Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 8 Disember 2009

Benarlah Cinta Itu Buta - Sains Membuktikannya

"Mengapa kamu memakai cincin perkahwinan kamu di jari yang salah?"
"Oh.. kerana aku berkahwin dengan orang yang salah"
Lawak barat

Cinta itu buta, pepatah yang seringkali diucapkan oleh segenap manusia, baik dari para artis, penyajak apatah lagi oleh mereka yang bercinta, setelah sekian lama ianya menjadi misteri, saintis Andreas Bartels and Semir Zeki dari Wellcome Department of Imaging Neuroscience, University College London membuktikan ungkapan tersebut. Dengan menggunakan sistem imbasan "Functional Magnetic Resonance Imaging" (fMRI), apa yang berlaku didalam otak manusia akibat "cinta" itu dapat dikaji dan difahami dengan lebih mendalam lagi.

Dengan menggunakan teknik fMRI ini, mereka mendapati kawasan tertentu otak menjadi aktif yang mana ini yang membuatkan cinta memberi kesan yang hebat kepada manusia. Mereka juga mendapati "cinta" juga menyebabkan aktiviti dibahagian tertentu otak terhenti dan menyebabkan kita tidak nampak akan kepincangan atau keburukan pada seseorang yang kita cintai itu, inilah yang dikatakan "buta".

Kertas saintifik mereka itu membuat kajian cinta antara ibu dan anak dan juga antara lelaki dan wanita, kedua2nya menunjukkan keputusan yg hampir serupa. Baik ibu dan anak mahupun pasangan kekasih, manusia akan menjadi "buta" disebabkan oleh cinta. Menurut pandangan saintis, cinta adalah sesuatu yg "terbina" didalam diri manusia itu sendiri untuk memastikan manusia terus kekal dimuka bumi baik dari segi berkembang biak mahupun untuk menjaga anak2 tersebut. Bayangkan apa terjadi jika kita serta merta boleh nampak akan kepincangan orang yg dicintai? Maka ramai yg tidak akan berkahwin, si anak pula akan mati kerana siibu tidak mahu bergelumang dengan kepayahan menjaganya.

Kedua2 saintis tersebut mengambil data imbasan otak dari 22 ibu yg melihat gambar anak2 mereka dan juga anak2 wanita lain yang rapat dengannya, Mereka juga mengambil imbasan otak dari sukarelawan lain dan mengambil data imbasan otak ketika mereka melihat gambar pasangan, kawan baik dan juga kenalan.

Data dari imbasan otak itu menunjukkan bahawa, bg kedua2 jenis hubungan (ibu anak dan kekasih) bahagian otak yg dikaitkan dengan "mendapat ganjaran" menjadi aktif. Ianya sama juga ketika keadaan kita mendapat ganjaran lain seperti makanan, minuman, mengambil dadah dan juga mendapat ganjaran wang atau duit. Jadi "cinta" itu juga boleh dilabelkan sebagai dadah, cuma ianya dadah semulajadi wujud didalam diri manusia itu sendiri.

Bahagian otak yg menjadi tidak aktif (switch-off) pula adalah kawasan2 tertentu di prefrontal cortex (frontal lobe), yang mana ianya adalah bahagian otak yg membuat penilaian sosial terhadap seseorang itu, apa yg dipanggil "critical sosial assessment". Begitu juga dengan kawasan otak yang ada hubungannya dengan emosi negatif seperti kekasaran, ketakutan dan juga merancang. Dalam erti kata lain, esmosi cinta itu bukan sahaja membuatkan manusia itu "buta" dan tidak nampak kekurangan/kepincangan atau keburukan terhadap insan yang dicintai itu, malah emosi2 negatif terhadap pasangan juga tidak wujud disebabkan oleh emosi cinta itu. Akan tetapi apabila emosi cinta itu sudah berkurangan, bahagian otak yg membuat penilaian sosial itu tadi akan menjadi aktif semula.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua2 hubungan ini antaranya adalah, dalam hubungan kekasih, bahagian otak yg terlibat dalam rangsangan sex juga menjadi aktif, ini tidak didapati dalam imbasan hubungan ibu dan anak. Begitu juga pada bahagian otak yg mengenal pasti reaksi muka (facial expression) juga amat aktif dalam hubungan ibu dan anak. Penulis kertas saintifik itu membuat andaian, kebolehan untuk melihat reaksi perubahan pada muka anak penting untuk ibu mengetahui situasi anak.

Apakah implikasi kajian ini terhadap kehidupan manusia didunia ini? Adakah si"dia" yg kita cintai itu benar2 sesuai untuk kita? Bolehkah kita hanya percaya kepada perasaan cinta terhadap seseorang itu jika "cinta" tersebut membuat kita tidak nampak akan kekurangan atau keburukan seseorang yg digilai itu? Jika seseorang itu sedang mabuk bercinta akan tetapi ibu dan bapa tidak merestui atau menghalang perhubungan tersebut, ataupun mungkin ada rakan2 yang cuba menasihati agar tidak meneruskan hubungan dengan seseorang itu, ini adalah kerana mereka boleh nampak ketidak suaian si "dia", tetapi yg sedang mabuk bercinta tidak nampak dan memarahi ibu bapa dan rakan malah ada yang lari dari rumah kerananya. Ini kes yang kecil, bagaimana pula dengan kes sehingga meninggalkan agama yang sudah tidak menjadi suatu yg menghairankan lagi?

Bagaimana pula dengan cintakan dunia? Cintakan materialism, harta, rumah kereta dan kesenangan hidup didunia. Cintakan dunia berkait rapat dengan ganjaran serta merta yg boleh dirasai, dilihat, dipegang dan dialami secara nyata dan ini juga melibatkan bahagian otak yg sama (reward center). Walaupun lapuran saintifik ini tidak mengkhusus kepada cintakan materialistik, jika dikaitkan dengan "ganjaran" yg diperolehi dari nikmat dunia itu maka hipotesis saya, ia juga membuatkan kita tidak nampak akan keburukannya. Disebabkan itu manusia akan menghalalkan apa yang haram jika cintakan dunia itu menyelimuti pemikiran dan emosi mereka dan tidak lagi boleh nampak kerosakan besar yg dialami disebabkan perbuatan mereka itu tadi. Maka tidak hairanlah jika manusia menghalalkan riba apa yg Allah haramkan, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan arak apabila Allah mengharamkannya. Jika dikaitkan kembali dengan cinta terhadap manusia, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan pergaulan bebas apabila Allah mengharamkannya.

Masalah utama cintakan dunia ini sebenarnya adalah ianya tidak akan pernah cukup, contohnya apabila anda mendapat kereta baru, bukan main hebat menjaganya malah sanggup basuh setiap hari, selepas beberapa minggu komitmen anda mula luntur, tak lama selepas itu model baru pula keluar dijalanan dan anda akan mula befikiran untuk menukar kereta. Bagaimana pula dengan cinta ibu bapa dizaman ini dengan membiarkan anak dijaga oleh orang lain? Adakah cintakan wang, harta dan pangkat sudah melebihi cintakan si anak sedangkan fitrah wanita itu adalah untuk melahir,menjaga, mengasuh dan mendidik anak dan bukannya untuk bersaing dengan kaum lelaki? (Saya sedari ini soalan sensitif, maka tepuk dada, tanya iman dan aktifkan frontal lobe anda sebelum memberi komen).

Cintakan dunia juga amat bahaya kerana Allah telah berfirman didalam al Quran;

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya" Surah Hud 11:15

bermakna, disebabkan Pemurahnya Allah itu, apa yg kita inginkan boleh sahaja dikecapi jika kita berusaha walaupun tanpa mengira halal dan haram akan tetapi hanya apabila di akhirat kelak baru kita sedar siapa sebenarnya yang rugi.

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah" Surah Al Isra 17:18

Jadi apakah benteng kita terhadap "buta" didunia ini? Jawapannya teramat mudah, cintailah Allah kerana walaupun kita "buta" disebabkan perasaan dan emosi cinta itu, tiada cacat celanya pada Allah, Maha sempurna segalanya, malah selangkah kita rapatkan diri dengan Allah (dengan mencintai Allah) sepuluh langkah Allah SW akan menghampiri kita, dan ini adalah pendinding kita terhadap segala tipu muslihat didunia ini. Utamakanlah cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum yang lain, sudah janji Allah itu kebaikan dan kesenangan akan menyusul kemudiannya baik untuk didunia mahupun diakhirat.

Sebab itulah juga Nabi berpesan agar memilih agama sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan lebih utama berbanding harta dan keturunan kerana itu sebenarnya jaminan keselamatan dunia dan akhirat, akan tetapi berapa ramaikah kita yg benar2 mengikut pesanan baginda? Mungkin disebabkan itulah banyak terjadinya perceraian apabila pasangan tidak boleh berkompromi selepas berkahwin setelah mula melihat keburukan atau kepincangan pasangan apabila emosi cinta yg sebelumnya itu berkobar2 mula menurun (bahagian otak untuk penilaian sosial kembali aktif). Dengan ego baik pada lelaki dan wanita, maka masing2 membuat haluan tersendiri dan anak menjadi mangsa. Sebab itu niat asal (nawaitu) untuk berkahwin itu amat penting, adakah kerana rupa, harta, kesenangan dunia atau untuk mendapat keredhaan Allah?

Benarlah cinta itu buta, sebab itu ramai yg teraba2. Meraba mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara tanpa lagi memikirkan hukum halal haramnya, bolehkah kita mengharap kebahagiaan pada manusia jika kita "buta" akan kekurangan pada orang yg dicintai? Bolehkah kita mengharapkan dunia jika ianya tidak akan pernah cukup untuk memenuhi nikmat materialism itu? Sesungguhnya hanya pada Allah sahajalah kita boleh berharap untuk mendapat kebahagiaan didunia dan seterusnya diakhirat. Cintailah Allah kerana dari Dialah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Jadikanlah suruhan dan larangan2 Allah itu sebagai pedoman hidup, bukan memilih apa yg sesuai untuk dan menolak dengan apa yg tidak apabila akal pendek manusia tidak boleh melihat tujuan dan kebaikannya, lebih dasyat lagi apabila meng"hadhari"kan Islam untuk menyesuaikannya dengan kehidupan moden. Nauzubillah.

Rujukan


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 22 November 2009

Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…
Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 18 November 2009

Cerita Wang (Sifat Zahir dan Batin) - Bahagian 2

Apa itu wang? Satu soalan yang si bertanya akan dipandang sinis oleh yang ditanya. Walaupun manusia tahu apa itu wang tetapi boleh dikatakan majoriti tidak mengetahui apakah sebenarnya fungsi wang itu dan apakah ciri2 yang wajib ada pada wang tersebut untuk membolehkan ianya diterimapakai dengan tidak bercanggah baik dari segi moral mahupun dari segi keagamaan. Konsep wang itu sendiri disalah erti dan tidak diendahkan menyebabkan ianya menjadi "senjata" oleh mereka yang memahami dan mengawalnya untuk dimanipulasi lantas menghambakan manusia secara tanpa sedar, samada dengan cara membuatkan manusia itu cintakan wang (bertuankan wang) mahupun dengan menindas melalui aplikasi bunga/riba.


Manusia dahulu kala tidak tahu apa itu wang, ekonomi manusia dahulu kala berdasarkan konsep gotong royong yang mana mereka bekerjasama bertani atau memburu untuk mendapatkan makanan. Semuanya berjalan dengan konsep muhibah dan tolong menolong. "Stress" memikirkan wang atau duit tidak pada mereka seperti yang dialami oleh manusia zaman moden, mungkin sebab itu juga manusia dahulu boleh hidup beratus2 tahun lamanya seperti cerita didalam Al Quran (Al-Ankabut 29:14).

Apabila manusia semakin bertamadun, keperluan terhadap kepelbagaian keperluan dan kehendak, manusia berubah kepada sistem bertukar2 barang atau apa yang dipanggil sistem "barter", akan tetapi disebabkan terhad serta rumit untuk diaplikasikan didalam hidup yang semakin kompleks maka terciptalah wang atau duit yang mana ia digunakan untuk memudahkan pertukaran barang atau perkhidmatan. Pelbagai benda digunakan sebagai "medium of exchange" ini dari kulit siput, tamar, gandum dan beras hinggalah kepada logam bernilai seperti perak dan emas.

Fungsi Pertama Wang : Sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan

Apabila wang dicipta sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan, jika anda tidak punyai barangan atau perkhidmatan untuk diberikan kepada manusia lain, wajarkah wang boleh sampai ketangan anda? Ini satu hujah yang amat penting, saya akan kaitkan ianya selepas ini.

Apabila anda memohon pekerjaan, anda bertanya berapa gaji yang akan diberikan, apabila anda mahu membeli sesuatu barangan, anda bertanya berapa jumlah wang yang perlu dibayar untuk barangan tersebut. Jadi wang juga adalah unit ukuran untuk menilai sesuatu perkhidmatan atau barangan baik yang ingin diberikan atau diterima.

Fungsi Kedua Wang : Sebagai pengukur nilai barangan atau perkhidmatan

Anda bekerja penat lelah selama sebulan dan pada akhir bulan anda menerima gaji mengikut apa yang dijanjikan oleh majikan anda. Selepas tolak perbelanjaan hidup anda mempunyai lebihan wang untuk disimpan supaya wang tersebut boleh digunakan dikemudian hari. Jadi fungsi ketiga wang pula adalah sebagai penyimpan nilai. Bermakna penat lelah anda yang dibayar didalam bentuk wang kertas itu sepatutnya boleh menyimpan nilai penat lelah anda bekerja.

Fungsi Ketiga Wang : Sebagai penyimpan nilai.

Berdasarkan kepada ketiga2 fungsi wang diatas, adakah wang kertas yang kita gunakan selama ini menepati ciri2 tersebut? Jika kaji wang kertas dan juga sistem kewangan yang kita gunakan sekarang ini, untuk memenuhi fungsi pertama dan kedua tidak menjadi masaalah. Akan tetapi adakah fungsi yang ketiga iaitu sebagai penyimpan nilai dipenuhi oleh sistem wang sekarang?

Persoalan 1: Bolehkah wang kertas menyimpan nilai? (Zahir)

Wang yang disebut didalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu sendiri. Ini menjamin akan kestabilan wang itu sendiri. Mengapa kita sering di”war-war” kan agar menyimpan wang di institusi yang menjamin pulangan lebih dari kadar inflasi? Jika tidak berbuat demikian wang kita akan lenyap dimakan oleh inflasi itu. Nampaknya wang pada zaman ini tidak lagi boleh menyimpan nilai. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Malah dari segi moral kemanusiaan itu sendiri ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. Jika wang ringgit disandarkan kepada emas sekali pun, kita sebagai rakyat tidak boleh mengunjungi bank negara dan meminta diberi emas yang dikatakan sandaran kepada wang kertas tersebut.

Sebelum 1933, wang kertas Amerika masih boleh ditukarkan dengan emas seperti yang tertera pada muka depan wang tersebut, selepas dari itu wang kertas Amerika hanyalah dilabelkan sebagai “legal tender” yang mana jika dilihat pada wang ringgit tertera “sah diperlakukan”. Sistem kewangan kita ciptaan barat juga mengikut konsep wang kertas barat yang mana sebenarnya tidak mempunyai nilai tersimpan didalam nya. Inilah yang dikatakan oleh Nabi didalam hadisnya;

Abu Sa'id Al Khudri melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Kamu akan melangkah mengikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah hinggakan jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kamu akan tetap mengikut mereka. Kami bertanya: Pesuruh Allah, adakah kamu bermaksud Yahudi dan Kristian bagi "mereka yang terdahulu" itu? Baginda bersabda: Siapa lagi selain dari mereka? Sahih Muslim

Sistem kewangan moden ciptaan barat menggunakan wang kertas ini sebenarnya adalah satu bentuk ‘riba” halus yang terselindung dan tidak boleh dilihat baik oleh kebanyakan pemimpin apatah lagi rakyat, ia sudah menjadi suatu norma kehidupan bagi semua golongan manusia bak sabda Nabi

Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood

Dan jika saban hari kita menggunakan sistem yang berlandaskan riba ini, maka ketahuilah akan adanya peperangan dari Allah SW dan rasul terhadap kita semua, akan tetapi amaran2 sebegini tidak lagi memberi kesan apa2 terhadap hati kebanyakan umat Islam sekarang ini. Hanya yang mendapat “nur” dari Allah dan yang berusaha mencari ilmu2 untuk membuka minda, dengan tangisan dimata mahupun dihati akan berusaha sedaya upaya lari dari riba walau apa jua harga yang terpaksa dibayar.

Apa yang boleh kita lakukan untuk lari dari riba ini?

Didalam institusi kekeluargaan, jika ada masalah didalam rumah seperti kehabisan barang makanan, dengan siapa akan siibu mahupun sianak2 mengadu? Sudah tentu dengan ayah sebagai ketua keluarga. Jika didalam institusi negara, kepada siapa lagi jika bukan kepada pemimpin2 yang kita pilih. Didalam institusi keluarga jika ayah tidak mampu memperbetulkan keadaan, ahli keluarga yg lain terpaksa akur dan bersabar kerana ayah tidak boleh dipecat atau dibuang, akan tetapi didalam sistem negara, kita boleh pilih pemimpin yang berada pada landasan yang betul, landasan yang berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Kita harus ajukan kepada pemimpin agar sedar akan dasyatnya kesan sistem kewangan moden yang mana melalui sistem inilah kekayaan rakyat secara halus dan senyap beralih kepada golongan tertentu dan rakyat terutamanya yang miskin akan menjadi semakin miskin kerana terpaksa membayar lebih untuk membeli barang keperluan. Dan jika pemimpin2 yang sedia ada tidak mahu mengubahnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang mampu berbuat demikian kerana didalam institusi negara, pemimpin boleh diubah bukan seperti institusi keluarga.

Adakah kita juga harus berduyun2 membeli emas kerana khuatirkan wang kertas akan lenyap atau kerana ingin mengikut sunah? Malah ada juga syarikat yang menjual dinar emas membolehkan pembeli membeli dinar tersebut dengan kad kredit. Bagi saya niat untuk menjual dinar itu bukan untuk menggalakkan sunah, tetapi semata2 ingin mengaut keuntungan tanpa memahami konsep wang dinar itu sendiri. Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Kumpul wang baru beli, kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. Selepas habis membayar hutang, barulah beli emas untuk simpanan masa depan. Tidak perlu risau perlu menyimpan sekarang untuk masa depan walau hutang rumah dan kereta masih ada kerana kita juga bersubahat membiarkan bank memberi pinjaman kepada manusia lain dengan wang simpanan kita tadi. Ingatlah, jika kita bertindak untuk mendapatkan keredhaan Allah, Allah akan mempermudahkan ianya untuk kita, inilah ujian keimanan.

Moga satu hari nanti kita dapat beralih semula kepada sistem kewangan apa yang dipanggil wang sunnah iaitu wang yang mempunyai nilai sebenar didalamnya dan bukanlah hanya kertas yang sah diperlakukan sahaja.

Persoalan 2: Adakah wang ditangan anda itu benar2 milik anda? (Batin)

Jika kita rujuk pada fungsi pertama wang, untuk menjadi bahan perantaraan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan,maknanya wang hanya wujud jika ada barang atau perkhidmatan jadi jika kita tidak punyai barang atau khidmat untuk diberikan, layakkah wang itu berada ditangan kita?

Katalah tiba suatu masa Allah mem”fizikal”pahala yang mana pahala boleh kelihatan dan wujud nyata. Bolehkah kita mengambil pahala orang lain? Bolehkah kita mengambil hasil usaha orang lain? Inilah sebenarnya rahsia disebalik larangan riba kerana jika kita mengambil wang orang lain dengan cara yang tidak adil, itu adalah penindasan dan wang (pahala melakukan sesuatu) itu bukan milik kita. Pengasihnya Allah itu melarang kita mengambil riba kerana kita akan menderita kerananya dan adilnya Allah itu akan mengembalikan wang itu semula kepada yang hak.

Jika kita memberi pinjaman atau menyimpan wang didalam bank, faedah yang kita terima itu sebenarnya adalah pahala orang lain yang kita ambil, umpama lintah menghisap darah manusia. Wang datang dari usaha, dan usaha adalah tenaga, maka wang itu adalah tenaga dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, disebabkan Maha Adilnya Allah itu maka wang (tenaga) yang kita dapat secara haram itu akan mengalir keluar dari diri kita tetapi tidak semestinya dalam bentuk wang itu sendiri, mungkin dalam bentuk lain seperti kesihatan, terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga, masalah kerja yang mana ianya juga memerlukan tenaga kita untuk menghadapainya.

Wang yang kita dapati dengan cara yang tidak wajar contohnya bekerja tidak ikhlas, ponteng, menaikkan harga barang, rasuah, mencuri dan sebagainya, wang itu akan “lari” dari kita, satu konsep yang agak sukar untuk diterima akan tetapi itulah hakikatnya kerana kita semua adalah tenaga, jika tak masakan formula Einstein diterima pakai oleh seluruh masyarakat sains. (E=mc2 E= tenaga, m=jisim). Begitu jugalah wang yang didapati seperti hasil dari perniagaan internet yang mana melabur sekian banyak dan kemudiannya cari orang bawah, malah mlm, saham dan forex juga termasuk didalam golongan yang sama. Wang yang didapati itu bukan milik anda kan ianya akan lari, jadi pilih antara dua, wang mudah atau kesusahan pun mudah.

Mungkin ada yang berkata, ”aku tengak simamat tu kaya dengan main saham, main forex tapi hidup happy je”, jawapan saya; mungkin kita boleh mengelak dari tenaga (wang) itu untuk lari dari kita semasa hidup, akan tetapi apabila mati, tenaga negatif ini lah yang akan menjadi siksaan dikubur mahupun dineraka. Dan ingatlah Allah itu maha adil. Perasan tak mengapa apabila negara bertambah moden, semua rumah terpaksa bergrill, dengan sistem penggera malah akhir2 ini satu taman sudah berpagar dan mempunyai sekuriti? Ramai yang berkata manusia semakin jahat, perompak semakin banyak, pernahkah terfikir siapa yang mencipta perompak tersebut? Tidak lain dari sistem kewangan riba itu sendiri, baik dari anak2 yang semakin liar kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk membayar hutang rumah selama 20-30 tahun ataupun mereka yang bermain forex bersubahat menjatuhkan matawang negara lain yang menyebabkan rakyat negara tersebut hidup didalam kemiskinan dan datang kenegara kita menjadi perompak.

Kita semua berkait dengan satu jaringan tenaga yang kita tidak sedar dan nampak, ini yang dibuktikan oleh quantum fizik (nonlocality), apa yang kita lakukan mempengaruhi semua insan2 lain didunia ini, tekanan hidup menyebabkan manusia hidup didalam situasi “fight or flight” yang mana kepentingan diri sendiri lebih utama berbanding kepentingan sejagat. Hanya dengan solat yang ikhlas dan khusyuk sahajalah yang boleh mengurangkan kesan tekanan tersebut dan mengembalikan darah kefrontal lobe iaitu otak yang berfikir.

Larangan riba itu sendiri untuk kebaikan manusia itu sendiri, dengan hidup yang diperangi oleh Allah saban hari (akibat hidup dengan riba), tidak hairanlah mengapa hidup kita semakin hari semakin tersiksa, mungkin bagi individu tidak terasa akan tetapi dari segi masyarakat, surat khabar harian sudah jelas menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Berusahalah kita agar dapat melihat pembohongan2 didunia ini baik dari sistem kewangan olahan barat ini mahupun juga keadaan dunia yang penuh tipu daya, tipu daya hasil inspirasi dari Dajjal bak sabda Nabi;

Diceritakan oleh Hudaifa: Nabi bersabda mengenai Dajjal yang mana dia akan mempunyai air dan api dengannya: apa yang kelihatan seperti api, adalah air yang sejuk dan apa yang kelihatan seperti air pula adalah api. Sahih Bukhari

Jadi berhati2lah dalam membuat keputusan didalam hidup kerana apa yang kita nampak itu baik (air) mungkin suatu yang akan membakar diri kita dikemudian hari. Nauzubillah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 15 November 2009

Kisah Dua Pulau - Bagaimana Kakayaan Rakyat Dicuri.

Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.

Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.

Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold"


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 20 Oktober 2009

Cerita Wang (Rahsia Sebenar) - Bahagian 1

Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi.

Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. "belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)" biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?.

Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.



Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.

Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi", akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.

Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?
1. Kita bersubahat men"cair"kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta" wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.



Jijiknya Riba' itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba' ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba'. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada "survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain.

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.

1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba' - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba'.

Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.

Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..

Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik... "ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya.." Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" dihati.

Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya "nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, "Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari
Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan "Federal Reserve Note" iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?

Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, "Annuit coeptis" jika dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)", dan "Novus Ordo Soclurum" bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin.
Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 4 Oktober 2009

Perang Dari Allah Dan Rasul.

Di dalam bidang kejuruteraan penerbangan, setiap individu yg terlibat terutama kumpulan terhadapan yg mempunyai kaitan langsung dengan pesawat seperti jurutera dan mekanik wajib mengikuti kursus "human factor". Kursus ini perlu diulangi setiap 2 atau 3 tahun bergantung kepada kehendak penguatkuasa penerbangan. Didalam kursus tersebut ada satu bab yg dipanggil "norm" atau norma yg mana sesuatu perbuatan aksi atau perkara itu sudah menjadi kebiasaan dan tidak lagi dipertikaikan tanpa mengambil kira samada ianya buruk atau baik kepada individu atau sekumpulan manusia tersebut.

Sebagai contohnya setiap jurutera atau mekanik pesawat mesti menggunakan alat penutup telinga untuk mengelakkan kerosakan pada gegendang akibat bunyi enjin pesawat, akan tetapi ramai yg mengambil remeh dah tidak memakainya. Sudah menjadi norma atau kebiasaan dan tidak diambil endah akan kesan jangka panjang. Mungkin semasa muda telinga mereka2 ini masih berfungsi akan tetapi lama kelamaan mereka ini akan sikit demi sedikit hilang pendengaran, kesan jangka pendek tidak kelihatan akan tetapi dimasa hadapan akan merosakkan diri sendiri.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita sebagai umat islam sehari-harian?. Ada banyak perkara yg sudah menjadi norma2 kehidupan dan tidak lagi dianggap sesuatu yg buruk atau memudaratkan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Salah satu dari norma2 kehidupan ini menyebabkan kita "tanpa sedar" hidup dengan menghadapi peperangan dari Allah dan Rasul. Bahagiakah hidup jika saban hari kita dilaknati oleh Allah, diterimakah solat kita jika kita diperangi oleh Allah?.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Albaqarah 2:279

RIBA', BUNGA atau KADAR FAEDAH.. benda yg sama tetapi diberikan nama yg berbeza. Ianya sudah menjadi norma2 kehidupan dan dianggap biasa didalam kehidupan sehari2an. Apa kata apabila anda hendak membeli kereta atau rumah nanti, dari bertanya kepada pihak bank "berapa kadar faedahnya encik", cuba ubah kepada "berapa riba' nya encik?". Mungkin pada ketika itu baru terasa akan hampirnya diri kepada dosa, itu jika terdetik didalam hati, jika sudah tiada apa2 perasaan dan diri bersedia menerima "perang" dari Allah dan rasul, maka dimanakan keimanan kita?

Ekonomi dunia termasuklah Malaysia semuanya berlandaskan hutang dan RIBA' sudah termasuk didalam formula ekonomi tersebut. Jika dikaji secara mendalam dan jika pakar2 ekonomi ataupun ahli2 agama dapat melihat sistem ekonomi moden sekarang ini dengan lebih menyeluruh, sistem inilah yg menyebabkan ramai yg tertindas, sistem inilah yg menyebabkan yg kaya semakin kaya dan yg miskin menjadi semakin miskin. Didalam ayat diatas Allah tidak mahu kita menzalimi manusia lain dan juga menzalimi diri kita sendiri. Mungkin ramai yg berkata,

"ala, aku beli kereta/rumah ini dengan duit gaji aku, aku rela atas urusniaga ini kerana aku tahu pihak bank mesti kenakan RIBA' supaya mereka boleh berfungsi, aku tidak menzalimi diri orang lain, gaji aku cukup dan aku tidak menzalimi diri aku sendiri"

Manusia akhir zaman sudah hilang keupayaan untuk menilai sesuatu itu secara batin, secara zahir memang mereka nampak akan kemampuan diri untuk membayar dan tidak mengganggu sesiapa didalam aktiviti RIBA' mereka itu. Akan tetapi kesan halus/batin itu yg lebih merbahaya dan menjerumus manusia kearah yg lebih teruk dan hina.

Apa akan jadi apabila suasana ekonomi merudum seperti yg berlaku baru2 ini, apa kata anda mendapat tahu syarikat mahu mengurangkan tenaga pekerja, tidakkah anda akan merasa tertekan? Manusia didalam keadaan tertekan akan berubah kepada "survival mode" yg mana kepentingan diri sendiri lebih diutamakan. Didalam keadaan tertekan inilah ramai manusia akan mula menzalimi orang lain, sebagai contohnya ada yg sanggup menikam belakang rakan sendiri semata2 untuk terus kekal didalam syarikat.

Satu lagi contoh, apa kata anda mengetahui yg pegawai atasan anda melakukan rasuah, tidak kah anda merasa tertekan untuk menentang kemungkaran dan bangkit melapurkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, jika anda tahu tindakan anda itu besar kemungkinan menyebabkan anda akan dibuang kerja sedangkan ada hutang rumah dan kereta yg harus dilunaskan setiap bulan? Penindasan rohani ini lebih hebat daripada penindasan jasmani, sesuatu yg tidak kelihatan akan tetapi umpama api dalam sekam.

Manusia rela dizalimi disebabkan sudah terlalu tenggelam dengan dunia materialistik, kereta baru berganti setiap 2-3 tahun, dan setiap kali bertukar ganti itulah perjanjian RIBA' yg baru ditandatangani. Begitu juga dengan rumah yg menjadi keperluan asas terpaksa juga dibeli dengan RIBA' jika tidak mahu terus menjadi penyewa. Perbuatan melibatkan diri dengan RIBA' ini sudah menjadi suatu perkara yg seolah2 tidak lagi boleh dielakkan.

Pernahkah anda mengira berapa jumlah keseluruhan wang yg harus diberi kepada pihak bank untuk pinjaman rumah selama 20 tahun? Anda sebenarnya akan membayar lebih kurang 3 kali ganda dari harga asal rumah sedangkan duit yg kita "pinjam" dari bank itu sebenarnya bukan milik bank ataupun mungkin tidak wujud sebelum perjanjian pinjaman ditandatangani. Disebabkan undang2 menyebelahi bank dan bank diberikan kuasa untuk "mencipta" duit inilah yg menyebabkan kehidupan manusia menjadi semakin hari semakin menjurus kearah kemusnahan.

Masyarakat umum tidak pernah didedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi terutamanya dalam hal bagaimana "duit" dicipta. Kita hanya tahu duit datang dari bank dan ianya dikawal oleh bank negara. Mekanisma bagaimana terjadinya inflasi dan kenaikan harga barangan tidak pernah di ceritakan dengan jelas kepada masyarakat dan tinggallah masyarakat didalam dilema mengikut sahaja apa yg dikhabarkan oleh kerajaan melalui media baik dari TV dan akhbar. Akan tetapi jika kita kaji dan selidik bagaimana "duit" dihasilkan, saya pasti ramai yg akan "mendidih darah" marahkan sistem ekonomi yg dicipta oleh yahudi ini dan sistem inilah yg kita amalkan selama ini.

Jika saban hari kita hidup didalam rumah yg dibeli dengan RIBA', pergi kerja dengan kereta yg dibeli dengan RIBA', beli barang dengan kad kredit sistem RIBA', yg mana kita setiap detik hidup kita ini "diperangi" oleh Allah, maka makbulkah doa2 yg kita ungkapkan selepas solat itu? Atau hipokrit kah kita dengan bersolat tetapi masih bergelumang dengan RIBA'?. Tidak terfikirkah mengapa hidup kita sentiasa dilanda bencana, dirudum malang dan kita hanya menganggap itu takdir? Bukankah Allah memberitahu manusia itu sendiri yg melakukan kerosakan? Mungkin kah kita yg mencipta bencana terhadap diri sendiri? Mungkinkah kita sendiri yg mencipta realiti hidup kita yg sering dirudum malang ini?

Tepuk dada tanya iman, apa yg saya sampaikan ini hanyalah peringatan buat rakan2 ambil sebagai suatu yg harus difikirkan secara mendalam. Sistem ekonomi kita diasaskan oleh British, malah Govenor pertama Bank Negara adalah warga British, sistem ini jugalah yg diamalkan oleh Amerika hingga menyebabkan mereka seolah2 sudah bankrup. Sistem yg tidak langsung berlandaskan Islam inilah penyebab utama masaalah sosial dan juga alam persekitaran.

Mungkin sudah terlalu jauh dan sukar untuk menghidupkan semula sistem ekonomi yg bebas RIBA', tetapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Masaalahnya kebanyakan pemimpin kita sudah selesa dengan sistem ini dan mereka sudah kenyang dengan nikmat dunia hidup penih kemewahan. Hanya rakyat jelata semakin hari semakin menderita, akan tetapi jangan salahkan mereka, kerana kita sendiri memberi "kuasa" kepada mereka untuk menindas diri kita sendiri, mengundi mereka tanpa berfikir, tidak boleh berfikir kerana apa? Kerana sudah terlalu khayal dengan dunia materialistik dan hiburan, dengan gadjet2 baru, telefon bimbit, wayang, bola, gusti, drama swasta dan AF menyebabkan tidak lagi punyai masa untuk mencari ilmu. Dipukau dengan sumber berita berat sebelah, tiada demokrasi sebenarnya jika tiada kebebasan media dari semua pihak yg bertanding dipilihanraya.

Tidak guna hanya melaungkan masaalah tanpa memikirkan jalan penyelesaian, ini masalah yang teramat besar sebenarnya dan tidak cukup dengan hasil pemikiran hanya seorang individu, saya mengajak rakan2 sama2 berfikir mengenainya. Jika anda menghadiri majlis2 ilmu, cuba2lah bertanyakan pandangan Ustaz/Ustazah mengenai ayat 279 Surah Al Baqarah itu tadi dan kaitkan dengan kehidupan kita ini. Sama2 lah kita bertaubat, bertakwa dan bersolatlah dengan khusyuk, insyaallah akan Allah berikan jalan penyelesaian buat mereka yg mahu berfikir. Supaya kita tidak lagi hidup diperangi dan dilaknat oleh Nya, amin.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Bersempena Hari Raya yang mulia ini, saya Helmis, isteri dan keluarga sekelian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca2 blog SyurgaDiDunia ini terutama buat pembaca/pengikut setia yg sentiasa menjadi pendorong dan perangsang untuk saya terus berkongsi ilmu2.

Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 9 September 2009

Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab.

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.

Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.

2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 7 September 2009

Pecahbelah dan Tawan

Kita seringkali dikejutkan oleh berita2 mengenai pengeboman di Iraq yg mana seolah2 menunjukkan keganasan di Iraq adalah sesuatu yg tidak terkawal. Dari pengeboman masjid hinggalah ke tempat2 awam, agak2nya adakah benar ia di lakukan oleh orang2 Iraq sendiri? Adakah tergamak mereka berbunuhan sesama mereka?

Pada pendapat saya, tiada umat islam didunia ini yg sanggup meletupkan masjid sendiri, ianya hanya dilakukan oleh mereka yg bertopengkan syaitan dan mahu mengambil kesempatan memecah belahkan masyarakat setempat dan umat islam itu sendiri.

Ini adalah modus operandi musuh2 Islam, "devide & conquer", itulah slogan mereka, baik dari sejarah jatuhnya empayar islam terakhir iaitu Empayar Ottoman hinggalah kepada kekacauan di Iraq, semuanya itu dilakukan agar mereka boleh kekal berkuasa dan menguasai/menakluki/menjajah negara tersebut tanpa sedari oleh masyarakat itu sendiri. Penjajahan dahulu memerlukan usaha, tenaga dan wang yg banyak. Penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan ekonomi dan minda amatlah mudah, lebih2 lagi dengan sikap umat islam akhir zaman yg cintakan dunia dan bencikan mati (akhirat), hanya yg melihat dengan mata keimanan sahaja boleh nampak akan pembohongan ini. Saksikan klip video ini agar anda lebih memahami apa yg cuba saya sampaikan.






Sebagaimana perang2 lain sebelum ini contohnya perang dunia dan vietnam, semuanya di"cipta" oleh manusia2 lahap yg mahu mengaut keuntungan dari industri pembuatan senjata. Lagi lama perang tersebut lagi banyak senjata yg harus dibekalkan, lagi besar keuntungan. Dalam kes Iraq, lagi banyak prasarana yg dimusnahkan, lagi banyak kontrak2 boleh diberi kepada syarikat2 kontraktor mereka sendiri seperti Haliburton. Rakyat Iraq selepas ini akan dibebankan dengan hutang dari agensi2 pinjaman asing dengan jumlah yg banyak yg mana hasil minyak merek nanti sebahagian besarnya adalah untuk membayar hutang2 tersbut. Hanya mereka yg berkuasa sahaja akan mendapat laba yg besar, rakyat kebanyakannnya akan sengsara.

Ambil contoh kes Ecuador, selepas mendapatkan pinjaman dari luar, bagi setiap usd100 minyak mentah dibawa keluar dari Ecuador, syarikat minyak luar akan dapat usd75, lebih kurang usd23 akan digunakan untuk membayar hutang dan hanya usd3 untuk kerajaan gunakan pembangunan negara termasuklah untuk kesihatan, pendidikan dan untuk menaik taraf hidup masyarakat setempat. Kes yg sama juga akan berlaku di Iraq yg mana rakyat Iraq akan menjadi mangsa. Saya sudah mengkaji hutang luar Malaysia, mungkin disebabkan oleh itulah rakyat dibebankan dengan cukai, disebabkan oleh projek2 pembangunan yg mana sebahagian besar keuntungan dikaut oleh individu2 tertentu dan kroni, rakyat hanya mendapat tempias dari perkerjaan yg diberikan. Siap projek, cukai dan tol menyusuli memerah sehabis2nya penat lelah dari rakyat kebanyakan.

Didalam buku karangan Sheikh Imran Hossein bertajuk "The Caliphate, The Hijaz and the Saudi Wahabi Nation State", beliau menerangkan dengan terperinci bagaimana Saudi Arabia diwujudkan oleh musuh Islam. Pemerintahan empayar Ottoman oleh khalifah yg menerajui seluruh empayar Islam ketika itu telah dipecah belahkan agar lebih mudah ditawan. Pemerintahan khalifah harus ditamatkan kerana mereka (musuh Islam) tahu bahawa umat Islam yg bersatu adalah umat islam yg amat kuat dan tidak mampu ditawan oleh mereka, dengan memecahbelahkan sesama umat Islam, lebih mudah mereka ditawan.

Apa yg menyedihkan, kuasa yg menjatuhkan empayar Ottoman, yg mencipta Arab Saudi dan juga membentuk negara Israel adalah kuasa yg sama iaitu British. Tidak hairanlah jika Sheikh Imran melabelkan Arab Saudi dan Israel sebagai adik beradik, tumbang Israel maka akan tumbanglah keluarga Saud sebagai pemerintah Arab Saudi, fakta ini juga dikemukakan oleh John Perkins didalam bukunya Confession of Economic Hitman.

Umat islam tidak mampu lagi belajar dari sejarah2 lepas, antaranya mungkin disebabkan oleh fakta2 yg dikemukakan tiada didalam buku2 sekolah/universiti, kisah2 sebegini tidak dimuatkan didalam TV atau suratkhabar, atau mungkin juga umat2 islam dizaman ini terlalu tenggelam dengan dunia materialistik, terlalu khusyuk memikirkan bagaimana untuk mengumpul dan mengaut wang dan harta dan banyak hingga tidak mampu lagi melihat umat islam yg makin lama makin tertindas.

Kita juga boleh melihat keadaan ini diMalaysia, bagaimana umat islam berpecah belah dan musuh2 islam dengan lahapnya meratah kekayaan negara tanpa disedari. Terimakasih kepada pemimpin2 negara yg terlena dengan pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan rohani, hanya nampak duniawi hingga sanggup menepikan Al Quran sebagai panduan dengan alasan menjaga hati masyarakat agama lain, tetapi yg hairannya jika ada usul untuk menaikan nilai2 islam, yg tampil pertama sekali bukanlah yg bukan islam, pemimpin islam sendiri yg bingkas melatah dan mempertahankan apa yg dikatakan konon2nya masyarakat majmuk, sedangkan masyarakat serata dunia pernah hidup dengan harmoninya dibawah panji2 Islam dengan adil dan saksama dizaman kegemilangan khalifah2 Islam dahulu.

Masa sudah tiba untuk "sedar" dari tidur dan mimpi yg lena, mimpi bertatahkan materialistik dan bersulamkan kuasa, kepada Allah jualah kita akan kembali dan kekal, bukan didunia yg hanya sementara ini. Kecualilah jika "wahn" sudah wujud dihati seperti yg saya jelaskan didalam artikel sebelum ini. Nauzubillah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas