Merawat Diri - 4 Rukun Penyembuhan Sendiri
Merawat diri sendiri terutamanya penyakit yg tidak kelihatan (penyakit dalaman)
adalah suatu yg mustahil bagi kebanyakan masyarakat kita, jika luka tiada kegusaran untuk sembuh kerana ianya suatu yg kelihatan, bg yg tidak nampak contohnya kanser, keyakinan untuk sembuh itu amat sukar dan kita lebih berserah kepada doktor ataupun takdir dan hanya menunggu saat2 yg akan tiba. Jika tiada keyakinan dihati, harapan kembali pulih hanyalah umpama cahaya matahari yg hilang diufuk senja. Untuk mempercayai suatu yg kelihatan amat mudah, yg ghaib atau tidak kelihatan amat payah sekali.Dr Joe Dispenza telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yg menyebabkan tulang belakang beliau patah, pakar Chiropractor ini disarankan oleh pakar ortopedik untuk menjalani "Harington rod surgeri" secepat mungkin atau peluang untuk sembuh dan berjalan kembali akan menjadi semakin tipis, setelah bertanya pendapat 8 pakar, beliau akhirnya memilih untuk menggunakan kekuatan minda untuk merawat dirinya sendiri. Selepas 3 bulan beliau kembali normal dan mula bekerja seperti biasa.
Secara jujurnya beliau tidak tahu samada sembuhnya beliau ini suatu keajaiban, akan tetapi beliau menanamkan niat untuk terus mengkaji proses peyembuhan langsung secara semulajadi tanpa ubatan moden dengan lebih mendalam lagi. Beliau menjelajah kebanyak tempat dan negara dan menemurah mereka2 yg sembuh dengan sendirinya dari pelbagai penyakit kronik. Tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, dan pekerjaan, apa yg beliau dapati kesemua mereka ini mempunyai 4 persamaan ataupun kebetulan yg beliau gelarkan "4 Pillars of Healing".
Persamaan 1 - Kuasa Yang Memberi Kehidupan Mampu Menyembuhkan.
Kesemua mereka yg ditemuramahnya percaya kepada kuasa yg mecipta diri ini mampu menyembuhkan diri mereka. Mereka menggelarkannya sebagai kuasa tuhan, kuasa roh dan juga minda separuh sedar. Mereka yg sembuh ini percaya bahawa jika mereka boleh berhubung dengan kuasa ini, mereka akan dapat menerima pertolongan untuk sembuh.
Persamaan 2 - Fikiran (thought) Adalah Suatu Yang Nyata.
Kesemua mereka percaya apa yg mereka fikirkan akan memberi kesan kepada diri mereka. Dari situ juga kesemua mereka ini membuat perubahan kepada cara pemikiran mereka yg menjadi titik tolak kepada perubahan pada jasad dan kehidupan mereka. Bidang sains psychoneuroimmunology menerangkan bagaimana proses otak merembeskan signal kimia dari emosi yg terhasil dari pemikiran lantas memberi maklumat kepada tubuh badan kita. Pemikiran yg positif akan memberi maklumat yg baik untuk membolehkan badan sembuh seperti sediakala.
Persamaan 3 - Mencipta Diri Yang Baru.
Mereka sedar mereka harus berubah menjadi manusia yg baru dengan mengubah fikiran mereka. Dengan menepikan rutin harian mereka, mereka menghabiskan masa memikirkan secara mendalam, meneliti diri dan membuat andaian/spekulasi jenis manusia bagaimana yg mereka ingini (what if?). Kebarangkalian seperti, "apa kata jika mereka berhenti menjadi insan yg tidak gembira, pentingkan diri sendiri dan hidup menderita?", "apa kata jika aku berhenti dari risau, rasa bersalah dan hidup penuh kesalan?", "apa kata jika aku bersikap jujur terhadap diri sendiri dan orang lain?". Neuroplasticity adalah satu konsep bahawa jaringan2 neuron otak akan boleh berubah dengan membuat corak2 pemikiran yg baru, dari itu kita boleh mencipta diri yg baru berkat dari muhasabah diri yg mendalam.
Persamaan 4 - Mampu Menumpukan Perhatian Hingga Tidak Sedar Situasi Masa dan Ruang.
Mereka kesemuanya tahu ada manusia lain yg sudah sembuh dengan sendirinya jadi mereka percaya yg penyembuhan sendiri itu boleh juga berlaku pada mereka. Mereka menjadi pemerhati yg hebat dengan menumpukan perhatian terhadap apa yg difikirkan, tumpuan terhadap apa yg difikirkan sungguh khusyuk dan fokus hingga mereka lupa akan input dari jasad mereka, masa dan ruang. Mereka menepikan suara2 dari luar (cakap2 orang) dan juga suara hati sendiri yg meragui kebolehan diri untuk sembuh. Mereka semuanya "make up their own mind" (membuat keputusan nekad) untuk sembuh dan menepikan semua input2 luar yg tidak membantu diri mereka.
Selain dari 4 persamaan utama tadi ada 2 lagi persamaan yg agak menonjol, mereka semua tahu yg jauh disudut hati mereka, mereka sudah sembuh, tanpa perlu diuji oleh doktor tahap penyakit mereka ini, mereka merasakan seolah2 tiada lagi penyakit tersebut didalam diri mereka. Keduanya pula adalah kebanyakan doktor yg merawat mereka ini menganggap mereka tidak siuman, walaupun demikian setelah melihat penyembuhan pada diri mereka, rata2 memberi semangat agar meneruskan usaha mereka untuk sembuh sepenuhnya.
Dua tahun lepas saya mengalami kecederaan pada lutuh dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan membuang tisu yg koyak didalam sendi lutut, saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan, sebaliknya saya tanamkan didalam hati yg lutut saya akan sembuh, alhamdulillah sekarang sudah tiada lagi masaalah. Membaca buku Evolve Your Brain karangan Dr Joe Dispenza menambahkan lagi keyakinan kepada saya bahawa memang kita semua mampu merawat diri sendiri, hanya percaya dengan tidak sahaja kepada kekuatan minda sendiri dan keimanan (percaya) kepada Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemberi.
Apa yg saya kongsi bersama disini tidak mampu menyembalikan rakan yag sudah pergi, akan tetapi harap ini dapat memberi kesedaran kepada rakan2 yg lain bahawa kita mampu sembuh dari segala jenis penyakit. Allah itu maha pemurah dan akan makbul doa jika kita meminta kepadaNya dengan yakin dan penuh percaya yg kita mampu sembuh.
Rujukan - Evolve Your Brain, Dr Joe Dispenza
Saya menggelarkan ianya sebagai self healing (penyembuhan sendiri). Setakat ini sudah beberapa kali saya melakukannya dan Alhamdulillah, berjaya. Pada mulanya terpaksa tetapi 'self healing' menjadi alah biasa akhirnya. Dengan izin Allah, Saya mengubati diri sendiri untuk beberapa situasi berikut:
1. Hati/jiwa yang sangat kecewa dan fikiran yang sangat bercelaru sehingga rasa ingin mati. Keyakinan yang saya tanamkan ialah; Allah memberikan saya nyawa dan amanah anak-anak untuk dibesarkan dan dididik. Kalaupun saya ingin mati, anak-anak saya ingin hidup. Mereka perlukan saya untuk menghidupkan dunia mereka. Jadi saya mesti hidup! Itulah amanah Allah yang perlu saya selesaikan sebelum saya memilih untuk mati. Hasilnya, jiwa saya tiba-tiba tergugah, semangat menjadi kuat dan saya mulai menyusun semula hidup saya yang dipenuhi amanah.
2. Beberapa kemalangan termasuk kemalangan jalan raya telah menyebabkan tulang belakang saya sakit beberapa tahun. Kesakitan ini terbawa-bawa semasa saya mengandungkan anak. Suami saya memberi keyakinan bahawa sakit saya boleh sembuh. Saya menjalani fisioterapi dan selebihnya saya kuatkan hati dan positifkan minda bahawa sakit ini akan reda jika saya yakin begitu jadinya. Kini saya sudah sembuh. Cuma saya tidak menggalakkan diri saya memakai kasut tumit tinggi untuk elakkan sakit belakang lagi.
3. Dahulu, semasa kecil, salah seorang anak saya menghidap hernia. Beliau hampir menjalani pembedahan. Tetapi saya dan suami yakin Allah adalah kuasa penyembuh mutlak. Namun manusia harus berusaha sebagai memenuhi fitrah 'sebab dan akibat'. Kami memilih perubatan alternatif. Sebelum ke bilik pembedahan, hernia anak saya sudah hilang sama sekali. Subhanallah.
4. Anak saya dilahirkan tidak cukup bulan (32 minggu / 8 bulan). Dia ditempatkan dalam incubator selama 26 hari. Dari bayi hingga usia 10 tahun dia demam dua minggu sekali. Dia sering mendapat jangkitan. Anak tekak sentiasa kembang, merah dan putih. Hampir dibedah ketika 10 tahun. Saya nekad untuk usaha yang terakhir sebelum dibedah. Selepas habis antibiotik dari doktor pakar, setiap hari saya beri anak saya makan spirulina dan aloe vera beserta dengan keyakinan dan doa agar anak saya akan sembuh tanpa melalui pembedahan, sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah. Anak saya sembuh. Buat pertama kali dalam hidupnya dia bebas dari jangkitan dan demam untuk tempoh 2 bulan. Saya meneruskan amalan memberinya spirulina, aloevera, yakin dan doa untuk tempoh 6 bulan. Jika 6 bulan dia tiada tonsil lagi, bererti dia sudah sembuh sepenuhnya. Syukur, dia melepasi tempoh itu dengan jayanya. Selepas itu sedikit demi sedit dia membina stamina, bergiat aktif dalam sukan dan menjadi atlit sekolah. Kini usianya 15 tahun, sering mewakili sekolah dan daerah untuk olahraga dan taekwondo.
Bila menoleh ke belakang kembali, subhanallah, Tuhan memberi kita masalah dan Dia juga memberi penawarnya di tangan kita sendiri. Selalulah cari hikmat sesuatu yang sudah ditakdirkan. Pasti rahsianya tersingkap jua akhirnya. Bagi saya semua ini menguatkan keyakinan saya terhadap Tuhan semesta alam, Allahu Rabbi.
Terimakasih kerana berkongsi pengalaman, percaya kepada yg ghaib amat sukar akan tetapi kesannya amat hebat. Konsep self healing ini amat janggal bg masyarakat kita kerana kebanyakan kita telah di"brain wash" dari kecil lagi, "kamu sakit, kena jumpa doktor, kena makan ubat", jadi hingga dewasa dan hingga keliang lahat manusia hidup dgn "mantra" yg tersimpan didalam minda separuh sedar.
Jika minda sedar mahu menyembuhkan diri sendiri akan tetapi jika minda separuh sedar tidak selari maka ianya tidak akan berjaya, positif thinking hanya ibarat jari yg menutup mata dari melihat ketidak percayaan terhadap penyembuhan sendiri didalam diri.
Insyaallah rajin bersolat dgn khusyuk dan fokus serta doa yg tidak jemu2 boleh mengembalikan kekuatan diri kita untuk sembuh, insyaallah.
Salam, artikel ini amat memberi harapan baru kepada saya yang sedang mengalami sakit tulang belakang sejak 13 tahun hingga kini, asalnya sakit betis yang dialami bertahun2 sejak 1996 mencari2 pelbagai kaedah perubatan tapi tak ketemui akhirnya buat pembedahan pada 2003 krn hampir tak dapat menggerakkan kaki untuk berjalan, namun tak berjaya dan jalani lagi pembedahan kali kedua pada 2008 pun tak berjaya juga, pelbagai rawatan alternatif dan hospital dah dibuat namun masih tak ada perubahan malah semakin teruk. Memang diakui jika kita asyik mengenangkan sakit tanpa mahu memikirkan yang lain2 akhirnya kita hanya akan terlantar di atas katil dan memikirkan bila akan sembuh tetapi akan bertmabah sakitnya apakan tidak, kerana tidak bergerak berat badan bertambah, tulang menjadi reput dan akibat makan ubat terlebih steroid dapat pula cushing syndrom dan macam2 penyakit lagi.
Alhamdulillah anda telah memberikan aspirasi kepada saya, semoga saya dapat mengamalkan cadangan anda di sini dan semoga akhirnya apa yang saya alami ini akan berkhir juga insyAllah. terima kasih kerana berkongsi artikel ini.
Werdah,
Dahulu saya juga selalu sakit pinggang dan tidak dapat berjalan akibat kemalangan. Doktor meramalkan saya akan lumpuh jika tidak dirawat. Tapi saya takutkan pembedahan. Saya pasrah kepada Tuhan. Lagipun status ekonomi yang tidak memungkinkan saya membuat bayaran pembedahan telah menguatkan semangat saya untuk hidup dan bertahan dengan berserah kepada Tuhan daripada berserah kepada doktor. Saya hanya menerima nasihat doktor untuk melakukan fisioterapi tetapi bukan pembedahan. Ya, doktor adalah penasihat profesional tetapi pilihan masih tetap di tangan kita. Bukan mudah saya meyakinkan diri. Bertahun saya belajar percaya pada keupayaan diri dan yakin dengan kudrat Ilahi. Kalimat ini selalu saya pegang; "Sesuatu takdir Tuhan tidak akan berubah melainkan dengan doa". Setelah saya kaji, kalimat ini adalah sebuah hadis Qudsi. Hadis Qudsi ialah hadis Nabi Muhammad (saw) yang lafaznya datang dari Muhammad tetapi maknanya datang dari Allah. Lalu saya begitu yakin dengannya. Maka saya mendapat jawapannya... doalah penyembuh dan penawarnya!
Dalam blog saya (http://aspirasiku.wordpress.com), saya akan ceritakan lebih lanjut bagaimana seorang rakan rapat saya penghidap tumor di otak boleh sembuh.
Catat Ulasan