Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 21 November 2011

Mengapa Saya Berkongsi Ilmu?

Semasa saya masih kecil dahulu, mungkin semasa saya masih disekolah rendah, saya selalu berangan-angan dan membayangkan, pada satu hari nanti apabila saya menjadi dewasa, saya mahu menjadi seorang yang kaya raya dan dengan kekayaan saya itu saya akan membantu orang lain terutama golongan miskin. Apabila saya tamat belajar dan mula bekerja, saya cuba berusaha untuk menjadi kaya, untuk berniaga saya tidak mempunyai modal jadi saya mula berjinak-jinak dengan kegiatan seperti MLM, ajen unit amanah, pemasaran internet dan sebagainya akan tetapi semuanya itu tidak dapat saya lakukan dengan baik (akan saya jelaskan kemudian mengapa) dan tidak pun membuat saya menjadi kaya raya.

Semasa kecil dahulu juga saya amat berminat dengan kapal terbang. Kereta mainan yang Abah saya belikan habis saya "baraikan" dan melakukan ubahsuaian untuk menjadikan ianya seperti kapal terbang, contohnya saya akan keluarkan enjinnya dan saya pasangkan diatas bumbung kereta, kemudiannya saya ukir dari batang aiskrim untuk menjadikannya kipas pesawat (propeller) dan hasilnya kereta yang bergerak dengan tujahan angin dan bukannya dengan pusingan roda.


Apa pula kena mengena antara angan-angan mahu menjadi kaya dan aktiviti semasa kecil semasa kecil saya dengan tajuk artikel ini iaitu mengapa saya berkongsi ilmu?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya mula mengenali riba', memahami konsep riba' dari asalnya datang riba' itu sendiri kepada kesannya pada individu dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Didalam dunia perniagaan hari ini, mungkin tidak kesemuanya bagi perniagaan kecil-kecilan akan tetapi bagi perniagaan besar-besaran yang mana tuan punya perniagaan tersebut boleh menjadi kaya raya dengan keuntungan besar yang diperolehi, tidak ada perniagaan yang tidak melibatkan diri dengan riba'. Dari pinjaman untuk membesarkan perniagaan kepada kemudahan "overdraft", semua itu adalah riba', jadi mana mungkin kita boleh mengatakan sesuatu perniagaan itu halal secara keseluruhannya. Halal dari aktiviti perniagaan tersebut contohnya mereka yang membuka pasaraya besar, menjual barang-barang runcit dan sebagainya tetapi pada masa yang sama ber"perang" dengan Allah SW dengan menggunakan landasan riba'.

Kebanyakan manusia pada hari ini lebih melihat kepada sesuatu yang fizikal, suatu yang nyata untuk membuat penilaian akan tetapi tidak mahu melihat apa yang terselindung disebaliknya iaitu suatu yang halus, yang ghaib dan tidak kelihatan. Kerana apa? Kerana kita tidak pernah dilatih untuk berbuat sedemikian. Contohnya dari sekolah lagi kita dibasuh minda dengan teori evolusi bahawa manusia berasal dari monyet sedangkan teori evolusi itu sebenarnya adalah salah dan tidak boleh diterima akal. Tuhan iaitu suatu yang ghaib, yang tidak kelihatan tidak pernah diambil kira didalam pembinaan minda masyarakat jadi apabila generasi ini membesar meninggalkan sekolah dan bekerja, di"dodoi"kan pula dengan budaya hiburan, musik, sukan dan facebook, maka ilmu dan pendekatan terhadap Pencipta itu tidak lagi diambil kira. Ini apa yang dipanggil pemikiran sekular. Lihatlah masyarakat kita hari ini yang rata-ratanya adalah "part-time" Muslim, lebih menyedihkan lagi kerana golongan ini juga yang menjadi pemimpin.

Didalam artikel saya sebelum ini saya telah membicarakan perihal "getaran", contohnya didalam bab mencari pasangan, hanya mereka yang mempunyai getaran yang sama dengan kita sahaja yang akan menjadi serasi dan mampu menjadi pasangan kita yang baik (dan ini sudah tentu jugalah dengan keizinan Allah SW). Dari pemikiran saya, unsur-unsur getaran ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk menjelaskan konsep mencari pasangan, ianya boleh menjelaskan mengapa kita tidak mempunyai minat atau semangat untuk melakukan atau melibatkan diri dalam perkara-perkara lain. 

Sekarang ini saya sudahpun memahami akan mengapa saya tidak berjaya didalam usaha mencari kekayaan wang ringgit dengan perniagaan, MLM, unit amanah dan sebagainya, kerana apa? Kerana kesemuanya itu melibatkan riba' dari skala kecil hingga yang sebesar-besarnya. Dan riba' itu adalah satu penindasan dan ianya bercanggah dengan keinginan saya untuk membantu insan-insan lain. Getaran yang ada pada diri saya ini tidak serasi dengan dunia "orang kaya" yang mana pasti melibatkan diri dengan riba'. Cukuplah setakat "debu" riba' sahaja yang terkena pada saya iaitu melalui penggunaan wang kertas sehari-hari, tidak perlulah saya menambahkan riba' itu lagi dengan aktiviti-aktiviti untuk menjadi kaya-raya yang jika dilihat dengan "satu mata" amat menarik dan menggoda akan tetapi jika dilihat dengan "dua mata" ianya penuh dengan penindasan, penipuan, penganiayaan dan perhambaan. Akan tetapi jika saya tidak bergiat didalam aktiviti mencari kekayaan ini, mana mungkin saya boleh merealisasikan impian masa kecil saya untuk membantu manusia seramai mungkin terutama golongan miskin?

"Imaginasi lebih penting dari ilmu pengetahuan"
Albert Einstein
Saya amat percaya bahawa dengan keizinan Allah SW, kita mampu mencipta realiti hidup kita sendiri. Dari pemikiran ianya akan menjadi kenyataan. Apa yang saya imaginasikan semasa kecil dahulu menjadi kenyataan, dari bermain dengan kapalterbang, saya sekarang ini bekerja dengan kapalterbang. Dan alhamdulillah melalui kerjaya saya sekarang ini juga ianya memberi kesempatan kepada saya untuk menambahkan ilmu, merantau, berfikir dan melihat keadaan dunia yang sebenarnya.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Surah Al-Haj 22-46
Takdir Allah SW telah membuatkan saya berani merantau keluar dari tanah air dan mencari rezeki di luar negara 8 tahun yang lalu. Dan alhamdulillah saya dapat merasakan bahawa jika saya masih kekal ditanah air, pasti saya masih kekal sebagai seorang yang jahil, buta dan tidak dapat melihat kebesaran Allah SW melalui pembacaan ilmu-ilmu baru dan juga pengalaman merantau keseluruh dunia. Dan dari ilmu-ilmu yang saya dapati ini juga, saya berkongsi dengan rakan-rakan sekalian dengan harapan ianya mampu mengubah kehidupan seseorang itu kearah yang lebih baik, semakin hampir kepada Allah SW dan juga moga bersama dapat mengubah dunia agar ianya menjadi bertambah baik buat insan-insan lain juga.

Jika ditangan saya ada wang seringgit dan saya berikan ianya kepada insan lain, tiada lagi wang yang tinggal untuk diberikan kepada insan lain. Akan tetapi jika saya mempunyai ilmu dan ilmu itu saya berikan kepada insan lain, ilmu itu tetap berada pada diri saya dan saya masih boleh memberikan ianya kepada insan lain. Dan insan itu juga boleh menyampaikannya pula kepada insan yang lain. Inilah MLM yang diberkati Allah iaitu menerusi perkongsian ilmu. Dan inilah juga apa yang saya lihat sebagai realisasi kepada impian saya semasa kecil iaitu untuk membantu insan-insan lain bukan dengan wang ringgit akan tetapi melalui perkongsian ilmu. Umpama mengajar insan lain untuk memancing dan bukan terus memberikan kepadanya seekor ikan. Dengan ilmu tersebut seseorang itu perlu berusaha untuk mendapatkan sejoran pancing dan kemudiannya boleh mendapatkan ikan sebagai rezeki dan kemudiannya mampu mengubah keadaan hidupnya.

Jika saya renungkan kembali liku-liku kehidupan saya ini, semua yang berlaku baik kejadian baik ataupun yang buruk, ianya membawa saya kearah mencapai realisasi impian dan keinginan saya semasa kecil. Berminat dengan pesawat, saya bekerja dengan pesawat, ingin membantu manusia lain, saya berkongsi ilmu, akan tetapi dapat saya rasakan yang perjalanan saya ini masih jauh dalam usaha membantu umat manusia. Saya tidak tahu keadaan mendatang, akan tetapi ianya sudah pun saya imaginasikan dan insyaallah ianya akan tercapai. Dan jika tidak sekalipun saya tidak akan berduka cita kerana Allah SW itu tahu keikhlasan hati kita dan tidak sekali-kali membebankan dengan sesuatu yang diluar kemampuan. Moga artikel ini dapat memberi ketukan minda dan inspirasi kepada rakan-rakan yang lain agar turut serta menjadi seorang yang lebih memberi dan bukan hanya menerima, insyaallah.

10 Komen:

Hamba Hutang berkata...

Terima Kasih saudara kerana telah berusaha membuat artikel berkenaan dengan sistem kewangan masakini yang dipenuhi tipu muslihat dan riba. Juga saudara telah menterjemahkan beberapa video berkenaan sistem kewangan.Semoga dapat memberi kesedaran kepada umat Islam tentang amalan riba yg berleluasa pada zaman ini..

halim berkata...

Alhamdulillah, dapat lagi baca artikel En. Helmis. Point2 yang diberi dikaitkan dan disokong oleh hukum2 sains/ hukum2 alam memudahkan sesiapa sahaja menerima pendapat en.helmis.

Saya sependapat dengan en.helmis dalam banyak perkara. Bukan mudah untuk kita elak daripada riba' ni, melainkan dengan azam yang kuat dan kita mempunyai 'support system'. Saya masih lagi mencari 'support system' ini yang dapat menyokong setiap usaha saya untuk hindar daripada riba' ni. Moga2 orang2 yang berusaha macam kita ni berada di jalan yang diredhai Allah.

Tanpa Nama berkata...

AKU HENSEM

An investment in knowledge pay good dividend
Templeton

Tanpa Nama berkata...

Saudara helmi,
Terimakasih atas perkongsian ilmu ini.Pada pendapat saya dalam kita bekerja seharian pun sukar utk kita dapat yg kerja yg halal dan gaji pun halal.sebabnya kadang2 kita menggunakan tel pejabat utk tel anak2 dirumah dsb.
Saya berpendapat masalah sosial remaja masa kini juga berkait rapat dgn rezeki yg halal dan berkurangnya lelaki2 yg soleh yg dapat menjadi pemimpin keluarga.
Kita semua tahu tanggungjawab lelaki sebagai suami dan ayah adalah penting.mereka lah sepatutnya bertanggungjawab memimpin isteri dan anak2 supaya generasi2 yg bakal lahir adalah generasi yg soleh dan solehah.
Tetapi zaman ini terlalu ramai lelaki yg hanya membiarkan isteri yg menguruskan rumahtangga.
Lihatlah berapa ramai isteri yg terpaksa mengejutkan suami dari tidur utk solat subuh?
Bukankah itu sepatutnya dilakukan oleh sisuami?
kadang2 si isteri terpaksa mengingatkan suami tentang solat.
Pada pendapat saya salah satu punca gejala sosial sekarang adalah daripada lelaki yg gagal menjadi pemimpin keluarga.Wallahualam.
Mungkin saudara boleh kongsikan pendapat saudara juga sebagai seorang suami dan ayah.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

maaf mengganggu. saya ada pertanyaan berkaitan sistem kewangan yang saudara cuba sampaikan. saya kurang ilmu dalam hal hal begini tapi bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri.InsyaAllah.
Bukankah pada masa kini terdapat sistem kewangan/perbankan Islam? Adakah sistem begitu masih dicemari oleh riba'?

Mohon penjelasan saudara.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara/i 20 Disember,

Sila rujuk artikel saya "Patutlah Lelaki Menjadi Bodoh...", ya saya akui memang lelaki zaman ini sudah banyak lari dari fungsi sebenar mereka sebagai ketua dan pemimpin keluarga. Lelaki zaman ini sudah terlalu leka dengan dunia hingga lupakan akhirat, akan tetapi muncul pula persoalan, siapa yang membesarkan lelaki-lelaki zaman sekarang ini, ibu-ibu atau orang gaji? Mungkinkah itu juga sebab musababnya lelaki menjadi sebegini? Wallahualam.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama 26 Mac,

Maaf, saya tidak dapat menjawab soalan saudara yang terlalu am itu, jawapan untuk persoalan saudara ada trdapat didalam artikel-artikel saya sebelum ini, harap dapat luangkan masa untuk membacanya. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

salam tuan helmis.
menarik tentang idea2 dalam blog ini. kenapa tak update dah skrng? menunggu artikel seterusnya :)

Helmis berkata...

Assalamualaikum Asyraf,

Ribuan ampun dan maaf kerana lama tidak menulis artikel baru, sejak setahun kebelakangan ini saya terlalu sibuk membuat sarikata untuk video terutamanya ceramah Syeikh Imran Hosein, momentum saya lebih kepada terjemahan. Insyaallah saya cuba lapangkan masa untuk menulis artikel pula. Terimakasih kerana sudi membaca artikel-artikel saya sebelum ini. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saudaraku,semoga rahmat Allah yg memegang kunci segala gedung ilmu senantiasa berada dalam kehidupan saudara sekeluarga serta seluruh umat manusia yang inginkan kehidupan yang baik sebaik-baiknya tidak kira apa agama,warna kulit dan bangsa sekalipun.amin..dari penulisan saudara,kisah hidup saudara,amat sama seperti yang di alami oleh saya sendiri..sehingga satu tahap,saya tertanya-tanya apakah sebabnya saya menuntut dan mencari ilmu..adakah kerana karier?adakah mengikut-ikut orang lain?ingin mendapat penghormatan?hidup senang-lenang?sebab ibu bapa?..dan apakah pengukuran nilai dan tahap ilmu yg saya tuntut itu?adakah 10A spm?diploma?degree?master n etc..? dan sampai satu tahap,saya sedar..saya menuntut ilmu yang menjadi keperluan dan sangat2 perlu sebagai individu dan masyarakat dalam melawan arus dunia..tp,saya silap dalam memilih..saya memilih untuk menuntut ilmu yg hanya bermanfaat tp bukan satu keperluan yang sangat2 perlu..dan rasanya tidak akan terlambat dan tidak pernah terlambat untuk membuka peti ilmu keperluan sekali lagi..lihat lah masyarakat kita sekarang,lihat la pemimpin kita sekarang,paling jahanam sekali,lihatlah media yg merosakkan anak2 kita sekarang..saya berani declare bahawa saya tidak akan mengaku Perlembagaan Malaysia adalah sistem yang luhur.saya tidak akan mengaku undang2 Malaysia adalah berdaulat.kenapa?lihat lah masyarakat kita hasil dari undang2 dan perlembagaan yg dianggap luhur itu..anak2 muda di tangkap khalwat dan masih mampu tersenyum,anak memukul ibu,bunuh di mana-mana,judi di mana2,arak di mana-mana,harga barang keperluan harian meningkat saban tahun tp dalam media cetak dinyatakan ekonomi kukuh..apa ni semua?sekiranya saya x ambil tahu semua ini dan tidak melakukan sesuatu,saya umpama binatang2 ternak malah lebih teruk lagi..thanx untuk penulisan saudara,semoga perjuangan kita tidak akan sia2..amin..:)

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas