Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Selasa, 26 Januari 2010

Perokok Dan Frontal Lobenya - Mengapa Gambar Ngeri Masih Tidak Menakutkan Mereka?

Pada awalnya hanya amaran pada kotak yang merokok itu membahayakan kesihatan, yang terbaru, gambar-gambar ngeri penyakit yang menyerang perokok juga diletakkan pada kotak2 rokok. Akan tetapi mengapa perokok2 tegar masih terus merokok dan seolah2 membutakan matanya, tidak kisah akan penyakit2 yang bakal dihadapi disebabkan oleh perbuatan mereka itu walaupun gambar ngeri ini terpampang didepan mata?


Apakah sebenarnya berlaku didalam diri seseorang itu yang menyebabkan mereka dengan selambanya tidak mengendahkan segala amaran2 ngeri ini? Jawapannya adalah kerana sesuatu telah berlaku didalam otak mereka dan ini memberi kesan negatif terhadap pemikiran, memang salah satu kesan akibat merokok adalah juga adalah "stroke" atau angin ahmar tetapi itu kesan fizikal jangka panjang, kerosakan secara senyap pada bahagian otak inilah yang menyebabkan mereka juga tidak mampu melihat dan nampak kesan keburukan merokok itu sendiri.


Pada artikel saya yang lepas, telah saya memperkatakan mengenai kerosakan pada frontal lobe mereka yang merokok, disini saya ingin menceritakan dengan lebih terperinci kesan terhadap corak pemikiran akibat dari kerosakan itu. Gambar disebelah ini adalah imbasan SPECT otak manusia dan imej adalah struktur otak dilihat dari bawah, bahagian atas adalah bahagian depan otak. Jika kita lihat pada gambar imbasan otak perokok, kesan dari nikotin itu menyebabkan banyak bahagian otak mereka menjadi "berlubang", bukan lubang fizikal tetapi bahagian otak yang tidak aktif, ini membuatkan perokok tidak menggunakan kapasiti dan keupayaan maksimum otak mereka untuk membuat keputusan2 yg lebih bijak.

Cuba bandingkan otak mereka yang sihat tanpa rokok, dadah atau arak (gambar kiri) dengan gambar otak perokok (gambar kanan), bukankan jauh bezanya? Setuju tak anda jika saya katakan mereka yang sihat ini menggunakan seluruh kemampuan dan keupayaan otak mereka?

Imbasan menggunakan teknologi SPECT ini dipopularkan oleh Dr Daniel Amen dari Amerika dan pelbagai kesan2 buruk akibat pengambilan bahan 2 "sampah" seperti dadah dan alkohol boleh dilihat dilaman web beliau disini.

Bahagian otak yang menerima kesan teruk akibat dari nikotin ini adalah frontal lobe. Bahagian ini juga yang membezakan manusia dengan haiwan, jadi bukankah kita sepatutnya menjaga bahagian otak ini agar kita kekal sebagai manusia yang bersikap manusia dan bukan sebaliknya? Cerita terperinci mengenai frontal lobe boleh dibaca disini, secara amnya bahagian inilah yang membolehkan manusia itu "melihat jauh" kesan masa depan akibat tindakan masa kini. Jika bahagian ini sudah rosak, maka letak gambar ngeri macamana sekalipun ianya tidak akan memberi apa2 kesan kepada perokok. Mereka tidak boleh kaitkan antara rokok dengan penyakit.

Frontal lobe ibarat "CEO" pada syarikat, menerima semua maklumat dari pelbagai "jabatan kehidupan", menganalisa dan membuat keputusan selari dengan kehendak jangka pendek mahupun jangka panjang. Jika "CEO" sudah lemah, maka keputusan2 bijak tidak dapat di ambil maka kesan pada kehidupan "syarikat" manusia itu sendiri akan menjadi penuh dengan kesusahan dan kepayahan.

Lihat pada remaja yg kebanyakannya membuat keputusan melulu didalam hidup pentingkan keseronokan dan hiburan hingga mengabaikan pelajaran, terjebak dengan maksiat dan sebagainya, kerana apa? Kerana frontal lobe mereka belum lagi terbentuk dengan sepenuhnya, jadi pada peringkat remaja inilah ibu dan bapa sepatutnya memberikan perhatian lebih kepada mereka. Frontal lobe akan terbentuk sepenuhnya antara umur 20-25 tahun, apa yang kita panggil kematangan, pada pendapat saya hanya anak2 yang sentiasa memikirkan kepayahan hidup akan cepat matang berbanding dengan anak2 yang hidup senang dengan banyak menghabiskan masa dengan hiburan TV, internet dan video games.

Berbalik kepada cerita perokok tadi, akibat dari kesan merokok itu, mereka kembali menjadi seperti remaja yang tidak boleh melihat kesan tindakan mereka pada masa depan, mereka tidak mampu untuk mengaitkannya, jadi siisteri, makayah atau rakan2 akan berbuih2 lah mulut cuba memberi nasihat agar berhenti merokok tetapi ini ibarat mencurahkan air diatas daun keladi sahaja. Mungkin selepas membaca artikel ini dan tahu apa terjadi pada otak mereka sekalipun mereka tetap dengan selambanya terus merokok.

Apa sahaja bahan asing yang menyebabkan situasi minda berubah, dari kopi, ubat batuk, gam, arak hinggalah kepada segala jenis dadah, ianya akan merosakkan sel2 otak terutamanya frontal lobe, bahagian yang membolehkan manusia fokus kepada sesuatu. Sebab itu sesetengah manusia minum arak dan mengambil dadah kerana mereka sebenarnya mahu melupakan masalah mereka, cuba mengalihkan perhatian atau fokus mereka dari realiti sebenar. Contoh yang sama pada perokok, perhatikan sikap mereka apabila dilanda masaalah, bukankah makin banyak jumlah rokok yang dihisap?

Memang ada perokok terdiri dari golongan profesional dan berjaya didalam kehidupan, akan tetapi perlu juga ditanya adakah mereka ini berjaya untuk kehidupan diakhirat, frontal lobe yang lemah akan membuatkan anda bertambah2 professional mengejar dunia akan tetapi tidak mampu melihat kesan tindakan anda itu apatah lagi bersiap sedia untuk kehidupan diakhirat.

Setiap batang rokok yang nyalakan, itu juga sama juga dengan mendermakan sebutir peluru buat Yahudi laknatullah untuk menembak saudara mara kita di Palestin, fikir2kan lah, atau itu tidak lagi terjangkau oleh pemikiran kerana frontal lobe sudah lama tidur nyenyak didodoikan oleh nikotin.

Masih belum terlambat untuk berhenti dan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada perokok yang mampu berhenti tanpa perlu berubat atau melakukan apa2 terapi, yang penting kekuatan minda dan tahu siapa yang lebih berkuasa, jasad anda atau minda anda. Nikotin itu makanan jasad dan badan anda yang ketagihkan ianya setiap masa, solat dan ilmu adalah makanan roh dan pemberi kekuatan kepada minda. Latihlah kekuatan minda dengan solat yang ikhlas dan khusuk, insyaallah akan lebih mudah kita membuat keputusan2 yg bijak didalam kehidupan.

5 Komen:

Helmis berkata...

Alhamdulillah, barangkali bila rokok dikaitkan dengan babi mungkin baru kesedaran akan menjelma dikalangan perokok.

http://www.dailymail.co.uk/health/article-1262322/Warning-religious-groups-traces-pigs-blood-cigarette-filters.html

Awanama berkata...

bgs artikel ni...tp nak tanya bagaimana pula status org yg menanam rokok,membawa,menghantar,menjual dan sebagainya yg berkaitan dgn rokok?bukankah golongn ini yg sepatutnya di perangi bg menjamin sifar rokok? jika tiada penanaman rokok,penghasilan,penghantaran,penjualan...maka bagaimana pula wujudnya perokok? wallahualam

aeshcame berkata...

Good article. Thanks for the share.

Awanama berkata...

hei helmis anjing.....apa hubunganx babi sama rokok....apakah babi mengandung zat nikotin...? tdk kan....? ciptaan tuhan ko di haramkan....

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Saya bersyukur kepada Allah SW kerana saudara telah memberi komen sebegini. Ini adalah contoh terbaik bagaimana rokok boleh mengubah sikap dan kelakuan manusia. Moga pembaca lain dapat mengambil iktibar dari cara komen itu diberikan, kesan dari perbuatan merokok yang merosakkan frontal lantas mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku. Terima kasih.

Catat Komen

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas