Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 23 September 2008

Ur Writing Is RUBBISH !!! - Komen Wanita Bekerja

Dont judge the book by the cover.. jika anda baca betul2 apa yg saya tulis, di 6 perenggan yg terakhir, saya meletakkan kembali kesalahan keatas lelaki sebagai suami dan sebagai pemimpin, ini termasuklah diri saya sendiri. Dgn sebab itu lah saya menulis agar kesedaran dan ilmu yg saya perolehi ini dapat dikongsi bersama.

Terima kasih buat semua yg memberi komen baik menyokong atau mengutuk, sengaja saya letak tajuk sebegitu untuk melihat reaksi pembaca, adakah mereka menggunakan "the thinking brain" PFC atau reflect part of the brain which is for "fight or flight", sebab itu di perenggan yg pertama telah saya ingatkan, komen guna akal, bukan guna emosi.

Dr hujah2 menentang yg dikemukakan byk yg menegakkan peranan wanita sebagai pembantu dr segi ekonomi & menolong masyarakat contohnya dgn menjadi cikgu, uztazah etc. Hal yg dibangkitkan adalah pembentukan otak anak2 baik dr dlm kandungan hingga ke umur 7 thn yg merupakan tahap amat kritikal. Kebajikan anak lebih perlu diutamakan, bukan kebendaan atau mendidik anak orang lain, anak sendiri terabai.

Jawapan yg saya harapkan seperti, saya tak stress pun masa mengandung atau suasana kerja ok atau org gaji saya lulusan universiti gajah mada/calcutta atau kathmandu so sure anak saya akan terdidik dan lain2 lagi yg boleh menjamin anak mereka nanti mempunyai otak, pemikiran dan tingkah laku yg sempurna lantas menyokong hak mereka bekerja.

Reaksi2 negatif menunjukkan anda lebih menggunakan bahagian otak yg primitif, prefrontal cortex yg lemah dan cingulate system yg "over active" (menyebabkan selalunya menolak dan berkata tidak sebelum berfikir).

Hidup di zaman moden penuh dgn stress, setiap tekanan yg melanda ibarat air yg menitik keatas batu walau setitik setiap hari lama kelamaan akan lekuk jugak batu tersebut, begitulah juga dgn otak kita, dr kecil belajar stress, di unversiti stress, exam stress, cari kerja stress, kerja stress, pergi balik kerja stress, tgk jiran perabut baru stress so lama kelamaan makin tidak aktiflah PFC anda.

Disini saya ingin mengingatkan teman2 termasuklah diri saya sendiri yg anak2 kita yg merupakan harapan masa depan sedang menuju hala tuju yg salah, sama2 lah kita beransur2 berubah. Bukan maksud saya supaya kaum wanita terus berhenti kerja serta merta setelah membaca tulisan saya ini tetapi sebaliknya beransur2 bersama2 berusaha kearah menjadi ibu mithali yg mampu membesar kan anak yg boleh menggegarkan dunia, bukan menggegarkan pintu penjara minta di bebaskan..

Kaum lelaki terutama2 sekali harus mempunyai wawasan berfikiran jauh melihat apa yg diingini di masa depan (PFC yg lemah juga menyebabkan manusia tidak boleh berfikir utk masa depan). Kita sudah tenggelam dgn "sampah" yg dipaparkan melalui TV, media, dan juga internet, yg paling bahaya pornografi, rokok juga merosakkan sel2 otak. Masanya tiba untuk berfikir lebih mendalam tentang kehidupan. Kaum lelaki harus berusaha mencari rezeki halal yg lebih byk lagi dgn "smart way" not the "hard way", bagaimana? Iqra.. baca, bykkan membaca, itu juga ayat pertama turun dr Allah.

Hidup hanyalah ilusi, kita akan terjaga dan melihat realiti selepas kita mati, jadi kehidupan mana yg anda ingini, mimpi atau realiti?

Rujukan: Change Your Brain, Change Your Life - Daniel Amen, MD (Three Rivers Press)

Salam dr Abu Dhabi, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Ada benarnya apa yang anda telah katakan dalam artikel tersebut - memang tidak dapat dinafikan yang dalam dunia yang semakin mengejar material dan harta benda kebajikan anak mungkin terabai dalam usaha untuk mencapai tingkat karier yang tinggi. Stress yang dialami oleh kaum wanita, terutamanya untuk bersaing dengan kaum lelaki dalam dunia pekerjaan yang kian mencabar dapat menjejas kandungan, ini memang telah terbukti secara saintifik.

Jadi, apakah yang harus dilakukan oleh para wanita bekerjaya ini? Berhenti kerja serta-merta dan tinggal di rumah mengasuh anak sepenuh masa? Tidak kisahkan ada pinjaman ptptn ke mara ke jpa yang harus dibayar? Atau teruskan kerja tapi menyewa guru tusyen dan guru mengaji dan tutor peribadi agar anak mendapat tingkat pendidikan tertinggi? Dan cuba memujuk diri yang orang gaji yang dibayar beratus-ratus tiap bulan adalah pengganti bagi sentuhan kasih ibu sendiri?

Tidak sedikit wanita yang mengalami delima untuk memilih di antara karier dan keluarga. Saya yakin, sebahagian besar wanita akan senang tinggal di rumah dan mengasuh anak mereka dengan tangan sendiri. Namun, apa yang mendorong mereka tetap bekerja?

Rasa tidak selamat. Di dunia yang materialistik ini, fulus 'makes the world go round' bagi kebanyakan manusia. Ada yang bekerja untuk menampung pendapatan suami. Ada yang berkerja kerana rasa takut tiada tempat bergantung hidup jika ditinggal suami. Ada yang bekerja kerana memang nafkah tidak diberi oleh suami. Ada yang bekerja kerana sudah tidak lagi punya suami.

Ada seribu satu alasan mengapa wanita bekerja, tetapi ini tidak akan dapat mengubah kenyataan yang anda ungkit dalam isu tadi: stress di tempat kerja akan menjeaskan perkembangan anak. Jika berhenti kerja bukan satu pilihan, apa lagi yang harus dilakukan?

Bagaimana jika kaum ibu bekerja dengan ikhlas kerana Allah? Yang menjadi guru, mendidik anak bangsa dengan penuh semangat dengan doa bahawa bayi di dalam kandungan akan turut mendengar dan menghayati ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak cilik di bangku sekolah. Yang menjadi doktor, berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada pesakit-pesakitnya dengan harapan layanan yang baik akan membuat hati pesakit menjadi lembut dan mendoakan kesihatan anak di rumah. Yang menjadi tukang cuci, bekerja dengan sepenuh hati dengan niat tulus ikhlas berharap anaknya dapat megecapi kehidupan yang lebih baik dari yang dialaminya.

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati akan menjadi tenteram (Ar-Raad, 28).

Dan bukankah itu penawar stress yang paling mujarab?

~cocochan_17@yahoo.com

acinetobaxter berkata...

maafkan saya kerana mencelah dan menyatakan sedikit pendapat. alasan untuk wanita bekerja tidak sampai seribu pun dan sehebat mana pun alasan yang diberikan untuk bekerja, ianya tidak akan mampu untuk melawan fitrah ALLAH di dalam diri wanita itu sendiri.

sepatutnya, lelaki wajib mampu bekerja dan menyara keluarganya seorang diri. tetapi, dizaman moden ini, dimana dunia itu adalah wang dan wang adalah segala-galanya, seorang lelaki tidak mampu bertahan dengan segala kehendak dan keperluan dunia moden sekarang yang menjadikan manusia bertukar menjadi kambing. kalau saya seorang wanita (lantaran saya lelaki), yang punya kelembutan, ketabahan, sifat keibuan dan kasih sayang yang tinggi kepada anak-anak kecil, saya memilih untuk mendidik anak-anak kecil saya menjadi seorang manusia dan bukannya seekor kambing.

banyak bezanya mendidik manusia dan membela kambing tetapi caranya lebih kurang sama iaitu memberi makan, pakai, didikan(pendidikan untuk mencari pekerjaan) dan tempat tinggal sehingga anak-anak itu besar. kalau anak-anak manusia dididik sepertimana anak2 kambing, maka bila besar, jadilah mereka bapak2 dan ibu2 kambing yang mana tujuan hidup mereka adalah kegembiraan, kesenangan dan kebahagiaan dunia sedangkan hakikatnya dunia ini hanyalah tempat tumpangan buat sementara sahaja. mereka sudah terbiasa dengan kesenangan hidup

sepatutnya, wanita yang berkerjaya berupaya untuk mendahulu proriti kepada rumahtangga dan anak-anaknya dan bukannya berkahwin dengan kerjaya mereka.

kerjaya zaman sekarang tidak sama dengan kerjaya zaman dahulu yang memerlukan penjawatnya berkahwin dan bernikah dengan kerjaya tersebut. maksud bernikah dengan kerjaya ini adalah prioriti kerjaya dalam hidup dan masa yang diperuntukan untuk kerjaya tersebut demi keprofesionalan tugas.

tugas2 yang profesional memerlukan komitmen, kesungguhan dan masa dari penjawatnya. justeru itu, proriti hidup terpaksa diubah dari keluarga kepada kerjaya dan ianya bertentangan dengan fitrah wanita yang sebenar. bukan untuk itu wanita dijadikan.

Tanpa Nama berkata...

minta maaf, cuma mahu pencerahan, bukan pergaduhan.. adakah maksud tulisan atau isu wanita berkerjaya ini, penulis memaksudkan wanita tidak perlu pergi ke sekolah, atau melanjutkan pelajaran belajar ilmu2 akademik, cukup sekadar pergi belajar ilmu2 fardu ain untuk diri sendiri kerana pada akhirnya dia menjadi suri rumah tangga? adakah penulis juga memaksudkan segala ilmu akademik atau fardhu kifayah hanya perlu dipelajari oleh lelaki kerana tugasnya sebagai pencari nafkah? adakah maksudnya juga adalah apabila kita ada anak perempuan, kita tidak akan menghantarnya ke sekolah dan universiti untuk belajar ilmu akademik yg lain? cukup sekadar ilmu fardu ain untuk dirinya sahaja kerana pada akhirnya tempatnya hanyalah disisi suami.. begitukah maksud penulis?? mohon diskusi dengan hemah. dengan nama allah, pertanyaan ini bukan untuk provoke sesiapa2 tapi mahukan kecelaruan yg ada dalam diri saya ini dapat dibaikpulihkan, hasil dari bacaan tulisan artikel si penulis.

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Bagaimana jika… pelajaran adalah percuma kepada semua rakyat baik lelaki dan wanita, wanita itu belajar hingga berjaya menjadi doktor dan setelah berkahwin boleh menggunakan ilmunya itu untuk merawat suami, anak-anak, ibu bapa mertua, ipar duai saudara, jiran sebelah dan sekampung, bukankah wanita tersebut boleh memanafaatkan ilmu yang dipelajarinya itu?

Amat malang sekali sistem ekonomi kita pada hari ini tidak membenarkannya baik dari pembaziran wang rakyat untuk memenuhkan poket-poket ahli2 politik sedangkan wang tersebut boleh memberian pendidikan percuma kepada semua rakyat hinggalah kepada ekonomi yang berkehendakkan wang senantiasa berkitar untuk membolehkan yang kaya menjadi semakin kaya melalui faedah atau bunga yang perlu dibayar oleh rakyat atau pun kerajaan yang meminjam yang mana lebih kepoket mereka dan sedikit kepada rakyat tetapi perlu dibayar balik oleh kesemuanya oleh rakyat.

Wanita adalah ibu dan pendidik kepada generasi akan datang, bayangkan generasi akan datang yang hebat boleh dibentuk oleh ibu-ibu yang berilmu tinggi ini. Amat malang sekali ibu-ibu berilmu tinggi ini perlu berkhidmat untuk kapitalis-kapitalis yang senantiasa mahu memenuhkan poket mereka tanpa memikirkan kesan sosial kepada perbuatan mereka itu.

Fikir-fikirkan…

Tanpa Nama berkata...

ya.. saya faham dari sudut politik yang saudara helmis cuba sampaikan dan saya tiada bantahan untuk itu malahan menyokong pihak yang cuba menegakkan hak2 rakyat yang sepatutnya..

namun, dalam persoalan wanita berkerjaya ini, selain dari kita melihat dari konteks sebuah keluarga, cuba kita lihat dari sudut kemasyarakatannya, sebagai contoh kerjaya doktor seperti yang diberikan oleh saudara, dengan adanya ramai wanita yang berkerjaya sebagai doktor, kita boleh memperuntukkan agar pesakit wanita dirawat oleh doktor wanita manakala pesakit lelaki untuk doktor lelaki.. dengan ini masalah aurat atau gangguan seksual atau apa saja yang berkaitan seks dapat dielakkan antara pesakit dan doktor yang berlainan jantina..

ya, memang dunia kedoktoran ini penuh dengan suasana darurat, kenapa tidak selagi mana kita boleh elak kedaruratan ini, kita menjaganya dengan sistem yang boleh ditingkatkan kualitinya?? bukanlah maksudnya saya menentang berlainan jantina itu tidak boleh merawat atau dirawat tetapi kita cuba ikhtiar selagi mampu untuk membuatnya bergerak ke landasan syariat yang betul.. bukannya semua penyakit itu tidak mampu dirawat oleh yang sama jantinanya dan bukannya semua kondisi memerlukan yang berlainan jantina untuk merawatnya.. dan bukankah ini kita memerlukan wanita yang berkerjaya doktor??

inshaallah, saya percaya sekiranya suatu masa nanti sistem ekonomi, sistem pendidikan atau sistem2 negara kita yang lain kembali pulih dengan kembalinya kuasa kepada ahli2 politik yang berjiwa seperti umar bin abdul aziz, kita mampu melahirkan generasi yang kelas pertama dari sudut dunia dan akhiratnya sekalipun wanita bekerja.. sebagai contoh, mungkin sistemnya nanti boleh diatur dari segi waktu bekerja atau peraturannya yang lebih bersyariaat, saya tak tahu sebab saya pon tak berapa pandai dalam percaturan sistem..

bukankah ini lebih menampakkan sifat ummatik??

p/s :
1) ada juga wanita yang tidak bekerjaya, cuma suaminya sahaja yang bekerja, tidak juga melahirkan insan yang seperti saudara maksudkan.. pengalaman dengan mata sendiri..

2)sekiranya baca kisah imam abu hanifah, imam maliki, imam syafie, dan imam hanbali, ada diantara mereka yang sudah kematian ayahnya dari kecil lagi, dan tidak diceritakan pula si ibu berkahwin lain bagi si suami menampung keperluan sara hidup.. agak2 bagaimana si ibu ni lakukan bagi menyara kehidupannya sehingga boleh melahirkan seorang imam yang sebegitu hebat ini??

3)sekiranya jatuh kapitalisme ini, wanita bekerjaya atau tidak, mampu melahirkan generasi yang bagus..

4)pendapat manusia boleh diterima atau ditolak, hanya al-quran dan hadis sahaja yang tidak boleh ditolak..

wallahhualam..

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas