Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 16 Mac 2009

Pedulikan Syaitan.

Anda diajak oleh seorang rakan untuk mencuri, malangnya anda kemudian ditangkap dan dibicarakan, didepan tuan hakim anda merayu, "Tuan, minta diringankan hukuman kepada saya kerana saya diajak oleh rakan untuk mencuri, bukan saya yang mulakan". Agaknya akan dilayan ke rayuan anda tersebut? Anda akan terima hukuman yg sama dgn rakan anda yg mengajak tersebut, jadi alasan anda dipengaruhi rakan tidak boleh dipakai sama sekali. Jadi jika kita kaitkan dgn kehidupan kita yg selalu di hasut oleh syaitan untuk melakukan kemungkaran, bolehkah kita meminta Allah diringankan hukuman dengan menggunakan alasan yang sama?

Manusia adalah sehebat2 makhluk ciptaan Allah hinggakan para malaikat termasuklah syaitan diperintahkan agar tunduk dan sujud kepada manusia (Nabi Adam AS), adanya akal kurniaan Allah kepada manusia itu yg membezakan antara yang lain. Tetapi akal ini hanya dipakai jika frontal lobe manusia itu kuat.


Kita telah lama diasuh yang kita lemah dan perlu berhati2 terhadap hasutan syaitan, "We are what we think about", jika kita anggap diri kita lemah, dari minda akan turun ke jasad, kita kan tetap membuat kemungkaran atas alasan lemah dengan godaan syaitan. Jika kita boleh mengubah cara kita berfikir dan mengishtiharkan yg kita lebih hebat dari syaitan, kita akan lebih gunakan akal daripada nafsu dan rasa.

Pedulikan syaitan, padamkan dari fikiran anda yg dia boleh mempengaruhi diri kita, benar syaitan itu wujud tetapi kita lebih hebat darinya. Jika kita menganggap kita lemah, jasad kita akan mengikut apa yg kita fikirkan. Umpama didlm satu pertandingan sukan, jika sebelum bertanding lagi sudah menganggap diri lemah dari pasukan lawan, peluang untuk menang amatlah tipis sekali. Apa bezanya "perhitungan" kita dgn syaitan?

Jika dikaji betul2, saya berani membuat jaminan bahawa 99% dari tindakan negatif yg kita lakukan adalah dari kelemahan diri kita sendiri yang tunduk kepada nafsu dan rasa. Jika benar kita dihasuti syaitan, mengapa ramai yg boros bila tiba ramadhan? Mengapa ada yg memaki hamun ketika berpuasa? Mengapa ada yg tidak berpuasa dan tanpa segan silu makan dikhalayak ramai sedangkan syaitan tiada dimasa itu?

Bagaimana untuk menguatkan diri dari tunduk kepada nafsu dan rasa? Frontal lobe jawapannya, frontal lobe yg hebat boleh berfikir menggunakan akal dan iman daripada mengikut nafsu dan rasa.

Frontal lobe yang kuat akan merujuk kepada iman dan membuat keputusan untuk tidak mengikut apa yg dipakai oleh artis2 dikaca TV kerana boleh kaitkan dgn apa yg dipelajari sebagai seorang muslim tentang menjaga aurat.



Frontal lobe yang kuat akan memikirkan bahaya merokok dan kesan kepada kesihatan terutamanya kepada otak dan boleh menahan ketagihan terhadap nikotin itu.

Solatlah dgn khusuk dan ikhlas, solat yg khusyuk merawat dan menguatkan frontal lobe lantas membolehkan kita lebih menggunakan akal dari menggunakan rasa. Kehidupan yang penuh dgn stress menyempitkan saluran darah ke frontal lobe lantas melemaskannya kerana kekurangan oksigen, sujud merawatnya. TV, filem dan video games yg mengkhayalkan menambah kebarangkalian untuk mendapat ADD (Attention deficit disorder), penyakit frontal lobe, khusuk dan fokus didalam solat merawatnya. Otak yg tidak belajar benda2 baru menyebabkan frontal lobe tidak digunakan lagi dan terlena, Iqra menyedarkannya (sebab itu Islam mementingkan ilmu, baca, Iqrabismirab... ayat pertama yg diturunkan).

4 Komen:

SEMURNI KASIHMU berkata...

Semua yang ditulis memang benar. Sebagai manusia bukannya mudah untuk kita gunakan "frontal lobe" agar keputusan yang dibuat menggunakan akal. Kekuatan jasmani juga perlu untuk menggunakannya disamping kekuatan rohani so everything must be done in the same time. Susah juga ya. Ada cadangan tak untuk saya menjadi lebih kuat daripada sekarang?

Helmis berkata...

Untuk frontal lobe yg lebih kuat, berusahalah untuk lebih khusyuk didlm solat, kurangkan atau berhenti nenonton tv terutama cerita "sampah", video games dan sebagainya. Bykkan membaca kerana frontol lobe sukakan ilmu2 yg baru, bukan ilmu artis mengandung atau artis berceraiberai.

Syukri Sapuan berkata...

salam.

saya amat tertarik dengan artikel ini. bolehkah saya meletakkannya di blog tazkirah kendalian saya iaitu di

http://muscom.iluvislam.com/


saya akan sertakan link.

terima kasih.

Helmis berkata...

silakan, saya dahulukan dgn ucapan terimakasih.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas