quran tersebut?


Klip diatas ini pula saya masukkan terjemahan nasyid itu sekali, bukankah dengan memahami apa yang penyanyi cuba sampaikan ianya lebih memberi kesan kepada kita? Sama jugalah dengan membaca atau mendengar bacaan Al Quran didalam bahasa Arab, tanpa pemahaman ianya tidak akan memberikan kesan terbaik kepada manusia itu sendiri.

Tujuan saya menulis artikel ini pula adalah untuk mengajak rakan-rakan sekalian mula menggiatkan diri untuk memahami Al Quran terutamanya ayat-ayat lazim yang mana apabila kita melakukan solat nanti, mudah-mudahan menjadi lebih fokus dan khusyuk berkat memahami apa yang dibacakan. Faedah lain pasti juga akan menyusul terutamanya apabila kita mendalami pelbagai ilmu dunia dan kemudiannya mendapati apa yang kita pelajari itu terdapat didalam Al Quran. Contohnya Teori Big Bang ada diceritakan didalam Al Quran jadi apabila kita membaca teori ini didalam buku-buku sains maka insyaallah akan bertambahlah kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah SW yang mana itu telah menunjukkan bahawa Dialah pencipta seluruh alam ini.
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? Surah Al Anbiya 21:30
Apabila saya tidak keluar bertugas, selepas solat isyak saya akan mengajar anak-anak saya membaca Al Quran, satu hari satu muka surat. Selepas habis sahaja membaca Al Quran saya minta mereka buka terjemahan Al Quran dan baca pula apa maksud ayat yang telah dibacanya. Dengan mendengar apa yang dibacakan oleh anak-anak pada masa yang sama saya juga belajar ilmu yang baru. Pendedahan maksud ayat-ayat Allah SW ini amat penting bagi anak-anak agar wujud didalam otak mereka pengetahuan mengenainya yang mana akan mereka gunakan dikemudian hari nanti. Jika tidak mengajar membaca Al Quran sekalipun kita sebagai ibubapa, pada pendapat saya perlu kalau boleh setiap hari duduk bersama anak-anak untuk membaca terjemahan, kita sebagai ibubapa juga akan mendapat manafaatnya walaupun hanya dengan mendengar.

Terdapat pelbagai terjemahan Al Quran yang diterbitkan oleh beberapa syarikat contohnya Darulfikir dan juga Al Hidayah House of Quran. Harganya pula sekitar 50 hingga 70 ringgit dan bagi saya masih didalam lingkungan kemampuan kita bagi kebanyakan masyarakat Melayu Malaysia. Harap juga rakan-rakan akan sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain. Kempen didalam Facebook menerusi causes.com juga telah saya adakan untuk memudahkan mengajak rakan-rakan yang lain kearah lebih mendekati Allah SW dengan berkat memahami Al Quran. Klik link dibawah ini untuk ke laman kempen satu rumah satu terjemahan Al Quran. Moga dapat bersama menjadi agen perubahan kearah masyarakat yang lebih dekat kepada Allah SW berkat pemahaman dari pembacaan terjemahan Al Quran itu nanti, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 14 Jun 2009

Fizik Dosa Dan Pahala

Semua insan dilahirkan tanpa dosa, ibarat kain putih bak kata Nabi Muhmammad SAW dan ibubapa lah yg mencorakkan insan/anak tersebut. Anak2 mendapat ilmu/panduan untuk hidup bukan sahaja dari ketika didalam kandungan, malah, ibu dan bapa lah yg memilih gen2 apa yg perlu diserlahkan untuk anak2 tersebut sebelum persenyawaan lagi. Didalam kandungan pula dgn kimia emosi yg diberikan oleh ibu anak2 membesar dgn menyiapkan diri untuk menghadapi persekitaran yg diterjemahkan oleh ibunya, jika ibunya hidup didalam keadaan "stress" maka badan bayi akan lebih tegap untuk "fight or flight", jika ibunya memberitahu anaknya (melalui kimia emosi menerusi placenta) yg dunia yg akan menjadi tempat tinggalnya aman harmoni dan penuh dgn kasih sayang, maka otak bayi tersebut akan terbentuk dgn lebih sempurna berbanding fizikalnya. (Sila rujuk artikel Anak Ibarat Kain Putih).

Kita semua tahu yg manusia hanya akan mula menanggung dosa selepas akil baligh, hanya selepas itu baru malaikat akan mencatit segala kesalahan dan kebaikan kita selama kita hidup. Sebelum baligh, baik dari tunjuk ajar mahupun pemerhatian dari sikap dan tingkah laku ibu bapa, ianya menjadi potensi samada kita lebih melakukan kebaikan atau keburukan. Pada ketika ini boleh dikatakan kita bersifat neutral, caj yg ada pada diri kita seimbang.

Didalam beberapa posting yg lalu, saya menekankan setiap manusia itu punyai ciri2 tenaganya sendiri, dari pemikiran sikap dan tingkahlaku ianya terbentuk menjadi gelombang dgn frekuensi2 tertentu. Pada diri manusia itu sendiri terdapat berjuta2 caj2 +ve dan -ve mewakili dirinya. Untuk tujuan memudahkan pemahaman, saya hanya bg satu contoh campur dan tolak sahaja. Saya namakan insan untuk contoh saya ini sebagai Ali.

Sebelum akil baligh, Ali dalam keadaan neutral (tiada dosa), tetapi dia hanya ada potensi sahaja untuk berbuat baik atau buruk. Apabila sampai sahaja ketika dosa dan pahala menjadi tanggungjawab dirinya sendiri, ketika itu malaikat yg ada di kiri dan kanan bahunya akan mula mencatit. Katalah Ali membuat kebaikan, dia memberi positif yg ada pada dirinya kepada orang lain. Disebabkan oleh itu, apa yg ada pada dirinya wujudlah caj negatif, keadaan tidak neutral. Ali sekarang ini sudah bercaj -ve, secara automatiknya caj +ve akan tertarik kepada dirinya (caj yg berlainan menarik satu sama lain). Disini kita kaitkan dgn sifat Allah yg maha adil, penyayang dan berkuasa. Allah akan membuat caj +ve (kebaikan) akan kembali kepada Ali semula seperti janji2 Allah dalam firmanNya;

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? ArRahman 55:60

Jika Ali membuat kebaikan, perbuatan dirinya tersebut (memberi caj +ve) akan dicatit oleh malaikat dan tidak akan sedikitpun perbuatan baiknya itu akan tercicir dari perhitungan Allah.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:7

Allah akan merencanakan dan mengubah dunia agar kebaikan akan berbalik semula kepada Ali, tidak semestinya perbuatan yg sama malah mungkin ianya kembali tanpa disangka2 seperti maksud ayat seribu dinar.

Bagaimana pula jika Ali membuat keburukan/dosa? Dia memberi caj -ve dari dirinya, maka caj +ve yg ada pada dirinya akan menjadi penarik untuk caj -ve kembali semula kepadanya. Maka Ali sebenarnya yg akan menarik keburukan untuk kembali kepadanya semula dan apa yg terjadi adalah dari tindak tanduk dan perbuatan dirinya sendiri.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Al Isra 17:7

Maka jika kita ditimpa musibah dan bencana maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana ianya mungkin perbuatan2 kita yg lampau dan ianya kembali semula kepada kita. Kebanyakan diri kita telah lupa apa yg telah kita lakukan dimasa dahulu akan tetapi tidak pada malaikat yg mencatitnya. Siksaan didunia teramat ringan berbanding siksaan diakhirat maka berterimakasih lah kepada Allah kerana Allah sayangkan kita dan memberi balasan tersebut didunia. Akan tetapi jika kita melakukan kemungkaran dan kita tetap hidup senang, maka fikirkanlah, adakah Allah sudah membuang belas ikhsannya kepada kita dan menyimpan balasan tersebut di akhirat kelak?

Pada pendapat saya tidak, kerana Allah itu maha pengasih. Akan tetapi disebabkan kita berkuasa untuk menghalang keburukan dari sampai kepada kita, contohnya pemimpin2 zalim yg berkuasa dan punyai kedudukan yg hebat dgn sokongan2 ahli dan kesenangan yg melimpah ruah, maka kita sendiri yg menyimpan balasan2 tersebut diakhirat kelak. Akan tetapi jika kita pemimpin yg adil, melakukan tanggungjawab kerana Allah dan bersabar untuk balasan di kemudian hari maka teramat besarlah pahalanya nanti.

Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. Al-Mukminun 23:111

Dosa dan pahala adalah sesuatu yg tidak kelihatan, disebabkan itu ramai manusia yg mengambil lewa perbuatan dan amalannya terutama sekali perbuatan yg buruk. Akan tetapi kita tidak boleh lari darinya kerana kita itu semua telah dijanjikan Allah. Allah maha adil maka jangan ingatlah perbuatan buruk sekecil zarah sekalipun akan terlepas.

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:8

Apa yg saya terangkan secara fizik mudah diatas cuma mengambil cara penerangan secara logik agar kita semua lebih peka pada sikap dan perbuatan, kembali kepangkal jalan dan mengikut panduan yg Allah berikan. Apa panduannya untuk menentukan caj +ve dan -ve? Semua terdapat didalam Al Quran dan sunnah. Masaalah manusia hanya kerana dikurniakan sedikit ilmu sudah naik bongkaknya dan tidak mahu lagi mengikut apa yg Allah perintahkan seperti iblis yg tidak mahu tunduk kepada Adam.

Kembalilah kepada Al Quran dan sunnah, panduan yg sempurna dari dulu dan selamanya, tidak perlu diubahsuai untuk diserasikan dgn zaman moden, celakalah mereka yg menganggap undang2 Allah itu sudah lapuk. Moga kita kembali semua terutama diri saya sendiri kembali kepangkal jalan agar kita semua kembali menjadi umat yg cemerlang.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 11 Mei 2009

Mesin Canggih Tak Perlu Manual?

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). At Tin 95:4

Tahukah anda bahawa jantung anda berdenyut tanpa henti lebih dari 100,000 kali sehari?, jika dijumlahkan dalam setahun lebih kurang 40 juta denyutan setahun dan hampir 3 billion denyutan sepanjang hayat jika diambil purata hidup anda antara 70-80 tahun. Semua ini berjalan secara automatik tanpa perlu penyelenggaraan, cucian dan sebagainya.

Jantung anda yg bekerja dgn taatnya ini mengepam darah hampir 8 liter setiap minit, lebih dari 200 liter setiap satu jam melalui saluran darah yang panjang dan rumit, secara keseluruhan jika dicantum semua urat darah anda ini panjangnya akan menjangkau lebih kurang 96,000km dan ini adalah lebih dua kali ganda ukur lilit bumi. Yg amat menakjubkan, keseluruhan sistem salur darah ini dari aorta. vena, arteri dan sehalus2nya ini, beratnya hanyalah 3% sahaja dari berat keseluruhan badan anda.

Melalui salur darah anda ini juga setiap 20-60 saat, setiap sel darah merah anda melengkapkan perjalanannya mengelilingi badan anda, dan ia membuat laluan mengelilingi badan anda sebanyak 75-250 ribu kali sepanjang usia sel darah merah tersebut. Jika disusun kesemua sel2 darah merah anda ini satu persatu, panjang keseluruhannya akan hampir 50,000 km. Setiap kali anda menyedup nafas, 3 juta sel darah merah anda mati dan sesaat selepas itu pula jumlah yg sama dihasilkan kembali oleh badan anda.

Badan kita adalah komuniti sel2 yg berjumlah antara 70 hingga 100 trillion (1 trillion bersamaan 1,000,000,000,000), pada setiap saat terdapat hampir 100 ribu tindakan kimia berlaku pada setiap sel2 anda dan jika dijumlahkan dgn keseluruhan sel2 anda ini, tidak cukup untuk kalkulator biasa menayangkan kesemua "0" jumlah tindakan kimia didalam tubuh anda setiap saat, dan anda tidak perlu berfikir sedikit pun untuk mengawal tindakan kimia tersebut.

Setiap saat, 10 juta sel2 badan anda mati dan pada masa yg sama juga jumlah yg sama digantikan. Jika kita kaji debu2 yg terdapat didalam rumah, kebanyakannya adalah dari sel2 kulit manusia yg mati. Anda sebenarnya mempunyai pankreas yg baru setiap hari kerana sel2nya sentiasa aktif digantikan dgn sel2 yg baru. Satu proses yg dipanggil "mitosis", samada untuk pertumbuhan ataupun menggantikan sel2 yg rosak. Hati anda pula mempunyai 66 fungsi, apa yg selalu diketahui hanyalah untuk menapis bendasing seperti alkohol dari darah.

Anda hanya perlu menikmati makanan yg anda suapkan dimulut, tetapi badan anda secara automatik merembes2kan enzim2 dgn kadar yg berpatutan untuk mencernakannya. Buah pinggang anda tanpa hentinya menapis berliter2 darah untuk membuang bahan kumuhan dan bendasing dgn cekapnya, mesin dialisis ciptaan manusia hanya mampu menapis 15-20% sahaja dalam masa satu jam berbanding dgn buah pinggang anda.

Untuk menhasilkan sel2 yg baru juga, ada mekanisme protein yg menyalin susunan "DNA helix" anda lebih canggih dari teknologi yg ada pada masa kini. Dan jika kita meleraikan jalinan DNA itu tadi dari kesemua sel2 didalam badan kita dan ditarik kesemuanya, ianya begitu panjang hingga boleh pergi dan balik ke matahari sebanyak 150 kali. Mekanisme protein juga menyemak dgn cekapnya 3.2 billion susunan asid nukleik didm DNA untuk memeriksa jika terdapatnya sebarang mutasi. "Pasukan pertahanan" (sistem imunisasi) anda pula tahu bagaimana untuk melawan beribu2 bakteria dan virus dan akan mengingati dan bersedia jika ada jangkitan dimasa depan.

Berhenti buat seketika disini, aha.. beribu2 kimia dihasilkan oleh "farmasi" paling canggih didunia ini iaitu hyphothalamus dan kelenjar pituatary anda. Semua kimia ini adalah salah satu mekanisma perhubungan antara sel2 anda selain dari sistem saraf. Kajian terbaru sains juga menunjukkan bahawa sel2 anda berhubung melebihi kelajuan cahaya. Jika diambil 1 cm padu isi otak anda pula, didalamnya terdapat lebih sel2 neuron daripada bintang2 yg ada dilangit.

Kita sering berkata tangan saya, kaki saya, badan saya dan macam2 lagi. Dimana "saya" itu? Sedarkah kita yg kita yg dilabel "saya" itu hanya menumpang pada "mesin" canggih ini? Mesin pemberian Pencipta untuk kita gunakan didunia yang sementara ini. Dan adakah mesin yg teramat canggih ini dipinjamkan kepada kita tanpa ada panduan untuk menggunakannya?

Sedangkan alat buatan manusia punyai manual sebagai rujukan bagaimana untuk menggunakan alat tersebut, sudah tentu Allah subhanawataala, tuhan yg maha agung memberi panduan untuk manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan didunia ini dgn sejahtera, hanya jika kita menggunakan manual pemberianNya. Apakah manual itu? Jawapannya tak lain tak bukan Al Quran.

Apa yg patut, boleh atau tidak kita masukkan kedalamnya (makanan), apa yg perlu dilakukan dlm hubungan sesama pengguna "mesin" ini (muhrim, kahwin), apa cara ianya patut dilindungi (aurat), untuk apakah alat2 sampingan digunakan (mata, kaki, tgn, alat kelamin dll) bahkan bermacam2 lagi panduan untuk menggunakan "badan saya" ini diberikan didalam Al Quran.

Akan tetapi manusia dgn takburnya, disebabkan sedikit ilmu yg dipelajari dari sumber yg juga dikarang oleh manusia lain, menganggap Al Quran itu tidak relevan dizaman moden dan hanyalah untuk agama/kerohanian sahaja dan tiada kena mengena dgn cara hidup yg lain seperti undang2, politik dan ekonomi. Cuma sejak akhir2 ni akibat bahana masalah kewangan dunia, barulah segelintir golongan manusia2 begini nampak kebaikan ekonomi berteraskan Islam yg berlandaskan Al Quran dan sunah Nabi. Apakah kita perlu menunggu musibah lain melanda untuk digunakan didalam bidang lain?

Hanya Al Quran sahajalah panduan untuk manusia dan ianya sepatutnya digunakan didalam semua lapangan hidup, tiada satu pun panduan2 didalamnya yg "lapuk", hanya mereka yg sudah buta pada nikmat dunia umpanan syaitan sahaja yg akan menidakkannya. Moga kita tidak termasuk ke dalam golongan sebegini baik secara terang atau pun tanpa sedar. Nauzubillah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 26 September 2008

Quran Baru - Al Furqan

Agak aneh di Malaysia, sistem pendidikan kita tidak menitik berat kan pemahaman Al-Quran itu sendiri. Kita sebenarnya takut terbaca ayat Al-Quran yg salah (furqan) atau apa2 sahaja tulisan2 arab yg mengandungi ayat2 palsu dan tanpa sengaja mengagungkan selain Allah dan terpesong akidah. Ini termasuklah dulu heboh mengenai ayat2 quran hiasan dinding yg mengandungi makna terpesong dr akidah yg kononnya berada dipasaran negara.

Adakah dgn lebih fahamnya maksud Al-quran nanti ramai rakyat Malaysia akan lebih berat ke pihak pembangkang? Mungkin.. Atau untuk mengelak kan fahaman ala Wahabi yang mana mereka akan membuat hukum2 berdasarkan pemahaman sendiri instead of merujuk ke mufti2 atau uztaz?

Sikap orang melayu lebih kepada menggantungkan ayat2 dr memahami ayat2 itu sendiri, kononnya ayat2 yg digantung akan menjadi pendinding dr syaitan atau pemberi kemurahan rezeki, contohnya ayat seribu dinar yg lebih kurang bermaksud, "Sesiapa yg bertakwa kepada Allah, akan dikeluarkan dirinya dari kesulitan dan akan diberi rezeki dr sumber yg tidak disangka2", tetapi orang melayu pula membuat pengubahsuaian kepada "Sesiapa yg MENGGANTUNGKAN ayat ini..... " jadi lebih kepada gantung dr takwa... Menjauhi syaitan? syaitan yg paling utama adalah nafsu diri kita sendiri sebenarnya.

Penyelesaian bagi hal2 sebegini ataupun benteng untuk apa saja helah mereka yg memusuhi Islam adalah dgn pemahaman Al-quran itu sendiri, sistem pendidikan kita patut menitik beratkan pemahaman instead of kelancaran bacaan, berlagu dgn dengung dan idhram yg sempurna tetapi tak memahami makna, sebab itu lah kita boleh solat tetapi fikiran kita melayang, sebab itu lah kita boleh berdoa lancar didlm bahasa arab tetapi fikiran kearah lain, mungkin sebab itu juga doa tak makbul sebab apa yg kita kumat kamitkan kita sendiri tidak memahaminya...

Musuh islam mengambil kesempatan keatas kedaifan umat islam itu sendiri, sedar lah sebelum terlewat, mungkin kita tiada kuasa untuk meminta menteri pendidikan mengubah sukatan pelajaran agama agar anak2 kita dan generasi masa depan akan lebih memahami AL-Quran tetapi kita semua mempunyai kuasa untuk membeli tafsir Al-quran dan mula memahami apa yg kita baca.

Bermula lah dgn memahami Al-Fatihah dan beberapa ayat lazim supaya kita boleh lebih khusyuk didlm sembahyang dan tidak melayang fikiran memikirkan dunia, minda sedar dan minda separuh sedar kita bersatu memfokuskan tindakan yg sama, barulah sembahyang kita akan diterima dan insyaalah apa yg di hajati akan termakbul.

Peringatan terutamanya buat diri saya sendiri............


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas