Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Rabu, 3 September 2008

Whohooo watch out Raidah!!! - Komen Jijikkah Poligami.

Saudari Lisa mengulas...

Oh My God! It's you isn't it? You want to marry another...whohooo watch out Raidah!!!

Woman feels the same way like man..what if your wife sleeps with another man? Yes, that's how we woman feels ok. There are many things can be shared but having sex with another is no laughing matter. You mean woman must 'reda' to share that "thing"???

Only the stupid one that have been brain washed and blackmail with all the crap by twisting the facts of Quran will allow it.

Quran is in riddles..not literally..don't be scared to think, to question because of some mullahs say so. It's a control.. by putting fear..like some of us who scare children with ghost story as a form of control. Sad..we muslims now are like this...no wonder no muslim country enjoy success in Economy and Politically except for Dubai..because they are more open.

August 23, 2008 11:35 AM

Assalamualaikum Lisa,

Terlebih dahulu terimakasih kerana sudi memberikan komen.

Menyokong poligami tidak semestinya bermaksud saya sedang atau akan berpoligami, apa yang saya kemukakan hanyalah untuk membuka minda manusia yg telah di hipnotise/rasuk/dicorak/mold yang poligami itu jijik.

Jika berkongsi that "thing" dianggap jijik, adakah saudari Lisa tahu seratus peratus yg suami/tunang/boyfren Lisa setia dengan diri Lisa? Bagaimana dengan saudara mara Lisa atau rakan seperjuangan, rakan persantaian Lisa tahu seratus peratus yang pasangan mereka benar2 setia? Tahukan Lisa yang pelacuran berkembang biak di Dubai (dan di Malaysia)? Tahukah Lisa yang pelacur di Dubai amat berani hinggakan ada yang menawarkan perkhidmatan disiang hari tanpa segan silu dikhalayak ramai? Tahukah Lisa yang banyak keruntuhan rumah tangga di kalangan masyarakat disini adalah kerana suami lebih suka menghabiskan masa bersama perempuan lain tanpa ikatan, baik dengan pelacur atau pekerja asing yang dahagakan nikmat lelaki, lelaki bila melihat yang berambut perang terus terlena pada yang tinggal dirumah. Mana yang lebih jijik? berkongsi dengan wanita lain secara sah atau pelacur dan bertukar2 pasangan? Tertahankah nafsu lelaki jika berjalan di shopping mall melihat wanita yang berpakaian tetapi "berbogel" menunjukkan kemontokan dada dan ketonggekan kerampingan badan?

Lelaki boleh berkongsi wanita kerana fisiologi struktur otak lelaki lebih kepada akal berbanding wanita yang lebih kepada emosi, sanggupkah Lisa mempunyai suami 2,3 atau 4? Mampukah dan tertanggungkah si wanita jika mereka dibenarkan berkahwin/berkongsi lebih dari 1 suami? Tidak dengan perkahwinan, hanya boleh dengan kecurangan.

Letak diri Lisa di tempat expat wanita yang dahagakan belaian lelaki, mungkin Lisa juga akan melakukan perkara yang sama. Letak diri Lisa ditempat mereka yang takutkan Allah tetapi pada masa yang sama teramat ingin belaian lelaki atau pun mahukan anak? Bukankan tersiksa jiwa dan raga? Uniknya struktur otak, bahagian mengawal emosi bersebelahan dengan bahagian yang mengawal/mengesan kesakitan, hebatnya ciptaan Allah, sebab itu tersiksa emosi tersiksa juga badan.

Memang benar Dubai maju kerana lebih terbuka, ia juga kerana pemimpinnya mempunyai visi yang mahukan kemodenan, tetapi sebab terlebih buka itulah nilai moral masyarakatnya mundur. Saudari barangkali terlalu asyik memandang bangunan Burj Al Arab yang menjangkau langit hingga lupa untuk memandang disekeliling melihat nilai moral masayarakat setempat.

Dari konsep Newton kita dididik yang dunia ini adalah nyata, dari Darwinism kita harus berjuang untuk terus hidup, dalam erti lain bersaing. Sebenarnya quantum physic membuktikan yang atom bukan lah sesuatu yang nyata, lebih kepada ilusi dan evolusi bukanlah berdasarkan persaingan tetapi kerjasama (coorperation instead of struggle).

Wanita terlupa yang mereka diciptakan untuk menjadi teman kepada lelaki dan bukannya untuk bersaing dengan lelaki, pemikiran kita telah dicorakkan dengan dasar hak manusia, haksama jantina dan sebagainya hingga lelaki dan wanita harus bersaing.

Sebelum saudari memberi komen tentang Al Quran, adakah saudari sudah baca, khatam dan fahamkan maksudnya? Bagaimana jika saya katakan saudari juga telah dibrainwashed dan di black mail oleh mereka yang anti Islam? Sistem pendidikan di Malaysia hanya menumpukan pada penghafalan dan bukan pemahaman alquran, sebab itu muslim di malaysia makin hari semakin mundur akhlaknya, sembahyang tetapi tidak tahu apa yang dibaca, malah doa dicanang lebih afdal didalam bahasa arab tetapi jika apa diucap tidak difahami, tidak lah beerti doa yang dibaca. Umat islam di Malaysia tidak boleh terlalu pandai agama kerana mereka akan bangkit menentang kemungkaran, menentang kerajaan yang korup, sebab itu sistem pendidikan rasmi tidak mengambil kira pemahaman. Mereka tidak sedar dibuai lena dengan hiburan tv, AF 1,2 ,3, jangan tido lagi dll supaya terus terhibur, tidak berfikir dan terlena.

Islam bukanlah hanya agama yang mana perlu sembahyang seminggu sekali dan dilupakan dihari2 lain, Islam is a way of life, apa yang di turunkan dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk membolehkan manusia hidup aman dan harmoni. Sembahyang, puasa, zakat dan haji semuanya mempunyai nilai2 membina masyarakat yang maju dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Sembahyang membina minda, puasa menjaga kesihatan tubuh badan, zakat membantu dari segi ekonomi, haji menutup jurang antara yang kaya dan yang miskin, yang putih yang gelap kerana semua perlu berada ditempat yang sama dan melakukan perkara yang sama. Begitulah juga dengan poligami, poligami hanya boleh difahami dengan akal dan bukan dengan emosi.
Poligami bukan untuk menghukum wanita tetapi adalah membela wanita-wanita, kita sudah jauh terlena dengan menganggap kita tiada kena mengena dengan orang lain dalam ertikata lain pentingkan diri sendiri. Ramai beranggapan jika cukup makan minum ku, tempat tinggal dan aku jaga ibadahku sudah cukup untuk aku kesyurga sedangkan mereka terlupa 2 dr 3 perkara yang akan mereka bawa kealam akhirat adalah mengambil kira sumbangan mereka pada masyarakat.

Letaklah diri Lisa di tempat ibu2 tunggal yang terumbang ambing membesarkan anak2, letaklah diri Lisa ditempat andartu yang mahukan belaian lelaki dan juga zuriat. Lelaki juga tidak terlepas, mereka sepatutnya menjadi pembela wanita, bukan lepas tangan atau cukuplah aku dapat melempias nafsu dengan pelacur atau perempuan simpanan tanpa perlu bertanggungjawab. Lelaki dan wanita sama sahaja, perbezaaan hanya bagi mereka yang berfikir.

Kita bukan hidup sendiri didunia ini, kita saling perlu memerlukan. Apa yang kita lakukan pada orang lain akan datang berbalik pada diri kita sendiri, jika tidak pada diri sendiri, pada anak2 dan cucu cicit kita nanti. Hidup didunia hanyalah mimpi dan kita hanya akan sedar bila nyawa berpisah dari badan, akhirat yang kekal. Kita terlalu yakin dengan konsep newton (classical mechanic), contohnya jika makan, minum dan senaman secukupnya kita beranggapan yang kita akan hidup lama, quantum mechanic mengambil kita konsep kebarangkalian (probabilities & uncertainty). Bagaimana jika kita ketika memandu dengan cermat dan berhati2, kita dilanggar oleh pemandu cuai atau mabuk? Bukankah mati itu bila2 masa sahaja? Dan adakah suami yang kita sayangi itu bersama kita kekubur?

Sedangkan 53 trillion sel2 didalam badan kita hidup dengan harmoni, menjalankan tugas masing2 dan berkongsi jantung yang sama, bagaimana pula dengan masyarakat? Jika manusia pentingkan diri sendiri maka akan runtuh dan pincanglah masyarakat. Biologist menyatakan bahawa dizaman lampau kehidupan didunia ini musnah berpunca dari kemusnahan alam kesan dari meteor dan sebagainya, manusia sekarang akan musnah hasil dari perbuatan dan tingkah laku manusia itu sendiri.

Raidah tidak perlu diingatkan, apa yang saya tulis dialah insan pertama membacanya, semakin banyak saya berfikir tentang kehidupan, semakin kuat cinta saya padanya dan juga pada anak2. Alhamdulillah.

Jika semua manusia berfikiran yang sama, maknanya tiada siapa yang berfikir... Berfikirlah dengan akal, bukan dengan emosi.

15 Komen:

Tanpa Nama berkata...

salam, i rasa tulisan2 saudara ni macam nak menyalahkan wanita je..mmg poligami ni bagus,tapi org lelaki juga yg menghuru harakannya. kebiasaannya, suka lebih2 kan yg muda, keluarga berpecah belah sbbnya si ayah sibuk nak kawin je. org lelaki pun fikir2 kan la sebelum nak poligami.

Helmis berkata...

Dlm posting sata bertajuk "Jijikkah Poligami", saya menitik beratkan "lelaki yg mampu zahir dan batin" atau isteri yg mempunyai suami yg mithali, lelaki yg merosakkan poligami adalah mereka yg berfikir dgn nafsu dan bukan dgn akal. Poligami itu indah tetapi lelaki "tidak" berakal ini yg menjijikkannya, bagaimana pula wanita yg mempunyai suami yg mampu zahir dan batin tetapi tidak mahu berkongsi sedangkan suaminya mempunyai sebab2 yg munasabah untuk berkahwin lagi?

Pak Oncu berkata...

Tidak guna berbicara jika otak udah tumpul,,, hati udah gelap,,, akal udah tidak waras berfikir,, semua hukum di perlekeh dan di perleceh,, konon nye itu lah kebebesan yg di cari,,,semoga mereka yg berfikiran demikian akan mendapat magfirah Allah SWT,,, Tidak hairan lah maka di saat ini ramai yg kafir mengaku Islam,,,,

Hamidah Mohamed berkata...

Saya tidak mahu cuba untuk menghuraikan tentang baik atau buruknya poligami, kerana keperluan itu sebenarnya bergantung kepada individu2 yang telah menilai akan perlunya berpoligami atau tidak mengikut kesesuaian/keperluan diri dan situasi masing2. Ini kerana ia melibatkan pengorbanan atas kesanggupan, permasa'alahan, keupayaan serta keikhlasan/keredhaan. Alasannya tidak akan sama pada satu2 keadaan. Sebenarnya didalam poligami, Allah telah menggariskan beberapa syarat nyata untuk dipenuhi. Kalau engineer, ia boleh difahami sebagai "specified specifications" dan pada masa yang sama juga ada syarat2 yang sangat sukar untuk diintrepretsi, dihujah, dan ditimbangkan kerana ia melibatkan pelaku poligami tersebut. Sesuatu yang saya nampak sangat nyata disini ialah keupayaan dan kefahaman untuk "Redha" yang mana ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi bagi ketiga2 pihak. Suami/isteri atau madu2. Ayah saya pernah berkata, sekiranya saya mahu menguji samada iman saya benar2 iman, cuba bermadu ..... waktu itu saya membalas kata2 beliau dengan menyuruhnya sendiri berkhawin semula, satu atau dua lagi .... lantaran ibu pun telah meninggal, tetapi dia tetap menduda sehingga akhir hayatnya. Sekarang saya memahami maksud kata2 beliau dengan jelas, bahawa ini banyak berkait dengan persediaan ilmu didada dan kegunaan ilmu ini didalam hidup seharian. Apa yang saya lihat dan faham, poligami ini hanya boleh dilakukan bagi mereka yang benar2 memahami akan erti redha, sama seperti redha "hamba kepada Pencipta" redha keatas ketetapan takdir dan ketidak upayaan mahluk berbanding Pencipta. Usah difikirkan tentang mendapatkan manusia untuk membahgiakan diri, tetapi, sesuai perintah kejadian, carilah diri yang sejati dahulu, setelah ditemui barulah poligami dapat dilaksanakan dengan total pasrah sesuai erti Islam itu sendiri yang bermaksud "submission" to God. Manusia mestilah merujuk kepada Dia sebelum membuat apa2 pun keputusan didalam kehidupan hari2 mereka walaupun zahirnya mereka sudah mampu kerana Allah lah yang Maha Mengetahui. Kerana Dia yang menetapkan takdir, sehubungan itu adanya Ilmu itu amat penting, Ilmu itu Tauhid, Amal itu Iman .... sedang Dia berada lebih dekat dari 'dekat' itu sendiri, mengapa tidak ditanyakan kepadaNya sesuaikah poligami itu untuk diri masing2 sebelum berjanji kepada seseorang untuk mengambilnya sebagai isteri ... kan solat istkharoh itu ada .... gunakan ia sebagai "tarikat atau jalan" berbicara dengan Tuhan .... bukan sembrono sahaja .....

Helmis berkata...

Didlm hidup bermasyarakat dgn masalah sosial yg semakin teruk ini, baik dr segi pelacuran yg berleluasa, ibu tunggal, simpan gundik, andartu dan berbagai2 lagi, muungkinkah poligami ini jalan penyelesaian?

Didlm hidup serba moden yg penuh dgn tekanan, manusia sentiasa didlm "survival" mode, dan dlm keadaan demikian, kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan masyarakat.

Lelaki sepatutnya menolong wanita terutama yg lemah seperti ibu tunggal dan bukan untuk melayan nafsu mengejar wanita2 muda, dan isteri2 pula harus melihat konsep poligami ini dari segi kepentingan masyarakat komuniti dan bukan untuk merampas hak kerana suami adalah hak Allah dan bukan hak mutlak isteri.

Kesedaran untuk berpoligami itu harus bermula dari kaum wanita itu sendiri, bg lelaki pula poligami bukanlah sekadar melempias nafsu tanpa kemampuan untuk memberi nafkah dan adil.

miss wif da flow berkata...

ganjaran untuk wanita yang dapat menerima poligami adalah seperti lelaki yang overcome the fear of jihad.(dipetik oleh ceramah ustaz azhar idrus)

kita sebagai perempuan seharusnya berbangga kerana Allah telah memberi kita peluang untuk mendapat ganjaran yang sangat besar dan sama taraf dengan lelaki tanpa perlu pergi berperang dan bergadai nyawa.
janganlah melihat poligami dari sudut orang lain ataupun persepsi masyarakat.sekiranya kita lihat kisah2 nabi muhammad S.A.W dan para sahabat tentang poligami.nescaya kita tidak akan memberi ulasan sebegini.
hendaklah kita kembali kepada al-quran,hadith dan kisah-kisah nabi dan para sahabat.kalau buku pelajaran sempat sahaja kita baca,untuk akhirat macam mana pula?

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan wanita akan menentang poligami kerana tidak sanggup dimadukasih. tetapi sanggup bercerai-berai demi mempertahankan prinsip cinta itu eksklusif dan tidak boleh dikongsi.
kebanyakan lelaki menyokong poligami bukan kerana kefahaman tetapi atas dasar nafsu dan kehendak. tapi soal keimanan dan kemampuan ditolak ke tepi.
Justeru, siapa yang bersalah? dua-dua bersalah. lelaki kalau tidak setinggi ilmu bak Ali r.a., semulia Nabi Yusuf a.s dan setakwa Umar r.a.janganlah bermimpi untuk berpoligami. Yang wanita pula, jika iman tidak sehebat Khadijah r.a., seindah Aishah r.a., dan setabah isteri nabi Ayub a.s. janganlah menetang membabi buta.

fikir-fikirkan.
(ex DQ dan UIA)

Tanpa Nama berkata...

salam. saya seorang isteri yang pernah dimadukan suami. alhamdulillah, suami saya tetap berlaku adil. tetapi hati saya tetap terluka, jiwa saya terhiris, kasih saya retak beribu, dan kepercayaan saya beransur hilang. saya tidak mengatakan poligami itu salah, kerana ia sudah hukum Allah, bukan juga menyokong poligami kerana saya sudah merasainya sendiri. sepanjang tempoh poligami hampir 4 tahun (kini suami sudah menceraikan isteri keduanya) saya berasa amat bersalah pada suami kerana berpura2 gembira, melayannya tidak sepenuh hati, sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. yang nyata kasih saya terhadap suami tidak lagi seperti dulu, hati yang terluka memang sukar untuk diubati. poligami memang manis buat sang suami tapi amat pahit buat seorang isteri, apatah lagi jika konsep itu disalah erti, jika hanya berbekalkan nafsu di hati. kalaulah sekali lagi suami saya ingin berpoligami, mungkin kali ini saya akan menarik diri...

Helmis berkata...

Jika kita sudah biasa minum teh dengan gula 2 sudu, maka apabila minum teh dengan hanya satu sudu, teh tersebut tidak lagi enak. Hidup ini semuanya relatif, pahit manis sesuatu kejadian itu adalah berdasarkan apakah titik rujukan kita dan inilah juga asas teori relativiti khas einstein (Special theory of relativity).

Anak yg lahir dan dibesarkan didalam keluarga kafir akan kekal dengan agama tersebut hinggalah mati kecuali jika anak tersebut mendapat hidayah dari Allah, ini kerana dalam minda separuh sedar mereka sudah dibentuk untuk mentaati agama tersebut, begitu juga dengan Islam. Akan tetapi jika kita boleh membentuk semula minda separuh sedar tersebut, maka sedikit demi sedikit manusia akan terpengaruh. Buktinya Islam itu sendiri terhakis baik dari sudut pakaian hinggalah kepada tingkahlaku kesopanan, kesusilaan dan sebagainya hasil dari alat hipnosis pengubah minda separuh sedar yang ada disetiap rumah iaitu TV.

Tiada bezanya dengan poligami, jika dari kecil baik dari apa yang dituturkan oleh ibu ayah ataupun membesar didepan TV dan melihat aksi lakonan suami isteri bergaduh, maka ini memberi kesan mendalam terhadap perlakuan manusia dimasa dewasanya. Minda separuh sedar yg telah dibasuh ini akan menjadi rujukan kepada otak untuk mengaitkan emosi yang bagaimana harus diluahkan apabila berdepan dengan sesuatu isu tersebut contohnya poligami. Ini ditenatkan lagi oleh fisiologi wanita itu sendiri yang mempunyai corpus colussum (penyambung dua bahagian otak) yang lebih padat berbanding lelaki yang menyebabkan mereka lebih beremosi.

Hanya mereka yang benar-benar kuat dan menjadi pemimpin sebenar sel-sel yang lebih 50 trillion jumlahnya didalam tubuh mereka itu yang boleh mengambil tindakan ikut akal dan bukan ikut emosi atau nafsu ( sila rujuk artikel Kita Semua Adalah Pemimpin), dan inilah cabarannya, kebanyakan kita bertindak ikut emosi atau nafsu dan bukan ikut akal...

Pahit manis poligami itu sendiri relatif terhadap apa alat pengukur kita, jika kita lihat dari sudut makin kurangnya "dopamine release" (kimia esmosi ganjaran) oleh otak akibat kurangnya kasih sayang dari suami, maka pahitlah poligami itu, jika relatifnya adalah kepada taat kepada Allah, suami dan nampak kesan terhadap masyarakat sekeliling, maka akan lain pula rasanya, mungkin tidak manis akan tetapi ianya tidak lagi pahit.

Perang poligami pada wanita sebenarnya adalah perang antara wanita dan keegoan mereka sendiri, bagi yang bekerjaya, ya aku boleh bersendirian maka selamat jalan romeo dan bagi yang tidak bekerjaya dan tidak mampu berdikari maka akan samada berusaha sedaya upaya untuk menghalang ataupun menghancurkan dan paling tidak berendam air mata. Akan tetapi adakah itu yang diperintahkan Allah?

Poligami bukan untuk semua lelaki, untuk mereka yang benar2 beriman, takutkan Allah dan cuba berlaku adil (syabas kepada suami puan yang boleh berlaku adil), bukan untuk lelaki bodoh dan tidak bertanggungjawab (yang membuatkan poligami itu sesuatu yang jijik), akan tetapi siapa antara faktor yang menyebabkan lelaki menjadi sedemikian? Artikel saya Patutlah Lelaki Menjadi... sebelum ini telah pun menjelaskannya.

Wahai lelaki (termasuklah diri saya sendiri) dan wanita , berfikirkan dengan akal dan kaitkan perbuatan hari ini dengan kesan masa depan, kesan kepada keluarga dan juga masyarakat sekeliling, baik kesan didunia mahupun diakhirat dan bukan berfikir dengan emosi dan nafsu. Hidup adalah untuk lebih memberi kepada yang lain dan bukan hanya mengambil untuk diri sendiri. Belajarlah untuk lebih memberi makan ruh (mendapat pahala) dari memberi makan jasad (kesenangan dan nikmat dunia) kerana ruh itu nanti yang akan kekal dan bukan jasad yang akan hancur ditelan bumi dimakan ulat. Moga kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk berbuat sedemikian, insyaallah.

Acinetobaxter berkata...

syabas kepada saudara atas keberanian untuk menyatakan kebenaran atas isu ini. bukan calang-calang untuk menjadi berani menulis pendapat yang benar ditengah-tengah kesesatan pemikiran yang berleluasa sekarang ini.

perkahwinan, monogami atau poligami adalah dalam lingkungan nafsu lantaran kalau seorang lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita, maka tidaklah dia sanggup berkahwin dengan wanita. nafsu itu pula berbeza tahapnya bagi setiap individu. bagi yang kuat nafsunya, maka poligami adalah ubatnya. bagi yang lemah nafsunya, poligami adalah sempadannya. atas asebab nafsu ini, maka ALLAH memudahkan pernikahan dan menghalalkan poligami.

Maha bijaksananya ALLAH dalam memahami manusia ciptaanNya dengan memberikan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang diadakan oleh Nya kepada makhlukNya. Malangnya, manusia merasakan mereka lebih bijak dan mengatakan bahawa jalan penyelesaian ALLAH itu zalim dan menderitakan.

lelaki yang mampu dan berani serta bertahan dalam berpoligami, adalah lelaki yang sejati apabila dia mampu dan berupaya untuk menunduk dan menenangkan emosi lebih dari seorang wanita. seorang lelaki yang hebat, mungkin mampu menjadi pemimpin kepada sebuah negara, menjadi general kepada beribu-ribu perwira atau menjadi penemu kepada perkara-perkara baru, tetapi dia mungkin tidak berupaya untuk menyabar, menenang dan menundukkan emosi lebih dari seorang wanita.

malah nabi Muhammad dan nabi Ibrahim sendiri tertekan dengan emosi isteri-isteri mereka tetapi ALLAH memberikan kekuatan dan ketenangan kepada mereka untuk bertahan dan bersabar dengan karenah isteri-isteri mereka.

jalan ke syurga, bukannya mudah dengan kegembiraan dan kebahagiaan di dunia. jalan ke syurga penuh ranjau dan duri, kesakitan dan pengorbanan. jika seorang lelaki berpoligami, dia dideritakan untuk menanggung ketabahan dan kesabaran atas karenah isteri-isterinya, bagi isterinya pula, dia terpaksa berjuang menahan kecemburuan dan emosinya. maka disitulah pengorbanan dan ujiannya. masakan kita tahu kita boleh lulus peperiksaan sekiranya kita tidak menduduki dan menjawab soalan peperiksaan itu. bila dah exam, baru tahu, sebijak manakah kita ini....lulus atau tidak.

setiap kesusahan itu, ada kesenangan....dan setiap kesusahan itu, ada kesenangan....(surah al insyirah)

Tanpa Nama berkata...

'tetapi siapa antara faktor yang menyebabkan lelaki menjadi sedemikian?'

'tetapi siapa antara faktor yang menyebabkan wanita menjadi sedemikian?'

never endless..

Helmis berkata...

It will end... once we go back to the true teaching of Islam, but are we heading that way? That's why it's never endless. The choice is ours, to stop it or let it be a cycle of life that slowly will destroy humanity. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan saudara Helmis.

Kalau saya berjumpa dengan lelaki yang mampu, berfikiran macam ni dan madu yang baik..saya juga sanggup bermadu.

Boleh tanya...saudara helmis sudah mengamalkan poligami ke?

Sememangnya wanita2 di luar sana kebanyakan pon sangat pentingkan diri sendiri dan tamak. Kalau suami mampu apa salahnya benarkan berpoligami. Suami adalah pinjaman Allah kepada mereka, bukan hak mutlak.

Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat...

Tanpa Nama berkata...

1)Rasulullah berkhawin dengan wanita lain setelah meninggalnya Khadijah (Isteri pertama). Rasulullah tidak berkhawin dengan wanita lain semasa Khadijah hidup.

2) Rasulullah berkhawin dengan wanita sebab ingin menyelamatkan mereka dari keluarga yang jahil, miskin.

3) Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq. Manakala yang lainnya adalah JANDA atau BALU yang kematian suami.

4) Rasulullah hanya ada anak dengan Khadijah (isteri pertama SAHAJA) dengan kurniaan 7 orang anak, dengan 1 anak dgn Mariyah Al-Qibtiyah (isteri TERAKHIR) 3 tahun sebelum Rasulullah wafat, itupun telah meninggal pada bulan ke 18.

PERSOALANNYA? ADAKAH MASYARAKAT LELAKI BENAR-BENAR MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH?

1)KAHWIN SELEPAS ISTERI PERTAMA MENINGGAL
2)KAHWIN DENGAN JANDA ATAU BALU SAHAJA DENGAN NIAT MENOLONG
3)BERLAKU ADIL DAN SAKSAMA DAN BUKANNYA IKUT NAFSU


JIKA DIIKUTKAN TIADA SEORANG LELAKI PUN YANG BETUL-BETUL MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH. WALAUHUAALAM.

Helmis berkata...

Terima kasih Puan atas hujah-hujah yang diberikan.

Ya mungkin benar apa yang Puan rumuskan tiada lelaki yang betul-betul mengikut sunah, persoalannya, adakah lagi tinggal wanita-wanita terutama isteri-isteri yang mengikut sunnah? Taat kepada suami itu juga sunnah bukan? Jika suami ingin membantu wanita lain dengan ikhlas baik janda atau gadis sebagai salah satu cara untuk berbuat kebaikan disamping pada masa yang sama menghindar diri dari membuat maksiat, adakah menahan suami dari berbuat demikian dikira sunnah?

Jika Nabi SAW menyatakan bahawa golongan wanitalah yang paling ramai dilihat dineraka, tidak terfikirkan Puan mengapakah sebabnya terjadi sedemikian?

Saya tidaklah menyokong semua lelaki mendapat "tiket percuma" untuk berkahwin lain kerana diakhir zaman ini ramai yang berfikir dan mengambil keputusan lebih ikut rasa dari ikut akal (baik lelaki dan wanita), jadi kehadiran pihak ketiga itu perlu (lebih kepada memberi nasihat contohnya dari segi kemampuan ekonomi dan bukannya untuk memberi kebenaran), akan tetapi dari penilaian dan melihat masaalah yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini, poligami adalah salah satu penyelesaiannya, jika tidak tentulah ayat Quran 3-4 itu tidak akan diturunkan.

Masaalahnya, mungkin bagi wanita cinta dan kasih sayang itu ibarat wang ringgit, jika dikongsi ianya akan menjadi kurang sedangkan ianya tidak sedemikian. Jika cinta seorang wanita boleh membuatkan seorang lelaki itu sanggup merenangi lautan api dan mendaki gunung dan sebagainya, bayangkan apa akan jadi pada lelaki itu jika ada 2, 3 atau 4 cinta wanita terhadap dirinya?

Perlu diingat juga bahawa suami Puan yang ingin berpoligami itu (maaf jika ini tidak benar) adalah lelaki yang sama yang telah "berjanji sehidup semati dan engkaulah sahaja pujaan hatiku" suatu ketika dulu, apakah sebab musabab dia ingin menambah lagi? Mungkin silap diri sendiri mengapa itu terjadi, kecualilah ayat Quran 30:41 tidak boleh diguna pakai sebab "poligami" itu bukan "kerosakan" betul? Eh... jika bukan "kerosakan" jadi mengapa dihalang?

Ketukan minda untuk mereka yang mahu berfikir.

JIKA DIIKUTKAN TIADA SEORANG LELAKI DAN WANITA PUN YANG BETUL-BETUL MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH. WALLAUHUALAM



Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas