Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails
Memaparkan catatan dengan label RujukanSains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RujukanSains. Papar semua catatan

Rabu, 5 Februari 2014

Semakin Kaya Semakin Semakin Tidak Bertimbangrasa!

Adakah dengan semakin kayanya seseorang itu akan membuatkan dia menjadi lebih bertimbang rasa dan simpati kepada golongan yang miskin. Dan adakah disebabkan kekayaan mereka itu (baik disebabkan kerja yang baik, perniagaan yang menguntungkan atau pun lahir dialam keluarga bangsawan yang kaya) mereka akan kurang cenderung untuk menzalimi, menipu atau mencuri dari manusia lain. Kita boleh andaikan mungkin disebabkan seseorang yang kaya itu mempunyai wang yang banyak dan juga kuasa untuk membantu yang lemah, itu sepatutnya membuatkan mereka lebih bertimbang rasa, prihatin dan lebih mempunyai sifat-sifat kemanusiaan.

Kebanyakan kita pasti menganggap orang miskin dan susah lah yang sepatutnya lebih cenderung untuk lebih tidak bertimbang rasa, menipu ataupun mencuri akan tetapi kajian oleh pakar psikolgi di Amerika menerusi ujikaji-ujikaji mereka membuktikan sebaliknya. Pakar psikologi Paul Piff dan Dacher Keltner telah melakukan beberapa ujikaji dengan melihat samada status sosial (diukur melalui kekayaan, kehebatan jawatan dan pendidikan) mempengaruhi sejauh mana keprihatinan atau bertimbang rasa seseorang itu terhadap insan yang lain.


Didalam salah satu ujikaji mereka, mereka memperhatikan secara rahsia memperhatikan kelakuan pemandu-pemandu disatu simpang empat yang sibuk. Mereka mendapati mereka yang memandu kereta mewah lebih cenderung untuk memotong kenderaan yang lain yang berbaris menunggu giliran untuk melepasi persimpangan tersebut. Pemandu kenderaan mewah ini (pemandu kenderaan tersebut dari golongan mereka yang berstatus tinggi) baik lelaki atau wanita, tanpa mengira masa atau kesibukan trafik sama sahaja memotong pemandu-pemandu lain. Didalam ujikaji yang lain pula, mereka mendapati pemandu kereta mewah lebih cenderung untuk melajukan kereta mereka di lintasan pejalan kaki walaupun mereka sudah bertentang mata dengan pejalan kaki yang mahu melintas jalan.




Adakah mereka yang kaya lebih cenderung untuk menipu? Dalam ujikaji seterusnya para peserta diminta untuk bermain permainan komputer yang mana pada skrin komputer tersebut akan menayangkan salah satu dari muka buah dadu hasil "lontaran" mereka yang kononnya terhasil secara rawak. Mereka diminta untuk merekodkan jumlah mata yang diperolehi dan jika lebih banyak mata diperolehi, lebih besar kemungkinan untuk mereka memenangi hadiah wang tunai. Lima lontaran dibenarkan dan mereka diminta untuk merekodkan bacaan mereka itu. Apa yang tidak diketahui oleh mereka adalah jumlah mata dari lima balingan dadu tersebut telah ditetapkan oleh komputer sebanyak 12 mata sahaja untuk setiap peserta. Golongan yang berstatus tinggi didapati lebih cenderung untuk menipu dan merekodkan jumlah mata yang lebih berbanding apa yang dipaparkan di komputer.

Adakah mementingkan diri sendiri membuatkan seseorang itu menjadi kaya? Ujikaji seterusnya oleh Paul Piff dan rakannya pula adalah dengan meminta para peserta membuat perbandingan mengenai kedudukan mereka berbanding orang lain dari sudut ekonomi. Pada masa yang sama juga mereka diberitahu bahawa setelah selesai menjawab soalan-soalan tersebut mereka boleh mengambil sebanyak mana gula-gula yang terdapat didalam balang dihadapan mereka. Pada masa yang sama juga mereka diberitahu bahawa baki gula-gula yang tinggal akan diberikan kepada kanak-kanak di pusat penjagaan berhampiran. Para peserta yang melabelkan diri mereka lebih baik dari segi ekonomi berbanding orang lain didapati telah mengambi lebih banyak gula-gula berbanding golongan yang kurang baik.

Tetapi mengapakah semakin kaya dan tinggi status sosial seseorang itu mengurangkan perasaan simpati dan timbang rasa seseorang itu terhadap insan lain? Paul Piff mengesyaki kemungkinannya adalah
 disebabkan kekayaan dan status tinggi seseorang itu, mereka tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup, dan semakin tidak bergantungnya seseorang itu kepada orang lain, semakin kurang kepedulian mereka terhadap kebajikan dan perasaan orang lain. Ini membawa kepada sikap pentingkan diri sendiri. Persoalan seterusnya adalah, adakah mereka golongan diatas ini sedar akan sikap buruk mereka ini? Malangnya didalam satu kajian yang lain, semakin tinggi pangkat seseorang itu, semakin dia tidak sedar akan sikap-sikap buruk mereka yang dapat dilihat oleh orang lain.



Didalam ujikaji yang lain pula, para peserta ujikaji diminta untuk menonton dua tayangan video dimana pada masa yang sama denyutan jantung mereka diukur. Satu video menunjukkan seorang memberi penjelasan bagaimana untuk membina patio dan satu lagi video berkenaan kanak-kanak yang mengidap kanser. Selepas menonton video tersebut, para peserta akan menjelaskan sejauh mana perasaan mereka apabila menonton video-video tersebut. Status sosial para peserta diketahui dengan menyoal selidik pendapatan dan tahap pendidikan mereka. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa para peserta yang rendah status sosialnya iaitu dengan pendapatan dan juga pendidikan yang rendah lebih menunjukkan rasa simpati apabila menonton video pesakit kanser, malah denyutan jantung mereka juga menjadi perlahan semasa menonton video tersebut yang mana menunjukkan tindak balas penumpuan mereka terhadap perasaan orang lain. Hasil kajian ini juga selari dengan penyelidikan sebelumnya yang mana golongan atasan lemah dalam mengenal pasti perasaan orang lain dan kurang menumpukan perhatian dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka dengan cara membelek telefon bimbit mereka ataupun menconteng-conteng kertas.





Daripada penyelidikan-penyelidikan diatas, berapa ramai dikalangan pembaca yang dapat mengaitkannya dengan keadaan sebenar masyarakat kita hari ini? Adakah pemimpin-pemimpin kita yang semakin kaya dan tinggi taraf sosialnya itu benar-benar dapat memahami, bertimbang rasa, prihatin dan benar-benar berjiwa rakyat? Adakah mereka jujur dan tidak menipu rakyat dalamana mereka meneraju negara kita ini?

Melihat kepada jurang pendapatan yang semakin besar dinegara kita, hubungan antara kekayaan dan keprihatinan atau bertimbangrasa ini mempunyai implikasi yang teramat penting. Mereka yang berkuasa dinegara kita ini kebanyakan datangnya dari golongan yang berada, oleh itu jika status sosial ini mempengaruhi keprihatinan seseorang itu terhadap insan lain, nampaknya besar kemungkinan keputusan-keputusan atau polisi-polisi yang dianjurkan oleh mereka bukanlah sebenarnya membantu golongan yang miskin dan kurang bernasib baik malah lebih untuk mengenyangkan perut mereka.


Jika pemimpin yang dari kecil hidup didalam kemewahan dan tidak pernah kenal erti susah, wujudkah jaringan-jaringan neuron yang pernah terbentuk didalam otak mereka yang akan kembali aktif apabila melihat atau mendengar kesusahan rakyat dan kemudiannya merembeskan "peptid-peptid molekul emosi" yang akan menyelinap kesalur darah mereka memberikan perasaan sebenar erti kepayahan dan kesusahan? Jawapannya tentulah tidak. Buktinya teramat jelas kerana apabila negara mengalami masaalah ekonomi, rakyatlah dahulukan dalam usaha mencari wang untuk membayar hutang. Setelah gula, minyak, tol dan sebagainya akibat virus BN (Barang Naik), ditambah pula dengan GST untuk memaksa rakyat membayar beban hutang yang dibuat oleh kerajaan, barulah akhir sekali gaji menteri-menteri nak dipotong? Mengapa ianya tidak mula-mula sekali dilakukan jika mereka benar-benar berjiwa rakyat?



Jawapannya adalah, semakin kaya, semakin tinggi pangkat dan status sosial, semakin mereka tidak bertimbang rasa terhadap insan lain terutama sekali rakyat. Apa yang penting bagi mereka adalah untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa dan rakyat semua perlu membayar harga untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa. Barangkali jaringan neuron kesusahan yang ada didalam otak mereka adalah susahnya bagaimana nak mendapatkan undi. Selagi pemimpin sebegini memerintah, semakin hari semakin kehidupan rakyat menjadi susah.

 Malah saranan-saranan bodoh juga dikemukakan oleh mereka kepada rakyat contohnya berhijrah kenegara lain jika tidak setuju dengan kepimpinan mereka. Nampaknya ketidak prihatinan, kesombongan dan kebodohan sudah berjalan berpimpin tangan dengan mereka.

Ini dilihat dari segi pemimpin, bagaimana dengan diri kita sendiri? Jika kita mengetahui bahawa dengan membuat pinjaman-pinjaman di bank ini akan menyebabkan meningkatnya inflasi disebabkan bertambahnya jumlah wang didalam kitaran berbanding dengan kekayaan sebenar, dan inflasi ini pula akan menyebabkan harga barangan meningkat yang mana pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah, adakah kita yang berkedudukan baik dengan pangkat tinggi dan gaji tetap setiap tahun naik ini akan berhenti membuat pinjaman-pinjaman baru, mengambil sifat zuhud dengan rumah kecil, kereta lama, berusaha membeli barangan baru secara tunai dan sebagainya?
 Adakah kita yang bernasib baik ini mempunyai perasaan simpati terhadap golongan yang susah ini?

Adakah kita juga akan tetap memilih pemimpin yang sama dipilihanraya akan datang nanti walaupun kita tahu hasil kepimpinan mereka lebih banyak menyusahkan rakyat dan mengkayakan golongan segelintir hanya kerana kita takutkan perubahan yang akan menggugat kesenangan kehidupan kita? Pedulikah akan kita kepada nasib malang golongan kurang bernasib baik ini?

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.          (Al Imran 3:92)



Sesungguhnya Allah SW itu Maha Adil, semakin kaya dan berpangkat seseorang itu semakin kurang sifat timbang rasa dan simpati mereka kepada orang lain dan inilah cabarannya kepada kita sebagai manusia untuk senantiasa sedar bahawa segalanya ada "harga" yang perlu dibayar, tiada apa yang percuma didunia ini termasuklah untuk kekayaan dan pangkat kita itu. Ini memerlukan kita untuk menjadi "Pemerhati Yang Hebat", memerhatikan pemikiran kita yang kemudiannya akan menjadi tindak tanduk perbuatan yang akan mempengaruhi manusia-manusia lain. Sebab itulah disyurga lebih ramai orang miskin berbanding yang kaya seperti yang diberitahu oleh Nabi. Adakah kita pasti kita sudah mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian jika kita tidak mahu melepaskan sebahagian dari kesenangan kita itu?

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak… dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadid 57:20)

Kita semua berkait, baik jika kita lihat dari kejadian Adam AS, Teori Big Bang mahupun ujikaji fizik kuantum, apa yang kita lakukan dan segala tindak tanduk kita ini akan mempengaruhi kehidupan kita. Marilah hidup dengan lebih matlamat kepada "kita" daripada "aku", kerana kita semua adalah satu, hidup didalam dunia yang satu dan menyembah Tuhan yang satu. Lebihkan memberi dan fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum mengambil. Allah SW tidak akan menghukum mereka yang memberi lebih, sebaliknya yang mengambil lebih dari apa yang sebenarnya hak diri manusia itu. Keputusannya ditangan anda, harap artikel ini dapat memberikan ketukan minda buat mereka yang mahu berfikir.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 17 Mei 2012

Sains Moden Menemui Tuhan

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.             (Surah Al-Imran 3:185)

Suatu ketika dahulu sains kelihatan seolah-olah musuh kepada kepercayaan agama - sekarang ianya tidak lagi! Fizik moden dan kosmologi (sains mengenai asal dan perkembangan alam maya) masa kini telah memberikan bukti objetif yang kukuh akan kewujudan tuhan, mengesahkan sifat-sifatNya dan menunjukkan bagaimana tuhan mencipta kewujudan fizikal ini dari suatu yang tidak wujud (nothingness). Maklumat ini datangya dari analisis kritikal teori Big Bang, Special Theory of Relativity Albert Einstein dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan dalam sains fizik kuantum. Konsep disebalik ilmu sains yang hanya boleh difahami oleh saintis ini sekarang boleh dipersembahkan dengan cara yang mana ianya mampu difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan modern.

1. Kita sekarang telah mengetahui menurut teori kosmologi yang rata-rata diterima ahli saintis bahawa dunia fizikal yang kita lihat pada hari ini telah tercipta dari ketiadaan atau suatu yang tidak wujud (nothingness) iaitu tanpa masa, ruang dan materi.

2. Kita juga telah mengetahui bahawa pada permulaan penciptaan dunia ini, ianya berlaku dengan mana cahaya menjelma wujud pada pada satu titik permulaan yang mana tidak mempunyai sebarang dimensi (a singularity point with no dimension).

3. Kita telah mengetahui bahawa bahan materi dunia fizikal ini telah menjadi wujud dengan cara yang mana photon (satu gumpalan kecil tenaga cahaya) telah berlanggar sesama mereka dan kemudiannya membentuk jumlah tak terbilang banyaknya proton-proton, neutron-neutron dan elektron-elektron yang mana dengan pelbagai cara kombinasi kemudiannya membentuk kesemua yang wujud didalam dunia fizikal kita ini.

4. Pada dasarnya, dengan tepat kita boleh mengatakan bahawa semua bahan materi didunia fizikal ini termasuklah tubuh badan kita ini, sebenarnya adalah cahaya yang telah menjadi perlahan.

5. Kita telah mengetahui bahawa ruang angkasa alam semesta yang mengandungi dunia fizikal kita ini sedang berkembang. Konsep ini adalah suatu yang asing bagi pemikiran manusia sehinggalah Albert Einstein mengemukakan General Theory of Relativity beliau pada awal kurun ke 20. Ianya tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pemikir hebat sebelum itu akan tetapi ianya telah diyatakan oleh Al Quran 1400 tahun yang lalu apabila Allah berfirman, "Kamilah yang mengembangkan dunia ini dengan kekuatan" (Al Quran 51:47, Terjemahan Muhammad Asad). Malah Einstein sungguh tergamam dengan penemuan beliau itu sendiri kerana dunia yang berkembang bermaksud pada satu ketika dahulu terdapat ketikanya dimana dunia ini tercipta.

6. Special Theory Of Relativity oleh Einstein (yang mana beliau sendiri menggelarnya "Absolutism Theorem" kerana beliau menyedari yang apa yang ditemuinya didalam dunia relatif tetapi merupakan adalah sesuatu yang benar-benar nyata/mutlak) adalah mengenai sifat-sifat istimewa cahaya.

7. The Special Theory of Relativity membolehkan kita buat pertama kalinya melihat secara objektif apa yang wujud diluar jangkauan dunia materi ini.

8. Kita boleh menemui apa sahaja apabila kita dapat melihat apa yang wujud diluar dunia materi ini, tetapi apa yang kita temui sebenarnya amat menakjubkan dan perlu diberikan perhatian. Kita mendapati Special Theory of Relativity oleh Einstein ini menunjukkan kepada kita bahawa disebalik dunia fizikal kita ini wujud bahan bukan materi yang terdiri dari sesuatu yang mutlak atau nyata, dan sesetengah bahan-bahan ini pula menariknya serupa dengan apa yang pelbagai agama ambil sebagai sifat-sifat tuhan.

- Contoh pertama: Apabila kelajuan cahaya dihampiri (300,000 km per saat), masa menjadi semakin perlahan, dan pada kelajuan berkenaan, masa tidak lagi berlalu. Ini bermakna bagi photon iaitu zarah cahaya yang bergerak pada kelajuan cahaya, masa tidak berlalu, maka photon tidak tertakluk pada masa dan KEKAL SELAMA-LAMANYA (Eternal). 

- Contoh kedua: Oleh kerana masa tidak berlalu bagi photon iaitu zarah cahaya, dan photon boleh diperhatikan dimana-mana, iaitu photon tersebut boleh diperhatikan pada masa yang sama berada ditempat yang berbeza, oleh sebab itu ianya adalah BERADA DIMANA-MANA (Omnipresent).

- Contoh ketiga: Oleh kerana setiap bahan materi yang wujud didunia fizikal ini tercipta dari tenaga cahaya, dan tenaga cahaya ini jugalah yang berterusan memelihara dan mengawal setiap aktiviti bahan materi didalam kewujudan dunia fizikal ini, maka tiada kuasa selain dari kuasa cahaya. Kuasa cahayalah segala kuasa yang wujud, jadi ianya MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS (Omnipotent).

- Contoh keempat: Oleh kerana semua ilmu dan maklumat yang wujud, yang telah wujud atau akan wujud tersimpan dalam bentuk tenaga cahaya dan di sebar atau pancarkan didalam bentuk tenaga cahaya maka tiada ilmu atau maklumat yang wujud selain yang tersirat didalam cahaya itu sendiri, oleh sebab itu ianya SERBA MENGETAHUI (Omniscient).

9. Sebagai tambahan, cahaya sebenarnya tidak wujud didalam kewujudan fizikal ini walaupun kita boleh memperhatikannya. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, salah satu dari dimensi (panjang, tinggi atau lebar), dimensi yang selari dengan arah pergerakan akan menjadi bertambah kurang dan kurang, dan pada kelajuan cahaya dimensi tersebut menjadi kosong (zero). Untuk mengetahui isipadu kita perlu mendarab tinggi dengan panjang dan juga lebar, akan tetapi jika salah satu dari dimensi tersebut adalah kosong maka isipadunya juga adalah kosong, jadi benda itu sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini. Cahaya tidak mempunyai isipadu didalam ruang maka oleh sebab itu ia tidak berkewujudan (has no existance) didalam dunia fizikal ini.

10. Semua yang wujud didalam dunia fizikal ini mempunyai jirim lebih dari kosong yang mana merupakan ciri-ciri bagi kewujudan didalam dunia fizikal ini, akan tetapi cahaya langsung tidak mempunyai jirim atau berat. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, jirim atau berat akan bertambah dan pada kelajuan cahaya berat adalah infiniti. Tak kiralah sekecil mana berat atau jirim pada permulaannya, jirim atau berat tersebut akan mencecah infiniti pada kelajuan cahaya. Oleh kerana photon bergerak pada kelajuan cahaya tetapi tidak mencecah jirim atau berat infiniti, ini bermakna photon sebenarnya bermula dengan nilai jirim kosong, maka cahaya sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini.

11. Didalam dunia fizikal ni semuanya adalah relatif, kewujudan mutlak atau tidak sesuatu kualiti itu tidak boleh digambarkan, segala sesuatu yang wujud diantara dua kualiti tersebut adalah kontinum atau pemeringkatan dari sesuatu yang boleh digambarkan dengan nyata kepada sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan nyata. Kita walau bagaimanapun mendapati, disebalik kewujudan materi ini semua kualiti-kualiti itu wujud samada didalam keadaan tidak terbatas atau ianya tidak wujud sama sekali, tiada apa yang berada diantaranya.

Perkara paling penting didalam penemuan-penemuan diatas adalah ianya telah memusnahkan sebarang idea, kepercayaan atau konsep yang dunia fizikal ini wujud sebagai suatu jumlah tertentu bahan-bahan materi yang bergerak dengan suatu hukum-hukum fizikal yang tertentu. Pemahaman yang tidak tepat mengenai kewujudan fizikal inilah yang telah membentuk asas falsafah sains kebendaan atau materialisme. Ianya falsafah materialisme inilah terutamanya falsafah materialisme sekular telah membenarkan kepercayaan kepada tuhan itu telah dicabar dengan hebatnya oleh mereka yang tidak percayakan tuhan selama beberapa ratus tahun sebelum ini, lebih kurang sekitar zaman Sir Isaac Newton.

Ianya tidak lagi munasabah baik secara intelek ataupun menerusi alasan logik didalam penemuan fizik moden dan kosmologi ini untuk berpegang kepada pandangan atheis (iaitu tuhan itu tidak wujud). Apa yang pasti menerusi alasan logik dan juga pemikiran intelek yang jujur ini, kesimpulan yang boleh diambil menerusi penemuan sains moden adalah Tuhan itu wujud, yang mana sifat-sifat Tuhan itu wujud dan Tuhan jualah yang telah mencipta dunia fizikal ini termasuklah juga manusia. Kita sekarang ini berada pada titik perubahan dari pandangan materialisme sekular terhadap dunia ini kepada pandangan bertuhan.

NOTA: Kesemua ini hanyalah sebilangan dari rumusan yang dipermudahkan dari usaha-usaha besar yang sedang dijalankan, akan tetapi kami merasakan ianya amat penting dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskannya kepada umat manusia ciptaan Allah ini. Fakta-fakta sains disebalik penjelasan-penjelasan ini adalah fakta-fakta yang dipersetujui bersama oleh beberapa ahli-ahli fizik tersohor dunia, termasuklah beberapa ahli teoritikal fizik yang telah memenangi Hadiah Nobel. Penjelasan-penjelasan ini teramat penting didalam titik peralihan pemikiran teologi Islam, akan tetapi buat masa kini ianya masih belum lagi diterima oleh sarjana Islam diseluruh dunia.

* Artikel ini adalah terjemahan dan olahan dari artikel asal berbahasa Enggeris karya Allayarham Dr. Muhammad Al Mahdi bertajuk "Modern Science Finds God", beliau adalah pengasas Khalifah Institute. Semua kredit adalah kepada beliau yang mana ianya datang dari pemikiran beliau sebagai seorang ahli psikologi dan juga ahli teoritikal fizik. Kepada mereka yang mahu mengambil artikel ini, harap link kepada laman beliau dikekalkan. Sebarang komen untuk memperbaiki mutu terjemahan artikel ini amatlah dialu-alukan. 


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 31 Mei 2010

Fizik Kuantum Dan Falsafahnya Dalam Kehidupan.

Seringkali saya mengaitkan fizik kuantum didalam artikel-artikel saya yang lepas, mungkin ramai dikalangan rakan-rakan yang pernah mendengar perkataan Fizik kuantum ataupun Quantum physic akan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan fizik kuantum itu.

Pada awal abad ke 19, seorang saintis German bernama Max Plank melalui kajiannya mengenai struktur atom dan juga "black body radiation" mendapati tenaga (energy) secara semulajadinya adalah dalam bentuk gumpalan (lump) atau ketulan (chunk) dan bukanlah dalam bentuk gelombang radiasi berterusan seperti yang difahami sebelum itu, ianya dinamakan "quanta" iaitu bermaksud kuantiti, dari situ wujudlah bidang fizik baru yang dinamakan Quantum Fizik atau Quantum Mekanik.

Quantum Fizik (QF) adalah fizik mengenai atom, apa yang membentuk atom itu dan juga bagaimana perilaku "sub-atomic particle" atau zarah-zarah yang membentuk atom itu sendiri. QF juga digelar sebagai fizik baru atau moden dan amat berbeza daripada fizik klasik (sebelum 1900) yang diasaskan oleh Aristotle hinggalah oleh Newton. Menerusi quantum fizik juga, falsafah barat yang dikemukakan oleh ahli falsafah Peranchis pada kurun ke 17 Rene Descarte iaitu jasad atau material dan minda adalah dua unsur yang berbeza atau tiada kaitan antara satu sama lain menjadi goyah oleh penemuan-penemuan baru oleh fizik moden ini. Melalui ujikaji QF, terbukti minda mempengaruhi dunia materialistik yang manusia anggap selama ini diluar kawalan mereka.

Bagaimana pula sifat dan perilaku atom itu mempengaruhi manusia? Kita semua terbentuk dari jutaan-jutaan sel yang bergabung membentuk jasad, dan sel-sel terbina dari molekul, dan molekul pula terbentuk dari atom, jadi jika kita ingin mengkaji kehidupan, bukankah kajian mengenai atom itu sendiri yang merupakan asas binaan tubuh manusia itu amat penting? Hampir kesemua alat elektronik kegunaan manusia moden masa kini amat berkait dengan QF, dari pemain CD, DVD, TV, telefon bimbit, komputer, tenaga nuklear dan sebagainya, semua ini dicipta dengan prinsip QF itu sendiri. Walaupun rata-rata manusia menggunakan alat yang dicipta dengan bantuan fizik moden ini didalam kehidupan manusia seharian, pemikiran manusia itu sendiri masih lagi menggunakan prinsip klasik dalam hampir setiap detik kehidupan yang dilalui.

Disini saya akan cuba untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian beberapa idea-idea baru dan falsafah disebalik QF yang mana pada pendapat saya amat penting untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Ada sesetengahnya sudah kita gunakan atau alami sehari-harian akan tetapi tidak tahu mengapa ianya sebegitu, contohnya apabila kita tersedak kononnya ada orang menyebut-nyebut nama kita, bagaimana jika saya katakan eksperimen untuk menunjukkan kejadian itu memang boleh berlaku dan terbukti didalam ujikaji yang dijalankan?, dan ini adalah satu konsep didalam QF yang dipanggil "entanglement" yang mana menyatakan zarah, objek mahupun manusia didunia ini berkait dan berhubungan sesama sendiri tanpa perantaraan yang jelas. Saya akan berkongsi beberapa konsep didalam fizik kuantum dan cuba mengaitkan dengan kehidupan kita sehari-harian.

1. Kedudukan Zarah - Hanya Kemungkinan dan Kebarangkalian.

Atom yang kita belajar disekolah adalah seperti planet-planet mengelilingi matahari dimana elektron berputar mengelilingi nukleus yang terdiri daripada neutron dan proton. Walaupun konsep ini diterima pakai untuk menjelaskan kelakuan atom dan bagaimana ia boleh berinteraksi dengan atom-atom lain untuk membentuk molekul dan seterusnya membentuk semua benda disekeliling termasuklah tubuh badan manusia itu sendiri, hasil dari kajian dan eksperimen terbaru atom tidak terbentuk sebegitu rupa, lebih kepada abstrak, suatu yang tidak boleh dijelas atau digambarkan, malah untuk menentukan kedudukan dan perilaku zarah-zarah didalamnya atom itu sendiri hanyalah dapat dilakukan dengan bahasa metematik dan formula yang didalam perkiraannya juga hanyalah memberikan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja dimana zarah-zarah itu berada. Antara dua formula yang masyur adalah "Wave Function Equation" oleh Erwin Schrodinger dan "Matrices Mechanic" oleh Werner Heisenberg.

Pada tahun 1927, berlaku satu perjumpaan ahli fizik di Brussel (Solvay Conference) yang mana mereka membincangkan penjelasan mengenai zarah-zarah dunia sub-atomik. Terdapat dua pihak yang bertelagah, iaitu satu pihak yang diwakili oleh Albert Einstein yang menyatakan tidak mungkin zarah ber"kemungkinan" sahaja berada disuatu tempat, Neils Bohr yang mewakili sebelah pihak lagi mengemukakan pendapatnya bahawa secara matematiknya itulah sifat atau kelakuan zarah-zarah didalam atom. Satu ungkapan Einstein yang amat popular dalam perdebatan mereka adalah "Tuhan tidak bermain dadu", Bohr pula membalas "Einstein, berhenti memberitahu tuhan apa yang patut dilakukan".

Berbeza dengan falsafah fizik klasik yang mana semua kehidupan didunia ini adalah berlandaskan 3 hukum gerakan Newton (Newton Law Of Motion) yang mana semua kejadian boleh diramalkan, ini tidak berlaku didalam dunia sub-atomik yang mana hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang boleh dikira. Jika kita kaitkan konsep ini didalam kehidupan sehari-harian, tiada apa yang pasti, semua hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang ianya boleh dan akan berlaku. Malah jika kedudukan zarah diketahui, kita tidak boleh mengira momentum zarah tersebut, begitu juga sebaliknya.

Lihat kehidupan yang kita lalui ini, nampaknya seolah-olah ianya juga sebegitu jika kita samakan ianya dengan dunia sub-atomik, dunia seolah-olah tiada kepastian, hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja, jadi jika tiada kepastian, dari mana pula datangnya takdir? Sebab itu Albert Einstein tidak dapat menerima kenyataan Neils Bohr kerana baginya tuhan tidak menjadikan dunia ini seperti suatu perjudian. Saya juga bersependapat dengan Einstein, akan tetapi apa yang akan menjadikan dunia ini suatu kepastian atau takdir adalah dengan undang-undang kehidupan seperti yang Allah berikan didalam Al Quran. Akan saya jelaskan selepas ini.

2. Dua sifat Elektron - Zarah (Particle) Atau Gelombang?

Cahaya amat berkait rapat dengan atom, cahaya terbina dari unit kecil yang dipanggil photon manakala atom diwakili oleh unsur sub-atomik lebih kecil yang dipanggil zarah samada elektron, neutron atau proton. Atom boleh mengeluarkan tenaga darinya dalam bentuk photon. Sejarah awal kajian mengenai cahaya adalah oleh Christian Huygens dalam abad ke 16, dia mengemukakan pendapat bahawa cahaya berfungsi sebagai gelombang, umpama gelombang apabila seketul batu dijatuhkan didalam kolam. Pada kurun ke 17 pula Sir Isaac Newton meramalkan bahawa cahaya terbina dari zarah-zarah kecil yang dinamakan "corpuscular". Dalam abad ke 18 pula, Thomas Young melakukan ujikaji yang amat mashyur didalam dunia fizik iaitu apa yang dinamakan "Double Slit Experiment" membuktikan bahawa cahaya berkelakuan sebagai gelombang dan bukan zarah. Pada tahun 1905 pula, Albert Einstein yang pada masa itu bekerja sebagai kerani di Zurich mengeluarkan kertas saintifik mengenai "Photoelectric Effect" yang mana menyatakan bahawa cahaya terdiri dari zarah-zarah kecil yang dinamakan photon melalui konsep bagaimana tenaga diserap dan disebarkan. Ini selari dengan penemuan Max Plank yang mana asal nama QF itu bermula iaitu "quanta". Persoalannya mana satu yang betul, adakah cahaya atau sub-atomic bersifat gelombang atau zarah, atau mungkinkah kedua-duanya sekali?

Atom dan cahaya amat penting didalam kehidupan manusia, tanpa atom tiada jasad atau benda yang terbentuk dan tanpa cahaya pula tiada apa yang boleh dilihat oleh manusia. Akan tetapi hasil dari kajian fizik kuantum ini, ahli fizik membuat kesimpulan bahawa keputusan suatu ujikaji yang menentukan samada hasilnya adalah gelombang atau zarah adalah berdasarkan untuk tujuan apa ujikaji itu dijalankan, jika ia untuk mengkaji cahaya atau zarah sebagai gelombang, maka gelombang yang akan dilihat dan begitu juga sebaliknya. Ini apa yang dipanggil sebagai "complimentary principle" sub-atomik yang mana ia boleh bersifat sebagai zarah atau gelombang bergantung kepada niat dan tujuan sesuatu ujikaji itu dijalankan.

Berbalik kepada kisah perjumpaan ahli fizik di Brussel, hasil dari perbincangan mereka terhasilah interpretasi mengenai fizik kuantum, apa yang disebut "Conpenhagen Interpetation of Quantum Mechanic". Ia secara amnya menyatakan kita tidak boleh mengukur atau memeriksa kedudukan sesuatu zarah itu sebelum kita melihat zarah itu sendiri, hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja zarah itu berada pada suatu lokasi sehinggalah kita melihat atau mengukurnya. Hanya apabila kita mengukur atau melihatnya, apa yang dinamakan "Collapse of Wave Function" berlaku menyebabkan zarah yang sebelum ini berada pada semua lokasi (superposition) pada satu-satu masa itu menjadi suatu yang nyata.


Dari penerangan video diatas, atom berada dalam keadaan "superposition" iaitu semuanya adalah hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Hanya apabila kita membuat pengukuran atau melihat maka ia menjadi suatu yang nyata dan bukan sekadar gelombang (collapse of wave function). Ini yang dikatakan kita mencipta realiti kehidupan, melalui cara kita melihat dunia itu sendiri dari pemikiran. Ini juga rahsia disebalik hukum tarikan (Law of Attraction). Pada pendapat saya, disinilah kita sebagai manusia perlu menumpukan terhadap apa yang kita ingin kan dan sebagai seorang muslim kita sudah ada latihan untuk fokus dan tumpukan perhatian iaitu solat. Akan tetapi berapa ramai manusia yang mampu melakukannya?, maka untuk mencipta realiti hidup amat sukar dan rata-rata manusia akan hidup didalam ketakutan, risaukan perkara buruk akan berlaku kerana mereka adalah lemah dan hanya menjadi mangsa keadaan.

Fahaman baru ini juga amat bercanggah dengan fizik klasik yang mana dunia ini sudah dijadikan oleh tuhan seolah-olah sebuah "Great Machine" dan kita adalah salah satu gear-gear yang berputar didalamnya dan apa yang berlaku pada diri kita adalah disebabkan gear bersebelahan yang berputar, baik atau buruk yang berlaku didalam kehidupan, kita hanyalah sebagai mangsa dan tiada kena mengena langsung dengan sebab terjadinya sesuatu kejadian itu. Akan tetapi hasil dari kajian QF ini mendapati dari pemikiran kita sendiri, iaitu bagaimana kita mahu melihat kehidupan itu sendiri akan mempengaruhi kehidupan sebenar yang akan kita alami.

Adakah bercanggah dengan Islam? Bagi saya tidak kerana Allah itu Maha Pemurah dan apa sahaja yang kita kehendaki pasti akan dikurniakannya.
Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir 40:60)
Akan tetapi mengapa hidup kita penuh dengan duka? Jika dari cara kita melihat atau mengukur dunia ini menentukan baik atau buruk "collapse of wave function" didalam kehidupan kita, cuba selidik rata-rata manusia hari ini hidup dengan pemikiran yang lebih negatif dari positif, manusia sentiasa berada didalam keadaan ketakutan, lihatlah apa paparan utama didalam berita, apa tajuk perbualan utama antara rakan-rakan, maka itu jugalah makin lama makin nampak didalam kehidupan. Sebab itu kita digalakkan sentiasa solat tanda bersyukur, jiwa yang tenang dan bersyukur akan memberikan pemikiran yang gembira lantas akan memberikan lebih kegembiraan didalam kehidupan.

Jika pemikiran kita mempengaruhi kehidupan dan Allah SW itu maha pemurah, mengapa apa yang kita pohon, kita pinta, kita mahukan tak kunjung tiba?
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Surah (Albaqarah 2:186).
Kerana kebanyakan kita hanya berdoa apabila susah dan lupakan Allah dikala senang. Kita beriman kepada Allah tetapi tidak percaya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan kita melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah dengan mudahnya, kemudian merungut Allah tidak perkenankan doa. Allah mahukan "full time" muslim dan bukannya "part time" muslim seperti maksud ayat surah AlBaqarah diatas.

Minda manusia memengaruhi kehidupan sebenarnya dan ujikaji dari bidang fizik kuantum ini telah membuktikannya, kita bukanlah hanya sekadar "mesin ciptaan Allah" dan hidup atas takdir yang kita sendiri tidak tahu samada ianya benar-benar takdir Allah. Manusia yang selalu menyalahkan takdir adalah manusia yang tidak mahu bertanggungjawab, samada mahu lepas tangan, hanya menyalahkan manusia lain atau tidak tahu bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah disebabkan samada dari pemikiran atau perbuatan yang mereka lakukan sendiri, apa yang saya panggil "takdir ciptaan sendiri". Apa? Takdir yang kita sendiri ciptakan? Ya, kita hidup didunia ini bukanlah bebas, ada "certain set of law" iaitu undang-undang yang harus diikuti dan ianya termaktub didalam Al-Quran dan jika kita menyimpang darinya, akan ada "takdir" yang tidak diundang dari sebab menyimpangnya kita itu.

3. Bell Theoram - Aku, Engkau, Kita Dan Mereka Adalah Berkait.

Salah satu fenomena pelik didalam QF adalah dimana prinsip fizik klasik iaitu "locality" menjadi goyah. "Locality" maksudnya sesuatu kejadian itu hanya boleh terjadi apabila ada penyebab secara langsung dan berdekatan. Contohnya sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku hanya kerana orang lain yang letaknya beribu-ribu kilometer melakukan sesuatu. Telah saya berikan contoh pada dalam perenggan yang kelima mengenai gurauan kita terhadap fenomena tersedak, bagaimana pula dengan fenomena siibu yang berasa tak sedap hati atau resah gelisah apabila sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap anaknya dirumah sedangkan dia tidak diberitahu pun apa yang terjadi?

Pada tahun 1964, seorang ahli fizik Irish bernama John Bell membuktikan secara matematik bahawa teori kuantum hubungan "non-local" yang digelar "spooky action at a distance" iaitu suatu unsur boleh memberi kaitan kepada sesuatu unsur yang lain walaupun tiada ada hubungan baik maklumat atau kominikasi sesama mereka. Teori beliau dinamakan Bell Theorem yang mana dianggap penemuan paling bermakna didalam abad ke 20 ini. Pada tahun 1972, dua ahli fizik Amerika bernama Stuart Freedman dan John Clauser telah berjaya melakukan ujikaji untuk membuktikan Bell Theoram dan pada tahun 1979 pula ahli fizik Peranchis bernama Alain Aspect berjaya melakukan ujikaji yang diterima secara meluas dalam pembuktian Bell Theoram, kaitan sesama unsur sub-atomik bukanlah lagi hanya menerusi matematik akan tetapi dengan bukti ujikaji yang kukuh.


Jika kita lihat asal kejadian dunia ini dari teori big bang (Surah Al-Anbiya 21:30) hinggalah kepada penciptaan Adam, dari penciptaan atom hinggalah kepada penciptaan manusia, kita semua sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain, terdapat perhubungan antara semua benda dan kehidupan ciptaan Allah ini melalui ruang tenaga yang tidaj kelihatan. Masaalah umat manusia hari terjadi kerana kita dibesarkan dengan pendekatan yang salah terutama dengan pemikiran Darwinian yang mementingkan perlunya menjadi yang terkuat, terhebat, terpandai, terkaya dan sebagainya untuk terus hidup, diri manusia itu menjadi semakin terasing. Kita tidak lagi melihat insan dan hidupan lain sebagai sebahagian dari diri kita sendiri ataupun sebagai salah satu dari ciptaan Allah yang perlu dijaga, dihormati, dididik, dikasihi dan sebagainya, sebaliknya manusia lebih mementingkan diri sendiri dan juga keluarga terdekat. Perpecahan dikalangan manusia makin jelas ketara hari ini apabila sianak dan ibubapa ada yang turun naik mahkamah bertelagah.

Apa yang kita lakukan akan menyebabkan sesuatu yang sama juga akan berlaku ditempat lain dan akhirnya akan kembali kepada diri kita semula, inilah janji Allah seperti ayat berikut,
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Surah Al-Isra 17:7.
Pengasihnya Allah itu melarang manusia melakukan sesuatu kejahatan adalah kerana ianya akan berbalik kepada manusia itu sendiri. Inilah antara undang-undang kehidupan yang Allah telah tetapkan. Ambil contoh larangan riba', didalam riba' kita menghisap darah manusia lain dengan memaksa mereka membayar lebih dari apa yang dipinjam, jadi kita hanya goyang kaki tanpa perlu peluh menitik setitis pun menantikan pulangan, kita menjadi perompak terhormat sebenarnya, dan apabila kita merompak orang lain, dari konsep "non-locality" fizik kuantum, kita membentuk diri insan lain menjadi perompak juga yang mana suatu hari nanti mereka ini akan merompak diri kita pula.

Cuba lihat kawasan perumahan masa kini, mengapa kecurian pecah rumah kerap terjadi hingga terpaksa mengupah pengawal untuk menjaga rumah? Mengapa setiap rumah harus dipasang grill? Manusia terpaksa hidup didalam penjara buatan sendiri. Boleh dikatakan hampir 99.99% rumah yang dibeli adalah dengan pinjaman riba' baik riba' ikut pintu depan (konvensional) mahupun riba' ikut pintu belakang (islamik), maka sebab itulah rompakan pecah rumah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Disebabkan kita merompak manusia lain tanpa sedar iaitu dengan menggalakkan inflasi (melalui lambakan wang pinjaman), menurunkan nilai wang dan menganiaya insan lain terutama yang miskin maka siapa harus dipersalahkan jika tidak diri sendiri? Manusia sendiri yang mencipta perompak yang akhirnya merompak diri mereka sendiri.

4. Tiada Yang Percuma Didunia Ini.

Dunia zarah sub-atomik sebenarnya amatlah sibuk, zarah tidak kekal didalam satu bentuk dan berubah menjadi unsur berlainan dan kemudiannya kembali kepada keadaan asal. terdapat hampir seratus sub-zarah baru dijumpai hasil dari ujikaji mengenai dunia subatomik ini, ahli fizik Kenneth Ford menggelar keadaan ini sebagai "particle zoo". Elektron contohnya tidak hanya kekal sebagai elektron tetapi sepanjang masa mengeluar dan menyerap photon. Keadaannya sebegini, mulanya ada elektron, kemudian elektron dan photon, kemudiannya hanya elektron. Proton boleh berubah menjadi dua unsur iaitu proton dan neutral pion (salah satu unsur sub-atomik), dan kemudiannya kembali kepada proton asal. Lihat photo disebelah yang menunjukkankan diagram untuk fenomena tersebut, diagram sebegini dinamakan Feynman diagram yang di kemukakan oleh ahli fizik Richard Feynman untuk menggambarkan fenomena dunia subatomik ini.

Akan tetapi kewujudan zarah lain ini tidak kekal dan hanya wujud dalam masa yang teramat singkat. Situasi ini amat bercanggah dengan hukum pengekalan tenaga (Conservation Law Of Mass-Energy, ingat e=mc2?) yang menyatakan kita tidak boleh mendapat sesuatu dari tanpa penambahan tenaga atau jisim (energy or mass), tetapi menurut teori kuantum ini, kita boleh mendapatkan sesuatu dari tanpa penambahan tenaga atau jisim, akan tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang teramat singkat iaitu kira-kira satu per trillion saat.

Apabila saya membaca kenyataan ini, terfikir akan saya tentang mereka yang mengambil hak orang lain seperti makan riba', mencuri, makan rasuah dan sebagainya dan menyangkakan bahawa mereka mendapatkan ianya secara percuma dan tidak ada apa yang akan berlaku kepada diri mereka. Apa yang diambil itu tadi hanya wujud dalam masa yang singkat sahaja berdasarkan cerita "particle zoo" itu tadi, hukum pengekalan tenaga itu juga menyatakan tiada yang datang secara percuma, perlu ada suntikan tenaga E atau M untuk mendapatkan sesuatu dan jika diperolehi pun hanya akan kekal dalam masa yang singkat. Jadi ambil contoh mereka yang makan harta riba', mereka yang mencuri, makan rasuah dan sebagainya, jika apa yang mereka ambil itu tidak hilang sebagai wang dalam bentuk kecurian, akan ada cara lain ianya akan hilang samada hilang kegembiraan, hilang kesihatan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana Allah itu maha adil dan inilah dia salah satu undang-undang kehidupan tersedia dari awal dunia dicipta hinggalah kehari kiamat. Apa yang dinikmati dengan percuma akan kembali kepada keadaan asalnya.

Bergembiralah mereka yang ditimpa musibah kerana dalam hidup kita hari ini yang penuh dengan riba' baik dari penggunaan wang kertas yang tidak punyai nilai didalamnya hinggalah kepada rumah dan kereta yang kita beli dengan riba' kerana Allah mahu mengembalikan semula tenaga yang bukan hak kita itu. Akan tetapi buat mereka yang mencari perlindungan selain dari Allah, dengan mempunyai pengawal peribadi keliling pinggang, punyai kroni dan pengikut yang memastikan mereka senantiasa di tangga atas menggunakan pangkat dan jawatan untuk menindas, balasan Allah diakhirat nanti amatlah pedih dan tidak mampu terbayang oleh pandangan mata dan jiwa.

Buktinya sudah ada, lihat beza bom kimia dan bom nuklear, bom kimia adalah dari manipulasi kimia dan atom, bom nuklear adalah manipulasi nukleus yang berjuta-juta kali lebih kecil dari atom itu sendiri akan tetapi tenaga yang dikeluarkan amatlah hebat. Bayangkanlah jika ada sebezar zarah sekalipun dosa yang akan dibalas oleh Allah diakhirat, harap gambaran bom nuklear sudah cukup untuk memberi khabar buruk bagi mereka yang tidak percayakan Allah dan meninggalkan segala larangannya itu.
--------------------------------------------------------------------------------

Rujuk kembali kepada sifat atom, walaupun asas kehidupan dan benda didunia itu bersifat penuh ketidaktentuan, manusia tidak mengambil pandangan sebegitu didalam kehidupan. Ambil contoh cara kita mendidik generasi masa kini terutama anak-anak, kita terlalu taksub dengan pencapaian anak kita disekolah dengan catitan markah berdasarkan apa yang boleh dilihat didalam sijil, kerana apa? kerana dari berapa banyak A didalam sijil itulah nanti seolah-olah menentukan baik atau tidak kehidupan mereka dimasa akan datang. Kita semakin hilang pertimbangan untuk menilai sasuatu yang tidak nampak iaitu "ukuran iman" anak kita sendiri. Akan tetapi bagaimana perkiraan iman itu akan diambil kira jika kita sendiri beriman hanya mengikut masa, samada pada hari jumaat sahaja atau pada masa nak nikah kahwin atau cerai, malah lebih teruk lagi hanya apabila nak mati.

Kita semakin hari semakin menolak Allah dengan iman yang semakin nipis, contohnya lari dari hukum-hukum Allah contohnya membenarkan arak dan perjudian didalam sebuah negara yang kononnya negara Islam, jika ditanya pada pemimpin-pemimpin, rata-rata menyatakan kerana mengambil kira kaum lain, walaupun arak dan judi itu sendiri adalah salah satu penyebab utama penyakit sosial didalam kaum tersebut, akan tetapi kerana arak dan judi itu adalah salah satu punca utama pendapatan negara melalui cukai dan juga menggalakkan pelancong asing yang mahukan hiburan, maka "apabila aku membenarkan arak dan judi, pendapatan untuk negara aku akan terjamin, itu sudah pasti dari pengiraan yang aku lakukan", pendapatan dari suatu yang nyata lebih dipercayai sedangkan sepatutnya pendapatan atau rezeki itu hanyalah dari Allah, dari suatu yang tidak nampak, dari suatu yang tidak boleh dibayangkan.

Amat sukar untuk mempercayai suatu yang tidak kelihatan dan tiada kepastian (ganjaran Allah), maka sebab itu manusia hari ini rata-rata hidup dengan kepastian yang ada didalam gengaman mereka, contohnya mengambil rasuah apabila peluang ada, menaikkan harga atau ubah kualiti/kuantiti barang yang dijual untuk keuntungan maksimum, minta gaji yang lebih besar hanya kerana punyai ijazah kelas 1 dan bukan mutu kerja yang dimiliki dan sebagainya. Hidup sebenarnya penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian, dan gembira, duka, baik atau buruk kehidupan itu sebenarnya datang dari diri kita sendiri (dengan izin Allah), kita harus mencuba untuk mendapatkannya (nikmat dunia) akan tetapi disebabkan asas binaan alam ini iaitu atom penuh dengan ketidaktentuan, kemungkinan dan kebarangkalian, nikmat dunia yang sebenarnya hanyalah dengan mengikut landasan-landasan undang-undang yang dibenarkan Allah.

Bagi saya sesuatu yang tidak nampak, iaitu iman (fizik kuantum) itu lebih utama dari ukuran sijil (fizik klasik) kerana hidup ini penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja. Sedangkan ada kalanya perbezaan beratnya amal walau sebesar zarah itu pun sudah cukup untuk menentukan samada kita kesyurga atau neraka. Ambil contoh perbezaan raksa atau merkuri dengan emas, kedua-duanya adalah logam tetapi raksa dalam bentuk cecair, kurang bernilai malah beracun. Emas pula suatu yang keras dan amat bernilai. Perbezaan antara keduanya hanyalah satu elektron sahaja (raksa emas 79 dan emas raksa 80) akan tetapi keduanya memberi perbezaan yang amat nyata umpama syurga dan neraka.

Kebanyakan manusia beriman tetapi tidak percaya, tidak percaya yang Allah itu maha pemberi, sebab itu kita lebih pasti rezeki dengan menghambakan orang lain walaupun kononnya dengan niat untuk menolong (pembiayaan jual beli), tidak percaya Allah itu maha adil, sebab itu dengan selambanya menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan sendiri dan kroni, rasuah dan sebagainya. Sebab itu didalam Al-Quran apabila Allah SW menyeru manusia Allah menyebutnya "O people who beleive", iaitu wahai manusia yang percaya dan bukan manusia yang sembahyang, puasa dan sebagainya, kerana percaya itu sendiri amat penting. Lepas percaya dengan sepercayanya barulah rukun islam secara automatiknya akan dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

Tetapi disebabkan Allah itu tidak kelihatan, maka amat sukar untuk manusia mempercayai Allah itu wujud walaupun Allah SW itu lebih hampir dari urat leher mereka sendiri. Sebab itu kafirun membuat patung berhala, kerana apa? kerana bila nampak tuhan baru percaya, sedangkan fizik kuantum telah membuktikan bahawa sesuatu yang tidak kelihatan itu (nukleus) punyai kuasa yang teramat hebat, jadi jika kita percayakan Allah dengan sepenuhnya maka mencipta sesuatu yang hebat dan mendapat bantuan Allah itu amatlah mudah. Sebab itu para Nabi mampu melakukan mukjizat kerana percaya mereka seratus-peratus dan sepanjang masa dan bukan manusia akhir zaman ini yang percayanya adalah bermusim sahaja.

Inilah sebenarnya janji Allah, semakin kita percaya kepada Allah, semakin hebat sebenarnya kehidupan kita, ambil contoh zaman kegemilangan islam dahulu yang hebat baik dari segi ekonomi hinggalah kepada tamadun ilmu, akan tetapi sedikit demi sedikit ianya lenyap hingga umat islam hari ini seolah-olah diratah oleh kafirun.
Thawban meriwayatkan, Nabi (SAW) bersabda: Orang-orang kafir akan memanggil satu sama lain untuk menyerang kamu sebagaimana orang yang makan menjemput orang lain untuk berkongsi hidangan. Seorang bertanya: Adakah itu kerana jumlah kami yang kecil? Baginda menjawab: Tidak, jumlah kamu banyak umpama sampah2 yg dihanyutkan oleh arus banjir, akan tetapi telah Allah hilangkan rasa takut dari dada orang kafir keatas kamu dan meletakkan "wahn" didada kamu. Seorang bertanya: Apakah itu "wahn". Baginda menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati. Abu Dawud Hadis 4284
Manusia cintakan dunia kerana apa? Kerana dunia inilah bagi mereka suatu yang nyata berbanding dengan syurga yang janji Allah yang tidak kelihatan. Maka dunia materialistik hari ini menjadi mantra kehidupan dan semuanya boleh dicapai dengan ekonomi berasaskan riba', pinjam dan bayar bulan-bulan menjadi hamba kepada bank hinggalah sampai keliang lahat pun hutang tak habis dibayar. Dan apabila cintakan dunia, manusia semakin sibuk dan tidak punya masa lagi untuk mendekati Allah apatah lagi mempercayai dengan sepenuhnya keesaan Allah itu.

Fizik kuantum amat pelik dan sukar diterima oleh minda manusia yang sudah terbiasa dengan fizik klasik malah Albert Einstein sehingga dia meninggal dunia, beliau menganggap fizik kuantum tidak lengkap walaupun kajian dan ujikaji terbaru semakin mengesahkan kepelikannya. Banyak perkara kehidupan yang dapat dijelaskan dengan fizik kuantum, malah hukum tarikan yang menjadi corak pemikiran baru untuk memberi motivasi kepada manusia hari ini juga berasaskan kepada fizik kuantum, akan tetapi ianya juga mengesahkan beberapa hukum yang perlu diikuti. Fizik kuantum juga membuktikan bahawa minda dan pemikiran kita juga adalah suatu yang nyata dan mempengaruhi persekitaran, sebab itu menjaga minda itu amat penting didalam islam baik dengan solat yang khusyuk hinggalah kepada larangan mengambil sesuatu yang memabukkan.

Satu fakta terakhir disini yang saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan adalah struktur atom itu sendiri, selain kedudukan zarah tidak dapat ditentukan, kebanyakan ruang didalam atom adalah kosong, jika saiz atom sebesar Stadium Merdeka, saiz nukleus hanyalah sebesar seekor lalat ditengah-tengah padang stadium itu sahaja. Jika semua ruang kosong dari dalam atom tubuh badan manusia dikeluarkan, manusia itu sendiri lebih kecil dari sebutir garam. Dan jika semua manusia didalam dunia ini dikumpulkan dengan ruang kosong atom didalam badan mereka dikeluarkan, kita semua hanyalah sebesar sebiji epal sahaja, inilah bukti bahawa kita semua seolah-olah berada didalam "genggaman" Allah SW. Harap sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan agar dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, iaitu sudut dunia teramat halus akan tetapi punyai kuasa yang luar biasa, insyaallah.

Rujukan;
1. Zukav, Gary. (1979) The Dancing Wu Li Masters: An Overview Of The New Physics. New York, HarperOne
2. Al-Khalili, Jim. (2003) Quantum; A Guide For Perplexed. UK, Weidenfield & Nicholson.
3. Radin, Dean. (2006) Entangled Mind: Extrasensory Experiences In A Quantum Reality. New York, Paraview Pocket Book.
4. William Arntz, Betsy Chasse, Mark Vicente (2006). What The Bleep: Down The Rabbit Hole. USA: Lord Of The Wind Film.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 8 Disember 2009

Benarlah Cinta Itu Buta - Sains Membuktikannya

"Mengapa kamu memakai cincin perkahwinan kamu di jari yang salah?"
"Oh.. kerana aku berkahwin dengan orang yang salah"
Lawak barat

Cinta itu buta, pepatah yang seringkali diucapkan oleh segenap manusia, baik dari para artis, penyajak apatah lagi oleh mereka yang bercinta, setelah sekian lama ianya menjadi misteri, saintis Andreas Bartels and Semir Zeki dari Wellcome Department of Imaging Neuroscience, University College London membuktikan ungkapan tersebut. Dengan menggunakan sistem imbasan "Functional Magnetic Resonance Imaging" (fMRI), apa yang berlaku didalam otak manusia akibat "cinta" itu dapat dikaji dan difahami dengan lebih mendalam lagi.

Dengan menggunakan teknik fMRI ini, mereka mendapati kawasan tertentu otak menjadi aktif yang mana ini yang membuatkan cinta memberi kesan yang hebat kepada manusia. Mereka juga mendapati "cinta" juga menyebabkan aktiviti dibahagian tertentu otak terhenti dan menyebabkan kita tidak nampak akan kepincangan atau keburukan pada seseorang yang kita cintai itu, inilah yang dikatakan "buta".

Kertas saintifik mereka itu membuat kajian cinta antara ibu dan anak dan juga antara lelaki dan wanita, kedua2nya menunjukkan keputusan yg hampir serupa. Baik ibu dan anak mahupun pasangan kekasih, manusia akan menjadi "buta" disebabkan oleh cinta. Menurut pandangan saintis, cinta adalah sesuatu yg "terbina" didalam diri manusia itu sendiri untuk memastikan manusia terus kekal dimuka bumi baik dari segi berkembang biak mahupun untuk menjaga anak2 tersebut. Bayangkan apa terjadi jika kita serta merta boleh nampak akan kepincangan orang yg dicintai? Maka ramai yg tidak akan berkahwin, si anak pula akan mati kerana siibu tidak mahu bergelumang dengan kepayahan menjaganya.

Kedua2 saintis tersebut mengambil data imbasan otak dari 22 ibu yg melihat gambar anak2 mereka dan juga anak2 wanita lain yang rapat dengannya, Mereka juga mengambil imbasan otak dari sukarelawan lain dan mengambil data imbasan otak ketika mereka melihat gambar pasangan, kawan baik dan juga kenalan.

Data dari imbasan otak itu menunjukkan bahawa, bg kedua2 jenis hubungan (ibu anak dan kekasih) bahagian otak yg dikaitkan dengan "mendapat ganjaran" menjadi aktif. Ianya sama juga ketika keadaan kita mendapat ganjaran lain seperti makanan, minuman, mengambil dadah dan juga mendapat ganjaran wang atau duit. Jadi "cinta" itu juga boleh dilabelkan sebagai dadah, cuma ianya dadah semulajadi wujud didalam diri manusia itu sendiri.

Bahagian otak yg menjadi tidak aktif (switch-off) pula adalah kawasan2 tertentu di prefrontal cortex (frontal lobe), yang mana ianya adalah bahagian otak yg membuat penilaian sosial terhadap seseorang itu, apa yg dipanggil "critical sosial assessment". Begitu juga dengan kawasan otak yang ada hubungannya dengan emosi negatif seperti kekasaran, ketakutan dan juga merancang. Dalam erti kata lain, esmosi cinta itu bukan sahaja membuatkan manusia itu "buta" dan tidak nampak kekurangan/kepincangan atau keburukan terhadap insan yang dicintai itu, malah emosi2 negatif terhadap pasangan juga tidak wujud disebabkan oleh emosi cinta itu. Akan tetapi apabila emosi cinta itu sudah berkurangan, bahagian otak yg membuat penilaian sosial itu tadi akan menjadi aktif semula.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua2 hubungan ini antaranya adalah, dalam hubungan kekasih, bahagian otak yg terlibat dalam rangsangan sex juga menjadi aktif, ini tidak didapati dalam imbasan hubungan ibu dan anak. Begitu juga pada bahagian otak yg mengenal pasti reaksi muka (facial expression) juga amat aktif dalam hubungan ibu dan anak. Penulis kertas saintifik itu membuat andaian, kebolehan untuk melihat reaksi perubahan pada muka anak penting untuk ibu mengetahui situasi anak.

Apakah implikasi kajian ini terhadap kehidupan manusia didunia ini? Adakah si"dia" yg kita cintai itu benar2 sesuai untuk kita? Bolehkah kita hanya percaya kepada perasaan cinta terhadap seseorang itu jika "cinta" tersebut membuat kita tidak nampak akan kekurangan atau keburukan seseorang yg digilai itu? Jika seseorang itu sedang mabuk bercinta akan tetapi ibu dan bapa tidak merestui atau menghalang perhubungan tersebut, ataupun mungkin ada rakan2 yang cuba menasihati agar tidak meneruskan hubungan dengan seseorang itu, ini adalah kerana mereka boleh nampak ketidak suaian si "dia", tetapi yg sedang mabuk bercinta tidak nampak dan memarahi ibu bapa dan rakan malah ada yang lari dari rumah kerananya. Ini kes yang kecil, bagaimana pula dengan kes sehingga meninggalkan agama yang sudah tidak menjadi suatu yg menghairankan lagi?

Bagaimana pula dengan cintakan dunia? Cintakan materialism, harta, rumah kereta dan kesenangan hidup didunia. Cintakan dunia berkait rapat dengan ganjaran serta merta yg boleh dirasai, dilihat, dipegang dan dialami secara nyata dan ini juga melibatkan bahagian otak yg sama (reward center). Walaupun lapuran saintifik ini tidak mengkhusus kepada cintakan materialistik, jika dikaitkan dengan "ganjaran" yg diperolehi dari nikmat dunia itu maka hipotesis saya, ia juga membuatkan kita tidak nampak akan keburukannya. Disebabkan itu manusia akan menghalalkan apa yang haram jika cintakan dunia itu menyelimuti pemikiran dan emosi mereka dan tidak lagi boleh nampak kerosakan besar yg dialami disebabkan perbuatan mereka itu tadi. Maka tidak hairanlah jika manusia menghalalkan riba apa yg Allah haramkan, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan arak apabila Allah mengharamkannya. Jika dikaitkan kembali dengan cinta terhadap manusia, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan pergaulan bebas apabila Allah mengharamkannya.

Masalah utama cintakan dunia ini sebenarnya adalah ianya tidak akan pernah cukup, contohnya apabila anda mendapat kereta baru, bukan main hebat menjaganya malah sanggup basuh setiap hari, selepas beberapa minggu komitmen anda mula luntur, tak lama selepas itu model baru pula keluar dijalanan dan anda akan mula befikiran untuk menukar kereta. Bagaimana pula dengan cinta ibu bapa dizaman ini dengan membiarkan anak dijaga oleh orang lain? Adakah cintakan wang, harta dan pangkat sudah melebihi cintakan si anak sedangkan fitrah wanita itu adalah untuk melahir,menjaga, mengasuh dan mendidik anak dan bukannya untuk bersaing dengan kaum lelaki? (Saya sedari ini soalan sensitif, maka tepuk dada, tanya iman dan aktifkan frontal lobe anda sebelum memberi komen).

Cintakan dunia juga amat bahaya kerana Allah telah berfirman didalam al Quran;

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya" Surah Hud 11:15

bermakna, disebabkan Pemurahnya Allah itu, apa yg kita inginkan boleh sahaja dikecapi jika kita berusaha walaupun tanpa mengira halal dan haram akan tetapi hanya apabila di akhirat kelak baru kita sedar siapa sebenarnya yang rugi.

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah" Surah Al Isra 17:18

Jadi apakah benteng kita terhadap "buta" didunia ini? Jawapannya teramat mudah, cintailah Allah kerana walaupun kita "buta" disebabkan perasaan dan emosi cinta itu, tiada cacat celanya pada Allah, Maha sempurna segalanya, malah selangkah kita rapatkan diri dengan Allah (dengan mencintai Allah) sepuluh langkah Allah SW akan menghampiri kita, dan ini adalah pendinding kita terhadap segala tipu muslihat didunia ini. Utamakanlah cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum yang lain, sudah janji Allah itu kebaikan dan kesenangan akan menyusul kemudiannya baik untuk didunia mahupun diakhirat.

Sebab itulah juga Nabi berpesan agar memilih agama sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan lebih utama berbanding harta dan keturunan kerana itu sebenarnya jaminan keselamatan dunia dan akhirat, akan tetapi berapa ramaikah kita yg benar2 mengikut pesanan baginda? Mungkin disebabkan itulah banyak terjadinya perceraian apabila pasangan tidak boleh berkompromi selepas berkahwin setelah mula melihat keburukan atau kepincangan pasangan apabila emosi cinta yg sebelumnya itu berkobar2 mula menurun (bahagian otak untuk penilaian sosial kembali aktif). Dengan ego baik pada lelaki dan wanita, maka masing2 membuat haluan tersendiri dan anak menjadi mangsa. Sebab itu niat asal (nawaitu) untuk berkahwin itu amat penting, adakah kerana rupa, harta, kesenangan dunia atau untuk mendapat keredhaan Allah?

Benarlah cinta itu buta, sebab itu ramai yg teraba2. Meraba mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara tanpa lagi memikirkan hukum halal haramnya, bolehkah kita mengharap kebahagiaan pada manusia jika kita "buta" akan kekurangan pada orang yg dicintai? Bolehkah kita mengharapkan dunia jika ianya tidak akan pernah cukup untuk memenuhi nikmat materialism itu? Sesungguhnya hanya pada Allah sahajalah kita boleh berharap untuk mendapat kebahagiaan didunia dan seterusnya diakhirat. Cintailah Allah kerana dari Dialah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Jadikanlah suruhan dan larangan2 Allah itu sebagai pedoman hidup, bukan memilih apa yg sesuai untuk dan menolak dengan apa yg tidak apabila akal pendek manusia tidak boleh melihat tujuan dan kebaikannya, lebih dasyat lagi apabila meng"hadhari"kan Islam untuk menyesuaikannya dengan kehidupan moden. Nauzubillah.

Rujukan


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas