Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 30 Januari 2009

Wanita Benci Poligami, Lelaki Tetap Mahu Menambah Isteri.

Setiap apa yg kita alami melalui deria terutamanya dari mata dan telinga semuanya membina jaringan2 neuron yg baru didlm otak, jika keadaan yg sama dialami berulang-ulang, semakin kuat jaringan tersebut dan akan sampai ketikanya ia menjadi automatik tanpa kita sedari. Contohnya ketika mula belajar mengira, kita harus kira dgn tangan atau alat bantuan mengajar yg 2+2=4, tetapi sebab sudah terbina sahaja jaringan2 neuron, sekarang bila kita dgr sahaja soalan 2+2 secara automatik sahaja kita tahu ianya adalah 4.  Begitu juga dgn hal yg lebih kompleks seperti berjalan, berlari, memandu dan percaya atau tidak cara anda menangani marah juga adalah selalunya melalui jaringan neuron yg telah terbina didlm otak anda. 

Suatu yg menarik disini terutamanya bila manusia melihat tv, otak tidak membezakan samada apa yg kita lihat dan dengar dr pemerhatian tv itu sesuatu yg benar atau tidak, bahayanya tv adalah kerana ia sebenarnya alat pemukau, kerana ketika menonton tv, kita tidak memberi penilaian samada yg berlaku itu sesuatu yg benar atau tidak. Jadi jika kita fokuskan kepada perkara tersebut, jaringan2 neuron akan terbentuk tidak kira ia sesuatu yg positif atau negatif.

Setiap jaringan2 baru yg terbentuk bilamana ianyanya digabung dgn emosi, jaringan neuron ini akan menjadi lebih kukuh dan amat sukar untuk di ubah walaupun otak manusia sebenarnya begitu fleksibel untuk mengambil cara pemikiran baru yg mungkin sebenarnya lebih baik dari apa yg sudah terbina.

Lihat dan dengar disekeliling kita dari tv, filem, surat khabar, perbualan sesama rakan2 jarang ataupun tidak pernah sekali manusia membincangkan perkara2 yg positif tentang kehidupan, ini kerana manusia sudah ketagih kepada "aksi" dan "drama". Ketagihan ini adalah sebenarnya kepada "neurochemical" yg dirembes oleh kelenjar2 hormon dibadan mengikut situasi2 tertentu. Contohnya jika seorang ayah sudah biasa merotan anaknya setiap kali anaknya membuat kesalahan, rasa puas setelah merotan ini adalah kerana "neurochemical" yg dirembas setelah dia melakukannya.

Sebab itu setiap kali anaknya melakukan kesalahan, untuk merasa puas hati (kesan dari terembesnya neurochemical sebelum2 ini" secara tanpa sedar, melalui otak yg tidak berfikir akan cara2 yg baru mendidik, akan menggunakan jaringan2 yg sudah lama terbina, dia tanpa berfikir akan terus mencapai rotan dan merotan anaknya, ini termasuklah juga memarahi, memaki atau apa2 lain hukuman, ini termasuk juga kepada ibu2. Perangai anak tetap sama kerana fisiologi manusia tidak boleh belajar didlm ketakutan. Mungkin dia tidak akan melakukan perkara yg sama tetapi perkara2 lain pula akan timbul.

Kecenderungan otak manusia untuk membuat keputusan dgn mengikut jaringan2 otak yg sudah tersedia tanpa memikir kan kebarangkalian yg lain selalunya disebabkan oleh prefrontal cortex yg lemah. Prefrontal cortex yg lemah membuat manusia tidak boleh berfikir dan untuk tindakan yg pantas, otak lebih mudah untuk mengambil keputusan2 melalui jaringan2 yg tersedia ada.

Tetapi bagaimana jaringan2 "memukul" anak ini sudah tersedia di kepala ayah2 yg contohnya baru memiliki anak pertama? Jawapannya jaringan ini tersedia semasa bapa tersebut masih kecil lagi terutama ketika usianya antara 1 hingga 7 tahun, tidak kira jika samada dia sendiri yg mengalaminya atau dia melihat abang atau kakaknya dipukul, tindakan ayahnya merotan itu akan dirakam secara terus didlm otak membentuk jaringan2 baru sebagai panduan untuk kehidupan. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi, bukan setakat bakat menyanyi atau berlakon sahaja, bagaimana anda mengajar anak anda itu juga akan diwarisi oleh anak2 anda bile mereka dewasa nanti.

Jadi berbalik kepada hal poligami, jika dari kecil wanita sudah melihat ditv akan cerita keluarga yg punah ranah kerana poligami walaupun ianya hanya lakonan, jika setiap hujung minggu membaca DCCK yg mana ramai isteri2 mengadu tentang pahitnya poligami, jika rakan2 yg telah bermadu selalu menceritakan masalah bila poligami, jaringan2 diotak yg membawa kepada keputusan poligami harus ditolak akan makin hari semakin kuat, ini ditambah pula dgn kesan rembesan "neurochemical" yg menyebabkan timbulnya rasa marah dan geram, semua emosi adalah disebabkan kesan "neurochemical" ini, perasaan sayang dan cinta juga adalah datangnya dari kesan yg sama. Jaringan2 neuron terhadap bencinya poligami ini semakin hari akan menjadi semakin kuat.

Cerita mengenai faedah2 poligami amat jarang didengar atau mungkin tiada langsung diceritakan baik di tv, akhbar mahupun perbualan, ini juga disebabkan mereka yg berpoligami, tetapi bahagia, tidak berani dan malu untuk tampil kehadapan disebabkan mereka tahu masyarakat memandang poligami itu sesuatu yg negatif (dr yg dilihat atau didengari). Kesan tiadanya cerita2 menarik mengenai poligami menyebabkan tiadanya jaringan2 neuron yg membawa kepada fikiran yg menyokong poligami. 

Jadi bila suami sebut sahaja poligami, ataupun tahu sahaja suaminya ada mempunyai hubungan dgn wanita lain, fikiran isteri terhadap wanita lain ini akan menyebabkan ingatan terhadap poligami timbul, ditambah dgn prefrontal cortex yg lemah, jaringan mudah yg diambil adalah poligami mesti dielakkan. Jadi ada kalanya walaupun suami tidak punyai apa2 perasaan terhadap wanita lain, disebabkan otak mengaitkan wanita lain dgn poligami, siisteri akan mula menunjukkan kemasaman dan kemuncungan tanda tidak setuju, malah mungkin mengambil langkah yg lebih ekstrim dr itu. 

Jaringan neuron diotak mengenai poligami adalah sesuatu yg di halalkan oleh islam jika diketahui sekalipun tidak begitu kuat disebab kurangnya pendedahan yg berulang2, dinafikan pula dgn cerita2 buruk ketidak adilan poligami, fikiran yg mudah mengambil jaringan poligami bersamaan tidak adil. Tidak mahu berfikir atau lemahnya prefrontal cortex menyebabkan siisteri tidak akan terfikir yg mana sebelum dia membantah, periksa dahulu adakah suaminya mampu dr segi zahir dan batin, adakah dgn memberi suaminya berkahwin akan menaikkan semangat suami untuk lebih berusaha dan juga kesan baiknya terhadap masyarakat secara keseluruhan.

Sikap pentingkan diri sendiri sebenarnya menyebabkan siisteri takut dan gerun bila disebut poligami kerana otaknya sudah terbiasa dgn jaringan2 yg mengaitkan poligami dgn ketidakadilan, kesusahan, kurangnya perhatian dan bermacam2 lagi perkara2 negatif. Allah tidak membenarkan poligami sekiranya ianya tidak membawa kepada kebaikan, surah albaqarah ayat 126 memberitahu ada sesuatu yg kita tidak suka itu tetapi ianya baik untuk kita dan sebaliknya, hanya Allah yg lebih mengetahui.

Ada sifat2 semulajadi yg sudah terbina pada diri manusia sejak lahir lagi, seperti bagaimana si bayi yg tidak perlu diajar untuk menghisap puting menyusu ketika lahir, ini amat penting untuk memastikan manusia terus hidup, begitu juga dgn sifat lelaki yg sukakan wanita, ianya adalah semulajadi, bayangkan jika lelaki harus diajar menyukai wanita, peluang manusia untuk terus berkembang biak akan terbantut dan manusia akan pupus dimuka bumi.

Setiap kali lelaki melihat wanita lain, terutamanya jika bahagian yg dilihat itu sesuatu yg terlarang, ini juga akan merembeskan "neurochemical" yg mnyebabkan timbulnya emosi nikmat terhadap keadaan2 tersebut, jika setiap hari lelaki di hujani dgn "tawaran2 percuma" dr wanita untuk melihat pinggulnya yg ramping, dadanya yg montok, lurah dadanya yg dalam, rambut yg ikal, leher yg jinjang dan sebagainya, ini menyebabkan keinginan lelaki terhadap wanita2 semakin bertambah2. Keadaan yg lebih ekstrem akan terjadi bila mana lelaki melihat filem2 lucah, otak tidak tahu itu benar atau tidak, tetapi jaringan2 baru yg kuat akan terbentuk mengatakan "amat nikmat" untuk mendapat wanita2 lain kerana kesan dihujani oleh "neorochemical" emosi ketika melihatnya.

Tetapi mengapa lelaki yg sudah berkahwin berminat mahu berkahwin lain? Pernahkah anda makan direstoran bersama rakan2, masing2 membuat pilihan masing2 tetapi ketika makanan sampai, melihat makanan rakan lebih nampak menarik dari apa yg kita pesan, kita teringin juga untuk merasanya. Begitu lah perumpamaan lelaki terhadap wanita, selagi sisuami tidak menasihati siisteri menutup aurat, selagi si ayah tidak mendidik anak2 perempuan menutup aurat, selagi wanita bersetuju dijadikan alat pelaris barang jualan, selagi itu keinginan lelaki terhadap wanita lain akan tetap ada. Jadi untuk menyuruh lelaki berhenti sukakan wanita lain samalah seperti menyuruh wanita menutup aurat, kedua2 sukar tetapi tidak mustahil dgn kesedaran apakah hikmah disebaliknya.

Si suami pula dari perbualan dgn rakan2, dr ceramah agama, dari pembacaan, tahu yg poligami itu dibolehkan, ditambah pula dgn jaringan "neuronet" yg wanita lain lebih ramping dr isteriku, wanita lain lebih montok dr isteriku, semua ini merembes "neurochemical" emosi yg mengaitkan poligami dgn wanita lain, ditambah pula dgn kesan yg lebih hebat dari, "free show" wanita yg mendedahkan aurat, dari kulit majalah mangga ataupun URTV ataupun dgn melihat filem2 lucah, jaringan2 ini akan terbina semakin hari akan menjadi semakin kuat. Sebab itu lelaki sanggup mengaku bujang untuk berkahwin lain kerana ketagih pada "neurochemical" yg akan terembes ketika dapat melihat wanita lain atau pun dapat melakukan hubungan kelamin kerana kesannya sama dgn menonton filem lucah itu sendiri.
Lelaki yg pentingkan diri sendiri ini juga sebenarnya mempunyai prefrontal cortex yg lemah, tidak boleh untuk berfikir menggunakan jaringan2 neuronet lain akan kesesuaian atau kemampuan dirinya sendiri untuk berpoligami, mampukah dia dari segi batin, cukupkah pendapatannya untuk menampung keluarga dan sebagainya. Disebabkan lelaki yg tidak berfikir inilah poligami akhirnya dilabel sebagai sesuatu yg mesti dielakkan, malah ada yg menganggap ia adalah hukum yg sudah lapuk, sudah jumud dan tidak sesuai lagi dizaman moden. Bukankah ini menidakkan hukum Allah, jadi tanya diri sendiri balik jika doa2 kita tidak termakbul sedangkan manusia secara tanpa sedar menjadi hamba yg tidak bersyukur.
Amatlah dukacitanya juga bila mana artis2 yg menjadi idola masyarakat juga menonjolkan kesan buruk terhadap poligami, bila seorang artis berkahwin dgn suami orang, isteri pertama harus diceraikan, jika kedua2 wanita tersebut faham konsep poligami, mereka boleh hidup berkongsi, sisuami pun jika dia benar2 bertanggungjawab tidak akan menceraikan isteri pertama hanya semata2 ingin berkahwin lain, dgn pendapatan yg lumayan nafkah zahir tiada masaalah. Ini antara contoh yg menjadi ikutan masyarakat.

Mungkin penyelesaiannya adalah dgn menyuruh lelaki menjaga mata tidak melihat wanita lain supaya keinginan terhadap wanita lain tiada, tetapi tahukah anda, contohnya ketika memandu, walaupun minda sedar lelaki melihat jalan dihapadan, minda separuh sedar lelaki tetap seperti radar mengesan apa sahaja yg terjangkau oleh pandangan mata, perempuan yg seksi ditepi jalan tanpa sedar juga akan dirakam oleh minda separuh sedar lelaki, otak juga akan merembeskan "neurochemical" nikmat tersebut dan bila sudah berulang2 akan tetap menguatkan keinginan lelaki terhadap wanita2 lain.

Sebenarnya menyuruh lelaki berhenti inginkan wanita lain sama seperti menyuruh wanita berhenti berpakaian seksi dan menutup aurat, lihat perkembangan semasa, lihat fesyen2 wanita zaman kini. Kalau tak nampak dada yg lapang tak sah. Bagaimana lelaki ingin mengejar kejayaan dunia jika mata harus ditutup, muka harus memandang ke lantai, tidak akan maju lelaki jika mindanya selalu ketagih terhadap wanita lain, sebab itu zaman sekarang lelaki dilabel makin tak guna, yang baik dah berpunya, yang dah kahwin masih mencari, jika jumpa yg bujang pula asyik merengek meminta seks dari teman wanita, keputusan yg diambil, zaman sekarang ini tiada lagi lelaki yg baik. Tetapi jika difikir2 balik siapa yg menyebabkan lelaki menjadi tidak baik? Tidak salahkah jika saya katakan sebabnya dari wanita itu sendiri?

Seorang wanita yg tidak menutup aurat sudah cukup untuk membuat beribu2 orang lelaki ketagih akan keinginan mahukan wanita lain, selagi manusia tidak mengikut "manual" kehidupan iaitu Al Quran selagi itu dunia akan menuju kebinasaan. Seorang artis berpakaian tertentu sudah cukup untuk mengubah fesyen peminat seluruh negara untuk turut sama berpakaian begitu. Selagi manusia mementingkan diri sendiri dgn alasan hak individu dan tidak dapat melihat yg kesannya adalah kepada masyarakat, selagi itu masaalah tetap sama atau mungkin semakin teruk.

Bagaimana pula dgn lelaki soleh yg mampu dr segi zahir dan batin, yg punyai cita2 tinggi dan yakin yg dia boleh berjaya, mereka ini juga terdedah pada "free show" wanita2 lain dan mereka juga mempunyai keinginan untuk kahwin lain, tetapi disebabkan mereka, kasihankan isteri atau fikirkan siisteri yg mengamuk bila disebut sahaja poligami, yg akan meracuni fikiran anak2 yg "ayah engkau ni tak sayangkan engkau nak cari mak lain", mereka mengambil jalan mudah memendam rasa dan perasaan, sebab itu rata2 lazimnya lelaki akan mati dahulu berbanding wanita. Selagi lelaki bodoh yg mahu berpoligami tetapi tidak tahu berfikir mengukur kemampuan diri wujud selagi itu lelaki yg mampu ini akan dinafikan haknya.

Jika diselidik2 balik semuanya berpunca dari lelaki sebagai pemimpin didunia ini, jika pemimpin menegakkan syiar islam, jika si ayah mendidik anak, jika sisuami menasihati isteri menutup aurat, bukankah banyak perkara yg tidak diingini yg menjadi masaalah masyarakat boleh dielakkan dari masalah isteri dan anak2 terabai hinggalah kepada masaalah rogol dan sebagainya.

Khusuk dan fokuslah didlm solat kerana "frontal lobe" iaitu otak hadapan yg "hidup" boleh membuat kita boleh berfikir dgn lebih sempurna daripada terus menggunakan jaringan2 yg terbina dr pemerhatian2 yg selalunya tanpa tapisan baik buruknya. Otak hadapan yg lebih sihat mampu membina jaringan2 baru didlm otak, mengambil kira kemungkinan2 lain kearah masyarakat yg lebih aman dan harmoni. Kita hidup bukan sendirian, memang kubur masing2 tetapi dipadang masyar kita tetap bersama2.

Wanita menentang & lelaki menyokong semuanya kerana ketagihkan "neurochemical" terhadap situasi2 kesan buruk poligami dan kesan nikmat rangsangan melihat wanita2 lain, selagi lelaki dan wanita berfikiran sama selagi itu dunia ini akan menuju kehancuran, hanya panduan Al Quran sahaja sepatutnya kita semua kembali.

16 Komen:

Tanpa Nama berkata...

poligami mmg xsalah..tetapi apa yg salah n apa yg wanita takutkan ialah apabila suami tidak tahu menjalankan tanggungjawab dgn adil dan saksama apabila berpoligami..bab poligami kata ikut sunnah..tapi bab tanggungjawab dan keadilan entah kemana.. kalau betul adil dan berkemampuan tidak apa..tap apa yg berlaku skarang..ramai lelaki berpoligami tetapi tanggunjawab entah kemana..

Helmis berkata...

Amat setuju sekali, jika lelaki boleh fikir ikut akal dan bukan ikut nafsu, keinginan untuk poligami boleh di fikir sedalam2nya, tetapi bagaimana lelaki boleh berfikir dgn sempurna jika matanya melilau pada dada luas, pinggang yg ramping, rambut yg ikal, buntut yg tonggek dll... jika wanita boleh ikut akal dan bukan ikut nafsu tentang menutup aurat, bukankah keinginan lelaki akan berkurangan? Lelaki dan wanita sama sahaja ada kelemahan, cuma yg bersolat dgn khusyuk dan fokus sahaja yg dapat mencegah kemungkaran..

Tanpa Nama berkata...

En Helmis, you said....tetapi bagaimana lelaki boleh berfikir dgn sempurna jika matanya melilau pada dada luas,.......jika wanita boleh ikut akal dan bukan ikut nafsu tentang menutup aurat, bukankah keinginan lelaki akan berkurangan?.... You are being very biased for saying that. Yang salahnya ialah mata lelaki yang melilau, bukan perempuan yang tidak menutup aurat. Bukankah orang lelaki disuruh menurunkan pandangan bila berhadapan dengan perempuan, maksudnya kalau perempuan bogel pun depan mata, kalau tak pandang tak akan memberi kesan,lebih-lebih lagi kalau lelaki itu seorang yang menjaga solat. Bak kata orang putih, you can bring a horse to the water, but you cannot force it to drink the water.So, the most important thing is the man himself and please stop blaming other people and the surroundings for your own shortcomings.

Helmis berkata...

Dear Miss/Mrs Tanpa Nama,

Terimakasih diatas ulasan saudari, jika saudari baca sampai habis artikel saya ini saya letak tanggungjawab untuk persoalan aurat ini berbalik kepada lelaki terhadap pemimpin, jadi saya tidak biased (berat sebelah).

Jika saya sedang makan di restoran mengadap isteri saya dan dibelakang beliau ada wanita yg duduk mengadap saya dgn dada yg luas, haruskah saya makan dgn wajah tunduk kebawah?

Jika minda sedar saya tidak fokus kepada wanita tersebut, adakah minda separuh sedar saya tidak merakamkan apa yg didlm lingkungan penglihatan mata saya? Mata kita menerima semua cahaya kedalam retina dan melalui otak, ianya ditapis untuk hanya dilihat oleh minda sedar, tetapi minda separuh sedar tetap juga merakam semuanya. Ini juga memberi kesan kepada manusia.

Jika anda menonton perlawanan bola sepak, adakah anda melihat perlawanan tersebut atau melihat iklan yg ditempek ditepi2 padang? Sudah tentu anda berkata pastilah saya melihat bola dan bukan iklan2 tersebut. Pernahkan anda tanya berapa kos untuk menempek iklan disitu? Jika ianya tidak memberi kesan kepada manusia, mengapa harganya bukan seribu dua? Begitu juga dgn billboard ditepi jalan raya, semua ini adalah "subliminal effect" yg secara halus mempengaruhi manusia. Samada saya memandang tanpa sengaja atau tidak ianya memberi kesan kepada masyarakat sekeliling.

Begitu juga dgn wanita, jika anda memulakan suatu fesyen, katalah fesyen terbaru berkonsep "lihatlah dadaku yg bidang", adakah anda seorang sahaja yg akan berpakaian demikian? Wanita2 lain juga akan terpengaruh, jadi jika makin lama makin ramai wanita yg menggunakan konsep demikian maka makin lama makin ramailah lelaki yg benjol dahinya kerana terpaksa jalan tunduk dan tidak boleh lagi nampak dinding dihadapan.

Kebanyakan lelaki hebat didunia ini punyai wanita hebat dibelakang mereka yg sentiasa memberi semangat, jika wanita ingin kaum lelaki menjadi hebat, kaum wanita juga harus memberi sokongan yg padu. Tetapi adakah sokongan dgn mendedahkan diri membuka auratnya atau menutup aurat agar lelaki lebih bebas mendongak dan memandang kehadapan berusaha dan bekerja kearah umat yg hebat?

Jika kita hidup seorang diri memang kita bebas untuk berpakaian apa sahaja tetapi bila kita bermasyarakat/komuniti, harus ikut peraturan2 yg tertentu. Sel2 didlm badan anda juga bila dikulturkan dimakmal bebas berkelakuan apa sahaja, tetapi bila dimasukkan kembali kedalam badan dan menjadi ahli komuniti badan, sel tersebut akur kepada arahan2 dari otak jasad manusia tersebut.

Lelaki secara genetiknya sudah ditetapkan oleh Allah untuk sukakan wanita (jika tidak amat sukarlah manusia membiak jika sukakan wanita itu perlu dilatih) sama seperti bayi yg lahir tidak perlu diajar menghisap susu, tetapi wanita tidak secara genetiknya suka akan pakaian yg menjolok mata. Cara berpakaian adalah dari cara kita dibesarkan (upbringing) dan bukan secara genetik. Jadi antara lelaki suka melihat wanita dan wanita berpakaian sopan, mana yg lebih mudah diubah?

Of course we cannot force the horse to drink the water but if we kept the horse away from the water for sometimes, by the time we bring it to the water, the horse will drink it eventually.

Memang payah untuk menyuruh manusia berubah jika mereka sendiri tidak punya kesedaran dan tidak boleh melihat mengapa mereka perlu berubah, tetapi jika didedahkan dgn fakta2 yg bernas, insyaallah perubahan itu akan menjadi sukarela dan ini yg ingin saya sampaikan.

Apa yg saya sampaikan bukanlah dari cakap2 kosong dan ikut rasa hati, ianya dari apa yg saya kaitkan dari bacaan2 bidang yg pelbagai. Bersamalah kita berusaha kearah umat yg lebih cemerlang, insyaallah.

3m1huh5_N414 berkata...

Merujuk pada respon Mrs. Tanpa Nama;
Saya amat bersetuju dgn hujah konkrit En. Helmi. Rujukan pada surah & bukti2 saintifik jelas memaparkan kelemahan byk terletak pada kaum Hawa (maaf bukan bias). Saya sendiri di pejabat misalnya tak dapat tidak terpandang juga peha gebu, lurah dada montok atau celahan kaki bila rakan sekarja wanita pakai mini skirt sampai duduk dah nampak segalanya! Takkan nak pejam mata terus jalan depan then langgar partition @ semua meja ofis! Sebab tu Tuhan suruh tutup aurat. My question is; why most women suka buka2? Nak bukti apa? Lepas tu bila kena rape, raba etc. nak salahkan lelaki? Common ladies, buka kitab ubah cara berfikir. Subhanallah.

Zuliyana C44 berkata...

I agree, we should cover aurat, i have been into phases of denial just because being attractive.Believe it Allah knew best !

Tanpa Nama berkata...

tak dapet nak menolong

Z berkata...

En helmi.. saya setuju dgn pandangan logik dan rujukan en. namun... saya hairan, kenapa lelaki yang meluap2 untuk menjalankan poligami ini tidak sanggup mendidik isteri-isteri mereka terutamanya yang pertama, sbb mendidik isteri2 itu penting.

saya lihat ramai lelaki yang berselingkuh / bermukah memberikan alasan "takut bini tahu", terutamanya bini pertama. kalau dah takut kpd isteri (ini jugak aqidah... kita sebagai manusia sewajibnya hanya takut kepada allah, bukan selainnya termasuk isteri), bagaimana nak menjalankan poligami dengan adil?

pada pendapat saya wanita adalah seorang wanita (mungkin ada yang keras hati) tetapi orang kita jugak yang kata "wanita itu keras macam kerak nasi". jadi pendidikan tentang ilmu berpoligami itu penting... ianya bukan hanya menyukarkan kaum lelaki yang ingin berpoligami, tetapi jugak menyukarkan wanita untuk mengubah pendirian, fikiran apatah lagi menerima poligami.

since u dah highlight this issue, i hope that lelaki yang berhasrat murni nak menambah isteri... i will sokong, but... they must educate theirselves how to change thier mindset (poligami ini adalah untuk menjaga maruah bangsa, maruah wanita islam, bukan ikut suka hati... aje) at the same time they have to educate thier wife (especially thier first lady) that polgami ini adalah untuk menjaga wanita2 islam, membelenggu perzinaan dan sebagianya demi kebaikan agama islam itu sendiri.

suggested that adakan kuliah2 yang membuka minda, adakan "kebaikan berpoligami" di dalam kursus2 perkahwinan yang diwajibkan.

so.. what u think?

nurul berkata...

Menurut Prof. Dr. Harlina Hakiza Siraj: "Istilah yang tepat adalah 'poligeni' bukan 'poligami' kerana 'poligami' membawa maksud lelaki dan perempuan boleh berpasangan lebih dari satu, sedangkan Islam hanya membenarkan lelaki berpasangan lebih dari satu dengan syarat-syarat tertentu, tetapi perempuan tidak dibenarkan sama sekali untuk berpasangan lebih dari satu".

Bawang Goreng berkata...

Z... Ikut poligami ikut nafsu, tak ada ilmu. Kata org utara, tak dak akai...

Tanpa Nama berkata...

Kerana cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja, merenangi lautan, mendaki gunung tinggi... kerana seks juga lelaki sanggup lakukan apa sahaja... i just wondering what a man will be if he have more than 1 woman who can sincerely give him love n seks? For every great man there is a great women behind him, so if few great women behind single man... i'm sure nothing can stop him to be succesfull in this world and if he is have a faith in Allah, for hereafter too..

Wanita dari ketika dari alam syurga lagi sudah terbukti mampu mempengaruhi lelaki, buktinya Hawa mempengaruhi Adam keluar dari syurga, bagaimana jika wanita didunia ini boleh melakukan terbalik dari apa yg dilakukan oleh Hawa?

aijay berkata...

emmmmmmmmm i say iman yang menjadi raja bagi manusia..x kisah lelaki atau perempuan...iman adalah pakaian jiwa....pakaian luar blm tentu menjadi pengukur mutlak iman...x ttu aurat..mmhg dpt dosa x ttp aurat......tp iman dia..apa yang ada di ahti dia..diri org itu dgn alllah..hanya allah yang tahu......smalah..if lelaki warak...sembhyng x tinggal ....alhamdullilah...tetapi samada dia buat itu ikhlas...atau sbg automatik....tapi iman di hati masih goyah.....cmne tu?sy rasa jgn blame sesiapa..jag diri sendiri...dan yang plng dkt dgn anda....jika x mampu nak jaga org lain....nasihat sahaja...if derang still x amik kisah.......doakan mrk berubah......sdh ckp......yang lain....serahkan kpd allah taala...

Miss MyDay berkata...

alhamudulilah, mujurlah sy ni tak de aset2 yang lawa untuk dipertontonkan kepada lelaki ...entah la sy rasa sy bertuah dilahirkan tidak cantik..sekurang2nya sy tak menambah dosa kepada lelaki yg memandang sy...

Unknown berkata...

Ada 3 point yang saya ingin ketengahkan mengenai poligini
1. Prinsip no harm and reciprocating harm hendaklah dititikberatkan oleh suami esp during early stage of marriage with the new wife, when the existing wife is at her most emotional downside. Even if the existing wife meredhakan the new marriage, we have to remember that this experience is new for her, she is alone in this esp when the community is not supporting, apatah lagi if they are condemning her versus the age of Rasulullah when it is common practice. Harming another person is a great sin, apatah lagi to your wife, the one whose rights are a lot for you to fulfill.

2. I agree that in order for polygyny to be successful, education is essential. How many of us know that there is no pembahagian masa untuk anak-anak? Even though it is your third wife's day you need to spend the evening with the kids from first and second wives.

3. With regards to men not being able to control their eyes, and women to take the stand to warn their folks on wearing appropriate clothings - I believe this is a one-sided argument. In the Quran - those who died wronging themselves saying we were oppressed in our lands - the angels replied to them, Hasn't Allah made the Earth wide and spacious for you to make hijra to? And their ends is the hell, nauzubillah. So we need to ask ourselves if we can't stand this test - are we ready to move from comfort living in this sin city and return to really rural kampong or establish our own Muslim Village? Brother, you and me know this is the end of times, and hoping for a Mecca like environment in KLCC will only take place when Isa as came down. Wake up - we are also jeopardizing our children's future by making them used to this environment.

Meh berkata...

Sekarang zaman moden. Lelaki dah x bersusah payah nak bagi mkn anak bini. Skrg most women work and hv their own money. So women also should be allowed to polyandry if men want to have their polygyny. DNA testing pon dah advanced skrg. Senang jer kalo nak tau who is the father. Mcm mana? Adil kan?

Helmis berkata...

Saudara Meh,

Adil atau tidak itu relatif bergantung kepada rujukan kita. Jika rujukan saudara adalah Origin of Species oleh Darwin, Treatise of Government oleh John Locke ataupun Wealth of Nation oleh Adam Smith mungkin saudara akan berpendapat sedemikian. Akan tetapi rujukan saya dan rata-rata umat Islam adalah Al Quran dan sunnah maka pastilah "keadilan" yang saudara utarakan itu tidak berasas.

Adilkah juga jika kita katakan yang dicipta lebih tahu dari Yang Mencipta? Itu sahaja pun sudah tidak adilkan?

Ketukan minda untuk mereka yang mahu berfikir. Wallahualam

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas