Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 11 Mei 2009

You Cannot Force The Horse To Drink - Komen Jaga Pandangan/Aurat

Saudari Tanpa Nama memberi komen,

En Helmis, you said....tetapi bagaimana lelaki boleh berfikir dgn sempurna jika matanya melilau pada dada luas,.......jika wanita boleh ikut akal dan bukan ikut nafsu tentang menutup aurat, bukankah keinginan lelaki akan berkurangan?.... You are being very biased for saying that. Yang salahnya ialah mata lelaki yang melilau, bukan perempuan yang tidak menutup aurat. Bukankah orang lelaki disuruh menurunkan pandangan bila berhadapan dengan perempuan, maksudnya kalau perempuan bogel pun depan mata, kalau tak pandang tak akan memberi kesan,lebih-lebih lagi kalau lelaki itu seorang yang menjaga solat. Bak kata orang putih, you can bring a horse to the water, but you cannot force it to drink the water.So, the most important thing is the man himself and please stop blaming other people and the surroundings for your own shortcomings.

Miss/Mrs Tanpa Nama,

Terimakasih diatas ulasan saudari, jika saudari baca sampai habis artikel saya ini saya letak tanggungjawab untuk persoalan aurat ini berbalik kepada lelaki terhadap pemimpin, jadi saya tidak "biased" (berat sebelah). Adakah lelaki sahaja disuruh menurunkan pandangan dan wanita tidak disuruh menutup aurat?

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." An Nur 24:30

Jika kita rujuk pada ayat diatas, amat bernaslah hujah saudari yg lelaki disuruh menurunkan pandangan, tetapi jika kita baca ayat seterusnya,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka" An Nur 24:31

Allah juga menegaskan yg wanita juga wajib menjaga pandangan dan menutup aurat, jadi masalah aurat bukan hanya bab menjaga pandangan malah yg empunya aurat sekali. Saya menegaskan bab "dada" kerana semakin hari semakin nampak kritikalnya terutama masyarakat Malaysia. Menutup aurat bukan hanya belahan baju malah seluruh tubuh wanita itu sendiri.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" Al Ahzab 33:59

Jika saya sedang makan di restoran mengadap isteri saya dan dibelakang beliau ada wanita yg duduk mengadap saya dgn dada yg luas, haruskah saya makan bersama isteri saya ini dgn wajah tunduk kebawah? Jika minda sedar saya tidak fokus kepada wanita tersebut, adakah minda separuh sedar saya tidak merakamkan apa yg didlm lingkungan penglihatan mata saya? Mata menerima semua cahaya kedalam retina dan melalui otak, ianya ditapis untuk hanya dilihat oleh minda sedar, tetapi minda separuh sedar tetap juga merakam semuanya. Ini juga memberi kesan kepada manusia.

Seperkara lagi mengenai kes diatas tadi, anda boleh berkata "ala, kan boleh alihkan kerusi memandang ke tempat lain", itu jika saya seorang sahaja lelaki disitu, bagaimana jika ada sepuluh lelaki disitu? Adakah disebabkan seorang wanita itu sepuluh lelaki harus mengalihkan kerusi? Tidak salahkah jika saya katakan kerana pentingkan diri sendiri atas dasar hak individu untuk berpakaian, insan2 lain yg ingin mengelak dosa harus terlibat sama?

Jika anda menonton perlawanan bola sepak, adakah anda melihat perlawanan tersebut atau melihat iklan yg ditempek ditepi2 padang? Sudah tentu anda berkata pastilah saya melihat perlawanan bola dan bukan iklan2 tersebut. Pernahkan anda tanya berapa kos untuk menempek iklan disitu? Jika ianya tidak memberi kesan kepada manusia, mengapa harganya bukan seribu dua? Begitu juga dgn billboard ditepi jalan raya, semua ini adalah "subliminal effect" yg secara halus mempengaruhi manusia. Samada memandang dgn sengaja atau tidak, ianyanya memberi kesan kepada masyarakat sekeliling.

Begitu juga dgn wanita, jika anda memulakan satu fesyen, katalah fesyen terbaru berkonsep "lihatlah dadaku yg bidang", adakah anda seorang sahaja yg akan berpakaian demikian? Wanita2 lain juga akan terpengaruh, jadi jika makin lama makin ramai wanita yg berpakaian demikian maka makin lama makin ramailah lelaki yg benjol dahinya kerana terpaksa jalan tunduk dan tidak boleh lagi nampak dinding dihadapan.

Kebanyakan lelaki hebat didunia ini punyai wanita hebat dibelakang mereka yg sentiasa memberi semangat, jika wanita ingin kaum lelaki menjadi hebat, kaum wanita juga harus memberi sokongan yg padu. Tetapi adakah sokongan dgn mendedahkan diri membuka auratnya atau menutup aurat agar lelaki lebih bebas mendongak dan memandang kehadapan berusaha dan bekerja kearah umat yg hebat?

Jika kita hidup seorang diri memang kita bebas untuk berpakaian apa sahaja tetapi bila kita bermasyarakat/komuniti, harus ikut peraturan2 yg tertentu (Al Quran). Sel2 didlm badan anda juga bila dikulturkan dimakmal bebas berkelakuan apa sahaja, tetapi bila dimasukkan kembali kedalam badan dan menjadi ahli komuniti badan, sel tersebut akur kepada arahan2 dari sistem saraf dan endokrin manusia tersebut.

Lelaki secara genetiknya sudah ditetapkan oleh Allah untuk sukakan wanita (jika tidak amat sukarlah manusia membiak jika sukakan wanita itu perlu dilatih) sama seperti bayi yg lahir tidak perlu diajar menghisap susu, tetapi wanita tidak secara genetiknya suka akan pakaian yg menjolok mata. Cara berpakaian adalah dari cara kita dibesarkan (upbringing) dan bukan secara genetik. Jadi antara lelaki suka melihat wanita dan wanita menutup aurat, mana yg lebih mudah diubah?

Merujuk kepada "upbringing" tadi, pengaruh media terutamanya TV adalah merupakan punca utama generasi sekarang sudah tidak mengambil kisah hal menutup aurat. Anak yg sedang membesar terutama dgn umur dari 1 hingga 7 tahun, gelombang otaknya ketika itu adalah sama seperti keadaan mereka yg dipukau, jadi jika anak2 dibesarkan dgn TV, apa yg dilihat baik dari cara percakapan, pergaulan mahupun berpakaian, itu yg akan menjadi ikutan bila ia dewasa.

Of course we cannot force the horse to drink the water but if we kept the horse away from the water for sometimes, by the time we bring him to the water, the horse will drink it eventually. Plse read my article and response after deep thinking instead of feeling, coz feeling normally cause by addiction and it is normally relates to bad thing/ thought /perception.

Memang payah untuk menyuruh manusia berubah jika mereka sendiri tidak punya kesedaran dan tidak boleh melihat mengapa mereka perlu berubah apatah lagi jika didlm minda separuh sedar sudah termaktub akan hak individu untuk melakukan sesuatu secara bebas, akan tetapi jika didedahkan dgn fakta2 yg bernas (ini yg cuba saya sampaikan), insyaallah perubahan itu akan menjadi sukarela, ikhlas dan mudah.

Apa yg saya sampaikan bukanlah dari cakap2 kosong dan ikut rasa hati, ianya dari apa yg saya kaitkan dari bacaan2 bidang yg pelbagai dan fikiran yg mendalam. Bersamalah kita berusaha kearah umat yg lebih cemerlang, saya pasti saudari juga telah memainkan peranan yg hebat kearah itu, insyaallah.

Berbincang mengenai artikel ini di Komuniti Syurgadidunia.
Rujukan:
Al Quran - www.searchtruth.com
Tips Penggoda Nafsu Wanita - Dr Adnan At-Thursyah
The Biology of Beleif - Dr Bruce Lipton

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai seorang wanita dapat memahami perasaan sang pengulas - memang acap kali wanita akan membantah apabila isu tentang aurat ini dikemukakan, dan hujah mereka tak lain tak bukan hanya berkisar pada hak mereka untuk berpakaian secara bebas semata-mata (human rights to dress as they please). Namun apa yang saya ingin katakan kepada saudari (jika anda membaca komentar ini); tujuan utama wanita berpakaian tidak menutup aurat lebih sering adalah untuk menarik perhatian lelaki sendiri. Cuba jujur kepada diri sendiri, anda mungkin berkata bahawa anda berpakaian sedemikian untuk berasa lebih yakin akan diri sendiri (boost your self-esteem), untuk menjaga imej, untuk berasa cantik dan sayang akan diri sendiri. Tetapi, selalunya kayu pengukur untuk perkara ini semua adalah perhatian yang didapati daripada kaum lelaki. Apabila banyak mata yang melirik ke arah anda, banyak suara yang memuji penampilan anda, baru terasa konfiden, cantik dan sayang akan diri sendiri. Nah, bagaimana anda dengan angkuhnya menyuruh seorang lelaki menundukkan pandangannya sedangkan perhatian darinya adalah apa yang anda ingin dapatkan dari pakaian anda yang seksi tersebut? Cuba kita sama-sama renung kembali - kita tahu apa yang diinginkan oleh kaum lelaki yang membuatkan mereka tergoda iman untuk menjamu mata, tetapi apakah yang kita kaum perempuan cuba dapatkan dari berpakaian tidak menutup aurat? Jika jawapan anda adalah seperti yang saya kemukakan di atas, ketahuilah bahawa wanita itu cantiknya bukan hanya pada luaran semata-semata, tetapi akhlaknya, adabnya, agamanya... bukan hanya setakat penampilan luaran semata-mata. Dan jika ada lelaki yang hanya menilai anda dari luaran sahaja, itukah jenis lelaki yang anda ingin perhatiannya?

Maaf kerana membebel dengan panjang lebar di sini XD

-cocochan_17@yahoo.com-

Helmis berkata...

Terimakasih atas ulasan saudari, manusia akhir zaman lebih percaya apa yg jelas kelihatan, fizikal dan nyata, sebab itu kemajuan diukur dari segi penampilan, dari segi harta, pangkat, nama dan kekayaan, agak sukar untuk percaya sesuatu yg tidak kelihatan seperti iman dan nawaitu (hanya Allah yg tahu). Muslim akhir zaman sudah tidak lagi percaya yg Allah itu benar2 wujud, sebab itu polis atau pencegah maksiat lebih digeruni (kecuali jika anda orang berpangkat).

Umpama kafirun yg mencipta berhala tuhan kerana mereka perlu nampak tuhan itu dan baru boleh disembah, berbanding dengan Islam yang mengangkat apa yg tidak kelihatan itu sebagai lebih penting. Sebab itu didalam Al Quran Allah menyeru wahai manusia yg beriman dan percaya kepada perkara yg ghaib (AlBaqarah 2:3) iaitu yg tidak kelihatan. Akan tetapi disebabkan iman sudah nipis maka apa yg "boleh nampak" itu lebih penting berbanding yg tidak, jadi "suka hati akulah nak pakai apa..."

acinetobaxter berkata...

you cannot force the horse to drink when it is not thirsty....and it will be thirsty for just another hour... what about if it is thirsty? it would voluntarily or maybe struggling to drink even when the water is not being offered.

macam katak memang makanan ular....atau kambing memang makanan harimau....how can they resist that! dan katak itu sengaja melompat-lompat depan ular serta kambing itu sengaja masuk kandang harimau....

lalu si ular dan si harimau itu yang salah....what a brilliant and wise thought! bravo! you are wiser than ALLAH!

Tanpa Nama berkata...

acinetobaxter, awak ni islam ke? kalau ya, banyak2 la beristighfar. komen awak tu boleh memesongkan akidah awak sendiri.

Hukum berkenaan aurat sudah di tetapkan Allah. Kita manusia lemah yang diciptakannya tidak layak mempertikaikan apa jua hukum Allah. Banyak2lah membaca buku agama dan mendengar ceramah.

-K-

Tanpa Nama berkata...

Mr/Miss K,

acinetobaxter just being sarcastic la. You didnt get the joke. Katak melompat2 tu represent perempuan yg dok tjuk dadanya..ular tu org jantan ler. Klu dh dok tayang dpn org laki, kite ngap kite plak salah..hahaha...

-L-

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas