Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 30 Mei 2009

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik Sahaja.

"Dirimu enggang dan aku hanyalah pipit, manakan boleh kita bersama"

Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dgn sifat dunia yg fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri. Yang menutup aurat pun seperti telanjang kerana siapa akan perasan pinggangku yg ramping dan dadaku yg montok jika aku memakai pakaian yg longgar, lelaki juga tidak ketinggalan tetapi dgn lebih kepada duit, pangkat dan harta.

Melalui tv dan filem manusia teruja dgn kecantikan fizikal, kebanyakan hero dan heroin semuanya hensem dan cantik2 belaka jadi disebabkan kesan hipnosis tv, manusia semakin lama semakin memandang kecantikan luaran. Budaya melayu sendiri menitik beratkan kecantikan fizikal pasangan, sebab itu pengantin dikatakan "bak pinang dibelah dua". Tetapi realitinya ada pasangan yg tidak sepadan rupa parasnya, adakah ukuran fizikal menjadi syarat untuk menjadi pasangan yg sesuai dan hidup bahagia? Walaupun mungkin ramai yg berkata "aku tidak memilih rupa dan harta", akan tetapi pada hakikatnya itu selalunya menjadi pilihan utama.


Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel2, sel2 ini pula terbina dari molekul2, jika dikecilkan lagi akan sampai ketahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Ya.. kita hanyalah tenaga yg dizahirkan. Ilusi "fizikal"nya kita ini hanyalah didunia yg sementara ini sahaja. Tenaga ini boleh dinamakan "roh" yg akan hilang apabila kita mati. Umpama jam yg berhenti berfungsi apabila kuasa bateri atau springnya hilang. Tenaga yg dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini. Kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita ini juga berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. Jadi didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya EEG (Electroencephalograph) yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah MEG (Magnetoencephalograph) yg mengukur gelombang magnetik yg terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dgn meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dgn kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Bagaimana kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.

Berdasarkan rajah diatas, katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.
Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?

Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal yg apabila kita sudah lali dgnnya maka ia tidaklah lagi sesuatu yg dapat dirasai lagi. Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yg biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yg dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yg sifat2 yg buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal2 perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yg penuh keegoaan yg mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yg asing lagi.

Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak2 yg akan menjadi mangsa. Anak2 yg membesar dgn keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yg hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yg akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak2 yg menjadi mangsa. Anak2 ini yg menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yg sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.

Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak sidia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.

Kita akan tertarik dgn insan yg mempunyai frekuensi gelombang yg sama dgn diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yg saya inginkan pasangan yg baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada didlm keadaan ter"pukau" (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata "aku tidak memilih rupa dan harta" akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh2 ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yg inginkan agama berbanding rupa dan harta? Ada pasangan artis yg terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua2 mereka tidak berada didlm frekuensi gelombang yg sama, mereka tidak akan bersama. Yg sedihnya pasangan yg menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yg tidah baik untuk peminat2 semua.

Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?

Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yg baik sahaja yg akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yg tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yg dimiliki itu tidak boleh ditutupi dgn kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yg baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yg beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yg solat lima kali sehari tetapi aku tidak.

14 Komen:

PakSu Lamp berkata...

sya copy dan paste kan article ini di FB saya...
harap awak tak kisah...

blog awak sgt bgus..dan mudahan trus kekal..
sbb b4 this byk blog2 yg bgus dah didelete akaunya..tak tahu la knapa...

TJ berkata...

Good article, nicely elaborated on main points, subpoints and also has a nice touch on continuum of causality.

Anyway, I do need to ask. Can you cite the source in which the wave energy interaction between humans is stated? If that's a valid research then it would be very helpful.

Thank you.

Helmis berkata...

Segala puji itu untuk Allah.

Artikel saya ini diinspirasikan dari buku The Biology of Beleif by Dr Bruce Lipton, rujuk chapter 4 bertajuk The New Physic, terdapat beberapa rujukan disitu. Namun apa yg saya coretkan adalah dari pembacaan pelbagai sumber terutama berkaitan QF yang mana saya gabung dan permudahkan untuk pemahaman.

TJ berkata...

So, am I to understand that you are trying to explain the physics of infatuation?

I believe that we see what we see, and we like what we like. It's all up here in the brain. Men and women are even programmed differently, how men see and process an image of a woman is different than women and vice versa.

However, by saying that seeing someone from different gender can make us sense, either consciously or subconsciously, our compatibility with the other person, then it must be something that can be quantified, therefore can be tested.

This understanding will raise new questions about the concept of match and divorce in Islam. We would then choose our spouses based on our 'frequencies', no longer the four criteria mentioned by our Prophet (PBUH).

That would certainly change things.

Helmis berkata...

Study of physics itself is a study about life and physicist use it to understand life better, i'm just trying to share and relay it to everyone in a simple explanation they can grasp.

If people only can believe with what their eye can see then it's hard to find Allah, maybe that's why kafirun make gods with their own hand and placed it in their temple or churches. They only pray there and can forget about god once they out from worship place. But not for Allah as He cannot be seen, detected,calculated or even tested yet He is closer to us than our own jugular vein. We can feel Him with our heart but only when it filled with iman and later will be quantified by the weight of book of deeds, not in this world but later in the judgement day.

Probably you misunderstood my article, the frequency that human body will vibrate is based upon the four criteria that will matched with others who posses the same frequency. Like strings of guitars, even though they are not in a same diameter but once tune to certain tune for example Em, then whenever we strum it, the sound will be sound of harmony and will be lovely to the ears.

If people choose to "tune" themself to iman, then only other string that have same iman tune will be in harmony with them, same goes with wealth, status or physical attraction "tune".

aisyah berkata...

sangat bagus blog anda.. saya minta izin share ilmu2 ini kedalam facebook saya ea..

Fizah Ibrahim berkata...

saya mohon untuk copy article ini ye =) terima kasih atas maklumat perkongsian yang amat berguna ini

Muhammad Hilmi berkata...

mohon share artikel ini tuan :)..terima kasih juga atas perkongsian

Tanpa Nama berkata...

mohon share saudara helmis..

Tanpa Nama berkata...

salam...stelah trbace beberape entry saudara saye trtarik dgn pnjelasan y saudara berikan..trime kasih atas ilmu y dkongsikn ini...saya ingin brtanye 1 soalan..diharap saudara dpt mmberikn pndapat y mgkin dpt mnjawab persoalan saye...bagaimanakh y dikatakan mencintai & mengasihi seseorang kerane Allah dlm konteks prhubungn antara lelaki & wanita?...

oshinz berkata...

saya copy beberapa bahagian untuk diletak di blog. blog encik sangat menarik dibaca. thanks for sharing this ya.

Tanpa Nama berkata...

saya mau copy ye....trima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

masih tidak menjelaskan keadaan 3 individu

1. Isteri Nabi Lut
2. Isteri Nabi Nuh
3. Isteri Firaun

yang ke-3 mungkin boleh difikirkan bahawa dia dipaksa, bagaimana pula keadaan isteri nabi Lut dan Nuh (PBUT)?

dan manusia berubah-ubah, bagaimana pula konsistensi perkara ini? adakah gelombang mereka berubah juga? adakah talak jawapan bagi mereka yang sudah tidak sama frekuensi?

idea sinkronisasi tenaga\gelombang memang menarik, namun kelihatan ada lubang persoalan yang masih tidak terjawap

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

"Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini."

Ayat diatas adalah petikan dari artikel saya diatas, mungkin saudara tak perasan. Adakah pemikiran dan emosi manusia itu tetap kekal dari lahir sampai ke liang lahad? Sudah tentu tidak. Jadi apabila ianya berubah, gelombang frekuensi juga berubah.

Begitu juga dengan isteri-isteri para Nabi, mungkin atas godaan dan hasutan syaitan fikiran mereka berubah untuk kekal bersama umat yang mungkar jadi perpisahan adalah penyudahnya.

Dalam dunia akhir zaman ini yang mana agama bukan lagi asas didalam kehidupan (hanya untuk akad kahwin cerai atau kematian), maka frekuensi dominan berbeza-beza, yang isteri pilih harta dan yang suami pilih rupa jadi apabila suami jatuh miskin atau isteri dah kedut maka frekuensi masing-masing menidak antara satu sama lain maka hambarlah hubungan dan apabila sudah hilang kesabaran maka talak lah jawapannya.

Akan tetapi bagi suami isteri yang memilih pasangan kerana agama, berkahwin kerana Allah SW, maka frekuensi tersebut yang menjadi paling dominan dan ianya menguatkan antara satu sama lain. Yang buruk boleh dilapik dengan kesabaran dan tolak ansur maka kekallah rumahtangga tersebut hingga ke akhir hayat.

Harap ini dapat menjawab "lubang persoalan" saudara itu, wallahualam.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas