Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Rabu, 9 September 2009

Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab.

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.

Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.

2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004

40 Komen:

Z.P.R.O™ berkata...

Saya cukup tertarik dgn topik ini..
Izinkan saya utk copy article dan paste di dlm blog saya..
utk tujuan renungan kpd sahabat2...

Saya akn letak sumber..

Sekian

Helmis berkata...

Silakan, terimakasih diatas sokongan anda.

Werdah berkata...

salam,

Alangkah baiknya jika kaum lelaki dan kaum wanita (semua manusia) menyedari hakikat kenapa Allah menurunkan ayat2 larangan dan juga ayat2 perintah, memberitahu kita semua ttg semua akibat jika ikut perintahNya dan jauhi laranganNya, lebih2 lagi kpd semua yang memimpin (ayah terhadap keluarga, ibu terhadap anak2nya, guru terhadap pelajar2nya dan seterusnya.. seterusnya).. tentulah aman dunia..

..::بشرى::.. berkata...

huhu...peringatan yang menarik

Nor berkata...

Dalam perkara menutup aurat, penulis ada menyebut tentang "kertas saintifik yang penulis jumpai dan boleh dikaitkan". Bolehkah paparkan dapatan kertas saintifik itu di sini? Terima kasih.

Helmis berkata...

Saudara Nor, sila ikuti artikel2 selanjutnya kerana ianya adalah rujukan untuk isu2 yg akan saya ungkitkan dimasa akan datang. Terimakasih.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih...bagus...

Tanpa Nama berkata...

ingatlah sesungguhnya tipu daya wanita itu lebih berbahaya berbanding tipu daya syaitan...

jamal berkata...

Salam

Soalan seterusnya, siapa yg boleh kita pilih? Adakah kita mempunyai pilihan yg baik yg boleh kita pilih?

Jamal

Helmis berkata...

Tiada pilihanraya didalam Islam, ianya hanyalah ciptaan kafirun yang tahu rakyat boleh dipengaruhi oleh media tv, suratkhabar dll dan apabila tiada kebebasan media maka tiada demokrasi sebenarnya. Sistem khalifah, golongan2 alim dan ulamak bermuzakarah memilih pemimpin yang paling layak dikalangan mereka, pemimpin yang "nawaitu"nya adalah "lilahitaala" bukan "lilla fulus" atau "lilla kroni".

Tiada tali, akar pun berguna... iika kita inginkan kegemilangan islam, pilihlah mereka yg menjurus kearah itu...tepuk dada, tanya frontal lobe, tanya iman..

Tanpa Nama berkata...

Minta halal diletakkan di laman web facebook sy ya...Terima Kasih ;)-~ fazlina

Master J berkata...

good article =) byk point2 yg baik..

Tanpa Nama berkata...

salam alaik..
boleh saya copy article diatas?
sungguh infomatif untuk manusia zaman skrg..

khad berkata...

assalamualaikum..
w/pun quite da lame..sy share link nih eh sbb artikel ni sgt menarik...harap boleh...
syukran!

Tanpa Nama berkata...

alhamdullillah....semoga menjadi rujukan dan panduan semua....terima kasih

CITY® berkata...

salam

info sgt berguna
mohon ambil 2 isi kajian itu
semoga menjadi pedoman pada kit aumat islam
islam dalam al quran memang jelas mengatakan pergaulan bebas = haram
kini barat pula jumpa melalui kajian
mungkinkah kajian itu sebab nak sahkan kebenaran alquran?
wallhualam...

islam is the way of journey

allah hu akhbar

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Artikel sanggap bagus dan berguna...tapi jangan asyik rujuk pada sebahagian ayat Al-Quran sahaja...Al-Quran ini luas dan meliputi semuanya...dan semuanya berkait...seperti lelaki dan perempuan...oleh itu kajian barat hanya mengambil kira untuk kebaikan mereka sahaja...jika ada ayat yang menentang atau tidak memihak mereka...mereka tinggalkan...itulah sifat orang-orang lalai...
wassalam...

ali berkata...

salam,jd kenapa perempuan yg belajar sastera lebih ramai dari lelaki lebih pandai?kah?SASTERA????
fikir2 kan wahai jurutera VIP

Helmis berkata...

Maaf saudara Ali, saya tidak mampu untuk memikirkan jawapan soalan khusus dan "terlalu rumit" yg saudara ajukan itu, saya lebih suka memikirkan persoalan secara total atau "wholism" dari kes2 yg spesifik, saya lebih suka memikirkan perkara2 diluar "tempurung" iaitu realiti sebenar kehidupan. Harap saudara boleh memikirkannya dan berkongsi dengan rakan2 sekelian, wassalam

Arkibislam berkata...

Artikel yang sgt bagus
mintak kebenaran untuk copy & paste di
www.arkibislam.blogspot.com

noral berkata...

salam...
soalan macam mana nak timbulkan kesedaran kepada pemimpin2 sekarang ini..?

amy125zr berkata...

aaaaaa.... sebab tue lah kita kena sama2 bangun buat usaha agama.... semua golongan... kita nie kan umat Nabi Muhammad SAW... bukan umat abid... kita umat da'ei.

ggee berkata...

salam...sy tetarik dng tulisan2 saudara penuh dengan manaafat dan membuka minda...teruskan usaha saudara agar dapat berkongi ilmu

Tanpa Nama berkata...

Keep up the good job. Terima kasih kerana berkongsi informasi yg hebat ini.

Tanpa Nama berkata...

-Muhammad Khairi-

mungkin inilah maksud salah-satu tanda² kiamat yang dikatakan iaitu 'perempuan akan lebih ramai dari lelaki'.

Wallahualam.

Ruzlan Ab.Rahman berkata...

Saya ingin meminta izin menggunakan artikel (copy) dari tuan yang sememangnya berguna utk renungan generasi baru kita agar hidup mereka lebih terpimpin kerana Allah. Nilai ilmu dari artikel tuan sangat baik.

Helmis berkata...

Silakan, moga bersama membina masyarakat yang lebih "celik" Allah dan dapat melihat hikmah disebalik larangan dan suruhanNya itu, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

orang yang tiada ilmu akan rosak dan merosakan diri sendiri fahamilah ini.....
orang yang tiada ilmu ia buta(kegelapan) banyak perkara dan orang yang ada ilmu ia nampak(cahaya) banyak perkara.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan apa yg dikatakan tentang masalah sekarang ini..saya suka cadangkan sekiranya pelajar-pelajar dilonggarkan untuk berkahwin usia muda atau masa sekolah lagi daripada kerajaan buatkan sekolah untuk pelajar perempuan yang mengandung anak luar nikah di melaka lebih baik buat sekolah kelamin untuk pelajar berumah tangga akan selamat semua..samada lelaki atau perempuan atau anak luar nikah itu sendiri

WakeUpProject-NibongTebal berkata...

Bagus jugak kalau kerajaan longgarkan. Tapi walau bagaimanapun, kos kahwin sekarang dah meningkat.. Ibubapa macam nak jual anak.. Islam memudahkan, kita pulak yg menyusahkan..

Shopgeek berkata...

Asalamualaikum,
Terima kasih di atas peringatan ini.
Saya berharap ia memberi kesan berpanjangan kepada pembaca2 bukan sekadar hanya membaca dan melupakan.terima kasih.

saya jugak nak berkongsi pengalaman sy dlm proses mujahadah.
saya masih dlm perjalanan mengimprovise diri sebelum bertindak kpd msyarakat.
pendapat saya-

1st step to start, bermula dengan diri,improvision diri.mulakan dgn mengigati allah,bermuhasabah diri dan dosa seketika 5min-10min pun jadi la everyday.buat yg wajib dan tinggal yg haram adalah prority meanwhile tingkatkan ilmu agama jugak supaya kenali kejahilan diri dan masyarakat.( sy selalu download mp3 kuliah online di mymakhtabaty.com ) sy selalu dgr ceramah ust,idrus dan ust.ismail kamus...kalau xdgr hati rasa mcm tak tenang..erm
jadi sy rasa yg xtau website tu, sy minta izin kpd.tuan tanah..nak post link kat sini k.
http://www.mymaktabaty.com/

2nd.terus terang saya katakan sy dah jauhkan dari menonton tv sejak beberapa bulan dulu,menonton tv hanya tgk berita atau tgk. rncgan discovery.tv ni xsalah nak tonton tapi bagi sy tv ni mcm taboo, sbb kalau buka siaran melayu ke luar ke, byk sgt hiburan..sy dah naik mual/loya/geli...tapi kalu tgk gak,sy x ambil fokus sgt..tapi boleh kata xtgk pon..alhamdulillah bagus jugak...mula2 susah tetapi berjaya tinggalkan..doa-doalah!

3nd,
turun kepada isteri dan famili,saudara dan masyarakat.ni yang part plg sukar krn kita dah masuk dlm masyarakat.mcm2 kepala..tapi insyallah kita boleh.selagi berjemaah,kita pasti boleh.tu sbb sy sy katakan start dari diri dlu,turun kpd istri(sbb isteri plg kuat ikut kata kita,pastu sahabat,family dan seterusnya)perbetulkan isteri kita, anak kita dulu...kalau kita ikhlas, tuhan akan tolong.semua tu bergantung kepada nawaitu samada nak memulakan perubahan atau tidak.
susah mcmmana pun kena istiqomah jugak sbb perkara yg baik biar sebesar zarrah sekalipun, allah tetap menilai di akhirat.habuan takyah pk lah,tu kerja allah..apa yg kita nak pk ialah..apa contribution/jihad kita di mukabumi ini.

mula2 nak improvise diri mmg susah,tapi ingat la wahai semue, doa adalah senjata org mukmin.berdoalah kpd allah.kalau ikhlas kita nak repair n upgrade diri kita, insyallah,allah mesti tolong.
syarat:tawakal 200% to allah!

kesimpulan, pure perubahan adalah bermula daripada diri,keluarga hinggalah ke masyarakat.
insyallah..semoga bermanfaat kpd yg mau berfikir!

ikhlas
wahid

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
mohon copy link..

Tanpa Nama berkata...

salam...

alangkah bgs nye klu blh share kt fb....
artikel yg sgt2 bgs...

Tanpa Nama berkata...

Ada beberapa perkara sy setuju & ada y tidak. spt kata sedara "Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa..."mengikut ajaran islam berbogel bila bersendirian pun tidak dibenarkan. Misalnya ketika mandi, malaikat tidak melindungi ketika mukmin mandi didalam keadaan berbogel kerana malu melihat umat manusia berkeadaan demikian. Begitu juga ketika bersama isteri,'Islam mensyariatkan pada kita supaya menyelimuti seluruh tubuh ketika mendatangi isteri kamu...beberapa perkara lain sy bersetuju. Niat dihati hanya mahu membetulkan apa yg salah. kerana pembaca blog sedara bukan sy sorg shj tapi seluruh dunia.Sekian. Wassalam.

Helmis berkata...

Terimakasih atas teguran. Setiap pengarang ada gaya penyampaian yg tersendiri dan jika saudara baca banyak artikel saya, tentu saudara faham apa yang saya maksudkan.

Tanpa Nama berkata...

isi artikel tak mengambarkan sangat tajuk...

akhir sekali baru ada kaitan...

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.
Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

kenapa tak higlight lelaki sejak dari awal??? dari mula artikel cari salah perempuan???

kalau lelaki yang patut bertanggungjawab..ulas lebih panjang tentang lelaki...SI PEMIMPIN

coffeebean................. berkata...

soalan seterusnya.....mengapakah wanita2 y seksi ssh sgt nak berubah?adakah frontal lobenya juga rosak?

rasanya lelaki xckup tegas kot.ilmu pun xckup mngkin.kalo smua lelaki mcm penulis diats...kalo dri kecik seorg suami tu pndai didik anak bini..mestla akan jadi elok pmpuan tu sume.tp kalo y degil xnk berubah tu no komenla...walau pun frontal lobe lelaki tu rosak sket sbb slalu tgk pmpuan seksi tpi tu BUKAN ALASAN utk lelaki xnak berubah.

nk saling salah menyalah pun xguna.dua2 pihak kna berubah sbnrnya terutama lelaki.sya percaya pokok pangkal terletak di tgn lelaki kalo tegas, berilmu, berhikmat tentu pmpn pun akan jdi lurus.bukankah lelaki dicipta dgn 7 akal & 1 nafsu..so gunala akal elok2 utk mendidik wanita..rmi lelaki msia hnya pndai mengkritik...

kesimpulannya nk kurgkan mslh ni lelaki kna memainkan pernanan menjana perubahan dulu...jgn jadikan FRONTAL LOBE terganggu fungsi sbg ALASAN...

HanaKhairi berkata...

saya sangat setuju dengan artikel ini...berdasarkan pengalaman saya, bercouple yg sementara itu membuatkan fungsi otak gagal fokus sepenuhnya (tipulah kalau bercouple anda boleh berjaya dunia dan akhirat)...

Tanpa Nama berkata...

hari ni aku ada isukan masalah pakaian org melayu(yg bangga dengan melayunya bukan bangga dengan islam)paki skirt.tp byk komen yg aku dapat.ada ygbmemuji untuk komen itu.sekurang2 ada lagi yg sedar akan hal larangan di jalan allah.ada gak yg semacam xbersetuju.itu pun kaum hawa sendiri.bg aku.aku seorang suami.seorang bapa so aku perlu memberi tunjuk ajar untuk keluargaku kerana dosa2 mereka aku juga yang menanhgungnya.ada yg mengatakan aku mengongkong isteriku kerana membiarkan isyeriku nampak serebeh denhan hanya berbaju kurung.tp hanya 1 jawapan ku kepada mereka2 diluar sana.yg menanggung dosanya aku.yg menerima balasannya juga aku.so aku perlu menjaga akhlak isteriku sebelum terlewat.aku xogin menjadi bahan bakar api neraka.kerana ada aku yerdengar perempuan2 dr keluarga kamu mampu menarik kamu ke dalam neraka oleh kerana kamu yg bertanggungjawab keatasnya berlaku zalim.iaitu tidak menehur or melarang bila mereka berbuat salah.wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

dalam islam perempuan sentiasa salah gituh

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas