Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 11 Januari 2009

Allah Pemurah Tetapi Umat Islam Rata2 Miskin.

Allah itu maha pemurah dan pengasih, manusia yg beriman kepadaNya faham akan maknanya tetapi adakah mereka benar2 percaya akan konsep maha pemurah itu? Periksa diri sendiri, jika Allah itu maha pemurah, mengapa kita hidup didalam kesempitan, lihat disekeliling kita, rata2 mereka yg miskin itu adalah mereka yg mengaku Islam dan di Malaysia, rata2 orang melayu. Tidak terfikirkah kita sebagai seorang yg beriman, sembahyang dan sebagainya mengapa kita masih di takuk lama? Adakah Allah tidak memakbulkan doa kita yg mahukan kemurahan rezeki setiap kali selepas solat? Kita melihat ada manusia yg lupakan Allah tetapi tetap semakin hari semakin kaya, kita cuba menyedapkan hati dgn berkata "ala kat akhirat nanti mereka akan terima balasannya". Adakah Allah tidak adil dgn tidak memberi rezeki kepada hambaNya yg taat.

Adakah kita miskin disebabkan takdir atau kita sendiri yg malas berusaha? Jika kita menganggapkan itu takdir, adakah kita tahu itu takdir kita? Mengapa ramai yang gagal dlm mengejar cita2/perniagaan dan mengambil keputusan untuk berhenti berusaha dan berpuashati dgn kesederhanaan? Ramai yg memberi alasan, duit bukan segalanya, kalau aku byk duit nanti aku akan jadi jahat dan tidak beriman.

Duit bukan segalanya tetapi itu yg dilihat oleh bakal mertua, itu yang perlu untuk memuaskan dunia materialistik masa kini. Untuk menjadi jahat tidak semestinya selepas kaya, masa miskin pun tetap boleh menjadi jahat, malah ada yg mulanya miskin tetapi disebabkan "jahat" mereka menjadi kaya. Mungkin ada diantara kita yg memberi alasan, ala Nabi pun hidup dlm kesederhanaan, ketika wafatnya tiada harta, tidur pun atas pelepah tamar je.. Memang betul Nabi hidup dgn penuh kesederhanaan tetapi baginda kaya dgn ilmu, pengajaran, akhlak dan tunjuk ajar agar manusia hidup dapat mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, lihat diri sendiri... dah lah tiada harta.. ilmu berguna yg membantu sesama manusia pun kurang, jadi jgn samakan kesederhanaan Nabi dgn keadaan kemiskinan kita.

Muslim kekal miskin kerana sikap dan tingkah laku mereka sendiri, mereka beriman kepada Allah tetapi tidak benar2 percaya yg Allah itu pemurah, kepercayaan (beleif) diri kita sendiri yg mengilhamkan perbuatan dan tingkah laku yg menyebabkan kekal miskin. Yg menyedihkan adat dan pepatah kata orang melayu itu sendiri yg menikam diri sendiri, contohnya "rezeki secupak tak akan jadi segantang", pepatah ini untuk menyedapkan hati bila mana kita sentiasa berusaha tetapi tetap dihimpit kegagalan dan menyalahkan takdir. Manusia kebanyakannya lebih kuat berdoa dan berharap Allah akan "memberi rezeki dr langit" tanpa perlu berusaha sedangkan Allah sudah memberitahu yg Allah tidak akan mengubah sesuatu umat/kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah. Manusia bersabar menunggu rezeki dr langit ini kerana katanya "Allah sentiasa bersama mereka yg sabar" tetapi lupa yg Allah tidak akan bersama mereka yg malas.

"Duit susah untuk dicari, kenala berjimat", jika ini lirik lagu kehidupan anda alamatnya memang sukarlah anda boleh mendapat lebih byk duit, ayat itu sendiri secara tidak langsung menidakkan kemurahan Allah, bagaimana jika kita ubah lirik lagu kehidupan ini kepada, "duit amat mudah untuk dicari, dan aku juga amat bijak menggunakannya".

Dr kepercayaan menjadi fikiran dan dari fikiran menjadi perbuatan. Jika minda sedar kita berkata duit mudah untuk dicari, kita harus periksa juga dulu minda separuh sedar anda yg menguasai 99.99% kehidupan seharian, bagaimana ingin tahu jika minda sedar dan minda separuh sedar kita selari, jawapannya amat mudah, jika anda inginkan kekayaan tetapi anda masih miskin.. maknanya kedua2 minda anda itu masih tidak selari dan sehaluan.

Didlm Alquran, Allah tidak menyeru manusia dgn "Wahai manusia yg sembahyang..." atau "wahai manusia yg berpuasa..." atau lain2 ibadat tetapi dgn "wahai manusia yg beriman".. jika dilihat dr terjemahan english pula.. "O people who beleif.." beriman itu juga percaya.. beleif itu juga percaya, jadi elemen percaya itu amat penting. Jika kita mahu mengubah hidup kita, perkara yg pertama harus diubah adalah apa kepercayaan kita terhadap sesuatu perkara itu.

Didlm bab duit ini jika "duit susah nak dapat", "rezeki secupak takkan jadi segantang", itu kepercayaan kita maka itu juga akan sama dgn kehidupan kita, jika byk menghabiskan masa di pasaraya membandingkan harga2 untuk mendapat yg termurah, jika berpuas hati dgn "nasi lemak kosong" sedangkan punyai wang untuk menambah telur goreng, jika selalu risau akan kekurangan duit, itu semua adalah cermin fikiran manusia yg datangnya dari kepercayaan diri sendiri dan ianya terpantul dan dapat dilihat dr kehidupan mereka.

Semua masaalah ada penyelesaiannya, kita mampu mengubah keadaan kita sekarang dgn syarat kita sendiri yg mahu, bukan dgn paksaan, suruhan atau perlian orang lain, untuk mengubah keadaan sekeliling semua bermula dari diri kita sendiri. Bagaimana ingin berubah? Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengubah kepercayaan/pemikiran yang menyekat diri kita mencapai apa yg dihajati.

1. Selalulah menunaikan solat, dan bg yg sudah sentiasa bersolat, tingkatkan kualiti solat agar lebih khusyuk dan fokus, dr pembacaan saya, mereka yg boleh fokus kepada sesuatu perkara pada sesuatu masa, otak mereka akan lebih mudah untuk memikirkan kebarangkalian lain selain drpada apa yg sudah menjadi kelaziman, ini penting jika kita ingin mengubah cara kita berfikir. Sembahyang yg fokus itu juga membolehkan minda sedar dan minda separuh sedar kita bergabung menjadi satu dgn fikiran yg fokus kepada bacaan dan juga pada gerak geri badan yg teratur. Sembahyang/solat yg diterima adalah yg khusyuk, sebab ianya memberi kesan kepada diri manusia itu sendiri dr segi membaiki minda, sembahyang atau solat yg tidak khusyuk ibarat berpuasa tetapi tidak sembahyang, yg hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

2. Kita acapkali fokuskan kepada apa yg kita tiada, berbanding dgn apa yg sudah ada, dan jika apa yg kita inginkan itu di luar jangkauan, kita akan berasa sedih, malah marah terhadap kehidupan sedangkan yg datang itu dr kelemahan kita sendiri. Fokuskan kepada sesuatu yg membolehkan kita berasa bersyukur sangat kepada Allah, contohnya ada mata untuk membaca blog ini, ada laptop yg boleh mengakses internet, apa2 sahaja yg membolehkan kita berasa gembira kerana lebih bersyukur kita kepada apa yg ada, lebih byk lagi nikmat2 lain yg akan datang. Dr segi fisilogy manusia pula, bila kita selalu didlm kegembiraan atau tenang, akan kurang hormon stress didlm darah kita, ini juga menyebabkan otak kita boleh berfikir dgn lebih baik dr segi kebarangkalian untuk mencuba sesuatu yg baru dan tidak hanya dgn cara biasa "hardwired rountine neuronet" berdasarkan kepercayaan yg lepas2.

3. Ubah cara pemikiran kepada lebih positif terhadap kehidupan, tidak ada yg Allah jadikan sesuatu kejadian itu tanpa ada kebaikannya, cuma kita sahaja yg sudah terbiasa melihat/memfokuskan kepada yg buruk, sentiasa bersangka baik kepada Allah dan bersyukur diatas apa yg berlaku. Contohnya, ketika kita memandu, tiba2 ada pemandu lain yg tiba2 menghimpit kita secara tajam, menyebabkan kita terpaksa menekan brek dan melambatkan kita sebanyak 0.01 saat, tahukah anda kemalangan berlaku dlm sekelip mata sahaja, dan 0.01 saat lambat itu juga mebezakan samada kita akan terlibat didlm kemalangan atau tidak. Anda boleh pilih samada untuk memaki hamun atau bersangka baik terhadapnya, mungkin dia tak perasan, mungkin dia cuba mencapai telefonnya dan sebagainya. Hati dan fikiran yg lebih tenang dan positif akan menyebabkan prefrontal cortex akan lebih berfungsi dgn lebih sempurna lagi. Ini juga berbalik kepada fokus didlm solat.

4. Bercita2 tinggi untuk mencapai apa yg dihajati dan letak hala tuju yang lebih spesifik, contohnya jika mahu kaya, bila dan berapa byk, letakkan wawasan seperti mana Dr Mahathir menggariskan wawasan 2020, lihat kemajuan yg kita capai hasil visi beliau, kita juga patut mencipta wawasan kita sendiri.

Untuk bab ini saya cadangkan anda tulis, senaraikan apa yg anda bersyukur sgt tentang kehidupan ini (bab 2) dan kemudian tulis apa yg anda mahu didlm kehidupan. Aku bersyukur dan bergembira kepada Allah kerana aku punyai tubuh badan yg sihat, kerana punyai kawan yg baik, kerana punyai........ (apa2 saja yg menyebabkan anda gembira). Kemudian tulis pula apa yg anda inginkan, diidlm senarai ini jgn tulis "akan", tulis seolah2 anda sudah memiliki apa yg diingini. Contohnya, hari ini 11 Disember 2009, aku ada 10ribu didlm simpanan, aku memiliki seorang isteri/suami yg baik, aku punyai kereta Toyota Vios bla bla bla.. dan mcm2 lagi. Pentingnya perlu ditulis kerana ketika kita menulis, minda sedar dan minda sedar kita bersatu, bolehkah anda menulis lapuran kerja sambil fikiran anda risaukan anak di rumah?

5. Percaya, percaya dan percaya yg Allah akan beri apa yg kita ingini dan jgn terdetik pun kerisauan di hati yg ianya tidak akan tercapai. Allah akan mengubah suasana supaya kita ingini akan tercapai, ibarat kita sudah memegang kemudi kapal layar, Allah akan menggerakkan angin untuk melayarkan kita, selagi kuat pegangan kemudi kita itu yakni percaya yg Allah akan memberi apa yg kita hajati, kita akan sampai juga ke destinasi dan akan tercapai juga apa yg diingini.

6. Visualise atau berimiginasi, saya cadangkan sebelum anda tidur setiap hari selepas membaca doa dan juga ayat2 quran, bayangkan apa yg anda hajati itu sudah tercapai, jika anda inginkan duit yg banyak, bayangkan anda sedang menggunakannya, jika anda inginkan kereta, bayangkan anda sedang memandunya, cuba sertakan emosi didlm imaginasi anda itu. Ini sebenarnya untuk melatih minda separuh sedar anda agar boleh menerima konsep baru yg duit dan apa juga yg dihajati itu boleh dicapai. Ini juga tak secara langsung menambah kepercayaan anda terhadap apa yg diingini. Cuba lakukan selama sepuluh hari berturut2 dan selepas itu boleh lupakan.

Melalui fikiran kita beserta imaginasi diatas, apa yg kita ingini sebenarnya sudah tercipta kerana bg Allah masa itu tiada, jadi kita tidak sepatutnya risau akan ianya tidak boleh berhasil, melalui fikiran ia tercipta, melalui tindakan kita ianya akan sampai ketangan kita. Allah akan buka jln, bg petunjuk, contohnya mungkin kita akan lebih berminat untuk membaca iklan mengenai perniagaan internet, saham atau pun ternampak seminar/motivasi untuk menambah ilmu yg mana tidak secara langsung akan menambah rezeki.

Peringatan penting jika duit adalah perkara utama yg dihajati, tiada suatupun didunia ini yg percuma, duit adalah ganjaran terhadap perkhidmatan yg diberi, jadi fikir2kan lah bagaimana anda boleh memberi perkhidmatan kepada ramai orang dan pada masa yg sama menjaga hak sesama manusia dan juga alam sekitar. Duit yg didapati dgn cara menganiaya sesama manusia tidak akan kekal, jika disimpan didlm peti besi sekalipun, ketenangan kita akan tercabut dan duit itu akan hilang dgn cuba membeli kembali ketenangan.

Insyaallah jika anda lakukan apa yg saya cadangkan diatas, anda akan lihat hasilnya, saya sudah mencuba dan melihat perubahan pada diri sendiri, banyak kejadian didlm hidup saya yg ada diantaranya yg pahit tetapi selepas diselidik dan difikir secara mendalam ia sebenarnya batu loncatan untuk saya berdiri di tempat sekarang ini. Dgn cara ini juga saya akan mendapat anak perempuan tunggal saya selepas 4 anak lelaki, memang semua itu kuasa Allah tetapi saya pilih dan saya yakin Allah akan beri apa yg saya hajati. Di dlm kehidupan ini kita kena pilih apa yg kita mahu, jika tidak, kita akan jadi pilihan atau mangsa orang lain yg mana kepercayaan mereka mencapai apa yg mereka hajati lebih tinggi dr kita.

3 Komen:

miss wif da flow berkata...

kalau sekarang pun umat islam byk miskin pun x dpt rapatkan diri dgn Allah,apetah lagi bila nya kaya kelak.mungkin ini adalah petunjuk Allah.kemiskinan bagi saya adalah ketiadaan syukur dalm kehidupan.mereka yang terasa miskin adalah di mana sentiasa rs x kecukupan.kalau kite bersyukur,tentunya hati tenang.

Tanpa Nama berkata...

ilmu agama sy masih cetek..tapi sy percaya yg allah masih x makbulkn doa hambaNYA yg SENTIASA berdoa + berusaha kerana allah suka mendengar doa hambaNYA..tanda hambanya mengharapkn pertolonganNYA shj.setuju dgn miss chembeng,bila kita bersyukur, hati sentiasa tenang.

Tanpa Nama berkata...

ramai umat mengaku islam tapi tidak melaksanakan tugas sebagai seorang islam berapa ramai umat islam yang menjaga solat

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas