Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Rabu, 13 Oktober 2010

Kuliah Ringkas Pada Budak Kurier

Saya sering membeli buku secara online dan menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat kurier yang memberi perkhidmatan yang mana bayaran untuk penghantaran tersebut dijelaskan semasa barang diterima. Seringkali wang lebihan bayaran saya hadiahkan sahaja kepada budak kurier, contohnya apabila bayarannya berjumlah 69, saya berikan 70 dirham maka dapatlah dia 1 dirham, adakala bayarannya 135, saya berikan wang 100 dan 50 maka lebihan 15 dirham dapatlah untuk dirinya.

Setelah beberapa bulan saya tidak membeli buku baru, kelmarin saya menerima tempahan yang saya buat beberapa hari sebelumnya. Seperti biasa budak kurier yang sama melakukan penghantaran kerumah, akan tetapi kali ini berlaku kejadian yang mana membuatkan saya menulis artikel ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian.



Budak kurier: Assalamualaikum Encik, ini pesanan untuk encik dan kosnya 120 dirham.

Saya membuka dompet dan mendapati ada sekeping wang 20 dirham dan selebihnya beberapa keping wang kertas 100 dirham, terdetik didalam hati saya, "alamak tiada pulak lebihan nak bagi kat dia ni, tak mengapalah, lain kali". 

Saya: Waalaikumsalam, ini wangnya 120, terimakasih ya.

BK: Sila tandatangan disini, errr... tiada tip ke untuk saya hari ini?

Saya tersentak seketika kerana lebihan wang yang sebelum ini kerapkali saya sedekahkan kepadanya seolah-olah dianggap sebagai suatu kemestian.

Saya: Mengapa saya mesti beri tip kepada kamu? Bukankah kamu sudah diberi gaji?

BK: Errr... tak mengapalah, terimakasih, saya pergi dulu.

Saya: Saudara... rezeki sebenar datangnya dari Allah SW dan bukan dari manusia lain, manusia lain itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja. 

BK: Baiklah encik, saya pergi dulu, banyak lagi kurier yang perlu saya hantar. 

Budak kurier itu terus berlalu walaupun ada lagi yang ingin saya sampaikan kepadanya. Mungkin terkejut agaknya dengan "kuliah" saya dan membuat keputusan untuk berlalu dengan segera. Apakah sebenarnya yang saya maksudkan rezeki sebenarnya datang dari Allah SW dan manusia lain itu hanyalah sebagai perantaraannya sahaja?

1. Bayaran untuk kos penghantaran tersebut bergantung kepada jumlah berat buku yang saya tempah secara online itu, saya tidak tahu berapa berat buku yang ditempah, maka kos penghantaran tersebut selalunya hanya diketahui semasa pesanan tersebut tiba. 

2. Saya tidak tahu dominasi duit kertas apa yang akan tinggal didalam dompet saya sebelum budak kurier itu sampai. Mungkin saya ada wang kecil dan mungkin tidak. Dalam kejadian diatas, agak tidak arif untuk "bersedekah" 80 dirham (dengan memberi kepadanya 2 keping wang 100 dirham) kepada seseorang yang punyai pekerjaan tetap. Bagi saya lebih baik saya sedekahkan kepada mereka yang fakir miskin. 

Siapa yang sebenarnya yang mampu menentukan 2 faktor diatas yang mana akan menjamin yang budak kurier tersebut dapat rezeki lebih pada masa tersebut? Tidak lain tidak bukan hanyalah Allah SW. Dia (Allah SW) jualah yang menentukan jumlah berat buku yang saya tempah yang mana ianya diluar kawalan saya dan begitu jugalah dengan wang kecil yang akan tersimpan didalam dompet saya. Jika pagi tersebut saya terfikir ingin membeli sarapan diluar, maka jumlah wang tentu akan berbeza jika saya memilih untuk masak sendiri sarapan dirumah.

Pada pendapat saya jika budak kurier tersebut melakukan kerjanya dengan ikhlas, bersyukur kepada Allah dengan gaji yang sudah terjamin akan diterimanya setiap akhir bulan, rezeki lebih insyaallah akan diberikan oleh Allah SW (kerana takwa). Jika kita ingat rezeki datangnya dari insan lain yang mana dalam kejadian diatas, budak kurier tersebut tanpa segan silu meminta dari saya seolah-olah ianya satu kemestian, syarat atau undang-undang, beliau hanya membuatkan rezekinya bertambah sempit, contohnya saya menjadi tawar hati untuk menghadiahkan kepadanya lebihan wang pada penghantaran yang akan datang.

Budak kurier tersebut tidak punyai kuasa untuk memastikan saya senantiasa memberinya "tip", akan tetapi bagaimana pula dengan manusia yang mengambil "tip" secara paksa dari insan lain hanya kerana mereka punyai sistem atau kuasa untuk melakukannya?, contohnya;

1. Apa? kamu berminat nak beli barang ni? tak mengapa, disebabkan kamu tak mampu nak beli secara tunai, aku belikan untuk kamu dan aku beri kamu masa untuk membayarnya tetapi aku jual kepada kamu  berganda dari harga asal, tetapi jika kamu tidak mampu bayar, harta kamu akan dirampas dan akan dilelong (macam biasa dengar je cerita ni...). Ini untuk memastikan kebajikan pemegang saham kami, kebajikan kamu kami tak peduli. Risiko hanya kepada kamu, risiko kami tiada atau kami minimumkan.

2. Apa, nak aku tauliahkan projek ini kepada kamu? tak mengapa, pastikan 10% dari jumlah kontrak itu nanti masuk ke akaun aku ya. Aku yang punya kuasa untuk meluluskan suatu projek ini, tak setuju  ramai lagi kontraktor yang sedang menunggu. 

Allah SW menghalalkan perniagaan, mengharamkan riba', penipuan dan penindasan kerana apa? Kerana melalui riba', penipuan dan penindasan, manusia menutup pintu risiko, yang mana melalui risiko itulah Allah SW akan membuatkan sesetengah insan akan untung dan sesetengah insan lain akan rugi dan dari situ nanti kekayaan akan tersebar secara adil sesama manusia. Rezeki yang halal bukannya datang dari "sistem perniagaan" yang meminjam wang (berselindung disebalik jual beli) dan dengan peminjam yang di"pukau" bahawa sistem mereka itu halal, terpaksa membayar balik pinjaman yang diberikan berganda dari jumlah asal. Dan jika perniagaan tersebut tidak punyai risiko, (peminjam gagal bayar, harta akan dilelong) maka itu bukan perniagaan akan tetapi penindasan.

Apabila manusia dengan bongkaknya menyalah gunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka dengan memastikan rezeki lebih mereka didalam genggaman mereka sendiri, mereka menolak Allah SW sebagai pemberi rezeki dan menganggap kuasa ditangan mereka itulah pemberi rezeki. Tiada risiko bagi mereka kerana mereka sentiasa untung dan yang rugi hanyalah rakyat jelata yang menjadi "keldai" bekerja keras membayar cukai yang mana disebabkan kuasa mereka itu, duit rakyat akan masuk ke kocek mereka. Sebab itulah mereka yang korup senantiasa mahu kekal berkuasa dan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka kekal berkuasa baik dari kawalan media, undi hantu, undi pos, politik wang dan sebagainya. 

Apabila rezeki ditentukan oleh sistem dan kuasa, maka berlakulah ketidak adilan dan pelbagai masaalah sosial akan timbul. Manusia tidak lahir sebagai pencuri, persekitaran yang membentuk manusia tersebut menjadi pencuri dan manusia kebanyakan tanpa menyedarinya secara tidak langsung membantu melahirkan generasi pencuri tersebut, bagaimana? mereka menjadi penyokong kepada sistem atau kuasa yang menyebabkan ketidak-adilan penyebaran rezeki itu semakin berleluasa. Buka mata dan lihatlah keadaan sekeliling, dari rumah yang dahulunya tingkap dua bilah yang boleh dibuka begitu sahaja semasa tidur dimalam hari, bertukar kepada tingkap bergril dan yang terbaru pula warga nepal atau bangla menjadi jaga mengawal kawasan perumahan. Mengapa ini terjadi? Tiada yang percuma didunia ini dan ini lah harga yang terpaksa kita bayar apabila ekonomi tidak lagi manusia serahkan kepada Allah SW untuk menentukannya, sebaliknya melalui kuasa dan sistem ciptaan manusia itu sendiri.

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah rezeki yang sebenar datangnya dari Allah SW, pekerjaan yang kita lakukan hanyalah sebagai mekanisma untuk rezeki tersebut sampai kepada kita. Hanya pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, memberi nilai, memberi kebaikan kepada insan lain sahajalah yang boleh dianggap rezeki yang halal, bukan dari sistem atau kuasa yang menindas insan lain. Bekerjalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, Allah SW itu tahu apa yang tersimpan dihati dan akan senantiasa memberi kelimpahan rezeki kepada mereka yang benar-benar bertakwa. Banyak faktor yang mempengaruhi bagaimana rezeki akan sampai atau pergi dari kita dan siapalah kita manusia yang kerdil ini yang mampu mengawalnya. Serahkan kepada Allah SW, nescaya akan perolehi ketenangan hidup didunia dan kegembiraan sejati diakhirat kelak, insyaallah.

13 Komen:

- Polaris Writer berkata...

Salaam brother,

I liked the title of your post 'Kuliah Ringkas Pada Budak Kurier'. When the opportunity comes at your door just grab and make goodness out of it for the sake of Allah! Many of us I'm sure have come across such situations but it takes a few to actually pass on a meaningful 'kuliah' to the persons who need it. May Allah bless you always!

[ a D D y ] berkata...

minta pendapat tentang jual beli melalui online..

Anyyss Shuhaimi berkata...

tiada yang percuma di dunia ini...
semuanya pinjaman dari Allah

Ms Haslina berkata...

sudah resmi manusia...klu sudah selalu di 'suap'...dia terlalai sebentar bahawa suapan yg diberi itu adalah atas tiket rezeki ALLAH yg tentukan...

terima kasih atas peringatan...

Tanpa Nama berkata...

salam..Syeikh Imran Hossein said about the `sunnah money`..and it`s halal based on al-Quran and Hadith, and he suggest us to make a living in a `muslims village` because it`s the only way for the `mukmin` to avoid the haram system and back to the al-Quran and sunnah in daily life..but, we can`t make the muslims village alone..when I trying to tell about this to other people, maybe many of them will against me and say that I`ve think too much and the idea of muslim village is such a nonsense..what must I do, to be a real mukmin that will protect our faith although it`s like holding a `bara api`..I`m just 16 years old and no one will hear me, can you share with me your opinion? may Allah bless you my muslim brother..salam,,

Pintu taubat berkata...

Salam...Perkataan anda tentang tawar hati utk memberikan tip kpdnya sudah menjadi berdendam kpdnya dan itu bukanlah sifat yg mulia....tambahkan lagi tip kpd budak tu kalau anda mampu lain kali...Bersangka baiklah... Mungkin salamnya itu diperkenankan oleh Allah kerana keikhlasannya... siapa tahu..
Nabi S.A.W pernah menegur Saidina Abu Bakar dlm peristiwa ifiq....Mudah2an kita semua mendapat taufiq dan hidayah dr Allah S.W.T

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,
Sekurang-kurangnya saudara sudah punyai kesedaran untuk hidup dengan berteraskan Quran dan hadis dari usia muda lagi, insyaallah pasti akan bertemu dengan rakan2 yang punyai pemikiran sedemikian, jangan takut melangkah hanya kerana tidak nampak apa yang ada disebalik liku kehidupan. Tingkatkan ilmu dunia dan akhirat, jangan jadi seperti kebanyakan remaja lain yg masih lena dibuai mimpi hiburan dunia. Muslim village juga perlu penghuninya yang punyai ilmu dunia maka persiapkan lah diri saudara, apabila tiba ketikanya maka pasti ianya amat berguna untuk penghuninya, insyaallah.

Helmis berkata...

Saudara Pintu Taubat,
Terimakasih kerana berpesan-pesan dan saling ingat mengingati, memang benar kita sepatutnya bersangka baik terhadap seseorang, mungkin memang keluarganya sedang sudah dikampung.
Apa yang saya harapkan agar rakan2 sekalian dapat melihat isu utama yg saya cuba sampaikan iaitu rezeki dari Allah SW dan bukan dari manusia itu sendiri, bab "tawar hati" itu hanyalah satu contoh bagaimana jika kita anggap rezeki dari manusia, peluang rezeki menjadi sempit menjadi lebih mudah.

tubelawak berkata...

salam.. kali pertama baca blog ni, datang dari video penyangak ekonomi..

Saadon (adikacu) berkata...

suka baca tajuk ni.

suhaizat berkata...

Perkongsian yang berguna...semoga kita tidak lalai dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kpd kita.Bersyukurlah! dan laksanakan apa yg diperintah olehnya(ALLAH) dan jauhi apa yang dilarang dan dibenci olehnya(ALLAH)

Tanpa Nama berkata...

budak kurier itu bergurau sahaja ... jangan ambil hati dengan dia... kita patut rapatkan silaturahim... apa yang saudara katakan benar tetapi bahasa perlu sopan kerana kuliah yang saudara berikan pasti menyebabkan dia tergores... dan akan menyebabkan perasaan benci... apabila benci timbul... maka doa yang tidak baik akan terkena pada diri

Ihya-Ulumiddin berkata...

Salam Helmis ,

terima kasih atas buah ilmu kamu, saya byk ambil ayat @ artikel dari kamu untuk dikongsi semula.

insyaAllah

muslimVillage akan ada penghuninya. ;)

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas