Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 8 Mei 2008

Meditasi & Khusyuk Dalam Sembahyang

Saya byk belajar pasal meditasi & mengamalkannya, alhamdulillah byk membantu mencapai ketenangan minda. Apa yg berlaku semasa proses meditasi ialah fungsi otak akan berhenti, otak seolah2 direhatkan dr berfikir perkara2 dunia, ini menyeragamkan fungsi otak dan membantu otak untuk bertugas dgn lebih efektif semasa menjalani hidup seharian.. 

Science membuktikan meditasi membantu membina bahagian depan otak (frontal cortex) yg boleh dianggap sebagai CEO untuk otak kita, mengawal tingkah laku, creativiti, moral reasoning, future planning dan byk lagi yg sepatutnya ada pada manusia, tidak seperti haiwan yg hanya menggunakan bahagian belakang otak yg digelar "primitif brain", either "fight" or "flight" tanpa perlu memikirkan terlebih dahulu akibatnya...  

Stress adalah penyebab utama front cortex kita menjadi lemah dan jika tidak diubati akan lebih kronik dan mengundang masaalah dalam hidup kita sendiri... Didlm quran surah 96 ayat 15-16 juga memberitahu yg bahagian depan otak juga bertanggung jawab untuk membuat helah.. Baik CEOnya maka baiklah seluruh syarikat iaitu tubuh badan kita sendiri..

Saya gabungkaitkan meditasi dgn sembahyang, bila kita khusyuk didlm sembahyang, seolah2 berada didlm keadaan meditasi juga tetapi fikiran ditumpukan kepada Allah, bukan sekadar mengosongkan fikiran, ini juga membantu mengembalikan fungsi otak untuk membentuk insan yg lebih soleh & solehah.. sebab itu sembahyang yg sempurna sepatutnya menghalang seseorang dr berbuat dosa, kalau kita relatekan dgn meditasi yg memulihkan frontal cortex, efek sembahyang pada manusia sepatutnya begitu juga. Ditambah lagi dgn sujud yg menyebabkan darah turun kebahagian depan otak lantas membantu proses "baik pulih" otak ketika proses sembahyang itu sendiri.

Disini saya mengajak saudara/i agar menggabungkan sembahyang dgn meditasi, terutamanya pada waktu suboh yg mana jika dr awal pagi sebelum kita memulakan hidup kita dgn membaik pulih otak, maka bukankah kita akan lebih bersedia dr segi minda untuk membuat keputusan2 yg lebih bijak, mengawal emosi dan lain2 lagi agar menjadi manusia yg lebih cemerlang setiap hari... 

Caranya.. cuba khusuk semasa sembahyang dgn memahamkan maksud bacaan sembahyang itu sendiri, cuba dgn memahami alfatihah itu sendiri, amat mudah, lagu diradio lepas didgr beberapa kali boleh ingat inikan pulak alfatihah yg 6 baris je... cuba sedikit demi sedikit dan kemudian diikuti dgn bacaan2 lain dlm sembahyang..

Selepas sembahyang dan berdoa, duduk/bersila dgn yg posisi selesa dan cuba kosongkan fikiran, fokus pada pernafasan.. bila kita berjaya menyenyapkan otak kita maka kita akan berada didlm meditating state.. 5 minit sudah cukup untuk permulaan.. cuba untuk beberapa hari dan insyaallah anda akan menyedari perbezaannya..

Sekadar untuk berkongsi...Semoga berjaya...

4 Komen:

khazwadi berkata...

Taniah anda dapt ujudkan Blog yang membuka minda.Ini ada Peseolannya. Mana yang lebih baik untuk amalkan Meditasi degan mengamalkan amalan TARIKAT.Amalan ini adalah Amalan Ahli sufi. Terima Kasih.

Helmis berkata...

Saya tiada pengetahuan tentang tarikat, maaf saya tidak boleh memberikan jawapannya.

khazwadi berkata...

Terima kasih.
Apa yg saya faham dan tahu Amalan Tarikat ini lah dijadikan Medetasi oleh orang2 barat pada masa dulu.Sy suka kiranya Tuan Haji suka bertukar pandagan dng sy boleh lah emilkan. Sy sangat suka dan telah byak maklumat sy dapt dari blok Tuan Haji untuk menyakinkan Amalan Tarikat Saya. Terima kasih.......

Hamidah Mohamed berkata...

Izinkan saya memberi sedikit pendapat tentang Tareqat. Tareqat yang makna didalam bahasa melayunya ialah "jalan" atau huraiannya, merupakan salah satu dari beberapa cabang2 yang ada untuk menuju kejalan Allah. Didalam ikutan tareqat ini, biasanya mereka mempunyai adab2 pelatihan yang mesti diikut yang telah ditetapkan oleh pengasasnya untuk sampai kematlamat yang dituju iaitu menimba, memahami, melakukan dan merasakan (experience) tauhid yang dicari, eventually ketuhanan. Tetapi harus hati2, jangan ada perasaan yang mengatakan bahawa sesuatu tareqat itu lebih baik dari tareqat yang lain .... seperti doktor yang mengatakan ubat beliau adalah lebih tepat dan baik dari doktor yang lain .... Pengikut tareqat juga mestilah tidak terlalu "taksub" dengan guru2 atau Mulla2 mereka. Ini selalu berlaku. Juga mesti boleh membezakan yang tareqat yang mereka ikuti itu adalah tidak menyimpang dari hak2 ilmu, makhluk dan Allah. Harus selalu berdoa kepada Allah agar hanya Ilmu yang hak sahaja yang akan diberi rahmat kefahaman dan keimanan untuk diri kita .... insyaAllah, apa pun jalan yang kita ikut akan sampai kepadaNya, sesuai kehendak dan doa kita. Allah ada berfirman melalui RasulNya, selangkah hambaku datang kepadaKu, lebih hampir dan beribu langkah lagi Aku datang kepadanya ... begitulah maksud firman tersebut sesuai kesempitan bahasa menghuraikan untuk memengertikan ....

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas