E-Book Larangan Riba DiDalam Al Quran Dan Sunnah
Abu Huraira telah berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda: Riba terdiri dari tujuh puluh jenis yang berbeza dan yang paling kurang bahayanya adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini (iaitu melakukan hubungan jenis) dengan ibunya sendiri.
(Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Satu dirham (syiling perak) riba, yang mana diterima oleh seseorang sedangkan dia mengetahui (ianya adalah riba), adalah lebih buruk dari melakukan zina sebanyak tiga puluh enam kali.
(Ahmad)
Sheikh Imran juga telah memberitahu bahawa buku terjemahan ini juga didalam proses percetakan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi. Jika ingin membeli secara terus dari Sheikh, selalulah melawat laman web beliau untuk jadual ceramah terkini beliau dimana buku-buku beliau ada dijual selepas selesai ceramah beliau.
Pesuruh Allah SW menyumpah lelaki yang mengambil (iaitu memakan) riba, yang memberi (iaitu membayar) riba, yang merekodkan transaksi tersebut, dan dua saksi keatasnya. Baginda bersabda: Kesemua mereka sama sahaja bersalah.
(Muslim)
Gaya penulisan Sheikh Imran agak sukar untuk di"melayu"kan secara langsung yang mana jika dilakukan ianya akan membuatkan gaya bahasa menjadi kurang sesuai lantas agar sukar untuk pemahaman. Atas sebab itu saya telah mengubah sedikit gaya bahasa beliau tanpa cuba mengubah maknanya sebaik mungkin agar intipati sebenar akan larangan riba itu dapat disampaikan kepada para pembaca sekalian. Disini juga saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terdapat kesalahan-kesalahan didalam terjemahan saya itu. Harap dapat dimaklumkan kepada saya agar pembetulan dapat dilakukan pada e-book dan juga untuk cetakan kedua buku Larangan Riba versi bahasa ini nanti.
Sila klik pautan ini Larangan Riba DiDalam Al Quran & Sunnah dimana anda kemudiannya akan dibawa ke laman Google Drive untuk membaca e-book ini. Untuk memuat turun, klik pada tab "File" dibelah atas kiri dan klik pada "Download" untuk memuat turun e-book ini.
Semoga mendapat manafaat.
Salam Sdr,
Tahniah! Sebuah e-book yang amat baik dan amat bermanafaat. Semoga usaha saudara diberkati Allah. Saya amat berterimakasih sekiranya saudara mengizinkan saya memasukkan e-book ini di dalam website kelolaan saya, www.darulkautsar.net.
Salam persaudaraan,
Zamri (www.darulkautsar.net)
Salam..
Saya ingin ucapkan terima kasih di atas usaha pihak saudara untuk menterjemahkan buku Sheikh Imran Hossein ini.
=)
Salam
Alhamdullillah...Semoga mendapat manfaat bersama..Takut2 dalam meniaga terjebak dalam amalan RIBA'...Mintak di jauhkan..
Salam
Banayaknya riba halus akhir zaman ni...Takut.
Yg dah selesa dgn kehidupan moden dan 'sistem2 mereka' pasti sukar utk terima dan berubah.
Semoga Allah teguhkan iman utk melawan dugaan materialisma akhir zaman ni..
Hijrah memerlukan pengorbanan dan jihad
Catat Ulasan