Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 24 Ogos 2010

Beberapa Fakta Riba'


1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)





6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein

15 Komen:

wanita mustanir berkata...

Salam..

Ana minta copy paste ye.. syukran..

Hamba Allah berkata...

Mintak izin copy...terima kasih dan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

cryclown berkata...

satu masalah dunia.. selagi kita tak ikut acuan AL-QURAN, maka semua ini takkan hilang.. masalahnya, y mejoriti taknak kita ikut AL-QURAN..

sama2 kita doa' semua dapat dan bertambah hidayah..

M. berkata...

jadi macam mana ni?
kalau wap sekalipun kita terkena?
macam mana??

tolong bagi cadangan, wahai admin
:'(

Tanpa Nama berkata...

kembali lah kepada DEEN(ISLAM) secara KAFFAH(MENYELURUH)

contohnya kita perlu berusaha mengembalikan kehidupan khilafah(darul islam) yg hakiki..
setelah tertegaknya DARUL ISLAM umat pasti tidak akan menyentuh sedikit pun riba'.

tapi dlm keadaan sekarang antara alternatifnya ialah 1.kita perlu membeli dengan cash. 2.pinjam pada yang kaya kemudian lakukan akad pada yang kay tersebut sebulan berapa perlu dibyar. dan ia perlu persetujuan kedua-dua pihak. lebih lanjut. hubungi 017-5479181

khalidzul berkata...

helo, nak tanya, jd sekarang ni mcm mana nak beli rumah/kereta kalau bank islam pun ada riba belakang pintu ?
(dari video 'muslihat bank islam' kt utube tu) thanks.

khilside@hotmail.com

Helmis berkata...

Khalid, sila baca artikel Rumah - Beli Atau Sewa dan beberapa artikel lain berkenaan wang, insyaallah anda akan mendapat jawapannya. Perlu juga kejutkan frontal lobe anda agar lebih aktif memikirkan jawapan yg terbaik buat diri anda dari hanya minta disuapkan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000608397820#!/notes/roslee-ismail/ribut-petir-ke-atas-hizbut-tahrir-suatu-pendedahan-ringkas/134238796618377 salam bro anda ada link hizbut tahrir kan.....?
apa pandangan ada pada kenyataan link diatas cuba baca... salam

Helmis berkata...

Sila baca jawapan say amengenai Hizbut Tahrir disini,
http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2010/09/pandangan-terhadap-hizbut-tahrir.html

Tanpa Nama berkata...

Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

apakah maksud ayat tersebut?minta penjelasan

h0ney-sha~ berkata...

nk tanye bole
mcm mne dgn ASB kalo smpn duit mkin bnyak,mkin bnyak dia tmbah..

emh tuh kira riba jg ke..??

kalo betol riba duit y dh dpt tuh xkn nk pulangkn..
nk derma kt org pon serbe slh
ape ptot d buat ngan duit tuh.??

Helmis berkata...

ASB itu sendiri tak halal apatah lagi riba' yang diperolehi darinya. Kalau ikut Sheikh Imran, bakar je depan anak-anak duit tu. Tepuk frontal lobe tanya iman.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Saya nak minta pendapat tuan..
Saya ada usaha nak kurangkan riba dan kalau diizinkan nak hapus terus riba tapi saya bukan org kaya yg ada byk cash.so idea saya begini...
1) saya ada buat loan ASB dan saya ingat faedah yg saya dapat tu saya byr kad kredit saya.maybe thn ni sy dah boleh kurang 1 riba.lepas habis kad kredit saya tutup loan ASB tu.
2)Saya jual rumah saya yg 1 lagi yg saya sewakan pd org.duit tu saya settelkan personel loan islamik saya dan cuba byr balance hutang kereta.
3)Saya cancel terus insuran yg pada mulanya saya nak tukar ke Takaful tu..at least duit tu boleh saya simpan dan akhir thn saya kurangkan prinsipal hutang rumah yg saya tinggal sekarang.
Saya berdoa agar Allah panjangkan umur saya untuk saya menyelesaikan perkara ini.Tapi disepanjang usaha saya ini saya berdoa Allah ampunkan dosa2 saya.....

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara tanpa nama,

Perkara yang paling utama yang perlu dilakukan apabila kita mengetahui akan besarnya dosa riba' ini adalah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya kepada Allah SW. Kerana kejahilan kita maka kita telah terjebak, dan kejahilan itu besar kemungkinan kerana ketaqwaan kita kepada Allah amat lemah sedangkan taqwa itu adalah penyuluh kepada kebenaran (Surah Al-Anfal 8:29)

Saya tidak boleh memikirkan penyelesaian yang terbaik buat saudara kerana masaalah kita semua berbeza, idea 2&3 saya bersetuju akan tetapi idea 1 iaitu guna riba' untuk tutup riba' pada pendapat saya tidak sepatutnya di gunakan.

Berdoalah kepada Allah SW agar diberikan jalan penyelesaian yang terbaik, semakin bertaqwa kita maka insyaallah akan dipermudahkan jalan dan diberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka (rujuk ayat seribu dinar), insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum saudara Helmi,
Terima kasih respon pada soalan saya.Alhamdulilah selepas saya cancel insuran saya mmg rezeki dtg tanpa diduga.rumah yg saya nak jual tu sekarang ni saya buat homestay setiap minggu ada org masuk.kalau x sebelum ni hanya pada musim cuti sek shj.Sekarang pun rumah tu saya dah dapat pembeli.Alhamduliah segala usaha saya nampaknya dipermudahkan Allah.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas