Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 23 Jun 2009

Ahmadinejad - Penipu atau Mangsa Penipuan?

Saya bukanlah pembaca akhbar yg aktif, baik surat khabar fizikal ataupun dialam maya ini, tetapi saya tidak terlepas juga dari ternampak banyak berita2 utama dunia yg membesar2kan kekecohan undian di Iran. Apa yg digambarkan Ahmadinejad menipu didalam pilihanraya tersebut, benar atau tidak hanya Allah sahaja yg tahu selain dari yg empunya diri dan penyokong2nya.

Dari kisah Ahmadinejad ini saya teringat filem dokumentari Zeitgeist Addendum yg saya lihat tahun lepas dan masih melihatnya dari masa ke semasa untuk mengingatkan saya akan pembohongan didunia ini, dan ada kisah mengenai bekas Presiden Iran yg digulingkan iaitu Mossadegh sekitar tahun 50an. Didalam filem Zeitgeist tersebut, John Perkins yg juga pengarang buku Confession of an Economic Hitman, menceritakan panjang lebar bagaimana agen2 perisikan barat adalah dalang utama disebalik rusuhan di Iran untuk menjatuhkan Mossadegh malah beberapa rusuhan/pemberontakan diseluruh dunia, termasuklah pembunuhan beberapa presiden/pemimpin yg tidak mengikut polisi Amerika.

Saya telah editkan sedutan dari filem tersebut dan saya letakkan sarikata untuk manafaat rakan2 sekalian.

Find more videos like this on SyurgaDiDunia
Disini saya letakkan video keseluruhan siri Zeitgeist Addendum untuk tontonan rakan2 sekalian.

Apa yg saya ingin pesankan disini adalah, filem ini olahan barat yg tidak percayakan tuhan tetapi sedar akan penipuan yg berlaku didunia baik dari segi kewangan, politik hinggalah keagama mereka sendiri (Kristian). Mereka mengajak manusia semuanya meninggalkan agama dan ini adalah jalan hidup yg sesat. Banyak hujah boleh dikemukakan untuk menolak pelawaan mereka ini tetapi kita tumpukan dahulu bagaimana untuk "mengejutkan" diri kita yg telah lama terlena didalam jaga ini.

Bahagian pertama mengenai sistem kewangan ciptaan barat yg berlandaskan RIBA yg kita tahu adalah salah satu dosa besar yg amak dibenci oleh Allah dan Nabi, malah lebih jijik dari berzina. Melalui sistem kewangan ciptaan mereka inilah dunia menjadi semakin menuju kehancuran dengan manusia berlumba2 cuba mengaut sebanyak mana mungkin duit yg ada didalam peredaran menyebabkan kehidupan semakin tertekan, semakin pentingkan diri sendiri, tamak malah tidak dapat membezakan lagi yg halal dan yg haram.

Bahagian kedua pula mengenai dalang penjenayah ekonomi yg menguasai dunia dgn menjatuh atau membunuh pemimpin2 yg ikhlas dan jujur, dengar apa yg diucapkan oleh bekas Presiden Panama Omar Torrijos apabila dia sedar yg beliau akan dibunuh kerana tidak mahu menjadi pemimpin yg korup. Akan tetapi beliau tetap dgn pendiriannya, beliau mati beberapa bulan kemudian dalam kemalangan kapalterbang.

Dunia tidak lagi punyai pemimpin negara yg berjiwa rakyat sebegini, pemimpin jujur yg cuba naik selalunya ditindas dan hanya menjadi pemimpin pembangkang. Dengan rakyat yg terlena dgn dunia dan hiburan, peluang pemimpin2 ikhlas sebegini untuk naik agak sukar tetapi tidak mustahil, moga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan usaha mereka agar pemimpin negara yg benar2 berjiwa rakyat benar2 dapat dihasilkan, yg pentingkan rakyat lebih dari dirinya dan keluarga sendiri dan bukanlah pemimpin yg hanya melawat rakyat menjelang pilihanraya untuk paparan muka depan akhbar2.

Saya mengajak rakan2 berfikir sedalamnya apa yg dipaparkan didalam filem ini dan rujuk kembali kepada Al Quran dan sunnah sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya bab agama, harap rakan2 semua sedar bahawa apa yg kita faham mengenai wang atau duit dan juga sistem politik dunia adalah amat berbeza sekali dgn apa yg dipaparkan di media2.

Harap sama2 mendapat manafaat dan iktibar dari filem ini. Sila lawat laman http://www.zeitgeistmovie.com untuk maklumat lanjut. Laman http://www.wakeupproject.com juga satu laman infovideo yg boleh membuka minda.

1 Komen:

S@Y@NGH@SNI berkata...

terima kasih untuk info ini..

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas