Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 7 Februari 2009

Mendapatkan Hanani - Guna Minda Memilih Jantina Anak

Seorang rakan di Riyadh memberitahu bahawa tidak akan tahu seorang lelaki itu akan perasaan sebenar menjadi seorang ayah sehinggalah dia mendapat anak perempuan. Setelah 4 anak lelaki, bukan sahaja isteri malah diri sendiri begitu ingin menimang seorang puteri. Telah mencuba beberapa petua dari tradisional hinggalah kaedah masa dan sebagainya untuk anak keempat tetapi tidak berjaya.

2 tahun lepas aku mula mengenali kesan kuasa minda, dari movie The Secret membuatkan fikiran terbuka betapa pemurahnya Allah itu hingga apa yg kita fikirkan menjadi kenyataan, dengan syarat kita selalu bersyukur dan yakin seyakinnya yang ianya akan menjadi kenyataan.

Bermula dari situ, imaginasi bermain2 dgn anak bermula difikiran, terbayang2 betapa manjanya siputeri memanggil ayah.. ayah.. Aku tetapkan didalam hati yg Allah akan mengurniakan aku seorang puteri, kutulis apa yg aku bersyukur terhadap kehidupan ini dan apa yg aku inginkan, termasuklah seorang puteri.

Kira-kira 9 bulan yg lepas berlaku konflik yg hebat antara kami berdua suami isteri, hampir seminggu kami hidup dalam suasana yg tegang dan penuh dengan tekanan, tetapi yg lucunya dalam masa penuh stress tu boleh "melekat" pulak baby baru. Tidak lama kemudian suasana pun beransur2 seperti biasa.

Bayangan anak perempuan kembali bermain difikiran dan aku yakin, insyaallah akan tertunai impian untuk menimang seorang puteri. Isteri mula melihat2 baju untuk baby baru, aku terus menyarankan beli semua baju warna untuk baby girl, tak perlu tgk baju baby boy. Aku yakin akan Allah akan memberikan baby girl jadi tidak perlu ragu dan risau baju mana nak dibeli.

Tiga bulan isteri mengandung, aku ada penerbangan ke Rabat, Morocco. Semasa menunggu bas crew untuk ke airport ternampak seorang artis tempatan membuat tulisan khat di lobby hotel, secara percuma sesiapa sahaja boleh memberikan nama dan akan dituliskannya didalam tulisan khat. Lantas nama baby baru pun sudah tersedia.


Bulan kelima pula rumah baru di Enstek, Nilai siap pengubahsuaian. Salah satu dari pada bilik aku arahkan kontraktor mengecatnya dengan warna pink. Bilik anak perempuan kataku kepadanya walaupun ketika itu belum diketahui anak yg kelima ini akan jantinanya.

Selepas raya haji yg lalu, kami kehospital untuk Idah memeriksa kandungan. Doktor bertanya mengapa kami tidak pernah bertanya akan jantina bayi. Dengan tersenyum aku berkata, "i know it is a girl, but since u brought it up, maybe you can confirm it now". Melalui ultrasound alhamdulilah benarlah apa yg dicita. "Congratulation, it's girl" kata doktor.

Hari ini 15 Feb, jam 10:20 pagi, di Al Noor Hospital, Airport Road, Abu Dhabi, tertunailah sudah hajat yg diingini, Hanani Helmi nama diberi. Alhamdulillah..


Allah maha pemurah, jika kita yakin, "feel" dan "act" seolah2 kita sudah mencapainya, insyallah akan tercapai. Allah akan mencorakkan dunia ini agar ianya menjadi kenyataan. Jika difikirkan kembali, konflik hebat yg terjadi antara kami mungkin mengubah hormon2 kami berdua untuk menhasilkan bayi perempuan. Tiada kejadiaan yg Allah jadikan itu tiada hikmahnya. Selalunya kita tidak nampak tetapi jika kita betul2 fikirkan semula, kita akan nampak hikmah sebenarnya.

Mungkin ada yg akan berkata mungkin kebetulan sahaja, kebetulan atau tidak hanya Allah yang tahu, yang utama kami telah mencuba. Ini bukan kali pertama aku menggunakan minda, dari mendapatkan tiket pulang ketika penerbangan penuh hinggalah kejawatan yg aku ingini, teknik yang sama iaitu dgn mengunakan imaginasi, selalu bersyukur, mempunyai perasaan dan bertindak seolah2 sudah mencapainya dan yang paling utama yakin sepenuhnya yg Allah akan menunaikannya.

Telah Allah janjikan akan menunaikan doa hambanya (Ghafir 40:60) jadi siapalah kita untuk tidak mempercayai akan firman Allah itu. Berdoa bukan setakat menadah tangan sesudah solat tetapi termasuk juga dgn pemikiran, perasaan seolah2 sudah tercapai dan perbuatan bersungguh2 mendapatkannya. Tetapi jika tidak tercapai juga apa yg diingini, maka Allah lebih mengetahui apa yg terbaik (Albaqarah 2:216), tidak perlu bersedih malah kita sepatutnya ternanti-nanti dgn gembira apakah sesuatu yg lebih baik lagi yg Allah ingin berikan.

6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...comelnya Hanani Liza...x sabar nk jumpe die..muke macam abang2 die gak, mcm aiman...hehehe...nnti emel kat nurul bnyk2 gmbr die...geram sbb kiut sngt...hehe...tahniah ye wat abg mi n k.idah...b'tmbah lagi la ahli famili kita ye..

Tanpa Nama berkata...

tahniah, comelnye Hanani. Gebu je nampak, mcm muka aiman sikit2 gak ada. Alhamdulillah, Allah akan beri apa yang kita mahu...Kak idah mesti seronok sangat dapat anak perempuan, selalunya anak perempuanlah jadi peneman ibu.

Tanpa Nama berkata...

tahniah atas kelahiran baby idaman. tahniah juga atas artikel yang cukup memberi peransang dan peringatan.. sesungguhnya Allah akan menambah nikmat sekiranya kita sentiasa bersyukur.. Allah akan tetap menunaikan hajat kita cuma mungkin lambat atau cepat.. atau mungkin tidak menunaikan hajat kita kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kita. TQVM

azhar berkata...

Alhamdulillah dapat anak, tak kira lelaki ke
perempuan. Cukup sempurna sifat-sifatnya.

Allah Maha Pengasih dan Pemurah. Dia boleh saja-
saja jer nak kasi anak lelaki ke perempuan untuk
hamba2Nya.

Masalahnya kita tak leh confirm jantina anak tu
adalah berkat dari doa kita. Mungkin Allah memang saja saja nak anugerahkan. Syukur.

Salah satu konsep dalam islam. Kalau kita berdoa
InsyaAllah akan dimakbulkan di dunia atau di akhirat (rasa lambat ler skit).

Kecuali bila scan pada bulan ke lima mengandung,
nampak la 'burung'. Pasti doa ler banyak2 supaya
dapat yang 'tak burung'. Keluar jer budak tu jadi yang 'tak burung. Kalu camtu memang confirm
doa kita memang 'menjadi'.

Bagaimanapun kalu yakin doa kita dimakbulkan,
AlhamdulIllah.

Firman Allah,"Aku apa yang engkau sangka"

Helmis berkata...

Manusia berusaha (termasuklah doa) dan Allah menentukan, tetapi yg paling utama "percaya", sebab itu dlm Al Quran, Allah menyeru "O people who BELEIVES..." bukan "O people who pray, fast, doa, etc.."

Terimakasih atas komen saudara, orang berilmu seperti saudara ini patut juga berkongsi ilmu yg ada dgn rakan2 yg lain, agak sedih kerana tiada link untuk bacaan bersama. Ilmu bermanafaat beginilah yg menjadi "saham" selepas mati selain dr anak yg solah dan sedekah jariah.

nzpackeer berkata...

Assalamualaikum sdr helmis,
Tahniah krn mendpt apa yg dihajatkan.Di sini sy ingin berkongsi pengalaman.Saya tlh dikurniakan dgn 4 org cahaya mata perempuan, alhamdulillah.Ketika menerima kelahiran anak kedua, sy agak sedikit kecewa ttp itu adalah krn kurangnya ilmu di dada.Dengan bertambahnya ilmu dan keimanan dan keyakinan terhadap ALLAH, sy dengan penuh redha dan syukur menerima kelahiran puteri ke4 sy.Sesungguhnya sy dpt rasakan bila kita betul2 menghargai pemberian ALLAH nikmatnya adalah tdk ternilai rasanya.Pemberian ini juga ALLAH berikan supaya sy lebih mahir mengendalikan anak perempuan.Sesungguhnya sy sentiasa merasakan ALLAH tahu apa yg terbaik utk saya dan suami.Dan ALLAH tahu bila masa terbaik utk memberi apa yg kita minta.Insyaallah, dgn menggunakan teknik minda spt yg sdr helmis gunakan, hajat sy utk menimang anak lelaki akan ALLAH permudahkan.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas