Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 15 September 2008

Wanita Bekerja Pentingkan Diri Sendiri

Pasti ramai yang akan melonjak marah bila membaca tajuk posting ini. Sebelum memberikan komen2 baik positif atau negatif, harap dibaca dahulu dan berfikir dgn akal, bukan dgn emosi.


Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan diri anak itu sendiri, manusia selalunya menuding jari menyalahkan orang lain jika anak mereka menjadi nakal atau jahat, pengaruh persekitaran, pengaruh rakan2, pengaruh video games dan lain2 lagi. Jika benteng akal anak itu mantap, adakah mereka akan mudah terpengaruh? Apakah sumber kekuatan benteng akal anak tersebut?

Jawapannya adalah kekuatan bahagian depan otak (prefrontal cortex)  dan juga hubungan kasih sayang (limbic bonding) antara anak dan ibu bapa. 

Ibu yang mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi makan dan perkumuhan kepada bayi, apa yang dilalui secara emosi oleh ibu, itu juga akan dirasai oleh sibayi, semua emosi mempunyai hormon yang dikeluarkan oleh otak keseluruh badan, ini termasuklah emosi tekanan/stress. Ibu yang berkerja tidak dapat lari dr perasaan tertekan, hidup dizaman moden ini penuh dgn tekanan/stress, dari ketika keluar dr rumah sangkut di traffic jam, ditempat kerja, ketika pulang dan juga dirumah ketika harus menjalankan tugas sebagai ibu dan juga isteri ketika keadaan diri kepenatan. Bayi didlm kandungan akan turut merasai perasaan tertekan tersebut.

Apa kesannya kepada bayi didlm kandungan? Hormon stress yang dikesan oleh badan bayi seolah2 memberi tahu bayi yang dirinya didlm keadaan terancam dan ketakutan, ini menyebabkan tumbesaran bayi lebih kepada bahagian otot badan untuk menyiapkan dirinya untuk "fight or flight situation", yang menakutkan pertumbuhan bahagian otak terutamanya bahagian depan (prefrontal cortex PFC) akan terbantut kerana kebanyakan khasiat makanan dr ibu lebih kepada bahagian otot badan, ibu mengandung yang sentiasa didlm keadaan tertekan sebenarnya sedang membesarkan  seorang "street fighter" didalam rahimnya. Anak ini nanti selalunya akan mempunyai fizikal yang tegap, tetapi kurang cerdik. Kurang cerdik disini tidak lah bermaksud anak itu akan lemah dr segi akademik disekolah tetapi kurang cerdik dr segi menangani isu2 kehidupan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan adalah bahagian depan otak (prefrontal cortex). Fikir2kan lah anak yang lahir dgn PFC yang tidak sempurna, apa kesannya pada kehidupan di masa depan? 

Kira2 2 bulan selepas lahir, bayi akan mula mengenali raut wajah ibunya, ini amat penting kerana dr ekspresi wajah ibu itu juga anak akan belajar mengenai kehidupan, apabila bayi melalui situasi2 yg baru selalunya dia akan mencari ibunya untuk mendapatkan rujukan apa yg perlu dilakukan, contohnya jika dia terjatuh ketika mula berjalan, jika siibu menerpa didlm keadaan terkejut, bayi akan menangis lebih kuat lagi berbanding dgn ibu yang datang dgn keadaan tenang, mendukung dan membelai dgn kasih sayang.

Jika bayi terjaga ditgh malam dan mahukan susu, siibu yg kepenatan berkerja sedar didlm keadaan marah amat sukar untuk menyusukan bayi tersebut dgn kasih sayang, ini akan memberi kesan kepada bayi, walaupun anak tidak disusu badan, si bayi dapat merasai emosi ibu kerana emosi itu berjangkit, si bayi selalunya akan terus menangis dan tertidur lebih kepada penatnya menangis dr pada lena kekenyangan. Kesannya pada minda separuh sedar bayi ini adalah "tiada siapa yang aku boleh harapkan didunia ini".

Ketika baru lahir hingga keumur 6 atau 7 tahun, otak anak membesar dengan kadar yang amat tinggi, di ketika ini juga anak akan belajar lebih kepada pemerhatian, apa yg dilihat dilakukan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan anak tersebut. Sebab itu kita biasa mendengar, "perangai engkau ni mcm ibu/bapa engkau lah", ini bukanlah genetic/keturunan sebenarnya tetapi dr pembelajaran melalui pemerhatian ketika tempoh awal kehidupan.

Persoalannya disini, dimana ibu dan bapa ketika waktu ini? Siapa yang anak akan perhatikan untuk menjadi rujukan untuk anak itu belajar mengenai kehidupan? Orang gaji? Pengasuh taska? Tidak hairan lah nanti generasi akan datang akan mempunyai minda malaysian tetapi minda separuh sedar indon, filipino, bangla atau nepal. Lebih 90 peratus kelakuan/tingkah laku manusia adalah dr minda separuh sedar sebenarnya.

Sekarang kita sudah boleh melihat kesannya, zaman wanita berduyun2 bekerja meninggalkan anak di jaga oleh orang lain. Perhatikan masaalah2 remaja dizaman ini, lihat sikap sopan santun yg sudah luntur pada mereka, rasanya tidak perlulah di ungkitkan dgn lebih terperinci disini sifat2 lain yang lebih mengecewakan. 

Sekitar 10 tahun lepas era komputer mula meningkat dan ibu bapa berlumba2 membelikan komputer untuk anak2, ibu bapa yg jahil tidak tahu apa itu "internet filter", kerajaan pula atas dasar "free information" tidak menghalang semua laman2 web porno dari diakses dengan mudahnya. Anak yang tinggal dirumah, tersilap klik sahaja sudah boleh mengakses "ilmu2 baru" yang merangsangkan. Kesannya keruntuhan akhlak remaja dengan seks bebas dan sebagainya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian Dr Michael Resnick dr University of Minessota yang diterbitkan didalam The journal Of The American Medical Association, 1997 menyatakan, anak2 yang lebih merasai kasih sayang dan lebih berhubungan dengan ibu dan bapa mempunyai kadar yg lebih rendah mempunyai masaalah mengandung ketika usia muda, masaalah dadah, merokok, keganasan dan bunuh diri. Artikel in menegaskan yang kadar hubungan antara anak dan ibu bapa amat memainkan peranan lebih penting mencorakkan minda anak membenteng diri dr masaalah sosial. 

Ibu dan bapa zaman sekarang ini lebih mementingkan rumah besar dan kereta besar hinggakan anak ada yang "terbesar" perut mengandung anak luar nikah atau membesarkan perut anak orang lain bg yg lelaki. Perlu diingat rumah besar dan kereta besar tidak akan dibawa ke lubang kubur tetapi doa anak yg soleh sahaja akan kekal berterusan selepas mati, jadi saham apa yang lebih patut dititk beratkan, saham dunia atau saham akhirat?

Bolehkan kita mendapat anak yang soleh dengan memberikan komputer, video games dan didikan dr orang gaji dan cikgu2 taska? Fikir2kan lah. 

Saya tidak menghalang wanita berkerja tetapi tumpuan kepada anak2 itu lebih patut diutamakan kerana mereka nanti adalah pemimpin masa depan. Minda harus dibuka dr menumpukan kepada kebendaan kepada kerohanian. Allah menjadikan wanita sebagai lebih kepada melahir dan membesarkan anak dan bukan mencari rezeki dan bersaing dengan lelaki. 

Dalam persoalan diatas, semuanya berbalik juga ke pada pihak lelaki, jika lelaki/suami boleh berusaha lebih mencari rezeki, bukankah  isteri boleh menumpukan perhatian kepada anak2. Jika lelaki setia kepada isteri bukankah wanita tidak akan terfikir bekerja sebagai "back-up" jika berlaku perceraian, didlm hal ini harus di tanyakan ke pihak wanita juga, jika tiada wanita bekerja bergaul dgn bebas dengan lelaki bukankah kebarangkalian suami berubah rasa atau curang akan kurang? Siapa yg menggubal peraturan pejabat? Pemimpin... Siapa yg memimpin? kebanyakannya adalah lelaki. Jadi dari segala segi berbalik semula kepada lelaki sebenarnya. 

Apa yg berlaku sekarang ini adalah kerana kita lari dr batasan2 Islam, Islam adalah cara hidup, bukan setakat sembahyang dan puasa, termasuk lah batasan pergaulan lelaki dan wanita, masaalah masyarakat yg melanda sekarang ini adalah kesan dr masyarakat yg beragama islam tetapi tidak mengikut cara hidup islam. Sembahyang tetapi tidak tahu apa yg di kumat kamitkan, berdoa tetapi tidak tahu apa yg dipohon.

Bukalah minda dan lihatlah persekitaran, perhatikan tingkah laku anak2 zaman sekarang, sedarkah kita yg masyarakat kita menghala tuju kearah yg salah, bukankah masanya untuk kita menekan "brek" kehidupan dan mengubah haluan?

Ibu yang bekerja dan lelaki isterinya terpaksa bekerja meninggalkan anak dibesarkan oleh orang lain adalah mereka yang pentingkan diri sendiri, lebih mengutamakan materalistik dr kerohanian, kita dikhayalkan oleh dunia media yang kegembiraan adalah dari luaran, kegembiraan adalah dari jenama kereta yang dipandu, dari besarnya rumah yang diduduki, memang benar itu semua untuk keselesaan anak2 tetapi jika moral dan perangai anak menuju kehancuran, apakah gunanya dunia materialistik ini?

Kegembiraan sebenarnya dari dalaman, hati yang tenang dan sentiasa mengingatkan penciptanya itu lebih gembira dari mengingati dan mengejar dunia.

Jika semua manusia mempunyai pemikiran yang sama bermakna tiada siapa yg berfikir, adakah anda berfikir?

25 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saudara penulis,
setiap wanita yg bekerja ada sebab tertentu kenapa mereka hendak bekerja. antaranya hendak membantu ibu bapa mereka yg telah bersusah payah membesarkan mereka suatu ketika dulu. kalau nak harapkan duit suami sahaja, mana la cukup. sekurang2 nya duit gaji isteri ni boleh la digunakan utk membantu keluarga di kg.
kalau la si suami mampu sediakan semua keperluan secukupnya, mmg tak payah wanita keluar bekerja lagi.. tapi tgk la,ada tu isteri yg terpaksa menanggung si suami, keluarga. kalau nak ikutkan sgt tulisan saudara tu, tak makan la anak2 tu nanti.
kalau diberi pilihan, mmg rasa saya semua wanita tak mahu bekerja, baik duduk rumah didik anak2, tapi mmg kami takde pilihan.
saya tidak setuju dgn tajuk saudara ni.
terima kasih

Tanpa Nama berkata...

saudara,

wanita yang bekerja bukan sebab mengejarkan wang semata-mata. saya bersetuju dengan syam yang wanita bekerja salah satu tujuan untuk membantu suami dan keluarga. Saya sendiri pernah mendengar ceramah seorang ustaz mengatakan tugas menjaga anak-anak bukan terletak kepada isteri sahaja..ni tanggungjawab bersama...kerana dalam Islam sendiri mengatakan tugas isteri adalah melayan suami. Jd tugas2 yang lain-lain tu adalah tanggungjawab bersama termasuk le bancuh susu anak. Dalam keadaan taraf hidup zaman sekarang ini, kalau hanya suami sahaja bekerja memang tak cukup, ditambah pula dengan harga barang yang semakin menaik. Nak bayar kereta, rumah, minyak, bil-bil, makan dan minum keluarga semua. Lain la kalu suami kita tu gaji berbelas ribu sebulan. Kami sebagai wanita pon tiada pilihan melainkan membantu suami dengan bekerja. Saya harap saudara jgn letakkan semua kesalahan wanita bekerja sebagai mementingkan diri sendiri.

Sekian.

Helmis berkata...

setiap anak tu ada rezeki yg telah ditetapkan oleh Allah, komen saudari lebih berkisar kepada duit.. fikirkan.. jika langganan astro, bayaran bulanan tv dan mcm2 lg barangan "sampah" yg tidak membina minda diberhentikan, bukankah ada duit utk membeli makanan? Jika saudari baca betul2 tulisan saya ni di hujung saya tetap letakkan tanggungjawab ke pihak lelaki.. lelaki sebenarnya punca masaalah kerana lelaki yg memimpin..

Tanpa Nama berkata...

byk salahkan org,mane penyelesaiannya?

Helmis berkata...

Penyelesaiannya sudah diberikan, baca apa yg tidak ditulis, lihat apa yg tidak kelihatan, dengar apa yg tidak diungkapkan..

Kembali kepada Islam, Islam yg asal dan bukan Islam "moden" atau Islam lain yg diubah2 untuk membolehkan kita duduk makan semeja dgn kafirun..

Tanpa Nama berkata...

16:72 Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni'mat Allah?"

"kalau la si suami mampu sediakan semua keperluan secukupnya, mmg tak payah wanita keluar bekerja lagi"
Dimanakah konsep bersyukur dengan apa yang telah diberikan?

9:85 Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir

"ada tu isteri yg terpaksa menanggung si suami"
*suami yang tidak bertanggungjawab atau mereka berbelanja mengikut nafsu bukan atas keperluan?

"Nak bayar kereta, rumah, minyak, bil-bil, makan dan minum keluarga semua"
Kenapa masyarakat malaysia ini kebanyakkan mencari alasan disebabkan tidak tahu membuat budget ikut keperluan?

17:31
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

Dan diingatkan berdoala sentiasa pada Allah swt
14:40 Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku.

miss wif da flow berkata...

salam..
saya mmg sgt tertarik dgn entry ni.sememangnya org skang sgt takut akan kemiskinan yg menyebabkn mereka memilih kehidupan bekerjaya.saya pun kalau boleh mmg tanak bekerja tapi malangnya,ibu bapa saya yg tidak membenarkan sy berbuat demikian walupun si suami membenarkan.
alangkah byk nya kerugian apabila perempuan bekerja bagi pendapat saya.x dpt melihat anak2 membesar dan kadangkala terabai tanggungjawab kepada si suami yg di mana dpt membantu kite ke syurga.
sesungguhnya rezeki kita mmg telah pun tertulis sebelum kita dilahirkan lagi.maka,kite kenala yakin bahawa Allah akan permudahkan urusan kita apabila kita melakukan semata-mata untuk Nya.
jangan biarkan dunia melalaikan kita.sahabat nabi yang paling lambat masuk syurga adalah sahabat dia yg plg byk harta.dan tentunya kita pun nak jd antara mereka yg awal ke syurga.insyaAllah...

aiman berkata...

sy sgt bersetuju dgn artikel ni... dgn kembali kepada ajaran islam yg sebenarnya, semuanya akan mnjadi teratur, rezeki & keperluan akan mnjadi cukup, anak akan mnjadi seorg yg soleh/solehah. isteri yg mnjaga anak,rumahtangga & melayan suami dgn baik membolehkan suami mnjadi semakin beriman, rajin berkerja utk keselesaan anak isteri. prestasi krja akan meningkat yg mmbolehkan kenaikan gaji atau mgkin mndapat peluang yg lebih bagus. tpi kadang2 tuhan mmberi kita ujian.. solat, berdoa, brsedekah, brbaik2 sesama org sekeliling dan berfikir dgn tenang boleh memberi jalan penyelesaian.. insya'allah

Tanpa Nama berkata...

taJUK YG BAGUS, AMAT BERSETUJU DGN SAUDARA PENULIS, SAMA2LAH KITA FIKIRKAN

selipar jepun berkata...

tidak berapa setuju dgn tajuk.dan agak tidak menyenangkan untuk dibaca.sori.

melalui bahagian awal artikel ini, penulis memfokuskan kehidupan wanita yang sudah berkahwin dan bekerja. oh.dan pada masa yang sama wanita ini mengandung. ok. bagi saya, wanita seperti ini, mereka mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa mereka perlu bekerja dan biasanya sebab-sebab itu adalah munasabah. semua sebab-sebab ini boleh difikirkan sendiri.

jika si suami mahukan isterinya menjadi seorang ibu yang berguna kepada anak yang bakal dilahirkan nanti, sepatutnya persediaan dari segi fizikal, mental dan rohani sudah di pupuk sedari awal perkahwinan lagi. jika si suami tidak mahukan isterinya bekerja (samada sejurus selepas berkahwin ataupun ketika mengandung), maka si isteri perlu taat pada suami. maka,si isteri tidak perlu bekerja. sebab suami itu mampu menanggung kehidupan isterinya dan anak yang bakal dilahirkan. persetujuan antara kedua-dua belah pihak sangat penting.

tetapi, jika ada sebab musabab dan permasalahan yang boleh menimbulkan konflik dalam keluarga, cth: masalah dari segi ekonomi, bagi saya, tidak salah jika wanita itu samaada mengandung ataupun tidak, dia keluar bekerja. ini atas sebab hendak meringankan beban suami dan mengurangkan konflik yang timbul dalam keluarga.

tidak ada mana-mana ibu yang sanggup melihat bayi mahupun anak-anak mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa jagaan dan asuhan yang betul. selagi wanita ini tidak lari dari batas-batas islam, maka, bagi saya, tidak ada salahnya jikalau wanita yang sudah berkahwin, dan pada masa yang sama, wanita ini mengandung, keluar mencari rezeki. apa yang penting sebenarnya sekarang, suami dan isteri perlu berbincang dahulu sedari awal mereka berkahwin, tentang apa yang masing-masing mahukan untuk mencapai kebahagiaan sepanjang hidup bersama.

semua wanita beremosi. tetapi terpulang kepada wanita itu sendiri memikirkan apakah cara yang terbaik untuk mengawal emosinya itu.

sekian...(^_^)

Helmis berkata...

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,..." Surah An-Nisa 4:34

Terimakasih diatas komen, memang saya sendiri pun tidak sedap membacanya akan tetapi sapa yang suka makan ubat? Bukankah kebanyakan ubat itu pahit? Jika saudara baca kembali, dalam permasalahan diatas, saya mengaitkan kepada pihak lelaki. Jika semua lelaki boleh menjadi pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab keatas wanita, semua perkara buruk ini insyaallah tidak akan terjadi. Akan tetapi mengapa lelaki makin hari makin tidak bertanggungjawab? Rujuk artikel saya "Patutlah Lelaki Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab", mungkin sebab perbuatan mereka sendiri, lelaki tidak lagi menjadi pemimpin mereka.

Tanpa Nama berkata...

ya...tak semua laki sekarang yg mampu memberi nafkah zahir kepada isteri...dan isteri terpaksa sendiri keluar mencari...dan yg paling sedih....terpaksa juga menanggung sisuami yg tidak bekerja....

Tanpa Nama berkata...

Tdk mnjadi suatu hlgn utk si isteri bekerja.mlh ianya suatu y ptt dpuji krn skurg2nya beban si suami dpt dikurgkn.ttp jgnlah smpai tlupa akn tggungjwb mlyn suami,dan si suami,jgnlh mnjadi diktator di rumah.jika isteri sibuk mngemas rumah,aplah slhnya si suami mnolong.isteri mnolong suami mncari rezeki,suami mnolong isteri mmbuat krja rumah.isteri bknlah hamba,tetapi harta y hrus djaga.

si isteri pula jgnlh skali2 berasa bsr dn hebat berbnding suami,krn syurga isteri terletak dibwh kaki suami.knp di kaki dn bkn d tgn atau kpala?ini ingin mnunjukkan bhwa isteri y layak ke syurga adlh mereka yg mnghormati suami.

Helmis berkata...

Banyak hujah balas pembaca berkisar keada kebaikan wanita bekerja dari segi ekonomi sedangkan apa yang saya paparkan didalam artikel adalah kesan kepada tumbesaran, pemikiran dan masa depan anak-anak kesan dari terlibatnya wanita didalam bidang pekerjaan.

Memang ada yg akan berkata, anak aku ok je, alhamdulillah berjaya masuk "U" dan sebagainya, kita harus lihat kesan dari sudut keseluruhan masyarakat itu sendiri, dari sudut "wholism" dan bukan individualism.

Cinta itu buta dan sains membuktikannya, jika kita cintakan dunia, wang ringgit dan kesenangan darinya, sudah tentulah wanita perlu bekerja untuk menolong suami membantu membayar langganan Astro, court mammoth, riba' bank kereta rumah dan sebagainya, akan tetapi jika cintakan akhirat yang mana anak soleh yang mendoakan itu adalah antara 3 pahala yg berterusan selepas mati, maka wanita akan lebih melihat kebajikan anak lebih dari alasan ekonomi dan sebagainya.

Bagi yang mahu bekerja, teruskan, bukan hak saya untuk menghalang, saya cuma memberi ketukan minda, agar kembali berfikir sedalam-dalamnya tentang kehidupan akhir zaman ini dan bukan menurut sahaja "trend" masyarakat moden.

Sheikh Imran menegaskan, revolusi feminis adalah salah satu taktik Dajjal untuk menipu manusia, ini termasuklah membawa corak hidup baru yang mana bagi wanita seolah2 sudah menjadi fardhu kifayah untuk keluar bekerja.

Lihat dan fikirkanlah dengan mata hati, mata keimanan dan bukan mata fizikal yang hanya nampak apa yang nyata (wang ringgit dan dunia) dan tidak mampu melihat helah muslihat Dajjal yang seolah seperti air sungai yang sejuk sedangkan ianya adalah api yang panas membakar (Sahih Muslim).

Walaubagaimanapun saya juga menegaskan bahawa lelakilah yang patut lebih memainkan peranan didalam hal kehidupan ini, akan tetapi nampaknya kaum lelaki juga sudah menjadi pengikut setia Dajjal Al Masih maka kesudahannya "Pi mai pi mai tang tu jugakla..." Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Ada pros and cons tentang wanita yang bekerjaya.antara wanita bekerjaya yang paling dikenali adalah siti khadijah,isteri rasulullah sendiri.adakah rasulullah pernah menghalang beliau dari berniaga?

memang benar perkembangan moral anak adalah bergantung secara terus kepada ibu bapa cara ibu bapa membesarkan mereka.anak2 yang lahir di dalam keluarga harmoni,jarang terlibat dengan masalah sosial.ini kerana mereka membesar dalam keadaan yang penuh kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.jadi secara tidak langsung,mereka ini lebih sukakan keadaan yang harmoni,aman dan bertolak ansur.malah mereka ini sentiasa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka terhadap orang disekeliling dan diri sendiri.mereka juga akan meletakkan maruah ibu bapa dan keluarga mereka di hadapan dalam apa jua keadaan.

tidak salah untuk seorang wanita bekerja asalkan mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka terhadap suami dan anak2.jika mereka mampu mengurus masa antara keluarga dan kerjaya,baiklah untuk mereka keluar bekerja.tetapi seandainya mereka terpaksa tinggalkan tanggungjawab terhadap keluarga demi kerjaya,lebih baik mereka tinggal di rumah,manguruskan keluarga.itu adalah lebih elok.

akhir kata,tahniah kepada penulis kerana mengetengahkan isu ini yang wajib dinilai oleh setiap pihak. setiap pendapat haruslah dinilai secara ilmiah dan bukan emosi.

Tanpa Nama berkata...

wanita xpyhla keje.baik benti je bagi y dah kawen y da mengandung.kurang keberkatan rezki bile bini bekeje.kalo takut rezki xckp,tu tandenye kite ni xyakin dgn Allah..xde nur dlm hati..

~Ibu Anggun~ berkata...

assalamualaikum..

dengan izin Allah saya tiba2 tergerak hati untuk mengetahui tentang quantum physics dan hasil carian 'google' membawa saya kepada blog ini. Saya baru mengikuti beberapa entri terdahulu saudara dan saya amat mengagumi kecintaan saudara terhadap ilmu dan menghubungkaitkannya dalam kehidupan.

Berkenaan dengan entri ini.. saya ucapkan terima kasih kerana menyedarkan saya dan betapa saya menginsafi diri.

Saya merupakan guru sekolah menengah. Walaupun masyarakat memandang tugas guru tidaklah sehebat profesyen yang lain tapi tekanan yang kami alami sememangnya sangat sangat mencabar. Tekanan dari pelbagai pihak.. pentadbir sekolah, pelajar, ibu bapa dsb.

Saya memahami entri saudara. Saya menggangapnya sebagai suatu peringatan kepada ibu ibu yang bekerja bahawa tanggungjawab sebagai ibu itu sudah cukup besar. Jika kita 'memilih' untuk menjadi ibu yang bekerjaya, maka seharusnya kita bersedia untuk memikul beban yang berat.

Tidak adil bagi anak kita apabila kita memarahinya atau mengabaikannya hanya kerana kita telah letih seharian bekerja. Sebagaimana kita profesional sebagai pekerja kepada majikan, sepatutnya seperti itulah profesionalism kita melayan karenah anak walaupun keletihan. Kebajikan dan keperluan anak2 terutamanya perhatian yang secukupnya semasa mereka membesar tidak patut di'diskaun'kan hanya kerana kita letih. (peringatan utk diri sendiri)

Saya telah lama mempertimbangkan pro n cons ibu bekerjaya dan alhamdulillah artikel ini seakan menyedarkan saya.

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya sependapat dgn tuan..saya seorang wanita..saya juga merasakan kehidupan masyarakat akan lebih baik jika kita hidup berlandas fitrah; suami keluar bekerja, isteri didik anak..ya relitinya sekarang saya bkerja utk 'backup' kalau dicerai suami, juga utk bantu keluarga yang membesarkan saya..

coffeebean................. berkata...

apa y ditulis di atas mmgla benar2 belaka...

mslhnya..dr pemerhatian saya, kebayakan suami y berpendapatan sederhana atau agak rendah mmg menggalakkan isteri mrk bekerja..sbb suami tu sedar pendapatan mrk mmg xckup..kalo suami istri boleh mengamalkan konsep bersyukur dgn btul mgkin xtimbul mslh xckup duit...realitinya brp rmi suami or isteri y benar2 boleh bersyukur...iman kena tebal dulula

situasi y sya lihat disekeliling saya ni..bla wanita xbekerja, si suami slalu merungut2 duit xckup,penat kerja, istri xmembantu xmcm istri org lain, pndi menghabiskan duit je...mcm2 lgi.so...suami y mcmni nak slahkan siapa?sbb frontal lobenya terganggu?knp terganggu?sbb perbuatan wanita?kenapa wanita berperangai & jadi mcmtu?sbb lelaki juga...lelaki xpandai memimpin..

sya fhm entry saudara diatas lbih kpd kesan2 dan memberi kesedaran.bkan pd wang & harta.tp jgn hnya fokus kpd kesan & mslh y bakal timbul..kna lihat kpd PUNCA SEBENAR.saudara cuba memberi kesedaran pda isteri2 utk berubah..tp istri2 y membaca entry ni xrmi y bole berubah walaupun fhm...sbbnya PUNCA sebenar dari akar umbi tak dpt diatasi...iaitu LELAKI...

Tanpa Nama berkata...

Pokok dan masalah sebenarnya...ialah..lelaki yg berkualiti hampir pupus..

Helmis berkata...

Ya memang benar lelaki berkualiti semakin pupus, malah barat juga sibuk memperkatakannya.

http://www.youtube.com/watch?v=FMJgZ4s2E3w

Akan tetapi siapa yang mempunyai peranan paling besar didalam mendidik lelaki itu dari kecil hingga dewasa? Bukankah tangan yang menghayun buaian itu mampu membuat anak yang dibuai itu menggoncang dunia, tetapi apa yang berlaku dizaman ini? Siapa yang membuaikan anak jika bukan orang gaji atau mesin buai rm180 beli kat pasaraya? Maka lahirlah anak-anak yang menggegarkan lantai-lantai disko dan juga pintu besi penjara ataupun pusat-pusat serenti.

Lelaki dan wanita dijadikan oleh Allah SW punyai peranan dan tujuan tertentu (Q Al Lail 92-4) akan tetapi nampaknya akhir zaman ini malam mahu menjadi siang dan siang mahu menjadi malam.

Pokok pangkal bukan lelaki atau wanita akan tetapi kepada suatu yang lebih luas... pokok pangkalnya adalah umat manusia itu sendiri yang semakin lari dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Masanya untuk berubah baik lelaki dan wanita kearah genarasi yang lebih berkualiti, masa untuk bangun dari lena yang panjang ini...

wangsa berkata...

as salam sdr Helmis,

semua itu memang berkaitan - di antara lelaki dan wanita, suami dan isteri, ibu dan pendidikan anak2 terutama anak2 lelaki serta contoh tauladan dan kepimpinan yg ditunjukkan oleh si ayah dlm sesebuah keluarga.

untuk melahirkan generasi lelaki2 yg berkualiti, maka ibunyalah yg akan mencorakkannya sejak dari kecil. maka bila ibu dpt memberi asuhan berkualiti (yg juga disokong oleh bapa) maka, akan lahirlah anak2 yg berkualiti - jika anak perempuan, maka mereka akan menjaga adap sopan, akhlak mengikut ajaran islam, jika anak lelaki telah diasuh utk memimpin sedari kecil , maka dia akan menjadi pemimpin yg hebat sama ada di rumah (memimpin bakal isterinya, anak2 dan keluarga) dan juga ditempat kerja.

pada masa yg sama bapa berperanan memberi contoh tauladan yg baik kepada anak2 lelaki mereka. contohnya - jika anak lelaki sedari kecil melihat ibu menyediakan minuman pd ayah, tak pernah pun tengok ayah buat air utk ibu,maka bila berkahwin nanti, dia mengharapkan isteri akan sentiasa sediakan air utknya, jika isteri sebuk atau tak sempat, dia lebih rela minum dikedai. walhal jika dia 'sanggup' buat air sendiri atau apa salahnya sesekali sediakan air utk keluarga, maka itu lebih jimat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

contoh: anak2 lelaki yg biasa buat kerja rumah, tolong ibu dan kakak di dapur secara tidak langsung tidak kekok membantu isteri bila dia berkeluarga, tidak salah mengajar anak lelaki basuh baju, memasak, pd masa yg sama didik sifat2 kepimpinan dlm diri mereka. berapa ramai ibu bapa menggalakkan anak2 lelaki yg baligh menjadi imam solat jemaah di rumah?

berbanding dgn sesetengah ibu-bapa yg skeptikal dan tidak menggalakkan anak2 lelaki menolong kerja2 rumah, ia hanya sinonim utk anak2 perempuan sahaja, nak minta tolong buang sampah pun sgt susah sekali. lepas tu nak mengharapkan mereka bila dewasa boleh membantu isteri dirumah secara automatik?? lebih rela membiarkan anak2 lelaki hanya menonton video atau bermain internet, sedangkan kakak2 mereka sebuk membasuh pinggan didapur. basuh pinggan hanyalah 'perkara kecil', tetapi memberi kesan yg besar bila mereka (melatih sifat rajin kepada anak2 lelaki) dewasa dan berkeluarga.

sesetengah ibu pula memandang serong menantu perempuan bila anak2 lelaki mereka membantu isteri membasuh baju, memasak, mengemas rumah, sebab sudah disetkan ia adalah tugas wajib seorang isteri (ibu lagi...?)kecuali jika suami siibu tadi biasa menolongnya dirumah (contoh dari si ayah....)

jadi anak2 (terutama lelaki) yg bertanggungjawab dimasa depan, adalah bergantung kepada didikan dan asuhan berkualiti drpd ibu & ayahnya sejak dari kecil. contohnya, bila mereka rajin dari kecil, maka ia akan memberi manfaat kepada bakal keluarganya dimasa depan pula. bila mereka diasuh dgn sifat2 kepimpinan yg baik, maka dia akan mampu menjadi ketua keluarga yg baik kepada bakal isteri dan anak2nya dan begitulah seterusnya..............

p/s - membasuh pinggan dan memasak adalah contoh utk melatih sifat rajin pd diri anak2 lelaki, byk lagi cara2 lain yg boleh dilakukan utk menerapkan nilai2 baik dan sifat kempimpinan kepada mereka. pada masa yg sama anak2 perempuan juga diasuh dgn sifat2 yg sama,menjadi pemimpin yg baik utk bakal anak dan keluarga mereka. juga hormat serta menghargai suami mereka.

Me berkata...

saya tak tahu kenapa... tapi saya sedang menangis selesai baca artikel n semua komen. betul, lelaki adalah pemimpin dan bertanggung jawab mencari nafkah. isteri mendidik n mengasuh anak2. setiap apa yg dilakukan oleh seorang isteri atau ibu kerana allah dikira ibadah. Insyallah ada ganjaran dari-NYA. semuanya harus kembali kepada apa yg diajarkan dalam ISLAM.

Slave berkata...

Salam to all. Alhamdulillah mintaklah hidayah from Allah utk kita dibimbingNya always. Isteri saya pernah bekerja sebagai jurutera for 5 years. Pda masa tuh, anak2 mmg terabai sebab kami balik lewt n letih bekerja ... Alhamdulillah, skarang Allah dah bagi jalan utk isteri fokus di dlm rumah n saya di luar rumah n dalm rumah. Mmg kami nampak hasil dan biggggggg difference by doing this. ALhamdulillah, Rase cam nak stay like this forever.. Point hat i wan to make is that kalo isteri bekerja, mcm mana batas2 pergaulan kat luar nun ? Brapa ramai isteri2 org yg bekerja yg hanyut and jumpa boypren baru, rumahtannga hancurr n anak2 layuuu? Akhbar n newspaper n berita n soceity around us membuktikannya.

Tanpa Nama berkata...

Allah telah memberi ketetapan bahawa kejayaan manusia pada hari ini dan akan datang baik lelaki maupun wanita hanyasanya dalam agama Allah iaitu berusaha menuruti segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah swt mengikut sunah Nabi Muhammad saw. Bila kita ikut sunah nabi saw pasti dan pasti akan mendapat kejayaan didunia dan juga akhirat.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas