Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 12 Disember 2008

Aku Wujud Ada Tujuannya..

Apa? flight penuh? macamana nak balik ni? Ini bahaya guna tiket rebate, on standby, kalau takde kosong kena tunggu next flight. Tapi aku harus balik jugak paling lewat esok kerana cuti sudah habis. Rungutku ketika terkandas di KLIA semasa balik ke KL menghadiri kursus motivasi bulan lepas.

Nak tak nak aku terpaksa beli tiket confirm dgn bayaran penuh, tiket sehala yg harganya sama seperti bayar penuh dua hala.

Keesokan harinya aku pun kembali ke KLIA untuk pulang ke Abu Dhabi. Memang flight dr KL ke tanah Arab ni selalunya penuh, mungkin juga sebab musim haji hampir tiba.

Masih ku ingat nombor kerusi 26G, selepas sahaja kapten memadamkan isyarat tali pinggang aku cuba mencondongkan kerusi kebelakang agar lebih selesa. ALAMAK... rosak lak kerusi ni, tak boleh baring kebelakang, dah la bayar penuh, dapat lak kerusi rosak.

Aku memanggil pramugari bertanya jika ada kerusi lain, "maaf" katanya, "flight penuh", "habis tu saya harus tegak lagi 6 jam ke"? "Maafla Encik, nanti saya lapurkan pada ketua pramugari, mungkin dia boleh membantu."

Aku tak boleh marah, kerana prinsipku apa yg berlaku pada diri ku ini adalah disebabkan tindak tanduk atau pemikiran ku yg lepas2 lepas, tetapi mengapa begini? Haruskah aku marah? merungut, bad mood sehingga sampai ke Abu Dhabi?

Terdetik dihatiku, "aku kan jurutera pesawat, aku tahu bagaimana kerusi ini berfungsi dan aku boleh cuba men"godek" mekanisme kerusi ini supaya ianya boleh condong kebelakang. Ku angkat lapik bawah dan nampak "hydrolock" yg mengawal fungsi condong, tekan je pada "release plunger" dah boleh condong.

Alhamdulillah, boleh condong kebelakang akhirnya, dan alhamdulillah lega rasanya tak perlu duduk tegak lagi 5 jam setengah.

Sambil bersndar kebelakang, aku terfikir, mengapa dalam lebih kurang 300 penumpang didllm pesawat ini mengapa aku mendapat kerusi rosak ini? Bagaimana jika orang lain yg terkena? Aku mendapat jawapannya dan dengan tenangnya aku berehat dan terlena tidur di ketinggian 38 ribu kaki.

Hidup adalah kerjasama, ilmu yg ditimba gunanya untuk menolong sesama manusia, Allah mentakdirkan aku mendapat kerusi rosak ini kerana aku punya ilmu untuk membaikinya, tidak akan teraniaya orang lain jika mereka mendapat kerusi yg rosak tersebut. Hidup adalah saling tolong menolong, aku hidup untuk mengagungkanNya, menikmati hidup ini dgn gembira dan saling tolong menolong sesama manusia. Aku bukan hanya aku, aku adalah engkau, mereka, kamu dan awak.. kita semua berkait.

Education berasal dr perkataan Latin "educo" yg bermaksud "to draw out", "to induce", iaitu dgn ilmu pendidikan itu dapat mengeluarkan sifat2 diri agar menjadi manusia yg berguna pada agama dan juga pada sesama manusia.

6 Komen:

3m1huh5_N414 berkata...

Cis!..Memang best la U ni Helmi! Rancak tiap kali I surf ur articles...ada je la ilmu baru yg dpt dipelajari yg. kekadang kita semua alami tapi terlepas pandang! Masalah itu adalah adversities yg Tuhan sengaja hidangkan utk hamba2 berfikir sejenak & ambil iktibar sendiri. Bukannya merengus & merungut 24 hrs spt yg selalu saya & lain2 buat! Mencari kesilapan org. lain - scape goats seekers! Subhanallah! Yes..pls proceed! cayalah bro!

manusiaBertuah berkata...

alhamdudillah bro...
artikel anda telah berjaya mengubah hati seorang manusia..

alhamdudillah..
moga anda diberkati oleh-Nya dunia dan akhirat..

terima kasih

manusiaBertuah berkata...

saya amik artikel ni ntuk tatapan pembaca blog saya..
mana tahu ada yang terdetik hati untuk berubah lagi..

insyaallah..

terima kasih sekali lagi

Awanama berkata...

Salam,

Memang apa yang berlaku ada hikmahmya...selalu manusia hanya tahu merungut tetapi tidak cuba menganalisa kenapa sesuatu itu terjadi. Alhamdulillah, perkongsian ilmu saudara ini menjadikan saya dan rakan 2 lain tersedar dari perangkap diri sendiri yang tidak mahu menggunakan minda 100%.Thank u so much for sharing this info.

Awanama berkata...

saudara, sy bukn nak kritik...tapi nak pesan2 jer, hidup nie bukan ape yg kite fkir betul jer...semua dengan agama, dengan agama jer kite bole bejaya...maaf

Helmis berkata...

Terimakasih atas kritikan, terimakasih atas teguran... errr.... tapi bukankah saya juga telah mengaitkan agama dalam hampir kesemua artikel saya. Jika ada kepincangan harap dapat di tegur secara lebih tepat dan bukan secara am sebegini. Terimakasih.

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas