Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 1 Ogos 2008

Mat Jenin setaraf Einstein

"Imagination is more important than knowledge", Albert Einstein

Albert Einstein menyatakan bahawa imaginasi itu lebih penting dari ilmu pengetahuan, agak pelik jika dikaji mengapakah seorang yang kita ketahui adalah seorang saintis hebat boleh mengucap kalimah sedemikian rupa.

Mengapa imaginasi lebih hebat dr ilmu pengetahuan? Pertamanya semua hasil kerja manusia datangnya dari fikiran, dari fikiran datangnya tindakan, dari tindakan nampaklah hasilnya. Contohnya jika Wright Brothers tidak berimaginasi manusia boleh terbang, tidak terciptalah kapalterbang, jika Alexander G Bell tidak berimaginasi yang suara boleh di pindahkan melalui copper wire, tidak terciptalah telefon.

Dr segi quantum physic pula, dunia ini tidak lain hanyalah gelombang electron, atom yang kita belajar disekolah dahulu bukanlah solid seperti yang di lukis tetapi hanyalah "wave of potential electron", tetapi apa yang menghairan kan, bila kita lihat (observe), gelombang tersebut membentuk zarah (particle) dan kemudiannya membentuk objek dan situasi didalam hidup kita ini (collapse of wave function). Memang susah diterima bg org kebanyakan tetapi ini dibuktikan secara eksperimen oleh saintis fizik. Lihat video ini untuk memudahkan pemahaman anda. Konklusinya, realiti adalah apa yang kita mahu lihat dalam hidup kita ini, apa yang kita fikirkan, semuanya bermula dari fikiran. Bagi kita umat islam, sudah tentunya dengan izin Allah yang maha pemurah, sebab itu apa yg kita inginkan sudah dalam gengaman jika kita selalu bersyukur padaNya.

Pepatah angan2 mat jenin sebenarnya secara tidak langsung memundurkan melayu itu sendiri,
orang melayu sering di sindir agar jangan banyak berangan2, bermimpi disiang hari dan sebagainya, boleh dikatakan kita lebih menekankan usaha dari berimaginasi kerana bagi kita imaginasi itu sama seperti angan-angan, tidak membawa kemana. Kita tidak tahu asal usul cerita mat jenin ini, mungkin ianya direka oleh golongan tertentu untuk memundurkan bangsa melayu supaya tidak boleh menjangkau lebih jauh.

Imaginasi dan angan2 yang berterusan sebenarnya akan mempengaruhi minda separuh sedar (subconcious mind) kita lantas mempengaruhi fikiran dan tindakan minda kita yg sedar (conscious mind). Ini akan mambawa kita agar lebih fokus, lebih berani mencuba dan tidak tunduk pada kegagalan, orang yang terus mencuba tidak gagal, orang yang berhenti atau kecundang, mereka itulah yang gagal.

Tidak percaya kehebatan imaginasi? Pernah terfikir bagaimana imaginasi tentang seks membuatkan alat kelamin anda terangsang walaupun itu hanya di minda? Bagaimana jika kita angan/imaginasikan kekayaan, kasih sayang, hubungan yang erat dan sebagainya, bukankan kah diri, jasad, kaki, tangan dan tindakan kita akan berusaha kearah itu? Apa kesudahan mereka yang selalu berimaginasi seks? Apa kesudahan mereka yang selalu berimaginasi mahukan keluarga yang bahagia? Fikir2 kan....

Jika Einstein menggalakkan imaginasi, Mat Jenin adalah setaraf dengannya, cuma kita kena berhati-hati agar tidak berimaginasi diatas pokok kelapa seperti Mat Jenin yang mengundang malang pada dirinya.

Berikut adalah beberapa lagi kata2 Albert Einstein mengenai imaginasi.

The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.

When I examine myself and my methods of thought, I come to the conclusion that the gift of fantasy has meant more to me than any talent for abstract, positive thinking.

The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.

The gift of fantasy has meant more to me than my talent for absorbing positive knowledge.

Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.

Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions.

I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.

4 Komen:

Awanama berkata...

-Muhammad Khairi-

saya masih ingat lagi semasa saya belajar di IPTA dulu, sebelum pensyarah tersebut memulakan kuliah, dia memulakan dulu dengan mengambil satu ungkapan dari albert einstein memandangkan ungkapan tersebut berkaitan dengan kursus yang saya ikuti iaitu bahagian kejuruteraan mekanikal.

ungkapan itu berbunyi:

'tanpa agama sains sesat, manakala tanpa sains agama sesat'.

jika difikirkan secara mendalam dengan mengaitkan apa-apa yang ada/berlaku dalam diri kita sendiri dan dunia ini, dan juga perkaitannya antara manusia dan segala yang ada didunia,ianya memang saling berkaitan antara agama dan sains seperti yang kita boleh dalam Islam.

Helmis berkata...

Teramat benar dan itulah yang saya cuba ungkitkan disini buat ketukan minda rakan2 semua. Moga bertambah hendaknya keimanan kita semua kepada Allah SW.

learn quran online berkata...

we all need to follow the rule of quran and pray from Allah that may he guides us to the straight path and let us learn lesson from our past and learn that what happens to the people in past and we all have to die one that and there is the life after this life when we all will be worsen to the ultimate and face our deeds either thy are good or bad quran reading listening to quran online Quran Teaching

Awanama berkata...

"Imagination will come only by "time" permitted by Allah, mastering "time cycle" is the key to unlock the world." - Mohd atasha

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas