Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 9 April 2009

Antara Babi Dan Zina

Sejak kebelakangan ini saya kerap mendapat email yg difwdkan oleh rakan2 tentang byk produk2 harian yg kita guna mengandungi unsur babi. Begitu hebatnya kesedaran masyarakat melayu kita hinggakan semua aspek "kebabian" dijaga dan harus dielakkan dgn semutlak2nya. Disebabkan oleh email ini juga teringat saya akan kata2 seorang ustaz dalam ceramahnya di Kota Damansara kira2 10 tahun yang lalu mengenai zina dan babi.

Masyarakat melayu telah di"brainwash" dari kecil yg babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yg di "key in" kedlm minda separuh sedar kita ini (melalui proses brainwash) menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier. Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan didepan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dgn secepat yg mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu "tak boleh ikut jln lain ke dan mcm2 lagi..." satu tindakan automatik minda separuh sedar. Tetapi didalam islam saya belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita dan di"brainwash", ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.

Tetapi Nabi berpesan "Janganlah kamu menghampiri ZINA", jadi amat berat lagi zina berbanding babi hinggakan menghampirinya pun tidak boleh, tetapi disebabkan kita tidak di"brainwash" dari kecil yg pergaulan bebas lelaki dan wanita itu sebaik2nya dielakkan maka apabila dewasa untuk membataskan sempadan pergaulan lelaki dan wanita yg mana kebarangkalian untuk menjurus kearah zina itu amat tinggi amat sukar untuk di wujudkan. Ditambah pula dgn generasi pemimpin2 sekarang yg rata2nya mendapat pendidikan dibarat, jadi untuk mengasingkan pekerja lelaki dan wanita dipejabat dianggap suatu yg jumud dan kuno sedangkan itu juga menjurus kearah zina, malah dari kecil lagi kita dicampurkan lelaki dan perempuan disekolah2 sama dgn konsep barat.

Kita di"brainwash" dari kecil hinggalah dewasa menerusi TV dan filem2 yg lelaki dan wanita itu mesti dan wajib bercinta sebelum kahwin dan amatlah perlu kenal mengenali sebelum kahwin, nak tahu serasi ke tidak, nak mendalami perasaan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mengikut landasan islam untuk mengenali pasangan, malah berdating berdua2an, ringan2 dan akhirnya terjebak dgn zina. Landasan berkasih sayang adalah menurut "kitab" ajaran Hollywood, Bollywood, Kollywood (Korea) dan Indowood (Indonesia).


Minda sedar kita terlalu sedikit kapasitinya berbanding dgn minda separuh sedar yg menguasai 99.99995% data yg diproses pada setiap saat. Minda sedar byk digunakan untuk fokus pada sesuatu itu, sebab itu ada pepatah "makan sedap sgt hingga mak mentua lalu pun tak sedar". Masaalahnya bila dua manusia ini bercinta, minda sedar mereka fokus kepada nikmat percintaan itu sendiri jadi bila tiba situasi untuk membuat plihan samada mahu berpegangan, mahu ringan2 atau tidak, minda separuh sedar biasanya akan membuat pilihan sama seperti automatiknya mengelak lori babi. Tetapi jika apa yg dirakam oleh minda separuh sedar (melalui TV dan filem) adalah apabila bertemu harus disusuli dgn berpegangan, ringan2 dan ciuman maka itu yg kita dapat lihat gejalanya rosaknya masyarakat dizaman ini.

Zaman materialistik membuatkan kedua2 ibu dan bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak2 dirumah tanpa didikan, perhatian dan tunjuk ajar. Anak lebih di"anggap" seperti binatang ternakan yg hanya perlu diberi makan (oleh org gaji) dan juga pendidikan (unsur2 luaran) tanpa perlu tunjuk ajar yg lebih sempurna dari ibu bapa. Anak lebih mudah dijaga dgn disuruh melihat TV, internet atau main video games, malah ketika menonton filem2 cinta terutamanya filem hindustan anak2 juga diajak menonton bersama dan ini apa yg dilihat di TV dirakam secara mutlaknya kedalam minda separuh sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Jadi generasi yg kita lihat sekarang adalah generasi yg dididik dgn filem2 percintaan dari luar malah filem cinta melayu juga tak kurang hebatnya. Jika dulu buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan, apa nak dihairan sekarang jika buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan. Jadi siapa yg harus disalahkan jika generasi sekarang ini rosak akhlaknya jika bukan ibubapa sendiri. Berhenti menuding jari kearah orang lain dan fikir sedalam2nya.

Persoalan yg perlu difikirkan sekarang adalah, adakah kita semua didlm hala tuju yg benar? Apakah kita semua masih tenggelam dgn alat hipnosis terhebat didunia ini iaitu TV? Dan apakah yg perlu kita lakukan untuk menuju hala tuju yg baru? Saya hanya cuba menyedarkan dgn mengajak anda melihat dunia dari sudut yg berbeza, saya hanya menunjukkan pintu hala tuju yg baru dan anda yg harus membuat pilihan samada untuk keluar dari "kotak" pemikiran ini atau tenggelam dgn corak pemikiran lama yg makin hari menuju kemusnahan. Berfikir dan melakukan perkara yg sama tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza itu sesuatu yg gila, jadi kita harus berfikir dan melakukan perkara yg berbeza untuk mengubah dan menyelamatkan keadaan. Generasi akan datang akan lebih teruk lagi jika generasi masa kini tidak berubah. Ingat dating, ingat babi, pilihan difrontal lobe anda.

4 Komen:

Awanama berkata...

Salam,

Betul tu Saudara Helmi.

Satu perbandingan yang tepat.

Awanama berkata...

Beza antara dua ni senang je.. Murtad jika makan babi tapi kenapa pula tak murtad bila berzina?

Awanama berkata...

Saya suka dengan pandangan ini. Benar dgn apa yang terjadi sekarang. Cuma saya berharap ada yang mampu berkongsi cara alternatif untuk mendidik anak. Saya selalu berpandangan, jika ada satu perkara yang tidak dibolehkan, kita mesti memberi 3 atau 5 atau lebih perkara yang boleh menggantikannya. Harap ada yang dapat memberi kupasan lebih terperinci

acinetobaxter berkata...

sungguh benar sekali. zina itu tampak lebih mudah apatah lagi pernikahan sekarang disusah-susahkan demi menurut nafsu, kehendak dan emosi masyarakat serta jabatan agama. untuk muslim yang benar-benar beriman, sudah semestinya sistem pernikahan skrg boleh dibuat, tetapi untuk remaja-remaja yg rapuh dan lemah...pernikahan adalah sesuatu yang besar, susah dan tak mampu dilakukan sedangkan hakikatnya, ALLAH memudahkan pernikahan untuk mengelakkan zina.

untuk tuan,puan, dato dan datin tanpa nama....

1.usul pertama untuk mendidik anak adalah dengan pengubahan pemikiran bapanya kepada pemikiran islam syariat yang moden, bertauhid dan bertasauf. apabila telah matang, barulah langkah kedua.

2.didikan suami atas isterinya untuk menjadi muslimah sejati dan pembentukan pemikiran yang bebas dari unsur-unsur moden yang sesat lagi menyesatkan.

3.suami dan bapa harus menetapkan jenis manusia apakah anak itu akan didik, manusia atau kambing.

4. memperkenalkan si anak kepada ALLAH dengan sibapa dan ibu terlebih dahulu kenal akan diri dan Tuhannya sejak dari usia bayi lagi.

5. menerangkan tentang tujuan hidup apabila anak itu sudah boleh memahami.

6. menyusah-nyusahkan anak dengan kesusahan-kesuahan yang berpatutan untuk mendidik mereka berdikari, cekal dan berani menempuh hidup.

dan banyak lagi...alternatif yang boleh difikirkan.

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas