Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 21 April 2018

Kisah Babi Dan Pilihanraya


Semua umat Islam tahu bahawa didalam keadaan darurat, halal bagi kita untuk memakan babi (Al Quran 2:713) jika itulah satu-satunya cara untuk membolehkan diri kita terus hidup dengan syarat kita tidak melampaui batas, maknanya jika perlu makan pun, hanyalah dalam jumlah yang cukup sekadar untuk kita terus hidup sahaja dan bukan sehingga menjilat jari. Bila jumpa alternatif lain, maka jatuh haram kembali kepada kita untuk memakannya. Saya pasti ramai yang setuju akan tetapi mungkin juga ada yang tertanya-tanya apa pula kena mengena babi dan pilihanraya?


Rata-rata masyarakat kita hari ini hidup dalam keadaan yang semakin susah disebabkan kenaikan harga barang dengan gaji yang tidak meningkat dan sebagainya. Tidak perlulah saya cerita dengan teliti apa sebabnya kerana apa yang saya ingin fokuskan adalah penyelesaiannya. Kerajaan sebagai peneraju negara yang sepatutnya bekerja keras untuk rakyat dan memastikan keadaan ini tidak berlaku atau paling tidak pun diminimakan akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, harapkan pagar, pagar makan padi. 

Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menukar kepada kerajaan dengan kepimpinan yang baru agar mereka dapat membuat perubahan untuk mengembalikan kesenangan kepada rakyat. Mungkin kesannya agak lambat akan tetapi jika kita masih membuat pilihan yang sama tetapi mengharapkan sesuatu yang berbeza, itu gila namanya bak kata Albert Einstein.



Rakyat sudah lama sebenarnya mahukan perubahan akan tetapi dengan penipuan undi, persempadanan semula dan sebagainya, itu yang membuatkan pihak yang sama kekal berkuasa dan berterusan semakin lahap rakus berjoli sakan duit rakyat tanpa segan silunya. Satu-satunya cara kita sebagai rakyat Malaysia untuk melawan penipuan undi ini adalah dengan kita semua bersatu hanya memilih satu pihak sahaja untuk membolehkan undi majoriti membentuk kerajaan baru, dan ini akan menjadi sukar jika kita sebagai rakyat Malaysia masih berpecah belah untuk berdepan dengan kepimpinan sedia ada yang telah menempek malu kepada Malaysia diseluruh dunia dengan skandal IMDB.


Bagaimana Amerika Syarikat dengan mudahnya memusnahkan Iraq? Salah satu caranya adalah dengan melaga-lagakan penduduk Sunni dan Syiah agar berbunuhan sesama mereka. Bagaimana caranya? Dengan menyuruh komando mereka menyamar dan menembak penduduk Sunni dan kemudian menyalahkan penduduk Syiah dan sebagainya (mungkin termasuklah juga mereka mengebom masjid-masjid), jadi apabila mereka berbunuhan dan memusnahkan sesama mereka sendiri maka mudahkan kerja AS laknatullah itu untuk meneruskan agenda mereka menyedut minyak kepunyaan rakyat Iraq dengan rakusnya. Sudah sampai masanya untuk kita memahami bahawa mereka yang ingin mengekalkan kuasa akan melakukannya dengan memanipulasikan orang-orang yang mahu mereka kuasai, sudah sampainya untuk kita menjadi sedar akan hakikat ini.


Lihat apa yang berlaku dalam PRU14 ini? PAS yang sebelum ini telah bergabung dengan PKR dan DAP kali ini telah berubah arah memilih untuk melawan BN secara solo, seakan PAS mendapat "super power" tertentu untuk melakukannya secara sendirian. Mungkinkan "super power" tersebut datangnya dari derma 2.5 juta yang telah diterima baru-baru ini? Tidak mahukankah kepimpinan PAS menyiasat dari mana datangnya "derma" tersebut dan apakah ada "udang disebalik batu" akan derma itu? Ibarat kes PM yang mana derma 2.6 billion datang tanpa mahukan apa-apa balasan, hanya anak kecil atau yang "summun, bukmun, umyun" (Al Quran 2:171) sahaja yang akan percayakannya.

Dalam kegembiraan dan keriangan pihak PAS bersyukur dengan "derma" tersebut yang mana telah membolehkan mereka bertanding dalam 160 buah kerusi yang memakan belanja minima RM18.4 juta, saya ingin mengingatkan bahawa semasa PRU13 yang lalu, Tok Guru Nik Aziz sendiri terpaksa melelong barangan-barangan peribadi beliau untuk mengutip dana bagi menghadapi pilihanraya. Saya sendiri berada disesi lelongan tongkat dan jubah di Abu Dhabi dimana dua barangan TGNA tersebut telah dibeli oleh warga Malaysia disana untuk membantu PAS bersama Pakatan Harapan menghadapi pilihanraya. Akan tetapi apa yang berlaku pada PRU14 ini, dari mana datangnya dana tersebut tanpa perlu mana-mana pemimpin tertinggi PAS melelong barangan mereka?

Derma tersebut sepatutnya sudah mampu membuka minda terutamanya penyokong PAS tegar agar berfikir sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku kepada kepimpinan PAS dalam menghadapi PRU14 ini. Pada pendapat saya ini semua adalah mainan licik muslihat dengan tusyen dari pihak belaan Dajjal yang secara senyap meracuni dan menghasut kepimpinan PAS untuk berpecah dari Pakatan Harapan agar peluang untuk Pakatan Harapan menang kali ini menjadi tipis. Ya, mungkin wang sumbangan itu dari individu, tetapi jika dikesan dari mana puncanya dengan cara yang sama dari mana datangnya derma Pak Arab 2.6 billion kepada PM, mungkin kita boleh nampak rentak permainan mereka yang ingin kekal berkuasa itu.

Saya mahukan Islam, akan tetapi untuk kesejahteraan dan kemakmuran semua rakyatnya, kita terlebih dahulu perlu menjatuhkan mereka yang sudah terlalu lama berkuasa dan sudah menjadi terlalu korup itu. Rakyat semakin hari semakin menderita, yang tidak nampak atau kurang prihatin terhadap situasi ini kebanyakannya adalah mereka yang senang lenang mendapat habuan dari kekorupan kerajaan sekarang, mereka inilah golongan tegar menyokong kerana takutkan kehilangan nikmat hidup yang sementara ini dibawah "payung" kekorupan itu. Apatah lagi sains juga telah mebuktikan bahawa semakin kaya seseorang itu semakin kurangnya keprihatinan mereka untuk golongan miskin. Akan tetapi bagaimana pula golongan marhaen yang mahukan Islam akan tetapi telah dikelirukan samada untuk memilih parti Islam atau parti gabungan orang Islam dan bukan Islam yang nampak tidak Islamik ini? Sedangkan TGNA dulu bersetuju bergabung dengan DAP untuk menghadapi BN, mengapa pada PRU14 ini PAS sudah berubah? Adakah ini bermakna TGNA dulu tidak mahukan Islam?


Dalam keadaan rakyat yang semakin susah dan tertekan, tanpa mengira bangsa dan agama, kita ibarat sudah berada didalam keadaan darurat yang mana untuk membolehkan keadaan ini berubah iaitu untuk terus hidup, kita perlu memilih sesuatu yang lain dari kebiasaan. Sedangkan Allah SWT membenarkan kita makan babi didalam keadaan darurat, negara kita juga didalam keadaan "darurat" perlukan perubahan untuk kebaikan semua. Jadi kita perlu buat pilihan yang dikatakan tidak Islamik itu. Kita perlu fokus kepada apa yang terbaik untuk semua golongan dan bukannya hanya untuk orang Islam sahaja. Ini yang ditekankan oleh Saudara Nouman Khan yang mana beliau sendiri adalah seorang pakar pengkaji Al Quran.


Rata-rata propaganda pihak berkuasa sekarang ini menaikkan kebencian terhadap Pakatan Harapan dengan menyebarkan berita-berita betapa tidak islamiknya Pakatan Harapan bersekongkol dengan DAP yang kononnya memusuhi Islam, ini semua adalah perang saraf cara mereka ingin mengekalkan kuasa. Semakin berpecah musuh semakin mudah mereka menang dan inilah yang kita sebagai rakyat cerdik perlu nampak dan faham permainan mereka. Islam bukan dari atas kebawah, Islam dari bawah keatas. Bukan semua negara didunia ini adalah negara Islam, adakah itu bermakna umat Islam yang menetap dinegara bukan Islam hilang keislamannya? Bagaimana pula negara yang benar-benar Islam seperti Arab Saudi dan UAE, mereka berlumba-lumba membina bangunan tinggi seperti dalam hadis Nabi SAW mengenai akhir zaman dan tanpa segan-silunya menjadikan musush sebagai rakan mereka sedangkan itu dilarang oleh Allah SWT, adakah mereka itu benar-benar sebuah negara Islam?

Saya juga mahukan sebuah negara Islam, negara yang benar-benar mengamal dan menjalankan ajaran-ajaran Islam. Sebuah negara Islam yang didalamnya terdapat pengganut ugama lain yang hidup aman damai dan pada masa yang sama bebas mengamalkan ajaran agama mereka seperti zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. Akan tetapi kita tidak akan dapat melakukankanya jika rata-rata umat Islam hidup dalam kemiskinan. Kemiskinan membawa kekufuran dan itu yang akan menjauhkan lagi umat Islam itu sendiri kepada Islam. Kemiskinan rakyat Malaysia hari ini adalah angkara pemimpin yang tidak amanah yang sudah terlalu korup dan satu-satu caranya untuk menjatuhkan mereka adalah kita semua bersatu padu membuat pilihan yang sebaiknya diPRU14 ini nanti. 

Jika ianya perumpaan terpaksa memakan babi (kerana memilih yang tidak Islamik) maka inilah masanya kita perlu berbuat demikian untuk hidup. Kearah hidup yang lebih baik dengan menukar pemimpin yang sedia ada. Ya, tiada jaminan pemimpin bari ini tidak korup, akan tetapi sekurang-kurangnya mereka baru nak belajar korup dan jika mereka pun sama maka kuasa ada ditangan kita untuk menukarkannya lima tahun akan datang nanti. Memilih yang "kurang Islamik" itu juga bukanlah bermakna kita perlu kekal menyokong mereka selamanya, jika sudah ada alternatif lain maka kita boleh membuat pilihan lain sama seperti keadaannya tidak lagi makan daging babi untuk hidup.

Marilah kita berubah, sebelum keadaan menjadi semakin parah, membuat pilihan yang terbaik semasa peluang terbuka besar untuk kita melakukannya. Fikir-fikirkanlah muslihat licik memecah belahkan kita oleh pihak yang ingin kekal berkuasa itu. Perbandingan yang saya bawakan ini hanyalah satu perumpamaan, perumpamaan buat ketukan minda, ketukan minda bagi mereka yang mahu berfikir.

Sila Kemukakan Komen Anda

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas