Mengapa Saya Kata Pinjaman Rumah Perbankan Islam Haram?
Katalah salah seorang dari saudara saya Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,"ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba' haram jadinya, baik aku ubah sikit".
Saya: "Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.
Mat: "Syarat macamana pulak tu?.
Saya: "Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik".
Mat: "Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli".
Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba' 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.
Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit "darah" Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?
Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel "bank Islam" tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Yang membezakan adalah dizaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti "beli lebih baik dari menyewa", untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri (sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan nafsu dan bukan desakan hidup. Didalam kes kedua (contoh Mat membelui rumah), 70 ribu "darah" Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat "keuntungan", adakah wang itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar, Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri? Letakkan diri anda ditempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan sedemikian?
Apa bezanya jika kita sebagai individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana mereka perlu memastikan "kebajikan" pelabur. Disebabkan bank adalah institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur tidak rasa bersalah kerana "kerja kotor" ini dilakukan oleh pihak ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular. Bagi saya pula jika saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan keatas diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya sendiri satu hari nanti baik didunia mahupun diakhirat. Inilah salah satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat atau mengambil kesempatan keatas diri mereka sedangkan mereka sendiri melakukannya tanpa sedar keatas orang lain.
Jika kita meng"islam"kan sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing sini, bagi nama lain "muserakah" atau "mudah rebah", pembiayaan dan bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak jelas kelihatan kerana ia berselindung disebalik nama Islam itu sendiri.
Ini jika kita lihat diri kita sebagai pelabur, bagaimana pula jika kita adalah Mat atau peminjam didalam cerita ini? Ramai yang akan berkata,
Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper"hamba"kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena "menyedut darah" masyarakat Islam dinegara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka."tak mengapalah, pihak bank Islam kan berjual beli dengan kita, lagi pun bank mahu membayar gaji pekerja-pekerjanya".
Baik konvensional atau islamik, manusia tetap diperhambakan oleh golongan bank ini, disini kita boleh kategorikan dua jenis perhambaan perhambaan yang berlaku,
1) Perhambaan fizikal yang mana setiap bulan selama 20-30 tahun atau berapa tahun sekalipun tempoh pinjaman, peminjam akan menjadi pembayar yang setia kepada bank walaupun rumah yang mereka beli itu terbengkalai ataupun harganya jatuh. Jika bank itu sebuah perniagaan maka bank juga harus mengambil risiko kehilangan wang apabila projek terbengkalai atau harga rumah jatuh dengan memulangkan kembali wang lebihan bayaran selepas mengira harga rumah pada pasaran selepas tamat tempoh pinjaman. Ini tidak, terbengkalai ke, harga jatuh ke, Islam tak Islam, bayar sampai habis. Adakah ini suatu yang islamik atau sesuatu yang zalim atau menindas?
2) Perhambaan mental. Katalah anda mengambil pinjaman rumah dan kereta secara Islamik, setiap bulan anda ada komitmen untuk membayar ansuran kepada bank. Satu hari anda mendapati bos anda mengambil rasuah. Jika anda lapurkan kepada pihak atasan, bos kamceng dengan pihak atasan, nak lapur pada BPR, bos anda ini ahli politik ternama, jadi disebabkan anda takut kehilangan kerja yang mana bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta akan tersangkut , kemungkinan besar anda hanya akan mendiamkan diri sahaja terhadap kemungkaran yang berlaku didepan mata. Tindakan anda pasti akan berbeza jika anda tiada apa-apa komitmen untuk dirisaukan. Ini hanyalah satu contoh kecil yang mana disebabkan hutang baik islamik atau tidak, ramai antara kita yang sanggup menutup mata dari menghukum kemungkaran. Bagi yang tidak beriman maka dia pun akan meneladani bosnya, bagi yang masih ada saki baki iman, maka hiduplah didalam keadaan tertekan, stress dan sebagainya.
Sistem perbankan islamik diwujudkan selepas manusia bertahun-tahun hidup didalam keadaan stress dan tertekan dengan sistem konvensional. Disebabkan sistem ekonomi ala barat ini semakin hari harga barang semakin meningkat (walaupun sebenarnya nilai wang itu sendiri yang menyusut), manusia terpaksa bersaing untuk mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk menampung kenaikan harga barang dan semakin hari semakin tertekan.
Apabila hidup didalam keadaan tertekan, keadaan "fight or flight", mentaliti manusia menjadi lebih kepada kepentingan atau keselesaan individu (selfish) akan menyerlah berbanding dengan kepentingan kumpulan atau masyarakat. Contoh yang paling nyata amat jelas sekali didalam kehidupan seharian kita, lihat bagaimana umat Islam kita sembahyang berjemaah hari ini, masing-masing suka kepada keselesaan sendiri dan menjarakkan antara satu sama lain sedangkan Nabi sudah berpesan agar rapat antara satu sama lain ketika solat jemaah. Ini adalah antara kesan psikologi yang manusia tidak sedari sedikit demi sedikit telah mempengaruhi kehidupan dari segi tingkah laku dan perbuatan mereka, termasuklah dalam bab mencari kekayaan. Jadi mereka yang Islam dan mahu menjadi semakin kaya akan memutarbelitkan sistem perbankan dan mengislamkannya untuk memastikan duit mereka tidak hilang (kekal selesa), sedangkan wang itu sendiri bukanlah suatu untuk diniagakan, malah pada pendapat saya bank itu sendiri tidak perlu wujud sebenarnya. Jika perlu wujud sekalipun hanyalah sebagai badan untuk mejaga kepentingan seluruh umat manusia dan bukan sebagai alat atau mekanisme untuk memastikan kekayaan kepada golongan tertentu sahaja.
Hanya selepas 1100 tahun kedatangan Islam baru lah wujud "makhluk" yang dinamakan bank, dan siapa yang mengasaskannya? Tidak lain adalah Yahudi yang mengawal ekonomi British dengan penubuhan Bank of England pada abad ke 17. Dan dunia Islam yang telah lama hidup dengan sistem riba' didikan barat ini hanya memutarbelitkan proses pinjaman dengan terma, nama, akad dan sebagainya sedangkan prinsip disebaliknya adalah sama. Jangan terkejut ada "Sheikh" British yang menentang sistem jajaan Yahudi ini, siapakah "sheikh" tersebut? Tidak lain beliau adalah William Shakespere menerusi karya klasiknya "Merchant of Venice". Ini antara bukti kristian pada awal kurun ke 17-18 juga amat menentang riba' akan tetapi sebab kawalan minda yang berkesan maka sedikit demi sedikit ianya lenyap dari kamus keagamaan mereka.
Jika kita lihat wang kertas itu sendiri, adakah nilai wang itu tersimpan didalamnya? Adakah nilainya disandarkan kepada emas dan kita sebagai rakyat boleh pergi ke bank untuk menukarkan dengan emas? Mengapa inflasi tetap didalam ekonomi? Mengapa nilai wang semakin hari semakin menurun? Jika wang didalam sistem kewangan moden itu sendiri tidak wujud sebagai suatu yang nyata iaitu punyai nilai didalamnya maka bagaimana kita boleh me"niaga"kan suatu yang tidak jelas itu?
Seperti yang telah saya ceritakan didalam artikel Cerita Wang 1, barat menakluk hampir kesemua negara didunia ini dan meninggalkan dua virus pemusnah manusia yang utama iaitu kerajaan sekular dan juga sistem perbankan barat. Kerajaan sekular adalah kerajaan yang menidakkan hukum Allah, apa yang diharamkan oleh Allah dihalalkan contohnya riba', judi dan arak. Virus kedua pula adalah sistem kewangan berasaskan riba'. Dan apabila virus ini sudah menyelinap kedalam salur darah masyarakat maka mereka hanya perlu memberi arahan jarak jauh "remote control" sahaja untuk mengawal sesuatu negara itu, tak percaya lihatlah hutang luar negara yang tak habis-habis dibayar dan sudah semestinyalah beserta dengan riba'nya sekali.
Pada pendapat saya bank tidak sepatutnya diwujudkan sebagai perniagaan kerana wang bukanlah sesuatu yang sepatutnya diniagakan lebih-lebih lagi apabila nilai wang itu tidak berada didalam wang itu sendiri. Nilai wang kita berada didalam genggaman mereka yang mengawalnya iaitu Yahudi laknatullah dan amat sedih sekali berapa ramai pemimpin kita yang sedar akan keadaan ini?
Saya perhatikan di hospital kerajaan dengan hanya membayar RM1 sahaja kita sudah boleh mendapat rawatan doktor, maka timbul persoalan difikiran saya mengapa kerajaan tidak boleh memberi pinjaman tanpa riba' atau tanpa faedah kepada rakyat dengan mewujudkan bank yang beroperasi sedemikian dan sebaliknya mengenakan jumlah sebenar kos perubatan kepada rakyat? Bukankah tekanan atau stress itu penyebab utama peyakit merbahaya dinegara kita seperti sakit jantung dan darah tinggi yang mana jika dikaji kembali puncanya adalah dari wang. Dan apabila saya berfikir lagi saya mendapat jawapannya, kerana jika manusia tidak stress atau tertekan, mereka akan lebih sihat jadi industri perubatan swasta tidak boleh mengaut darinya. Jika kekal ikut cara biasa, dari bank boleh buat duit dan begitu juga dengan dari industri perubatan swasta, maka semakin cepatlah yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.
Seperkara lagi yang boleh difikirkan dalam bab menghalal atau mengharamkan sistem pinjaman islamik ini, cuba perhatikan apakah faedah yang akan didapati oleh mereka yang mencanangkan untuk menghalalkannya dan faedah bagi mereka yang mengharamkannya. Jika sistem perbankan islamik ini membayar gaji atau memberi pulangan dalam bentuk pelaburan kepada seseorang itu adakah dia akan membantahnya? Bak kata pepatah barat;
Cuba perhatikan pula mereka yang mencanangkan ianya haram, adakah mereka akan mendapat faedah dari pengharaman tersebut? Sheikh Imran Hossein adalah antara ulama yang keras menentang cara yang diamalkan oleh perbankan islam, apakah faedah yang akan beliau dapat dari usaha beliau? Pada pendapat saya apa yang akan diperolehinya adalah pahala yang teramat banyak dari Allah kerana beliau boleh "melihat" kemungkaran, kezaliman dan penindasan yang berlaku disebalik sistem yang kononnya Islamik itu."kamu tidak akan menggigit tangan yang menyuapkan makanan kepada kamu".
Saya memohon ampun dan maaf kiranya ada rakan-rakan yang marah atau terasa hati dengan artikel-artikel saya berkenaan riba' terutamanya yang menyentuh berkenaan bank Islam. Saya banyak merantau dan apabila pergi kenegara-negara miskin terdetik dihati saya mengapa dunia jadi begini. Hasil dari pembacaan dan berfikir secara mendalam maka jawapan yang nyata kepadanya adalah sistem riba' itu sendiri yang telah menakluk seluruh dunia dan memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk mengawal dunia dari segenap aspek kehidupan termasuklah hingga ke tahap memastikan siapa pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya sesebuah negara yang kritikal bagi memastikan keuntungan korporat mereka. Perhambaan fizikal telah lama berlaku akan tetapi perhambaan kewangan sedang memuncak dengan hebatnya dan sistem perbankan inilah mekanismanya.
Memang idea-idea dan pemikiran baru agak sukar diterima lebih-lebih lagi jika manusia perlu melakukan banyak perubahan dalam kehidupannya yang sudah selesa untuk menerima idea baru itu. Lihatlah apa yang terjadi kepada Galileo Galilei yang menyatakan bumi yang mengelilingi matahari sedangkan pihak gereja dari rujukan kitab Bible telah mem"fatwa"kan sebaliknya. Pada tahun 1633 beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah atas tuduhan mendustakan agama. Begitu hebat sekali tentangan yang dihadapinya, beliau menjadi buta dan mati pada tahun 1642, hanya selepas 370 tahun kematiannya baru pihak gereja meminta maaf atas layanan yang dikenakan terhadap Galileo. Begitu jugalah dengan Islam yang ditentang hebat semasa mula disebarkan oleh Nabi SAW.
Haramnya pinjaman perbankan islam ini adalah untuk saya dan keluarga. Ini bukan "fatwa" untuk diikuti oleh rakan-rakan sekalian. Akan tetapi jika artikel-artikel saya ini mampu memberi ketukan diminda rakan-rakan agar kembali memikirkan betulkah halal seperti apa yang dicanang-canangkan oleh perbankan islam, itu sahaja sudah cukup bagi saya untuk bersyukur kepada Allah dan berpuas hati dari usaha yang tidak seberapa ini. Moga ianya menjadi titik permulaan pemikiran baru dikalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi generasi baru iaitu adik-adik dan anak-anak yang masih belum merasai "nikmat" meminjam dan memberi pinjaman. Agak sukar untuk menerima dan berubah bagi mereka yang sudah cukup selesa dengan cara lama, kecuali jika dibuka hati mereka oleh Allah untuk menyedarinya.
Marilah bersama merenung kembali tujuan sebenar perbankan itu sendiri, adakah untuk membantu umat islam atau mengambil kesempatan keatas kejahilan umat islam itu sendiri.
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Surah Ar Rum 30:39)
Manusia akhir zaman tidak lagi percaya bahawa rezeki mereka sebenarnya datang dari Allah, maka mereka menggunakan akal pendek mereka untuk memastikan harta mereka bertambah dengan pelaburan walaupun ianya menindas manusia hatta dengan label islamik sekalipun. Apa yang saya coretkan disini hanyalah membawa pemikiran baru, terpulang kepada anda untuk menerimanya, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya untuk menyampaikan sudah selesai, ahamdulillah. Saya hanya ingin membina minda yang bebas dari perhambaan kewangan baik yang islamik atau tidak. Tepuk dada tanya iman dan berfikirlah samada anda akan diperhambakan atau tidak dengan sistem kewangan moden ini. Bukan hak saya untuk menghalang, apa yang saya lakukan hanyalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan beresan-pesan dengan kesabaran.
143 Komen:
encik helmis..
kalau perbankan islam juga haram, apakah langkah terbaik dan saranan dari saudara sendiri..?
Nampaknya perbankan islam sekarang ni mengenakan riba' .Jadi ape jln terbaik?? beli rumah / kereta secara cash atau sewakah.. saudara bagaimana pula?
ye.. saya pun pikirkan benda yang sama..
apakah langkah2 yg patut kita ambil
Tak guna mengungkit satu masalah tanpa memberi jalan penyelesaiannya.
Langkah terbaik adalah BELI SECARA TUNAI.
Akan tetapi bagi generasi yang sudah di"brainwash" mindanya, ini tidak boleh atau amat sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi bagi mereka yg sudah teramat selesa dengannya.
Usaha saya ini ibarat memberitahu masyarakat bahawa dunia ini bulat sedangkan ramai masih menganggap dunia ini mendatar, ianya memerlukan generasi baru untuk menerimanya dan bukan sekaligus. Sebab itu dalam artikel saya itu saya berkata artikel saya ini untuk generasi akan datang yg belum merasai lagi nikmat "pembiayaan".
Dalam artikel sebelum ini saya sudah pun memberikan saranan beserta pengiraannya sekali, moga ianya membuka mata atau menarik halangan buat rakan-rakan agar boleh nampak apa yg tersurat dari yg tersirat.
Namun pasti ada yg bertanya; "Mana ada duit berjuta-juta nak beli cash", jawapan saya usaha dan salah satu darinya Iqra iaitu baca dan tuntut ilmu mengenainya agar dapat memberi khidmat atau nilai sebenar kepada manusia lain.
Bak kata pujangga Islam, dunia ini syurga bagi kafirun dan neraka bagi mukminin, jadi mana yg anda pilih kesenangan dengan "pembiayaan" atau kesusahan "neraka" bg mereka yg bersusah payah berpegang pada prinsip mahu membeli secara tunai?
Assalamualaikum..
Dunia hari ini mengamalkan Debt Based Monetary System menggantikan Emas dan Perak. Maka interest menjadi asas ekonomi.
Inflasi adalah fitrah dari sistem kewangan ini, maka interest dikenakan untuk compensate penurunan nilai.
Ia satu topik yang menarik untuk dibincangkan, memandangkan hari ini ramai yang tertipu dengan perbankan Islam ini. Sememangnya perit hidup diakhir zaman ini, tetapi berbahagialah orang yang terasing itu.
Alhamdulillah, nampaknya tentera imam mahadi dari khurasan telah pun menjalan serang balas secara halus mereka dari Silicon Valley dengan internet sebagai senjata dan kebenaran itu sebagai pelurunya, insyaallah yang benar itu akan menyerlah akhirnya dan yang bathil itu akan pasti musnah. Allahuakbar.
Salam
Helmi, mu kata bank haram, pinjaman pun haram,fiat money pun haram, dah tu, mu beli ikan di pasar guna emas ko?
Salam, dari sudut hukum Fiqh Islam, saudara HARAM menggunakan fiat money atau perbankan dalam urusan seharian kerana saudara sendiri telah yakin dan tidak merasakan wujud apa-apa excuse yang boleh digunakan untuk menggunapakai wang dan bank tersebut. Maka oleh itu setiap hari saudara dalam dosa-dosa besar...
Saudara Tanpa Nama,
Sudah tentulah saya masih guna wang kertas dan sudah tentulah saya berdosa besar, akan tetapi jika saya berdiam diri maka saya akan kekal berdosa dan mungkin ke neraka dan kekal didalamnya selama-lamanya.
Akan tetapi Allah itu hampir kepada manusia itu lebih hampir dari urat lehernya sendiri dan Allah tahu apa nawaitu atau niat seseorang itu.
Jika saya punya wang emas dan ingin ke pasar untuk membeli ikan tetapi saya tidak melangkah, maka saya tidak akan dapat membeli ikan tersebut, saya perlu berusaha melangkah untuk ke pasar, jika saya tempang sekalipun, kenalah berusaha juga berjengket-jengket melangkah.
Dalam kes wang kertas dan sistem perbankan masa kini, artikel-artikel saya ini adalah salah satu "langkah" saya untuk mewujudkan kesedaran agar semua manusia melangkah kearah menggunakan wang sunnah dan sistem perbankan yg menjaga kebajikan semua umat manusia dan bukan yg kaya sahaja yg mana sudah pastilah tidak akan disenangi oleh kafirun dan juga "part time" muslim.
Insyaallah jika ramai yg sedar, insyaallah akan ada penjual ikan yang mahu menerima emas saya sebagai tukaran dengan ikan.
Saya tidak mengetuk gendang kosong dan saya pasti saudara-saudara pun sebegitu, kecualilah saudara tak kisah menggunakan wang kertas, tidak rasa berdosa menggunakannya, selesa dengan wang kertas dan sistem perbankan ciptaan kafirun ini dan tidak mahu melangkah menggunakan kearah hidup wang sunnah.
Tiada yang mustahil, hanya minda kita sahaja yang menghadkannya, minda yang bagaimana? minda yang masih dibawah tempurung dan kekal selesa walaupun phak yang "mengurungnya" menukar nama kepada kubah yang kononnya nampak islamik, fikir2kan.
Saya sudah pun "melangkah" dengan niat untuk membeli ikan dengan wang emas dari penjual muslim sejati yg menerima wang sunnah, saudara bagaimana? Atau akan membeli dari penjaja bukan muslim atau "part time" muslim yang menerima wang kertas.
Salam
Saya tidak nafikan artikel demo yg lain mmg membuka minda, cumanya apa yg kawe kesal, demo sewenang2nya menyalahkan dan menafikan sumbangan ilmu sarjana2 islam yg muktabar dalam bidang fiqh muamalat hanya dengan hujah sheikh imran hossein sahaja...
Saya sedar akan keburukan fiat money dan perubahan perlu dilakukan, tapi biarlah kena cara dan adab-adabnya...
p/s:-Saya memilih untuk tidak berdosa besar...
Dalam bab riba' Allah telah mengishtiharkan perang, jadi ini bukan hal adab lagi. Orang kita memang terkenal dengan beradap, tetapi terlampau beradap pun bahaya jugak hingga kafirun pijak kepala.
Nak mengubah sesuatu umat yang sudah selesa dengan suatu pegangan dan kepercayaan itu memang amat sukar, samalah seperti tentangan yang Nabi hadapi semasa mula menyebarkan Islam. Ianya ambil masa malah mungkin selepas bertukar generasi.
Saya bukan menulis untuk menjaga hati, bukan mencari populariti, bukan mahu naik pangkat, menjual apa-apa kepada pembaca, mahu "mengipas" atau "menggilap kasut" sesiapa. Apa yg ada didalam fikiran saya, saya tulis dengan ikhlas dan bukan bermuka-muka, saya mahu berkongsi, jadi terpulanglah pada penerimaan masing-masing, tak betul tegur tapi biarlah dengan hujah-hujah yg bernas dan tak berselindung dengan "Tanpa Nama".
Saudara, hadis sahih menyatakan dari 1000, sorang sahaja manusia akan masuk syurga, jadi kalau kira statistiknya agak-agak yg sorang tu ikut sarjana2 islam muktabar fiqh muamalat atau yg ganjil lain dari mereka seperti Sheikh Imran? Fikir-fikirkan... apa...? berfikir? Itu masalahnya kerana ramai umat manusia hari ini membiarkan org lain berfikir untuk mereka termasuklah dalam bab kewangan dan menerima bulat-bulat apa yg disogokkan.
Apa yg dilakukan oleh Sarjana Islam Muktabar" hari ini adalah memecah kepala memikirkan bagaimana untuk menggunakan suatu yg haram untuk melakukan suatu yg halal, itu masaalahnya, apa perubahan yg berlaku? Hanya penjualan dinar emas disaat harga emas melambung, siapa yg untung? Yahudi tokeh lombong emas gak yg makin kaya dan berkuasa dan makin hebat meratah darah umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi.
Alhamdulillah yg saudara sedar keburukan wang kertas/fiat money, saya harap saudara dapat berkongsi "langkah" yang telah saudara lakukan. Moga bersama mendapat manafaat darinya. Insyaallah
p/s:- Saudara dah pakai wang emas ke?
Assalamualaikum......
Taniah saya ucapkan kepada Tn Haji helmis kerana dapat memberi pendapat yang boleh menyedarkan umat islam pada hari ini. Bagaimana saya cadangkan kita tubuhkan badan2 yang boleh yang menguruskan pinjaman tanpa Faedah(Riba)dan Mengunakan wang emas @ perak.Marilah kita berusaha kearah yang lebih baik untuk membaiki diri, keluarga, masyarakast kearah islam 100 peratus.
Salam...
Meneliti secara jernih keterlantaran hukum syara' pada hari ini, akan membawa kita kepada faktor ia terjadi. Keterlantaran tersebut baik dari segi pemerintahan, politik, perundangan, ekonomi, kewangan, sosial, pendidikan, penyebarluasan Islam, dasar luar negara dan segala hukum yang lain merupakan keterlataran hukum yang terintegrasi. Maksudnya, ia tidak boleh diselesaikan secara ekslusif contohnya menyelesaikan masalah ekonomi sahaja, atau pendidikan sahaja. Ini kerana untuk melaksanakan apa saja ideologi, ia memerlukan political will.
Apatah lagi menyentuh setiap aspek ekonomi baik dari sumber pendapatan, pengagihan kekayaan, sistem kewangan, kitaran ekonomi dan segala masalah fiqh muamalat, ia memerlukan campurtangan dan tindakan dari sebuah entiti yang mempunyai kuasa. Inilah yang disebut politik ekonomi. Jika idelogi yang diyakini oleh negara adalah kapitalisme, maka kapitalismelah ekonominya dan jika sosialisme maka sosialislah ekonominya. Begitu juga ekonomi Islam, ia memerlukan negara Islam untuk memayungi.
Apa yang terjadi dalam perbankan Islam hari ini, adalah cuba menyesuaikan Islam dalam idelogi kapitalisme. Maka hakikat sebenar yang terjadi sebenarnya adalah menyelewengkan hukum Islam. Golongan moderat yang membangun perbankan Islam ini sebenarnya banyak mengamalkan talfiq hukum dan curang dalam mengambil pandangan fuqaha'. Sebab itu, apabila diajak berhujah tentang kesyar'ian perbankan Islam, mereka sama sekali tidak menyahutnya. Lebih kita kaji produk2 perbankan Islam, lebih banyak kebathilan dan pembohongan yang kita jumpa.
Apa yang saudara katakan adalah benar,dalam konteks hari ini kita tiada jalan lain kecuali menyimpan duit dan membeli secara tunai. Memang akan ada yang memperli, mengutuk dan sebagainya, tetapi tiadalah keredhaan manusia yang kita cari kecuali redha Ilahi semata. Penyelesaian total bagi permasalahan ini, adalah dengan entiti politik Islam yang mempunyai kekuasaan penuh dan tidak terikat sama sekali dengan segala pertubuhan dan organisasi kapitalis hari ini. Ia tidak lain adalah khilafah Islamiah, sebuah janji Allah dan kewajipan yang sama2 wajib kita rintis bersama. Wallahua'lam.
What about pelaburan dalam unit trust?
firman allah :bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui....
seorang pembakar roti tidak mampu menghasilkan sebuah katil kayu yang berkualiti seperti tukang kayu yang berpengalaman dan tahu juga mahir dalam bidangnya
Teramat benar saudara Wafi, tetapi masaalahnya pembakar roti bukan nak buat katil tetapi nak membeli dan menggunakan katil, jadi kenala buat perbandingan dengan katil yg dibuat oleh tukang kayu lain jadi barulah tahu mana yg lebih berkualiti. Bukankah itu ciri2 pembeli/pengguna bijak?
Tersebutlah kisah seorang jurutera pesawat yg selalu merantau dan melihat jurang kekayaan antara yg miskin dan yg kaya semakin besar lebih2 lagi dikalangan umat Islam maka si jurutera pun merujuk kepada pakar ekonomi Islam yg diiktiraf oleh pihak berkuasa. Akan tetapi dari pengamatannya, walaupun sistem ekonomi Islam telah lebih 10 tahun berkembang, mengapa kehidupan manusia tiada bezanya, sedangkan ekonomi islam sepatutnya mengambil kira kebaikan sejagat dan bukan golongan tertentu maka sijurutera pun bertanya kepada pakar ekonomi yg lain (tidak diiktiraf pihak berkuasa), amat terkejutlah si jurutera apabila mengetahui cerita sebenar disebalik apa yg dicanang2kan oleh pakar ekonomi yg diiktiraf.
Maka sijurutera pun menulislah didalam blog ini untuk berkongsi dengan rakan2 yg lain menyahut seruan Allah agar tidak didalam kerugian dengan berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Berusaha dan berdoalah sijurutera agar rakan2 yg lain baik doktor, guru, kerani, buruh dan lain2 lagi agar turut juga membaca dan membuat perbandingan antara apa yg dicanang2kan oleh pakar ekonomi yg diiktiraf dan yg tidak. Tamat.
ps: Siapa musuh utama kepada kebenaran? Baca apa yg diucapkan oleh Albert Einstein di bahagian bawah blog ini.
ada sesiapa penjual yang sudi terima emas?
hurmmm..... truskan kehidupan,jalani takdir anda.
bilik sebelah kiri guna RIBA dan bunga, dalam pagar yang sama dengan menggaji Pengawal keselamatan yang sama, tetiba bilik sebelah kanan dakwa tiada unsur riba..islamik..alahai..
tertipu dengan gaya Bank2 di Malaysia..islamik??
Saya satu fahaman dengan anda. Bank Islam hanya menghalalkan yang haran saja. Ada satu persoalan lagi tentang derma organ. Halal atau haram. Menderma harus tapi menjual haram? Sampai bila orang miskin akan disembelih hingga organ dalaman mereka pun akan diniagakan tanpa mereka mendapat keuntungan??? Saya sedang mencari ulama yang akan memasukkan orang miskin ke dalam syurga. Tidak seperti kebanyakkan ulama sekarang hanya memasukkan orang miskin ke dalam neraka dunia dan akhirat....
salam,
saya menyokong saudara kerana saya dan keluarga tidak pernah amk loan umh dan kereta.rumah saya buat sikit2 dgn duit simpanan.kereta secondhand bli cash dengan duit simpanan.hidup mmg nmpk sengkek tp redha allah paling utama.kami bahagia dan tenang.....alhamdulillah.
Masyaallah, setinggi tahniah buat saudara, biar hidup nampak sengkek tetapi itu pandangan manusia, pada pandangan Allah, anda sedang atau mungkin telah habis membayar ansuran mahligai disyurga dengan hidup yg berkat didunia tanpa riba', moga menjadi contoh buat generasi akan datang, insyaallah.
amin...............
semoga kita semua sentiasa berusaha mencari keredhaan allah,berhijrah utk memantapkan dan meningkatkan keimanan.
Alhamdulillah. Ada yang tulis tentang perkara ni. Patut dibawa ketengah lagi isu ni kerana rata-rata masih tak tahu lagi.
Jazakallah khair
Salam,
Tahniah saudara Helmis, berdiri diatas kebenaran jangan peduli dengan orang yang selalu mencari alasan bagi membolehkan walaupun ianya tidak boleh.Ulama yang ada sekarang ini semuanya ulama dunia, sebab saya katakan begitu adalah kerana mereka ini makan gaji dengan pemerintah, sebab itu mereka tidak berani menyatakan kebenaran. Jadi penasihat pada bank2 yang menjalankan urusan secara islam ( kononnya . Bagi semua diluar sana carilah orang yang ikhlas menjelaskan hukum agama. Sila rujuk surah yaasin ayat 21, yang bermaksud....." Ikutlah mereka yang tidak meminta upah darimu sedangkan mereka mendapat petunjuk ". maka carilah ulama yang tidak mementingkan dunia. Mereka ini tidak berdolak dalik dalam berhukum. Bukan ualam yang menjadi penasihat seperti yang saya katakan tadi.
Teramat benar saudara, beza mereka yang menyokong dan menentang, satu kerana nikmat dunia dan satu kerana nikmat akhirat, moga ramai lagi rakan kita yang akan lebih celik dan dapat melihat muslihat cilik ini, insyaallah.
Allahomma yaa rabb...... yassir wala tu'assir yaa kareem.... ameennn.
Salamualaikum Saudara,
tahniah atas usaha dan tindakan dalam aspek sebegini, membuka ruang kepada semua yang membaca untuk cuba membuka minda dalam pelbagai keadaan dan situasi...
cuma sekadar berkongsi sedikit info, sepengetahuan saya, urusan jual beli dalam islam tertakluk kepada nas syarie...quran, hadis dan begitulah seterusnya mengikut kekuatan dalilnya...
justeru itu, sesuatu akad, sama ada jual, beli, sewa, pajak dan pelbagai istilah lagi yang digunakan dan dirujuk oleh ahlinya dalam ilmu muamalat adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang bersandarkan kepada quran dan sunnah.
urusan muamalat dalam islam adalah tertakluk kepada prinsip2 yang ditetapkan...dengan mematuhi peraturannya, maka sebarang akad yang dijalankan sekiranya tidak melanggar syarat2 yang ditetapkan, adalah harus...
muamalat adalah berbeza dengan ibadat...
dalam ibadat, kita hanya boleh buat apa yang disuruh dengan bersandarkan dalil...sekiranya kita buat tanpa ada dalil, hanya berdasarkan kepada perbandingan dengan prinsip ibadat, ianya adalah salah...
namun tidak dalam muamalat dan urusan harian...semuanya adalah harus, melainkan ada dalil qat'i (kukuh) yang membatalkannya atau mengharamkannya...
saya cadangkan...selitkan tulisan tuan dengan dalil mengikut susunan kekuatannya....kerana, semua ilmu yang islam bawa bukan berdasarkan warisan dan legasi...namun berteraskan dalil...
Waalaikumsalam saudara Muhamad,
Saya sudah merujuk kepada sheikh Imran dan jika saudara mendengar semua ceramah beliau mengenai wang maka saya yakin, insyaallah saudara dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan penipuan bank islam ini.
Memang benar kita juga harus merujuk kepada ahli muamalat lain sebagai perbandingan akan tetapi berapa keratkah ahli muamalat "muktabar" ini yang tiada kepentingan didalam perbankan islam? Jadi jika mereka ada kepentingan, adakah kita boleh pasti hujah mereka tidak berat sebelah? Jika mereka sudah selesa dengan kereta baru atau rumah besar yang dibeli dengan pembiayaan bank islam dan harus membayarnya setiap bulan selama 20-30 tahun, agaknya akan terdetikkah dihati mereka untuk melihat sistem itu sendiri dari sudut yang berbeza? Saudara kita yang memberi komen pada 31 Mei telahpun memberikan dalilnya
Saudara, muamalat itu sendiri adalah ibadat dan inilah suatu yang sudah tiada lagi didalam pemikiran manusia. Bagi kebanyakan manusia ibadat hanyalah sujud tunggang terbalik, tahan lapar dahaga dan sebagainya akan tetapi apabila berniaga bebas melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda tanpa mengira kebajikan insan lain, ini belum termasuk lagi kemusnahan alamsekitar.
Seluruh kehidupan itu sendiri adalah ibadat sebenarnya dan ini termasuklah muamalat, tetapi itu hanyalah jika kita lakukannya kerana Allah, itu tidak lagi berlaku di akhir zaman ini. Kerja, berniaga, muamalat semuanya kerana bank, kerana harus membayar samada bunga riba' bg pinjaman along, bank konvensional atau membayar harga rumah yang dilipat gandakan oleh bank islam hanya kerana memberi masa untuk dibayar. Wang tidak boleh datang dengan masa, hanya dengan usaha, itulah rahsia disebalik larangan riba' itu.
Apabila manusia hidup kerana Allah, mereka hanya mengharapkan rezeki hanya dari Allah dan bukan dari membiayai pembelian bagi insan lain dan menjualkannya berlipat ganda, Semua manusia harus bekerja dan bukan hanya goyang kaki mengerah keringat insan lain bekerja untuk mereka, tetapi itu semua sudah masuk museum.
Amat kurang sekali didunia ini wujud insan yang dengan jujur mengungkapkan "I LOVE YOU SO MUCH PEOPLE...", hanya yang tinggal "I love my phone, new car, new house, new cloth, new.... all materialistic things" dan aku tak kisah diperhambakan dan tak kisah mengerah insan lain bekerja untuk aku asalkan mereka memberi pulangan lumayan untuk aku memenuhi nafsu materialistik atau serakahku.
Terimakasih atas teguran membina saudara, insyaallah saya akan cuba selitkan dalil, setiap penulis ada gayanya tersendiri dan saya yang baru bertatih ini masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Wassalam
assalamualaikum.
tuan helmi,sy nk tya..
ade satu koperasi name dia Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.
sy bc profil syrikat dgn mtlamat dia xamalkan riba.
bole tuan jelaskan..adekah koperasi ni same mcm prbnkan islam?
emel sy ye. (mdfauzee@gmail.com)
sbb jrg pegi cc..
Waalaikumsalam Saudara Fauzee,
Pinjaman yang benar2 islamik adalah beri pinjam dan pulang balik dengan jumlah yang sama dengan nilai wang/barang yang dipinjam, jika pinjam seratus bayar balik 101 maka itu riba' walau berakad sekalipun. Kecuali jika pinjam 100 dan apabila selesai bayar balik 100, peminjam dengan rela hati (tanpa tertakluk dengan apa-apa syarat, perjanjian atau disebut-sebut supaya ikhlas membayar lebih) membayar lebih baik seringgit atau sejuta sekalipun.
Memberi pinjam sepatutnya dengan niat mendapat pahala dari Allah dengan kita membantu insan lain yang memerlukan, bukan dengan kononya niat kerana Allah tetapi pada masa yang sama nak mengambil keuntungan dunia yang jelas kelihatan iaitu keuntungan/faedah/dividen dan sebagainya. Balasan dari Allah iaitu suatu yang tidak atau belum nampak atau kelihatan sudah lagi tidak lagi diambil kira, yang nampak fizikal (dari perjanjian jualbeli) lebih dipercayai dan yang ghaib (pahala dan balasan dari Allah) tiada lagi didalam pertimbangan.
Ini berbalik semula kepada keimanan manusia itu sendiri, adakah kita percaya dan beriman kepada Allah itu hanya dibibir atau dihati? Dari penjelasan ringkas ini harap saudara dapat berfikir dan merenung sedalam-dalamnya mengenai perkara ini sebagai latihan minda, ini lebih baik dan ianya juga unutk kebaikan diri saudara sendiri dari di"suap"kan oleh saya untuk menjawab persoalan saudara itu. Ketahuilah, mereka yang di"atas" tidak mahu rakyat yang berfikir, dan saya hanya mahu rakan2 semua bangun dari lena yang sudah terlalu lama ini.
Wassalam
ilmu agama yg saya ada tidak seberapa . tetapi saya ingin bertanya jika ada yg sudi memberikan jawapan yg sesuai dengan hukum syarak.
sekiranya perbankan islam 100% mengikuti ayat alquran .
bank islam memberikan pinjam RM 1000 kepada ahmad , dan ahmad membayar kembali RM 1000 . maka tidak berlaku jual beli dalam konsep ni . konsep ini adalah memberi bantuan dengan ikhlas .
bagaimana bank islam ingin beroperasi sebagai entiti perniagaan jika pinjaman yg diberikan tidak memberi pulangan hasil .
bolehkah saudara saudara yg ada ilmu walau sedikit pun disini , berkongsi dengan saya ilmu tersebut supaya saya bleh memahami .
Assalamualaikum Saudara Syed,
Jawapannya terletak pada soalan saya ini, perlukah bank itu wujud sebenarnya? Wujudkah bank dizaman nabi dulu? Sebab itu Allah menghalalkan perniagaan tetapi mengharamkan riba'. Tiada bank yang boleh hidup tanpa "mengkudakan" orang lain untuk menampung kos operasi mereka dan inilah dia riba', baik konvensional atau islamik.
Siapa yang menciptakan bank dengan penggunaan duit kertas jika bukan musuh Islam laknatullah? Dan umat Islam terhegeh-hegeh mengislamkannya.
Konsep memberi pinjam didalam Islam memang 1000 bayar 1000 kerana yang memberi balasannya adalah Allah dan bukan dari kerahan keringat manusia lain. Sila baca terjemahan Surah Al Baqarah dari ayat 261 hingga akhir, didalam ayat2 tersebut diceritakan eri sebenarnya memberi pinjam iaitu dengan memberi pertolongan dan balasan dari pertolongan itu adalah HANYA DARI ALLAH dan tidak akan dikurangkan pun oleh Allah sw (ayat 272).
Tetapi manusia zaman ini lebih percayakan penyata bank/saham/asb/unit trust dari janji2 Allah, itu masaalahnya, masaalah iman, sedangkan sains telah pun membuktikan menerusi fizik kuantum bahawa suatu yg tidak kelihatan iaitu nukleus punyai tenaga yg berjuta2 kali lebih hebat dari apa yng boleh dilihat (kimia molekul). Jika kita percayakan Allah, "kuasa" menciptakan realiti kehidupan yang lebih baik (dengan izin Allah) berada didalam tgn kita, jika tidak, kita hanya hidup sebagai mangsa, mangsa mereka yang memanipulasi manusia lain melalui kawalan minda dan menghambakan manusia itu sendiri dengan penjara yg tidak kelihatan, penjara ekonomi.
Bank wujud kerana manusia ingin buat duit dengan goyang kaki tanpa perlu berusaha dan berselindung disebalik perniagaan, bank islam pula berselindung disebalik tolong menolong sedangkan ianya sama sahaja konsep dengan bank konvesional.
Kita harus lihat konsep bank ini dengan mata hati, dengan kesan yg menyeluruh dan bukan hanya apa yg jelas nampak dimata sahaja. Selama hampir 30 tahun perbankan Islam bertapak diMalaysia, adakah umat Islam makin hampir kepada Allah? Adakah konsep ekonomi Islam itu sendiri membawa Malaysia (secara keseluruhannya) lebih aman, harmoni baik rohani dan jasmani?
Fikir-fikirkanlah... wassalam
jika bank tidak perlu wujud , bagaimana keadaan negara dan masyarat pd zaman dan era sekarnag .
rumah dan kereta harga beratus ribu . kita tidak memiliki duit ratusan ribu , puluhan ribu pun kita takde cash .
dan siapa yg akan mampu beli rumah ? jika ada pun , kondisi akan jadi begini :
yg kaya semakin kaya dan yg miskin semakin miskin . maksud dari statement ini adalah : orang kaya akan beli rumah cash dan sewakan pd orang miskin . dan ia akan semakin kaya kerana tiap bulan orang miskin akan bayar sewa . jika tak bayar akan dikeluarkan . kerana orang miskin tidak boleh mengambil pinjaman konvensional mahupun islamic di bank kerana semua itu riba . jadi bagaimana kelangsungan hidup dalam keadaan ini . adakah akan wujud masyarakat yg semakin membaik ekonominya atau berada pd tahap tersebut sepanjang masa dan semakin menurun tahap ekonomi keluarga ?
encik helmis , saya rasa amat tertarik dengan perbincangan ini , bukan bermaksa segala tulisan saya itu untuk melawan pendapat encik helmis , tp itu semua untuk kajian dan pemahaman . tak salah kan encik helmis jika kita berbincang begini , malah jika saya ada di malaysia , saya ingin bertemu dengan encik helmis untuk melanjutkan perbincangan kerana minat saya dan cita cita saya adalah :
" untuk menjadi ahli ekonomi dan penasehat kewangan individual atau company atau negara "
tp amat malang jika pemahaman saya salah dan saya memberi nasehat yg menjurus akan membawa saya ke neraka .
encik helmi , saya kurang pandai berbahasa english . tp setakat membaca sikit sikit insyallah boleh . oleh sebab itu saya mungkin kurang membaca buku ekonomi dalam bahasa english .
encik helmi , boleh saya bertanya :
1. bagaimana kita membeli kereta dan rumah dalam keadaan zaman sekarang jika kita tidak memiliki cash sebanyak 300k rm . tp ingin membeli yg 300k rm kerana kita mampu bayar bulanan ? kita cuma ada 30k rm sebagai bayar duit muka . boleh encik helmi bagi pandangan pd saya .
2. dan bagaimana pula sistem mudhorobah memberikan lebih risiko pd pemberi modal . pendapat prof dr razali nawawi ( UIAM ) tidak bersetuju dengan keadaan ini , seharusnya sistem mudhorobah memberikan 50-50 risiko kepada pemberi modal dan pelaksana projek . apa pandangan saudara ?
3. apa pandangan saudara ttg pinjaman untuk melanjutkan pelajaran , konsep university sekarnag beratus ribu atau berpuluh ribu yuran dikenakan . jika kita tidak belajar , maka kemerosotan ilmu umat islam akan menurun dan barat akan lebih meninggikan diri . jika kita ambil pinjaman , kita telah berurusan secara riba . apa pandangan encik helmis .
jujur saya katakan , saya ingin bertemu Rasulullah sekarang dan tanyakan padanya , bagaimana harus kita ( masyarakat era sekarang ) untuk berhadapan dgn hal begini . adakah tidak mengambil sebarang pinjaman yg ada pertambahan atau mengambilnya atas dasar darurat dan untuk kelangsungan hidup dan menaikkan nama islam itu sendiri . kalau tidak ambil akan jadi begini :
1. tidak memiliki tempat tinggal yg tetap
2. tidak memiliki sarana transportasi yg tetap
3. tidak dpt sambung belajar
4. tidak dpt pembiaya untuk laksanakan bisnes
tetap disini bukan berarti kekal kerana kekal itu milik ALLAH sahaja .
saya perlukan padnagnan encik helmis ttg semua tulisan saya tersebut jika tidak membebankan encik helmis.
terima kasih,
syed
Salam.....
alhamdulillah,keputusan saya membina kehidupan rumahtangga bersama isteri dan anak2 tanpa melibatkan hutang adalah satu pilihan yang amat tepat sekali.terpaksa berhadapan dengan saudara mara,rakan2 yg sering menganggap saya kolot kerana memilih hidup yg sederhana,sedangkan jawatan saya mewajarkan saya menjalani kehidupan yg nampak mewah di mata manusia...sepertimana rakan2 sejawatan yg punyai kereta baru dan rumah besar...walaupun dari luaran kehidupan saya nampak susah tapi hakikatnya saya rasa amat kaya...kaya dgn ketenangan jiwa.
Setinggi syabas saya ucapkan buat saudara, saya teramat kagum dengan keputusan yang saudara ambil. Walau tiada rumah didunia ini, saya pasti disyurga "rumah" buat saudara sudah tersiap sedia. Tidak seperti kebanyakan manusia yg lain menjual rumah disyurga mereka untuk mendapatkan rumah didunia ini dengan bantuan bank kerana terpedaya dengan agama baru iaitu materialism.
Begitulah sukarnya untuk memegang Islam diakhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Islam masa mula datang ianya pelik, begitu juga akhir zaman manusia akan pelik melihat mereka yg benar-benar berpegang pada Islam.
Mudah-mudahan sikap saudara ini akan menjadi contoh buat generasi akan datang, dimana ada kemahuan, pasti Allah akan bukakan jalan. Wassalam
Assalamualaikum Saudara Syed,
Sila baca jawapan saya dilaman soal jawab, terimakasih. Wassalam
http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2010/06/bagaimana-nak-hidup-jika-tidak-meminjam.html
alhamdulillah jawapan yg sungguh bernas dgn permisalan yg logic . terima kasih saudara helmis .
saya akan terus membaca tulisan saudara .
secara tak langsung saudara dah buka minda saya sedikit demi sedikit berkenaan pinjaman ke bank .
salam.
saya berminat untuk memberi komen berkenaan dengan artikal yg saudara tulis di atas..
memang ada pro & kontra.. mengikut pengalaman saya yang pernah menjadi broker yang menguruskan hal jualbeli rumah, saya dapati tiada bezanya antara pinjaman secara islamik atau tidak,samada dari segi syarat pembiyaan, interest rate, samada BLR atau BFR tiada beza, kalau ada bezapun cuma dari segi 'hijab & kabul' sahaja.
Mengenai kemampuan untuk membeli rumah secara tunai, mungkin boleh mungkin tidak,segalanya bergantung kepada keazaman & sifat jimat cermat seseorng itu, contohnya yang bergaji RM3K boleh la membeli rumah jenis flat/apartment secara tunai, tapi semua yang saya jumpa tidak sudi pun membeli rumah flat....tepuk dada tanya poket...
huhu..
tension tul jadi slavery kepada duit nie..
beza islamik dan konvensional = ijab dan kabul saje??
seharusnya islamik memberi manfaat...tetapi mudharatnya sama dengan konvensional....maka kompem islam hanye pada nama shj....
penasihat perbankan islam mesti kata perbankan islam sekarang betul dan halal....sebab gaji mereka dpt berpuluh ribu sebulan...
salam,
mengambil tanpa izin haram,
mengambil dengan izin halal,
riba haram,
jual beli halal.
zina haram,
dah nikah halal.
senang je konsepnya.
Betul tu Mail, masaalahnya dalam hal riba' ni ada golongan yang memutarbelitkan quran dan sunnah dan menjadikannya jual beli, dan ini yang saya cuba buka minda rakan-rakan agar berfikir kembali adakah apa yang dicanang-canangkan sebagai suatu yg islamik itu adalah benar-benar islamik?
Saya ialah cikgu yg mengajar subjek perdagangan dan ekonomi yg mana di dalamnya ada bab berkaitan bank. Kekadang rasa bersalah bila ajar konsep bank islam ni, bila budak2 tanya apa beza perbankan islam dengan perbankan konvensional. Saya sendiri beli rumah dengan ikut konsep perbankan islam walaupun beli dengan bank lain. Saya dan suami pernah mempertikaikan konsep ni, tapi siapa la kami nak memandai-mandai...
Mungkin artikel yang telah saya tulis ini boleh membuka minda cikgu untuk melihat realiti disebalik ekonomi dunia hari ini, saya juga dahulu dikelas perdagangan dan tak pernah cikgu menjelaskan bagaimana wang dicipta.
Harap cikgu boleh ceritakan juga pada anak murid bagaimana wang dicipta hari ini, tetapi kalau tak ikut syllabus nanti kena panggil cikgu besar lak kan, sama la macam kes imam yg baca khutbah lain dari yg gomen beri.
Pendidikan akhir zaman ini hanyalah untuk membina masyarakat yg hanya patuh dan taat kepada pemerintah, malang sekali ianya untuk patuh kepada pemerintah yang hanya pentingkan dunia dan mengenepikan akhirat. Apabila Taliban memusnahkan sekolah tajaan barat, saya tak hairan kerana pada pendapat saya mereka dapat melihat muslihat barat itu dengan mata keimanan dan bukan kebanyakan kita yang melihat dengan mata fizikal yang acapkali menutup kita dari melihat realiti sebenar. Tepuk dada, guna frontal lobe dan tanya iman...
Salam, tuan.
Saya gemar membaca tulisan tuan. Ia mengingatkan saya kembali apa yang telah dipelajari sewaktu di universiti dulu. Namun pengetahuan tersebut saya tidak amalkan bila saya keluar bekerja. Kini setelah 3 tahun, baru saya sedar dari lamunan & kembali ke pangkal jalan. Saya sudah melangkah untuk membayar kesemua hutang riba, dengan doa semoga Allah mempermudahkan usaha saya menjauhi riba. Teruskan dengan tulisan tuan. Terima kasih
aduhai...
ada nk kawen buat loan...
nak pindah umah buat loan...
nak beli kete buat loan...
shopping wat loan (credit card)....
belajar buat loan... (Ptptn)..
beli kain utang... rege 100 bayar ansur2 jadi 12o
beli perabot utang...rege 500 bayar ansur jadi 600..
Ya Allah... bebaskan lah kami dari cengkaman dosa riba' ni. patutla sekang makin menjadi bencana. mungkin itu amaran daripada Allah...
Assalamualaikum wbt saudara Helmis..
Terima kasih di atas perkongsian maklumat di laman blog saudara ini. Saya baru sahaja mengikuti blog ini dan telah membaca beberapa artikel tulisan saudara. Saya amat tertarik dan bersetuju dgn penulisan saudara. Sungguh membuka minda dan bermanfaat. Semoga saudara terus sukses mengkaji, menulis dan mengkongsikannya di sini utk kebaikan para pembaca amnya.
Berkenaan topik dlm artikel di atas, tidak dinafikan saya sendiri telah terlibat dgn sistem perbankan yg mengenakan faedah/riba ini.
Pertama pinjaman PTPTN
Kedua pinjaman membeli kereta
Kadangkala saya agak tertekan kerana serba salah.. Saya tidak kisah membayar pinjaman kerana hutang wajib dibayar. Masalahnya kadar caj/faedah yg dikenakan yg membuat saya rasa bersalah utk bayar, seolah bersubahat memberi riba. Kalau boleh saya ingin keluar daripada sistem yg korup ini yg jelas bertentangan dgn syariat Islam. Tapi apakan daya saya hanya seorang orang awam.
Masalah ini mungkin boleh diselesaikan sekiranya pihak berwajib mengambil berat akan permasalahan ini dan mengambil jalan penyelesaian berlandaskan syariat Islam yg sebenarnya.
Sekadar sedikit perkongsian & pandangan daripada saya. Mohon maaf jika tersilap bicara.
Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wbt..
"Tapi apakan daya saya hanya seorang orang awam"
Sebab anda orang awamlah anda lebih bebas untuk membuat pilihan yang lebih bijak, jika anda pak menteri, mana boleh stop PTPTN atau memberi pinjaman kereta tanpa riba sebab rakyat harus diperah keringatnya supaya negara boleh membayar hutang luar yg dipinjam (juga dengan riba) untuk membina projek2 untuk rakyat (yg telah diberi kepada kroni dgn kontrak berlipat ganda dari sepatutnya). Kalau tak nanti negara bankrap dan anda tidak lagi akan di pangkah dalam pilihanraya akan datang.
Pilihlah pemimpin yang memimpin kerana Allah dan bukan kerana dunia, bagaimana ingin mengenali mereka, baca artikel Lelaki Yg Baik Utk Wanita Yg Baik", prinsipnya sama. Tinggikan iman kita dan insyaallah kita dapat mengenali pemimpin yang benar-benar ikhlas. Insyallah
maknenye saudara helmi, sblm pilihan raye tu kita still kene bergelumang dgn dosa2 ni ke?
1.ok bank wujud utk amik interest dr peminjam2, jika x ade bank, siapa atau institusi mana yg snggup beri pinjaman kpd umat islam tanpa interest?
2. pasangn penjawat awam, total pndapatan blnan rm3-4 ribu sbln, anak ada 5 org, 3 org dlm IPT, kalau x amik PTPTN, mane cukup nk tmpung, atau ade IPT yg sanggup beri pendidikan percuma ke?
3. utk elak bayar interest beli kereta, kene beli cash la kn even 2nd hand, nk beli 2nd pn, hrga puluhan ribu gak, gaji still rm2000++, tp kondisi kerja still memerlukan kenderaan, nk hntr bini g kerje, anak2 nk g skolah, so kne wat pinjaman gak la nk beli kereta 2nd pn, byr interest lg, so dosa lg, dah tu xde org nk kasi kereta free or pinjaman tanpa faedah,
saya pun bljr pasal ekonomi perniagaan islam, tp tuntutan KEPERLUAN ASAS hidup kita pun melambung tinggi dgn gaji takat tu je, menabung mmg perit,kalau xde org tolong, rase mcm nk mati,
mmg la dunia ni neraka bg org yg mukmin, neraka2 pun, anak nk kne bagi makan gak, skolah nk kne byr, sakit nk kne byr ubat, pastu ade kwan/sdare nk pnjam duit jugak, mak ayah kt kmpung pun nk kne hulur2 gak,
Maaf, bkn nk komplain psal hidup ssah, ade cadangan utk memudahkan urusan diatas yg logik dan praktikal, bkn skdar teori 'aku rase blh kot'
sekian
Muin, perubahan tidak datang secara drastik, sedangkan Islam juga datang secara perlahan-lahan dengan dimulakan dengan ilmu mengenai ketauhidan Allah SW dan kemudiannya barulah solat, puasa dan sebagainya. Apa yang saya cuba kongsi disini juga memerlukan pendekatan yang sama. Mula-mula pemahaman mengapa saya kata pinjaman perbankan islam itu haram yang mana saya sudah pun kemukakan hujah-hujahnya baik didalam artikel itu sendiri mahupun didalam jawapan kepada komen, dari situ nanti barulah timbul kesedaran. Apabila timbul kesedaran maka barulah akan wujud perubahan, Mereka yang sedar ini akan memikirkan pelbagai cara untuk mengelaknya tak kiralah apa harga yang terpaksa dibayar.
Hendak seribu daya dan tidak seribu dalih, ya memang diakhir zaman ini memegang kepada Islam itu umpama menggenggam bara api namun bagi yang mahu kesejukan nikmat dunia, pelbagai alasan yang akan diberi untuk membolehkannya. Tepuk dada tanya iman.
silap yg mula2 skali psl islamic banking kat msia (sekarang) ni bukan sebab rate yg sama mcm conventional banks tp sebab aqad jual beli tu yg silap. skg ni pembiayaan rumah pakai konsep BBA (bank beli + jual balik dgn keuntungan) tp rumah yg dapat tu rumah yg x siap n ade risiko terbengkalai. sepatutnye rumah yg lom siap guna aqad tempahan (lupa nama ni tp konsep menempah barang, selagi lom siap mcm yg sepatutnya pengusaha xkan dpt duit in full dr pembeli)
masalah ni ade mention dlm blog ust. zaharuddin (zaharuddin.net, lupa artikel mana sebab byk sangat n memang UZAR specialized in fiqh muamalat) n setakat ni solution yg mutlak mcm belum ade tp BBA halal dipakai oleh org islam (xde riba sbb 'interest' yg org ckp tu harga keuntungan atas urusan jualan n nilai tetap, bkn interest mcm bank conventional yg duit beranak atas duit previous balance). cuma BBA xbleh lindung org yg nak ownership rumah tu (dia pembeli btwn pemaju-dia tp dia jugak penjual btwn dia-bank n dia pembeli btwn bank-dia). bank xsepatutnya jual rumah xsiap kat dia, tp dia xsepatutnya jual rumah xsiap kat bank. yg sebenarnya pemaju xlayak dpt duit sbb x siapkn rumah tu tp pemaju akan ckp kalo xde duit camne nak siapkn rumah. sbb tu BBA x sesuai guna utk barang xsiap sebaliknya kena guna aqad tempahan. dan dlm islam x ditetapkan limit harga sesuatu brg selagi diterima pasaran (mcm kalo kat tokyo memang harga kopi biase rm10 tp dtg tokyo komplen kopi mahal tp dok msia beli starbucks beli kopi rm10 xbising pulak sedangkan harga kopi biase xsampai rm3 kat kedai)
sorry kalo sy salah bab aqad ni tp xsepatutnya org pertikaikan aqad dlm jual beli islam. mcm kalo pergi kedai beli kuih lps tu sedar xde duit or duit x cukup kita ckp 'makcik, sy lupe bwk duit/duit cicir/duit xcukup, bleh hutang dlu x kuih sbijik ni, kejap lg/esok sy byr balik' makcik tu ckp 'boleh' maka dlm jual beli ni kita dpt beli cara berhutang, halal wpn lom bayar (kalo makcik tu sedekah lg bagus) tp kalo kita amik kuih tu (sbijik je kan) pastu 10 minit lps tu dtg balik byr kuih yg da amik td tu kita tetap mencuri (melainkan kes terlupa) n haram makan kuih tu (tp makcik tu baik maka bila nk bayar tu dia cakap 'ye ke, xpe la makcik halalkan' maka selamat la kita dr makan yg haram)
Pada pendapat saya pula silap yg mula2 sekali adalah meletakkan nama Islam pada bank, sebab dalam bab beri pinjam ni Allah SW beritahu dalam Quran bagi pinjam seringgit pulang balik seringgit dan bukan memutarbelitkan proses pinjaman jadi jualbeli dll dan kemudiannya pinjam seringgit pulang 3 ringgit. Jadi kalau bg pinjam seringgit mintak balik 3 ringgit, itu tak ikut Islam, nama Islam hanyalah untuk mengelirukan masyarakat.
Silap kedua pulak adalah bank yg diislamkan ini adalah kerana meniagakan "riba", wang kertas itu sendiri adalah riba' kerana nilai wang itu sendiri tidak terletak didalamnya (intrinsic value) dan wang kertas itu sendiri turun nilainya saban tahun (inflation).
Harap saudara butterflower baca dan fahamkan sepenuhnya artikel saya ini, isu utama yg saya cuba kemukakan adalah penindasan oleh bank terhadap masyarakat dan bukan mekanisme bagaimana bank Islam sepatutnya berfungsi. Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba', jadi mana boleh wang kertas yang sepatutnya digunakan sebagai perantaraan jual beli, pengukur dan penyimpan nilai diniagakan? Dah la nilai tiada didalamnya (riba'), diniagakan pulak. Fikir2kanlah.... tepuk frontal lobe, tanya iman.
Bank sudah lama menindas kita atas perlbagai nama. Dinar emas dan dirham mampu mengubah lanskap pemikiran generasi akan datang.Hendak seribu daya.....
Salam alaik..
Barakallahu fi kum..
Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui yang mengurniakan sedikit dari ilmu-Nya kepada hambaNya.. Jzkk juga pada Tn Helmis atas penulisannya..
Saya mungkin ada tertinggal artikel2 yang terdahulu yang mungkin pernah dikongsikan oleh Tn Helmis..Tapi kalau boleh saya nak minta jasa baik Tn Helmis untuk berkongsi sendiri resepi yang diamalkan oleh Tn Helmis dalam kes riba' ni. Sebagai contoh Tn Helmis mungkin boleh kongsikan cara pengagihan perbelanjaan yang dilakukan oleh Tuan sehingga Tuan boleh menyara hidup keluarga, membeli kenderaan, membeli atau menyewa rumah,dll tanpa menggunakan pembiayaan..
Syukran Jazilan
Kesedaran terhadap riba' ini datang setelah saya bergelumang dengannya, alhamdulillah syukur kepada Allah SW kerana telah memberi kesedaran tersebut kepada saya memudahkan jalan kepada saya untuk keluar dari kancah riba' tersebut. Antara langkah yang telah saya ambil adalah untuk membayar hutang riba ini adalah;
1. Menjual semua saham pelaburan.
2. Menjual semua insuran baik nyawa dan pendidikan.
3. Berjimat dan cuba mengumpulkan wang untuk membayar hutang yg tinggal dengan seberapa segera.
Alhamdulillah, kereta yg saya pandu (7 tahun usianya) dan rumah yg saya diami sekarang ini sudah habis dibayar dan saya bertaubat tidak akan mengambil sebarang hutang lagi selepas ini. Saya telah pun memberi alternatif kepada rakan2 untuk membeli rumah tanpa riba' dalam artikel Rumah - Sewa atau Beli, terpulang pada rakan-rakan untuk memikirkan mana yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga kerana masaalah kita berbeza2. Semakin kita berusaha mencari keredhaan dari Allah, semakin mudah jalan yang akan diberikanNya, percayalah, ini dari pengalaman saya sendiri, dan sebab itu lah saya yakin untuk menentang riba' dan menyebarkan kesedaran ini kepada rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum,
Saudara Helmis yang dihormati,sekadar ingin berkongsi...
Saya telah mengikuti ceramah-ceramah Sheikh Imran melalui DVD-DVD yang dibeli semasa berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu. Beliau telah membuat satu post mortem yang sangat baik berhubung sistem kewangan Islam dan isu-isu semasa akhir zaman. Bertitik tolak dari pemahaman yang diperolehi daripada ceramah beliau telah memberikan saya momentum untuk restructure semula kehidupan saya sepertimana yang saudara Helmis lakukan. Memang langkah-langkah yang saya ambil sangat 'sumbang' di mata keluarga dan rakan-rakan. Semakin hari saya semakin 'terasing' dengan 'doktrin' saya sehinggalah saya sampai ke syurgadidunia.
Alhamdulillah,
Artikel-artikel yang diterbitkan ibarat teman kepada jiwa saya yang sentiasa terasing ini.Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pemahaman saudara. Sangat sangat tertarik dengan cara saudara membicarakan fizik kuantum...jelas dan mudah difahami.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Assalamualaikum,
Saudara blog. Kita perlu tahu tentang syarat2 perbankan Islam yang mana telah diakui oleh Mufti2 besar dunia. Jadi saya rasa pihak bank juga perlu menjaga kepentingan dan kebajikan mereka...jadi kalau x ckp duit perjanjian harus wujud...susah2 beli cash
Waalaikumsalam,
Saya tidak punya hak untuk menghalang sesiapa dari meminjam dari bank yang saudara kata perlu menjaga kebajikan mereka termasuklah pemegang saham yang rata2nya mereka yang kaya dan bukan rakyat kebanyakan yang kais pagi makan pagi. Jika anda selesa dengannya maka silakan.
Akan tetapi buat mereka yang mampu melihat apa yang terselindung disebalik realiti, melihat dengan mata hati dan bukan sekadar mata fizikal, mungkin apa yg dilihat umpama air yang sejuk itu adalah api yang membakar (hadis Nabi mengenai Dajjal), pasti akan nampak muslihat yg terselindung dan kembali berfikir mengenainya dengan lebih mendalam
Perjanjian meminjam wang dalam Islam pinjam seringgit pulang seringgit, jika pulang seringgit satu sen, itu bukan pinjaman Islam, itu pinjaman kafirun dan apa yang bank islamik hanyalah menukar kaedah/nama/cara akan tetapi kesannya sama, manusia diperhambakan.
Berpegang kepada Islam diakhir zaman ibarat menggenggam bara api, memang teramat susah, pilihan difrontal lobe anda, mungkin susah dahulu (dunia) akan tetapi senang kemudian (akhirat).
Kita masuk hutan ramai2, asingkan diri dari dunia luar, tanam ubi kayu untuk makan, tidur dalam gua, jalan kaki jer. baru boleh hindarkan diri dari riba' 100%. betul tak?
Masyaallah, pasti anda mendapat idea ini dari 3 pemuda yang membawa diri mereka jauh dari umat mereka yg sesat seperti yang diceritakan dalam Surah Al-Kahfi, akan tetapi melihat pada situasi sekarang, pada pendapat saya kita masih boleh menjauhi riba' dan saya sudah berikan beberapa contoh seperti menyewa dari membeli dan juga menggunakan pengangkutan awam. Apa yg diperlukan adalah lebih menggunakan minda dari hanya mengikut sahaja apa yg disogok oleh golongan tertentu, pilihan difrontal lobe anda.
assalammualaikum kepada saudara helmis...satu penulisan yg menarik dan membuka minda saya..terima kasih saya ucapkan....cuma ingin mendengar pendapat dr saudara...tentang penyimpanan wang.......adakah menyimpan wang di dlm bank2 juga satu riba? adakah jalan penyelesaian utk keadaan ini.
Waalaikumsalam Saudara Mat, menyimpan wang didalam bank tidak riba', pendapatan/bunga yg diperolehi darinya itu yang riba'. Akan tetapi jika kita lihat dari sudut lain, jika bank tidak memberi pulangan sekalipun, wang yg kita simpan itu akan digunakan oleh pihak bank untuk mencipta wang yg baru (rujuk mekanik wang moden) yang mana diamalkan oleh kebanyakan bank konvensional. Jika menyimpan didalam bank islamik pula, wang tersebut akan mereka gunakan untuk meng"hamba"kan umat islam yang lain untuk keuntungan korporat mereka. Pendekatan yang saya ambil adalah saya cuba sedaya upaya untuk tidak bersubahat dengan mereka.
Akan tetapi didalam dunia moden ini, wang dan bank sudah menjadi suatu yang tidak boleh dielakkan, maka bagi kita yang tidak punyai kuasa untuk mengubahnya dengan tangan maka sekurang2nya didalam hati kita tidak bersetuju dengannya, dan salah satu cara kita untuk menyatakan ketidak setujuan itu adalah dengan menggunakan khidmat mereka seminimum yang mungkin. Jika ingin menyimpan wang, simpanlah ianya dalam bentuk yang nyata iaitu logam bernilai seperti emas dan perak yang mana akan menjamin nilai harta anda dan bukan seperti wang kertas yang akan susut nilainya kerana inflasi. Ingatlah, inflasi bukan sekadar norma kehidupan, ianya adalah pembohongan dan penindasan terbesar terhadap seluruh umat manusia dan kita semua tidak pernah diberitahu akan hakikat yang sebenarnya ini. Usahalah sekadar yang mampu, tingkatkan ilmu mengenai riba' dan berdoalah kepada Allah SW agar dibukakan jalan kepada kita untuk hidup berlandaskan Islam sebenarnya insyaallah.
islam itu mudah dan bukan untuk menyusahkan pada umatnya.fikir2kan lah...selagi berlandaskan pada al quran dan hadis sahih.
Saudara Helmis...
Saya mohon keizinan untuk copy and paste beberapa artikel milik tuan ke blog saya.
Assalamualaikum Saudara Helmis,
Jangan hiraukan kata2 sinis daripada mereka yg tidak mahu percaya dgn hal ini. mereka enggan menerima kenyataan ini kerana mereka sudah biasa dan selesa dengannya. ia adalah sama seperti seorang yg melakukan kesalahan dan ditunjukkan kesalahan tetapi bermati-matian tidak mahu mengakuinya. mungkin mereka tidak pernah dengar/baca hadis tentang dajjal yg akan datang dengan api dan air. mereka rela memilih air yg dibawa oleh dajjal kerana ia NAMPAK seperti air. itulah yg terjadi apabila mata di kepala masih elok tetapi MATA HATI itu BUTA..
Mereka ini mungkin malu/takut bak kata Sheikh Khalid Yasin, "BECAUSE U DONT WANNA BE JUDGED!!!" tetapi mereka lupa bahawa di hari kiamat Allah akan menjadi JUDGE yg paling adil untuk mereka.
nasihat saya kepada orang2 sinis di luar sana yg masih enggan percaya dengan konspirasi WANG KERTAS ini..bacalah dengan tekun tentang FEDERAL RESERVE...tahukah kamu bahawa FEDERAL RESERVE di Amerika Syarikat itu merupakan BANK PERSENDIRIAN? BANK PERSENDIRIAN!! mereka tidak tunduk kepada sesiapa pun sejak dari hari pertama ianya ditubuhkan..
"Kami berikan kamu nikmat jasad, semoga kamu sayangkan dunia dan takut mati. Kamu akan mempertahankan apa yang kamu nikmati. Tanpa disuruh"
Ayat mana tu saudara Tanpa Nama?
Tn. Helmi, suatu artikel yg menarik dan membuka minda. Minta kebenaran utk print artikel tuan utk disebarkan kpd saudara2 Islam yg lain utk pedoman semua..
salam saudara zaki yamani.
memang benar apa yang dikatakan oleh tuan.
mereka yang enggan menerima apa yang disampaikan bahkan mempertahankan sistem yang sedia ada kerana mereka selesa dengannya.
Semua boleh baca misi gereja vatican dalam menghidupkan riba..
http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz1B1swAnp8
Ianya mengenai konspirasi yang dibuat oleh pengikuat2 dajjal.
sebenarnya memang sistem perbankan islam di malaysia tak 100 peratus islamik. tapi sedang menuju kearah yang lebih baik. tanyalah kepada mereka yang benar benar jujur dalam hal ini. tentu mereka akan kata ya. selagi tak ditafsir Al Quran dan Al Hadith sedalam dalamnya maka inilah kesudahan. tanyalah pengurus bank itu sendiri. samada dia sanggup menanggung beban mengatakan sistem bank islamik di malaysia benar benar menepati Al Quran atau Al Hadith. jawapannya tentu tidak. siapa sarjana islam di malaysia yang berani mengesahkan sistem bank yang berjenama islam itu benar benar islam.? tanyalah kepada mereka. mereka pun confuse.. cuma atas dasar kerajaan yang longgar maka diadakan bank-bank yang dikatakan islamik. tak perlu gentar untuk mencari yang lebih baik dari yang baik. semoga mendapat pertolongan Allah.
Salam, memandangkan sistem perbankan Islam tidak 100%, maka ianya bukan perbankan Islam. Tambahan lagi, konsep perbankan, capitalism dan secularim itu sendiri adalah asing kepada Islam... Oleh itu menggunakan nama Islam bagi sesuatu yang tiada mengena dengan Islam mengelirukan ummah dan mencemarkan kesucian Islam. Ianya tidak relevan, dan jika benar ianya begitu penting kepada Ummah, sudah semestinya Allah swt tidak akan lupa untuk berfirman mengenainya di dalam Al-Quran.
Bukankah lebih baik ditukar sahaja nama bank Islam kepada nama yang tiada mengena dengan nama "Islam"? Kenapa pula mencemarkan agama dan nama Islam yang suci hanya untuk meraih populariti dikalangan umat Islam dan bersaing memenuhi tuntutan nafsu keuntungan dunia (menjual agama)? Kenapa menggunakan nama Islam untuk membolehkan sistem yang 1% mengamalkan Islam bersama-sama sistem kapitalisma dan sekularisma? Mungkin juga adalah lebih nama perbankan Islam ditukarkan kepada "Perbankan Hadhari" sahaja.
Asslamualaikum semua,
saya ingin memetik kata2 Ust. zaharuddin dlm topic matawang emas dari link berikut:
http://dinaremasmalaysia.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated
(Tidak dinafikan sistem kewangan Islam yang wujud hari ini masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dari pelbagai jenis sudut, sama ada dari sudut rangka kewangan dunia yang mencengkam, sistem perundangan yang banyak kalanya tidak bersedia dan tidak menepati, pemegang saham perbankan Islam yang ‘tidak' ihsan serta terlalu mengejar keuntungan, sistem perkomputeran dan pengiraan yang masih lagi ‘terpaksa' mengikut rentak majoriti yang konvensional, produk perbankan Islam yang masih terbawa-bawa kehendak pelanggan berminda konvensional, pelanggan yang terlalu ‘demand' kesempurnaan pada praktis perbankan Islam tetapi diri sendiri terlalu jahil tentang Fiqh Muamalat dan kewangan moden hingga akhirnya menjadi racun kepada umat Islam, sistem matawang fiat yang direka, dicipta dan diatur tidak dengan cara yang betul dan panjang lagi senarainya jika ingin saya kongsikan di sini.
Benar, di waktu dan ketika ini, yang praktikal adalah dengan cuba meyakinkan pemimpin Negara maju ini untuk berubah, itu adalah salah satu cara terbaik untuk mempengaruhi sistem besar kewangan dunia untuk berubah dan dibaikpulih sedikit demi sedikit. Memang kita boleh menunjuk ‘lagak' untuk mempertikai itu dan ini dan mengkritik system kewangan Islam dengan pelbagai tuduhan keras selagi menumpang di atas sistem kewangan konvensional dan menggunapakai matawang fiat kertas.
Namun pandangan ideal semata-mata yang tidak menjejak di bumi pasti akan gagal menyakinkan pemimpin Negara maju untuk berubah, lalu ia akan kekal menjadi mimpi dan idaman sahaja.)
Komen saya: Jelas di sini, sistem perbankan Islam diperakui lemah dan kurang dalam pelbagai sudut......dan panjang lagi senarainya (sampai tak tersebut)... Tetapi "dimaafkan" dan dijadikan Islamik dan halal...
Next, antara kelemahan2 itu adalah: produk perbankan Islam yang masih terbawa-bawa kehendak pelanggan berminda konvensional, pelanggan yang terlalu ‘demand' kesempurnaan pada praktis perbankan Islam tetapi diri sendiri terlalu jahil tentang Fiqh Muamalat dan kewangan moden hingga akhirnya menjadi racun kepada umat Islam.
Komen saya: Siapa sebenarnya yg jahil.. Yg menerima sahaja apa kata authority, atau yg demand? Kebiasaannya org demand bila org tahu ttg sesuatu. Org tak demand, sebab tak tahu apa yg perlu di'demand'kan.. Ttg siapa racun siapa,sendiri fikir2kanlah..
Org boleh menggelar saya pessimistic, memandang serong pd keupayaan kita semua menyedarkan pemimpin negara maju utk berubah. Kalaulah anda berada di tempat pemimpin2 negara maju, yg tujuan hidup di dunia ini adalah utk menyokong n menjayakan sistem Ad-Dajjal n menyesatkan seramai mungkin umat manusia, adakah anda akan menyokong pula sistem kewangan Islam? Impian siapa sebenarnya yg tidak berpijak pd bumi nyata?
Menyedarkan umat Islam itu sendiri dah pun sukar, (saya nampak ramai yg menyindir, yg memerli, n mengucapkan kata2 sinis apabila muslihat bank Islam dikongsi sesama kita), inikan pula nak menyedarkan giant2 tu semua. Kita ni adalah penentu kejayaan atau kegagalan sistem ciptaan mereka. Yg penting KITA, usaha kita, bukan sekadar berforum n mengharapkan pemimpin2 n pemegang2 kuasa tu mendengar suara kita.
Sekian, wasalam.
Sistem ini tidak akan menjadi isu sekiranya tidak menggunakan nama "Islam" atau jika dinamakan sahaja "Bank Hadhari", dan konsep perbankan Fractional Reserve System itu sendiri konsep diluar Islam. Dalam erti kata lain, ianya bukan sistem Islam tetapi sistem kafir atau munafik kerana sistem ini mengamalkan perdayaan, capitalism dan secularism.
Bank Islam = Sepatutnya mengamalkan 100% sistem Islam dan berobjektif menegakkan keadilan
Bank Konvensional/Kafir = Mengamalkan 0% sistem Islam, dan berobjektifkan keuntungan
Bank Munafik/Fasik = Mengamalkan 50-50 sistem Islam atau kurang tetapi berobjektif seperti Bank Konvensional
Namun itu dan kerana terpengaruh bersaing dengan pentas sama digunakan orang kafir (iaitu mencapai kejayaan material melalui keuntungan berbillion dan bukan berlandaskan ketakwaan), maka persoalan relevan ialah bagaimanakah mengIslamkan perdayaan, capitalism dan secularism?
Mustahil dan ini diakui mereka sendiri apabila mendedahkan banyak kelemahan, kekurangan serta kecacatan sistem perbankan Islam hari ini. Bagaimana munasabah mengubah sistem perdayaan, capitalism dan secularism menjadi Islam sedangkan Allah swt menyatakan:
"...hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya; TIDAKLAH PATUT ADA SEBARANG PERUBAHAN pada ciptaan (agama) Allah itu; itulah agama yang BETUL LURUS, tetapi KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI..."; Ar-Ruum (30:30)
Terdapat pelbagai lagi keterangan yang jelas di dalam Al-Quran. Namun itu oleh kerana berdegil hendak mengIslamkan perdayaan, capitalism dan secularism, maka takwil digunakan untuk mencapai matlamat. Perbandingan fakta yang tidak relevan digunakan bagi memutarkan ayat-ayat Allah swt dan hadis Rasulullah saw. Mereka malahan tidak mengira lagi situasi berada dipihak zalim dan penindas. Fokus utama, ialah Islam bersaing pada pentas material, dan bukan ketakwaan! (berlandaskan definisi kejayaan yang salah - brainwashed)
Kesannya? Ummah tidak dapat memahami penerangan walaupun mencuba sedaya upaya memahaminya. Ini kerana ianya perdayaan, dan ketahuilah perdayaan itu tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu tetap dan tidak berubah-ubah hukumnya. Bagaimana pula bagi ulama yang menjelaskan kebenaran? Mereka tidak perlu bersusah payah memberi penerangan dan dengan hanya penerangan 9 minit, hati umat Islam dapat merasakan inilah yang terkandung di dalam Al-Quran dan Islam sebenar. Mereka tidak perlu bersusah payah menerangkan kerana hati ummah mudah memahami, dan Islam itu sememangnya mudah difahami.
"... Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu adapun ORANG-ORANG YANG ADA DALAM HATINYA KECENDERUNGAN KE ARA KESESATAN, MAKA MEREKA SELALU MENURUT APA YANG SAMAR-SAMAR DARI AL-QURAN UNTUK MENCARI FITNAH DAN MENCARI TAKWILNYA (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya)...: Ali-Imran: 7
Nasihat akhir, tukarkan nama perbankan Islam kepada "Bank Hadhari", rujukan kepada tamadun atau yang tidak berkait dengan Islam, dan hentikanlah mencemar kesucian nama dan agama Islam demi sekadar mencari keuntungan berbillion-billion. Islam tidak dibina di atas "label", material, kekuatan tentera atau ilmu, tetapi Islam dibina di atas kekuatan Iman dan semuanya akan mengikut Islam yang sebenar hanya setelah ummah beriman dan beramal soleh mengikut Al-Quran dan Hadis.
Saya pasti Allah SW dan Nabi mahukan full time muslim, bukan part time muslim, muslim yang solat seminggu sekali, puasa tidak solat, tudung bila masuk nak nikah atau masa kena dakwa sebab khalwat sahaja.
Begitu juga dengan bank, mana boleh bank part time islamik, separuh islam, tidak sempurna lagi dan sebagainya tetapi diasaskan sama dengan konsep riba' knovensional, tetap "create money out of thin air", menyumbang kepada inflasi hanya kerana menjaga kepentingan beberapa individu yang mahukan pulangan dengan hanya goyang kaki (pelabur) sedangkan seluruh masyarakat dihimpit dengan beban inflasi ditambah lagi suntikan dana dari luar pelaburan aka hutang negara berkat tindakan pemimpin masa kini yang melacurkan negara atas dasar pembangunan. Pembangunan materialisme tetapi mundur iman dan akhlak.
KIta dah lama hidup secara muslim part time hingga terbawa-bawa didalam segenap gaya kehidupan dari berpakaian, adat, hinggalah kepada perbankan, masanya sudah tiba untuk bangun dari lena yang panjang ini, berfikirlah dengan akal untuk kepentingan agama dan masyarakat, bukan ikut rasa dan juga ikut sahaja apa yng disogokkan.
Salam perjuangan Bro Ed.
Salam, betul tu bro Helmis, masuk secara keseluruhan... dan Al-Quran itu sama tetapi kenapa rata-rata masih terdapat pemahaman berbeza? Itulah mukjizat Al-Quran, yang mana awal-awal lagi Allah swt telah berfirman "...ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa..." (2:2). Jadi kalau niat dah salah inilah padahnya. Maka itu juga Allah swt berfirman dalam Surah Fussilat:
“...Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka. Mereka itu – (tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”; (41:44)
Oleh itu, persoalannya adakah "orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh" dapat mendengar dan melihat dengan betul?
Inilah situasi hari ini, dan mereka tetap berjuang dipihak penindas dan berhujah menggunakan harapan yang TIDAK BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA (iaitu harapan mempunyai $8 Trillion dan menguasai perbankan dunia). Adakah mereka menyangkan Yahudi itu sebegitu bodoh hendak membiarkan Islam menguasai sistem perbankan, atau mereka yang dibodohkan dan menjadi alat untuk menyesatkan seluruh ummah?
Jika benar harapan mereka ini dan mengikut sistem sediada, hanya ada satu cara mendapatkan $8 Trillion, iaitu dengan memperhambakan keseluruhan masyarakat Islam seperti binatang... dan pada masa itu adakah ianya sistem Islam atau 100% sistem Dajjal? :)
Oleh itu lebih baik gunakan masa yang singkat ini membangunkan iman dan ummah, dan membiarkan Imam Mahdi menyelesaikan masalah ini. Usah dirisaukan sangat kerana Allah swt itu masih sama sahaja mengawal setiap yang terjadi, dan peranan kita ialah memantapkan akidah dan iman.
Sekadar untuk berkongsi pengalaman. Kisahnya begini (cerita benar)... Ustaz ni adalah guru kpd isteri saya yang belajar di sekolah Kerajaan (sekolah menengah), dan beliau adalah lulusan daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Apa yang diperhatikan ialah ustaz ini semenjak dia mula-mula mengajar sehinggalah beliau sudah mempunyai anak, beliau tidak membeli kereta bahkan lebih rela menaiki bas untuk pergi balik mengajar ke sekolah termasuklah bila balik ke kampung beliau gunakan pengangkutan awam bersama anak dan isteri. Selepas lebih kurang 3 tahun menggunakan pengangkutan awam barulah ustaz berkenaan membeli kereta secara tunai. Maknanya selama ini beliau telah mengumpul wang untuk membeli kenderaan tersebut. Apabila ditanya kenapa beliau tidak membeli kereta awal-awal semasa beliau mula mengajar....jawapannya ialah beliau tidak mahu bersubahat dengan sistem riba'. Kesimpulannya daripada cerita ustaz ni, sebenarnya kita ada pilihan untuk mengelakkan drp terlibat dgn sistem riba' cumanya kita perlu lebih beristiqamah dan kuatkan iman.....kalau nak ikutkan hati( ambil jalan mudah) buat ajelah pinjaman, buat apa susah-susah naik bas pergi balik kerja. Tapi yang sebenarnya yang susah itulah sebenarnya nikmat yang tidak dapat digambarkan....macam pepatah orang tua jugak....bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pepatah ni amat signifikan sebenarnya dengan org melayu, cuma melayu ni mudah lupa.......
Assaalammualaikum w.b.t...
Saya fikir pandangan saudara terlalu extreme. Islam itu mudah dan rahmat kepada seluruh alam, muamalat dalam Islam yang telah diteroka oleh sarjana-sarjana Islam berdasarkan dalil/hadis dan sumber yang sahih tidak harus diketepikan (disalahkan/diharamkan) hanya kerana pandangan seorang syeikh (Manusia biasa - TIDAK MAKSUM).
Saya hormati pendirian saudara untuk tidak berhutang kerana tidak yakin akan sistem kewangan Islam. Tapi seperti mana Islam meraikan perbezaan pendapat, saya lebih bersetuju akan kajian-kajian ilmuan Islam yang bersandarkan dalil/hadis dalam aspek muamalat ini.
"Jika kamu ingin menguasai dunia dan akhirat, maka kuasailah ia dengan Ilmu"
wassalam.
Waalaikumsalam, ya saya memang extreme sebab bg saya tiada istilah "part time" muslim, yakni campurkan yang halal dan yang haram apatah lagi melabelkan yang haram sebagai halal.
Mungkin saya patut juga bertanya kepada saudara adakah sarjana2 islam yg saudara maksudkan itu MAKSUM? Adakah mereka manusia luar biasa?
Ya mungkin luar biasa sebab keluar di kaca-kaca TV maka sebab itu ramai yang terpukau dan terus percaya.
"Wake up" saudara, bukan Sheikh Imran sorang je yang kata haram, ramai lagi tetaoi masaalahnya mereka tak keluar TV, radio atau apa sahaja media biasa kelolaan mereka yang berkuasa untuk memastikan rakyat mengikut apa sahaja yang mereka mahukan. Di Pakistan, 31 ulamak dah keluarkan fatwa perbankan islam adalah haram dan muslim wajib meninggalkannya.
Saya sokong, kuasai ilmu tetapi bukanlah ilmu sebelah pihak sahaja, dan ilmu sahaja belum cukup, perlukan juga "nur" dari Allah SW dan itu yang perlukan usaha yang lebih dan bukan hanya ikut apa yang orang lain katakan tanpa berfikir betul atau tidak. Kita semua ahli ekonomi, kita semua guna duit setiap hari, buat budget setiap bulan, dihimpit inflasi saban hari, takut dirompak saban hari jadi tidak perlukah kita memikirkan kenapa? Kita harus lihat ianya dari sudut yang lebih besar dan bukan hanya lihat dibawah "tempurung keselesaan" kita sahaja.
Saya bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi keseluruhan masyarakat terutama yang tertindas. Mungkin mereka yg telah sedar tertindas sahaja yang boleh nampak penindas, bagi yang belum sedar sudah tentulah masih enak dan lena dibuai dan diulit mimpi keselesaan.
Sila baca artikel saya yang lain berkenaan perbankan islam, saya ada berikan nama beberapa sarjana-sarjana islam yang mungkin tak pernah saudara dengar kewujudan mereka.
Wassalam
Assalamualaikum,bro tanpa nama yg menulis pd 12/2/11..
Saya suka ayat saudara, Islam itu mudah dan rahmat kepada seluruh alam. Tapi saya gagal nampak apa yg mudah n rahmatnya hidup dlm hutang.....
Sy harap saudara boleh berkongsi hasil2 kajian ilmuan Islam yang bersandarkan dalil/hadis dalam aspek hutang dan pembayaran hutang (loan-repayment) ikut cara Islam seperti yg dipersetujui oleh saudara itu. Apa benarkah ada hadis/dalil2 yg menyokong perbankan Islam?
Sy akan lebih gembira kalau saudara dpt kongsi link2 or buku2 yg berkenaan (spt yg dilakukan oleh saudara helmis), supaya lebih mudah dan adil untuk kita semua sama2 baca n nilaikan.
InsyaAllah.
- wardah
the best blog i ever seen...
no 1 : riba yg mmg confirm HARAM...
no 2 : sudahlah RIBA,masyarakat terbelenggu dengan HUTANG...
tahniah dan syabas untuk saudara HELMY...sekurang-kurangnya membuka mata dan menyedarkan saya dan kawan2 yang lain...
Salam saudara helmis. Semoga sdr dirahmati Allah.
Pada pandangan saya dalam kes Mat beli rumah:
Penjual jual rumah kepada bank RM100k
Bank beli dengan harga RM100k dan jual ke Mat dengan harga RM170k
Mat kena bayar ke bank RM170k
Apa yang berlaku sebenarnya harga jualan rumah RM100k itu adalah termasuk keuntungan penjual. Katakanlah nilai sebenar rumah itu RM60k, maka penjual sudah dapat RM40k. Bank pula kaut RM70k. Bila dikira keuntungan "hasil jualan" rumah tersebut sebenarnya adalah RM110k, jauh berbeza dengan harga asal sebanyak RM60k (hampir 3 kali ganda).
Ini kes adalah "profiteering" dimana keuntungan hasil jualan rumah tersebut SEBENARNYA dikongsi antara penjual dan pihak bank.Ini jarang kita perhatikan. cuba bayangkan sekiranya penjual mengenakan lebih 2 kali ganda dan bank melakukan perkara yang sama. Itu belum dikira campurtangan "BROKER"!
Menurut ajaran di dalam al-Quran, keuntungan yang berganda (lebih 2 kali ganda) adalah RIBA (surah 3:130) dan ianya adalah HARAM (surah 2:275). Dalam kes tersebut sekira tidak berlakunya riba, Mat hanya perlu membayar kepada bank kurang dari RM120k bukan RM170k!
Contoh pengiraan:
Nilai Asal Rumah = RM60k
Jumlah Keuntungan Jualan Rumah Sepatut tidak lebih dari RM60k
Harga Bank beli dari Penjual = RM100k
Untung Penjual = RM100k - RM60k
= RM40k
Untung Bank = Harga Asal Rumah - Untung Penjual
= RM60k - RM40k
= RM20k (mesti kurang dari RM20k. cth RM19k)
Bank jual ke Mat = Harga Bank Beli dari Penjual + Untung Bank
= RM100k + RM19k
= RM119k
Atau erti kata lain:
Mat beli rumah dengan harga = Nilai Asal Rumah + Untung Jualan
= Nilai Asal Rumah + (Untung Penjual + Untung Bank)
= RM60k + (RM40k + RM19k)
= RM119k
*Pihak bank tidak seharusnya mengenakan bayaran berdasarkan nilai jualan Penjual sebaliknya Bank harus
mengenakan bayaran berdasarkan harga "nilai asal" rumah tersebut. Dalam kes ini, pihak bank sebaiknya
bekerjasama dengan penjual dalam berkongsi "keuntungan" atau "Profiteering (kurang dari RM60k).
Sekian terimakasih.
Assalamualaikum,
Sila baca komen saya dalam artikel Rumah - Sewa Atau Beli pada 16 April 2011 4:09 AM
Penjual rumah mahukan keuntungan itu bukan isu utama, isu yang paling besar adalah penciptaan wang baru hanya menerusi penyata kira-kira (fractional reserve banking) dan juga jumlah wang yang harus dipulangkan kepada bank sentiasa tidak mencukupi. Ini mencarikan nilai wang (inflasi) dan menyebabkan manusia mementingkan diri sendiri dalam persaingan untuk membayar balik pinjaman kepada bank yang mana darinya lahirlah pelbagai penyakit sosial... rasuah, korup, kronism, tipu, perdaya, curi, rompak, bunuh, politik wang, undi pos dan sebagainya... Wassalam
Salam sdr Helmis.
Semoga sdr dan keluarga dirahmati Allah.
Alhamdulillah.
Saya amat setuju dengan sdr berkenaan .. penciptaan wang baru hanya menerusi penyata kira-kira ..".
Sudah tiba masanya nilai wang kembali bersandarkan emas dan perak. Seperti dalam al-Quran ada menyatakan penggunaan wang perak adalah amat stabil sepanjang zaman. Dalam Surah Al-Kahfi :
(18:19.) Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa WANG PERAK kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; ...
p/s:Dalam mengambil keuntungan yang melampaui batas dan juga riba, ianya isu besar juga.
Sekian Terimakasih.
salam..saudara bijak menghentam perbankan islam..tetapi saya sebagai pembaca, nak jugak tahu , apa tindakan saudara seterusnya..jika saudara kata , perbankan islam haram, pasti dan pasti kovensional lagi teruk dari itu, jadi, saya nak tahu, bagaimana saudara buat jual beli rumah, kereta, dan lain-lain?
Assalamualaikum Sham,
Menghentam atau menyatakan kebenaran? Relatif kepada penerimaan saudara. Apa yang saya sampaikan bukan hanya dari pemikiran saya sendiri tetapi juga hasil suntikan dari para ilmuan lain.
Alhamdulillah Allah SW telah membuka mata hati saya untuk melihat kebathilan sistem perbankan baik islamik atau tidak, walaupun kesedaran ini saya dapat setelah bergelumang dengan riba', saya telah berusaha sedaya upada untuk keluar darinya. Saya telah pun membeli rumah dan kereta dgn riba' dan terperangkap didalam jerat yang mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberati hamba-hambaNya dan Allah SW tahu apa yang tersirat didalam hati hamba-hambaNya, sesungguh mana, seikhlas mana dan sebagainya, dan pertolongan Allah itu senantiasa datang termasuklah dari yang tidak disangka-sangka.
Kehidupan tanpa riba' itu memang boleh wujud diakhir zaman ini, akan tetapi perubahan kearahnya agak sukar jika mahu dilakukan mendadak. Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan riba', dengan hidup meminjam, memang agak sukar untuk menerimanya, kerana sudah terlena didalam kepompong keselesaan, insyaallah mudah-mudahan generasi baru akan menjadi umat bebas riba' kesan dari kesedaran generasi masa kini.
Apa yang saya lakukan disini adalah untuk memberi peringatan kepada rakan-rakan semua "the other side of the story", apa yang tidak siarkan didalam media massa harian, apa yang tidak diwar-warkan oleh tokoh2 dikaca TV dan sebagainya, agar rakan-rakan semua boleh membuat pilihan yg lebih tepat.
"Free will" manusia itu hanyalah ilusi, yang ada lebih kepada "choice" yang boleh dipilih, akan tetapi pilihan itu perlulah di proses oleh "thinking brain" sebelum keputusan diambil. Akan tetapi jika hanya satu maklumat sahaja (perbankan Islam halal) maka tiadalah juga kebebasan memilih, yang ada hanyalah pak turut, menjadi hamba kepada mereka yang mendapat manafaat dari sistem itu sendiri. Saya telah memikirkan sedalam-dalamnya dan telah pun membuat pilihan, saudara bagaimana?
ramadhan kareeem to all,
nk share bagaimana org kemboja! (pendatang kemboja) mampu memiliki rumah cash! golongan ini kebanyakannya berniaga kecil2an di pasar2 mlm,tp rumah mereka mak oiii- kejap aje naik satu persatu, rahsianya mereka ini buat rumah guna sistem kutu... ok la jgn la buat kutu umah sbulan skali cabutannye, buat la setahun sebuah rumah-ada berani! golongan yg tertindas,susah spt mereka ini mmg kuat bersatu, seperti golongan BIHAR di INDIA, bagaimana kesatuan meraka berjaya menguasai perniagaan IT di bumi KUWAIT- ini saya rasai sendiri, yg penting kesatuan ummah berlandaskan ibu sunnah- amanah, tabligh, fatonah dan siddiq- thank bro Helmis,-
Denda lambat bayar yang di kenakan oleh Bank Islam adalah berdasarkan proses jual beli secara bayaran ansuran manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman, maka apabila bayaran ansuran tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh akan dikenakan. Ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja
"Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). Al Baqarah 2:280
Ini cara pinjaman dalam Islam, beri kelapangan dan bukan bagi denda. Kalau bg denda sama tak kira la apa jua alasannya dan apa jua cara wang itu digunakan, jangan guna nama Islam.
Ini tak termasuk lagi mencipta kekayaan iaitu wang baru "ouf of thin air", syirik menyamakan diri dengan Allah SW yang mana hanya Dia sahajalah mencipta kekayaan.
Nak guna juga sistem perbankan, silakan, alhamdulillah saya sudah menyampaikan apa yang patut, insyaallah tanggungjawab saya sudah selesai.
Denda lambat bayar yang di kenakan oleh Bank Islam adalah berdasarkan proses jual beli secara bayaran ansuran manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman, maka apabila bayaran ansuran tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh akan dikenakan. Ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja
kes di atas tak sama dengan kes di bawah;
Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba' 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.
Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit "darah" Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?
dan sy tdk setuju dgn kenyataan
"Kalau bg denda sama tak kira la apa jua alasannya dan apa jua cara wang itu digunakan, jangan guna nama Islam"
...........
Tak nak guna juga sistem perbankan islam, silakan, alhamdulillah saya sudah menyampaikan apa yang patut, insyaallah tanggungjawab saya sudah selesai
Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,
Terimakasih kerana memberikan pendapat, dunia maya setakat ini masih agak bebas untuk kita semua memberikan pendapat, tidak seperti dunia harian yang mana pemerintah yang zalim sudah banyak menyekang kebebasan. Saya punya pendapat dan saudara juga punya pendapat, tepuk dada tanya iman.
Tetapi takkanlah komen sebaris dua anggap tanggungjawab dah selesai, perkenalkanlah diri dan bentangkanlah penulisan saudara agar rakan-rakan yang lain boleh memberikan penilaian. Komen saudara sebaris dua tu tak setanding dengan tanggungjawab saudara yang "konon"nya sudah selesai itu.
Tahniah saudara atas tulisan yang baik..
mohon share di blog saya
Riba tetap riba..pusing lah ikut manapun..yg saya paham..ambik untung drpd pinjaman..riba le tu...nak kata ape lagi...ke dia letak % interest tu sbb nak cover cost sajer.takde buat untung..buat lawak betul la manusia zaman skrg nie..
Salam tuan,
Semoga tuan diberkati Allah hendaknya.
Saya ada persoalan mengenai contoh yang diberikan oleh tuan iaitu :
Persoalan pertama ialah mengenai contoh tuan belikan baju untuk anak-anak Mat dengan harga RM100 dan tuan jual kepada Mat dengan RM120, selepas tu Mat membayar bulan-bulan RM10 selama 12 bulan.
Bukankah RM100 yang dibeli tuan merupakan kos belian dan lebihan RM20 dari jumlah belian asal RM100 merupakan jumlah keuntungan atas jualan yang halal diperniagakan (kerana sudah tentu tiada sesiapa berniaga tanpa untung dan hanya dapat pulangan kos sahaja)
Baiklah tuan, mungkin ianya tidak adil jika pembeli dalam situasi yang terdesak (tiada pilihan).
Bagaimana pula jika tuan menjualkannya kepada umum (pasaran terbuka) Oleh itu bukankah pembeli ada PILIHAN samada hendak membelinya atau mencari pihak lain dengan harga yang berpatutan dari nilai RM120?
Bagaimana pandangan anda untuk situasi kedua (jualan kepada phk lain bukan kepada pihak terdesak?)
Persoalan kedua ialah mengenai pembelian rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu dan menjual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba' 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.
Kemusykilannya ialah adakah nilai RM100,000 itu merupakan ‘pinjaman’ oleh Mat atau nilai kos rumah disebabkan setelah itu tuan ‘menjual balik’ dengan harga RM170,000. Adakah ini terdapat dua jenis akad dalam satu urus niaga? Pinjam dan jual?
ATAU adakah contoh pembelian rumah itu jika disamakan dengan keadaan pertama (seperti pembelian baju). maka jika ianya dijual kepada umum, bukankah disitu pembeli ada PILIHAN samada hendak membelinya atau mencari pihak lain dengan harga yang berpatutan dari nilai RM170 ribu (harga pasaran semasa @ nilai anggaran hingga 20 tahun?) yang dibayar sebanyak RM700 sebulan selama 20 tahun iaitu harganya lebih murah secara ansuran iaitu RM168 ribu (RM700 x 240 bulan)
Mohon penjelasan dari tuan.
Assalamualaikum Saudara Anuar,
Soalan saudara berdasarkan kepada situasi yang mana bank adalah seorang peniaga, akan tetapi bank bukanlah seorang peniaga, bank adalah seorang "PENINDAS".
Jika bank benar2 peniaga, bank akan beli rumah dari pemaju dan kemudian baru jualkan kepada pembeli dan bukannya pembeli datang merayu kepada bank boleh tak belikan rumah utnuk saya dan kemudian jual semula kepada saya dengan harga berganda. Jika bank membeli rumah tanpa melibatkan pembeli dari peringkat awal dan kemudian menjualnya di pasaran terbuka walau dengan harga sejuta sekali pun tak mengapa kerana itu baru ciri2 perniagaan yang betul.
Ini kerana bank menanggung risiko, projek tak siap, tak de siapa nak beli dengan harga sejuta, bank yang akan rugi, didalam pasaran terbuka pembeli akan bebas untuk membeli dari mana-mana peniaga. Bodohlah pembeli nak beli barang yang harga bank beli 100 tp kita nak beli pulak dari bank dengan sejuta. Umpama membeli nasi lemak sebungkus seringgit tp sebab bayar esok kena bayar 2 ringgit, siapa nak beli nasi lemak tersebut.
Masaalah sebenar sistem perbankan baik Islam atau konvensional adalah kedua-duanya "MENCIPTA KEKAYAAN DARI SUATU YANG TIDAK WUJUD".
Apabila bank islam (sama sahaja dengan bank konvensional) membeli dan menjual rumah tersebut, bank tidak menggunakan wang mereka sebaliknya menerusi catatan kira-kira mencipta wang baru (Modern Money Mechanic). SIla baca artikel saya Cerita Wang 1 & 2 untuk memahaminya. Apabila wang baru tercipta sebanyak 170k sedangkan nilai rumah tersebut adalah 100K (sebegai contoh, sedangkan nilai sebenar rumah tersebut mungkin separuh sahaja dari nilai tersebut), maka lebihan 70K adalah nilai "maya" yang bertambah saban hari menerusi pinjaman-pinjaman lain yang mana akan "mencair"kan nilai wang yang ada didalam kitaran. Hasilnya adalah INFLASI atau cukai terlindung kepada seluruh masyarakat.
Apabila kita bersubahat dengan bank baik pinjaman atau pembiayaan, kita menyokong bank mencipta kekayaan dari suatu yang tidak wujud sedangkan sifat tersebut hanya layak kepada Allah SW sahaja, bukankah itu ciri-ciri syirik?
Jangan lihat perbankan dari segi kaedah untuk menghalalkannya (seperti apa yang dilakukan oleh penasihat syariah bank), lihat kesan kepada masyarakat, dari segi sosial, dari segi kekeluargaan yang mana ibu ayah terpaksa keluar bekerja membayar hutang dan anak terabai, kesan kepada inflasi. Agak hairan mengapa agak jarang orang mempertikaikan inflasi, rata-rata menganggap ianya lumrah hidup yang perlu dihadapi sedangkan sebenarnya adalah dari tindakan diri kita sendiri yang membenarkan pihak benak mencipta wang baru melalui "book keeping entry" sahaja.
Mungkin jawapan saya beberapa baris ini tidak dapat menjawab persoalan saudara sepenuhnya, saya sarankan saudara membaca semua artikel-artikel saya dibawah label Bank, Duit atau Riba' untuk lebih memahami.
Tiada yang ekspress saudara, ilmu tidak datang dengan sebaris dua berhujah, Jangan baca pendapat saya sahaja, rujuk kepada pakar yang lain, tetapi janganlah pakar yang dibayar gaji oleh pihak bank. Samalah macam bertanya kepada penjual babi bagus ke makan babi? Takkanlah dia cakap tak elok ya tak?
Wassalam
salam Tn helmis,
saya amat bersyukur membaca blog Tn brkaitan dgn Bank, Duit & Riba nih. Itupun oleh kerana Link dari blog TuanBri - mekasih TuanBri. Article yang cukup bermakna & amat mambantu. Banyak perkara sebenarnya yang kita dah terpesong. Saya baru jek brcadang nak beli umah, nak refinance keter kononnya nak wat saving dgn $ refinance tu. tapi nmpaknya terbantut nafsu...haaa nafsu tuuu...
terima kasih. semoga Allah memberi petunjuk kepada mata hati kita semua.
saya menghargai niat suci saudara helmis memperjuangankan sistem kewangan dan perbankan islam. saya juga akan perjuangkan sama.
saya menilai pendapat saudara sangat keras sehingga mengatakan itu haram dan ini haram. kenapa tidak dirujuk pakar kewangan islam dan ulama'-ulama' muktabar tentang pendapat penggunaan wang semasa. bukankah mereka lebih berilmu dan lebih jernih pandangan mereka? berbincang dengan ilmu memang senang.tetapi praktikalnya sangat susah. sebagai contoh untuk membeli ikan di pasar dengan emas, bagaimana?
Beruk mana nak tukar emas dengan ikan yang pelbagai jenis, kualiti dan saiz? Saudara helmis tidak tahu tentang cara penggunaan wang emas yang sebenarnya. ia bukan digunakan seperti duit syiling. wang kertas tetap digunakan, tetapi ia disandarkan pada nilai simpanan emas negara, bukan fiat money.
saudara juga perlu faham tentang "fiqh waqi'" dan beberapa kaedah fiqqiyah semasa sebelum mengatakan itu haram dan ini haram.
Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,
Pertamanya terimakasih kerana memberikan komen dan terimakasih juga kerana memperjuangkan sistem kewangan dan perbankan Islam, cuma mungkin perjuangan saya membela yang miskin dan bukannya pihak kapitalis islam yang mahu sambil goyang kaki menerima faedah dari penat lelah orang lain atas nama perbankan Islam, saya tidak tahu saudara di pihak mana.
Kedua, apabila Allah SW mengishtiharkan perang terhadap riba' (Q 2:279), maka pada pendapat saya yang bukan ulamak ini, saya tidak boleh lagi berlembut dengan perkara ini apatah lagi ianya bertopengkan Islam.
Ketiga, mungkin saudara baru membaca satu artikel saya ini dan membuat komen, harap dapat baca artikel yang lain juga, mungkin saudara akan tahu siapa ulama'-ulama' muktabar yang saya rujuk. Lagi satu jika saudara google pasal perbankan Islam, silalah cari kata kunci "perbankan Islam haram", kalau asyik cari "perbankan islam halal" maka saudara hanya akan berjumpa dengan pakar kewangan Islam dan ulamak yang menyokong sistem berkenaan sahaja.
Keempat, memang susah nak beli ikan dengan emas, tetapi saya fikir lagi susah jugak kalau kena tinggal didalam api neraka.
Kelima, beruk memang tak akan tukar emas dengan ikan sebab dia bodoh, masaalah hari ini manusia pula dan jadi beruk sebab dengan rela hati menerima wang yang tidak bersandarkan dengan sesuatu yang bernilai malah sebaliknya bersandarkan dengan hutang.
Keenam, saya mungkin tidak tahu cara penggunaan wang emas sebenarnya, jadi apalah kiranya ajarkan saya dengan memberikan pautan kepada laman blog/website saudara, mengapa berselindung disebalik tanpa nama?
Ketujuh, adakah wang kertas disandarkan dengan rezab emas negara? Bolehkah saudara pergi keBank Negara bawa wang ringgit untuk ditukar dengan emas tersebut? Apa? Tak boleh? Jadi wang kertas apa yang digunakan pada hari ini?
Kelapan, jika saudara baca perenggan ke akhir, saya menyatakan ianya haram bagi diri saya dan keluarga, saya bukan memberikan fatwa. Akan tetapi jika ada antara rakan-rakan yang mendapat serba sedikit ilmu (fiqh) dan kebenaran (waqi) dari penerangan saya ini, terpulang lah kepada mereka untuk menerimanya.
Wassalam
saudara nak beli emas dengan apa? dgn duit kertas?
xboleh sebab duit kertas tu haram
nak bayar zakat dgn duit kertas? xpayah bayar zakat sbb xboleh bayar zakat guna wang kertas haram
saudara beli brg2/mkn hari ni guna apa? guna duit kertas yg haram bagi kat keluarga?
gunala frontal lobak tu
Akan tetapi yang mengutuk itu juga yang akan merungut dan menyumpah-nyumpah apabila harga barang semakin naik, kerana apa? kerana kejahilan mereka menyokong sistem kewangan yang seolah-olah menggali lubang kubur sendiri. Moga Allah SW memberi kesedaran kepada golongan sebegini, insyaallah.
Tanpa nama @ 21 jun 2012 12:16 ptg
Bro "frontal lobak" , Bro Helmis bagi pandangan dan pendapat dia untuk menyedarkan kita yang masih lena dengan mimpi basah RIBA. kita kena usaha untuk keluar dari RIBA ni, kalau tak boleh laju buat apa yang termampu dulu. Kalu sesat dalam hutan , takde makanan cuma ade babi aje, dibolehkan makan babi tu tapi takkan kita tak nak cari jalan lain keluar dari hutan tu, mentang-mentang ada banyak babi kat situ, kita pun selesa aje tak nak cari jalan keluar dari hutan tu dan belasah babi tu tiap2 hari. Cerita basicnya simple aje, berusaha untuk keluar dari RIBA, kalu tak mampu buat yang besar buat yang kecil dulu , slow-slow sambil tu kita berdoa minta pada ALLAH SW supaya kita diberi jalan untuk keluar dari RIBA secepat mungkin.
aku sokong dengan admin blog ni. bagi aku isu RIBA ni yang paling rumit untuk di fahami. sekaligus senjata paling ampuh bagi Dajjal. sebab tak kira siapa, hatta berkopiah berjubah sekalipun, anggap RIBA ini macam makanan harian. sedangkan dosa RIBA ada berpuluh2 jenis dan SANGAT BERAT. kehadiran ulama2 yang menggunakan Islam untuk carik makan (ulama bersijil), memburukkan lagi keadaan.
Encik,
Boleh saya bertanya adakah encik mempunyai kereta dan rumah? jikalau saya, boleh kongsikan bagaimana encik mempunyai harta tersebut?
Tuan punya blog..Semoga Jalan Anda Dipermudahkan lg..Terus lah berpesan dgn kebenaran dan kesabaran..SABAR SABAR SABAR..Walaupn ada yg byk mengajukan soalan yg mengejek,provokasi,cuba memperbodohkan..mereka tidak mengetahui..TAPI ingatlah jgn sehingga BERJUANG MENGIKUT NAFSU AMARAH disebabkan melayan penolakan dan cabaran ini. Senantiasa ingatlah Syaitan TAk kan berputus ASa sehingga manusia masuk neraka.Syaitan akn membuat pandagan kita baik walhal tidak. BErpesan lah dgn kebenaran dan sabar. Moga kita akan bertemu bila smpi masanya nanti. Don't worry ini semua ketentuan Allah. Allah memberi petunjuk kepada siapa yg Dia kehendaki Dan menyesatkan siapa yg dikehendaki. Islam ini untuk kepada mereka yg berfikir dan mahu berfikir.
awak ni telah menyebabkan ramai yang lebih keliru,,,, lebih baik awak hentikan penulisan awak atahu rujuk kepada pakar-pakar dhulu,,, iktiraf ilmu yang mereka miliki,,, kalau awk pakar dalam Fiqh saya kata awak betul,,, tapi saya rasa awak tak faham lagi 100% apa itu islamik banking,,, islam itu memudahkan tidak menyukarkan encik,,, saya minta maaflah,,, kepada pembaca,,, hukum ini tidak terpakai kecuali atas orang yang ter'nasab' padanya yakni orang yang menulis artikel ini sahaja. Melainkan emas dijadikan matawang negara suatu hari nanti.
Saudara Amirul,
Saya juga keliru apabila membaca tulisan ulamak-ulamak dan pakar-pakar ekonomi seperti Sheikh Imran dan juga Prof. Ahmad Kameel Meera Mydin, akan tetapi saya tidak menyuruh mereka berhenti memberikan ceramah dan juga memberi kuliah. Sebaliknya saya selidik dengan lebih mendalam tentang apa yang mereka perkatakan dan dari situ barulah saya membuat kesimpulan dan menulis.
Hanya kerana apa yang saya tuliskan membuat anda yang sudah terlalu selesa dengan sistem ekonomi yang berlandaskan wang kertas ini menjadi tidak selesa, itu tidak bermakna tulisan saya tidak boleh diterima sama sekali. Apakata saudara ikut jejak langkah saya, selidik dengan lebih mendalam dan apabila menyelidik itu nilaikan ianya adakah memberi keselesaaan untuk diri sendiri atau pun kepada keseluruhan masyarakat?
Dari komen saudara sahaja boleh dilihat saudara tidak pun membaca sampai habis artikel saya ini apatah lagi, artikel-artikel yang lain, tidak perlu saudara memberi amaran kepada pembaca kerana saya telah pun melakukannya, baca perenggan ketiga akhir.
Dengan perbankan Islam yang sudah berabad lamanya bertapak di Malaysia khususnya dan juga didunia secara amnya, mengapakan ekonomi umat Islam tetap mundur malah semakin teruk? Jangan lihat diri anda, anak bini, saudara dan kroni sahaja, lihat lah kepada keseluruhan masyarakat. Perlu keluar dari tempurung keselesaan anda untuk melihat realiti yang sebenar.
Alhamdulillah saudara bersetuju emas dijadikan matawang, adakah saudara melakukan usaha-usahak kearah itu? Kalau ada harap dapat berkongsi bersama disini. Wassalam
as sallam,
tuan helmis,
tahniah. Sekecil2 dosa riba, apa yg diberitahu amatlah berat. hutang adalah satu perkara yg paling memungkinkan riba.
dan bila sebut riba, ada bermacam2 jenis.
terima kasih berkongsi ilmu.
pasal duit emas atau perak tu, aku sedia menerima duit emas atau perak sebagai upah memotong rumput halaman rumah. itu yang aku mampu.
Boleh saya bertanya?..dan minta pendapat dan penyelesaian..
Boleh saya bertanya?.. dan minta pendapat..
Silakan
Saya sedang berusaha untuk memujuk dan minta izin pada ibu saya untuk menjual salah satu aset saya untuk menyelesaikan hutang-hutang yang lain (Riba)..tapi ibu saya tak iznkan..adakah berdosa kalu saya teruskan niat saya untuk menjual..dan boleh ke saya jual rumah itu dgn harga pasaran terkini (i kali ganda dr harga asal)adakah itu riba..
Assalamualaikum Solehah,
Antara perintah Allah SW, Nabi dan Ibu, perintah siapa yang lebih utama? Ibu saudari bersikap sedemikian kerana beliau tidak pernah ataupun kurang didedahkan akan perihal besarnya dosa-dosa riba ini.
Mungkin jalan terbaik adalah perlahan-lahan memberi pendidikan dan kesedaran kepada Ibu saudari dan pada masa yang sama buatlah perancangan untuk menjual rumah tersebut. Mungkin Ibu saudari tidak tahu bahawa dosa riba bernilai sedirham wang perak lebih teruk dari melakukan zina 36 kali.
Menjual rumah dengan harpa pasaran pada pendapat saya itu bukan riba akan tetapi seperti yang telah saya nyatakan didalam beberapa artikel saya, kita mencipta realiti kehidupan kita sendiri. Jika kita jual sesuatu barang mahal, maka orang lain juga akan menjual barang yang sama atau pun barang lain dengan kadar yang sama. Mungkin apa yang boleh saudari lakukan adalah letak harga kurang sedikit dari harga pasaran supaya rumah mudah dijual dan pada masa yang sama saudari juga tidak merasa rugi. Wallahualam.
Assalamualaikum semua,
merujuk kepada komen pada 15 April 2011 1:00 PTG (TANPA NAMA)
KELAKAR APABILA AYAT QURAN DITAFSIR ORG YG TAK ADA ASASNYA, SANGAT MENYESATKAN!
sila rujuk ayat (tanpa nama):
"Menurut ajaran di dalam al-Quran, keuntungan yang berganda (lebih 2 kali ganda) adalah RIBA (surah 3:130) dan ianya adalah HARAM (surah 2:275). Dalam kes tersebut sekira tidak berlakunya riba, Mat hanya perlu membayar kepada bank kurang dari RM120k bukan RM170k!"
Riba tu pasal makan hak orang lain cara halus, bukan pasal berganda ke x, x belajar ke kisah saidina Bilal tukar kurma kualiti rendah dangan jumlah yg banyak kepada kurma kualiti tinggi tapi jumlahnya sedikit, nabi Muhammad SAW cakap tu RIBA! klu nak tukar kena kepada jumplah duit dulu pastu beli kurma lain, baru tak makan hak cara halus, bila tukar barang, dari segi berat mungkin sama tapi ade bende yg sket x nampak, boleh jadi kita termakan hak org lain, atau dia termakan hak kita. sampai begitu sekali islam jaga kita dari makan hak org lain...
so apasal kata makan berganda tu haram??? bende tu halal sebab kedua dua pihak bersetuju dan tahu jumlah yg dibayar dan dimakan pihak masing2, tu la jual beli! yg riba ni bukan pasal berganda ke x, tapi kita hisap darah mangsa ikut percent, x certain, berubah-ubah, tapi yg pasti bank sentiasa untung, tak de rugi, klu nak mampus nanti pakai duti government mintak inject dana(duit rakyat gak jadi mangsa), walhal dorang selamat waktu ekonomi baik atau buruk.
zalim betul, mmg patut lagi besar dosa dari zina!
Memang perbankan islam bergantung kepada perbankan riba. Contoh jelas adalah penggunaan BFR untuk kira untung. Bank riba guna BLR untuk kira faedah. Bank islam bergantung kepada BLR bank riba untuk bank islam menentukan BFR.
Pelik kan!!! Maknanya ialah kalau bank riba takde maka bank islam tak tau cara nak buat untung.
Lagi satu duit kertas sekarang bukan bersandar pada nilai emas, tapi bersandar kepada nilai dollar amerika
Quantum fizik dan juga falsafah barat dan alhamdulillah saya nampak perkaitannya dgn Islam. (ada kaitan ke??)
jadi apa beza kritikan tuan punya blog dengan sistem perbankan islam. sbb katanya perbankan islam tiru perbankan konvensional.. bila perbankan islam sudah ada dalil keharusan oleh pakar-pakar islam sekarang dalam menggunakannya kenapa perlu dikritik lagi.sebab pemahaman ulamak dalam memahami sesuatu perkara baru yang wujud di dunia perlukan penyelidikan yang lebih ketat dan ditapis dalam-dalam.malahan dari sudut kerohanian sememangnya lagi tinggi. bukan setakat quantum fizik je..(quantum fizik dari barat tp ada perkaitan dalam islam).hehehe... transformasi perubahan kewangan islam dari konvensional bukan makan masa sehari or setahun dua... tapi perlukan masa yang bertahun2..jadi ulama adalah pakar dalam pengurusan ini membina satu maqasid untuk maslahat semua...kenapa perlu lagi dikritik??
2)Disini saya menjemput rakan2 untuk sama2 membantu saya mewujudkan dunia yg lebih bermakna untuk semua manusia, mewujudkan "minggu suai kenal syurga" sebelum tiba kiamat yg sebenarnya, mungkin Allah akan melewatkan kiamat jika semua manusia didunia ini hidup dgn harmoni seolah2 seperti disyurga? Sokongan anda amat diperlukan dan dihargai.
hari kiamat adalah satu perkara yang sudah ditetapkan.. just masa je kena tunggu.. mana pulak kiasan ulamak@quantum fizik yang awak selidik kata boleh lewatkan... awak ingat kerja ALLAH sama dengan manusia ke suka lewat-lewat???
soalan: kadar BFR & BLR sapa yang tentukan?
jawapan: Bank Negara Malaysia
Soalan : Kenapa BNM ikut suka hati naik turun kadar tu?
Jawapan: tu la kau bodoh..monetary control laa...kawal inflasi...suplly & demand.. trade balance....tu la dulu kat kelas tido
Soalan: inflasi tu apa?
Jawapan : jawapan utk org kampung....ye..kadar kenaikan harga barang la...
soalan : Kenapa harga barang naik?
Jawapan : bodoh tak di ajar...supply & demand la
soalan : sapa yang tentukan supply & demand?
jawapan : manusia la bodoh.. takkan robot plak...
soalan : spekulator kat market...tu manusia ke robot?
jawapan : la apa la benggong kau ni...manusia laa
Soalan : kenapa spekulator buat macam tu?
Jawapan : he hee....biasa laa orang nak kaya cepat...untung lebih...apa orang kata untung atas angin...kat bursa saham bersepah tu
fikir2 kan laa dari budak tak reti ekonomi...
kau buat la macam mana sistem pun...kalau dah pakai sistem $$$$ ...konar kat mana pun...last sekali $$$$
Kepada Saudara Tanpa Nama (1 Julai 2013 12:45 PTG)...
Memandangkan komen saudara belum lagi dibalas En.Helmis, saya rasa terpanggil untuk menjawab sedikit melalui pemahaman saya.
1. “Quantum fizik dan juga falsafah barat dan alhamdulillah saya nampak perkaitannya dgn Islam. (ada kaitan ke??)”
Semestinya ada kaitan. Hanya orang yang diberi izin Allah dapat memahaminya. Cadangan saya, kurangkan sifat resistance dalam diri untuk menimba ilmu, baca dan kaji semula artikel2 awal En.Helmis.
2. “bila perbankan islam sudah ada dalil keharusan oleh pakar-pakar islam sekarang dalam menggunakannya kenapa perlu dikritik lagi.sebab pemahaman ulamak dalam memahami sesuatu perkara baru yang wujud di dunia perlukan penyelidikan yang lebih ketat dan ditapis dalam-dalam.malahan dari sudut kerohanian sememangnya lagi tinggi. bukan setakat quantum fizik je”
Ternyata akal saudara terbatas hanya menerima bulat2 pandangan ulamak tanpa berfikir terlebih dahulu. Perlu ingat, Ulamak2 ni takkan bertanggungjawab bilamana di akhirat nanti kita dihukum atas kesalahan kita mengikut mereka. Bilamana dalil Al-Quran mengharamkan dan ‘pakar-pakar Islam’ mengharuskan, anda ikut ynag mana?
‘Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
H.R al-Baihaqi
3.” transformasi perubahan kewangan islam dari konvensional bukan makan masa sehari or setahun dua... tapi perlukan masa yang bertahun2..jadi ulama adalah pakar dalam pengurusan ini membina satu maqasid untuk maslahat semua...kenapa perlu lagi dikritik??”
Ia perlu dikritik kerana untuk membincangkan syariat Allah, rujukan kita adalah Al-Quran dan Hadis. Artikel ini ditulis apabila didapati sistem kewangan Islam sekarang ini bercanggah dari apa yang disyariatkan Allah di dalam Al-Quran. Saudara mahu ikut ajaran Al-Quran atau ‘Para Ulama’?
Kedua, kisah di dalam Al-Quran bukan sekadar cerita sejarah. Ia adalah untuk diamalkan dari pengajarannya. Dalam hal ini, En.Helmis menganjurkan kita mengikut jejak langkah Rasulullah yang pergi berhijrah untuk menyelamatkan Ugama mereka pada waktu itu. Peristiwa hijrah memberi ‘hint’ bahawa yang hak dan yang batil tidak boleh bercampur, dan kita tidak boleh memerangi yang batil dari dalam sebaliknya mangasingkan diri daripada yang batil itu. Dan saudara yang mengikut ‘Para Ulama’ pula menganjurkan kita mengambil sistem perbankan konvensional, dan menukarkannya sedikit demi sedikit menjadi ‘Islam’ bahkan berkata ‘bukan mengambil masa sehari dua or setahun dua’. Amatlah jauh dari contoh hijrah Rasulullah yang mengasingkan yang hak dan yang batil. Na’uzubillah min zalik.
4. “hari kiamat adalah satu perkara yang sudah ditetapkan.. just masa je kena tunggu.. mana pulak kiasan ulamak@quantum fizik yang awak selidik kata boleh lewatkan... awak ingat kerja ALLAH sama dengan manusia ke suka lewat-lewat???”
Ternyata saudara sudah terlepas pandang perkataan ‘mungkin’ En.Helmis. Dari pemahaman saya, mungkin boleh dan mungkin tidak hari kiamat itu boleh dilewatkan. Ini berdasarkan hujah saudara kita Hafiz Firdaus pada link di bawah dimana umur yang tetap, kita boleh berdoa untuk dipanjangkan umur.
www.hafizfirdaus.com/ebook/47QNQ/S45.htm
5. Akhir sekali, saya mengambil satu ancaman Allah untuk menjadi iktibar kita bersama.
“DAN SESUNGGUHNYA KAMI JADIKAN NERAKA JAHANAM ITU UNTUK JIN DAN MANUSIA, KERANA MEREKA PUNYA HATI TETAPI TIDAK MAHU MEMAHAMI, MEREKA PUNYA MATA TAPI TIDAK MAHU MELIHAT, MEREKA PUNYAI TELINGA TAPI TIDAK MAHU MENDENGAR, MEREKA ITU TIDAK UBAH SEPERTI HAIWAN TERNAKAN BAHKAN LEBIH SESAT, MEREKA ITU SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG LALAI.” - (AN-ANFAL:179)
*Jangan berselindung di sebalik ‘Tanpa Nama’, beradaplah bila memasuki perbincangan dan berani lah. Kerana, berani kerana benar satu sifat yang mulia.
A'kum Saudara lem8oyster,
Terimakasih atas usaha saudara untuk membalas komen yang telah diberikan oleh saudara Tanpa Nama. Sememangnya memang sukar untuk menerima idea-idea baru lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan idea tersebut ianya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan mereka. Ini kerana kebanyakan mereka ini "berfikir IKUT RASA" dan bukan ikut akal.
Apa yang dapat saya perhatikan, kebanyakan yang memberi komen-komen sebegini adalah mereka yang hanya membaca satu artikel dan terus memberi komen melulu. Sebagai contohnya kaitan QF dhn Islam, jika mereka membaca artikel-artikel saya yang lain-lain, insyaallah mereka akan faham dan dapat menerima apa yang saya maksudkan.
Terima kasih sekali lagi atau usaha anda, moga dirahmati Allah selalu. Wassalam
Salam kepada tuan tanah dan yang datang menziarah,
Cuma nak tambah sikit tentang 'Islamic banking', saya baru terjumpa analog kisah perbankan islam ni dgn kisah larangan menangkap ikan pada hari sabtu (sila rujuk Al-A'raf:163) dalam sebuah blog (yang menimbulkan suasana mentol tiba2 bercahaya di dalam benak fikiran saya). Mereka merasakan perbuatan mereka (tipu muslihat@tukar istilah@etc.) technically correct and syariah compliant, tapi akhirnya mereka tetap diadzab menjadi kera! Siapa yang kita nak tipu sebenarnya? Tipu Allah@diri sendiri? Bacalah, and may it do you some good as it did for me.
Alhamdulillah hidup saya sekeluarga bahagia setakat ini tanpa bank-loan. Walaupun kekadang rasa susah juga, tapi masih hidup (dan makin boroi). Jangan kata mustahil, sedangkan orang yang jahil tukil macam saya pun Allah sentiasa bantu kalau kita berusaha untuk hidup dalam keredhaanNya, inikan pula saudara@saudari yang insyaaLLah 100x ganda lebih baik dari saya. Jangan sekali2 melepaskan tali pergantungan anda kepada Allah, walau macamana keadaan anda sekalipun, dan dalam apa masalah sekalipun.
Kita rasa mustahil sebab kita sentiasa mengikut kehendak semasa, walhal sepatutnya semasa yang kena ikut kita (ISLAM). Kalau sudah berjuta bersetuju untuk diperhambakan, memang kadok naik junjung lah jawabnya (tetapi cuba bayangkan kalau sebaliknya pula!). Siapa yang menyebabkan kemewahan menjadi keperluan? Siapa yang menentukan trend semasa? Sanggupkah kita terlibat dengan riba' semata2 untuk pakai volkswagen@galaxy x1000@etc.? Kalau boleh beli cash no problem lah...
Lagi satu tentang beli rumah, rata2 (agak ramai) kenalan yang saya jumpa, beli rumah untuk menjana pendapatan, installment RMxxx, sewakan RMyyy! Boleh guna untuk ambik loan lain pulak. Income on deliberate riba'! Satu keperluan lagi kah itu? Atau kemewahan??? Tepuk dada tanya iman anda...
Macamana nak beli cash semuanya? Berniaga! Berniaga! Berniaga! Daripada kita sibuk berusaha menjayakan 'Islamic Banking' baik kita berusaha untuk menjayakan 'Islamic Business'! Tokey jual air tepi jalan pun kalau betul caranya boleh beli estima cash terus. Saya rasa semua orang pun tak boleh nafikan hal ini.
Minta maaf kalau pandangan saya tak kena dek akal anda tapi setakat itulah yang saya nampak, dan sudah cukup bagi saya. Tahniah kepada tuan tanah. Artikel yang relevan sepanjang zaman insyaaLLah walaupun dah 3 tahun lebih. Teruskan usaha anda.
qalambatu
mengalir air mata ni membaca artikel2 saudara dalam blog ini. saya menangis kerana merasakan Allah mentakdirkan saya sehingga saat ini dengan wang yang tidak banyak kerana untuk menjaga saya sehingga saya benar2 belajar tentang ilmu wang berdasarkan ilmu Allah. seandainya saya mempunyai wang banyak sebelum ini pastinya telah saya laburkan dalam asb/unit trust dan membeli rumah dengan pinjaman bank dan insurans sekaligus meletakkan diri saya pada amalan riba. kini pun saya cukup rasa berdosa kerana membeli kereta secara pinjaman. Alhamdulillah walaupun wang yang saya ada sekarang cukup-cukup untuk makan tapi saya meletakkan diri hanya tawakal kepada Allah.
Konsep jual beli loan rumah islamic yg sy fhm..cth rumah harga 200k..kita nk beli..jmpe bank..bank beli dahulu property itu..kemudian jualkn balik pada kita.. (sila teliti betul2..ada harga final bank jual pada kita..cth 400k)..kita bersetuju dan sign..dgn jual beli tersebut..dan bnk tukarkan kpd ansuran bulanan utk kita byr..selain itu ada ceiling rate yg menyebabkn keuntungn tidak akn lebih sejauh mn efek blr atau bfr..wallahualam..byk bezanya pnjmn islamic dan konvensional kala ini..sila betulkn jika silap..sy inginkn penerangan..sesiapa yg membaca komen sy jgn ambil sebagai betul..sy pn masih kabur..cuma itu fhm sy
Operating within the fiat money and fractional reserve banking system, the Islamic bank, just like its conventional counterpart, also does create money out of thin air, but lend out the money using Islamic principles though. Islamic banks are, therefore, also responsible for the numerous socio-economic problems8 causes by the fiat monetary system, instead of being solution providers. The fiat money is also a major cause for inflation9 and destabilization10 of the current global economy because it allowed the United States to accumulate huge trade deficits which otherwise would have been impossible under the gold standard<--------The Gold Dinar:
The Next Component in Islamic Economics, Banking and Finance*
by
Ahamed Kameel Mydin Meera** & Moussa Larbani
salam, Maaf ye ada sesiapa yang boleh bantu, saya ingin menjual rumah saya untuk selesaikan hutang riba..Masalah sekarang adik saya mahu beli rumah itu, tapi saya larang dia pinjam pada bank..Adakah hamba Allah yang boleh beli rumah tersebut untuk bantu saya selesaikan hutang riba..dan kemudian jual semula pada adik saya dengan bayaran bulan-bulan tanpa riba?..
Encik, cara bank Islam itu adalah BETUL. Saya tak pasti encik ada belajar Fiqh Muamalah atau Usul Fiqh. Adalah betul harga rumah itu sekian sekian jika bayar CASH. Tapi kalau secara ansuran, harga rumah boleh dinaikkan. Dalam kaedah Fiqh ada kaedah ini dinamakan pembelian bertangguh, jika tak silap saya. Saya tak nampak sandaran encik kepada kaedah Fiqh dalam artikel encik malahan hanya berpaksi kepada logik semata-mata.
Encik Tanpa Nama,
Betulla saya tak belajar bab Fiqh ni ya, patutla saya tak nampak bank Islam itu adalah betul….errrrr…. tapi… saya belajar yg hanya Allah sahaja yang boleh mencipta suatu dari yang tiada, tapi bagaimana pula bank-bank Islam ini boleh mencipta wang atas angin sahaja melalui catatan kira-kira dan kemudiannya menggunakan wang baru dicipta ini membeli rumah bg pelanggan mereka dan kemudian menjualnya pula dengan harga berganda-ganda, bukankah bank-bank ini juga mengambil alih tugas Allah sebagai maha pencipta? Harap Encik dapat tanyakan hal ini kepada ahli Fiqh tu ya. Terima kasih.
salam
Kalau BBA punya pasal memang baru diamalkan oleh bank Malaysia.
Macam-macam persoalan.
Sebelum ni tak pernah ada BBA.
Ada ahli akademik pandai-pandai kata tiada larangan dalam Quran dan hadis maka BBA dihalalkan. Mereka gunakan pendapat ahli fuqaha (Islamic jurist). Entah siapalah fuqaha yang mereka dok sebut-sebutkan tu? BBA yang baru diamalkan mulai tahun 1983 kita tak kenal siapa dia? Ada "hidden hands" ke yang nak porak-perandakan cara hidup Islam melalui system kewangan?
FIQH?
FIqh bank islam dicipta oleh penasihat bank islam. Tjuannya supaya bank boleh jual lagi mahal pada harga tangguh. Tolonglah semua baca hadis, ADA KE HADIS YANG TUNJUK RASUL JUAL HARGA LEBIH TINGGI BILA BAYARAN DITANGGUH?
Jualan BBA dihasilkan melalui jualan Bai Inah. Jualan Bai Inah bermaksud jual dan beli barang yang sama, tujuannya untuk dapatkan hutang.
Pelanggan beli rumah 100k daripada pemaju tapi takde duit 100k untuk bayar. Kena cari cara untuk bayar. Pergi ke bank. Pelanggan jual rumah harga 100k kepada bank, dan pelanggan beli balik 400k daripada bank. Ini Bai Inah.
Harga 400k dibayar secara ansuran 30 tahun. Ini Bai bithaman ajil. Sekarang hutang 400k tercipta. Pelanggan berhutang 400k dengan bank.
Bai inah tidak dipersetujui oleh Imam Shafie sebab semasa niat jual ada niat beli balik. Syarat beli balik memang ada dalam praktik BBA di Malaysia. Mudah-mudahan maklumat ini membantu.
pinjam 10 000. ambil mase 5 tahun untuk bayar balik. selepas lima tahun nilai 10 000 dah x sama macam sekarang disebabkan inflasi. so adalah tidak adil jika peminjam membayar 10 000. jika lagi 5 tahun nilainya jadi 10 200, maka itu jumlah yg harus dibayar, itu yg saya faham dari penjelasan dr nazri chik. bagi tuan pula bagaimana? adakah dikira riba juga..?
pinjam 10 000 bayar balik 10000. katelah tempoh pinjaman 5 tahun. selepas 5 tahun nilai 10000 sudah tidak sama seperti skg disebabkan inflasi. katelah lagi 5 thn nilai 10000 bersamaan 10500. so peminjam sepatotnye membayar 10 500. itu yang saya faham. adakah tuan beranggapan ia masih riba juga.?
Kita tidak boleh guna ringgit sebagai contoh sebab zaman dulu tidak ada ringgit.cth pinjam RM10 lima tahun kemudian bayar RM10 juga. tak boleh bayar lebih kerana riba,
tapi kalau pinjam 2 dinar = RM 1200. lima tahun kemudian tetap kena bayar 2 dinar walaupun nilai waktu tu 2dinar = RM3000. kerana wang dinar ada menyimpan nilai. kalau kita pinjam dalam ringgit RM1200 5 tahun kemudian kira bayar RM 1200 juga sedangkan waktu tu sepatutnya nilainya RM 3000 kita dah makan hak orang juga.
para ulama yang mengkaji muamalat ini telah mengkaji dari pelbagai aspek. jika dihukum haram akan menyusahkan orang ramai sebab itu diharuskan perbankan Islam.
semua yang dicipta oleh orang kafir bukanlah penentu haramnya sesuatu. kalau tidak, tentu kita tidak boleh guna kereta dan smartphone kerana mereka yang mencipta. cuma cara hidup orang kafir yang tidak boleh diikut. hidup hendaklah bersederhana dan berhutang itu tidak digalakkan.
Sekadar untuk berkongsi apa yang diketahui dan sama-sama kita fikir...ade sesetengah yayasan di malaysia ini yang memberi pinjaman (pelajaran) tanpa faedah...walaupun bayaran mengambil masa berbelas tahun...
-shf-
Saudara Tanpa Nama 6 Mei,
Mengapa pengkaji Muamalat tidak berjuang agar RM10 mengekalkan nilainya biar pun selepas 5 - 10 tahun? Bukankah itu yang perlu diperjuangkan terlebih dahulu kerana sebab itulah ianya menyusahkan manusia kebanyakan baik yang kaya dan lebih-lebih lagi yang miskin. Kerana yang kaya dan bernasib baik seperti saudara sudah tentunya naik gaji dan pendapatan saban tahun dan boleh membeli apa sahaja walaupun harganya naik, bagaimana dengan golongan yang miskin yang dalam 5 tahun gaji tak naik-naik?
RM 1200 lepas lima tahun jika bayar balik RM1200 akan menyusahkan orang ramai? Boleh tak saya spesifikkan lagi ianya menyusahkan orang ramai yang kaya?
Sistem perbankan adalah ciptaan orang kaya untuk memastikan mereka kekal kaya. Mereka menggaji pengkaji muamalat yang juga mahu kaya agar golongan yang kaya bersama dengan pengkaji muamalat itu kekal kaya dan semakin kaya. Hanya rakyat kebanyakan yang miskin sahaja yang dahulu boleh makan roti kaya sekarang ini jangankan kaya, nak beli roti kosong pun terpaksa berkira.
Adakah pasti mengkaji muamalat ini sudah mengkaji pelbagai aspek?
Saudara Tanpa Nama 9 Mei,
Terima kasih atas maklumat, harap juga kiranya dapat berkongsi yayasan mana yang dimaksudkan agar dapat membantu rakan-rakan dan sahabat yang memerlukan.
Bai Bithaman Ajil (BBA) antara cara perbankan paling mirip dengan riba.
BBA diperkenalkan pada tahun 1983.
Dah beberapa tahun saya selidik, saya mencari siapakah yang mencipta system BBA?
Kalau jumpa pencipta BBA tu, senang sikit nak bertanya soal-menyoal.
Saya tak jumpa siapa orangnya. ...Sebab tak ada seorang pun mengaku dialah pencipta BBA. Baca dalam buku, jurnal, bulletin bank, cari di perpustakaan, cari di internet... semua tak ada.
Macam mana BBA ni boleh digunakan sedangkan kita tak tahu siapa cipta BBA?
Setakat buku-buku yang ada, mereka hanya penulis, pensyarah, ahli ekonomi atau ahli akdemik TAPI mereka bukan pencipta BBA. Mereka ni lah yang bermati-matian menyokong BBA sedangkan modus operandi macam buat hutang riba.
Untuk pengetahuan rakan sekalian, "Cek" yang dah beratus tahun digunakan pertama kali digunakan oleh Saiful Dawlah. Kita tahu ada orang Islam menciptanya.
Syed Maududi memang suruh buat Islamic banking tapi beliau tak cipta BBA. Bahkan takde konsep jual beli pun yang dia ajar untuk bank.
BBA dicipta pada tahun 1983... itu dalam 30 tahun lepas TAPI kita tak tahu siapa yang menciptanya. Itu saya pelik tu
Saya ingin meminta tunjuk ajar sahabat2 sekalian. Ekonomi negara kita dikuasai oleh bangsa bkn bumiputra. Pilihan utk berhutang utk memiliki kereta dan rumah pun mmg terpaksa memilih loan bank. Jika tidak mmg sampai tua hidup menyewa atau tidak memiliki aset. Impak yg saya lihat ialah bangsa lain akan terus bertambah berkuasa dlm bidang ekonomi dan milikan aset. Itu blm lg bab berniaga yg besar... yg sememangnya memerlukan dana yg besar jg. Bahana jika keadaan ini beterusan ialah org bumiputra mgkn akan terpinggir dan ditindas. Namun jauh disudut hati saya utk menyokong apa2 yg berkaitan dgn riba. Apa cara atau pilihan yg sahabat2 ada utk elak riba dan dpt bersaing dgn bangsa lain?
As salam saudara Helmis,
Terima kasih atas perkongsian ini. Pendapat saudara, bagaimana untuk kita keluar dari riba (sebab masih ada hutang loan kereta contohnya).
Adakah perlu kita menjual kereta tersebut dan membeli kereta secara tunai atau langsaikan Hutang tersebut secepat mungkin dan tidak terlibat dgn riba lagi?
Juga, sy ingin mohon share artikel saudara untuk disebarkan pada masyarakat di luar sana.
Salam saudara Helmis,
Saya juga banyak mengkaji perkara ini seperti saudara Helmis lakukan. Kajian saya lakukan termasuklah kelemahan umat Islam sejak zaman pertengahan sehingga kini. Banyak kesilapan umat Islam yg ditemui termasuklah dari sudut mengambil pegangan hidup, perekonomian, politik, sosial, kewangan dan pentadbiran. Ini termasuklah kaedah menurunkan ilmu dan pemahaman maksud ilmu itu sendiri. Cuma kali ini saya menyentuh bab ekonomi dan kewangan. Contoh paling asas ialah berapa ramai ibu bapa Islam yang mendidik anaknya mengenai kewangan dalam usia yg sgt muda. Rata - rata tiada dan menganggap wang sebagai daki dunia. Apabila generasi muda sudah memasuki alam dewasa maka masuklah dalam dunia riba seperti saudara. Kemudian baru tersedar. Cuba kaji pemikiran Yahudi. Yahudi mengharamkan riba kepada sesama Yahudi tetapi menghalalkan kepada umat lain. Dari kecil orang Yahudi telah diajar bagaimana menguruskan wang dan membuat pelaburan dan bagaimana untuk memanipulasikannya. So saya mengajak saudara supaya dapat kempen bersama - sama untuk mengajak umat Islam supaya mendidik generasi muda Islam tentang bab pengurusan kewangan dari kecil lagi. Contoh paling ketara mengapa umat Islam tidak pernah menang anugerah nobel dalam ekonomi. Ini kerana umat Islam dididik supaya fobia dengan sistem dunia semasa kecil tetapi terpaksa pula memasuki sistem itu apabila dewasa. Maka muncul orang seperti saudara yang baru tersedar tetapi sebenarnya sudah terlewat. Jika saudara pun saya anggap sudah terlewat bagaimana orang lain. Kasihanilah umat ini. Kajian saya mendapati umat Islam tidak akan maju untuk selama - lamanya kerana perkara ini telah berakar umbi dan telah menjadi doktrin. Jika umat Islam ingin maju ke depan dari sudut ekonomi hanya ada satu cara iaitu bergelumang dengan sistem konvensional sehingga menjadi sangat pakar seperti yahudi tetapi dengan bilangan umat Islam yg ramai termasuklah muncul pakar - pakar ekonomi konvensional Islam yg ramai dapat mengalahkan bilangan orang yahudi dalam sistem ini. Umat Islam perlu mahir dalam pelaburan, ekonomi dan kewangan. kebanyakan tokoh - tokoh Islam dalam kewangan bukannya mereka yang mahir dalam kewangan dan tidak juga kaya dan mempunyai wang tetapi hanya berteori menggunakan fiqh dan muammalat. Cuba lihat seperti Rothschild, carnegie, adam smith dan ramai pendiri sistem yg kita anuti sekarang. Mereka sangat kaya dan boleh memanipulasi sistem kerana mereka telah melahirkan anak - anak kapitalis yg terlalu ramai. Tidak mungkin umat Islam dapat mengalahkan mereka kecuali seperti yg saya katakan di atas. Kesimpulannya hantarlah anak - anak tuan - tuan belajar , Investment, MBA, ACCA, atau pergi berguru ke London School of Economics atau ke US dengan banyaknya. Mula - mula kita boleh tunduk kepada mereka dengan berguru kepada mereka tetapi apabila kita sudah menjadi terlalu ramai dalam sistem ekonomi mereka kita akan menguasai mereka dan memperbudakkan mereka pula. Cuba tuan - tuan bayangkan jika kita mempunyai seribu orang seperti Zeti gabenor bank negara atau sepuluh ribu orang seperti Tan Sri Azman Hashim. Umat Islam akan dipandang tinggi. So kita hidup dalam dunia dan tuan - tuan bercerita tentang dunia maka belajarlah ilmu dunia. Jangan tertipu dengan dogma agama yg dipropaganda oleh mereka yg tidak terbukti kejayaannya. Bercerita tentang ekonomi Islam dari sudut fiqh dan muamalat tetapi tidak mempunyai kekayaan dan hanya memikirkan balasan selepas mati yg dikatakan kekal abadi. Orang seperti ini hanya dikelilingi buku dan kajian seperti layaknya orang gila. Merekalah yg sebenarnya menarik kita ke belakang dan memundurkan umat Islam. Wallahua' alam.
skg kete iswara second or kncil 3k je boley dpt apelagi cash ler..rumah xder duit sewa le rm350 nk kaya tera mana sgt..msuk kubur kene hisab oi..xpaya ler loan sana sini riba huhu
Assalamualaikum
Saya sangat2 setuju dgn pendapat saudara Helmis.
Cuma saya ingin menambah, walau apa jua cara pinjaman islamik atau konvensional, bank berdiri dibatas sistem kufar.
Bank sebenarnya tidak memberi sebarang pinjaman pun pada dasarnya. Ia cuma angka yg dipindahkan milik.
Contoh: bank memberi pinjaman menggunakan wang pendeposit. Wang pendeposit secara langsung memberi hak kepada bank utk diniagakan. Jika membuat pinjaman 100k (beli kerwta/rumah), wang tersebut akan didepositkan ke akaun penjual secara digital. Padahal bank masih memegang duit fizikal. Bank tidak kurang sedikit pun duit. Bank secara automatik untung 100k + %.
Akhirnya si peminjam perlu mmbayar sebanyak yg dipinjamkan termasuk interest. 100k + %. Pada masa yg sama 100k telah dicipta secara digital yg menyebabkan wang semakin banyak dan nilainya akan turun. Inilah inflasi sebenar yg akan mmbuatkan harga barang semakin naik x turun2.
Catat Ulasan