Saya bukanlah pembaca akhbar yg aktif, baik surat khabar fizikal ataupun dialam maya ini, tetapi saya tidak terlepas juga dari ternampak banyak berita2 utama dunia yg membesar2kan kekecohan undian di Iran. Apa yg digambarkan Ahmadinejad menipu didalam pilihanraya tersebut, benar atau tidak hanya Allah sahaja yg tahu selain dari yg empunya diri dan penyokong2nya.
Dari kisah Ahmadinejad ini saya teringat filem dokumentari Zeitgeist Addendum yg saya lihat tahun lepas dan masih melihatnya dari masa ke semasa untuk mengingatkan saya akan pembohongan didunia ini, dan ada kisah mengenai bekas Presiden Iran yg digulingkan iaitu Mossadegh sekitar tahun 50an. Didalam filem Zeitgeist tersebut, John Perkins yg juga pengarang buku Confession of an Economic Hitman, menceritakan panjang lebar bagaimana agen2 perisikan barat adalah dalang utama disebalik rusuhan di Iran untuk menjatuhkan Mossadegh malah beberapa rusuhan/pemberontakan diseluruh dunia, termasuklah pembunuhan beberapa presiden/pemimpin yg tidak mengikut polisi Amerika.
Saya telah editkan sedutan dari filem tersebut dan saya letakkan sarikata untuk manafaat rakan2 sekalian.