Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Isnin, 16 Mac 2009

Pedulikan Syaitan.

Anda diajak oleh seorang rakan untuk mencuri, malangnya anda kemudian ditangkap dan dibicarakan, didepan tuan hakim anda merayu, "Tuan, minta diringankan hukuman kepada saya kerana saya diajak oleh rakan untuk mencuri, bukan saya yang mulakan". Agaknya akan dilayan ke rayuan anda tersebut? Anda akan terima hukuman yg sama dgn rakan anda yg mengajak tersebut, jadi alasan anda dipengaruhi rakan tidak boleh dipakai sama sekali. Jadi jika kita kaitkan dgn kehidupan kita yg selalu di hasut oleh syaitan untuk melakukan kemungkaran, bolehkah kita meminta Allah diringankan hukuman dengan menggunakan alasan yang sama?

Manusia adalah sehebat2 makhluk ciptaan Allah hinggakan para malaikat termasuklah syaitan diperintahkan agar tunduk dan sujud kepada manusia (Nabi Adam AS), adanya akal kurniaan Allah kepada manusia itu yg membezakan antara yang lain. Tetapi akal ini hanya dipakai jika frontal lobe manusia itu kuat.


Kita telah lama diasuh yang kita lemah dan perlu berhati2 terhadap hasutan syaitan, "We are what we think about", jika kita anggap diri kita lemah, dari minda akan turun ke jasad, kita kan tetap membuat kemungkaran atas alasan lemah dengan godaan syaitan. Jika kita boleh mengubah cara kita berfikir dan mengishtiharkan yg kita lebih hebat dari syaitan, kita akan lebih gunakan akal daripada nafsu dan rasa.

Pedulikan syaitan, padamkan dari fikiran anda yg dia boleh mempengaruhi diri kita, benar syaitan itu wujud tetapi kita lebih hebat darinya. Jika kita menganggap kita lemah, jasad kita akan mengikut apa yg kita fikirkan. Umpama didlm satu pertandingan sukan, jika sebelum bertanding lagi sudah menganggap diri lemah dari pasukan lawan, peluang untuk menang amatlah tipis sekali. Apa bezanya "perhitungan" kita dgn syaitan?

Jika dikaji betul2, saya berani membuat jaminan bahawa 99% dari tindakan negatif yg kita lakukan adalah dari kelemahan diri kita sendiri yang tunduk kepada nafsu dan rasa. Jika benar kita dihasuti syaitan, mengapa ramai yg boros bila tiba ramadhan? Mengapa ada yg memaki hamun ketika berpuasa? Mengapa ada yg tidak berpuasa dan tanpa segan silu makan dikhalayak ramai sedangkan syaitan tiada dimasa itu?

Bagaimana untuk menguatkan diri dari tunduk kepada nafsu dan rasa? Frontal lobe jawapannya, frontal lobe yg hebat boleh berfikir menggunakan akal dan iman daripada mengikut nafsu dan rasa.

Frontal lobe yang kuat akan merujuk kepada iman dan membuat keputusan untuk tidak mengikut apa yg dipakai oleh artis2 dikaca TV kerana boleh kaitkan dgn apa yg dipelajari sebagai seorang muslim tentang menjaga aurat.



Frontal lobe yang kuat akan memikirkan bahaya merokok dan kesan kepada kesihatan terutamanya kepada otak dan boleh menahan ketagihan terhadap nikotin itu.

Solatlah dgn khusuk dan ikhlas, solat yg khusyuk merawat dan menguatkan frontal lobe lantas membolehkan kita lebih menggunakan akal dari menggunakan rasa. Kehidupan yang penuh dgn stress menyempitkan saluran darah ke frontal lobe lantas melemaskannya kerana kekurangan oksigen, sujud merawatnya. TV, filem dan video games yg mengkhayalkan menambah kebarangkalian untuk mendapat ADD (Attention deficit disorder), penyakit frontal lobe, khusuk dan fokus didalam solat merawatnya. Otak yg tidak belajar benda2 baru menyebabkan frontal lobe tidak digunakan lagi dan terlena, Iqra menyedarkannya (sebab itu Islam mementingkan ilmu, baca, Iqrabismirab... ayat pertama yg diturunkan).


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 13 Mac 2009

Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis

Bekerja diluar negara dengan rakan2 yg datangnya dari pelbagai negara dan bangsa yg punyai fahaman yang berbeza tentang agama dan kehidupan menjadikan perbincangan mengenainya suatu yg amat menarik. Semasa di Seychelles tempohari, kami berlima duduk berbual2 di lobby hotel dan seorang rakan bertanyakan mengenai konsep tuhan, dia dgn jujur tidak percaya yg tuhan itu ada. Lantas seorang rakan yg lain lagi (berbangsa arab) membuka satu cerita.

Alkisahnya suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan diantara mereka, kedua2nya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan, penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".

Tidak lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".
"Oh tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan2 yg lalu atau sesiapa yg ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang" katanya lagi. "Sedang saya menunggu, tiba2 kayu2 yang hanyut disungai itu berkumpul menjadi laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang2 pokok yang besar, dengan selesanya kemudian saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya disini".
"Bohong" tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu2 itu berkumpul dengan sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang membuatnya".

"Terimakasih" balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.

"Mengapa kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.

"Kamu sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak Sheikh.

"Jika kayu2 yg sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi, bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang, bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?

Tidak diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan rakan yg tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak. Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang penuh dgn penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan tetapi jika di beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali akal mereka memikirkannya.

Amat sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka, segelintir masayarakat kita terpaut dgn agama mereka ini hanya kerana umpan cinta, wang ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga terbuka hati mereka kembali kepangkal jalan suatu hari nanti. Amin.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 12 Mac 2009

Teknik Yoga dan Solat - Rukuk

Semakin saya mengkaji dan mencari mengapa, kenapa dan bagaimana, alhamdulillah semakin hari sedikit demi sedikit "the puzzle come in place" dgn sendirinya. Ketika mencari idea2 baru untuk dikongsi dgn rakan2, saya ternampak gambar ini di website ini, teknik yg dipanggil KY excercise. Website ini mengesyorkan teknik2 tertentu untuk merawat minda dan mencapai ketenangan menerusi meditasi, saya amat tertarik dgn satu artikel yg menunjukkan teknik untuk meredakan kemarahan dan membawa ketenangan.
Perhatikan posisi yg diambil, bukankah ianya hampir menyerupai keadaan muslim yg rukuk? Jika teknik begini di gunakan oleh tradisi hindu/sikh yg berusia 3000 tahun dahulu, ianya selari dgn posisi yg ditunjukkan oleh Nabi bagaimana kita melakukan solat.

Jika 17 kali sehari seorang muslim melakukannya, bukankah mencapai ketenangan dari tekanan kerja, keluarga, dunia dan persekitaran akan reda, dan bila hormon stress (cortisol) didlm badan anda turun, bukankah anda boleh berfikir dgn lebih sempurna, bila anda boleh berfikir dgn sempurna ikut akal dan bukan ikut nafsu, bukankah hidup anda lebih bermakna, lebih ceria dan lebih prihatin terhadap manusia lain dan juga alam persekitaran?

Think about it?


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 9 Mac 2009

Mengapa Bila Marah, Duduk?

Nabi berpesan supaya duduk apabila kemarahan melanda,apakah hikmah disebalik pesanan tersebut? Bagaimana "duduk" tersebut boleh memberi manafaat untuk kepada manusia?

Ketika marah, fisiology manusia melalui apa yg dipanggil "Hipothalamus Putiatary Adrenal Axis" (HPA) akan merembes hormon2 tertentu untuk menyediakan badan manusia tersebut menghadapi kemungkinan yg melanda. HPA sebelum itu mendapat signal dari bahagian otak yg dipanggil Amygdala, yang juga mendapat maklumat dari bahagian otak yg lain yg mentafsir persekitaran. Amygdala ini terkenal untuk fungsi "fight or flight" "lawan atau lari" manusia. Amygdala mendapat signal dari bahagian otak yg lain, yg menterjemahkan situasi luar melalui apa yg dikesan oleh deria2 terutama mata dan telinga samada ianya mengancam manusia atau tidak, masaalahnya kepercayaan diri kita sendiri yg metafsirkan apa yg
 dilihat atau dengar. Contohnya jika kita percaya Al Qaida memang betul2 wujud, kita akan sentiasa didlm ketakutan, jika kita tahu dari sumber2 lain yg Al Qaida dicipta oleh barat untuk meneruskan agenda mereka menguasai ekonomi dunia, kita tidak akan takut malah akan berani bangun menentang kemungkaran ini. 

Kesan paling utama dari hormon2 yg dirembeskan oleh HPA tersebut adalah darah ke bahagian depan otak (frontal lobe) akan dikurangkan, lebih darah akan mengalir ke otak belakang untuk tindakan reflek yg lebih pantas. Darah juga akan pergi ke otot2 yg besar iaitu kaki dan tangan. Begitu juga dgn jantung yang akan mengepam darah dgn lebih kuat lagi disebabkan hormon tadi. Ini salah satu fungsi badan ciptaan Allah untuk memudahkan manusia menyelamatkan diri ketika kecemasan, bila anda nampak atau terdengar harimau mengaum ketika didlm hutan anda akan serta merta lari tanpa berfikir, satu lagi contoh adalah bila anda memandu dan tiba2 ada budak melintas jalan, tanpa sedar tangan anda akan menggenggam stering dgn lebih kuat dan kaki anda serta merta menekan brek. 

Semua fungsi ciptaan Allah didlm badan manusia ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan juga hamba2Nya yg lain. Masaalah sekarang manusia semakin hari semakin tertekan dgn suasana dunia dan menyebabkan hormon stress sentiasa mengalir didlm badan tetapi belum sampai ketakat membawa marah secara terang-terangan (belum mencapai takat didih). Akan tetapi bila ada sahaja sedikit "cucukan" dari luar, manusia tersebut akan serta merta menonjolkan sifat2 marah tersebut walaupun punca yg amat sedikit, lihat berapa ramai yg mati hanya kerana salah faham dijln raya. 

Apabila darah lebih byk mengalir ke otot belakang, adakah tindakan yg diambil untuk menangani marah itu dari otak yg berfikir? Tindakan dari otak reflek tidak mengambil kira logik, kesan2 kepada diri sendiri dan juga pada manusia yg lain. Semua perkiraan/pertimbangan untuk menyelesaikan masaalah yg menyebabkan marah tadi secara bijak tidak diambilkira jadi adakah tindakan yg diambil itu tindakan yg betul? Sudah semestinya tidak, sebab itu byk tindakan melulu yg diambil ketika marah ini selalunya akan disesali dikemudian hari.

Tindakan yg diambil berdasarkan dari otak belakang ini pula selalunya dari memori simpanan pemerhatian yg lepas2, baik dari pemerhatian semasa kecil mengikut tindakan ayah dan ibu ataupun dari pemerhatian2 melalui TV & juga filem. Jika hari2 melihat Kasim selamat mencucuk mata, hari2 melihat hero hindustan mengamuk tumbuk penjahat sampai pecah dinding, jika hari2 melihat Tom & Jerry berpukul2an sesama sendiri, itu yg akan diambil oleh manusia untuk tindakan reflek tersebut. Terfikirkah anda mengapa budak2 dizaman sekarang ini kecik2 lagi sudah menjadi kaki pukul? Mengapa hairan bila anak2 mulut celupar bila kita sendiri yang menggalakkannya belajar dari Sinchan?

Apabila kita duduk, darah yg tadinya mengalir ke kaki akan berkurangan kerana otot kaki sudah relaks, tetapi jantung tetap mengepam kencang darah kesemua badan, ini membuat darah akan seolah2 dipaksa kembali keotak depan (frontal cortex), jadi apabila otak depan kembali "bernafas" bukankah ianya akan digunakan untuk membuat keputusan dgn mengambil kira semua kebarangkalian kemungkinan dan kesan terhadap tindakan yang akan diambil?

Bila kita menghadapi sesuatu yg menyebabkan kita marah ataupun ditimpa musibah, Nabi menyuruh kita bersabar. Apabila kita bersabar, berhenti seketika dan bertenang, ini membolehkan signal dari Amygdala tadi pergi kefrontal lobe. Signal ke frontal lobe ini lambat berbanding dgn signal ke otak belakang jadi dgn bersabar, ini memberi peluang frontal lobe untuk menerima isyarat tersebut dan berfungsi sebelum bertindak.

Jadi mulai sekarang ini, jika anda marah duduk, jika anda sedang duduk, bawak bersabar, beri peluang otak berfikir (frontal lobe) anda buat keputusan dan bukan otak primitif/haiwan. Semua arahan dan peraturan yg tertulis didlm Al Quran dan nasihat2 Nabi adalah untuk kebaikan manusia bukan setakat untuk individu malah untuk kesan kepada semua umat manusia. Kita semua berkait dibawah satu lapangan/jaringan tenaga yg kita tidak nampak atau sedari. Insyaallah saya akan kupas sedikit demi sedikit rahsia kehidupan ini agar kita semua menjadi umat yg lebih cemerlang.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 8 Mac 2009

Mengapa Frontal Lobe?

Frontal lobe atau otak depan, mengapa saya betul2 menekankan bahagian otak ini? Malah saya menganggap ianya adalah "pemandu" kita ke syurga. Frontal lobe seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO bukankah keputusan dan tindakan2 yg diambil tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai frontal lobe yg kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.


Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Semua bahagian lain pada manusia terdapat pada haiwan tetapi tiada yg amat ketara selain dari frontal lobe. Dari jumlah keseluruhan otak manusia, 30-40% adalah frontal lobe, tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?

Saya menekankan yg solat merawat frontal lobe, mungkin ada yg berkata, aku tak sembahyang pun aku ok je, takde macam haiwan pun, aha.. jangan terpedaya, periksa diri ketika anda marah, ketika anda ditimpa musibah, ketika bersedih, ketika mendapat peluang2 untuk membolot kekayaan, ketika anda bernafsu. Ingatkan kembali adakah tindakan2 yg anda ambil pada ketika itu mengikut akal atau mengikut rasa/nafsu atau memori? Sebab itu ada beza bg yg solat dan tidak, dan amat berbeza lagi mereka yg khusyuk dan tidak.

Melalui kajian, ahli saintis mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita kepada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, frontal lobe lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara.

Menurut Dr Joe Dispenza didlm bukunya Evolve Your Brain, beliau memilih "intent" atau niat sebagai fungsi utama frontal lobe. Mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yg kita lakukan, bukahkah didlm Islam semua tindakan kita bergantung kepada niat. Berdasarkan niat2 tertentu ini kita akan mengambil tindakan2 yg tertentu, mengawal tingkah laku, merancang masa depan untuk mendapatkanya dan juga keinginan yg kuat dan berkekalan. Jika niat bersedekah mahukan keredhaan Allah kita akan membuatnya secara sulit, jika niat untuk membanggakan diri, manusia akan memanggil akhbar dan sebagainya. Semua tindakan kita secara keseluruhan pula bergantung pada apa niat kita hidup didunia ini, jika kita faham apa yg dibaca dalam doa iftitah "Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin" maka kita akan mengambil jalan yg benar dan adil buat diri kita dan juga manusia yg lain, jika hidup ini untuk mengumpul harta, untuk kuasa, untuk nafsu maka tindakan begitu juga akan dipilih oleh frontal lobe.

Frontal lobe tempat untuk pemikiran yg kritikal dan juga mencipta idea2 baru, sama seperti tugas CEO syarikat, frontal lobe akan mengambil semua maklumat2 yg tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yg lain dan juga mengarahkan bahagian2 tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui "database" yg tersimpan dibahagian otak yg lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita2, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu. Frontal lobe akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan2 yg dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yg mendalam ini barulah frontal lobe akan mengarah bahagian otak yg lain menjalankan apa yg diingini.

Frontal lobe juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yg lebih bijak dimasa hadapan. Frontal lobe membolehkan manusia mempunyai cita2 yg hebat, mencuba sesuatu yg baru dan mendapatkan hidup yg lebih hebat dan tanpa batasan. Siapa diri kita, apa yg kita mahu sekarang dan masa depan dan kehidupan bagaimana yg kita hajati semuanya bergantung bagaimana kita menggunakan frontal lobe kita. Frontal lobe juga sebagai "alat" kita mencipta realiti kehidupan ini.

Frontal lobe membolehkan kita kekal fokus pada cita2 tertentu, berapa ramai manusia yg tetapkan banyak azam pada setiap tahun baru dan berapa banyak yg tercapai semuanya bergantung kepada frontal lobe. Tindakan2 manusia samada ikut akal atau ikut rasa ditentukan samada kuatnya frontal lobe atau tidak. Frontal lobe yg lemah, tindakan lebih kepada ikut memori terutama dari apa yg dilihat, didengar atau dialami walaupun ianya sesuatu yg salah.

Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.

Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.

Banyak lagi sifat2 yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.

Berikut pula sifat2 mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.
Tidak terurus dan malas.
Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
Tidak keinginan untuk belajar.
Tidak boleh menumpukan perhatian.
Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
Cakap tak serupa bikin.
Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
Reaktif.
Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
Selalu risau dan fikiran melayang2 memikirkan keburukan.
Tidak boleh mendengar dgn baik.
Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
Pelupa.
Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.

Dari senarai2 tersebut sama2lah kita menyiasat diri kita sekuat mana frontal lobe kita ini, frontal lobe yg lemah membuatkan kita lebih mengambil keputusan ikut rasa dan ikut memori. Antara aktiviti yg melemahkan frontal lobe adalah menonton TV atau filem yg tidak membuatkan kita berfikir. Menurut Dr Daniel Amen melalui bukunya Change Your Brain, Change Your Life, TV dan video games adalah penyebab utama penyakit ADD (Attention Deficit Disorder) penyakit frontal lobe. Sebab itu jika dulu buang emak, buang saudara kerana kasih saya turutkan, sekarang buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan. Jika dulu tiada anak melayu yg hebat ber"lakon" aksi2 lucah, sekarang sudah banyak tersebar didlm internet. Semuanya kerana TV dan filem2 "sampah" yg di sumbat untuk melalaikan manusia dan hanya mengikut apa yg diperintah, tidak pernah terfikir mengapa TV amat dikawal? Kerana TV adalah alat hipnosis/pemukau manusia yg hebat, melalui TV juga manusia terpengaruh membeli sampah2 walaupun ianya tidak perlu untuk kehidupan.

Mengambil bahan2 toksid seperti dadah dan alkohol juga merosak frontal lobe, jangan terkejut bahawa merokok juga merosakkan bahagian tersebut. Rosaknya frontal lobe menyebabkan ketagihan terhadap benda2 tersebut tidak boleh dikawal oleh minda, tindakan ikut sedap rasa, bukan ikut akal. Tidak perlu ubat2an untuk berhenti merokok sebenarnya, cuma perlu kejutkan frontal lobe yg sudah lama terlena.

Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yg sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan rosaklah akhlak manusia itu sendiri, jika tidak masakan Switzerland yg dianggap antara negara yg termaju didunia punyai kadar bunuh diri yg tinggi?

Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah (Surah Al Alaq 96:16) ketika darah memenuhi frontal lobe. Frontal lobe, pemandu manusia ke syurga.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Ahad, 22 Februari 2009

Kisah Phineas Gage - Frontal Lobe Yang Hilang

Phineas Gage adalah seorang penyelia bekerja dgn Rutland Burlington Railroad di Vermont, USA. Kisah yg berlaku pada tahun 1848 ini membuka mata kebanyakan pakar otak mengenai fungsi frontal lobe yang sebelum ini dianggap tidak penting untuk kehidupan manusia.

Gage yang berusia 26 tahun mempunyai ciri fizikal yang hebat, seorang yang cerdik, pantas membuat keputusan, punyai personaliti yang menarik, disenangi ramai dan berkebolehan untuk memimpin membolehkan dirinya menjadi penyelia pada usia muda. Ini menjadikan dirinya sesuai dgn kerjanya mengetuai pasukan peledak meruntuhkan tanah bukit bukau agar landasan keretapi dapat dibina, suatu kerja yang merbahaya dan memerlukan fokus yang tinggi.

Kejadian malang menimpa Gage bilamana pada suatu hari ketika sedang memasukkan bahan peledak kedalam lubang dan menolaknya dengan sebatang besi, tiba2 ianya ianya meletup. Batang besi yg panjangnya lebih kurang 3 kaki itu memasuki pipi kirinya dan tembus dari bahagian atas kepalanya. Saksi melapurkan yang Gage kemudiannya terhumban dan kekejangan buat seketika. Semua orang terperanjat melihat Gage masih bernyawa selepas itu dan lebih aneh lagi dia sedar dan masih waras walaupun mengalami kecederaan yang teruk, bahagian depan otaknya yang hilang (frontal lobe) tidak sedikitpun mengubah keupayaan untuk bercakap, bergerak dan berjalan. Beliau kemudiannya dibawa ke hotel yang berdekatan dan dirawat oleh Dr William.

Gage kemudiannya dirujuk kepada Dr Harlow. Gage sedar semasa beliau diperiksa dan mampu menjawab soalan2 berkenaan kemalangan yang terjadi. Doktor seolah2 tidak percaya yang dia boleh terselamat dari kejadian tersebut. Mungkin disebabkan dirinya yang muda bertenaga dan sihat membolehkan beliau sembuh tanpa sebarang komplikasi. Keupayaan fizikal beliau seperti biasa malah ingatannya tidak sedikitpun terjejas. Dr Harlow menyatakan yang Gage amat bernasih baik kerana bahagian otaknya yang rosak itu adalah bahagian depan (frontal lobe) yang pada ketika itu tidak dianggap penting untuk manusia.

Kesan yang amat besar pada diri Gage mula kelihatan selepas beliau beransur2 sembuh. Personaliti beliau berubah 180 darjah dan rakan2 menyatakan Gage yang mereka kenali dulu sudah berubaha perangainya menjadi orang lain. Dr Harlow menyatakan yang Gage sudah kehilangan sifat2 baik dan cerdik pada dirinya malah lebih bersifat kehaiwanan.

Daripada seorang yang jujur dan berperangai sopan, beliau mejadi seorang yang tidak boleh dikawal dan menyusahkan orang lain. Beliau menjadi serorang yang pentingkan diri sendiri dan selalu membuat keputusan dan pilihan hanya berpihak untuk diri sendiri. Beliau tidak suka bergaul dan bersosial dan selalu menggunakan perkataan2 yang biadap malah selalu mabuk. Beliau sukar untuk mengikut apa yang dirancang dan tidak boleh berfikir sebelum membuat keputusan.

Dr Harlow menasihati Gage dan cuba mengubah sikapnya kerana beliau tahu Gage akan kehilangan kerjanya jika beliau terus menerus bersikat demikian tetapi tidak sedikitpun diendahkan oleh Gage. Tidak menghairankan beliau kemudiannya dipecat dan tidak dapat kekal lama didlm pekerjaan lain yg diceburinya.

Gage meninggal dunia pada 21 May 1860 tetapi hanya selepas 7 tahun kemudian kuburnya digali semula dan tengkorak kepalanya diambil untuk kajian. Batang besi yang menembusi kepala Gage dan juga tengkorak kepalanya sekarang disimpan di Harvard Countway Library of Medicine.

Pada tahun 1994, seorang saintis Hanna Damissio telah membina kembali secara simulasi kerosakan yg dialami oleh Gage. Walaupun tidak semua frontal lobenya hilang tetapi hanya sebahagian darinya, Gage seolah2 sudah menjalani lobotomy (pembuangan frontal lobe untuk tujuan menyembuhkan penyakit tertentu, kerap dilakukan sekitar tahun 1930an tetapi tidak lagi setelah ahli perubatan sedar akan kesannya terhadap manusia).

Ketahuikah anda manusia dizaman moden ramai yang seolah2 sudah menjalani "lobotomy"? Perbezaan sikap dan tngkah laku manusia dulu dan sekarang sama seperti apa yang berlaku kepada Gage sebelum dan selepas kejadian. Pentingnya frontal lobe dipelihara agar manusia kekal bersifat manusia, jika tidak boleh menjadi lebih teruk dari haiwan. Pentingkan diri sendiri, biadap, kurang sopan, pemarah dan semua sifat2 negatif lebih menonjol lagi dizaman sekarang ini.
Frontal lobe yg tidak dijaga, ditambah dgn kehidupan yang semakin hari semakin tertekan (stress) dan penuh kerisauan menyebabkan frontal lobe tidak mendapat bekalan darah dan bahagian ini akan menjadi lemah dan lama kelamaan mati. Lihat SPECT scan otak seorang yang ganas, walaupun tiada kecederaan fizikal, otak depannya seolah2 sudah tiada, bukan bahagian tersebut kosong tiada jisim tetapi tiada darah yg pergi kearah itu. Ibarat pokok yang tidak disirami air, lama kelamaan akan layu dan mati.

Manusia masih tetap hidup seperti biasa dan normal dalam keadaan begini, boleh bekerja, bersukan, berkeluarga dan bermacam2 lagi, kesan yang utama adalah sikap, perangai, emosi dan tingkahlaku yang mana akan menonjolkan sifat2 buruk jika tidak dijaga. Sikap mementingkan diri sendiri, tidak kisah kesan pada orang lain, kesan pada diri sendiri pada masa depan inilah sebenarnya yang membawa manusia itu sendiri menuju kehancuran. Bila bekerja tikam belakang untuk naik pangkat, bila berpangkat makan rasuah mengumpul harta, bila berkuasa guna taktik kotor untuk jatuhkan lawan, bila berniaga mengaut untung berlebih-lebihan, bila membeli guna hutang hingga tidak mampu membayar. Semua ini ciri2 mereka yg sudah mati frontal lobenya.

Indahnya solat perintah Allah itu membolehkan frontal lobe sentiasa "disirami" dgn bekalan darah ketika sujud dan fokus didlm sembahyang itu melatih frontal lobe kerana fokus adalah antara fungsi utama bahagian tersebut. Sebab itu solat yang diterima solat yg khusyuk dan paling hampir diri kita dgn Allah ketika kita sujud didlm solat. (Al-Alaq 96:16). Bukankah frontal lobe yang sempurna membolehkan manusia lebih bersikap dan bersifat "manusia", hidup berharmoni tidak mementingkan diri sendiri dan boleh mencegah kemungkaran?


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 7 Februari 2009

Mendapatkan Hanani - Guna Minda Memilih Jantina Anak

Seorang rakan di Riyadh memberitahu bahawa tidak akan tahu seorang lelaki itu akan perasaan sebenar menjadi seorang ayah sehinggalah dia mendapat anak perempuan. Setelah 4 anak lelaki, bukan sahaja isteri malah diri sendiri begitu ingin menimang seorang puteri. Telah mencuba beberapa petua dari tradisional hinggalah kaedah masa dan sebagainya untuk anak keempat tetapi tidak berjaya.

2 tahun lepas aku mula mengenali kesan kuasa minda, dari movie The Secret membuatkan fikiran terbuka betapa pemurahnya Allah itu hingga apa yg kita fikirkan menjadi kenyataan, dengan syarat kita selalu bersyukur dan yakin seyakinnya yang ianya akan menjadi kenyataan.

Bermula dari situ, imaginasi bermain2 dgn anak bermula difikiran, terbayang2 betapa manjanya siputeri memanggil ayah.. ayah.. Aku tetapkan didalam hati yg Allah akan mengurniakan aku seorang puteri, kutulis apa yg aku bersyukur terhadap kehidupan ini dan apa yg aku inginkan, termasuklah seorang puteri.

Kira-kira 9 bulan yg lepas berlaku konflik yg hebat antara kami berdua suami isteri, hampir seminggu kami hidup dalam suasana yg tegang dan penuh dengan tekanan, tetapi yg lucunya dalam masa penuh stress tu boleh "melekat" pulak baby baru. Tidak lama kemudian suasana pun beransur2 seperti biasa.

Bayangan anak perempuan kembali bermain difikiran dan aku yakin, insyaallah akan tertunai impian untuk menimang seorang puteri. Isteri mula melihat2 baju untuk baby baru, aku terus menyarankan beli semua baju warna untuk baby girl, tak perlu tgk baju baby boy. Aku yakin akan Allah akan memberikan baby girl jadi tidak perlu ragu dan risau baju mana nak dibeli.

Tiga bulan isteri mengandung, aku ada penerbangan ke Rabat, Morocco. Semasa menunggu bas crew untuk ke airport ternampak seorang artis tempatan membuat tulisan khat di lobby hotel, secara percuma sesiapa sahaja boleh memberikan nama dan akan dituliskannya didalam tulisan khat. Lantas nama baby baru pun sudah tersedia.


Bulan kelima pula rumah baru di Enstek, Nilai siap pengubahsuaian. Salah satu dari pada bilik aku arahkan kontraktor mengecatnya dengan warna pink. Bilik anak perempuan kataku kepadanya walaupun ketika itu belum diketahui anak yg kelima ini akan jantinanya.

Selepas raya haji yg lalu, kami kehospital untuk Idah memeriksa kandungan. Doktor bertanya mengapa kami tidak pernah bertanya akan jantina bayi. Dengan tersenyum aku berkata, "i know it is a girl, but since u brought it up, maybe you can confirm it now". Melalui ultrasound alhamdulilah benarlah apa yg dicita. "Congratulation, it's girl" kata doktor.

Hari ini 15 Feb, jam 10:20 pagi, di Al Noor Hospital, Airport Road, Abu Dhabi, tertunailah sudah hajat yg diingini, Hanani Helmi nama diberi. Alhamdulillah..


Allah maha pemurah, jika kita yakin, "feel" dan "act" seolah2 kita sudah mencapainya, insyallah akan tercapai. Allah akan mencorakkan dunia ini agar ianya menjadi kenyataan. Jika difikirkan kembali, konflik hebat yg terjadi antara kami mungkin mengubah hormon2 kami berdua untuk menhasilkan bayi perempuan. Tiada kejadiaan yg Allah jadikan itu tiada hikmahnya. Selalunya kita tidak nampak tetapi jika kita betul2 fikirkan semula, kita akan nampak hikmah sebenarnya.

Mungkin ada yg akan berkata mungkin kebetulan sahaja, kebetulan atau tidak hanya Allah yang tahu, yang utama kami telah mencuba. Ini bukan kali pertama aku menggunakan minda, dari mendapatkan tiket pulang ketika penerbangan penuh hinggalah kejawatan yg aku ingini, teknik yang sama iaitu dgn mengunakan imaginasi, selalu bersyukur, mempunyai perasaan dan bertindak seolah2 sudah mencapainya dan yang paling utama yakin sepenuhnya yg Allah akan menunaikannya.

Telah Allah janjikan akan menunaikan doa hambanya (Ghafir 40:60) jadi siapalah kita untuk tidak mempercayai akan firman Allah itu. Berdoa bukan setakat menadah tangan sesudah solat tetapi termasuk juga dgn pemikiran, perasaan seolah2 sudah tercapai dan perbuatan bersungguh2 mendapatkannya. Tetapi jika tidak tercapai juga apa yg diingini, maka Allah lebih mengetahui apa yg terbaik (Albaqarah 2:216), tidak perlu bersedih malah kita sepatutnya ternanti-nanti dgn gembira apakah sesuatu yg lebih baik lagi yg Allah ingin berikan.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Jumaat, 6 Februari 2009

Solat Bukan Untuk Allah.

Solat atau sembahyang itu untuk siapa sebenarnya? Adakah dgn menunaikan solat Allah akan menjadi lebih berkuasa dan lebih agung? Adakah sama seperti parti politik yg mendapat kuasa bilamana rakyat mengundi mereka semasa pilihanraya? Manusia sebenarnya tidak sedar yg meninggalkan solat ataupun bersolat tanpa kualiti (tidak fokus atau khusyuk) sebenarnya membuat manusia menuju kemusnahan?

Manusia lebih percaya kepada sesuatu yg nyata, yg realiti, seperti manusia yg mengikut kata2 penceramah politik dan percaya dgn janji2 yg dikotakan ataupun mendapat "imbuhan" dari mana2 pihak sebelum mengundi, baru mereka akan membuat pilihan untuk mengundi mereka atau tidak. Manusia juga menyamakan mengundi dgn solat.

Bila kita melihat cara manusia berdepan dgn Allah, walaupun telah Allah janjikan byk nikmat2 bg mereka yg patuh pada perintahnya tetapi disebabkan tidak percaya (iman) sepenuhnya yg Allah itu maha berkuasa, manusia makin lama makin menjauhi Allah samada bila yg dipohon tidak dapat ataupun tanpa solat pun sudah mendapat nikmat dunia. Ada yg dulunya rajin sembahyang semakin malas, kalau sembahyang pun tidak ikhlas, untuk mengampu, untuk menunjuk2, hanya seminggu sekali sahaja malah ada yg sudah rasa tidak perlu lagi sembahyang.

Bila jawatan sudah ada, jaminan kerja dan gaji bulanan sudah tetap, bila kuasa sudah ada ditangan, bila diri ramai penyokong, buat apa aku perlu sembahyang lagi? Rata2 menjadikan alasan kehidupan moden amat sibuk menyebabkan tiada masa atau peluang untuk bersolat. Sebenarnya semakin manusia menjauhi sembahyang semakin manusia bersifat negatif menuju kehancuran, memang secara kasar bukan diri sendiri yg hancur tetapi umat manusia secara keseluruhan.

Solat sebenarnya merawat prefontal cortex atau nama lainnya frontal lobe, bahagian depan yg otak yg sebenarnya bahagian yg berfikir. Menguasai 30 hingga 40% dari keseluruhan otak, frontal lobe adalah bahagian yg menjalankan fungsi eksekutif, CEO bagi minda, yg menganalisa, memilih, memikir semua kebarangkalian, kemungkinan dan juga akibat dr tindakan2 tertentu lebih menyeluruh bukan setakat kepentingan diri sendiri tetapi kepentingan seluruh masyarakat, lebih bersimpati. Frontal lobe juga menbolehkan kita fokus dalam melakukan sesuatu, baik belajar ataupun untuk mengejar cita2 tertentu. Frontal lobe yg lemah memberi byk kesan buruk pada manusia, lebih bersikap kehaiwanan dan mementingkan diri sendiri. Bukankah ini yg terjadi dizaman yg serba moden dan materialistik ini?

Bagaimana solat merawat otak? Fokus atau khusyuk.. itu jawapannya. Jika kita bertekad untuk cuba fokus pada bacaan, pada makna bacaan tersebut, saat itu sebenarnya kita melatih frontal lobe, seperti masuk gymnasium mengangkat berat untuk melatih otot2 tertentu. Sujud pula menyalurkan darah kebahagian tersebut yg begitu dahagakan oksigen disebabkan aktiviti fokus tadi. Jadi jika diulang2 lama kelamaan bahagian otak depan kita ini akan lebih kuat, dan bila lebih kuat kita akan lebih fokus dan boleh berfikir dgn lebih sempurna.

Sebab itu ada yg menunaikan solat tetapi tetap melakukan kemungkaran, mereka ini selalunya adalah golongan yg tidak khusyuk, sama seperti pergi ke gymnasium dan hanya melihat sahaja "dumbell" tersebut kemudian tertanya2 "aku dah pergi gym tapi mengapa otot tak besar2 jugak". Manusia sebegini mengharapkan dosa2nya akan diampunkan dgn bersolat, tetapi ini hanya akan menjadi putaran "loop" yg berulang2, solat, mungkar, solat mungkar. Jadi bila bukan islam melihat muslim yg sembahyang tetapi berbuat dosa, jatuhlah maruah Islam itu sendiri. Tersenyum sinislah mereka ketika kita cuba menyebarkan syiar Islam.

Sebab itulah sembahyang yg diterima hanyalah sembahyang yg khusyuk kerana ia merawat frontal lobe dan Allah juga berfirman yg manusia amat hampir kepadaNya ketika sujud (Al-Alaq 96:19). Manusia akan tetap hidup seperti biasa walaupun prefrontal cortex yg lemah kerana manusia boleh hidup tanpa berfikir. Berjalan, berlari, memandu, menyiapkan kerja dipejabat ataupun apa sahaja perbuatan2 rutin kerana pada asasnya itu adalah melalui memori (fungsi bahagian otak yg lain). Memori samada dr pembelajaran, persekitaran dan pemerhatian. Yg bahaya sekali adalah pemerhatian melalui tv, ia adalah alat pemukau yg paling berkesan. Seorang artis memakai fesyen2 tertentu sudah cukup untuk mengubah peminat seluruh negara mengikut caranya, jika baik alhamdulilah, jika tidak? Lihat sahaja kesan buruknya. Mengapa? Kerana ramai yg membuat keputusan mengikut rasa dan bukannya mengikut akal dan fikiran sebenarnya.
Bagaimana mengambil keputusan mengikut rasa? Ramai manusia selalu menyebut "aku rasa tak sedap la", "rasa semacam je badan aku ni", "rasa sedih la...", "eeii, meluat rasanya baca tulisan mamat ni", semuanya ikut rasa dan bukan ikut fikiran. "Rasa" ini sebenarnya adalah adalah rembesan dr neurochemical or peptide" yg dirembeskan oleh otak bilamana manusia mengalami sesuatu dan ini memberi kesan kepada sel2 badan. Jadi bila ambil keputusan ikut rasa sebenarnya tak berfikir. Sebab itu manusia terus melakukan dosa kerana "rasa", contohnya bila rasa "sedap" bila selalu duit mudah melalui rasuah, amatlah sukar untuk diubah kerana selalu ber"fikir" ikut rasa, bukan ikut akal.

Solat adalah salah satu cara boleh mengalihkan diri kita dari mengambil keputusan mengikut rasa, keputusan yg berfikir. Keputusan yg lebih menyeluruh mengambil semua kebarangkalian termasuk kesan kepada masyarakat dan persekitaran. Solat untuk kebaikan manusia itu sendiri sebenarnya, sesuai untuk kehidupan manusia, baik dari zaman nabi hinggalah ke hari kiamat. Semakin manusia meninggalkan solat semakin itu dunia menuju kehancuran, tidak perlu kiamat, kehidupan bg sesetengah manusia sekarang sudah seperti di neraka tetapi tidak pernah terfikirkah mereka mengapa?

Solat itu kerana Allah tetapi bukan untuk Allah, untuk kebaikan manusia itu sendiri. Walaupun tiada seorang pun manusia yg menunaikan solat, Allah akan tetap agung, tidak berkurangan zat2 Allah itu. Patuhnya kita menunaikan solat itu tanda bersyukur dan berterimakasih kepadaNya lantaran menambahkan lebih lagi nikmat dr sumber yg tidak disangka-sangka. Tetapi nikmat sembahyang itu hanya boleh dirasai bg yg benar2 ikhlas & fokus/khusyuk didalam sembahyangnya.
Teramat benarlah apa yg dilaungkan oleh bilal ketika azan.. Haiya alal falah.. Marilah menuju kejayaan, iaitu kejayaan dunia dan akhirat.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas