Lilin Atau Mentol...
Tetapi ada diantara kita yang bertanya, jika mahu menjadi mentol, kena la ada arus elektriknya, dari mana datangnya arus elektrik tersebut? Jawapannya datang dari diri kita sendiri. Bagaimana?
Ambil contoh insan yang berkorban memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana mendapat tentangan ibu bapa, kerana menghormati ibu bapa dia merelakan tetapi pada masa yang sama dirinya menderita kerana apa yang diingini tidak tercapai. Jadilah dia ibarat lilin, membakar diri untuk menggembirakan ibu bapa walaupun diri penuh duka. Jika diubah sedikit cara pemikiran, insan ini boleh menjadi mentol, bagaimana?
Mula2 harus beristigfar dan harus sedar yang semua kejadian adalah kehendak Allah, sentiasa berniat baik kepadaNya, percayalah yang Allah sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya.
Kita tidak tahu apa kesudahan kita jika kita teruskan niat kita seperti kes diatas jika insan tersebut bertegas untuk meneruskan hubungan dgn cara kahwin lari contohnya, banyak hubungan akan rosak di kedua2 belah keluarga.
Tetapi Allah maha mengetahui, bagi Allah semua kejadian itu sudah berlaku, tiada masa bagiNya, jadi Allah mencorakkan dunia ini untuk memberi kita yg terbaik agar hubungan itu tidak diteruskan.
Kita harus fokus kembali apa sebenarnya yg kita inginkan, pastinya kebahagiaan dan kegembiraan, tetapi adakah kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya boleh dikecapi dgn si A? Mungkin si B yang kita akan kenal selepas ini boleh memberi yang lebih baik.
Jika kita boleh sedar dan menerima hakikat yang Allah itu maha pengasih dan sentiasa memberikan kita yang terbaik, kita tidak akan menganggap pengorbanan ibarat lilin membakar diri, tenaga yang terhasil dr sifat bersyukur dan keimanan kepadaNya pasti menyalakan mentol diri kita yang akan menerangi insan disekeliling tanpa perlu memusnahkan diri.
Apa yang perlu kita semat didalam hati adalah dunia ini penuh kegembiraan dan kebahagiaan, cuma kita sahaja yang menganggap ianya hanya boleh diperolehi dr insan lain, kita terlalu mengharapkan orang lain menggembirakan kita, memberi kebahagiaan kepada kita, kemudian kecewa dan marahkan insan tersebut jika dia gagal berbuat demikian. Kegembiraan dalaman sebenarnya yang wajib didahulukan, tingkatkan sehingga ia melimpah ruah dan secara langsung mengalirdan menyinari semua insan disekeliling kita, berkat dari keimanan dan ketakwaan kepadaNya...
Catat Ulasan