Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 16 Mei 2011

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa - Versi Kemaskini




Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan video ceramah oleh Sheikh Imran Hossein mengenai sistem kewangan antarabangsa dari perspektif islam. Saya mengemaskinikan semula terjemahan dan juga membesarkan sarikata agar lebih mudah dibaca. Keseluruhan 12 klip video asal juga saya telah gabungkan agar menjadi satu ceramah panjang agar memudahkan rakan-rakan menonton tanpa gangguan.


Didalam ceramah ini Sheikh Imran telah menjelaskan secara mudah mengenai sistem kewangan antarabangsa yang penuh penipuan ini. Inflasi bukankah suatu yang normal, bukan sepatutnya satu norma kehidupan yang kita anggap perkara biasa. Inflasi adalah cara bagaimana kekayaan manusia di curi secara senyap oleh mereka yang mereka cipta sistem itu sendiri, dan sudah pastilah mereka yang menyokong sistem tersebut, termasuklah pemimpin-pemimpin yang buta dan masih menongkat langit menggunakan sistem ini untuk memerintah negara juga mendapat tempias dari habuan dari sistem tersebut.


Moga video ini menjadi "wake-up call" untuk semua lapisan masyarakat baik mak ayah kita mahupun anak-anak yang masih bersekolah. Walaupun jika hanya seorang sahaja sekalipun yang sedar setelah melihat video dengan terjemahan ini, penat lelah saya sudah berbaloi. Harap tolong sebarkan.

12 Komen:

ahmad farieth berkata...

salam saudara,

semoga Allah membuka hati kita semua dlm hal ni.

ameen!!

teruskan ;-)

zieraQ berkata...

sy nak tahu bagaimana nak upload video lebih dari 15 minit? bukankah kena jadi Youtube partner shj baru bole buat begitu? syarat nak jadi partner juga adalah kena ada lebih 4000 subscriber...

Sy ingat pun nak mulakan projek buat subtitle ni. Lecah kalau nak pecahkan bnyk bahagian setiap 15 minit.

Helmis berkata...

zieraQ, saya mula dahulu pun dengan 10 min je per video. YT nak tgk populariti video yg kita upload dulu, kalau terus bagi tp org upload "sampah", maka jatuhla kredibiliti diaorg. Niatkan usaha kerana Allah, insyaallah akan dipermudahkan. Saya pun baru-baru ni sahaja dapat upload lebih dr 15 min.

saif berkata...

salam saudara..

sudah lama x mmbaca update dari saudara...harap saudara akan terus update blog dari semasa ke semasa..satu cadangan dari saya, mungkin saudara sekali sekala dapat mmbuat pengkongsian bedah buku2 terpilih yg mungkin dpt memberi byk manfaat kepada saudara2 kita di luar sana..sekian.

Tanpa Nama berkata...

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=5877

ahmad farieth berkata...

mohon share ;-) tq

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara,

Alhamdulillah, Sedikit sebanyak pemikiran dan pandangan saya terbuka unruk melihat skop yang lebih luas dan lebih tersirat tentang kehidupan kita.. terima kasih saudara. Perbincangan dari pelbagai pandangan amat bagus untuk kita semua. Katakanlah saudara mempunyai kuasa (wang, pengaruh etc.) untuk mengubah kekurangan pada hari ini.. apa yang saudara akan buat? TQ.
- Judge.Nice.

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Jika saya punyai kuasa, saya akan tegakkan yang hanya Allah SW itu yang Al Akhbar, Al Malik dan Al Hakam. Semua itu telah dilenyapkan oleh negara sekular yang lebih mengutamakan undang-undang dan kedaulatan itu kepada manusia itu sendiri dan bukan Allah SW.

Dan hanya Allah SW sahajalah Al Fatah, hanya Dia sahajalah yang mencipta dari suatu yang tiada dan bukannya sistem perbankan yang sewenang-wenangnya mencipta wang dari suatu yang tidak wujud dan kemudiannya menipu dan menindas manusia diseluruh dunia melalui riba' baik ikut pintu depan dan mahupun pintu belakang.

Hanya Islam yang 100% Islam sahajalah yang mampu memberi keamanan kepada dunia, tetapi berapa kerat sahaja manusia yang jujur mahu mengakuinya.

The Black Jubah berkata...

Alhamdulillah,
Saya ada menonton sebahagian dari video ini, memang amat bermanfaat. Kita orang Islam tidak sepatutnya dikuasai oleh mereka-mereka ini. Usaha yang baik, 5 jam tu kena cari masa untuk tonton.

terapi imam muda berkata...

sangat bermanfaat....

kami dari team madu sidir ucapkan terima kasih..

ahmad hawari berkata...

Assalamualaikum akhi. Saya baru baca pendapat dari an Islamic Finance scholar @http://drasmadinet.blogspot.com/search?q=perbankan+islam

Bagus juga membaca hujah2 dari pihak yang ikhlas. KEIKHLASAN ini memang sukar ditemui pada zaman sekarang. Barulah orang awam macam saya ini akan faham istilah2 dan konsep2 ijtihad ijma' atas dasar maslahah ummah dan sebagainya.
Teruskan berjuang saudara. Wassalam.

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Saudara Ahmad,

Terimakasih atas perkongsian, akan tetapi apa yg tidak dibicarakan didalam artikel berkenaan adalah bagaimana bank mencipta wang "atas angin" tanpa disandarkan dengan suatu yang mempunyai nilai yg nyata.

Apabila seseorang itu pergi ke bank untuk meminta bantuan membelikan barang bagi pihaknya dan kemudian membeli pula dari bank, bank tanpa perlu ada wang didalam simpanan mereka hanya perlu membuat catatan kira-kira didalam sistem akaun mereka dan wang baru pun tercipta. Semua bank melakukan perkara yang sama baik islamik atau tidak.

Hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta suatu yg bernilai dari ketiadaan… nampaknya bank-bank juga mempunyai kuasa seperti Allah, maka sebab itulah agaknya ramai sekarang ini yang hidupnya "Ashaduallailahailla…bank!"

Wallahualam

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas