Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 21 Julai 2008

Ubah Cara Hidup atau Ubah Cara Berfikir?

Sejak harga minyak dan barangan semakin naik ni banyak email dan perbincangan cara-cara untuk berjimat cermat, yang naik kereta kena naik motor, yang makan beras mahal kena makan beras murah dan sebagainya.

Apa kata sebelum ubah cara hidup kita ubah dulu cara berfikir? Hukum alam menunjukkan semua ciptaan Allah yang bernyawa itu membesar, berkembang, membiak dan sebagainya. Dalam ertikata lain, semakin kehadapan, jadi jika kita mengubah cara hidup kita kearah kebelakang (dengan lebih mengikat perut) maknanya kita seolah2 menolak hukum alam ciptaan Allah yang Maha pemurah.

Jika kita selalu memikirkan kemiskinan, itu yang makin kita nampak, jika kita memikirkan kena berjimat, makin hari makin kena berjimat, jika fikirkan hidup ini susah untuk mencari duit, makin susah nak dapat duit. Sedangkan ulat dalam batu pun ada rezekinya yang Allah janjikan, inikan pulak manusia yang ada akal dan fikiran.

Jika kita ubah fikiran kita, nescaya kita akan lihat dunia ini dari sudut yang berbeza, contohnya, bagi mereka yang sentiasa memikirkan kesusahan hidup, tin-tin kosong hanyalah sampah, tetapi jika kita fikirkan dunia ini penuh dengan peluang2 menambahkan rezeki, tin-tin kosong itu adalah salah satu cara untuk menambah rezeki. Ini contoh yang remeh, byk lagi contoh yang lebih besar...

Semua kreativiti dan ciptaan bermula di minda, kerusi tidak akan dicipta jika tiada orang terfikir lebih selesa duduk beralas dari duduk diatas tanah, kemudian dengan usaha terciptalah kerusi. Kekayaan juga perlu bermula di fikiran/minda, bila minda terbuka, pasti Allah akan membuka jalan untuk kita berjaya. Kita akan jadi lebih peka kepada peluang2 menanbahkan rezeki. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya.

Masaalahnya kita selama ini ialah terlampau mengharapkan manusia lain untuk menambahkan rezeki kita dan kecewa,marah menyumpah seranah bila manusia yang kita harapkan tidak memberi apa yang kita inginkan. Harapan kita pada manusia lebih utama dari Allah, harapkan suami, harapkan harta ibu bapa, harapkan kawan tolong, harapkan kroni, harapkan bos bagi naik gaji, harapkan kerajaan bagi subsidi dan bermacam2 lagi hingga kita terlena bahawa hanya pada Allah sahajalah sebenarnya kita boleh berharap.

Jika harapan kita 100 peratus pada Allah, Dia akan mengaturkan suasana dunia ini untuk membuat hambaNya yang lain membantu kita, itu jaminanNya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 19 Julai 2008

Mengapa perlu sembahyang/Solat?

Bunyinya seperti satu soalan yang bodoh, tetapi mengapa ramai dikalangan masyarakat kita mengambil mudah akan hal sembahyang. Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa kebaikannya, seperti puasa yang sebelum adanya kajian sains mengenai faedahnya puasa dari sudut kesihatan, majoriti menganggap itu adalah perintah Allah dan kita harus melakukannya. Dengan adanya lapuran kajian faedah puasa, yang taat berpuasa semakin beriman kepadaNya dan yang sebelum ini liat untuk berpuasa mungkin tergerak akan hatinya untuk melakukannya.

Bagaimana pula dengan sembahyang yang juga rukun islam, ramai yang berpuasa tetapi tidak sembahyang, mungkin bagi golongan tersebut, puasa lebih kepada tradisi untuk berhari raya kerana tanpa puasa, hari raya tidak lah bermakna, mereka ini sedar yang puasa tanpa sembahyang sia-sia sahaja tetapi masih tidak terbuka hati untuk sembahyang. Mungkin dengan adanya lapuran kajian sains akan faedah sembahyang barangkali akan berubah hati mereka untuk sembahyang?

Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang? Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran? Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains? Saya terjumpa kajian mengenai otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak minda mereka.

Perhatikan imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang, bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang menjaga sembahyangnya.

Apa bezanya mereka yang khusyuk dengan yang tidak. Selain dari mendekatkan diri kita dengan Allah, khusyuk dan fokus itu membantu kita mencapai apa sahaja impian hidup kita didunia ini. Ramai yang tahu mengenai Law of Attraction yang kita boleh capai apa sahaja hajat didalam hidup kita ini jika kita fokus didalam fikiran kita apa yang kita inginkan, jadi jika kita boleh fokus kepada Allah didalam sembahyang, amat mudah untuk lebih fokus kepada apa yang kita hajati dari segi harta, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya.

Dengan taatnya kita kepada Allah, melalui sembahyang dan selalu bersyukur kepadaNya, bukankah untuk mencipta realiti yang kita inginkan amat mudah. Percaya akan keesaanNya, pemurahNya, pengasihNya, apa yang kita hajati sudah ada digenggaman kita, beriman kepadanya. Apa itu beriman? Percaya kepada sesuatu yang tidak bolah dibuktikan jadi jika kita percaya kepada Allah, apa yang kita hajati tidak mustahil. Itu yang dinamakan mencipta realiti kita sendiri, dengan keredhaanNya.


Ini pula gambar imbasan otak yang dinamakan surface scan. Perhatikan otak mereka yang ganas berbanding mereka yang normal? Perhatikan bahagian depan otak (prefrontal cortex) yang tidak sempurna. Prefrontal cortex ini merupakan CEO bagi manusia itu sendiri, secara rasional menjadi penapis kepada segala tindakan primitif ganas (pemikiran haiwan). Bahagian depan otak yang kosong itu bukan bermakna ianya kosong secara fizikal tetapi tidak aktif kerana tiada darah yang pergi kebahagian tersebut. Prefrontal cortex haiwan tidak sempurna, kecil atau tiada, sebab itu mentaliti mereka fight or flight, lawan atau lari. Manusia yang ganas, kaki panas baran contohnya besar kemungkian frontal cortex mereka tidak berfungsi, sebab itu mereka selalu membuat keputusan yang tidak bijak. Penjenayah berat tiada belas ikhsan terhadap manusia, seperti didalam dunia haiwan, sebab itu harimau boleh makan manusia kerana tiada sifat ihsan. Bagaimana dengan manusia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri?

Apa yang menyebabkan "kosong"nya frontal cortex kita? Stress adalah penyebab utama, hampir semua aktiviti dizaman moden meningkatkan stress. Ketika stress, pemikiran primitif mengambil alih, ini mengalih aliran darah ke prefrontal cortex dan kesan dari stress yang berterusan, makin tidak aktif lah prefrontal cortex manusia tersebut. Keduanya kerana kita semakin tidak menggunakan otak kita, contohnya dulu untuk pengiraan kita pantas mencongak, sekarang kalkulator pasti akan dicapai dahulu untuk membuat pengiraan, kemodenan itu tidak salah, tidak sedar kesan kemodenan kepada fikiran itu yang bahaya.

Bagaimana sembahyang yang khusyuk mencegah dari kemungkaran? Bila kita khusyuk, minda kita menjadi lebih tenang, kita berhubung dengan zat-zat Allah yang tenang dan aman, ini menghilangkan ketegangan dan bila kita fokus kepadaNya, prefrontal cortex kita akan diperbaiki dan dengan proses yang berulang2 (sembahyang yang khusuk), otak kita akan menjadi lebih sempurna dan boleh berfikir dengan lebih waras. Bayi didalam kandungan tenang dan aman, selepas lahir jika cukup makan dan tidurnya, aman tenteram tidur dengan nyenyak, itu lumrah alam.

Bagaimana pula dengan sujud? Apakah kesannya? Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling rendah adalah prefrontal cortex iaitu ketika dahi mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah kebahagian tersebut lantas membaiki, mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran.

Otak umpama pasukan orkestra yang mana sebelum konduktor muncul semua pemuzik membuat hal masing-masing, tetapi bila konduktor muncul dan mengetuai mereka, musik yang terhasil amatlah indah. Otak umpama pasukan orkestra dan konduktor adalah prefrontal cortex otak kita. Lebih fokus kita dalam sembahyang/meditasi, lebih sempurna frontal cortex kita seperti didalam brain scan tersebut.

Meditasi dikatakan mampu memulihkan fungsi otak menjadi lebih sempurna, meditasi memerlukan fokus pada sesuatu dalam suatu jangka masa. Transcendental meditation seperti yang di kaji dan digalakkan oleh Universiti Maharishi menghubungkan diri dengan sumber kehidupan dunia ini yang mereka gelar "unified field". Kerana jahilnya mereka, tidak mereka sedari "unified field" tersebut sebenarnya adalah zat-zat Allah yang mana darinya muncul lah semua kehidupan didunia ini. Gambar di bawah ini adalah kesan pada otak hasil dari proses meditasi tersebut.


Sembahyang juga adalah satu bentuk meditasi, ramai menyalah anggap yang meditasi itu meniru agama lain, meditasi adalah satu cara memfokuskan pada sesuatu dan tenangkan fikiran, fokus pada sesuatu samada bacaan, musik, pernafasan, imaginasi dan sebagainya. Didalam Islam, sembahyang melakukan beberapa gerakan tetapi fikiran kita perlu khusyuk/fokus kepada Allah dan zat-zatNya, tiada bezanya dengan meditasi, prinsipnya tetap sama.

Jadi ada perbezaannya mereka yang sembahyang dan tidak dan ada bezanya mereka yang khusyuk dan tidak, jadi sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan khusyuklah kamu agar kamu mendapat keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih bijak pemikirannya.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 11 Julai 2008

Lebih Baik Tak Kahwin

"Zaman sekarang ni dah payah nak jumpa lelaki/perempuan yang baik"


Ini dominan thought kebanyakan lelaki mahupun wanita yang  masih tidak bertemu jodoh. Tanpa sedar sebenarnya dominan thought mereka ini yang mengundang malang pada diri sendiri. Manusia sekarang mengabaikan hebatnya kesan fikiran pada diri sendiri dan persekitaran, bagi kebanyakan kita, apa yang kita fikirkan tidak memberi kesan pada persekitaran. Apa yang kita fikirkan sebenarnya memberi kesan pada persekitaran kita. Beberapa eksperimen dibawah ini mungkin boleh mengubah perspektif kita mengenai hebatnya akal fikiran kita ini.

Pada musim panas 1993 di New York,  seramai 4000 orang dr serata dunia telah dikumpul kan, bermeditasi dan berniat untuk menurun kan kadar jenayah, terbukti pada tahun tersebut kadar jenayah turun sebanyak 23% yang mana ini mengejutkan ramai orang. Melalui fikiran yang fokus (meditate), kumpulan tersebut mengubah fikiran manusia persekitaran.

Eksperimen Dr William Tiller,  Professor of Stanford University’s Department of Materials Science membuktikan melalui fikiran/thought dan niat/intention, pH air boleh berubah menjadi lebih berasid atau beralkali.

Dr Dean Radin, Senior Scientist at the Institute of Noetic Sciences juga melakukan beberapa eksperimen yang terbukti fikiran manusia boleh berkait sesama sendiri, semua manusia pada dasarnya "berhubung" sesama sendiri tanpa sedar, apa yang kita fikirkan mempengaruhi orang dan persekitaran kita.

Dr Masaru Emoto, membuktikan bahawa fikiran boleh merubah molekul air menjadi kristal yang indah dah yang buruk. Dan jika badan manusia 90% adalah daripada air, cara pemikiran kita boleh mengubah ciri air didalam badan kita ini, malah orang disekeliling juga.

Jika ramai lelaki dan wanita mengubah dominan thought mereka yang di dunia ini ramai insan yang baik, bukan kah ini boleh merubah lelaki manusia di sekeliling menjadi baik? Mungkin lelaki yang nakal tiba-tiba bangun pagi dan memilih untuk berkahwin dan menjadi baik? Ini yang di lawakkan oleh Dr John Hagelin mengenai eksperimen di New York, mungkin ada penjenayah yg bangun pagi berkata.. ehmm.. rasa tak nak bunuh orang la hari ni...

Kebanyakan kita mengambil alasan mudah, ala belum sampai jodoh, memang itu teramat benar kerana jodoh ditangan tuhan tetapi kita harus berusaha. Berusaha tak semestinya hanya dengan usaha fizikal tetapi harus dimulakan dengan fikiran, sebab itu dalam islam ada doa dan niat untuk melakukan sesuatu, kerana niat itu bermula dr fikiran.

Berdasarkan eksperimen diatas yg terbukti fikiran kita mempunyai kesan pada persekitaran, bukankah tiba masanya untuk mengubah cara kita berfikir? Bagi yang belum bertemu jodoh kerana masih tidak bertemu dengan pasangan yang dihajati, apa kata mulakan dengan mengubah dominan thought kepada "masih ramai lagi insan yang baik didunia ini, insyaallah pasti akan ku temui.... Amin"


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 10 Julai 2008

Jijikkah poligami?

Majoriti masyarakat mencemuh mereka yang berpoligami, malah suami yang ingin berkahwin lain dilabel sebagai gatal dan mementingkan diri sendiri. Jika berpoligami tidak sesuai dizaman sekarang ini maka salah satu dari undang2 islam sudah tidak boleh diterima pakai, bagaimana pula undang2 islam yang lain? Semua harus berubah juga?

Tanpa kita sedar kita pemikiran kita sebenarnya telah di corak, diacu oleh pengaruh luar dan kebanyakan pilihan dan reaksi kita terhadap sesuatu itu bukan lah dari berfikir, sebaliknya dari memori. Kita lebih senang menggunakan memori dr berfikir, disebabkan oleh itu hidup kita hari ini masih tetap seperti semalam kerana corak pemikiran yang sama.

Mengapa kes liwat harus di nafikan dengan bersumpah dengan Al Quran, bukan dengan memanggil 4 saksi?, kerana itu yang kita lihat melalui filem dan cerita2 TV yang bersumpah perlu dengan kitab suci (bible) jadi ia menjadi ikutan mereka yang mengaku islam.

Mengapa bertudung tetapi dada tersembul? Kerana artis bertudung demikian, sedangkan didalam Al Quran menutup dada itu lebih penting dari fesyen tudung itu sendiri.

Mengapa perlu bercinta dahulu sebelum kahwin, tidak seperti dizaman dahulu yang mana ibu ayah yang mancarikan jodoh, kerana semua cerita TV dan filem menggambarkan perlunya bercinta sebelum kahwin. Tak pernah terjumpa cerita cinta yang menggambarkan hebatnya percintaan selepas kahwin.

Mengapa ada yang sanggup tukar agama kerana cinta, kerana didlm filem, walau hebat mana pun halangan, hero dan heroin akhirnya hidup bahagia, jadi tak kira apa agama pasangan ku, bila aku sudah bercinta dengannya, jika dahulu buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan, sekarang buang emak, buang ayah, buang saudara, buang agama, kerana kasih aku turutkan.

Mengapa poligami itu jijik? Kerana didlm filem, ibu tiri itu garang, kerana dr DCCK, suami berkahwin dua mengabaikan isteri pertama, kerana didlm iklan raya petronas beberapa tahun lepas, anak terpaksa menolong ibu menjual nasi lemak menyara hidup. Tanpa kita sedar, minda separa sedar kita telah dirasuk, yang meracun fikiran kita memusuhi poligami.

Mengapa lelaki mahu kahwin dua, jika di zaman nabi kerana ingin membantu yang lemah, sekarang kerana pengaruh porno yang membuat lelaki khayal untuk mencuba yang lain, betapa mudahnya membeli CD lucah, diluar 7 elevan pun ada gerai segera menjualnya. Lihatlah juga disekeliling bagaimana wanita berpakaian dizaman ini, bukankah itu mendorong nafsu lelaki? Lihatlah majalah hiburan rata2 muka depan memaparkan dada artis yang montok tersembul, bukankah ini mendorang nafsu? Bagi yang tidak beriman, gundik, girlfren, rumah urut habuanku, bagi yang tahu dosa pahala, ke siam adalah jalan yang mudah. Bagi yang tak mampu, melempias pada yang lemah, merogol. Dalam kebanyakan kes, pengaruh persekitaran sebenarnya mendorong lelaki untuk berpoligami.

Bagaimana dengan kaum perempuan, mereka tidak bersalah? Mereka bersetuju bila wanita dijadikan bahan penarik iklan, merek bersetuju, pakaian menjolak mata itu kemodenan, mereka berdiam ketika pornografi berleluasa, bukan kah itu lebih harus ditegah dari berkempen menentang poligami? Kita kena mengkaji dan menyiasat keakar umbi apa punca sebenarnya, bukan menyalah kan apa yang sudah terjadi. Tak pernah terjumpa lagi mana2 persatuan/gerakan wanita yang berjuang menegakkan maruah wanita dari segi menentang pengeksploitasi wanita sebaliknya dalam diam2 menyokong kemungkaran, kebanyakannya atas dasar "women right". Sama seperti barat yang menyalahkan Al Qaeda dan hidup dalam ketakutan sedangkan masaalah sebenarnya ialah yahudi yang merampas tanah arab. Alasan wanita untuk menyuruh lelaki lebih sabar menahan nafsu adalah seperti meludah ke kelangit jika mereka sendiri tidak menyeru kaum mereka sendiri untuk lebih bersopan.

Jadi perempuan tidak boleh menyalahkan lelaki jika mahu berkahwin dan lelaki juga tidak boleh menyalahkan wanita jika mereka ditentang untuk berkahwin lebih dari satu. Pokok pangkal nya niat, apa niat lelaki untuk berkahwin dan apa niat perempuan untuk menghalang?

Jika lihat keadaan masyarakat sekarang ini, mengapa ramai wanita tidak tidak berkahwin, kebanyakan alasan yang diberi, tidak berjumpa pasangan yang sesuai, lelaki pula buat apa aku perlu berkahwini jika aku senang melempiaskan nafsu ku, sikap perempuan sendiri mengumpan seks untuk cinta menjadi penyakit berbalik pada diri sendiri.

Kita semua berkait, kita tidak boleh hidup tanpa memperdulikan orang lain, setiap tindakan ada tindakbalas berbalik yang sama kepada diri kita sendiri. Contohnya bagi lelaki tak perlu aku kahwin kerana aku punyai rakan wanita/gundik/rumah urut untuk melempiaskan nafsuku. Tidak sedarkah mereka yang suatu hari nanti mereka ada adik,saudara atau akan ada anak perempuan? Bagaimana dengan wanita? Jika mereka menghalang suami untuk berkahwin lain jika suami mampu dan punya alasan yang kukuh?, sudah tahukah mereka apa nasib adik, saudara atau anak perempuan mereka nanti?

Sebelum melabelkan seseorang baik suami atau gadis yang ingin menerima suami orang sebagai pasangan kita kena lihat apa niat mereka dan kemampuan mereka? Jika lelaki itu mampu dari segi zahir dan batin, apa niat isteri untuk menghalang? Apa sebenarnya yang mendorong mereka bertindak melulu meghalang niat suami, malah ada juga mendapat sokongan saudara-mara malah rakan2 untuk memusnahkan perkahwinan yang telah dibina.

Jawapan sebenarnya adalah cemburu, takut dan ego. Cemburu kerana takut kasih sayang suami akan beralih, takut akan hilangnya sumber nafkah dan ego dan malu dengan masyarakat persekitaran yang akan mencemuh mereka kerana menganggap ada kekurangan pada diri mereka yang mendorong suami mencari lain. Ditambah pula dengan cara berfikir yang lebih kepada memori dari mengambil kira semua kebarangkalian untuk bertindak. Pengaruh TV dan masyarakat lebih mempengaruhi keputusan yang diambil.

Lelaki yang ingin berkahwin juga harus mengukur diri sendiri, jika ingin kahwin periksa dulu keimanan kita, bukan setakat mengukur tebalnya poket atau hebatnya "senjata" sahaja. Jika kita nanti mengianaya isteri kita, tak terfikir bagaimana perkara yang sama berlaku pada adik, saudara atau anak perempuan kita nanti?

Lelaki yang beriman ingin mencipta syurga didunia ini dengan memberikan kasih sayang pada lebih ramai insan, kasih sayang bukan seperti duit yang bila dikongsi menjadi separuh, contohnya kasih sayang ibu pada anaknya, adakah menjadi separuh dengan kehadiran anak kedua, tidak, kasih sayang tetap tidak berubah. Samalah juga dengan kasih sayang suami, tidak berubah malah makin bertambah-tambah pada isteri pertama yang redha.

Kebanyakan isteri pertama mengadu suami melupakan mereka, mereka kena selidik sikap dan pemikiran mereka sendiri, jika mereka mencemuh perkahwinan tersebut, menyumpah, merungut dan sebagainya, tidak redha akan ketentuan Allah, bukankah itu tidak bersyukur namanya. Bukankah lebih baik kita meredhainya dan berdoa yakin kepada Allah yang Allah akan membuka hati suami mereka untuk sedar jika langkah yang diambil itu silap. Mana lebih berkesan? Bandingkan perbezaannya jika suami itu sendiri sedar akan kesilapannya dari pada sikap kita sendiri menyumpah apa yang terjadi. Ini berbalik kepada keimanan kita kepadaNya.

Perempuan yang ingin mejadi isteri kedua kebanyakannya dilabel sebagai gatal, miang, penggoda, kaki cukur dan sebagainya, kerana apa? Kerana itu acuan pemikiran kita, kita hidup hari ini seolah hari ini adalah semalam, tidak memikirkan akan kemungkinan2 baru jika kita mengubah cara pemikiran kita.
Bagaimana jika calon isteri kedua itu wanita berkerjaya yang boleh berdikari yang cuma ingin menambah kan zuriat, malah anak2 dan isteri pertama juga boleh mendapat kebaikan dari isteri kedua tersebut, contohnya jika isteri kedua itu seorang doktor atau seorang guru/ustazah contohnya. Setiap anak yang lahir ada rezekinya sendiri, itu janji Allah jadi mengapa kita perlu takut suami tak akan ada cukup duit untuk menampung keluarga?

Wanita berkerjaya jarang ingin menjadi isteri kedua kerana samada ego mereka sendiri ataupun takut di cemuh oleh masayarakat, bagi yang beriman, mereka lebih senang menjadi anak dara tua, bagi yang tidak, mengumpan seks untuk cinta dari lelaki, dan ini berbalik kepada kisah mengapa susah untuk mencari lelaki yang baik, drama manusia yang berbalik2.

Kita harus berani mengubah cara pemikiran kita, jika kita termasuk dalam golongan yang mencemuh poligami, secara tidak sedar kita juga mencemuh Allah, tidak bersyukur dan mengundang kemurkaanNya, kemudian kita marahkan hidup kita serba kekurangan dari segi harta dan kasih sayang. Dalam setiap detik hidup kita ini kita harus selalu memeriksa corak pemikiran kita, kerana dari fikiran manjadi tindak tanduk kita. Rugilah mereka yang hidup dengan tanpa sedar mencemuh Allah, menjadi tidak bersyukur. Setiap apa yang datang didalam hidup kita ini hasil dari pemikiran kita sendiri. Mahukan yang terbaik, berlatih lah berfikir yang terbaik, berfikir tanpa pengaruh luar, pengaruh masyarakat. Kaji dan selidik sebelum bertindak dan cuba mengelak dari menjadi tidak bersyukur tanpa sedar.

Didalam posting saya yang lepas, ramai menganggap mana boleh samakan syurga dan dunia, tetapi jika kita inginkan kesyurga, bukankah kita perlu berlatih dari sekarang? Martabat wanita tidak jatuh dengan poligami, malahan isteri yang redha lebih tinggi martabatnya dari bidadari disyurga. Mana lebih utama darjat disisi manusia atau darjat disisi Allah? Kita terlalu mengikut pemikiran barat yang menyelar poligami tanpa kita sedar, barat menolak agama mereka sendiri kerana didlm Bible, ada sejarah nabi2 sebelum nabi Isa yng rata2 berpoligami. Mereka sebenarnya mencemuh nabi2 lain sebelum Nabi Isa AS. Mereka moden kerana menolak agama tetapi runtuh moral, Islam mundur kerana menolak agama dan mundur juga dari segi moral. Islam agung dizaman nabi kerana kuatnya pegangan islam, jatuhnya empayar islam kerana muslim sendiri mengejar dunia.

Bagi saya lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin patut kahwin lebih dari satu dan isteri yang punyai suami yang mithali patut mencari kan pasangan kedua untuk suami, gila bunyinya tetapi jika difikirkan sedalam-dalamnya inilah penyelesaian untuk masaalah masyarakat diseluruh dunia sekarang ini. Sumbang mahram, anak luar nikah, haruan makan anak, pelacuran dan sebagainya, jika diselidik boleh di hapuskan atau dikurangkan dengan dengan poligami.

Lelaki yang mampu dan layak berkahwin dua dan isteri yang menghalang suami yang layak untuk berpologami sebenarnya mementingkan diri sendiri, bagi mereka aku adalah aku dan aku tiada kena mengena dengan masyarakat. Cabang sains yang baru (quantum physic) membuktikan bahawa kita semua berkait, cara kita berfikir sebenarnya mempengaruhi dunia dan persekitaran kita, jadi kita tidak boleh buat tak endah apa yang terjadi disekeliling kerana kita sebenarnya secara tidak langsung terlibat.

Kita lebih senang menyalahkan orang lain, tu la gatal sangat nak kahwin, saja cari penyakit, tak sedar diri, menuding jari kearah orang lain, hebatnya Allah itu membuat secara universal manusia menuding 2 jari kearah orang lain, sedarkah kita 3 jari menghala kepada diri kita sendiri? Itu kehebatan Allah tanpa kita sedar.

Jangan hidup hari ini seperti hari semalam, kerana jika kita hidup hari ini seperti semalam, kita selalu mendapat hasil seperti hari semalam.

Berfikir itu mudah, tetapi tidak ramai yang betul-betul melakukannya...


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas