Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails
Memaparkan catatan dengan label Emosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emosi. Papar semua catatan

Rabu, 1 September 2010

Puasa - Menjadi Insan Baru


Tahukah anda bahawa dalam setiap saat, sebanyak hampir satu juta sel-sel didalam tubuh badan manusia mati? Dan pada masa yang sama juga hampir sejumlah yang sama dihasilkan kembali. Baik dari sel-sel darah, sel lapisan perut, tulang, otot, kulit dan sebagainya saban hari berganti baru, malah hasil dari kajian juga menunjukkan sejumlah besar debu rumah adalah datangnya dari sel kulit yang mati. Jadi saban hari, hampir keseluruh sel didalam tubuh badan manusia bertukar ganti, maka boleh kita katakan selepas beberapa minggu seseorang manusia itu sebenarnya mampunyai tubuh badan yang baru. Akan tetapi apakah dengan mempunyai sel-sel baru didalam tubuh badan ini akan memberikan perbezaan didalam kehidupan seseorang itu?

Setiap kali kita mempunyai fikiran (thought) samada gembira, marah atau sedih dan sebagainya, otak akan merembeskan pelbagai kimia emosi yang sepadan dengannya, dan kimia emosi ini akan menghujani sel-sel diseluruh tubuh badan kita, ini membuatkan kita merasakan (feel) emosi atau perasaan yang datangnya dari fikiran tadi. Fikiran yang terhasil diotak ini dalam erti kata lain menyebabkan sejumlah jaringan neuron menjadi aktif dan ini menyebabkan otak mengeluarkan /merembeskan kimia emosi yang mana ini membuatkan kita dapat merasakan apa yang kita fikirkan.

Contohnya katakanlah seseorang itu mengalami keadaan yang mana menyebabkan dia menjadi marah, setiap sel-sel didalam tubuh badan mereka akan dihujani dengan kimia emosi tersebut. Maka seseorang itu akan "rasa" akan kemarahan tersebut. Degupan jantung dan nafas semakin kencang, kaki dan tangan seolah-olah menjadi semakin ringan dan sebagainya, hasil dari rembesan kimia emosi itu tadi. Jika sel-sel tubuh kerap dihujani dengan kimia emosi yang sama (marah) maka sel-sel tubuh menjadi terbiasa dengan keadaan tersebut, mungkin boleh juga kita katakan selesa dengannya. Maka apabila sel-sel ini membahagi membentuk sel-sel yang baru, sel-sel yang baru juga telah dikondisi untuk siap sedia menerima kimia emosi yang sama. (lebih banyak "receptor" di permukaan sel untuk kimia emosi tersebut). 

Untuk mengekalkan keselesaan ini atau apa yang disebut "homeostasis", sel-sel didalam tubuh badan akan senantiasa menantikan kedatangan kimia emosi tersebut (ketagih), sel-sel akan senantiasa menghantar signal keotak seolah-olah meminta seseorang itu agar marah atau mencari sebab untuk membolehkan kemarahan terjadi, maka fikiran negatif mula timbul, menjadi tidak selesa dan seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dan mulalah mencari jalan untuk marah contohnya dengan mencari kesilapan orang lain. Manusia rata-rata tanpa sedar tidak mengetahui bahawa kebanyakan tingkah laku dan perbuatan mereka itu hanyalah kerana mahu memenuhi apa yang asalnya ketagihan sel-sel didalam tubuh badan mereka sendiri terhadap kimia emosi tertentu. Ini juga apa yang dipanggil minda separuh sedar yang mengawal hampir kesemua kehidupan seharian seseorang itu. Kita boleh panggil ianya tabiat, sikap, perangai, tingkahlaku, peel dan sebagainya.

Mengapa ini terjadi? Faktor utamanya adalah kerana seseorang itu gagal untuk menjadi menjadi pemerhati yang hebat, memerhatikan (dengan sedar) apa yang bermain dikepala mereka setiap masa (yang mana kebanyakannya adalah "laungan" dari sel-sel tubuh badan mereka yang ketagihkan kimia emosi tertentu) dan menggunakan frontal lobe mereka untuk menganalisa apakah fikiran yang bermain dikepala mereka itu akan membawa kebaikan atau keburukan kepada mereka, adakah ianya untuk kebaikan roh mereka atau sel-sel tubuh badan mereka. Manusia lebih kerap membiarkan tubuh badan mereka (sel-sel) berfikir untuk diri mereka dengan cara melayani ketagihan sel-sel mereka terhadap kimia emosi tertentu. Mereka lebih memberi makan kepada tubuh badan mereka, menjadi hamba kepada sel-sel tubuh badan mereka sendiri. Mekanisma ini sama juga untuk keadaan hidup yang lain seperti nafsu syahwat, cemburu, risau, perasaan tidak dihargai, takut, sedih dan sebagainya. Mekanisma yang sama juga dengan ketagihan terhadap dadah, arak, rokok dan sebagainya, cuma bezanya kimia ini datang dari luaran dan bukan dari otak. Mekanisma yang sama juga jika seseorang itu sudah terbiasa melakukan kebaikan, contohnya ringan tulang, penyabar, suka menggembirakan insan disekeliling, pemurah dan sebagainya.

Disini saya ingin mengaitkan pula dengan berpuasa, bagaimana berpuasa itu akan menjadikan seseorang itu seorang insan yang baru. Kita guna contoh yang sama iaitu seorang yang mudah marah. Kita semua tahu bahawa ketika puasa seseorang itu wajib juga menahan sabarnya dari mudah marah, dan apabila ia boleh dilakukan (tidak mudah melenting terhadap stimulasi dari sekitarnya baik dari manusia lain ataupun keadaan sekitar seperti cuaca dan masa), maka sel-sel tubuh badan mereka tidak lagi dihujani kimia emosi yang sama. Apabila ini terjadi,  sel-sel didalam tubuh badan manusia itu akan menghantar signal keotak (permintaan) meminta agar mereka mendapat kimia emosi tersebut (marah), akan tetapi jika seseorang itu boleh menjadi pemerhati yang hebat, maka dia tahu fikiran yang bermain dikepala mereka (untuk marah) akan tidak dilayan, maka apabila dia tidak melayannya maka sel-sel mereka seolah-olah diajar bahawa akulah tuan engkau (roh kepada tubuh badan) dan bukan sebaliknya. Dan apabila sel-sel itu membahagi, sel-sel yang baru tidak akan lagi meminta atau ketagihkan kimia emosi yang sama.

Kajian sains menunjukkan bahawa lebih kurang sebulan lamanya diperlukan untuk pil anti-kemurungan berkesan dan jangka masa ini juga agak sama dengan dengan proses pembentukan sel-sel hippocampus (bahagian otak yang membantu pembelajaran) yang baru (neurogenesis) terbentuk. Jika kita kaitkan pula dengan puasa, maka nampak jelas mengapa Allah SW memerintahkan puasa itu selama sebulan. Ini membolehkan sel-sel tubuh badan kita berganti dengan sel-sel yang baru (contohnya bahagian hippocampus diotak), maka generasi sel-sel yang baru ini tidak lagi akan ketagihkan kimia emosi yang sama baik untuk marah, murung, nafsu dan sebagainya. Ini tidak secara langsung membentuk generasi sel-sel baru didalam tubuh badan kita, sel-sel didalam tubuh badan manusia yang berjumlah labih 50 trillion ini akan akur bahawa kita adalah pemimpin mereka dan bukan menjadi hamba melayan ketagihan mereka. Jika kita kaitkan pula dengan solat terawih yang berulang-ulang, apabila ianya dilakukan dengan ikhlas maka, sel-sel didalam tubuh badan kita akan dihujani dengan kimia emosi yang baru iaitu sukakan solat. Sukakan solat dan ikhlas akan tersemat didalam minda searuh sedar kita.

Kemenangan melawan nafsu di bulan ramadhan ini pada pendapat saya adalah kemenangan kita membuktikan siapa sebenarnya yang berkuasa, siapa sebenarnya yang memimpin tubuh badan kita ini. Seluruh sel-sel didalam tubuh badan kita ini yang bergabung membentuk minda separuh sedar dan minda separuh sedar ini yang mengawal hampir keseluruhan hidup kita sehari-hari, jadi teramat pentinglah kita memelihara maklumat yang samai kepada mereka ini. Berpuasalah dengan ikhlas dan jujur, kita boleh berbohong dengan manusia lain akan tetapi tidak kepada sel-sel didalam tubuh badan kita ini kerana kimia emosi kepura-puraan itu juga akan sampai kepada mereka. Sia-sialah mereka yang berpuasa tetapi masih dengan sikap yang sama samada tidak solat, mudah marah, tidak sabar, boros dan sebagainya, puasa mereka hanyalah sekadar laar dan dahaga dan mereka tetap kalah melawan nafsu hasil dari laungan sel-sel tubuh badan mereka sendiri.

Ketahuilah bahawa maha pengasihnya Allah SW itu memberikan semua faedah amal ibadat yang dierintahkan kepada manusia itu kembali kepada diri mereka sendiri, cuma manusia itu sahaja yang semakin leka dengan pembohongan dunia yang sementara ini, terpedaya dan menjadi hamba kepada sel-sel tubuh badan mereka sendiri. Adakah sel-sel tubuh badan mereka bersalah? Tidak kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar selain dari dunia tubuh manusia itu sendiri, manusia itu sendiri yang memberi maklumat kepada sel-sel dari apa yang bermain difikiran mereka. Jika Allahuakbar selalu difikiran, insyallah amat mudahlah hidup seseorang itu untuk mendekati Allah. Jika wang ringgit, harta, kedudukan dan kroni yang memenuhi fikiran, sel-sel didalam tubuh badan mereka juga akan dihujani dengan informasi yang sama maka keseluruhan hidup seseorang itu akan menjurus kearah itu.

Jadilah pemerhati yang hebat, perhatikan apa yang bermain difikiran. Solatlah dengan khusyuk kerana itulah latihan untuk menjadi pemerhati yang hebat kepada fikiran (thought)  kita sendiri. Lebih mudah kita memerhatikan apa yang terngiang-ngiang dikepala maka akan lebih mudahlah kita untuk menjadi pemimpin, pemimpin kepada lebih 50 trillion sel-sel yang membentuk tubuh badan kita ini agar lebih dekat kepada Allah SW, insyallah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 2 April 2010

Vaksin Kemurungan - Bersangka Baik Kepada Allah

Mencegah itu lebih baik dari mengubat, maka sebab itu lah saintis berlumba-lumba mencipta pelbagai jenis vaksin untuk membantu manusia mengelak dari dijangkiti oleh penyakit-penyakit tertentu seperti campak dan juga selsema. Apa yang dilakukan oleh saintis ini adalah dengan membiakkan virus pembawa penyakit yang lemah dan apabila virus itu dimasukkan masuk kedalam tubuh badan manusia melalui suntikan atau oral, sistem imunisasi badan manusia akan dapat mengenal pasti penyakit tersebut dan boleh mencipta antibodi secara semulajadi sebagai persediaan untuk menghadapi virus yang sebenarnya.

Dengan kemajuan yang teramat moden didalam bidang perubatan, hingga kini masih tiada lagi vaksin untuk kemurungan dicipta. Ubat untuk kemurungan itu sendiri sudah berlambak-lambak dipasaran seperti Prozac, Zoloft atau Effexor akan tetapi mengapa perlu berubat lebih diutamakan jika mencegah itu adalah yang terbaik? Hakikatnya adalah, vaksin untuk kemurungan tidak boleh dicipta oleh saintis kerana penyakit kemurungan itu bukanlah dari kuman atau virus, ianya dari pemikiran.

Menurut Persatuan Psykiatri Malaysia, menerusi artikel dilaman web mereka menyatakan bahawa
antara sebab penyakit kemurungan melanda seseorang individu itu adalah akibat tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian tertentu, rasa rendah diri ataupun disebabkan penyakit fizikal yang kronik atau serius.
Tekanan, stress atau rendah diri ini datangnya dari cara pemikiran manusia itu sendiri yang menterjemahkan sesuatu situasi atau keadaan tersebut. Jika persepsi seseorang terhadap situasi itu adalah buruk atau menakutkan, maka sudah pasti mereka akan tertekan dan ini menjadi "anak benih" kepada kemurungan. Dengan di"bajai" oleh pemikiran yang sama secara berterusan dan di"sirami" dengan linangan air mata maka "pokok" kemurungan yang serius ini akan membesar dengan suburnya.





Vaksin atau pelindung yang paling mudah dan percuma untuk mencegah kemurungan adalah dengan mengubah persepsi atau pandangan kita terhadap sesuatu kejadian itu. Sebagai umat Islam yang beriman dan mengaku bahawa Allah itu yang maha Esa, Pencipta, Pengasih dan Penyayang maka semua yang berlaku itu adalah dariNya. Allah jualah yang esa menciptakan kejadian tersebut dan menyebabkan ianya melanda atau menimpa diri kita. Akan tetapi sudah menjadi kebiasaan manusia yang telah dicorakkan mindanya untuk menumpukan perhatian lebih kepada keburukan, oleh sebab itulah manusia lebih melihat keburukan berbanding kebaikan terhadap kejadian yang berlaku.

Jika sesuatu kejadian itu hanya ada keburukan, maka sifat Allah yang maha pengasih dan penyayang itu hanya layak dicampakkan kedalam tong sampah sahaja. Berita-berita buruk, pembunuhan, rompakan, perceraian adalah resepi utama media masa kini untuk mencipta sensasi, melariskan khidmat mereka dan mengaut keuntungan dan ini secara tidak langsung mencorak minda separuh sedar masyarakat untuk lebih fokus kepada ketakutan dan keburukan. Jika manusia boleh melatih diri menjadi pemerhati yang hebat kepada minda mereka sendiri, manusia akan lebih berupaya dan berkuasa memilih persepsi yang lebih membawa kebaikan terhadap sesuatu situasi atau kejadian itu. Ini akan memberi latihan baru kepada minda separuh sedar yang sudah terbiasa dengan melihat keburukan agar lebih melihat kepada kebaikan. Apabila kita selalu melihat kebaikan dari keburukan maka vaksin untuk kemurungan akan terbina dengan sendirinya didalam tubuh badan manusia.

Terdapat tiga prinsip yang boleh diamalkan didalam kehidupan seseorang manusia itu yang mana pada pendapat saya, ianya boleh memastikan "vaksin kemurungan" didalam tubuh badan manusia itu akan sentiasa berada pada tahap yang tinggi, semakin jauh manusia dari stress, tekanan atau kemurungan maka semakin lebih baik seseorang manusia itu boleh berfikir lantas membuat pilihan-pilihan yang lebih bijak didalam kehidupannya. Tiga prinsip tersebut adalah;

Semuanya Salah Aku.

Pada pendapat saya, kebanyakan kejadian yang berlaku didalam hidup seseorang itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini kerana bagi kebanyakan manusia, mereka hanyalah mangsa kejadian, semua ini adalah takdir dan tidak mampu untuk mengelak atau mengubahnya. Rata-rata manusia mereka menganggap tuhan telah mencipta "mesin gergasi" iaitu dunia ini dan mereka hanyalah salah satu dari gear yang berputar dan apabila "gear" bersebelahan berputar, mereka juga turut berputar dan tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya menjadi mangsa.

Amat pelik dan barangkali sukar untuk menerima untuk menyalahkan diri sendiri, akan tetapi jika manusia berani mengubah persepsi mereka terhadap semua kejadian yang menimpa baik yang positif atau negatif, ianya akan memberikan dua impak yang utama, pertamanya mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan perbuatan mereka dan keduanya mereka lebih berkuasa mencipta realiti hidup mereka sendiri. Manusia akhir zaman hanya kebanyakan mengambil Allah itu sebagai tuhan tetapi tidak percaya yang Allah itu maha adil. Jika kita melakukan kejahatan atau kerosakan dimuka bumi ini, adakah kita tidak akan dibalas atau dihukum diatas perbuatan kita itu sendiri?




Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Al-Isra 17:7)
Ramai akan berkata, "Mana ada aku buat jahat, seingat aku tak pernah pun aku menyakiti orang lain secara fizikal mahupun dengan kata-kata", soalan yang menyusul pula adalah; "Adakah kita ingat semua tingkahlaku dan perbuatan kita dari akil baligh sehingga sekarang", sedangkan baju apa yang kita pakai 2-3 hari lepas pun ada kalanya perlu berfikir sejenak untuk mengingatinya, ini kan pula perbuatan kita 2-3 bulan, 2-3 tahun dari sekarang, kita tidak boleh ingat akan kesemuanya. Akan tetapi ada makhluk lain yang ingat, iaitu malaikat diatas bahu yang mencatitkan dengan terperincinya setiap perbuatan dan percakapan kita. Mungkin memang kita tidak pernah melukakan manusia lain hingga berdarah akan tetapi lidah kita ini sebagai contohnya, amat bahaya malah lebih tajam dari bilah pedang.
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Surah ar-Rum 30: 41).
Tidak semestinya jika kita tumbuk manusia lain dan kita juga menerima balasan dari manusia yang sama atau balasan yang sama. Kita semua adalah tenaga dan tenaga berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain dan boleh beralih dari satu medium kepada medium yang lain maka tenaga negatif yang kita lemparkan itu akan berbalik kepada diri kita sendiri satu hari nanti. Ada juga perbuatan tidak baik yang kita lakukan tanpa sedar telah menyebabkan kita menyakiti, menindas atau menyusahkan orang lain, umpamanya mengambil rasuah untuk sesuatu projek yang mana menyebabkan kontraktor yang menyiapkan projek tanpa kualiti yang baik, roboh bumbung contohnya dan kemudiannya mencederakan manusia lain. Berpakaian seksi menyebabkan lelaki terpandang dan terlanggar tiang. Ber"couple" kononnya cara islam dan berjalan dikhalayak ramai yang memberi contoh kepada adik-adik yang sedang membesar dan satu hari mereka akan mengikutnya. Menerima riba' yang mana menggalakkan perhambaan jenis baru yang menindas semua umat manusia.

Ini hanyalah contoh-contoh yang boleh dikatakan sebagai norma-norma bagi masyarakat kita, maka tiada terdetik sedikit pun dihati bahawa ia adalah antara perbuatan berdosa yang tidak kelihatan dan kita dengan sombong bercampur hairan berkata "aku tak buat jahat pun, mengapa Allah menimpa diriku dengan musibah ini?". Ini juga berbalik kepada cara pemikiran masyarakat kita diacu atau dibentuk, contohnya makan babi lebih teruk dari makan riba' padahal Allah dan Nabi memerangi mereka yang terlibat dengan riba'. Menikmati pulangan pelaburan riba', memberi, mencatatkan transaksi atau menjadi saksi kepada terlibat dengan riba' itu tidak seteruk berzina padahal dosa riba itu lebih teruk dari berzina dengan ibu sendiri.

Bersyukurlah kepada Allah jika kita dibalas didunia dengan musibah dan bala bencana kerana inilah caranya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas-lepas. Allah menyayangi kita dan tidak mahu kita dihukum dineraka yang mana siksaannya tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia. Jika kita berani mengambil prinsip ini maka impak kedua yang menyusul adalah manusia itu lebih berkuasa mencipta realiti hidup mereka sendiri.

Apa yang lebih hebat diinginkan oleh seseorang manusia itu didunia ini dari kegembiraan, baik dari segi rohani ataupun jasmani. Dengan lebih berhati-hati, sedar dan sentiasa menjadi pemerhati yang hebat terhadap fikiran kita pada setiap ketika yang mana kemudiannya menjadi perbuatan dan tingkah laku, jadi sebelum kita bertindak melakukan sesuatu itu, contohnya sebelum menghina seseorang, akan terdetik dihati, "eh... jangan hina dia, suatu hari nanti aku juga akan dihina", maka dari keinginan untuk menghina, akan beralihkan keinginan untuk simpati, prihatin atau memaafkan dan ini akan berbalik atau dibalas kepada diri kita sendiri suatu hari nanti.

Mungkin akan tiba dikemudian hari contohnya bilamana kita terbuat kesilapan semasa kerja, dan bos kita akan memarahi dan menggertak untuk memberhentikan kita, maka dari perbuatan kita yang lepas ianya kembali kepada diri kita sendiri maka timbullah rasa tertekan, stress dan tersemailah benih kemurungan. Jika kita boleh terima konsep "semuanya salah aku" dan sentiasa berbuat baik sesama manusia sebelum ini, maka bos kita yang mungkin sebelum ini pemarah dan pembengis mungkin akan berlembut hati terhadap kita. Allah amat berkuasa merencanakan dunia ini untuk membantu umatnya yang bertaqwa dan perbuatan kita yang lepas-lepas akan berbalik kepada diri sendiri. Buat baik dibalas baik dan sebaliknya.
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (Al-Rahman 55:60)




Allah Ingin Memberi Yang Lebih Baik Lagi.

Adakalanya kita kecewa apabila sesuatu yang kita hajati itu tidak kesampaian, sebagai contohnya apabila kekasih yang disayangi tidak berjaya dimiliki. Kesedihan akibat dari kegagalan untuk bersatu baik ditinggalkan atau halangan keluarga selalunya akan menular kepada kemurungan yang serius. Jika kita boleh ubah persepsi kita dengan menganggap bahawa Allah ingin memberi kita seorang insan yang lebih baik lagi, maka mungkin kesedihan yang melanda itu akan reda dengan segeranya. Siapa yang tidak sedih apabila putus bercinta akan tetapi jika kita percaya yang Allah itu maha pengasih dan penyayang maka kita sebaliknya akan tersenyum gembira menanti siapakah agaknya sidia yang akan digantikan oleh Allah itu.
Bukan sekadar percintaan sahaja, jika permohonan melanjutkan pelajaran ditolak, gagal temuduga kerja, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya, dengan mengubah persepsi kita bahawa Allah mahu memberi yang terbaik, kita akan menjadi manusia yang lebih bertakwa dan pastinya rezeki atau ganjaran yang tidak disangka-sangka akan pasti menjelma.
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).(At-Talaq 65:2,3)

Masalah yang melanda manusia adalah lebih mudah menjadi marah, kecil hati, bersedih dan sebagainya terhadap apa yang berlaku yang mana itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan ketidak syukuran kita kepada Allah. Disebabkan kita bersikap negatif maka bertambah-tambah lagilah perkara-perkara negatif yang melanda dan akibatnya semakin tertekan dan menjadi murung.








Allah Ingin Mengubah Haluan Hidup Kita Agar Mencapai Apa Yang Dihajati.


Adakalanya kita berhajatkan sesuatu akan tetapi untuk Allah mengurniakannya kepada kita, sesuatu kejadian buruk harus berlaku. Jika baca pengalaman saya untuk mendapatkan anak perempuan, walaupun ianya hanya hipotesis saya sahaja, sekarang saya dan isteri sering tersenyum mengenangkan kisah lalu yang mana telah memberikan apa yang kami hajati. Lagi satu kejadian yang berlaku pada diri saya sendiri adalah bila mana terjadi satu peristiwa yang menimbulkan kekecewaan yang mendalam dan memaksa saya seolah-olah ber"judi" mencari kerja diluar negara. Alhamdulillah sekarang ini saya amat sukakan kerjaya saya ini, bukan sahaja mampu menghabiskan hutang malah boleh berkongsi ilmu dengan insan lain. Memang dari kecil lagi saya selalu memikirkan bagaimana caranya saya boleh membantu manusia, alhamdulillah salah satu caranya telah kelihatan iaitu melalui perkongsian ilmu disini. Semuanya akibat dari peristiwa buruk yang melanda.

Saya percaya jika setiap diri kita ini merenung seketika kisah masa silam pasti ada peristiwa yang sama berlaku pada setiap individu yang mana dari peristiwa yang buruk berkesudahan dengan kebaikan. Kebanyakan kita tidak perasankan ianya kerana mungkin idea ini tidak pernah timbul di pemikiran ataupun jarak masanya yang agak jauh akan tetapi jik akita ikuti rentetan-rentetan hidup, pasti kita akan berterimakasih kepada Allah yang maha penyayang. 








Allah Mahu menduga HambaNya.


Jika kita yakin yang kita tidak melakukan dosa-dosa, jika kita rasa sudah mendapat apa yang dihajati akan tetapi dugaan masih melanda, itu sudah cukup untuk memberi kita perasaan gembiran yang teramat sangat kerana Allah mahu menduga kita. Sedangkan para Nabi yang punyai tahap keimanan yang tinggi juga, inikan pula kita manusia biasa.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (AlBaqarah 2:214)
Jadi, walau dari segi dan sudut mana sekalipun kita lihat musibah yang terjadi itu, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak boleh nampak, maka tiada sebab sebenarnya untuk manusia itu mengidap kemurungan yang serius.
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah 2:155-156).

Masaalahnya umat manusia kini, oleh kerana dilahirkan Islam, walau tidak berpegang pada ajaran Islam secara keseluruhannya tetap melabelkan setiap kejadian itu sebagai dugaan dan bukan salah silap mereka sendiri. Pada pendapat saya jika kita punyai iman hanya sekadar bin atau binti pada kad pengenalan, perkara buruk yang melanda itu bukan dugaan, akan tetapi "penangan" nipisnya iman kita itu.








Keempat-empat prinsip ini terutamanya prinsip "semuanya salah aku" akan menjadikan seseorang manusia itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka sendiri dan bukanlah hanya menganggap diri hanya mangsa keadaan. Perubahan pasti akan timbul jika kita berani mengambil pendirian ini, akan tetapi kesabaran amat perlu kerana dari mula kita mengubah pendirian untuk bersabar dan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi, walaupun kita sudah berhati-hati keatas tindakan dan tingkah laku, kesan dari dosa-dosa yang terdahulu iaitu apa yng digelar "backlash" akan masih melanda diri. Akan tetapi jika kita bersabar sehingga "backlash" itu habis maka perubahan ketara didalam hiudp kita akan terasa. Ianyanya juga menjadikan diri seseorang manusia itu lebih berkuasa mencipta realiti kehidupan yang diingininya atau setidak-tidaknya meramalkan suasana kehidupan mereka dimasa akan datang baik didunia mahu pun diakhirat kelak, hasil dari tingkah laku dan perbuatan mereka sendiri.

Berdasar pada konsep ini jugalah minat saya kepada fizik kuantum amat mendalam kerana jika semua manusia faham akan cerita disebalik perilaku zarah sub-atomic itu sendiri, semua manusia akan meletakkan semua perkara yang berlaku didalam hidup mereka adalah kerana mereka sendiri yang mahu melihatnya baik secara sedar atau tidak.

Konsep yang sama juga terselindung disebalik puasa selama sebulan yang mana bila mana kita boleh bersabar dan mengubah tingkah tingkah laku kita, puasa yang sebulan itu mampu mengubah diri kita baik dari segi fizikal dan mental agar menjadi manusia yang lebih mulia. Akan tetapi rata-rata muslim akhir zaman ini hanya mendapat lapar dan dahaga kerana sikap buruk masih berleluasa, contohnya pembaziran makanan, lahap ketika berbuka, masih maki hamun ketika puasa dan yang paling teruk lagi tidak langsung bersolat. Keimanan kita juga akan berlipatkali ganda kerana pertamanya kita tahu Allah amat menyayangi diri kita dan mahu membalas dan mengampunkan dosanya semasa masih didunia ini lagi dan keduanya Allah senantiasa mahu memberi kita yang terbaik. Begitu juga dengan dugaan terhadap mereka yang beriman.

Kita tidak tahu akan takdir kita akan tetapi jika hanya berserah kepada takdir dan menganggap diri tidak bersalah hanyalah satu cara untuk lari dari tanggungjawab dan merendahkan nilai diri manusia itu sendiri. Mereka yang berani bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi kepada diri mereka adalah mereka yang akan lebih berjaya didalam hidup dan insyaallah di akhirat kerana tidak semestinya berjaya didunia akan disusuli diakhirat.

Falsafah barat menganggap dunia ini ibarat mesin gergasi dan kita hanyalah salah satu gear didalamnya yang berputar dan apabila gear sebelah berputar, kita hanya menjadi mangsa menerima sahaja arah putaran yang diberikan oleh gear bersebelahan. Akan tetapi Allah mengurniakan kita dengan frontal lobe yang membezakan manusia dan haiwan yang mana memberi kelebihan kita untuk membuat pilihan, pilihan untuk berputar kearah mana dan inilah yang amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Pilihan terletak pada diri sendiri, menjadi sedih dan murung atau gembira dan bersyukur.

Manusia amat berkuasa untuk mencipta realiti hidupnya sendiri jadi terpulanglah samada ingin menjadi peneraju atau sekadar mangsa didalam kehidupan. Akan tetapi tiada yang percuma didalam hidup ini, harga yang terpaksa dibayar adalah berani bertanggungjawab dan juga beriman sepenuhnya dengan mengikut landasan yang Allah dan Nabi berikan dan bukan ambil sedikit dan tinggalkan banyak. Sebab itulah umat islam dahulu menerajui dunia dan umat islam akhir zaman ini hanya menjadi "makanan" lahap kafirun. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri, dari fikiran yang mana akan menjadi perbuatan dan realiti hidup kita ini. Maka bersangka-baiklah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi penyayang dan tidak akan mensia-siakan hambanya, dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.

Laman diskusi di Facebook.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 1 September 2009

Antara Selsema Biasa, H1N1 Dan Emosi.

Banyak cerita mengenai H1N1 ini tak kira dalam perbualan harian hinggalah kealam cyber, dari doa berkonsepkan syiah hinggalah ke ubat merawat penyakit ini, semuanya menggambarkan ketakutan manusia terhadap penyakit tersebut. Apa yg menakutkan lagi dari sumber2 yg memberikan fakta2 logik dan munasabah, virus kejam ini adalah buatan manusia terkutuk, samada mahu mengawal populasi, mengawal ekonomi ataupun mahu mengaut keuntungan dari jualan vaksin yg berlipat kali ganda.

Saya selalu menekankan mengenai peranan kimia emosi (chemical of emotion/peptide) didalam penulisan saya, melalui kimia emosi inilah maklumat2 mengenai keadaan diri, emosi dan persekitaran disampaikan kepada sel2 didalam diri kita yg berjumlah lebih 53 trillion kesemuanya. Kesemua sel2 kita ini bergabung membentuk jasad manusia, jadi jasad manusia itu adalah komuniti sel2 dengan jaringan perhubungan yg kompleks sesama mereka baik dari sistem saraf mahupun endokrin (kimia emosi dan hormon).

Pada membrane sel2 badan kita terdapat mekanisme penerima (receptor) signal (ligand - peptide, horman dll). Walaupun membrane sel hanya 1/7000000 milimeter tebalnya, terdapat berpuluh2 ribu receptor yg sentiasa bersedia menerima maklumat untuk "memberitahu" sel2 tugas2 yg harus dilaksanakan. Sel2 tubuh badan yg membentuk organ dan juga anggota badan dan seterusnya membentuk manusia yg penuh sifat ini tidak tahu mengenai keadaan diluar badan iaitu persekitaran, semua maklumat datang dari otak, dari mata dan deria2 lain yg mentafsirkan keadaan persekitaran.

Apa yg menariknya mengenai receptor pada permukaan2 sel ini adalah, ia juga boleh menjadi penerima maklumat dari agen luar, sebagai contohnya bahan kimia dari ubat2an. Ubat tidak akan berkesan jika ianya tidak boleh melekat kepada receptor pada sel2. Umpama anak kunci dan lubang kunci, hanya anak kunci tertentu (signal) boleh memasuki dan membuka kunci2 tertentu (receptor). Lagi satu agen luaran adalah virus2. Jika diambil sampel darah manusia yg sihat, akan terdapat beribu2 virus didalamnya, apa yg dipanggil "opportunistic virus", senantiasa menunggu masa untuk mengambil peluang, akan tetapi disebabkan terdapat kimia2 semulajadi (peptide) didlm badan yg wujud ketika itu dan menutupi lubang2 receptor, virus tersebut tidak boleh memasuki sel2 badan manusia.

Didalam buku Molecules of Emotion oleh Dr Candace Pert, beliau menjelaskan keadaan emosi seseorang itu memberi kesan terhadap kekuatannya untuk mengelak daripada penyakit. Sebagai contohnya amat jarang manusia itu akan sakit jika melibatkan diri dalam aktiviti yg menggembirakan, akan tetapi jika didalam keadaan stress, penyakit mudah melanda. Apabila kurangnya peptide2 tertentu ini, lebih banyaklah receptor yg terdedah dan ini memberi peluang kepada virus "opportunistic" itu tadi untuk memasuki sel2 dan membuatkan seseorang itu sakit.

Dari hasil penyelidikan beliau mendapati, kuman Rheovirus yg menyebabkan penyakit selsema mempunyai rupabentuk kunci (signal) menyerupai kimia emosi Norepinephrine, kimia emosi yang berkaitan dengan emosi gembira. Ini menjelaskan mengapa apabila manusia itu didalam keadaan emosi yg negatif, kebarangkalian untuk mendapat selsema itu lebih tinggi. Jumlah Norepinephrine yg berkurangan membuatkan receptor2 pada permukaan sel2 terdedah dan memberi peluang virus2 untuk memasuki sel2 badan.

Dari kajian beliau mengenai penyakit HIV pula, beliau menjelaskan, virus HIV ini mempunyai rupabentuk signal yg sama dengan peptide Vasoactiveintestinal (VIP) yang mana melalui receptor VIP inilah virus HIV bersaing dan apabila jumlah peptide VIP berkurangan, receptor VIP pada permukaan sel akan terdedah, virus HIV akan berpeluang memasuki sel2 terutamanya sel2 imunisasi.

Walaupun tidak dapat dilabelkan dengan jelas jenis emosi apakah yg diwakili oleh VIP ini, beliau mendapati ramai pesakit HIV yg mempunyai semangat diri yg kuat (self esteem), serangan HIV keatas mereka ini berlaku dengan kadar perlahan. Ini membuatkan beliau membuat spekulasi bahawa VIP ini mempunyai kaitan dengan emosi menyayangi diri sendiri (self love).

Sejak kurun ke 18 lagi minda dan jasad sudah dipisahkan. Ahli falsafah Rene Descarte memperkenalkan "dualism" yg mana minda dan jasad adalah dua entiti yg berlainan dan tiada kena mengena. Di susuli pula oleh Newton yg mengambil konsep dunia mekanikal yg mana tubuh manusia seperti mesin yg mana jika ada yg rosak boleh diganti dengan ubat2an ataupun dibedah. Apatah lagi Darwin menerusi teori evolusinya menidaklah pula tuhan yg mencipta alam ini. Hampir kesemua manusia dididik dan minda diacu dengan konsep dari ketiga2 mereka ini, sebab itulah apabila kebanyakan cara melawan penyakit semuanya dari ubat2an, keadaan dan kekuatan minda amat janggal sekali untuk dikaitkan.

Saya terjumpa artikel dilaman web yg menjelaskan kemungkinan besar H1N1 ini adalah buatan manusia. Ini kerana hasil penyelidikan mendapati baka virus H1N1 ini mempunyai baka
- selsema manusia
- selsema burung dari Amerika Utara
- selsema babi eropah
- selsema babi asia
Kebarangkalian virus H1N1 ini untuk mutasi dari keadaan asal dan menggabungkan baka2 virus dari serata dunia ini amat tidak masuk akal, apatah lagi penyakit ini pula mula merebak di Mexico. Jadi jika benar penyebaran virus ini dilakukan dengan sengaja, maka kemungkinan
1. Ada kerajaan tertentu yg mahu mengawal populasi manusia.
2. Pengganas yg menggunakan senjata biologi untuk membunuh manusia.
3. Atau kedua2 mereka adalah golongan yg sama.
Melihat dari suasana dunia sekarang, dengan dunia yg dikawal dengan apa yg dipanggil "corpotocracy", golongan korporat sentiasa memikirkan cara membuat duit walaupun cara mereka itu membunuh sejumlah besar manusia, siapa yg akan mengaut keuntungan besar hasil jualan vaksin.

Pencegahan lebih elok dari mengubat, kita hanya merancang akan tetapi Allah jualah yg lebih mengetahui. Apa yg saya ingin kemukakan disini adalah, keadaan emosi kita juga amat penting dari segi mencegah diri dari diserang oleh gejala ini. Emosi yg positif akan membuatkan badan kita lebih kuat dari dijangkiti penyakit. Tiada yg Allah jadikan itu tiada kebaikannya, malah kejadian 9/11 yg mana jelas buatan kerajaan Amerika sendiri memberi kebaikan yg mana Islam sudah menjadi agama yg paling pesat berkembang disana. Apa sahaja musibah yg melanda ada hikmahnya yg tidak kita ketahui.

Bagi mereka yg ditimpa penyakit berjangkit dan dengan redhanya menerima takdir tersebut, ketahuilah bahawa mereka akan tergolong dalam golongan mereka yg mati shahid andaikata mereka meninggal dunia kerananya (Hadis No 680, Sahih Muslim). Jadi tiada sebab seorang muslim itu harus bermuram durja, takut dan risau akan serangan penyakit berjangkit seperti H1N1 ini. Kecualilah jika "wahn" wujud didalam hati insan tersebut seperti hadis riwayat Abu Dawud yg telah jelas dapat dilihat berlaku kepada kaum muslim diakhir zaman ini, baca dan fikirkanlah samada "wahn" ini sudah wujud didalam hati. Mungkin ada kimia emosi yg berkaitan dengan "wahn" ini menyebabkan manusia itu mendapat penyakit.

Thawban meriwayatkan, Nabi (SAW) bersabda: Orang-orang kafir akan memanggil satu sama lain untuk menyerang kamu sebagaimana orang yg makan menjemput orang lain untuk berkongsi hidangan. Seorang bertanya: Adakah itu kerana jumlah kami yang kecil? Baginda menjawab: Tidak, jumlah kamu banyak umpama sampah2 yg dihanyutkan oleh arus banjir, akan tetapi telah Allah hilangkan rasa takut dari dada orang kafir keatas kamu dan meletakkan "wahn" didada kamu. Seorang bertanya: Apakah itu "wahn". Baginda menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati. Hadis 4284


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 16 April 2009

Berfikir Ikut Rasa & Biologi Khusyuk Solat

Didalam beberapa artikel saya yang lalu saya ada menyebut mengenai "berfikir ikut rasa", mungkin ada yg tertanya2 apa sebenarnya yg saya maksudkan dan apakah mekanisme yg menyebabkan "rasa" itu menjadi titik penentu terhadap keputusan yang kita ambil dalam hidup seharian. Mungkin definasi yang lebih tepat untuk frasa tersebut adalah "mengambil/memilih/membuat keputusan mengikut rasa" dan bukan mengikut akal menggunakan frontal lobe yang mana akan mengambil kira akibat sesuatu pilihan/tindakan tersebut pada diri sendiri dari segi kesan jangka pendek, jangka panjang mahupun juga kesan terhadap insan lain dan persekitaran.

Setiap kali kita berfikir, dari semua deria samada penglihatan, bau, rasa, sentuh dan sebagainya akan membenihkan pemikiran diotak, ini termasuk juga pemikiran yg timbul dari imaginasi. Disebabkan oleh "fikiran" itu tadi juga otak (terutamanya hypothalamus) akan merembes bahan kimia tertentu yang dipanggil "ligand", bahan ini pula boleh dibahagi kepada 3 iaitu, neurotransmitter, steroid dan juga peptide. Dari tiga jenis ligand tersebut, yang paling banyak sekali adalah peptide yang mana jumlahnya hampir 95% dari keseluruhan ligand tersebut. Peptide adalah kimia emosi yang kita hasilkan dari pemikiran kita dan memberi rasa, emosi atau perasaan terhadap sesuatu kejadian tersebut.
Kesemua ligand ini adalah protein yang terbentuk dari rangkaian asid amino dan ia boleh dikatakan kimia yg dirembes oleh organ2 atau sel2 tertentu (terutamanya otak dan bahagian yg paling byk terdapatnya peptide & receptor adalah di frontal lobe) untuk tujuan komunikasi antara organ2 dan sel2, komunikasi ini adalah untuk membolehkan sel2 badan menjalankan fungsi badan yg selanjutnya mengikut apa yg kita tafsirkan tentang sesuatu kejadian itu. Semua sel didalam badan kita hidup sebagai komuniti dan mereka berkomunikasi menerusi peptide dan juga menerusi sistem saraf. Semua emosi /rasa /perasaan itu ada kimia2nya sendiri, gembira, bersyukur, takut, gelisah, dengki, cemburu, ghairah, curang dan pelbagai lagi, kimia ini juga boleh bergabung antara satu sama lain membentuk kimia yg lain seperti takut dan cemburu, ghairah dan curang dan sebagainya. (Sila rujuk gambarajah untuk pemahaman).

Emosi amat penting pada manusia, ia memberi warna kepada kehidupan, ketika anda membaca artikel saya ini, otak anda merembes beribu2 kimia emosi kedalam salur darah anda untuk memberi tahu sel2 badan apa perasaan anda ketika ini, lebih beremosi sesuatu peristiwa itu lebih mudah anda mengingatinya, sebab itu anda masih boleh ingat lagi saat pertama kali anda bertemu isteri atau kekasih anda. Jika apa yg anda baca sekarang ini menarik, lebih mudah anda kembali ke blog saya ini dan jika memualkan, ianyanya juga boleh membuat anda mengingatinya tetapi bukan untuk mengunjung kembali tetapi untuk mengelak dari kembali ke blog saya ini, dalam erti kata lain ianya membantu pembelajaran terutamanya mengenai kehidupan.

Emosi, rasa dan perasaan itu salah satu sifat2 manusia yang dicipta oleh Allah untuk digunakan oleh manusia sebaik2nya, apa yang menjadi masaalah sekarang ini adalah ketagihan terhadap emosi, rasa atau perasaan tersebut. Disebabkan emosi, perasaan atau rasa ini juga selalunya menjadi titik tolak dalam membuat keputusan harian. Badan kita mampu mengeluarkan dadah semulajadi seperti endorphine (endogenous morphine) dan dopamine yg terbit dari perasaan gembira, riang, bersyukur dan sebagainya tetapi disebabkan kita selalu inginkan apa yg kita tiada (tidak bersyukur) terutamanya materialistik maka amat sukar untuk kita merembeskan secara semulajadi didlm badan yg mana memberikan kesan nikmat pada badan, apabila manusia mencuba dadah luaran yg memberikan kesan yg lebih hebat maka keupayaan badan untuk mengeluarkan secara semulajadi akan menjadi kurang atau hilang. Manusia bukan sahaja ketagih terhadap emosi khayal atau seronok tetapi termasuk juga ketagihan terhadap emosi2 yg lain seperti penyesalan, keinginan seks, marah dan sebagainya. Ketagihan terhadap kimia emosi ini tiada beza konsep dan fisiologinya dgn penagih dadah yg ketagih dadah luaran seperti heroin, ganja dan sebagainya, bezanya "dadah" ini adalah tercipta secara semulajadi didlm badan kita.

Kita telah lama di"latih" tanpa sedar untuk hidup dgn emosi, rasa dan perasaan. Melalui stimuli persekitaran terutamanya TV dan filem, kita belajar mengenali situasi2 tertentu walaupun kita tidak mengalaminya sendiri. Ada sahabat bertanya salahkah mempunyai kekasih dan bercinta sebelum kahwin, salahkan menyayangi sesama insan. Sayang menyayangi sesama insan amat digalakkan oleh islam, tetapi berkasih2an sebelum berkahwin itu yg dilarang kerana ia adalah benih kepada zina, benih ini yg kita sirami setiap hari lama kelamaan menjadi zina, mari kita lihat mengapa dizaman sekarang ini perlu bercinta baik yg belum mahupun yg sudah berkahwin.

Majoriti manusia gemar menonton TV dan filem, kerana apa? Kerana tanpa perlu berada ditempat atau perlu melakukannya kita sendiri boleh merasa apa sahaja perasaan dan emosi apa yg dilakonkan oleh pelakon walaupun dgn hanya menontonnya. Sebab itu kita boleh menangis, ketawa, marah, bernafsu dan sebagainya ketika menonton TV. Melalui emosi yang kita rasa dari menonton TV ini juga otak merembeskan peptide2 tertentu untuk menjalankan fungsi2 badan yang lain (bersama2 dgn sistem saraf), contohnya mengeluarkan air mata bila sedih atau pun menaikkan bulu roma ketika takut. Apabila kita selalu menghujani sel2 badan2 kita dgn emosi2 cinta, semua sel2 badan kita akan turut merasakannya. Makin banyak dan kerap peptide ini dikeluarkan makin banyak lagi mekanisme penerima "receptor" harus disediakan oleh sel2 badan dan bila sel2 badan kita membahagi iaitu membentuk sel2 yang baru, sel2 yang baru ini akan mempunyai lebih banyak receptor untuk peptide tertentu tersebut.

Ambil contoh apabila seseorang itu menonton TV cerita pasangan kekasih (belum berkahwin) bercinta dgn penuh perasaan kasih sayang sambil berpegang2an tangan, berpeluk cium dan sebagainya, ketika menonton TV majoriti manusia tidak pernah memberikan penilaian bahawa apa yang dilihat itu betul atau salah dari segi Islam seolah2 dalam keadaan terpukau iaitu pemikiran menjadi pasif dan tidak kritis. Jadi otak akan merembes peptide2 kasih, sayang, berpeluk, cium dgn bukan muhrim dan ini menghujani sel2 badan kita walaupun dengan hanya menonton TV sahaja. Apabila semakin banyak peptide2 ini dirembeskan, lama kelamaan ruang penerima (receptor) pada sel-sel tidak cukup untuk menerima jumlah peptide yang sampai kepadanya, maka apabila sel-sel membahagi, sel-sel baru yang terbentuk akan mempunyai lebih banyak receptor untuk emosi/perasaan ini. Lebih banyak ruang penerima bermakna jumlah peptide2 juga perlu bertambah.



Peptide yang diterima oleh sel-sel ini bukan sahaja sebagai penyampai maklumat akan tetapi ianya juga digunakan sebagai makanan kepada sel-sel. Untuk memberi keseimbangan pada sel2 baru yang terbentuk dengan ruang penerima (receptor site) yang lebih banyak ini (homeostasis balance) sel2 baru ini perlu peptide2 emosi cinta tadi dalam jumlah yang sama. Bila tiba masa dimana sel-sel ini memerlukan peptide2 atau makanan ia tadi, sel2 secara kolektifnya akan "berbisik" sesama mereka, "mana habuan aku hari ini", maka terdetiklah difikiran akan kisah2 percintaan, berkasih-kasihan dan sebagainya yang mana akan merembes peptide2 tadi dan sampai kepada sel-sel tersebut. Konsep ini samalah juga dengan sel2 perut yang menghantar isyarat keotak bila kita lapar, sebab itu kita berkata "perut aku lapar la" dan "bukan otak aku laparla" cuma bezanya sel perut mahukan habuan dari luar, dan sel-sel yang mahukan habuan peptide2 percintaan itu tadi boleh mendapatkannya samada daripada khayalan di fikiran apatah lagi dengan perbuatan manusia itu sendiri dengan keluar pergi ber"dating".

Semua kimia2 emosi yg dirembeskan kedalam saluran darah akan pergi keseluruh sel2 didalam badan dan sel2 kita ini lama kelamaan akan ketagih akan emosi2 tersebut. Jadi jika emosi percintaan yg tidak berlandaskan Islam tadi sudah bertahun2 menghujani sel2 badan kita maka sel2 kita akan sentiasa menantikannya. Sel2 kita akan menghantar signal melalui sistem saraf meminta peptide tadi, disebabkan signal tadi akan terbitlah fikiran di minda kita. Sebab itu mereka yg suka menonton cerita2 cinta ini sentiasa berkhayal tentang percintaan, kerana melayan ketagihan sel2 kita terhadap emosi cinta tersebut. Dengan hanya memikirkannya sahaja ingatan2 terhadap percintaan itu tadi maka otak kita akan kembali merembeskan peptide2 tersebut, ini kerana otak tidak tahu samada apa yg kita fikirkan itu sesuatu yg nyata atau tidak, otak akan mematuhi arahan dari pada fikiran kita. Buktinya, bagaimana lelaki boleh "keras" anggota kelaminnya hanya dengan membayangkan sahaja difikiran?

Ini lama kelamaaan menjadi satu proses berulang2 "loop" kitaran fikiran dan emosi, emosi dan fikiran dan jika kita tidak menghentikannya lama kelamaan ianya akan bermula dari sel2 kita sendiri yg "meminta" dadahnya dalam jangkamasa tertentu. Kita boleh klasifikasikan ini sebagai bisikan syaitan yg sentiasa mengingatkan kita peristiwa lepas yg mengecewakan ataupun kejadian2 lepas yg nikmat lebih2 lagi sesuatu yg terlarang seperti contoh diatas apabila diambil dari sudut berkasih sayang dan bercinta tanpa ikatan yg sah. Pada pendapat saya syaitan hanya perlu melakukan sekali sahaja bisikan tersebut dan kemudiannya secara automatik menjadi "loop" yg berulang2 didalam pemikiran kita. Aksi2 kita juga akan mengikut isi hati kita yg sebenarnya dari jeritan sel2 diri kita sendiri.

Apa yg saya bincangkan diatas adalah kimia emosi nikmat untuk kasih, sayang, peluk dan cium, bagaimana dgn emosi nikmat menonton filem2 lucah? Sebab itu Nabi berpesan jangan hampiri zina, ini termasuklah menonton filem2 lucah yg mana lama kelamaan sel2 badan kita memerlukan jumlah kimia yg lebih lagi untuk rasa "puas". Lama kelamaan akan jadi seperti penagih dadah yg akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang bg membeli dadah, kaki porno juga lama kelamaan akan menuju kearah melakukannya sendiri kerana menonton sahaja sudah tidak cukup untuk memuaskan nafsu badan mereka (ketagihan sel2 mereka sendiri). Jadi bagaimana kita mahukan generasi yg berakhlak jika kesedaran terhadap bahayanya bahan2 lucah ini tidak dipandang serius?

Bagaimana pula dgn ketagihan untuk emosi kecewa dan penyesalan atas apa yg telah terjadi?, sekali kita memikirkannya sahaja (bisikan syaitan) sudah cukup untuk memulakan kitaran fikiran - emosi, rasa atau perasaan dan sebaliknya secara automatik, sebab itu sesetengah manusia amat payah melupakan kejadian lepas terutamanya yg memberi kesan emosi yg mendalam contohnya penyesalan. Jika loop ini tidak dihentikan maka ianya akan kekal kecuali jika kita sendiri berkuasa mengubah cara kita berfikir mengenainya.

Jadi sebelum anda membuat sesuatu pilihan atau keputusan ataupun timbulnya fikiran2 tertentu diminda anda, selidik sedalamnya adakah anda membuat pilihan yg tepat atau sekadar melayan ketagihan sel2 badan anda terhadap emosi2 tertentu? Ini yg dikatakan berfikir ikut akal dan bukan ikut rasa. Ikut akal akan merujuk, menganalisa semua kebarangkalian dan kemungkinan kesan terhadap diri sendiri mahupun terhadap orang lain (frontal lobe berfungsi). Didalam hidup yg mana hormon adrenalin dan cortisol (kedua2nya hormon stress), amatlah mustahil untuk otak (frontal lobe) untuk membuat keputusan yg tepat, maka keputusan mengikut rasa atau memori (otak belakang/ reflek/primitif) akan lebih menjadi keutamaan, atau boleh kita anggap kita ber"tuan"kan "rasa". Ini juga boleh di anggap minda separuh sedar yang secara automatiknya membuat pilihan bagi pihak kita jika kita terlalu terlena atau leka dgn tarikan/stimuli luaran contohnya ketika bernafsu ataupun marah. Contohnya sebab itu lelaki sanggup menipu untuk berpoligami walaupun tidak mampu kerana memenuhi ketagihan badannya terhadap peptide nafsu cinta dan seks, begitu juga wanita yg berperang pada poligami kerana memenuhi ketagihan badannya untuk peptide takut dan cemburu dan tidak boleh melihat kesan poligami pada masyarakat jika dilakukan dgn mengikut sunnah2 Nabi.

Jadi bagaimana kita boleh menghentikan kitaran fikiran - emosi - fikiran ini? Caranya adalah dgn melatih diri kita untuk menjadi "master" atau "tuan" kepada fikiran kita sendiri, latihan untuk mengawal fikiran ini sudah ada didalam kehidupan seorang muslim, mungkin kerana ramai yg tidak sedar mengapa kita harus berbuat demikian maka ianya tidak dilakukan dgn serius. Apakah latihan tersebut? Jawapannya fokus atau khusyuk didalam solat. Jika anda boleh kawal fikiran anda untuk menumpukan perhatian terhadap bacaan, maknanya dan juga pergerakan, bukankah mudah untuk anda mengawal fikiran anda untuk memikirkan apa yg anda inginkan dan bukan sebaliknya. Jika kita sentiasa sedar apa yg melayang fikiran, kita akan menjadi tuan kepada badan atau jasad kita ini yg mana ianya terdiri dari lebih 50 trillion sel2. Jika tidak kita akan menjadi hamba kepada sel2 kita yg sentiasa ketagih kimia2 emosi tertentu, jika emosi atau rasa yg baik, Alhamdulillah, jika emosi yg negatif? Manusia itu sendiri akan membuat hidupnya merana malah makin hari semakin rosak.


Jika anda fokus dan faham pada bacaan2 didalam solat yg penuh dgn puji2an kepada Allah dan juga doa memohon keredhaanNya, sel2 anda juga akan sentiasa dhujani dgn emosi dan perasaan sayangkan Allah. Sebab itu juga seorang muslim harus sembahyang lima kali sehari, memberi makan kepada sel2 badan dgn peptide2 emosi yg baik. Contohnya jika anda sentiasa ingat "Ihdinassirotolmustakim" iaitu "Tunjukkanlah kami kejalan yang lurus", apabila sel2 anda membahagi, ia akan punyai banyak "receptor" untuk perasaan tersebut jadi bila tiba masa dimana minda sedar anda terlalu sibuk dgn gangguan luar ataupun ketika anda stress atau marah yg mana frontal lobe hilang keupayaannya, maka sel2 anda yg akan "menjerit" kepada anda "ambillah jalan yang lurus", ini yang dikatakan sembahyang mencegah dari kemungkaran.

Rata2 umat islam hilang fokus atau khusyuk ketika solat kerana minda kita melayang memikirkan hal2 dunia, jadi kimia emosi untuk mendapatkan "jalan yang lurus" tidak diterima oleh sel2 kita. jadi sebab itulah walaupun sentiasa solat tetapi masih melakukan kemungkaran kerana sel2 kita tidak dilatih untuk membantu kita ketika kita tidak berupaya untuk membuat pilihan yang sebaik2nya. Sel2 kita umpama anak2 yg harus dididik dgn nilai2 (peptide2 emosi) yg mulia agar ia menjadi pembantu atau penyelamat kepada kita disaat2 kita memerlukannya.

Untuk mengubah sel2 kita ini kita harus ubah atau menghentikan "program" yang membuatkan kita merembes kimia2 tertentu ini, contohnya dgn tidak lagi menonton TV cerita sampah, melayari laman2 web "sampah", membaca majalah2 atau buku2 "sampah", mendengar musik yg mengkhayalkan dan apa sahaja yg boleh membuatkan kimia2 emosi yg negatif itu dirembeskan oleh otak dan memberi "makan" sel2 kita. Begitu juga dgn pemikiran kita terhadap sesuatu kejadian itu, tidak Allah jadikan sesuatu kejadian itu tiada baik dan buruknya, cuma kita sahaja yg meletakkan label dan memfokus kepada keburukan tersebut. Apabila terdetik sahaja fikiran yg buruk maka peptide keburukan akan menyusul dan ini akan menghujani sel2 kita. Perlu diingatkan bahawa peptide yg negatif ini juga racun kepada sel2, sebab itu mereka yg mendapat kanser atau pun sakit jantung rata2nya bersangkut paut dgn stress dan emosi yg negatif.

Diri yg sentiasa mengingati Allah bukan sahaja melatih jaringan2 neuron di otak agar lebih mantap untuk mengingati Allah selalu malah memberi "makanan kerohanian" kepada sel2 badan kita. Sembahyang lima waktu yg dilakukan dgn ikhlas dan khusyuk/fokus itu adalah benteng pertahanan manusia yg paling utama kearah hidup yg lebih bermakna, semoga kita bersama2 mendapat kebaikan dan sentiasa diberkati Allah, amin.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 8 April 2009

Otak Mana Yang Anda Mahu?

Melentur buluh biar dari rebungnya, jika kesedaran boleh dimula kan dari kecil lagi mengenai bahaya bahan2 seperti alkohol, dadah, nikotin dan sebagai nya, Insyaallah ianya boleh menjadi pendinding buat mereka apabila meningkat remaja dan menjadi dewasa nanti. Saya berjaya mendapatkan poster gambar imbasan otak ini dan saya tampal didinding untuk tatapan anak2 saya.
Poster ini mengandungi imbasan pada otak menggunakan SPECT (Single Photon Emission Computed Tomography). Imbasan otak begini di lakukan dgn menyuntik kedalam aliran darah bahan radioaktif yg lemah dan kemudiannnya bahagian kepala dimasukkan kedalam alat pengimbas SPECT. Bahagian otak yang mempunyai aliran darah akan kelihatan didalam imbasan tersebut, bahagian yg "kosong" pula bukan bermakna isi otak tiada tetapi tiada darah pergi kearah itu, apa yang dinamakan kawasan yang mempunyai "low brain activity".

Semua bahan beracun yg manusia ambil untuk memberi kelegaan, kesegaran ataupun kegembiraan ini sebenarnya melemahkan malah membunuh sel2 otak dan mengurangkan kapasiti otak untuk berfungsi dgn sepenuhnya. Apa yg menakutkan adalah kesemua bahan2 beracun ini merosakkan frontal lobe yang mana ia adalah bahagian otak yg membezakan anata manusia dan haiwan. Jadi tidak hairanlah jika meraka yg mabuk selalunya menjurus ke sifat2 yg begitu.

Lebih memeranjatkan lagi rokok yang mana sebelum ini kita hanya tahu yg ianya merosak kan paru2 (dari nikotin), sebenarnya memberi kesan yang lebih buruk dari itu. Bahagian otak terutamanya frontal lobe juga menjadi lemah atau rosak disebabkan oleh nikotin itu tadi. Gambar ini adalah imbasan otak individu yg merokok 3 kotak rokok sehari. Jadi jika anda seorang ayah atau pepimpin, adakah anda pasti keputusan2 yg anda buat adalah yg terbaik jika anda merokok atau lebih "hebat" lagi jika mengambil dadah atau arak?

Islam mengharamkan semua bahan yang merosakkan badan, tubuh badan kita adalah amanah Allah kepada kita jadi kita harus menjaganya baik dari segi fizikal mahupun rohani. Badan manusia mempunyai banyak dadah2 semulajadi yg dirembeskan oleh otak ketika kita mempunyai perasaan2 positif tertentu. Antaranya adalah endorphine (endogenous morphine) atau enkephelin dan juga dopamine. Masaalahnya manusia dizaman ini di pukau oleh teknik2 pengiklanan yang mana produk2 materialistik meningkatkan taraf hidup dan membuat kita lebih gembira, baik dari makanan dan minuman seperti kopi dan arak hinggalah kepada kebendaan, dari handphone hinggalah ke kereta dan rumah. Ini menyebabkan kita lebih fokus kepada apa yg kita tidak punyai/miliki. Bila fokus pada apa yg kita tidak miliki maka kita akan selalu berada dgn emosi yang negatif dan keupayaan otak untuk selalu merembes dadah2 semulajadi ini makin hari makin terhapus. Jadi manusia beralih kepada dadah luaran untuk mendapatkan kelegaan dan kegembiraan.

Kegembiraan dari dalaman, dari sifat bersyukur kepada Allah dan hati yang ikhlas menjalani kehidupan. Bersolatlah dgn ikhlas dan khusyuk, ini membaiki frontal lobe yg membuat kita boleh menjalani hidup ini dgn membuat keputusan2 yg lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia secara amnya.

Untuk mengetahui dgn lebih lanjut kesan pelbagai "sampah2" ini, anda boleh melawat web Dr Amen disini.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 9 Mac 2009

Mengapa Bila Marah, Duduk?

Nabi berpesan supaya duduk apabila kemarahan melanda,apakah hikmah disebalik pesanan tersebut? Bagaimana "duduk" tersebut boleh memberi manafaat untuk kepada manusia?

Ketika marah, fisiology manusia melalui apa yg dipanggil "Hipothalamus Putiatary Adrenal Axis" (HPA) akan merembes hormon2 tertentu untuk menyediakan badan manusia tersebut menghadapi kemungkinan yg melanda. HPA sebelum itu mendapat signal dari bahagian otak yg dipanggil Amygdala, yang juga mendapat maklumat dari bahagian otak yg lain yg mentafsir persekitaran. Amygdala ini terkenal untuk fungsi "fight or flight" "lawan atau lari" manusia. Amygdala mendapat signal dari bahagian otak yg lain, yg menterjemahkan situasi luar melalui apa yg dikesan oleh deria2 terutama mata dan telinga samada ianya mengancam manusia atau tidak, masaalahnya kepercayaan diri kita sendiri yg metafsirkan apa yg
 dilihat atau dengar. Contohnya jika kita percaya Al Qaida memang betul2 wujud, kita akan sentiasa didlm ketakutan, jika kita tahu dari sumber2 lain yg Al Qaida dicipta oleh barat untuk meneruskan agenda mereka menguasai ekonomi dunia, kita tidak akan takut malah akan berani bangun menentang kemungkaran ini. 

Kesan paling utama dari hormon2 yg dirembeskan oleh HPA tersebut adalah darah ke bahagian depan otak (frontal lobe) akan dikurangkan, lebih darah akan mengalir ke otak belakang untuk tindakan reflek yg lebih pantas. Darah juga akan pergi ke otot2 yg besar iaitu kaki dan tangan. Begitu juga dgn jantung yang akan mengepam darah dgn lebih kuat lagi disebabkan hormon tadi. Ini salah satu fungsi badan ciptaan Allah untuk memudahkan manusia menyelamatkan diri ketika kecemasan, bila anda nampak atau terdengar harimau mengaum ketika didlm hutan anda akan serta merta lari tanpa berfikir, satu lagi contoh adalah bila anda memandu dan tiba2 ada budak melintas jalan, tanpa sedar tangan anda akan menggenggam stering dgn lebih kuat dan kaki anda serta merta menekan brek. 

Semua fungsi ciptaan Allah didlm badan manusia ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan juga hamba2Nya yg lain. Masaalah sekarang manusia semakin hari semakin tertekan dgn suasana dunia dan menyebabkan hormon stress sentiasa mengalir didlm badan tetapi belum sampai ketakat membawa marah secara terang-terangan (belum mencapai takat didih). Akan tetapi bila ada sahaja sedikit "cucukan" dari luar, manusia tersebut akan serta merta menonjolkan sifat2 marah tersebut walaupun punca yg amat sedikit, lihat berapa ramai yg mati hanya kerana salah faham dijln raya. 

Apabila darah lebih byk mengalir ke otot belakang, adakah tindakan yg diambil untuk menangani marah itu dari otak yg berfikir? Tindakan dari otak reflek tidak mengambil kira logik, kesan2 kepada diri sendiri dan juga pada manusia yg lain. Semua perkiraan/pertimbangan untuk menyelesaikan masaalah yg menyebabkan marah tadi secara bijak tidak diambilkira jadi adakah tindakan yg diambil itu tindakan yg betul? Sudah semestinya tidak, sebab itu byk tindakan melulu yg diambil ketika marah ini selalunya akan disesali dikemudian hari.

Tindakan yg diambil berdasarkan dari otak belakang ini pula selalunya dari memori simpanan pemerhatian yg lepas2, baik dari pemerhatian semasa kecil mengikut tindakan ayah dan ibu ataupun dari pemerhatian2 melalui TV & juga filem. Jika hari2 melihat Kasim selamat mencucuk mata, hari2 melihat hero hindustan mengamuk tumbuk penjahat sampai pecah dinding, jika hari2 melihat Tom & Jerry berpukul2an sesama sendiri, itu yg akan diambil oleh manusia untuk tindakan reflek tersebut. Terfikirkah anda mengapa budak2 dizaman sekarang ini kecik2 lagi sudah menjadi kaki pukul? Mengapa hairan bila anak2 mulut celupar bila kita sendiri yang menggalakkannya belajar dari Sinchan?

Apabila kita duduk, darah yg tadinya mengalir ke kaki akan berkurangan kerana otot kaki sudah relaks, tetapi jantung tetap mengepam kencang darah kesemua badan, ini membuat darah akan seolah2 dipaksa kembali keotak depan (frontal cortex), jadi apabila otak depan kembali "bernafas" bukankah ianya akan digunakan untuk membuat keputusan dgn mengambil kira semua kebarangkalian kemungkinan dan kesan terhadap tindakan yang akan diambil?

Bila kita menghadapi sesuatu yg menyebabkan kita marah ataupun ditimpa musibah, Nabi menyuruh kita bersabar. Apabila kita bersabar, berhenti seketika dan bertenang, ini membolehkan signal dari Amygdala tadi pergi kefrontal lobe. Signal ke frontal lobe ini lambat berbanding dgn signal ke otak belakang jadi dgn bersabar, ini memberi peluang frontal lobe untuk menerima isyarat tersebut dan berfungsi sebelum bertindak.

Jadi mulai sekarang ini, jika anda marah duduk, jika anda sedang duduk, bawak bersabar, beri peluang otak berfikir (frontal lobe) anda buat keputusan dan bukan otak primitif/haiwan. Semua arahan dan peraturan yg tertulis didlm Al Quran dan nasihat2 Nabi adalah untuk kebaikan manusia bukan setakat untuk individu malah untuk kesan kepada semua umat manusia. Kita semua berkait dibawah satu lapangan/jaringan tenaga yg kita tidak nampak atau sedari. Insyaallah saya akan kupas sedikit demi sedikit rahsia kehidupan ini agar kita semua menjadi umat yg lebih cemerlang.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 23 September 2008

Menangani Marah

Orang pemarah kurang cerdik sebenarnya, fisiology manusia didlm keadaan marah, darah tidak pergi ke bahagian depan otak, (prefrontal cortex PFC) yg merupakan the thinking brain, sebab itu selalunya org yg marah membuat tindakan2 yg bodoh.

Sebab itu Nabi berpesan, jika marah, duduk.. kerana apa? kerana semasa marah, darah byk pergi ke otot2 yg besar untuk "fight or flight" situasi sama seperti pemikiran reflect haiwan, jadi manusia yg selalu didlm keadaan marah lama kelamaan PFC nya akan lemah kerana selalu kekurangan darah dan kesan jangka panjang akan membuat dirinya hilang kredibiliti sebagai manusia.. Stress juga adalah penyebab utama lemahnya PFC, manusia yg selalu stress juga lama kelamaan lebih cenderung bertindak tanpa berfikir yg membawa penyesalan di kemudian hari.

Segala yg hebat tentang manusia adalah PFCnya, kerana tanpa PFC, kita umpama haiwan yg samada tiada PFC ataupun kecil PFCnya..

Untuk menangani marah, anggaplah musibah/situasi yg datang adalah dr kesan dr tindak tanduk, tingkah laku dan pemikiran kita di masa2 lepas, mungkin kita pernah membuat org marah jadi sebelum kita menerima balasan di akhirat, kita sudah terima hukumannya didunia, mana yg lebih baik, balasan didunia atau di akhirat? Jika kita lawan marah dgn marah, ia akan menjadi proses yg berulang2, Api tidak boelh dilawan dgn api, api harus dilawan dgn air, war cannot be fight with war, war have to be fight with peace.

Mungkin ada yg berkata, itu mustahil, mana pernah aku buat org macam ni, tanya balik diri sendiri, dr mula kita akil baligh dosa tanggung sendiri adakah kita catit apa salah silap kita dgn org lain? Kita tidak tetapi malaikat mencatit... so for every action there is equal and in opposite reaction.. so sebelum menuding jari kearah org lain, periksa diri sendiri dulu.

Agung dan hebatnya Allah membuat manusia menuding jari telunjuk dan jari ibu kearah orang lain, dua jari, sedar atau tidak 3 jari masih mengarah kepada diri kita sendiri... so 2 salah org, 3 salah kita, tetap kita yg bersalah...

Jika kita sedar akan keadaan ini, mulai dr saat ini kita akan lebih berhati2 dgn tingkah laku, sikap dan pemikiran kita sesama manusia di masa2 akan datang.. Hidup murahkanlah dgn senyuman dan rajin, ikhlas dan khusyuk lah didlm solat, solat itu mengaktifkan otak dan khusyuk itu membaiki PFC.. solat itu menandakan kita taat kepada Allah sebagai hambanya, tetapi sedarlah, tiada yg Allah jadikan tanpa sebab, solat itu menjaga minda agar kita lebih kekal sebagai manusia... bukan sebagai 'haiwan"...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 8 Ogos 2008

Lilin Atau Mentol...

Biarku menjadi lilin, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa.. satu mentaliti yang berabad-abad lamanya di pegang oleh masyarakat kita khususnya dan kebanyakan masyarakat lain amnya. Tetapi adakah itu satu mentaliti yang baik dan betul?

Menjadi lilin menerangi hidup orang lain akan membakar diri sendiri dan memusnahkan, Allah melarang kita membahayakan badan kita dengan bendasing seperti arak, dadah dan rokok contoh yang meracuni badan dan fikiran kita, jadi menjadi lilin memusnah kan diri itu tiada bezanya, prinsipnya tetap sama. Jadi apakah berkorban dengan memusnahkan diri itu betul?

Di zaman yang makin maju ini pemikiran lilin harus diganti dengan mentol atau lebih sesuai lagi lampu kalimantang... dapat menerangi hidup orang lain tanpa perlu membakar diri, terus menerangi hingga akhir hayat, bertahun-tahun lamanya dan tidak seperti lilin yang bertahan cuma beberapa jam sahaja.

Tetapi ada diantara kita yang bertanya, jika mahu menjadi mentol, kena la ada arus elektriknya, dari mana datangnya arus elektrik tersebut? Jawapannya datang dari diri kita sendiri. Bagaimana?

Ambil contoh insan yang berkorban memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana mendapat tentangan ibu bapa, kerana menghormati ibu bapa dia merelakan tetapi pada masa yang sama dirinya menderita kerana apa yang diingini tidak tercapai. Jadilah dia ibarat lilin, membakar diri untuk menggembirakan ibu bapa walaupun diri penuh duka. Jika diubah sedikit cara pemikiran, insan ini boleh menjadi mentol, bagaimana?

Mula2 harus beristigfar dan harus sedar yang semua kejadian adalah kehendak Allah, sentiasa berniat baik kepadaNya, percayalah yang Allah sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya.

Kita tidak tahu apa kesudahan kita jika kita teruskan niat kita seperti kes diatas jika insan tersebut bertegas untuk meneruskan hubungan dgn cara kahwin lari contohnya, banyak hubungan akan rosak di kedua2 belah keluarga.

Tetapi Allah maha mengetahui, bagi Allah semua kejadian itu sudah berlaku, tiada masa bagiNya,  jadi Allah mencorakkan dunia ini untuk memberi kita yg terbaik agar hubungan itu tidak diteruskan. 

Kita harus fokus kembali apa sebenarnya yg kita inginkan, pastinya kebahagiaan dan kegembiraan, tetapi adakah kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya boleh dikecapi dgn si A? Mungkin si B yang kita akan kenal selepas ini boleh memberi yang lebih baik. 

Jika kita boleh sedar dan menerima hakikat yang Allah itu maha pengasih dan sentiasa memberikan kita yang terbaik, kita tidak akan menganggap pengorbanan ibarat lilin membakar diri, tenaga yang terhasil dr sifat bersyukur dan keimanan kepadaNya pasti menyalakan mentol diri kita yang akan menerangi insan disekeliling tanpa perlu memusnahkan diri.

Apa yang perlu kita semat didalam hati adalah dunia ini penuh kegembiraan dan kebahagiaan, cuma kita sahaja yang menganggap ianya hanya boleh diperolehi dr insan lain, kita terlalu mengharapkan orang lain menggembirakan kita, memberi kebahagiaan kepada kita, kemudian kecewa dan marahkan insan tersebut jika dia gagal berbuat demikian. Kegembiraan dalaman sebenarnya yang wajib didahulukan, tingkatkan sehingga ia melimpah ruah dan secara langsung mengalirdan menyinari semua insan disekeliling kita, berkat dari keimanan dan ketakwaan kepadaNya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 26 Mei 2008

Menakutkan Diri Dengan Siksa Neraka.

Ulasan saya di forum cari.com

Agak hebat jugak perbincangan thread ni, alhamdulillah.

Kita seolah2 terpaksa menakut2kan diri kita dgn siksaan dineraka untuk membuat kita takut untuk berbuat mungkar, tetapi terfikirkah kita apa yg mendorong kita berbuat jahat? Selalunya orang akan menjawab.. bisikan syaitan.. tetapi jika diakhirat kelat kita ditanya mengapa kita berbuat jahat dan kemudian kita menjawab syaitan yang membisikkan padaku untuk membuatnya, kita seolah2 cuba menyalahkan pihak lain atas kepincangan kita.

Jika didunia ini jika kita mencuri dan ditangkap dan bila disoal di mahkamah mengapa awak mencuri, dgn memberi alasan member yang ajak, adakah kita akan terlepas dgn hukuman? Tidak.. menyalahkan pihak ketiga bukan jalan penyelesaian. Semua sebenarnya terletak pada diri kita sendiri, bagaimana kita mengawal fikiran dan emosi sebelum bertindak.

Kita yang sepatutnya boleh berfikir buruk dan baiknya sendiri, so untuk memastikan kita boleh berfikir dgn baik kita haruslah menjaga otak kita... famous quantum physican Dr John Hagelin telah membuat kajian mengenai otak dan membuat rumusan bahawa frontal brain (otak depan iaitu dibelakang dahi kita) sebenarnya CEO bagi diri kita, membuat perancangan samada yang baik atau buruk, otak depan yang kurang berfungsi (stress adalah penyebab utama) membuatkan kita tidak boleh berfikir dgn sempurna.

Beliau mencadangkan trancendental meditation iaitu duduk dgn tenang dan cuba mengosongkan fikiran dr memikirkan apa2 pun. Seakan2 menyeragam/men"synchronise"kan otak supaya boleh berfungsi dgn optimum.

Cara meditasi ini jgn disalah anggap pulak menjurus ke arah agama lain kerana meditasi ini boleh dilakukan dimana2 sahaja dan tidak semestinya harus duduk bersila bertapa macam sami budha. memang tidak dinafikan asalnya meditasi ini dr India dipopularkan di barat oleh Maharishi Mahesh Yogi tetapi ia bukan lah menjurus kearah agama lain kerana tiada unsur pemujaan, cuma duduk tenang dan kosongkan fikiran.

Ianya seolah2 sebuah orkestra yang belum memulakan persembahan dimana semua ahli2 musik membuat hal masing2, ada yang mentunekan alatnya, membetulkan tempat duduk, membelek nota musik dan sebagainya, itu otak sebelum meditasi. Apa yang berlaku selepas meditasi ialah seperti selepas konduktor orkestra muncul dan menyeragamkan ahli musik supaya dapat secara harmoni memainkan musik yang indah.. Itu yang berlaku pada otak selepas meditasi, semua bahagian otak beerfungsi dgn seragamnya lantas membuat kan kita boleh berfikir dgn lebih sempurna.

Otak yang berfungsi dgn baik akan membuat kita boleh berfikir dgn lebih baik dan dapat memikirkan mana baik dan buruk, lebih mudah menyelesaikan masaalah, lebih kreatif, lebih bijak mengawal emosi dan sebagainya, semua sifat2 positif yang membolehkan hidup didunia ini lebih aman dan bahagia. Jika kita boleh berfikir dengan sempurna, hidup akan lebih sempurna dan tidak perlu memikirkan lagi seksa neraka kerana kita lebih yakin jalan kita kesyurga.

Jika semua manusia boleh berfikir/bersifat positif, bukankah dunia ini ibarat syurga? Fikir2kan lah..


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 15 Mei 2008

Isteriku Bercakaran Di Syurga

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much..

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... selamanya..


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas