Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 11 April 2010

Rumah - Beli Atau Sewa?

Beberapa artikel saya yang lalu menyentuh mengenai riba' yang mana merupakan isu yang teramat sensitif, lebih-lebih lagi didalam kehidupan serba moden (atau akhir zaman) yang mana riba' itu sudah menjadi asam garam kehidupan, tetapi pada pendapat saya ianya lebih kepada monosodium glutamate (MSG) berbanding asam garam yang mana telah menambahkan kelazatan hidup itu sendiri kerana tanpa riba' itu mana boleh manusia merasakan nikmat materialistik seperti rumah besar dan kereta baru, padahal disebalik riba' itu terselindung dosa yang lebih buruk dari berzina. Babi tetap kekal menjadi suatu yang jijik dan dielakkan kerana ada alternatif makanan lain, riba' yang kononnya tidak boleh dielakkan lama kelamaan menjadi suatu yang biasa didalam kehidupan manusia itu sendiri, maka tidak hairanlah jika terdapat hadis yang mengatakan dari setiap 1000 jumlah manusia, 999 akan dicampakkan ke neraka di akhirat nanti.

Untuk mengelak riba' terutamanya didalam dua perkara utama didalam kehidupan, rumah dan kereta, ianya boleh dilakukan samada dengan menyewa rumah ataupun membeli kereta terpakai, akan tetapi disebabkan kita telah didodoi dengan iklan-iklan dan tawaran-tawaran hebat dari penjual rumah atau kereta dan juga pihak bank yang terlalu menarik untuk tidak diendahkan, maka tawaran syurga Allah yang memerlukan frontal lobe yang kuat untuk melihatnya dilupakan (manusia didodoi dengan hiburan melalaikan yang mana tidak menggalakkan berfikir dan ini melemahkan visi hidup jangka panjang).

Merujuk kepada kereta, mungkin ada yang berkata, nak beli kereta terpakai pun bukan seratus dua, beribu-ribu juga harganya jadi kena juga membuat pinjaman. Persoalan ini berbalik kepada sekuat mana iman kita, mereka yang benar-benar beriman akan melakukan apa sahaja untuk mendapat keredhaan Allah walau apa pun harga yang terpaksa dibayar, contohnya dengan sanggup menaiki pengangkutan awam dari membeli kereta dengan riba'.

Untuk rumah pula, kebanyakan mentaliti manusia adalah,
"buat apa menyewa, bayar tiap-tiap bulan tetapi rumah itu jadi rumah orang lain"
Disini saya ingin mengajak rakan-rakan semua melihat konsep membeli rumah itu dari sudut yang berbeza, adakah benar dengan membeli dan membayar tiap-tiap bulan selama dua-tiga puluh tahun itu kita mem"bayar" pinjaman rumah itu sebenarnya? Saya akan sediakan satu contoh perkiraan untuk membolehkan kita melihat sendiri untuk siapakan kita bekerja penat lelah untuk mencari wang membayar pinjaman terutamanya dalam 2/3 pertama tempoh pinjaman tersebut.
Jumlah pinjaman : RM300,000
Kadar riba' : 6%
Tempoh pinjaman: 30 tahun

Kadar riba' atau kadar faedah saya letakkan atas dasar anggaran purata berdasarkan sejarah turun naik kadar pinjaman asas (BLR) Bank Negara. Berikut adalah carta pinjaman dari laman web BankRate untuk menjelaskan fakta sebenar berkenaan pinjaman tersebut.


Untuk pinjaman sebanyak 300K itu, dari RM 1798.65 bayaran bulanan yang dibayar, hanya RM 298.65 digunakan untuk membayar wang yang dipinjam, sebanyak RM 1500 adalah riba' atau faedah yang dikenakan oleh pihak bank. Jumlah bayaran untuk pinjaman sebenar meningkat hanya sekitar RM 2 sahaja sebulan untuk tahun pertama. Jumlah yang dibayar pada tahun pertama untuk melangsaikan hutang hanya berjumlah RM 3684.01 hanya 1.2% dari jumlah pinjaman asal iaitu 300K, manakala jumlah riba' yang dibayar adalah sebanyak RM 17,899.80 atau 5.98% dari jumlah pinjaman

Pada tahun kedua pula, jumlah pinjaman asas yang dibayar adalah RM 3911.26 dengan peningkatan hanya sebanyak RM 227.25 dari tahun pertama. Jika dikira jumlah wang yang sudah kita depositkan kedalam akaun pinjaman selama dua tahun, jumlahnya pula adalah sebanyak RM 43.167.60 yang mana hanya RM 7595.27 untuk menolak pinjaman asas. Ini bermakna, walaupun sudah membayar lebih 40 ribu, jumlah pinjaman masih melebihi 290 ribu dan wang keringat kita sebanyak lebih 35 ribu ringgit hanyalah untuk membayar riba'.

Tidakkah jumlah ini sahaja sudah cukup untuk membuka mata untuk siapa sebenarnya kita bekerja? Adakah keadaan sehingga isteri terpaksa keluar bekerja untuk membantu membayar pinjaman hingga  pelaburan saham akhirat yang utama iaitu anak-anak yang soleh terabai, isteri bercampur gaul bebas dengan lelaki lain dan pelbagai lagi penyakit sosial itu berbaloi hanya semata-mata terpedaya dengan ungkapan beli lebih baik dari menyewa?

Keadaan diperhambakan oleh bank ini berterusan hinggalah tempoh pinjaman mencecah 2/3 dari usia tempoh pinjaman. Hanya pada tahun yang ke 19 sahaja baru jumlah bayaran untuk pinjaman melebihi jumlah riba' atau faedah, dengan jumlah riba' yang dibayar hampir memcecah harga pinjaman iaitu 279 ribu, sedangkan hutang belum pun separuh dibayar iaitu masih berbaki 178 ribu.


Jumlah keseluruhan yang akan dibayar selama 30 tahun itu adalah RM 647,514.57 yang mana riba'nya sahaja adalah sebanyak RM 347,514.57, hampir 50 ribu melebihi jumlah pinjaman asal.


Pemikiran membeli rumah dengan sistem riba' ini adalah lebih baik dari menyewa adalah pemikiran manusia yang telah terpedaya dengan dakyah dan tipu helah dunia yang sementara ini. Manusia menjadi hamba kepada bank dan menindas diri sendiri tanpa sedar. Disebabkan oleh sistem ciptaan Yahudi ini jugalah pelbagai masalah sosial masyarakat berlaku di zaman ini. Sebab itulah Allah mengishtiharkan perang terhadap riba' dan sesiapa yang terlibat dengan riba' baik yang mengambil, memberi, merekod ataupun menjadi saksi akan mendapat dosa yang sama. Mereka tidak sedar disebabkan perbuatan mereka itulah hidup mereka menjadi sedemikian rupa, penuh dengan keadaan tertekan, susah hati, duka dan sengsara akibat dari hutang berlandaskan riba itu tadi.

Bagaimana pula dengan bank yang memberikan pinjaman berlandaskan Islam? Bagi saya ianya sama sahaja dengan pinjaman kenvensional kerana ianya juga bertujuan mengaut keuntungan dengan menghisap darah umat Islam yang terpedaya, ianya tetap riba' akan tetapi riba' yang ikut pintu belakang bak kata Sheikh Imran Hossein. Bagaimana bank islam pasti rumah yang akan dibeli naik harga seperti harga jualan? Adakah mereka mempunyai ahli nujum yang boleh meramal masa depan? Jika harga rumah naik, sama-samalah untung, jika harga rumah turun atau tidak naik, maka pembeli menjadi hamba kepada bank yang berselindung atas nama atau pinjaman cara Islam. Adakah ini diterima walau dilihat dari segi kemanusiaan sekali pun dan bukan atas dasar islam?

Mengislamkan bank pada pendapat saya adalah antara usaha mereka yang mengaku islam tetapi mengikut jejak langkah yahudi seperti hadis Nabi SAW,

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW berkata: Kamu akan ikuti jejak langkah mereka sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah sehingga jika mereka masuk ke lubang cicak sekali pun kamu akan tetap mengikuti mereka. Kami bertanya; Ya Rasulullah, adakah maksud kamu Yahudi dan Kristian perkataan "mereka sebelum kamu"? Baginda bersabda lagi: Siapa lagi (jika bukan mereka) Sahim Muslim
Kerana apa? Kerana umat Islam yang kaya mahu menjadi lebih kaya lagi  dan kekal kaya dengan menggunakan sistem yang memastikan mereka tidak punyai risiko atau hanya risiko yang minimum, maka sistem perbankan ciptaan yahudi inilah alat yang terbaik, umpama menyembelih babi dengan nama Allah dan melabelnya halal untuk dimakan oleh umat Islam. Ya, artikel saya memang keras kerana saya menulis bukan untuk menyedapkan hati sesiapa, menulis kerana takutkan Allah kerana saya pasti masa ini kemarahan Allah sudah teramat besar dengan umat yang bergelumang dengan penindasan halus ini.
 
Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba', bank bukan perniagaan tetapi adalah riba kerana didalam perniagaan yang sebenar terdapat risiko yang mana Allah boleh membuatkan seseorang itu untung atau rugi dan ini membolehkan kekayaan dibahagi dan tersebar dikalangan manusia. Bank pula bukan perniagaan kerana bank menutup pintu risiko atau meminimumkannya dan meletakkan risiko hanya pada peminjam, contohnya jika peminjam kehilangan kerja dan tidak boleh membayar ansuran bulanan, pihak bank akan menendang peminjam keluar dari rumah yang disangka miliknya itu. Sebab itulah nota perjanjian jual beli (S&P) yang asal dipegang oleh bank dan peminjam hanya mendapat salinannya sahaja.

Jadi jika dibandingkan dengan menyewa, realitinya adalah
"membeli rumah dengan bank dan membayar bulan-bulan belum tentu menjadi milik sendiri, lebih menjadi hamba kepada bank, lebih kurang sama keadaannya dengan menyewa"
Akan tetapi jika kita menyewa selama 20 tahun dengan mencari rumah sewa sekitar harga RM 1,000, selepas 20 tahun, kita akan memiliki wang tunai ditangan sebanyak RM 191,676. Jika sanggup mencari rumah sewa yang lebih murah maka lebih banyak yang akan terkumpul. Jika wang tersebut laburkan didalam perniagaan yang berlandaskan Islam maka ia akan bertambah lagi. Katalah anda menyimpan dengan pulangan purata 5% setahun, selepas 20 tahun dengan menyewa, lebihan dari sewa berbanding membeli sebanyak RM 798.65 sebulan itu akan mencecah hampir RM 300 ribu. Bukankah hidup sebegini lebih berkat dengan mengelak diri dari riba' dan masih ada wang ditangan yang mana boleh membeli rumah dengan tunai tanpa riba'?


Mengapa agaknya manusia tidak mampu berfikiran jauh dan melihat keburukan riba' itu sendiri pada jarak jangka panjang? Mungkin disebabkan terdedah dengan maksiat menyebabkan mereka gagal mempunyai visi yang jauh. Frontal lobe adalah bahagian otak yang membolehkan seseorang manusia itu membuat perancangan dan melihat jauh kesan akan datang akibat tindakan masa kini, jika ianya lemah akibat tidak dilatih (contohnya tidak khusyuk solat) atau jarang digunakan (lalai dengan hiburan dan permainan) maka budaya membeli rumah dan hidup kekal dengan riba' ini menjadi norma-norma kehidupan yang membinasakan tanpa disedari. Satu lagi penyebabnya adalah cinta, sains membuktikan bahawa cinta itu buta jadi apabila sudah jatuh cinta dengan rumah baru maka yang buruk iaitu akan diperhambakan selama 2-3 puluh tahun tidak akan kelihatan lagi, hanya selepas menduduki dan kemudiannya masaalah timbul untuk membayar barulah ternampak keburukannya.

Saudara eD dari Muslimvillage menulis perbandingan menarik antara membeli rumah atau menyewa sahaja, beliau juga memberi fakta dan angka-angka untuk perbandingan kita semua memikirkan cara terbaik untuk hidup bebas dari riba.

Artikel saya ini adalah dengan niat untuk menyedarkan rakan-rakan  termasuklah diri saya sendiri rahsia sebenar terselindung disebalik pemikiran bahawa "membeli rumah itu lebih baik" beserta janji-janji manis pihak bank dan juga penjual rumah,  terpulang lah pada diri masing-masing untuk membuat penilaian berdasarkan iman untuk kesenangan akhirat atau kesenangan dunia yang sementara ini. Untuk makluman, pihak bank dan penjual rumah sebenarnya juga telah tersangkut dengan riba',  sebab itulah mereka terpaksa berusaha untuk mengaut keuntungan membayar dividen atau pinjaman kepada pelabur, yang sedihnya kebanyakan pelabur ini adalah golongan kaya yang tamak dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira kesan buruk terhadap masyarakat hinggalah ke persekitaran.

Sama-samalah kita berfikir arah tuju hidup kita ini samada berada di landasan yang betul atau hanya jalan yang "nampak" betul tetapi membinasakan. Memang saya akui diakhir zaman ini untuk hidup berlandaskan cara Islam amat sukar ibarat menggenggam bara api, namun ianya berbaloi untuk ganjaran masa depan iaitu akhirat yang kekal abadi, Insyaallah.

Bincang di Facebook disini...

97 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Hurm,sya pelajar perubatan di mesir..sya ingin penjelasan yg lebih jelas tentang kes ini,sbb setahu dan mengikut ilmu sya yg sedikit ini,pihak bank harus membayar pekerja2nya dan juga sewa serta bil2 bangunan yg disewa,jadi mereka memerlukan sedikit keuntungan agar perkara2 tersebut dpt dibayar,tambahan pula masa yg kita ambil untuk membayar balik pinjaman terlalu lama,jadi mereka yang memberi pinjaman disini bukankah dikira sebagai salah satu perniagaan?sya perlukan penjelasan yg lebih jelas lagi kerana saya masih cetek pengetahuan dlm bidang ini...Muhammad Amirul Mukminin bin Shaharani,Alexandria,Mesir.

Helmis berkata...

Jawapan untuk persoalan saudara ini ada didalam artikel diatas, ceramah Sheikh Imran yang saya terjemahkan dan juga artikel Cerita Wang bah 1 & 2. Walaubagaimanapun ingin saya memberi "technical tap" keminda anda dengan tiga soalan, ini lebih baik dari "menyuap"kan terus jawapan kepada anda, soalan berkait dari pertanyaan anda sendiri

1. "Jadi mereka memerlukan sedikit keuntungan agar perkara2 tersebut dpt dibayar", soalan: Adakah keuntungan yang mereka ambil itu sedikit?

2."tambahan pula masa yg kita ambil untuk membayar balik pinjaman terlalu lama...", soalan; Adakah duit dan masa itu sama? Adakah nilai boleh digandakan dengan masa?

3. "jadi mereka yang memberi pinjaman disini bukankah dikira sebagai salah satu perniagaan?, soalan; Jika risiko hanya ditanggung oleh peminjam, adakah ianya perniagaan atau penindasan, contohnya jika projek rumah terbengkalai?

Unknown berkata...

Salam, saya pelajar jurusan undang-undang ingin bertanya adakah insuran itu haram? sebab saya ingin ambil subjek 'insurans law" semester 5 nanti, namun ada member saya cakap insurans tu haram sebab ada unsur penindasan. betulkah? apa pandangan Helmis pasal ni? klu betul saya akan ambil subjek alternatif yg lain? terima kasih.

Mohd Hisham Mohd Sharif berkata...

Salam tuan
Mengikut apa yang saya faham dalam tulisan ini,
Tuan tidak mengiktiraf semua bank islam yang ada di Malaysia dan segala akad pembiayaan di bank islam adalah akad riba'.
Harap saudara berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, atas asas apakah tuan mengeluarkan kenyataan sedemikian? Mohon penjelasan, kerana tuduhan saudara sangat dangkal dan tanpa bukti yang jelas. Mengharamkan apa yang halal adalah amat berbahaya...

Helmis berkata...

Assalamualaikum Szami, jika saudari baca semua artikel saya dari label "Duit", saya yakin saudara akan menemui jawapannya. Saya cadangkan saudara menyiasat sendiri dari pembacaan dan rujukan agar ianya lebih memberi kesan dihati berbanding dengan terus disuapkan sahaja jawapan kepada anda.
Kafirum belajar Al Quran untuk mengenali bagaimana mengkafirkan muslim, walau insuran itu haram sekalipun (mungkin dari kajian saudara nanti), tidak salah untuk mempelajarinya agar saudara lebih arif untuk menerangkan mengapa ianya haram dan juga untuk mencari alternatif yang halal.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Mohd Hisham,

Merujuk kepada soalan saudara "atas asas apakah tuan mengeluarkan kenyataan sedemikian?"

1. Bagaimana bank Islam boleh tahu harga rumah saya nanti akan menjadi 2-3 kali ganda dari harga sekarang? Mereka ahlinujum? Bagaimana jika harganya rendah? Sanggupkah mereka memulangkan kembali wang yang dibayar?

2. Adakah wang gunanya sebagai penyimpan nilai, pengukur nilai dan perantaraan pertukaran nilai atau tujuan untuk diniagakan?

Saya bukan mengeluarkan fatwa bahawa pinjaman bank islam haram, pada pendapat saya ianya tiada bezanya dengan pinjaman konvensional, terpulanglah pada diri masing-masing untuk memikirkannya.

Kebanyakan manusia hari ini hanya menerima bulat-bulat apa yang disogokkan oleh golongan tertentu, contohnya jika dilihat golongan yang mengislamkan bank itu sendiri adalah mereka yang berkepentingan didunia perbankan, cuba rujuk kepada ulama yang lain yang tiada berkepentingan, anda akan lihat perbezaannya.
Rujuk kedua-dua belah pihak dan fikir sedalamnya. Apa yang saya lakukan hanyalah menyampaikan,

Mana lebih merbahaya, mengharam yang halal atau menghalal yang haram? tepuk dada tanya iman... wassalam

Mohd Hisham Mohd Sharif berkata...

Salam kembali,
Apabila saudara mengatakan bahawa pembiayaan bank islam sama dengan pinjaman konvensional, itu samalah dengan mengatakan pembiayaan di bank islam itu haram kerana sama dengan pinjaman riba di bank konvensional
Saya tidak menafikan bahawa sistem perbankan islam yang ada sekarang masih jauh dari sempurna, tetapi itulah antara alternatif yang kita ada.
Saudara mungkin berminat untuk merujuk kepada laman web UZAR (www.zaharuddin.net).
mengharam yang halal atau menghalal yang haram keduanya adalah perbuatan yang bahaya, tiada bezanya...

Helmis berkata...

Assalamualaikum,
Telah saya nyatakan, saya hanya menyampaikan apa yg lain dari apa yg telah disogok/acukan kepada masyarakat kita, terpulang pada rakan2 untuk menerimanya, jika terasa benar alhamdulillah, jika tidak maka silalah kongsi bersama dengan rakan2 bahawa pinjaman Islam itu benar2 islam sedangkan apa yg saya tahu pinjaman Islam , 1 ringgit pulang 1 ringgit dan bukan 2-3 ringgit hanya kerana bayarannya bertangguh.

Memutarbelit dengan terma jualbeli itu lebih kepada mengaburi mereka yang melihat dunia dengan mata fizikal sahaja, didalam dunia akhir zaman arahan dajjal ini, manusia perlu mata hati untuk boleh juga melihat muslihat disebalik yg tersurat. Yang nampak macam air yg sejuk mungkin api yang panas, itulah muslihat dajjal (Sahih Muslim). Dan dari 1000 manusia hanya 1 yg masuk syurga (Sahih Muslim), agak2nya yg 1 itu adalah mereka yang mengikut majoriti atau yg tidak?

Dan saya telah katakan, saya bukan membawa fatwa, cuma mengajak rakan2 berfikir, maka tepuk dada tanya iman. Sila tonton klip video ceramah ini, moga anda faham apa yg cuba saya sampaikan. Wassalam

http://www.youtube.com/watch?v=dzxm8aalSCw

WanitaMustanir berkata...

Assalamualaikum wbt, saudara Helmis..

Syukran di atas maklumat ini. Banyak kali juga ana hadiri seminar ekonomi yang menerangkan ttg sistem bank yang riba ini. Ana faham. Tapi ana jadi kurang pandai utk menjelaskan kepada shbt2 ana mcmana ia berfungsi.

Pak cik ana selalu juga terangkan. Tapi tu lah tetap tak tahu mcmana nak terangkan balik utk diberitahu kepada umat.

Apapun, syukran sebab menjelaskan dengan terperinci siap dengan perkiraan..

wallahualam..

Mohd Hisham Mohd Sharif berkata...

Salam
Sebab itu dalam perbankan islam terma yang digunakan adalah pembiayaan, bukan pinjaman...

i rest my case

p/s:-saya juga telah menonton the arrival siri 1-50

Helmis berkata...

Seekor katak akan tetap terkurung tak kira samada dia dibawah tempurung, coconut shell, bawah tin, baldi dan sebagainya, tukarlah nama apa pun, bukan apa yg jelas dilihat didepan mata yg penting akan tetapi realiti katak tersebut yg masih dibawah tempurung.

Saya hanya ingin menyedarkan rakan2 supaya keluar dari tempurung perhambaan ekonomi, diperhambakan oleh bank konvensinol ataupun islamik, realitinya adalah manusia diperhambakan dan ini yg tidak kelihatan jika anda hanya menggunakan mata fizikal dan bukan mata hati.

Masyaallah, alhamdulillah saudara menonton siri dari Wake-up project itu, cuma saya harap saudara "wake-up" dari tidur dan tidak "keep pressing the snooze button" dan kembali lena.

Shall i rest my case? no... my jihad is until my last breath...Insyaallah

Faris berkata...

Salam,

Ketahuilah mengharamkan perkara yang halal adalah lebih teruk dari menghalalkan perkara yang haram.

Tetapi, sebelum kita nak membincangkan instrumen kewangan Islam, bolehkah saya bertanya 1 perkara.

Adakah Bank Islam "print money out of thin air" berlandaskan Sistem Monetary Konvensional. Jawapannya YA. Sebab itu Ustaz Zaharuddin selalu memberi alasan, offer Islamic Banking selalu kurang menarik (lebih mahal) dari konvensional kerana KEKURANGAN 'hamba' yg menyimpan di bank mereka. Mengikut sumber Federal Reserve, RM 9 boleh dihasilkan 'out of thin air' dgn RM 1 yg disimpan oleh penyimpan. Tetapi sistem di Malaysia, setiap RM 1 yg disimpan, BANK (konvensional atau Islamik) boleh print RM 24 begitu sahaja.

Lambakan ringgit mengikut statistik tahun 1980 sahaja menyatakan Ringgit overprint 16 kali ganda dari sepatutnya. Dgn serta-merta saya dapat nyatakan di sini, Islamic Banking tidak akan menyelesaikan isu INFLASI. Apa beza Islamic dan konvensional di sini??

Pada fikiran saya yg waras, berkat kejayaan sistem Islamic Banking, kelak bakal ada Islamic Beer. Dibotolkan dgn botol mineral, kandungan bahan ditulis dgn bahasa Arab 'unik'(yg kelak org cam saya yg amek bahasa Arab Tinggi pun x dapat memahami), cop Halal JAKIM yg mudah dibeli, dan pengesahan Panel Syariah yg bakal terlepas pandang

(kenyataan ini bukan menghina, Amanah Raya Berhad ada saham Magnum & Carlsberg, Tabung Haji ada saham Genting) 2 syarikat yg dinyatakan ini ada Panel Syariah yg hebat² belaka. Mufti Perak dll.

Tanpa Nama berkata...

menghalal dan mengharamkan sesuatu yang telah jelas Allah maktubkan dalam AlQuran dan Hadith adalah berdosa.
Saya lulusan Darul Quran. Grad dari UIA dalam Ekonomi. Pendapat saya yang lemah ini ialah, pada masa fahsha' dan mungkar ini, kita hanya ada 3 pilihan iaitu konvensional, 'islamik' atau beli cash. Kekuatan institusi 'islamik' akan bertambah dan berubah sekiranya mendapat dokongan dan sokongan semua umat Islam sendiri.
Tapi sayangnya kita sendiri yang menentang pendekatan yang digunakan.
Benar, saya juga tidak bersetuju dengan penggunaan nama 'islamik' dalam usaha menghalalkan cara, tetapi apa pilihan yang ada bagi rakyat miskin?
Isu ini sebenarnya kembali kepada pemerintah. Wallahu a'lam.

Helmis berkata...

Tetapi didalam Al Quran kata kalau kamu beri pinjam jangan mintak lebih, itu asasnya, kerana apa? kerana kita manusia wajib tolong menolong antara satu sama lain dan balasan dari bantuan itu sepatutnya HANYA DARI ALLAH.

Apa yang bank "islam" buat, belikan dan jual dengan harga mahal yang belum tentu betul harganya 20-30 tahun akan datang. Jadi balasan kononnya menolong umat Islam adalah dengan harga jualan yg dinaikkan dan BUKAN GANJARAN DARI ALLAH.

Saya bukan lulusan Quran, bukan lulusan ekonomi dan sebagainya yang menjadi ukuran diterimapakai atau tidak kenyataan/pendapat seseorang itu, tetapi alhamdulillah SAYA BOLEH NAMPAK bahawa sistem pinjaman yg kononnya islam itu sama sahaja konsepnya dengan konvensional, bukan membantu dengan ikhlas, tetapi menjadikan manusia HAMBA KEPADA BANK. Ya, Allah menghalalkan perniagaan tetapi mengharamkan riba', jika wangkertas itu adalah riba' dengan penurunan nilai dari inflasi saban tahun, bagaimana lak ianya boleh diniagakan sebagai oleh orang islam dengan berselindung disebalik bank?

Apa pilihan rakyat miskin? Sewa sajalah rumah dan jangan beli, saya dah bagi contoh siap dengan perkiraan mana yang baik, bukankah itu juga salah satu pilihan? Lagi satu pilihlah pemimpin yang nawaitunya LILLAHITA'ALA dan bukannya LILLA "FULUS", LILLA "DUNIA" atau LILLA KRONI.., maka barulah bank yang benar-benar islam atau bank kebajikan membantu sesama manusia boleh diwujudkan dengan memberi pinjaman tanpa berselindung disebalik jual beli. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

salam

MANTAP!!!!.................

joe penang berkata...

Mulanya sy sependapat dgnmu. Itu dulu...
Setelah mengaji dengan beberapa ust dan membaca blog uzar, baru atau. Tak sama bank islam n riba.
Tak tau nak terang camna. Bincanglah dengan uzar atau mn2 ust yg faqih dlm kewangan islam nih

Helmis berkata...

Assalamualakum Joe,
Sudah menjadi lumrah manusia akan mengikut apa yg memberi keselesaan kepada diri mereka yang terang, nyata dan jelas dengan mata fizikal hingga tidak dapat melihat dengan mata hati apa sebenarnya yg terlindung dan tidak kelihatan.
Sebelum menerima bulat2 apa yg dikatakan oleh golongan tertentu, lihat dan kaji dimana mereka berada. Jika mereka hidup dengan dibayar gaji oleh bank, maka sudah tentulah mereka tidak akan menggigit tangan yg memberi mereka makan.

Saya tidak dilantik untuk menghalang sesiapa meminjam baik dengan bank islam atau tidak, cuma apa yg saya cuba bawakan disini adalah baik pinjaman islam atau konvensional, ianya sama sahaja meletakkan manusia ketaraf menjadi hamba kepada golongan yg kaya, dan mereka ini juga yg akan mengawal negara dengan mengkorupkan pemimpin, memberi rasuah dan sebagainya agar kerajaan melakukan tindakan untuk menjaga kepentingan mereka.

Jika tak mengapa baru-baru ini rakyat harus mengikat perut? Fikir2kanlah...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Contoh pengiraan dgn meletakkan kos rumah RM300k adalah agak tinggi. Kebanyakan dari kita tak mampu untuk membeli rumah RM300K. Cuba letak pembiayaan pada RM50K (rumah medium-cost) dan lihat buat perbandingan dengan sewa rumah.
Rata-rata sewa rumah di KL dan sekitar paling rendah pon RM500. Mungkin boleh dapat dalam RM300. Tetapi ini agak sukar sedikit. Dan bolehkan kita mengandaikan bahawa tuan rumah tidak menaikkan kadar sewa dalam tempoh 10 tahun atau 20 tahun? Pembiayaan islamic banking RM50K bayaran bulanan RM596 untuk 10 tahun (kadar keuntungan @ 7.6%). Jumlah yg dibayar kepada bank selepas 10 tahun adalah lebih kurang RM72K.
Jadi jumlah RM500 untuk bayar sewa (dgn andaian sewa rumah kekal tanpa perlu berpindah jika tuan rumah menaikkan sewa untuk tempoh 10 thn) selepas 10 tahun = RM60K.
Beza antara menyewa dgn bayaran pembiayaan adalah RM12K. Point saya, jika menggunakan pembiayaan dari bank selepas 10 tahun rumah tersebut milik kita. Kalau sewa, bukan milik kita. Dan selepas 10 tahun kita perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli rumah cash. Low cost di KL dalam RM35K. Jadi kos untuk beli cash berjumlah RM60K + RM35K = RM95K.
Pada saya pembiayaan secara islam adalah alternatif yg kita ada pada masa ini untuk mereka yang tidak berkemampuan membeli cash. Tetapi kita juga perlu tahu jumlah pinjaman yang optimum. Kalau RM300K tu memang lah menjadi hamba bank. Tetapi jika kurang dari RM70K masih lebih baik jika dibandingkan dengan menyewa yng kadarnya sentiasa naik.

Lizam

Tanpa Nama berkata...

salam..

kepada ustaz2 sekalian, jika ingin membuat sebarang kenyataan pastikan benar2 tepat dan jika perlu, rujuk dahulu dengan ahli yang pakar dalam bidang masing2...
ini kerana, kata2 anda mudah mempengaruhi orang2 setempat yang kurang pengetahuannya...

kita bimbang, hasil dari artikel yang keliru, masyarakat menjadi bertambah keliru...

raunaza~

Tanpa Nama berkata...

salam, nme saya afwan.
tulisan saya ditujukan khas kepada tanpa name.
saudara sedar x yg saudara helmi meletak jumlah wang di atas hanya utk menerang dan utk membuat kite berfikir tentang bagaimana kita boleh terjebak dgn riba'. tidak kisah la kite kne bayar skit ke bnyk ke..tpi riba' ttp riba' dan riba' itu haram..cbe saudara diam dan berfikir sejenak...jgn lah berfikir utk diri sendiri, berfikir utk owg lain gak..cbe la saudara ikuti dokumentari "the arrival" dari awal hingga akhir, muga2 saudara dpt melihat dgn 2 mata yg diberi oleh Allah. kurangkan lah ego saudara. semoga kita semua mendapat petunjuk.

Helmis berkata...

Terimakasih Afwan,

Saudara Lizam, menjadi hamba dengan hutang 300K dengan hamba 70K tiada bezanya, hamba tetap hamba dan inilah yang amat dimurkai oleh Allah kerana manusia adalah hambaNya dan bukan hamba kepada individu lain atau organisasi seperti bank baik konvensional atau islamik.

Jika kita hanya melihat dunia ini dengan mata fizikal, besar kemungkinan kita akan menjadi pengikut dajjal yang bermata satu, iaitu celik mata tetapi buta hati. Lihatlah dunia ini dengan mata hati dan bukan sekadar mata fizikal kerana mata fizikal akan membusuk reput didalam kubur, tidak dengan mata hati yang mana dengan mata itulah nanti kita akan menemui Allah nanti, insyaallah.

Helmis berkata...

Saudara Rauzana-

Mengapa manusia manjadi keliru dan manusia yang macamana akan keliru?

Manusia menjadi keliru kerana ianya berbeza dari norma-norma kehidupan, norma kehidupan tidak semestinya suatu yg diberkati Allah, contohnya negara yg punyai judi kerana ingin menjaga hati kafirun, adakah ianya dibenarkan oleh Allah? Tak hairanlah mengapa negara kita semakin teruk keadaanya baik dari segi ekonomi mahupun masaalah sosial.

Manusia yang bagaimanakan yang akan keliru? Mereka yang tidak mahu berfikir, yang frontal lobenya sudah lemah kerana tenggelam dengan hiburan, TV, filem sukan dan sebagainya, mereka yang hidup ibarat robot dan menerima sahaja arahan dari mereka yang berada ditangga atas kehidupan. Ini yang amat diinginkan oleh pemerintah korup, "duduk diam, jangan banyak cakap, terima sahaja apa yg ulamak aku fatwakan kepada kamu semua".

Jika anda sedar bahawa anda keliru, apakah tindakan selanjutnya? Adakah menghentam kata ustaz-ustaz atau berusaha mencari penjelasannya kepada nya dengan belajar mengenainya, membuat penyelidikan, bertanya, membaca dan yang paling utama sekali berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk?

Pilihan ditangan anda... untuk kekal keliru atau berusaha mencari penyelesaiannya. Ustaz2 sekalian hanyalah memberi ketukan minda kepada mereka yang sedang lena diulit mimpi indah kehidupan dunia ini.

zareef berkata...

Assalamualaikum saudara Helmis,

Alhamdulilah, saudara telah membawa topik ini dengan baik sekali. Saya amat jelas dengan setiap perkara yang ingin disampaikan oleh saudara. Dengan pemahaman yang saya perolehi daripada artikel ini, dapatlah saya menyampaikan pula kepada saudara-saudara Islam yang lain, Insya-Allah.

"sami'naa wa atho'naa"

mandak berkata...

salam...
setelah membaca artikel ini, terbuka minda saya untuk menilai kembali islamic financing yg ada sekarang. Alhamdulillah, Allah menemukan saya dgn blog saudara.. InsyaAllah, saya skrg dlm proses melupuskan/melangsaikan segala mcm bentuk pinjaman walaupun perit,namun usaha tetap perlu diteruskan disamping berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah.. InsyaAllah, saya yakin Allah pasti membantu hambaNya.. Dugaan/ujian pasti ada,krn itulah aras penunjuk keimanan kita..

Tanpa Nama berkata...

sama ja conversional dan 'islamic'..hutang tetap hutang...nabi tak galakkan berhutang...byk musibah eg. mudah kena tindas, tertekan , tension dan ada unsur penindasan dll...alias ahmad

Tanpa Nama berkata...

Salam.....
alhamdulillah,telah banyak saudara kita di luar sana yang mula sedar akan bahaya risiko berhutang.berhutang menjadikan kita hina di siang hari dan resah gelisah di malam hari.kita sebagai wanita dan isteri harus sama2 membebaskan keluarga kita dari hutang.tanamkan sifat qanaah,zuhud dalam rumahtangga kita kita.belilah sekadar keperluan bukan mengikut perasaan.INGAT! apa yang kita beli,harta yg kita ada akan dihisab di akhirat nanti.ikhlaslah kerana ALLAH,insyaallah kita tidak akan malu kepada manusia.

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya mohon pandangan dr saudara2 sekalian... saya ada sebuah rumah yg dibeli dgn pinjaman riba. nilai pasaran sekarang rm230k. saya dlm proses menjual,tapi belum ada pembeli. dah 3 bulan iklan tapi belum terjual. soalan saya:

1. perlukah saya teruskan pembayaran bulanan hingga terjualnya rmh tersebut? tidakkah saya masih mengamalkan riba jika terus membayar rmh tu?

2.perlukah saya biar bank lelong rumah tu? jika lelong lebih dari hutang ok, kalau krg dari hutang nanti saya perlu topup. adakah topup tu ada unsur riba?

3.jika ada pembeli rumah saya,dan dia pulak muslim,guna pula islamic financing, berdosakah saya krn menjual dan membenarkan dia buat loan. atau perlu saya jual pada non-muslim shj?

4.saya ada sebuah lagi rmh apartment beli guna loan islamic atas nama isteri. itu pun saya nak jual,tapi mslh dgn wife plak.. dia taknak jual.. dia nak bagi sewa.. puas dah saya pujuk tapi dia taknak jugak..

tlglah saudara2 sekalian, saya taktau nak buat mcm mana. saya dah berusaha keluar dari rmh tu dan skrg hanya tinggal di kuarters yg disediakan majikan demi utk keluar dr belenggu riba. kereta pun saya dah jual, pakai kereta 2nd je..beli cash,hati dah tenang... tggal rmh nie je yg buat tak tenang..
saya sentiasa berdoa agar Allah bukakan jalan untuk keluar dari maksiat ini.. mohon pendapat saudara sekalian..

terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

bro..
saya nak tanya sikit..
bagaimana jika bank islam memperniagakan rumah tu..
contohlah harga rumah rm300k kemudian dia beli rumah tu dan jual kat kita dengan harga 400k..
tapi bayar dalam masa 30 thn..
so 100k tu untuk 30 tahun..

bukankah benda ni sama macam kita berniaga barang runcit..

harga biskut ialah rm 1.00
tapi selepas peniaga membeli..
dia menjual kepada pengguna dengan harga rm1.50..
rm0.50 dikira keuntungan kan..

risikonya ialah jika tak terjual..
biskut expired..
peniaga akan rugi..

nampaknya saya sendiri telah faham setelah menulis..
apa yang dimaksudkan dengan risiko..

bank islam tidak akan menanggung risiko jika rumah yang dibeli rosak..
maksudnya jika kontraktor buat rumah tu cincai..
bank islam tidak akan menanggung pun kerosakan rumah itu..

tapi jika biskut telah expired..
kita boleh pulang pada peruncit..

terima kasih..

alhamdulillah..

http://haikalisme.blogspot.com

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Haikal,

Itulah salah satu hikmahnya menulis, terpaksa berfikir untuk menyusun ayat, jadi ada kalanya kita temui jawapannya. Alhamdulillah.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Bro Tanpa Nama

Pertama sekali saya ucapkan syabas atas usaha saudara untuk kembali kepada pegangan Islam, selangkah kita kepada Allah, sepuluh langkah Allah akan menghampiri kita, insyaallah akan diermudahkan.

1. Mana yang lebih menyusahkan diri sendiri dan juga pihak lain? Tak bayar atau terus bayar? Bab nilai wang sudah cair disebabkan wang baru sudah diwujudkan didalam kitaran disebabkan oleh pinjaman kita itu tadi sudah terlambat untuk dihentikan jadi tak perlulah menyusahkan lagi insan lain termasuk diri sendiri yang kena turun naik mahkamah pulak nanti, jadi pada pandangan saya teruskan membayar tetapi pada masa yang sama giatkan usaha untuk mencari pembeli.

2. Seperti saya katakan tadi, janganlah menyusahkan orang lain, lebih baik ita jual rumah itu dengan harga murah dan selesaikan dengan cara baik dari terpaksa memalukan diri sendiri dengan nama terpampang dalam akhbar yang rumah kita kena lelong.

3 Pada pendapat saya tidak perlulah kita bertanya kepada pembeli bagaimana dia akan membayar kepada kita, tetapi jika pembeli bertanya mengapa mahu jual maka berkatalah terus terang iaitu kita mahu berhenti dari bergelumang dengan riba' walaupun itu mungkin akan membuat pembeli itu tidak jadi beli rumah kita itu. Mana tahu jika Allah temukan kita dengan pembeli tunai, yela kan, mana tahu nanti ada yang kena judi bola boleh beli cash... hehehe...

4. Tidak semua manusia boleh memahami akan riba' dari pintu belakang ini, mungkin sebab itu amat sukar juga untuk menimbulkan kesedaran. Perbanyakkanlah perbincangan dengan cara yang baik dengan isteri hingga dia faham akan hal riba' ini. Amat sedih kerana sedangkan isteri nabi pun ada yang kekal bersama mereka yang mengingkari Allah seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth, perbanyakkan kan doa dan usaha moga isteri kita akan beroleh hidayah dari Allah.

Jika sudah wujud kesedaran dihati, bertaubat dan meminta ampun dari Allah disebabkan kealpaan kita sebelum ini, Allah akan buka jalan penyelesaiannya dan akan dipermudahkan oleh Allah. Insyaallah dan PERCAYAlah pertolongan Allah itu akan tiba.

abdullah berkata...

Bismillahirrahmanirrahim.

Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, pentingNya ilmu yang diizinkanNya kita mengenaliNya, supaya kita sedar akan bahawa keagungan diriNya yang memiliki segalaNya, serta kedudukanNya dan kedudukan kita di sisiNya.

Segala pujaan dan pujian hanya bagiNya, yang dengan kerahmatanNya melantik Muhammad bin Abdullah S.A.W., menjadi ciptaan pilihanNya membawa kita keluar dari gelapNya kejahilan kepada terangNya keimanan dengan kerahmatan dan kelembutanNya, memancarkan cahayaNya yang bersinar menerangi hati dan minda kita dengan izinNya.

"sami'naa wa atho'naa", "kami dengar dan kami patuh", kerana Dia ingin membawa diri-diri kita kepada keredhaanNya supaya kita sentiasa mengharapkan kedekatan kepadaNya seperti yang diizinkanNya.

Apakah darjat kaum keluarga di sisi kita yang kita bertanggungjawab memberikan keselesaan atau kemewahan dengan pemilikan harta-harta dunia fana ini melalui cara-cara yang syubhah jika dibandingkan dengan hakikat keredhaan Pencipta yang Mencipta dan Memiliki segalaNya?

Apakah darjat memiliki harta dengan cara yang tidak jelas interpretasinya oleh ahli-ahli ilmu dengan akurnya kita kepada ketentuanNya yang Maha Adil dan Lemah Lembut yang Maha Mengetahui?

Apakah dengan berhutang dan meminjam atau dibiayai atas nama tanggungjawab sebagai seorang bapa, suami atau anak dapat menjamin kesejahteraan dengan hakikat kehambaan di mana yang berkuasa hanyalah diriNya?

Allah s.w.t Maha Awal dalam segala-galanya. Maha Awal pada mengingat makhlukNya dengan kebaikan rahmatNya berupa nikmat-nikmatNya bersamaan dengan kehendakNya pada zaman azali menciptakan wujud makhlukNya.

Kami yang daif, hina lagi kerdil ini memikirkan kekeliruan pada permulaan fikiran-fikiran kami tentang 4 macam:

1) Kami mengira bahawa kami yang mengingati Allah, kemudian kami sedar bahawa Allah yang jauh sebelumnya mengingati kami.

2) Kami mengira bahawa kami yang mengenal Allah, kemudian kami sedar bahawa Allah yang Maha Mengetahui yang jauh sebelumnya mengenal kami.

3) Kami mengira bahawa kami yang mencintai Allah, kemudian kami sedar bahawa Allah yang jauh sebelumnya mencintai kami.

4) Kami mengira bahawa kami yang menghendaki Allah, kemudian kami sedar bahawa Allah yang jauh sebelumnya menghendaki kami.

Kami berusaha, dan Allah jugalah pengizinNya.

Wallahutaa'la a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Penjelasan dan kupasan yang menarik!Terbuka hati dan minda saya.
Tapi, drp komen2 yg diberi, saya jadi agak keliru.
Namun, saya takkan biarkan diri terus keliru, semoga Allah beri ilmu dan hidayah kepada saya
agar tidak tergolong dlm golongan 1 drp 1000 yg masuk neraka tu...
Nauzubillah.

-Tandus ilmu-

soleh berkata...

sy seorang pljr...sy mmnjm ptptn.. sy brjnji itulah kali prtame n terakhir sy terlibat dgn riba'... thnks..

Ihya-Ulumiddin berkata...

Berkata benar itu pahit tetapi disitu juga la manis akan terpancar.

persoalan yang ingin disampaikan diri adalah bukan hendak menakutkan orang tetang apa yang telah kita lakukan yang lepas , tetapi kesedaran tetang siapakah kita?

untuk tujuan apakah kita dilahirkan didunia.

bukan atas logic atau rasional otak berfikir. tetapi apa yang kamu atau saya percaya dan yakin tetang peraturan dan kehendak Allah Azza wa Jalla.

Jika yakin bahawa Islamic bank sekarang tiada unsur riba / backdoor riba maka teruskan. tetapi jika benar ia adalah riba. maka berfikirlah. adakah kita hamba Allah atau Dunia?

bukan ustaz/sheikh dijadikan sumber hukum tetapi ia dijadikan kekuatan membenarkan sumber hukum. hukum hanya boleh di keluarkan berpandukan dua sumber iaitu Quran dan Sunnah(Hadis yang membenarkan Quran), walaupn hukum itu dari ijma para sahabat (Rasulullah) tetap tidak boleh bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita faham sistem zakat dalam islam sebenar-benarnya, anda akan diperlihatkan zakat itu penyelamat kewangan dalam umat islam dan tak nampak pun sistem bank tersebut membantu kewangan kita, malah membantu kewangan mereka-mereka yang berkempentingan dan menindas kita dengan menggunakan kewangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

http://www.zaharuddin.net/content/view/587/101/

MIE berkata...

Assalamualaikum...

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR......ALLAHUAKBAR...

Car Meng berkata...

Saya bersetuju dgn saudara penulis.

Memang apa yg saya renung-renungkan selama ini, apa yg saya ragu-ragukan selama ini ternyata benar. Dari segi logiknya pun saya dah dapat menghidu kegiatan penindasan dan pengamalan riba oleh bank-bank ini. Saya juga penonton siri The Arrival dan pengikut Sheikh Imran Hosein. Saudara saudari yg memberi reaksi negetif terhadap artikel ini diharapkan dapat keluar dari tempurung, membuka mata seluasnya dengan mencari kebenaran.

Kebenaran ada pada sejarah yg benar. Belajar cari maklumat bagaimana wang dihasilkan, siapa yg mencipta wang kertas, kenapa ia dihasilkan, bagaimana ia dicetak, siapa yg mengawalnya, apa itu perjanjian Bretton Woods, apa yg berlaku disebalik The Great Deppression dan sebagainya.

Zaman ini kebenaran tidak akan dapat dari kaca TV, media main stream, astro dsb. Cuba belajar cari kebenaran itu. Saya terdetik mencari kebenaran melalui persoalan 'Mengapa perang dunia tercetus, apa penyebabnya, siapa dalangnya?' Alhamdulillah saya dibawa kepada kebenaran dan tahu apa yg sedang berlaku didalam dunia kita ini termasuklah kisah kewangan dunia, kisah riba dan kisah bank.

Apa yg kita lihat seperti perkara normal dizaman ini sebenarnya amatlah tidak normal kalau dikaji sedalamnya. Pernah tak kita terfikir sesuatu sistem atau perkara yg telah atau sedang kita lakukan sekarang ini kurang betul atau tak betul tetapi bila kita lihat orang lain pun melakukannya maka kita berfikiran bahawa perkara yg sama yg kita buat tu adalah betul. Anda faham maksud saya bukan?

Kita telah jauh meninggalkan Al-Quran dan sunnah sebab itulah kita telah dibutakan dgn mudah oleh pihak barat, zionis dan sekutu-sekutunya iaitu syaitan dan Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj.

Faridzul berkata...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum...

saya yg kurang arif in confused sedikit dgn contoh saudara jika kita menyewa rumah dimana saudara mengatakan seperti berikut;

"Katalah anda menyimpan dengan pulangan purata 5% setahun, selepas 20 tahun dengan menyewa, lebihan dari sewa berbanding membeli sebanyak RM 798.65 sebulan itu akan mencecah hampir RM 300 ribu. Bukankah hidup sebegini lebih berkat dengan mengelak diri dari riba' dan masih ada wang ditangan yang mana boleh membeli rumah dengan tunai tanpa riba'?"

di mana pulangan purata 5% dari penyimpan itu bukankah kita menerima riba/interest/faedah dari mana2 instutusi kewangan juga? jadi dimanakah berkatnya? bukankah sama jika kita dikenakan riba dan menerima riba? kerana dgn menerima riba juga akan menyebabkan pihak yg satu lagi dikenakan riba?

mohon pendapat saudara sekalian..

terima kasih...
salam..

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Ijoi,

Tahniah atas ketajaman pemerhatian saudara terhadap isu riba' ini, memang benar jika kita menyimpan didalam institusi yang perbankan, sudah tentulah hasil pelaburan itu juga dikira riba' maka tiadalah gunanya kita menyewa untuk lari dari riba' pada awalnya tadi.

Pelaburan yang saya maksudkan adalah pelaburan yang halal, banyak institusi kewangan yang mencanangkan pelaburan islamik di kaunter syariah yang heboh diperkatakan akan kehalalannya itu. Walaubagaimanapun saya mempunyai pandangan sendiri terhadap pelaburan tersebut dan saya sudahpun menjual semua pelaburan saya untuk membayar hutang rumah, saya juga tidak mahu lagi akan terlibat dengan pelaburan sedemikian walau di klasifikasikan halal oleh penasihat syariah syarikat tersebut.

Jika kita kumpul RM798.65, genap setahun hampir 10K sudah terkumpul, itu sahaja sudah cukup untuk kita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, pelbagai cara dapat kita usahakan untuk memberi perkhidmatan kepada insan lain, berniaga burger contohnya dimalam hari dari lepak mengadap TV, membeli barang secara pukal dan kemudiannya jual secara langsung kepada kenalan ataupun secara online. Belajar ilmu baru dan kemudiannya mengajarkannnya kepada insan lain (tusyen).

Banyak cara yg boleh dilakukan untuk mendapatkan balik pulangan 5% atau lebih dari simpanan kita itu, cuma percaya atau tidak sahaja, sukar untuk mempercayainya kerana kita tidak nampak samada ianya akan berhasil atau tidak. Allah SW itu maha pemurah dan akan senantiasa membantu mereka yang berusaha untuk mendapat keredhaannya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Apa yg kita fikirkan itu samada boleh atau tidak akan menghujani sel-sel didalam tubuh yang membentuk minda separuh sedar. Henry Ford yang merupakan pelopor industri permotoran juga berkata berkata samada kita kata kita boleh atau tidak, keduanya adalah betul, fizik kuantum menyatakan kita mencipta realiti hidup dari apa yang kita fikirkan. Jadi piilihan sebenarnya ditangan manusia itu sendiri. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

saya mempunyai pendapat sama seperti en helmis, sebenarnya kita masih banyak cara lagi nak lari dari riba tersebut, kalau kita miliki ilmu yang kuat tengtang bagaimana wang berfungsi, kita akan lakukan perkara yang benar dan terbaik...

Tanpa Nama berkata...

saya ada berdebat dengan seorang sahabat mengenai riba& saya mengatakan 'perbankan islam'/kadar faedah atau apa saja istilah perbankan untuk mengantikan interest sbg 'sembelih babi dengan bismillah' tapi sahabat saya membalas 'kena belajar hukum feqah'..dalam ilmu feqah apabila sesuatu keaadan tu boleh bertukar dengan niat kita,contohnya kita nak bawa Al-Quran tanpa wuduk, kita boleh meletakkan jarum dalam Al-Quran& berniat kita bawa jarum..begitu juga dengan pinjaman, maka dibolehkan kadar faedah tersebut..persoalan saya betul ke?

Helmis berkata...

"Nak bawa Al-Quran tanpa wuduk, kita boleh meletakkan jarum dalam Al-Quran & berniat kita bawa jarum?" Pada pendapat saya ini sudah merendahkan tahap AlQuran, samalah juga menghalal riba' dengan niat memberi penjaman untuk membantu muslim memiliki rumah. Riba' tetap riba' dan Al Quran tetap suatu yang perlu dipelihara dan bukan untuk digunakan sebagai "alat" untuk melakukan perbuatan lain. Harap rakan saudara itu berfikir kembali adakah contoh yang beliau berikan adalah contoh yang baik, pada pendapat saya tidak sama sekali.

Tanpa Nama berkata...

ermm..mcm mana klu kita bli rumah dgn loan kerajaan? Kadar yg dikenakan sebanyk 4%. Tidak akn ada pertambahn wlpn BLR naik....
bila terbaca artikel pnulis nie..saya rasa takut..rasa diri ni dh terjebak dgn riba'..kereta, rumah,ptptn..Ya Allh..mcm mana saya nk selesaikan semuanyer..wlpn saya sedar apa yg saudara pnulis katakan bnyk kebenarannya...saya xnk termsuk dlm golongn yg memakan riba'..nauzubillah..

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum...

hanya mengisi ruag kosong sahaja untuk fikir bersama...jika kita membeli kereta...bank akan mengatakan ianya skim sewa beli hire purchase bukan pinjaman...adakah pembeli bersetuju dengan nilai perjanjian diantara pembeli dan peminjam iaitu bank di anggap riba? sama juga dengan membeli rumah dengan meminta bantuan bank membiayai pembelian tersebut..si pembeli bersetuju tanpa paksaan dari bank dengan nilai tersebut dari bank juga di anggap riba? setahu saya jika tiada paksaan diantara pembeli dan pemberi pembiayaan tidak dianggap riba betul kah itu? jika dirasai ditindas maka tidak perlu lah mempersetujui nilai didalam jual beli tertsebut..

Helmis berkata...

Waalaikumsalam, benar saudara bahawa jika rasa ditindas maka tidak perlu lah bersetuju dan saya hanyalah sebagai penyampai tidak mendapat apa-apa pun keuntungan jika saudara bersetuju dengan saya. Point yg saya ingin kemukakan adalah mereka yg bersetuju ditindas ini sebenarnya diper"hamba"kan oleh makhluk lain selain dari Allah SW iaitu mereka yg bernama bank. Manusia akan inginkan keuntungan dan pendapatan yg lebih baik dari pekerjaan mahupun perniagaan hanya kerana mahu memenuhi syarat makhluk bank itu membayar balik pinjaman dengan kadar yg berganda. Akibatnya manusia tiada lagi punyai masa untuk dekat kepada Allah SW, mungkin tidak pada diri anda akan tetapi jika kita lihat dari sudut keseluruhan (wholism) masyarakat, itu yg sedang terjadi. Manusia semakin jauh dari Allah SW dan semakin sibuk mengejar dunia.
Dunia akhir zaman ini perlu lebih dari ilmu untuk melihat pembohongan kerana zaman dajjal ini penuh dengan muslihat. Moga Allah SW memberikan "nur" kepada seluruh umat Islam agar dapat menyuluh jalan hidup mereka agar lebih dekat kepadaNya, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

Adakah anda menyewa atau membeli rumah?

Apakah kereta yg anda pakai skrg?

Helmis berkata...

Waalaikumsalam, diMalaysia saya membeli rumah, di Abu Dhabi saya menyewa. Di Malaysia kereta toyota tahun 2003, di Abu Dhabi kereta nissan tahun 2007. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Saya ada beli rumah utk pelaburan.Ada gurantee 10%peryear. tapi, rumah tu jatuh harga,pemaju isytihar bankrup. Bank tak bertanggungjawap mengenai gurantee tu. Mmg tak untung beli rumah.

AkuMuzikFilem berkata...

Bukan ke interest yang dikenakan tu sebagai bayaran perkhidmatan(service charge)? Tak boleh ke kita anggap pinjaman yang kita dapat adalah produk yg kita beli dari bank/institusi kewangan, maka tentulah ada sedikit komitmen membeli(dalam kes produk pinjaman, harga/komitmen yang kita bayar ialah interest yang dikenakan). Bagi situasi dan kes mudah. Jika kita pinjam RM1000, interest 3% menjadikan jumlah bayaran balik RM1030. Tidak bolehkah lebihan RM30 itu dianggap untung buat bank sebab mereka menanggung kos2 lain yg melibatkan operasi pemberian pinjaman. Apa2 perniagaan pun memerlukan keuntungan bukan, cumanya produk yg berkaitan financial services ni, jenis intangible/non-physical products.(produk tak nampak/bukan fizikal). Sekadar pandangan saja, jangan diambil sebagai hukum/fatwa pula.haha. Aap2 pun sangat kagum dengan penulis yang berjaya keluar dari lumpur dan segala noda kapitalis, memang terasa nak ikut, tapi tak cukup kuat. Cuma merujuk pada beberapa pakar ekonomi islam, seperti Ustaz Zaharudin, kita tak perlu seekstrim sebegitu. Sebab kalaulah semua taknak libatkan diri langsung, dari sistem ekonomi konvesional sampai kerja bank pun taknak, maka lagi teruklah kita ditindas dan ditipu oleh golongan pengamal ekonomi konvesional.

Norisam AR berkata...

Salam Tuan,

Minta kebenaran untuk share artikel dalam blog tuan dengan kawan-kawan saya, demi kebaikan semua.... insya -Allah.

Nuzul berkata...

Sudah lama saya cari artikel sebegini. Kadang-kadang terfikir kalau betul bank memberi pinjaman untuk membantu orang ramai kenapa perlu ambil untung sampai 2 kali ganda?

Pernah kah kita terfikir kalau semua orang tak nak buat pinjaman beli rumah malah sanggup kumpul duit untuk beli cash adakah rumah akan jadi semahal sekarang? Saya rasa rumah akan jadi murah dan mampu dimiliki dengan cash. Yelah kalau jual mahal siapa yang nak beli.

Cuba tengok datuk nenek kita zaman dahulu?mereka tidak menggunakan bank untuk membeli tanah malah kumpul duit hasil titik peluh untuk beli dan buat rumah. Mereka malah dapat kumpul harta untuk diwarisi anak-anak. Harga tanah masa tu beribu-ribu sahaja tak sampai puluh-puluh ribu. Yelah kalau harga ratus tibu mana ada orang nak beli.

Cuba fikirkan...kita sebenarnya dipermainkan oleh pemodal kapitalis dengan set minda kita yang kita tidak mampu kumpul harta tanpa berhutang...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara shafandy, terima kasih atas ketukan minda ini.
Saya Sarah, n saya follow saudara di youtube channel, sampaila ke sini. Saya umat manusia yg dah terlalu terjebak n terperangkap dlm hutang2 n riba'! Maka sy berdoa utk diberi petunjuk, bagaimana nk keluar dr penghambaan ini. Sy belum ada rumah sendiri, sbb dah diblacklisted oleh bank kerana tanggungan hutang2 yg xdapat dilangsaikan akibat sy kehilangan kerja 3 tahun lalu. Pd hari ni, sy syukur sgt sy diblacklisted! Xdela sy nak apply housing loan n terus2an terjebak dlm perangkap yahudi ini. Pd pandangan kasar sy, nmpk mcm satu strategy supaya fikiran umat manusia hanya tertumpu pd cari wang utk bayar hutang. Gaji sengaja dikecik2kan supaya manusia terus terdesak n memilih utk "dibiayai (konon)" oleh bank. Mmg benar, sy telah jd hamba, bekerja 36jam sehari utk mendapatkan wang, terlalu penat utk sembahyang, baca quran, apetah lg mendengar ceramah agama. Sy terbangun dr tido suatu hari, n tersentak dgn satu soalan yg menerpa ke otak sy, APA SEBENARNYA TUJUAN KAMU HIDUP DI DUNIA NI WAHAI SARAH?" Tersentak dgn soalan itu, sy terus lari dr kerja, n mencari jawapan pd soalan di atas. Semenjak itu berpuluh2 surat saman dr bank smpi ke rumah, n beratus2 panggilan telefon dr debt collector yg telah mengaibkan sy pd bekas2 teman sekerja n saudara mara ttg sy hutang tp xmampu bayar. Alhamdulillah, sy xdihalau dr rumah, kerana sy menyewa. Kalau sy beli rumah, confirm sy merempat bwh jambatan sekarang. Saya gembira saudara shafandy mengutarakan topic sewa beli rumah ni. Tapi sekarang, fikiran sy sdg dihasut oleh seseorg yg mengatakan, apabila kita menyewa rumah, kita pun sbnrnye telah men"support" urusniaga riba' oleh pihak bank, dgn men"supply" duit kpd owner rumah utk diberi pd bank. Apa pandangan saudara?

Helmis berkata...

Waalaikumsalam saudari Sarah,

Persoalan tersebut selalunya ditanya oleh mereka yang pendek akal, pada pendapat saya frontal lobe yg sangat lemah dek hiburan lagha, rokok dan sebagainya. Keberkesanan tindakan kita itu tidak dapat dilihat sehari dua, malah mungkin berpuluh tahun lamanya, akan tetapi ianya sama juga dengan riba', lebih besar riba' nya makin cepatlah golongan kurang upaya dan miskin tertindas dan begitu jugalah sebaliknya.

Apabila kita tidak membeli, kita tidak bersubahat mencipta wang baru yang mana itu pelincir kepada inflasi, memanglah tuan rumah kita juga tidak semestinya beli dengan cash, akan tetapi berapa banyak rumah boleh dibeli oleh individu untuk disewakan? Akan sampai satu masa yang mana jumlah maksimum rumah boleh dibeli oleh individu mahupun syarikat akan sampai kekemuncaknya, dan pada masa itu juga golongan yang menyimpan sudah mampu membeli rumah dan tidak lagi menyewa. Dan cepat atau lambat kesannya bergantung kepada berapa ramai yang melakukannya iaitu menyewa dan mengumpul wang membeli dikemudiannya.

Memanglah seolah-olah kita menyokong mereka ini (tuan rumah) akan tetapi "subahat" kita kepada owner itu akan memberi kesan besar dikemudian hari kepada semua umat manusia. Ditambah lagi pula jika ramai "tuan rumah" yang punyai kesedaran akan bab riba' ini, sebab itulah memberi kesedaran amat penting.

Apabila rumah tiada penyewa dan wang baru tidak lagi dicipta dengan pinjaman, harga akan turun (demand & suply) dan apabila tuan rumah tidak mampu lagi membayar bayaran bulanan maka mereka juga terpaksa menjualkannya kepada mereka yang punya wang simpanan.

Tetapi ini memakan masa, bukan setahun dua dan Nabi SAW sudah pun memberitahu akan tiba masanya dimana susah untuk mencari orang miskin yang boleh menerima zakat. Dan inilah ujiannya, siapa antara kita yg terpedaya dan siapa antara kita yang bersabar dengan menahan diri dari diperhambakan.

Solatlah dengan khusyuk dan kuatkan lah budaya ilmu, insyaallah otak akan mampu berfikir dan melihat lebih jauh lagi kehadapan kesan tindakan masa kini untuk kehidupan akan datang. Semoga berjaya.

Tanpa Nama berkata...

ok faham!!!
= Rising numbers of buyers (in this case, rumah)
will cause an increasing application for loans
= increase DEMAND for money supply from bank
= increase PRICE (rumah)
= INFLATION!

IF TAK BELI RUMAH,
= SEMAKIN KURANG APPLY BUAT LOAN
= semakin kurang demand for money
= harga barang jatuh
= lebih ramai org akan mampu membeli barang (in this case rumah).

Of course, ini akan memakan masa, tapi sy gembira, ada jugak peluang saya untuk berubah ke jalan yg diredhai Allah. Sy fhm maksud anda tentang ketidakupayaan untuk berfikir dlm jangka masa panjang.. kesimpulan sy, kalau hiburan n perkara lagha boleh rosakkan frontal lobe,"HIDUP HANYA KERJA SAHAJA" pula dah melemahkan seluruh otak n minda separuh sedar saya!!

Thanx,
SARAH

Tanpa Nama berkata...

salam..

saya nak tanya.. adakah penulis mmg arif bab fiqih n kewangan Islam..

atau sekadar menonton ceramah Sheikh Imran Hussien n The Arrival semata2 untuk membuat ulasan.

sorry.. i'm not the one who can accept any opinion dari org yang bukan ahlinya/ pakar tentangnya becoz khilaf ulamak fiqih dengan org biasa adalah 2 perkara yang cukup berbeza.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam,

Arif atau tidak terpulang kepada penilaian pembaca, kerana saya yakin dan berani (hasil dari kajian dan pemikiran yang mendalam) saya menulis untuk berkongsi. Rujukan saya bukan setakat ceramah dan filem semata2, mcm jugak nak buat master atau phd, kena ada rujukan yg pelbagai, mungkin saudara hanya baca satu artikel ini sahaja maka sebab itulah saudara memberi komen sebegitu. Bezanya saya belajar sendiri dan bukan dari "U" seperti pakar popular yg keluar TV, radio dan akhbar.

Jika anda hanya terima opinion dari pakar sahaja, silakan, siapa saya untuk menghalang, cuma saya tidak mahu jadi pak turut dan mengikut sahaja apa yg disarankan. Saya sudah pun mengingatkan rakan2 akibat yg menimpa jika kita tidak berhati mengikut pendapat pakar dari artikel "Ulamak Dah Kata Halal..." Melihat kepada keadaan masyarakat kita hari ini yg semakin rosak, pasti ada sesuatu yg teramat tidak kena.

Khilaf ulamak terutama ulamak popular jika berbeza dgn org biasa seperti saya memanglah bersebab, ulamak kerana kerja yang sudah tentu berbalas dgn wang gaji dan pangkat, saya hanya mahukan masyarakat yg celik dan bukan hanya menjadi pak turut agar keadilan sosial dan kewangan dapat dikecapi oleh semua golongan masyarakat. Melihat kepada pendapat pakar popular masa kini, rata2nya hanyalah untuk kepentingan golongan tertentu sahaja.

Masanya untuk sedar dari lena yang panjang ini...

Tanpa Nama berkata...

Dalam Islam sendiri kita dilarang keras untuk berspekulasi atau menyebarkan sesuatu yang kita sendiri tidak arif.

It is not the point yang u ada PhD ker master ker.. Byk wat research ker.. Byk bentang kertas kerja ker. The issue is.. What n which level are u??

Yes, saya accept anda byk merujuk/ membaca. apa yg menjadi persoalan di sini adakah anda berada di tahap layak untuk membicarakan soal tersebut setara dengan penjelasan seorg yang mmg mengkaji hal tersebut secara syariah dan ilmiah.

Besides untuk menerima sesuatu rujukan @ fatwa.. Sewajarnya dikaji dahulu latar belakang pemberi/ penyampai maklumat.. Tak kira siapa pon yang anda rujuk.. Ulamak ker..?? Penulis biasa ker..?? Sejauh mana taqwanya pada Allah. Setinggi mana ilmu dia membicarakan sesuatu. Apakah dia taraf mujtahid atau tidak. dan yang paling penting akidah sebenar dia.

Sbb standard la org Malaysia. Asal org lulusan agama/ timur tengah.. Accept aje apa yang disampaikan. Taktgk dia tu aliran ape. Pemikiran dia bagaimana. Pegangan akidah dia apa. <--sila check balik yea.

Tu yang jadi fitnah dalam masyarakat sebab salah faham dalam agama. Kekadang tu totok/ jumud smacam je.

Kondisi penerimaan sesuatu fiqh tidak bergantung kepada penjelasan pakar sahaja.. Merujuk seseorg yang arif bukanlah terhad kepada seorg shj.

"apa, mengapa, bagaiman, siapa, di mana, kalo begini bagaimana.. kalo begitu bagaimana pula..
kalo darurat camna.. kalo tiada alternatif camna" <-- Perbincangannya cukup luas dan disiplin ilmu fiqih sgt la tinggi dan ketat. Bukan sebarang org boleh berbicara hal tersebut.

Actually saya pon tak halang anda untuk berfikiran sedemikian. Mmg Allah menyuruh hambanya banyak berfikir, menuntut ilmu, membaca. Dan ulamak pon kebanyakkan meminta kita menuntut ilmu untuk lebih jelas lagi akan sesuatu keadaan.. lebih mendekatkan kita kepada Allah. Cuma kat org Malaysia je la masih katak bawah tempurung.

Namun berbalik pada persoalan asal saya, adakah anda sudah berada di tahap yang sepatutnya untuk membicarakan soal hukum hakam??

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,

Perlu diingatkan bahawa semua komen dilaman ini perlu diluluskan oleh saya sebelum ianya dikeluarkan, dan dari ratusan komen-komen pembaca hanya 2 sahaja yang saya tolak kerana mempunyai perkataan yang tidak sopan.

Kalau ikutkan hati dan rasa saya nak buang sahaja komen saudara ni dan tak perlulah saya memecahkan kepala nak menjawabnya, tetapi saya tetap juga meluluskannya.

Sebenarnya jawapan saya kepada komen saudara ini telah pun saya sediakan tetapi sebelum meletakkan ianya disini, saya terlebih dahulu ingin mengetahui.

APA PULA TAHAP SAUDARA YANG MEMPERTIKAIKAN TAHAP SAYA INI?

Janganlah baling batu sembunyi tangan, letaklah nama ke, link blog ke supaya pembaca lain pun boleh menilai tahap hebat saudara itu.

We create our own reality through our thought and action, when we judge people, other people also will judge back on us...

Unknown berkata...

Assalamualaikum saudara2ku..

merujuk persoalan tanpa nama
13 Mac 2011 3:11 AM & 15 Mac 2011 5:14 PM

bukankah di sini tempat berbincang? sila lah beri pendapat anda sekiranya ada kepincangan dalam kupasan isu ini..ingin juga tahu level saudara tanpa nama di mana walaupun melalui dua komen saudara tu sudah memberi sedikit gambaran tentang tahap pemikiran saudara..potong stim lah kate org bila ngah mengikuti perbincangan yang bagus mcm ni tiba2 bace komen mcm tu..


Kepada saudara helmis tahniah diatas keteguhan saudara dalam usaha ini. mulanya aku takut sebab ekonomi sekarang ni hampir kesemuanya bergantung dengan riba'. sasaran mereka(tentera dajjal) hampir tercapai.tapi hasil perbincangan dalam entry ini sedikit sebanyak membuka mata aku tentang penyelesaian yang boleh diambil walaupun tidak secara radikal/drastik keluar dari kongkongan riba' ini namun aku pasti dapat melawannya sedikit demi sedikit. semoga diberi kekuatan untuk kita sama2 menentang sistem ekonomi riba' yang semakin parah ini InsyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Yang sebenarnya kita diajar supaya tidak suka berhutang. Inilah persoalan yang paling pokok. JANGAN BERHUTANG JIKA TIDAK PERLU. Tapi di akhir zaman ini, terlalu ramai manusia yang materialistik....cintakan dunia berlebih-lebihan. Contohnya, Kita disuruh menutup aurat, maknanya kena ada pakaian...tapi manusia materialistik akan pilih pulak pakaian yang berjenama..kononnya supaya nampak lebih konfiden, bergaya dll. Ini semua mainan syaitan jer...sila amalkan baca surah al-Waqiah ( bukan setakat baca tapi lihat jugak tafsirnya) Insya Allah hati kita terbuka sedikit demi sedikit mengenai kebesaran Alah. Dalam surah ini dinyatakan di akhirat nanti manusia akan diasingkan kepada 3 golongan...siapakah golongan itu? sila baca surah berkenaan utk tahu siapa golongan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Belum pernah jumpa penyokong perbankan Islam memberikan pendapat dengan fakta dan rujukan, kecuali meluahkan kemarahan dan cacian serta bergantung kepada ustaz perbankan secara membuta tuli, walaupun jika pegangan bercanggah Al-Quran dan Hadis.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Apa yang saya dapati dari hujah-hujah sdr Helmis dan para pembangkang beliau, ada benaran dan kesalahan masing-masing. Cuma apa yang saya ingin sampaikan disini adalah renung2kanlah al-Quran dalam mencari penyelesaian.


Berhutang.

Janganlah kata kita tak boleh berhutang. Allah lebih mengetahui keperluan hamba2Nya. Surah al-Baqarah ditujukan kepada Orang2 beriman siap dengan cara2nya sekali.

Al-Baqarah

[2:282]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) .... Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[2:283]
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian ... Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


Jual-beli itu halal, Riba itu haram:
Al-Baqarah [2:275]
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Apa itu Riba?

A-li 'Imran
[3:130]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil

riba dengan 'DUA KALI GANDA' DAN 'BERGANDA-GANDA'(berlipat-lipat ganda), dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.


Mengikut lafadziah :
al-riba = riba
wa = dengan
"adghofa" = dua kali ganda

Oleh itu Riba adalah perdagangan atau jual beli yang mengambil untung DUA KALI GANDA ATAU LEBIH.
Biarpun tempoh bayaran balik berpuluh2 tahun tetap tidak boleh melebihi

DUA KALI GANDA.
Contoh : Pinjam 1 ringgit, pulang tidak boleh melebihi 2 ringgit.


Sekian Terimakasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Maaf ejaan silap (arab ke rumi)

اضعافا = dua kali ganda / gandaan

Helmis berkata...

Terima kasih diatas teguran, boleh saya tahu dimana kesalahan saya agar boleh diperbetulkan?

Dunia dari sudut quantum fizik adalah dunia yang kita sendiri cipta bermula dari fikiran hinggalah kepada tindak tanduk, perbuatan dan kelakuan kita sendiri...

Riba' tidak kiralah samada 2 kali ganda, 0.1 kali ganda, riba' tetap riba', menurut pandangan saudara jika pihak perbankan membelikan rumah 500 ribu dan menjual balik 999 ribu dikira dibolehkan, merujuk pada foornote dalam terjemahan quran terbitan AlHidayah publishing pula, riba' yang dimaksudkan didalam ayat tersebut adalah riba' nasiah, jika tidak berganda atau dua kali ganda pun dikira haram juga.

Jika kita mahu berniaga dan mengambil keuntungan berlipat kali ganda, perlu diingat bahawa kita masih bergantung dengan insan lain untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan lain, jadi jika anda atau sesiapa sahaja yang menyokong sistem perbankan islam dan menyatakan tidak riba' tetapi adalah jual beli, maka janganlah marah jika perniaga dipasar juga menjual ikan dan sayur untuk keuntungan berganda.

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Surah Al-Isra 17:7"

Kita semua berkait (entanglement) dan dunia yang kita cipta adalah refleksi dari perbuatan kita sendiri samada sedar atau pun tidak. Nak untung lebih, orang lain pun nak untung lebih, tak kiralah sekali ganda ke atau dua kali ganda.

Tak perlu nak membicarakan isu kecil sebegini, isu yang paling besar adalah sistem perbankan itu sendiri yang tidak sepatutnya wujud sebagai institusi yang mengambil keuntungan. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam sdr Helmis.
Semoga sdr dan keluarga dirahmati Allah.
Alhamdulillah.
Izinkan saya luahkan sedikit pendapat.

Jual-beli tidak sama dengan RIBA.

Jual-beli:
Beli 1 ekor ayam, bayar rm12.00
Beli 1 ekor ayam, bayar 10 biji kelapa.
Lebihan atas jualan dikira UNTUNG.
Namun tetapi sekiranya UNTUNG berlibat kali ganda itu adalah RIBA.
Amalan mengambil untung secara berlebihan atau RIBA. Ianya merugikan orang ramai!

RIBA:
Riba melibatkan pinjaman.
Pinjam 1 ekor ayam, pulang balik 1 ekor ayam juga.
Pinjam RM1, pulang balik RM1 juga.
Pinjam 2 pasang baju, pulang balik 2 pasang baju juga.
Kalau pinjam duit RM1, Pulangkan RM1.20 maka itu adalah RIBA.
Apa juga RiBA adalah haram!


***

Kes Mat nak beli rumah.

Mat mahu beli rumah tetapi hanya mampu membeli secara hutang.
Penjual mahu menjual secara tunai.

Bank tolong (biaya) Mat.
Bank beli rumah dari penjual secara tunai.
Bank jual rumah kepada Mat secara hutang. Bank bukan MEMINJAMKAN wang kepada Mat.Disini tiada RIBA(usury).
Bank mengambil sedikit "keuntungan" bagi tujuan pengurusan oleh kerana pembayaran hutang melibatkan masa yang panjang (30thn cthnya).
Adakah "keuntungan" yang diambil itu adalah RIBA?
Ya, sekiranya "keuntungan" berlipat-ganda. Begitu juga penjual. Sekiranya penjual mengambil keuntungan jualan berlipat-ganda ia juga dikira RIBA.

Apa yang saya nak cadangkan disini adalah bank dan penjual harus bekerjasama dalam mengambil "keuntungan" supaya tidak megambil untung secara berlipat kali ganda.

Saya amat bersetuju apabila sdr mengatakan sistem perbankan itu sendiri yang tidak sepatutnya wujud sebagai institusi yang mengambil keuntungan. Tetapi bank harus "survive" kerana didalamnya ada pekerja2 yang harus "survive" juga.

Pada pendapat saya, bank harus mengambil keuntungan (tidak melampaui batas) di dalam urusan Jual-beli, tetapi dalam soal pinjaman (loan) wang, tidak ada kompromi dlm RIBA!

Sekian terimakasih.

Tanpa Nama berkata...

PERBEZAAN JUAL-BELI DAN RIBA
============================
(oleh Dr Zakir pada minute 2:18 - http://youtu.be/4RcRiR6ELFY)

JUAL-BELI
=========
Keuntungan dalam jual-beli adalah dikira berdasarkan produk jualan, dan saya pasti mana-mana orang yg bergelar penjual pasti mengira keuntungannya berdasarkan kategori, kualiti dan permintaan produk yang hendak dijual. Inilah jual-beli sebenar.

RIBA
====
Keuntungan TIDAK dikira berdasarkan kualiti produk jualan, tetapi berdasarkan jumlah wang dikeluarkan. Tanpa mengira samada rumah/kenderaan berkualiti atau tidak berkualiti, kadar keuntungan adalah sama bagi semua pembiayaan, tanpa mengira jenis dan kualiti produk jual-beli.

Ini berbeza dengan jual-beli kerana bagi dua kenderaan yang tidak sama kualiti, kadar keuntungan adalah tinggi bagi kenderaan yang berkualiti tinggi dan kadar keuntungan adalah rendah bagi kenderaan yang tidak berkualiti.

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama 16 April 2011 1:15 PM

Ulasan saya telah saya letakkan sebagai entri untuk laman soal-jawab. Terimakasih.

http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2011/04/komen-bank-jual-beli-tidak-riba.html

Tanpa Nama berkata...

salam..

boleh sy tau pandangan tuan berkaitan takaful?
andai halal sekalipun, apa hukum modal yang diambil dari syarikat induk(konvensional)oleh syarikat takaful melalui akad pinjaman tanpa faedah..

sekian..

Tanpa Nama berkata...

Assalam...

Nak tanya, Allah menetapkan boleh ambil untung maximum berapa kali ganda agar bukan jadi riba?

Wassalam.

jadelink@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

harga rumah dan harga sewa rumah saban hari saban tahun semakin meningkat dgn mendadak, kalau gaji sederhana, nk kumpul duit lepas 30 thun blm tentu mampu lagi beli rumah lps 30 thun.sbb harga makin meningkat.tambah2 pulak kalo xboleh simpan duit dlm bank sbb melibatkan riba..sbb smua bank islam/konvensional/pelaburan sauadara kta ada unsur riba.dahtu nk simpan duit kt mana?bawah bantal ke...

sistem perbankan islam y ada xckup sempurna lagi sbb baru/kecil.perlukan msa sbb tiada kuasa nk ubah ekonomi scara global..tp jgnla kita lumpuhkannya terus.

kebanyakan masyarakat berpendapatan sederhana/kecil..bkn smua org mampu beli scara tunai hatta kereta 2nd hand harga 10k pon xmampu beli cash.pastu nk pinjam bank islam pulak dikatakan riba pintu blkg.dhtu xbole pakai keretala.kena naik pengangkutan awam.bayangkan nak bwk anak sakit pukul 3pagi hujan lebat kalau xda kereta nak naik apa?naik beca?saudara gaji besar senangla ckp suruh beli secara tunai.cuba pikir sket org y xberkemampuan

ISLAM ITU MUDAH, FLEXIBLE, janganlah disusah2kan sgt..nak beri pendapat boleh tpi berila penyelesaiaannya skali. sahaja sila lah beri JALAN PENYELESAIANNYA APA?mungkin kena berpakatla smua rakyat malaysia jgn pohon pinjaman apa2 dari bank.kalo sorg dua y boikot bank..apa kesannya?.NO POWER.xbole mengubah apa2.

Helmis berkata...

Nabi SAW telah pun berpesan akan angkara Dajjal pada akhir zaman yang mana air yang sejuk itu adalah api yang panas dan sebaliknya. Adakah kita pasti yang MUDAH dan FLEXIBLE berasaskan ciptaan barat itu bukannya api?

Perbankan Islam mengubah Islam untuk tunduk kepada kapitalisme sedangkan sepatutnya mengubah kapitalisme kepada Islam.

Kalau seorang yang cuba membuat perubahan memang tidak memberi kesan, akan tetapi ingatlah apa kata siburung kecil yang membawa air didalam paruhnya yang kecil itu untuk cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim, walau diberitahu oleh rakannya yang lain bahawa usahanya itu adalah sia-sia, balasnya "Sekurang-kurangnya aku tunjukkan kepada Allah SW yang aku telahpun berusaha".

Pilihan ditangan anda, tiada siapa boleh memaksa, jika nak meminjam silakan, tidak perlu mengaitkan kepayahan atau kesenangan orang lain sebagai perbandingan, apa yang perlu adalah bersiap sedia dengan jawapan apabila ditanya oleh Allah SW nanti. Moga jawapan dari Sheikh Imran ini boleh memberi contoh yang terbaik. Wassalam

http://www.youtube.com/watch?v=9GvwAg7NWQs

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum en. helmi,

sy amat bersetuju dgn tulisan encik dalam hal ini. sy lihat masyarakat Islam di Malaysia khususnya, telah dijangkiti wabak riba'. ramai yg menganggap loan itu suatu perkara remeh...spt juadah rutin. sdgkan ianya jelas HARAM. sy pernah berbual dgn rakan sy (di UK),kami berbual ttg kereta yg dia miliki. dia juga membeli kereta second hand, kerana membeli cash adalah langkah bijak. tak perlu terikat dgn faedah. selain itu, byk rancangan ttg org2 "homeless" di UK, USA yg telah membuka mata sy...ttg betapa bahayanya mengambil loan dr bank. ramai antara mereka yg homeless, dahulunya mempunyai pekerjaan yg hebat, tapi duit gaji sebahagian besar digunakan utk membayar sewa beli, loan dan bermewah2, ibarat hidup kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg. tiada langsung istilah simpanan. maka, saat mereka hilang pekerjaan, segala loan menjadi hangus. nilai yg telah dibayar, hangus dan harta2 (pinjaman) tersebut automatik terlepas. tiada rumah, tiada kereta, tiada apa2 lagi..

Jamal berkata...

Riba, pinjaman, jual beli, pembiayaan...benda2 ni mmg tricky. Kena ade satu...err..cam mana nak kata...ade something la nak paham.

Kalau ayam disembelih secara HALAL, tapi diberi makan dgn najis, racun, benda2 yg memudaratkan kepada si pemakan...adakah ia BENAR2 HALAL?

Begitu juga RIBA yg dilindungi dgn AKAD YG HALAL (AKAD JUAL BELI KATENYE...), ia MEMUDARATKAN BUKAN SHJ SI PENGGUNA MALAH KESELURUHAN SISTEM DAN KEHIDUPAN MANUSIA.

Riba adalah riba tak kira la berapa ganda...
Jual beli melibatkan risiko untung rugi tak kira la berapa harga jualan.

Islam bukan SEKADAR HALAL. Islam itu indah, adil, tidak menindas, membantu yg lemah dan memerlukan..

Niat tidak menghalalkan cara begitu juga AKAD.
Hanya kerana AKAD menjadi JUAL BELI, tidak bermaksud kita boleh menindas, bersikap tidak adil, menyusahkan orang lain..etc.

Di mana KEINDAHAN & KEADILAN ISLAM jika org yg tidak mampu terpaksa membayar berganda2 dari ketidakmampuan dan terpaksa menanggung semua risiko sdg kan pihak satu lagi tiada/hampir tiada risiko kerugian.

Bank tidak melakukan JUAL BELI sebenarnye. Apa yg berlaku SEBENARNYE ialah;

BANK MENUNGGU MANGSA YANG TIDAK MAMPU UTK MEMBELI/MEMILIKI RUMAH/KERETA, buat 'magic' sikit supaya transaksi menjadi JUAL BELI, menjual balik dgn harga BERGANDA2, dan yg tak mampu tadi 'terpaksa rela' menandatangani perjanjian yg dimanipulasi menjadi ISLAMIK.

Kemudian bila ade org tanye macam2, bank akan kata KOS OPERASI la, KOS PEKERJA la, KOS PENSEL la, KOS API AIR la...

Kalau KOS2 SAMPINGAN INI YG MENJADI PUNCA KEPADA MEMBOLEHKAN MENGAMBIL LEBIHAN BERGANDA2 DARI JUALAN OLEH INSTITUSI KEWANGAN ISLAMIK, APE SALAHNYE KALAU MEMBERI PINJAMAN BANK KONVENSIONAL MENGAMBIL LEBIHAN(RIBA) KERANA MEREKA JUGA ADA KOS OPERASI, ADE PEKERJA, ADE JAMBAN NAK CUCI OLEH CLEANER...etc.

Ini pendapat saya yg dari dulu rasa sangsi dgn perbankan Islam tapi dulu tak berapa nampak. Ape yg buat nampak ialah PENINDASAN YANG BERLAKU atas MANGSA YG TIDAK MAMPU, samada secara konvensional atau islamik...maka saya tertanye2 DI MANA KEINDAHAN, KESUCIAN, KEADILAN, MEMBANTU UMAT YG DIPERJUANGKAN ISLAM jika ia BERAKHIR DGN PENINDASAN & KETIDAKADILAN..

Jamal
www.dodolmelakaonline.blogspot.com

Jamal berkata...

lagi satu saya nak tambah...sepemahaman saya yg jahil ini...

apa yg kita tak sedar, sebenarnye BANK YANG PINJAM KITA DUIT. Bank bukan sekadar TOLONG SIMPAN duit kita...kalau skadar tolong simpan, bagi kat saya je la saya simpankan.

Mane BANK nak UNTONG kalau sekadar TOLONG SIMPAN jer?

Jadi di sini sebenarnye bank pinjam duit kita yg kita simpan utk pelaburan, sbb tu kita juga tidak boleh terima faedah atas simpanan(pinjaman) kita.

Tapi kebiasaan nye bank akan kata simpan dan faedahnye sekian sekian..itu dah kira riba.
Kerana itu sama kita tetapkan lebihan bayaran atas simpanan (pinjaman) kita pada bank.

Bank menggunakan duit yg konon2 nye disimpan itu utk INVEST termasuk la BAGI PINJAMAN/PEMBIAYAAN (ape2 je la nak panggil).

Dah la kita BAGI DUIT KAT DIA (simpankan), dari situ bank boleh invest utk dapat untong...lagi nak CEKIK DARAH kita bila kita PERLU BANTUAN NAK BELI RUMAH...


BANK sepatutnye menggunakan DUIT SIMPANAN PENYIMPAN2 utk MELABUR PADA YG HALAL, dan DARI KEUNTUNGAN itu lah dia cover KOS OPERASI DIA. Bukan dgn cara riba (front or back door or side door)

ade juga hadis yg kata Memberi Pinjam itu lebih baik dr sedekah, kerana org yg nak pinjam itu betul2 dalam keadaan terdesak, sedangkan org yg kita bg sedekah mungkin pada masa kita bagi tu tidak begitu terdesak..

lagi sekali hanya pendapat jer.
kalau SALAH harap DIPERBETULKAN

Jamal

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ramai yg beli rumah kerana mahukan kepastian atau security sbb kalo menyewa kita ibarat menumpang rumah itu..bila2 masa tuan rumah itu berhak mengambil haknya semula walaupun ada perjanjian.dan saya rase rumah itu dibeli adalah untuk harta yg mungkin akan diturunkan kepada anak atau suami beli untuk isteri kerana risaukan jika ada musibah yang melanda sekurang2nya si isteri dan anak2 tidak merempat..mengenai pembelian secara tunai saya rasa ianya boleh dilakukan namun amat sukar kerana kita mahu simpan suku gaji untuk persediaan bulan hadapan pun blom tentu mampu apatah lagi untuk menyimpan membeli rumah.wbagaimanapun artikel saudara membri kesan kepada saya bahwa Islam itu indah dan sempurna dan hanya kita yg sering gagal melihatnya

Tanpa Nama berkata...

Semua umat Islam di Malaysia berhak membincangkan isu perbankan islam dan riba. Apa level pendidikan sekalipun semua tetap berhak. Lebih-lebih lagi pelanggan bank islam, lagi layak bertanya bersoal jawab. Jangan kata orang Phd atau ustaz saja yang layak.
Mula-mula tahun 1983 bank islam muncul di Malaysia, perbankan islamlah yang mengaku-ngaku mereka islamik. Kita sebagai pengguna atau pelanggan kena kaji apakah betul perbankan islam itu memang patuh islam.
Kalau kita dengar saja cakap bank maka perkara pelik berlaku seperti:-
pelik hasil mematuhi suruhan Allah, pelanggan kena bayar untuk rumah yang tidak siap!!!
pelik hasil mengikut ajaran nabi, pelanggan Islam dibankrapkan!!!
Pihak yang buat bank itu kena tengok balik perkara yang berlaku mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH

Leo berkata...

Yang benar itu tak ada kena mengena dengan ugama. Ugama itu hanyalah ciptaan pendita atas arahan pemerintah. Bangkitlah dari tidur. Orang putih tak perlu semak kitab ugama utk mengenal betapa jahatnya pengamal riba. Org melayu muslim pula takut sesat. LOL. Tahniah kpd penulis.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah tuan artikel seorang yang hebat.besar kemungkinan memang takde langsung hutang rumah dan kereta.saya sendiri ada 3 kete.satu beli cash dan 2 lagi loan eventhough ada cash utk settlekan.for me beli kete harga bank jual tu la harga sebenar kete tu and macam bil bulanan je huhu.rumah pulak hutang 420k.pun anggap macam sewa je dgn bank.bila budak dah besar jual lupus hutang je or sewakan ke nurseri ke hehe.tak stress pasal hutang.syukur

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih saudara helmis. Walaupun saya seorang pensyarah pemakanan, saya tetap sampaikan kepada pelajar saya bahawa berhutang dengan bank (tak kira bank konvensional atau islamik) bukanlah suatu hal yang bijak jika kita menggunakan pemikiran secara analitik. Apa yang berlaku adalah kebanyakan kita tidak mahu menggunakan ilmu hisab untuk membuat perkiraan, merasa tahu dengan mencongak sahaja, itulah mengakibatkan berapa ramai yang tertipu dan terjebak. WLaupun PhD saya adalah pemakanan imunologi, tetapi alhamdulillah saya nampak bahawa dan menyeru kepada semua, sebenarnyakita boleh hidup dengan lebih baik tanpa hutang, bukalah fikiran dan buatlah perkiraan serta mohonlah pada Allah menunjukkan jalan yang lurus. Semoga Allah merahmati usaha murni saudara!

Yusof HM

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama 7 Ogos, ianya bukan bayar sewa kat bank yang buruk, bank menjadi Allah SW setiap kali seseorang itu meminjam wang. Apa menjadi Allah? Ya, bank bertindak menjadi tuhan dengan mencipta wang baru melalui kemasukan kira-kira perakaunan setiap kali manusia meminjam dari mereka. Ini lesen besar yang mereka dapat dari pemerintah, untuk mencipta wang dari atas angin sedangkan hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta wang yang nyata seperti emas, perak, tamar dll. Sebab itulah semakin hari harga barang semakin naik, kerana lebih banyak duit dipasaran (dicipta melalui pinjaman) berbanding jumlah barangan atau perkhidmatan sebenar yang ada. Jadi ianya bukan soal sewa atau redha dengan bank, ianya lebih besar dari itu. Alangkah baiknya jika semua orang tahu...

Helmis berkata...

Saudara Yusuf HM, tugas anda sebagai penyampai ilmu amat strategik sekali untuk menyampaikan maklumat-maklumat sebegini kepada generasi baru yang akan melangkah kealam pekerjaan. Galakkan mereka untuk lebih analitik disamping juga memberitahu betapa besarnya dosa riba itu sendiri yang lebih buruk dari zina. Semoga usaha anda diberkati Allah SW.

PERTANG SINAR berkata...

Saya tak setuju dengan saudara, Perbincangan tentang Bank Islam ini telah ulama bahaskan dalam Persidangan Ulama' sedunia. Siapalah kita nak pertikaikan ulama yang alim daripada kita.

Helmis berkata...

Walid Aisya, terimakasih diatas komen anda. Komen anda boleh saya anggap dibalas dengan artikel saya dibawah ini, selamat membaca dan diharap dapat memberi ketukan di minda, insyaallah.

http://syurgadidunia.blogspot.ae/2011/03/ulamak-dah-kata-halal-dia-yang-tanggung.html

Tanpa Nama berkata...

Persoalan selama ini masih difikir2 ... beli atau sewa? Dan semoga Allah lindungi sy dr fitnah dajjal..
Org yg mmndang sesuatu dgn mta hti akn nampak kbnrn yg sbnr...
Pndgn mata hati xsemua org ada n dapat.. mlainkn petunjuk Allah.. dan hidayah tu kna cari ... jgn rugikan iman yg ada hny kerana mlangkh di jln yg salah ... tahniah saudara helmis

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saudara helmi......
Apa beza ayam sembelihan...1) sembelih dgn cara yg betul tanpa niat dan doa dgn 2) sembelih ayam dgn cara tertib yg betul, cukul.niat dan doanya......manakah ayam yg halal.dimakan dan disisi syariat agama islam.......

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Tuan Tanpa Nama,

Terimakasih diatas soalan Tuan itu, saya fikir saya tidak perlu menjawabnya kerana soalan cerdik seperti yang Tuan tanyakan itu pasti boleh dijawab oleh seorang yang cerdik seperti Tuan.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

salam saudara helmi..saya dah faham buat pinjaman di bank itu haram riba..bagaimana pula saya sebagai kerani yang bekerja di jabatan kerajaan bahagian pelaburan..saya selalu buat surat untuk membuat pelaburan jangaka panajang dan pendek..Adakah saya telibat dalam riba..merekod dan menjadi saksi taransaksi pelaburan..maaf ye,Saya ingin penjelasan..

Sarah berkata...

Saya seorang mualaf dan pegetahuan saya tentang Islam amatlah cetek. Saya baru2 ni nak mohon pinjaman perumahan di bawah pinjaman perumahan kerajaan (SPPI) yang mana adalah Al Baithaman Ajil seperti mana yang di tuntut oleh Bank Islam yang lain. Saya berbincang dengan suami dan dia tidak setuju dan dia kata sama ada pinjaman kerajaan atau bank Islam ianya semua melibatkan riba. Saya jadi keliru, saya ada bertanyakan kepada pihak JAKIM, dan mereka berkata Al Baithamn Ajil dalam pinjamana perumahan kerajaan telah diputuskan oleh orang2 yang bijak pandai dalam hal ehwal Islam dan ekonomi Islam, jadi sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya merasa ragu-ragu dengan Skim Pinjaman Perumahan Islam tersebut. Boleh tak saudara ulas sedikit tentang SPPI ersebut? Saya terdesak untuk mengetahui jawapannya sebelum saya tersilap langkah dengan mengambil riba. Terima kasih

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Sudah terang lagi bersuluh? Bukankah Nabi sudah senaraikan empat golongan yang terlibat didalam riba dosanya adalah sama? Tepuk dada tanya iman.

Helmis berkata...

Saudari Sarah,

Sila rujuk artikel saya dipautan ini http://syurgadidunia.blogspot.ae/2011/03/ulamak-dah-kata-halal-dia-yang-tanggung.html

Unknown berkata...

Assalamualaikum.., yg baik dr allah, yg bruk dr kita sndri.., sebenarnya saudara lebih berkempen bg memperlihatkan kebenaran rumusan pemerhatian saudara.., pemimpin zaman dlu menangis xnk pikul tanggungjwb berat, zaman skrg berebut2 smua nk, cuba fikirkan dr smua sudut.., mmg benar x memerlukan kelulusan seperti apa saudara sampaikan kepada saudari dr mesir td, pernah dgr x jgn bincangkan sesuatu yg bukan ahlinya.., saudara meletakkan bulat2 yg tiada bezanyab islamic dan conventional.., cuba saudara ungkap satu persatu senario, kaedah, profit rate islamic banking.., mereka yg ahlinya berpendpt hanya ade 3 bank di malaysi ni yg menggunakan islamic methods.., setiap guidelines nya mempunyai sbb, sama ada mengimbangi, membantu, dan berjuang meletakkan islamic banking di atas, point nya adakah saudara btl pasti smua islamic banking sama aja dgn conventional?, impact dr lepas jadinya akad sudah saja memberi sedikat perubahan.., islamic banking menggalakkan demand of good, memastikan produk dagangan yg di jadikan proses akad td smpai ke pengguna akhir, dr situ ekonomi seimbang berjalan.., conventional mentepukan proses ni.., hanya saudara dan ribanya menguntung kan bank sahaja, islamic banking pula sepatutnya tiada istilah penindasan.., tiada paksaan.., jika dr sudut personal financing misalnya.., saudara telah bersetuju membeli milo harga 50 k, dan semasa akad jika saudara tidak setuju menjual milo 50k tu, milo 50k tu park dlm rumah saudara.., itu lah beza profit rate dan interest rate.., ujian bg kita plak, yg btl2 ikut syariah minority.., bila kite kena serang balas x bersatu.., org kita jugak yg support perbankkan islam cincai ni.., penjual, pembeli, lafaz, brg nyata dan persetujuan.., basic term.., tp di advanced oleh musuh kita, misalnya harimau kuning islamic, akad die atas kertas.., jd tanggungjwb kita pertama adalah mengenal pasti bank mna yg btl2 syariah compliance..

Unknown berkata...

Saudari.., jika ingin membeli juga.., teruskan di bawah konsep BBA tu.., akhir zaman ni perlu berhati hati dr fitnah dr langit.., antara bank yg fully compliance asian finance, kuwait, n al rajhi.., bukan islamic finance yg tunduk pd kapitalise.., buktinya diowg yg rmai2 dok tubuhkan islamic banking rojak.., x percaya kaji kaedah dan proses setiap satunya, akan dijumpai klu islamic klon tu akad die sign kat kertas je, certain bank kadang klu nk cuci cc u jadikan loan pun tp bank statement ade swept genting atau karaoke, layak n mampu camnepun application xkn lulus.., klu bank tu utamakan keuntungan.., die x peduli pun cc tu swept kat mana.., jgn percaya sgt view org yg bukan ahlinya.., kita ni human.. , sentiasa rse btl dan wat salah.., semoga allah permudahkan...

Unknown berkata...

assalamualaikum tuan penulis...
adakah islam sebegitu keras? pernah satu ketika..seorang guru mengajar anak murid nya menjauhi riba..semuanya kena beli tunai...kena baya on the spot..tak boleh tangguh...itu semua riba'....blalalalaaa....ditakdirkan..selang beberapa bulan...murid ini tadi ditemukan oleh guru kepada guru nya...lalu guru kepada guru nya itu bertanya kepada si murid (murid kepada murid nya) "adakah sebarang kemusykilan apabila belajar dgn anak murid saya? lalu murid td berkata.."kami agak merasa bimbang dgn kewangan kami..tidak mempunyai wang untuk membayar rumah kereta secara tunai seperti yg disarankan oleh guru kami" (iaitu murid kepada guru tersebut)...lalu guru tersebut menggelengkan kepala...lalu di panggilnya anak murid itu (yakni guru kepada murid yang mengadu tadi).. lalu disoal kan kepada muridnya itu..."adakah kamu berwudhu'?" sudah tentu - jawabnya..."adakah kamu menggunakan air paip?" sudah tentu jawabnya.."adakah kamu terus membayar bil air yang kamu gunakan itu selepas berwudhu'? - lalu muridnya itu terus tertunduk dan mengalirkan air mata...sekina...based on true story..fahamkan dengan mata hati...lailahaillallah...

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara Karim Daud,

Ya, Islam begitu keras apabila berdepan dengan riba (Al Baqarah 2:279).

Islam tidak melarang bayar tangguh, hanya larang jika ianya dibayar lebih disebabkan bertangguh itu tadi.

Bayar air lepas guna itu sudah termasuk didalam kontrak perniagaan dan kita tidak dikenakan bayaran lebih apabila kita bayar dihujung bulan jadi itu tidak boleh disamakan dengan pinjaman bank baik konvensional atau Islamik.

Jika saya guna air pada hari pertama setiap bulan sebanyak 100 liter dan contohnya 1 liter kos nya 10 sen, maka dihujung bulan saya tetap juga bayar 10 ringgit untuk air yang saya guna 30 hari sebelum ini bersama dengan kiraan untuk air yang saya gunakan pada hari 29, 28, 27 dan seterusnya, tiada masaalah dan tiada penindasan disitu.

Berlainan dengan bank yang mana disebabkan kita bayar lepas 30 tahun jadi kena bayar 3-4 kali ganda, itu adalah riba'.

Gurunya tu bekerja di bank ya? Masyaallah…

Unknown berkata...

assalamualaikym
bagaimana dengan pendapat tuan mengenai simpanan cash dan dapat dikumpulkna dan bertambah dalam simpanan islamic sehingga 300K? Bukankah itu riba?

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas