Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 2 April 2010

Vaksin Kemurungan - Bersangka Baik Kepada Allah

Mencegah itu lebih baik dari mengubat, maka sebab itu lah saintis berlumba-lumba mencipta pelbagai jenis vaksin untuk membantu manusia mengelak dari dijangkiti oleh penyakit-penyakit tertentu seperti campak dan juga selsema. Apa yang dilakukan oleh saintis ini adalah dengan membiakkan virus pembawa penyakit yang lemah dan apabila virus itu dimasukkan masuk kedalam tubuh badan manusia melalui suntikan atau oral, sistem imunisasi badan manusia akan dapat mengenal pasti penyakit tersebut dan boleh mencipta antibodi secara semulajadi sebagai persediaan untuk menghadapi virus yang sebenarnya.

Dengan kemajuan yang teramat moden didalam bidang perubatan, hingga kini masih tiada lagi vaksin untuk kemurungan dicipta. Ubat untuk kemurungan itu sendiri sudah berlambak-lambak dipasaran seperti Prozac, Zoloft atau Effexor akan tetapi mengapa perlu berubat lebih diutamakan jika mencegah itu adalah yang terbaik? Hakikatnya adalah, vaksin untuk kemurungan tidak boleh dicipta oleh saintis kerana penyakit kemurungan itu bukanlah dari kuman atau virus, ianya dari pemikiran.

Menurut Persatuan Psykiatri Malaysia, menerusi artikel dilaman web mereka menyatakan bahawa
antara sebab penyakit kemurungan melanda seseorang individu itu adalah akibat tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian tertentu, rasa rendah diri ataupun disebabkan penyakit fizikal yang kronik atau serius.
Tekanan, stress atau rendah diri ini datangnya dari cara pemikiran manusia itu sendiri yang menterjemahkan sesuatu situasi atau keadaan tersebut. Jika persepsi seseorang terhadap situasi itu adalah buruk atau menakutkan, maka sudah pasti mereka akan tertekan dan ini menjadi "anak benih" kepada kemurungan. Dengan di"bajai" oleh pemikiran yang sama secara berterusan dan di"sirami" dengan linangan air mata maka "pokok" kemurungan yang serius ini akan membesar dengan suburnya.





Vaksin atau pelindung yang paling mudah dan percuma untuk mencegah kemurungan adalah dengan mengubah persepsi atau pandangan kita terhadap sesuatu kejadian itu. Sebagai umat Islam yang beriman dan mengaku bahawa Allah itu yang maha Esa, Pencipta, Pengasih dan Penyayang maka semua yang berlaku itu adalah dariNya. Allah jualah yang esa menciptakan kejadian tersebut dan menyebabkan ianya melanda atau menimpa diri kita. Akan tetapi sudah menjadi kebiasaan manusia yang telah dicorakkan mindanya untuk menumpukan perhatian lebih kepada keburukan, oleh sebab itulah manusia lebih melihat keburukan berbanding kebaikan terhadap kejadian yang berlaku.

Jika sesuatu kejadian itu hanya ada keburukan, maka sifat Allah yang maha pengasih dan penyayang itu hanya layak dicampakkan kedalam tong sampah sahaja. Berita-berita buruk, pembunuhan, rompakan, perceraian adalah resepi utama media masa kini untuk mencipta sensasi, melariskan khidmat mereka dan mengaut keuntungan dan ini secara tidak langsung mencorak minda separuh sedar masyarakat untuk lebih fokus kepada ketakutan dan keburukan. Jika manusia boleh melatih diri menjadi pemerhati yang hebat kepada minda mereka sendiri, manusia akan lebih berupaya dan berkuasa memilih persepsi yang lebih membawa kebaikan terhadap sesuatu situasi atau kejadian itu. Ini akan memberi latihan baru kepada minda separuh sedar yang sudah terbiasa dengan melihat keburukan agar lebih melihat kepada kebaikan. Apabila kita selalu melihat kebaikan dari keburukan maka vaksin untuk kemurungan akan terbina dengan sendirinya didalam tubuh badan manusia.

Terdapat tiga prinsip yang boleh diamalkan didalam kehidupan seseorang manusia itu yang mana pada pendapat saya, ianya boleh memastikan "vaksin kemurungan" didalam tubuh badan manusia itu akan sentiasa berada pada tahap yang tinggi, semakin jauh manusia dari stress, tekanan atau kemurungan maka semakin lebih baik seseorang manusia itu boleh berfikir lantas membuat pilihan-pilihan yang lebih bijak didalam kehidupannya. Tiga prinsip tersebut adalah;

Semuanya Salah Aku.

Pada pendapat saya, kebanyakan kejadian yang berlaku didalam hidup seseorang itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini kerana bagi kebanyakan manusia, mereka hanyalah mangsa kejadian, semua ini adalah takdir dan tidak mampu untuk mengelak atau mengubahnya. Rata-rata manusia mereka menganggap tuhan telah mencipta "mesin gergasi" iaitu dunia ini dan mereka hanyalah salah satu dari gear yang berputar dan apabila "gear" bersebelahan berputar, mereka juga turut berputar dan tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya menjadi mangsa.

Amat pelik dan barangkali sukar untuk menerima untuk menyalahkan diri sendiri, akan tetapi jika manusia berani mengubah persepsi mereka terhadap semua kejadian yang menimpa baik yang positif atau negatif, ianya akan memberikan dua impak yang utama, pertamanya mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan perbuatan mereka dan keduanya mereka lebih berkuasa mencipta realiti hidup mereka sendiri. Manusia akhir zaman hanya kebanyakan mengambil Allah itu sebagai tuhan tetapi tidak percaya yang Allah itu maha adil. Jika kita melakukan kejahatan atau kerosakan dimuka bumi ini, adakah kita tidak akan dibalas atau dihukum diatas perbuatan kita itu sendiri?




Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Al-Isra 17:7)
Ramai akan berkata, "Mana ada aku buat jahat, seingat aku tak pernah pun aku menyakiti orang lain secara fizikal mahupun dengan kata-kata", soalan yang menyusul pula adalah; "Adakah kita ingat semua tingkahlaku dan perbuatan kita dari akil baligh sehingga sekarang", sedangkan baju apa yang kita pakai 2-3 hari lepas pun ada kalanya perlu berfikir sejenak untuk mengingatinya, ini kan pula perbuatan kita 2-3 bulan, 2-3 tahun dari sekarang, kita tidak boleh ingat akan kesemuanya. Akan tetapi ada makhluk lain yang ingat, iaitu malaikat diatas bahu yang mencatitkan dengan terperincinya setiap perbuatan dan percakapan kita. Mungkin memang kita tidak pernah melukakan manusia lain hingga berdarah akan tetapi lidah kita ini sebagai contohnya, amat bahaya malah lebih tajam dari bilah pedang.
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Surah ar-Rum 30: 41).
Tidak semestinya jika kita tumbuk manusia lain dan kita juga menerima balasan dari manusia yang sama atau balasan yang sama. Kita semua adalah tenaga dan tenaga berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain dan boleh beralih dari satu medium kepada medium yang lain maka tenaga negatif yang kita lemparkan itu akan berbalik kepada diri kita sendiri satu hari nanti. Ada juga perbuatan tidak baik yang kita lakukan tanpa sedar telah menyebabkan kita menyakiti, menindas atau menyusahkan orang lain, umpamanya mengambil rasuah untuk sesuatu projek yang mana menyebabkan kontraktor yang menyiapkan projek tanpa kualiti yang baik, roboh bumbung contohnya dan kemudiannya mencederakan manusia lain. Berpakaian seksi menyebabkan lelaki terpandang dan terlanggar tiang. Ber"couple" kononnya cara islam dan berjalan dikhalayak ramai yang memberi contoh kepada adik-adik yang sedang membesar dan satu hari mereka akan mengikutnya. Menerima riba' yang mana menggalakkan perhambaan jenis baru yang menindas semua umat manusia.

Ini hanyalah contoh-contoh yang boleh dikatakan sebagai norma-norma bagi masyarakat kita, maka tiada terdetik sedikit pun dihati bahawa ia adalah antara perbuatan berdosa yang tidak kelihatan dan kita dengan sombong bercampur hairan berkata "aku tak buat jahat pun, mengapa Allah menimpa diriku dengan musibah ini?". Ini juga berbalik kepada cara pemikiran masyarakat kita diacu atau dibentuk, contohnya makan babi lebih teruk dari makan riba' padahal Allah dan Nabi memerangi mereka yang terlibat dengan riba'. Menikmati pulangan pelaburan riba', memberi, mencatatkan transaksi atau menjadi saksi kepada terlibat dengan riba' itu tidak seteruk berzina padahal dosa riba itu lebih teruk dari berzina dengan ibu sendiri.

Bersyukurlah kepada Allah jika kita dibalas didunia dengan musibah dan bala bencana kerana inilah caranya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas-lepas. Allah menyayangi kita dan tidak mahu kita dihukum dineraka yang mana siksaannya tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia. Jika kita berani mengambil prinsip ini maka impak kedua yang menyusul adalah manusia itu lebih berkuasa mencipta realiti hidup mereka sendiri.

Apa yang lebih hebat diinginkan oleh seseorang manusia itu didunia ini dari kegembiraan, baik dari segi rohani ataupun jasmani. Dengan lebih berhati-hati, sedar dan sentiasa menjadi pemerhati yang hebat terhadap fikiran kita pada setiap ketika yang mana kemudiannya menjadi perbuatan dan tingkah laku, jadi sebelum kita bertindak melakukan sesuatu itu, contohnya sebelum menghina seseorang, akan terdetik dihati, "eh... jangan hina dia, suatu hari nanti aku juga akan dihina", maka dari keinginan untuk menghina, akan beralihkan keinginan untuk simpati, prihatin atau memaafkan dan ini akan berbalik atau dibalas kepada diri kita sendiri suatu hari nanti.

Mungkin akan tiba dikemudian hari contohnya bilamana kita terbuat kesilapan semasa kerja, dan bos kita akan memarahi dan menggertak untuk memberhentikan kita, maka dari perbuatan kita yang lepas ianya kembali kepada diri kita sendiri maka timbullah rasa tertekan, stress dan tersemailah benih kemurungan. Jika kita boleh terima konsep "semuanya salah aku" dan sentiasa berbuat baik sesama manusia sebelum ini, maka bos kita yang mungkin sebelum ini pemarah dan pembengis mungkin akan berlembut hati terhadap kita. Allah amat berkuasa merencanakan dunia ini untuk membantu umatnya yang bertaqwa dan perbuatan kita yang lepas-lepas akan berbalik kepada diri sendiri. Buat baik dibalas baik dan sebaliknya.
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (Al-Rahman 55:60)




Allah Ingin Memberi Yang Lebih Baik Lagi.

Adakalanya kita kecewa apabila sesuatu yang kita hajati itu tidak kesampaian, sebagai contohnya apabila kekasih yang disayangi tidak berjaya dimiliki. Kesedihan akibat dari kegagalan untuk bersatu baik ditinggalkan atau halangan keluarga selalunya akan menular kepada kemurungan yang serius. Jika kita boleh ubah persepsi kita dengan menganggap bahawa Allah ingin memberi kita seorang insan yang lebih baik lagi, maka mungkin kesedihan yang melanda itu akan reda dengan segeranya. Siapa yang tidak sedih apabila putus bercinta akan tetapi jika kita percaya yang Allah itu maha pengasih dan penyayang maka kita sebaliknya akan tersenyum gembira menanti siapakah agaknya sidia yang akan digantikan oleh Allah itu.
Bukan sekadar percintaan sahaja, jika permohonan melanjutkan pelajaran ditolak, gagal temuduga kerja, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya, dengan mengubah persepsi kita bahawa Allah mahu memberi yang terbaik, kita akan menjadi manusia yang lebih bertakwa dan pastinya rezeki atau ganjaran yang tidak disangka-sangka akan pasti menjelma.
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).(At-Talaq 65:2,3)

Masalah yang melanda manusia adalah lebih mudah menjadi marah, kecil hati, bersedih dan sebagainya terhadap apa yang berlaku yang mana itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan ketidak syukuran kita kepada Allah. Disebabkan kita bersikap negatif maka bertambah-tambah lagilah perkara-perkara negatif yang melanda dan akibatnya semakin tertekan dan menjadi murung.








Allah Ingin Mengubah Haluan Hidup Kita Agar Mencapai Apa Yang Dihajati.


Adakalanya kita berhajatkan sesuatu akan tetapi untuk Allah mengurniakannya kepada kita, sesuatu kejadian buruk harus berlaku. Jika baca pengalaman saya untuk mendapatkan anak perempuan, walaupun ianya hanya hipotesis saya sahaja, sekarang saya dan isteri sering tersenyum mengenangkan kisah lalu yang mana telah memberikan apa yang kami hajati. Lagi satu kejadian yang berlaku pada diri saya sendiri adalah bila mana terjadi satu peristiwa yang menimbulkan kekecewaan yang mendalam dan memaksa saya seolah-olah ber"judi" mencari kerja diluar negara. Alhamdulillah sekarang ini saya amat sukakan kerjaya saya ini, bukan sahaja mampu menghabiskan hutang malah boleh berkongsi ilmu dengan insan lain. Memang dari kecil lagi saya selalu memikirkan bagaimana caranya saya boleh membantu manusia, alhamdulillah salah satu caranya telah kelihatan iaitu melalui perkongsian ilmu disini. Semuanya akibat dari peristiwa buruk yang melanda.

Saya percaya jika setiap diri kita ini merenung seketika kisah masa silam pasti ada peristiwa yang sama berlaku pada setiap individu yang mana dari peristiwa yang buruk berkesudahan dengan kebaikan. Kebanyakan kita tidak perasankan ianya kerana mungkin idea ini tidak pernah timbul di pemikiran ataupun jarak masanya yang agak jauh akan tetapi jik akita ikuti rentetan-rentetan hidup, pasti kita akan berterimakasih kepada Allah yang maha penyayang. 








Allah Mahu menduga HambaNya.


Jika kita yakin yang kita tidak melakukan dosa-dosa, jika kita rasa sudah mendapat apa yang dihajati akan tetapi dugaan masih melanda, itu sudah cukup untuk memberi kita perasaan gembiran yang teramat sangat kerana Allah mahu menduga kita. Sedangkan para Nabi yang punyai tahap keimanan yang tinggi juga, inikan pula kita manusia biasa.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (AlBaqarah 2:214)
Jadi, walau dari segi dan sudut mana sekalipun kita lihat musibah yang terjadi itu, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak boleh nampak, maka tiada sebab sebenarnya untuk manusia itu mengidap kemurungan yang serius.
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah 2:155-156).

Masaalahnya umat manusia kini, oleh kerana dilahirkan Islam, walau tidak berpegang pada ajaran Islam secara keseluruhannya tetap melabelkan setiap kejadian itu sebagai dugaan dan bukan salah silap mereka sendiri. Pada pendapat saya jika kita punyai iman hanya sekadar bin atau binti pada kad pengenalan, perkara buruk yang melanda itu bukan dugaan, akan tetapi "penangan" nipisnya iman kita itu.








Keempat-empat prinsip ini terutamanya prinsip "semuanya salah aku" akan menjadikan seseorang manusia itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka sendiri dan bukanlah hanya menganggap diri hanya mangsa keadaan. Perubahan pasti akan timbul jika kita berani mengambil pendirian ini, akan tetapi kesabaran amat perlu kerana dari mula kita mengubah pendirian untuk bersabar dan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi, walaupun kita sudah berhati-hati keatas tindakan dan tingkah laku, kesan dari dosa-dosa yang terdahulu iaitu apa yng digelar "backlash" akan masih melanda diri. Akan tetapi jika kita bersabar sehingga "backlash" itu habis maka perubahan ketara didalam hiudp kita akan terasa. Ianyanya juga menjadikan diri seseorang manusia itu lebih berkuasa mencipta realiti kehidupan yang diingininya atau setidak-tidaknya meramalkan suasana kehidupan mereka dimasa akan datang baik didunia mahu pun diakhirat kelak, hasil dari tingkah laku dan perbuatan mereka sendiri.

Berdasar pada konsep ini jugalah minat saya kepada fizik kuantum amat mendalam kerana jika semua manusia faham akan cerita disebalik perilaku zarah sub-atomic itu sendiri, semua manusia akan meletakkan semua perkara yang berlaku didalam hidup mereka adalah kerana mereka sendiri yang mahu melihatnya baik secara sedar atau tidak.

Konsep yang sama juga terselindung disebalik puasa selama sebulan yang mana bila mana kita boleh bersabar dan mengubah tingkah tingkah laku kita, puasa yang sebulan itu mampu mengubah diri kita baik dari segi fizikal dan mental agar menjadi manusia yang lebih mulia. Akan tetapi rata-rata muslim akhir zaman ini hanya mendapat lapar dan dahaga kerana sikap buruk masih berleluasa, contohnya pembaziran makanan, lahap ketika berbuka, masih maki hamun ketika puasa dan yang paling teruk lagi tidak langsung bersolat. Keimanan kita juga akan berlipatkali ganda kerana pertamanya kita tahu Allah amat menyayangi diri kita dan mahu membalas dan mengampunkan dosanya semasa masih didunia ini lagi dan keduanya Allah senantiasa mahu memberi kita yang terbaik. Begitu juga dengan dugaan terhadap mereka yang beriman.

Kita tidak tahu akan takdir kita akan tetapi jika hanya berserah kepada takdir dan menganggap diri tidak bersalah hanyalah satu cara untuk lari dari tanggungjawab dan merendahkan nilai diri manusia itu sendiri. Mereka yang berani bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi kepada diri mereka adalah mereka yang akan lebih berjaya didalam hidup dan insyaallah di akhirat kerana tidak semestinya berjaya didunia akan disusuli diakhirat.

Falsafah barat menganggap dunia ini ibarat mesin gergasi dan kita hanyalah salah satu gear didalamnya yang berputar dan apabila gear sebelah berputar, kita hanya menjadi mangsa menerima sahaja arah putaran yang diberikan oleh gear bersebelahan. Akan tetapi Allah mengurniakan kita dengan frontal lobe yang membezakan manusia dan haiwan yang mana memberi kelebihan kita untuk membuat pilihan, pilihan untuk berputar kearah mana dan inilah yang amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Pilihan terletak pada diri sendiri, menjadi sedih dan murung atau gembira dan bersyukur.

Manusia amat berkuasa untuk mencipta realiti hidupnya sendiri jadi terpulanglah samada ingin menjadi peneraju atau sekadar mangsa didalam kehidupan. Akan tetapi tiada yang percuma didalam hidup ini, harga yang terpaksa dibayar adalah berani bertanggungjawab dan juga beriman sepenuhnya dengan mengikut landasan yang Allah dan Nabi berikan dan bukan ambil sedikit dan tinggalkan banyak. Sebab itulah umat islam dahulu menerajui dunia dan umat islam akhir zaman ini hanya menjadi "makanan" lahap kafirun. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri, dari fikiran yang mana akan menjadi perbuatan dan realiti hidup kita ini. Maka bersangka-baiklah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi penyayang dan tidak akan mensia-siakan hambanya, dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.

Laman diskusi di Facebook.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 13 Mac 2010

Antara Babi, Zina Dan Riba'

Masih ingat lagi ketika saya didalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh dikalangan kami yang si"polan" membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.

Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan "pasukan peninjau" dari pelbagai jabatan melawat ketempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar. Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat disesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.

Didalam kehidupan masyarakat melayu kita, jika ada lelaki dan perempuan yang ditangkap kerana berzina atau berkhalwat maka mereka juga akan dicemuh. Ada kalanya pasangan tersebut terutamanya lelaki akan dibelasah oleh orang kampung. Masyarakat sekeliling akan sibuk mengata malah hingga ke tahap mengumpat tentang kejadian yang berlaku. Walaupun masyarakat Islam kita tidak mengamalkan hudud, mahkamah syariah akan mengenakan denda keatas pasangan tadi. Jika perkara yang sama berlaku kepada masyarakat agama lain, mereka juga akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat setempat.

Saya sudah membangkitkan isu babi dan zina didalam artikel sebelum ini, apa pula kaitannya kali ini dengan riba?Dari kecil lagi pemikiran masyarakat kita sudah di"corak" atau di"acu" supaya menjauhi babi dan mencemuh mereka yang berkhalwat atau berzina. Begitu hebat bencikan babi ini hinggakan dari segala segi harus dijaga, dari menghampirinya, dagingnya, tempat masak hinggalah kepada bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang mesti juga tidak diperbuat dari unsur-unsur babi. Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju kearah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari "kawalan minda" dari alat "hipnosis" atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem"fatwa"kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber"dating", ber"couple" dan berkasih-kasihan. Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir degan zina itu sendiri?

Berbanding babi dan zina, riba' pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba' ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding babi dan zina. Kerana apa? Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan "kebaikan-kebaikan" riba' itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba'lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba' lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?

Dengan sistem riba' jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah "imun" dengan riba' itu sendiri, jadi bencikan riba' itu amat jarang terdapat didalam kamus kehidupan masyarakat berbanding babi dan zina. Mungkin juga perkataan riba' ini suatu yang baru kerana riba' sebelum ini berselindung disebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, "Berapa kadar riba'nya Encik...? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?

Selain dari sikap jijiknya terhadap riba' itu tidak disemai dari kecil, riba' itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti babi dan zina. Daging babi suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penelidikan sains pula membuktikan daging babi itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut siperempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan. Tidak seperti riba', disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah. Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba' diterima pakai oleh kebanyakan manusia. Ada pula yang berkata, "Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri". Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup didalam riba', malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba' sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian. Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba', maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba' itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan dimuka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)

Dari sistem ekonomi riba' inilah menyusulnya masalah sosial yang lain didalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar. Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka. Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba', lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali. (Ahmad, Baihaqi)

Saya tidak pasti jika hadis diatas ini cukup kuat untuk mengajak manusia menjauhi riba'. Kesedaran harus diwujudkan dikalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba' itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah dari pada sikap kita yang lena melayan sistem riba' itu sendiri. Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat "pulangan hanya dengan masa", mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka "syurga" itu sudah dikecapi didunia lagi, akan tetapi diakhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat kelangit (Israk Mikraj). Moga hidayah dan "nur" dari Allah akan sampai kehati mereka sebelum mereka di"sembahyang"kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari kehari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba' itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba' itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.

Saya mengaku yang saya juga telah terjebak didalam sistem riba itu sendiri akan tetapi apabila timbul kesedaran dan dengan seikhlas hati ingin berhenti dan berusaha menjauhi riba, kelihatan jalan kearah itu dipermudahkan oleh Allah. Saya mengajak rakan-rakan berusaha kearah menjauhi riba ini agar hidup kita didunia ini lebih diberkati, diredhai dan dipermudahkan oleh Allah dan bukan hidup dengan diperangi oleh Allah dan Nabi. Berusahalah lebih kepada menjadi "pemberi" kepada insan-insan lain kerana melalui riba' itu kita hanya menjadi "pengambil", mengambil hak orang lain secara tanpa disedari. Memberi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, malah memberi dan menyampaikan ilmu dan sikap ringan tulang membantu sesama manusia itu juga yang disukai Allah dan akan dipermudahkan kehidupan kita olehNya, (Surah Al Lail 92:5-7). Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga didunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.

Laman diskusi di Facebook.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 15 Februari 2010

Kita Semua Adalah Pemimpin

"Musuh yang datangnya dari dalam diri, amat sukar ditentang, nafsu syaitan itu, sepatutnya ditentang dengan hebatnya. Mereka yang boleh menakluk nafsunya itu umpama mereka yang menakluk dunia" Bharavi, terjemahan dari Book Of Wise Saying oleh W.A. Clouston

Ungkapan diatas juga amat berkait rapat dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu sendiri". Umpamanya nafsu untuk kekal didalam keadaan selesa, seolah2 kita sedang didalam keadaan aman dan tenteram sedangkan diri sebenarnya bergelumang dengan dosa halus seperti riba', malah pergolakan untuk memusnahkan Islam sedang rancak dijalankan oleh musuh2 Islam dan kita tidak mahu menyedarkan diri dari "lena" yang telah lama ini. Untuk menakluki diri dan juga berlawan dengan nafsu, kita harus kenal siapa dan "apa" diri kita sendiri itu sebenarnya. Artikel saya kali ini cuba mengupas maksud bagaimana untuk seseorang manusia itu mampu mengawal nafsu itu dengan mengambil perspektif diri manusia itu sendiri sebagai seorang pemimpin, ya… kita semua adalah seorang pemimpin, akan tetapi siapakah yang sebenarnya kita pimpin?

Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut lagi, terlebih dahulu saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai minda separuh sedar, ianya amat berkait rapat dengan dengan idea yg saya ingin kemukakan. Minda manusia terbahagi kepada dua, iaitu minda sedar dan minda separuh sedar. Minda sedar adalah apa yang sedang kita fikirkan, apa yang sedang kita fokus atau tumpukan pada sesuatu masa, minda separuh sedar adalah minda yang diluar "kesedaran" manusia itu sendiri, hampir keseluruhan hidup manusia itu dikawal oleh minda separuh sedar. Ini termasuklah pernafasan, degupan jantung (autonomic nervous system) malah ketika anda memandu, ketika minda sedar anda (melalui voluntary nervous system)sedang membelek sms atau sedang bercakap ditelefon bimbit, yang memandu adalah minda separuh sedar. Saintis membuat kajian bahawa minda sedar memproses kurang dari 0.00005% dari data atau maklumat yang diproses didalam keseluruhan minda manusia itu pada satu2 masa, selebihnya datang dari minda separuh sedar. Dari mana datang minda separuh sedar ini?

Jika dilihat diri kita secara kasar, seolah2 kita adalah makhluk yang tersendiri, akan tetapi sebenarnya diri manusia itu terdiri dari sejumlah antara 50-60 trillion sel yang hidup dengan harmoni dan saling membantu sesama mereka untuk membolehkan diri kita sebagai manusia hidup dimuka bumi ini. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari tabiat2 sel ini didalam tubuh badan manusia dan kita boleh membandingkannya dengan kehidupan manusia itu sendiri terutama dari segi perhubungan sesama manusia.

Apa kaitannya antara sel2 yang terdapat didalam tubuh badan kita dengan minda separuh sedar? Hasil dari pembacaan dan pemikiran, saya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian satu idea yang mungkin agak pelik tetapi ia mampu menjelaskan konsep bahawa kita adalah pemimpin dan kaitannya dengan nafsu. Pada pendapat saya, setiap sel2 didalam tubuh kita ini mempunyai minda mereka sendiri dan hasil gabungan minda mereka yang berjumlah berjuta-juta-juta (trillion) inilah wujud apa yang kita panggil minda separuh sedar. Maka sebab itulah amat sukar untuk kita mengawal apa yang kita gelar nafsu sekiranya ia datang dari mereka (sel2) yang berjuta bilangannya itu. Ada beberapa sebab atau hujah mengapa saya berpendapat demikian.


Kiraan minda sedar dan separuh sedar.
Dari kiraan ahli sains mengenai jumlah data yang diproses oleh minda sedar dan minda separuh sedar itu sendiri kita boleh melihat kaitannya, jika sel2 kita berjumlah 50-60 trillion dan kita hanya seorang sahaja, sudah tentulah minda kita hanya perpuluhan beberapa sahaja peratusnya berbanding minda yang dimiliki oleh sel2 tubuh badan kita. Jika minda separuh sedar ini adalah suatu yang seolah2 automatik dan diluar kawalan kita, kemungkinan ianya dimiliki oleh individu asing amat besar sekali, dan didalam idea saya ini ianya dimiliki oleh sel2 didalam tubuh manusia itu sendiri.

Kebijaksanaan sel2 itu sendiri.
Allah menaikan darjat manusia sebagai khalifah dimuka bumi, Allah memberikan manusia akal dan fikiran agar ia dapat digunakan sebaiknya untuk menjalankan tugas yang amat berat itu. Melihat pada kehidupan didunia ini, nampak seolah2 kita sajalah makhluk yang cerdik pandai dan punyai kuasa untuk melakukan apa sahaja dimuka bumi berbanding makhluk2 lain seperti binatang dan tumbuh2an. Lantas untuk melihat makhluk atau organisma lain sebagai bijak dan cerdik agak tidak berasas. Akan tetapi sel2 tubuh badan kita sebenarnya amat cerdik dan pandai, tetapi mereka hanya mengikut arahan dari minda kita sendiri yang disampai oleh otak kepada mereka melalui sistem saraf dan juga endokrin (hormon dan kimia emosi).

Minda separuh sedar atau sel2 ditubuh badan kita ini adalah bersifat objektif, ia tidak punyai akal seperti minda sedar manusia. Hanya menurut arahan dari minda sedar, contohnya jika kita ingin berjalan, kita hanya perlu niatkan sahaja dan selebihnya dikendalikan oleh minda separuh sedar. Sebab itu kita tidak perlu memikirkan imbangan, ayunan tangan, kaki dan sebagainya. Seluruh sel2 tubuh manusia itu tadi juga akur dengan perintah Allah dengan memastikan mereka hidup saling bekerjasama dengan harmoni untuk memastikan "dunia mereka" iaitu tubuh manusia itu sendiri kekal hidup. Apa akan jadi jika sekiranya sel2 ini membuat keputusan untuk membuat perkara sesuka hati tanpa hubungan, komunikasi dan juga kerjasama sesama mereka, bayangkan bagaimana jantung boleh mengepam darah jika sel2 jantung kiri tidak mahu mengepam dengan seiramanya dengan sel2 jantung kanan, bukankah manusia itu akan mati?

Setiap sel yang mempunyai nukleus (eukaryote) mempunyai fungsi yang setaraf dengan fungsi2 kehidupan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri, baik dari sistem saraf, penghadaman, saraf, perkhumuhan, endokrin, otot dan juga tulang, kulit, pembiakan dan termasuklah juga sistem imunisasi yang asas. Jadi jika dilihat pada keupayaan sel2 tubuh badan kita ini, nampaknya mereka ini (sel2 tersebut) bukanlah calang2 makhluk sebenarnya. Kesemua sel2 didalam tubuh badan kita ini menjalankan semua fungsi2 tubuh badan manusia secara semulajadi tanpa perlu campur tangan dari minda sedar manusia itu sendiri, hanya perlu terima arahan dan mereka akan melakukannya, baik arahan dari manusia itu sendiri atau pun arahan dari Pencipta yang mahukan mereka melakukan tugas2 tertentu seperti bernafas dan degupan jantung. Samalah juga seperti ciptaan Allah yang lain seperti anai2, lebah, semut dan lain2 lagi yang membuat sarang dan hidup harmoni kearah memastikan kloni mereka hidup dengan sejahteranya.

Sel2 akan khianati kita suatu hari nanti.
Di akhirat kelak semasa berlakunya hari perhitungan, siapakah yang akan menjadi saksi terhadap perbuatan2 kita didunia ini? Bukan kah anggota tubuh badan kita sendiri baik mulut, kaki, tangan termasuklah kemaluan yang akan berkata2 secara lurus apa perbuatan kita didunia ini? Terdiri dari apakah anggota2 tubuh badan kita ini jika bukan dari hasil gabungan sel2 itu sendiri? Ingatlah bahawa satu hari nanti sel2 kita ini akan mengkhianati kita dan akan menceritakan kesemua kisah2 kehidupan kita ini, kerana apa? Kerana mereka tidak punyai akal, mereka hanya terima arahan dari minda sedar kita dan itu yang mereka lakukan, contohnya apabila kita melangkah ke tempat maksiat, ianya datang dari pemikiran kita dan kita yang niatkan mahu melangkah kesana, maka sel2 kaki hanya mematuhi arahan.

Dari hujah2 yang saya bentangkan ini pula, bagaimana kita boleh kaitkan ianya dengan nafsu? Cuba fikirkan perumpamaan mudah ini. Jika setiap hari selepas makan, saya beri anak2 saya yang masih kecil (frontal lobe belum sempurna dan tidak mampu lagi berfikir) makan aiskrim, setelah beberapa lama melakukannya tiba2 satu hari saya mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi mereka atas kerana saya dapati obesiti mereka semakin meningkat. Apa akan jadi pada mereka? Disebabkan mereka masih belum mampu lagi memikirkan kesan2 buruk tabiat makan aiskrim ini, mereka akan merengek2 memintanya. Jika rengekan hanya sementara kita masih lagi boleh menahannya, akan tetapi jika sampai menangis dan meronta2, akan tiba masanya apabila kita tidak mampu menahan rengekan dan tangisan dan hanya melayan sahaja kehendak mereka.

Situasi yang sama juga berlaku didalam tubuh badan manusia itu sendiri, jika setiap hari seseorang itu melihat filem lucah, otak akan merembes kimia2 emosi yang tertentu dan ini memberi maklumat kepada sel2 apa keadaan diluar diri manusia tersebut. Walaupun hanya melihat filem, dari maklumat dari otak, sel2 tidak membezakan samada kita sendiri melakukannya atau hanya dari filem, hasil dari keghairahan itu tadi terhasil pula kimia emosi dopamine yang merupakan kimia emosi untuk ganjaran, ini seolah2 "makanan" untuk sel2 tubuh manusia itu sendiri. Jadi apabila seseorang itu berhenti menonton filem lucah, sel2 akan bertanya2, "mana makanan aku hari ini" dan secara kolektifnya akan menghantar signal keotak meminta "makanan" mereka. Maka akan terngiang2lah fikiran mahu menonton lagi filem lucah tersebut. Ini juga apa yang dipanggil ketagihan dan lama kelamaan manusia menjadi hamba kepada sel2 mereka sendiri sedangkan sepatutnya manusia yang lebih berkuasa sebagai pemimpin.

Masaalahnya, apabila acapkali di hujani dengan kimia2 emosi dari filem lucah ini, ianya sudah tidak lagi mampu memberi kesan hebat pada sel2, umpama kerapkali kita minum teh dengan satu sudu gula, lama kelamaan perlu dua sudu gula untuk terasa lebih manisnya. Begitu juga dengan sel2 kita tadi, mereka mahukan yang lebih lagi sama seperti manusia yang tidak pernah cukup. Jadi lama kelamaan filem lucah tidak lagi cukup, maka yang seterusnya adalah dengan melakukan zina itu sendiri.

Sebab itu lelaki zaman sekarang ini makin "tidak boleh pakai", saya sendiri sebagai seorang lelaki amat malu dengan keadaan ini, akan tetapi ianyanya adalah "pekung" yang sudah tidak lagi boleh ditutup. Akan tetapi adakah ini salah lelaki sahaja? Sudahlah penangan dari menonton filem lucah, dipersekitaran pula, dengan melihat cara wanita zaman moden ini berpakaian? Jika tidak menunjukkan belahan dada atau susuk badan maka itu sudah ketinggalan zaman, sudah jumud, tidak moden, wanita2 begini yang menambahkan "rencah" dalam "resepi masakan" lelaki untuk terus melakukan maksiat, curang kepada isteri, semakin bodoh dan sebagainya dan kemudiannya mengeluh suami tidak bertanggungjawab atau bagi yang mencari bakal suami, sudah tiada lagi lelaki yang baik untuk dijadikan pasangan.

Bab filem lucah ini hanyalah salah satu contoh bagaimana untuk mengaitkan dari mana datangnya nafsu itu tadi, ianya sama juga dengan nafsu2 lain seperti tamak, dengki, marah, sombong, tidak mahu menutup aurat dan sebagainya, semuanya adalah dari bantuan2 minda separuh sedar iaitu sel2 yang memberi sokongan kepada pemikiran dan tingkah laku manusia itu sendiri. Konsep berfikir dan kesan kimia emosi sudah saya jelaskan didalam artikel saya yang lepas "Berfikir Ikut Rasa & Biologi Khusyuk Solat". Ketahulah bahawa syaitan hanya perlu melakukan kerjanya sekali sahaja dan kemudiannya jika kita tidak mengawal minda kita ini maka ianya akan menjadi tabiat baru secara automatiknya.

Jadi amatlah penting untuk manusia itu sendiri memastikan arahan2 yang disampaikan kepada sel2 adalah arahan2 yang baik kerana jika tidak sel2 kita akan bekerjasama sesama mereka dan menghantar "signal" keotak untuk meminta "habuan" mereka, jika arahan2 atau maklumat yang diberi adalah suatu yang baik maka minda separuh sedar (sel2) kita akan senantiasa membawa kita kearah kebaikan, akan tetapi jika tidak maka kita akan menjadi hamba nafsu.

Jika kita lihat tangan, kaki dan tubuh badan, kita menggelarnya "tangan aku", "kaki aku", "badan aku", tetapi dimanakah "aku" itu sendiri? Adakah terletak di otak? Adakah terletak di hati? Adakah terletak di jantung? Saintis mencari "aku" di otak dan mereka tidak menemuinya, hati hanyalah sebagai agen pembersih dan pengeluar hormon, jantung boleh dipindahkan dan manusia masih hidup semasa proses itu berlaku, jadi dimana "aku" itu? "Aku" itu adalah roh manusia itu sendiri dan sedar akan kewujudan dirinya dengan proses minda itu sendiri yang berlaku didalam otak. Tubuh badan kita yang terdiri dari bilangan sel2 yang banyak ini sebenarnya hanyalah "alat" yang dipinjamkan oleh Allah supaya kita boleh menjalankan tugas sebagai khalifah dimuka bumi ini. Khalifah untuk memimpin manusia dan juga khalifah untuk memimpin jutaan sel2 didalam tubuh manusia itu sendiri.

Setiap kali kita menikmati sesuatu, baik menjamah makanan yang enak, gembira mendapat wang dengan menipu (ganjaran mudah), mencantikkan diri, memuaskan nafsu dan sebagainya, semuanya hasil dari rembesan2 kimia2 emosi seperti dopamine yang mana kita sebenarnya memberi makan kepada sel2 kita sendiri. Manusia dizaman ini rata2 sudah menjadi hamba sel2 mereka dengan berlumba2 mencari kenikmatan dunia dan semakin lupa untuk memberi makan kepada roh mereka sendiri. Makanan roh adalah hanya dengan rembesan kimia emosi cintakan Allah, dengan solat, dengan puasa dan sebagainya, dengan ilmu2 yang membolehkan manusia itu semakin dekat dan cintakan Allah, itulah makanan roh dan bekal untuk akhirat.

Bukan tidak boleh untuk makan makanan yg enak, mendapat wang, menghias diri, memuaskan nafsu dan sebagainya, kesan dari aktiviti tadi amat penting untuk memberi motivasi kepada sel2 tubuh manusia itu sendiri menjalankan perintah dan arahan2 yang diberikan, cuma ianya perlu dilakukan mengikut peraturan2 yg ditentukan oleh Allah iaitu Al Quran dan sunnah. Jika kita punyai kereta proton, takkanlah kita nak gunakan manual kereta Cherry untuk membuat penyelenggaraan. Jadi jika kita benar beriman kepada Allah, sepatutnya kita gunakan "manual" dari Allah yg mencipta manusia itu sendiri sebagai rujukan dan bukannya ambil apa yg sesuai dengan kehidupan moden ciptaan barat dan menolak apa yg dirasakan tidak sesuai. Layakkah kita yg dicipta ini memilih "manual" kita sendiri?

Atas sebab2 inilah saya menganggap diri manusia itu sendiri adalah pemimpin, pemimpin kepada lebih 50 trillion individu lain yang dipanggil sel2 didalam tubuh badan manusia itu sendiri, dan jika kita boleh mengawal mereka, maka untuk mengawal dan menguasai apa yang diluar dari diri kita iaitu manusia lain dan persekitaran akan menjadi mudah. Sebab itulah saya menekankan pemahaman didalam solat kerana melalui pemahaman itulah, maklumat2 yang tepat dan baik akan disampaikan kepada sel2 tersebut, contohnya jika 17 kali sehari kita ungkapkan "ihdinassirotolmustakim" iaitu "tunjukkanlah kami kejalan yang lurus" dan faham maknanya, maka sel2 kita juga akan mendapat maklumat yang sama dan akan membantu kita untuk menjalani kehidupan diatas landasan yang lurus dan bukan sebaliknya.

Akan tetapi dizaman yang moden ini amat mudah sekali kita tanpa sedar memberikan maklumat yang salah kepada sel2 kita, dalam contoh diatas, sekali sahaja manusia melihat filem lucah (dari bisikan syaitan), maka sel2 akan dihujani maklumat yang salah, mereka tidak tahu ianya baik atau buruk kerana mereka tidak berakal, maka itu jugalah yang akan mereka minta apabila tiba ketikanya dan jika mereka banyak jumlahnya dan kita hanya seorang, maka tewaslah kita dengan apa yang kita panggil nafsu itu sendiri.

Bukankah Allah menyatakan kemusnahan dimuka bumi ini adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri, jadi jangan salahkan orang lain jika kita mengikut hawa nafsu. Bersikap tegaslah dengan sel2 kita ini dengan sedar siapa sebenarnya yang berkuasa, kerana jika kita membiarkan mereka (sel2) ini menguasai kita maka suatu hari nanti mereka akan khianati kita dan menceritakan segala keburukan2 yang kita lakukan didunia ini, sel2 tidak bersalah kerana mereka hanya menjalankan tugas atas arahan yang diberikan oleh kita sendiri secara langsung ataupun secara tanpa sedar . Tetapi bagaimanakah arahan2 yang tidak baik boleh sampai ke sel2 tubuh badan kita ini tanpa kita sedari?

Seperti yang telah saya ceritakan serba sedikit dalam perenggan diatas, apabila kita menonton televisyen, baik drama, filem, berita dan sebagainya, kerana kesan dari fokus atau khusyuknya perhatian kita kepada apa yang dipaparkan, gelombang otak manusia turun kepada gelombang yang rendah dari keadaan normal minda sedar, lebih kepada gelombang dimana manusia itu seolah2 didalam keadaan dipukau. Jadi apa jua yang dipaparkan diTV akan diterima dan disampaikan secara bulat2 kepada minda separuh sedar iaitu sel2 kita dan tanpa mengetahui apa yang kita lihat itu suatu yg hanya di tonton itu suatu yang benar atau hanya ilusi. Ketika didalam keadaan "terpukau" ini, amat jarang sekali untuk kita memberikan penilaian tentang apa yng ditonton, baik atau buruk dan sebagainya kerana kita tenggelam bersama "ilusi" yang kita tonton itu, akibat dari itu maka maklumat yang salah tanpa kita sedari sampai ke sel2 didalam tubuh badan kita ini.

Contohnya, kerana terpesona dengan persembahan kakak2 AF, tanpa sedar apa yang dipakai oleh kakak2 ini tanpa sedar akan sampai ke sel2 kita, jadi kemudiannya apabila seseorang wanita itu keluar membeli-belah, tanpa sedar mereka akan lebih tertarik untuk mengikut fesyen kakak2 tersebut atas desakan sel2 kita yang berinteraksi dengan apa yang dipanggil minda separuh sedar. Begitu juga dengan lelaki, lihatlah fesyen rambut lelaki zaman sekarang ini yang tegak, ada juga yang ditengah2 macam balung ayam jantan bantut, mana ilham untuk mengikutnya jika bukan dari kaca tv? Ini baru bab rambut, bagaimana pula dengan adegan2 lucah yang sekarang ini sudah banyak berleluasa dilakukan oleh bangsa kita melayu yang sebelum ini terkenal dengan sifat malunya itu?

Contoh bahana dari TV itu hanyalah salah satu dari punca2 manusia menghujani sel2 mereka dengan maklumat2 yg salah, dari gambar2 atau cerita baik dari majalah dan akhbar, perbualan dengan rakan2 malah contoh yang kita lihat dari persekitaran contohnya lelaki dan wanita yg melakukan maksiat terang2an, semua ini mempengaruhi manusia dipersekitaran baik secara langsung atau tidak. Kita semua berkait dalam ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement) dan apa yg kita lakukan secara sorok2 sebenarnya boleh dirasai oleh insan lain tetapi bukan secara terus tetapi secara halus. Contohnya si ayah akan tiba2 merasa tidak selesa jika sesuatu berlaku dirumah lantas cuba untuk menghubungi (maksud saya ayah yg mithali, bukan ayah yg lepas tangan), dan siisteri pasti resah gelisah jika sisuami melakukan maksiat diluar. Tidak semestinya ia berlaku, akan tetapi jika dibuat kajian, menerusi statistik pasti ramai yang bersetuju dengan perhubungan secara halus ini.

Sebab itulah hukum hudud Islam amat tegas, contohnya memancung kepala, merejam atau memotong tangan dan sebagainya, semua ini adalah untuk kepentingan manusia secara keseluruhan dan bukan kepentingan individu. Jika manusia punyai sel2 barah, tumor atau ketumbuhan, adakah kita akan mengeluarkannya, menjaga dan merawat sehingga menjadi sel yang normal kembali dan memasukkannya semula kedalam badan? Tidak, sel2 ini adalah sel2 yang telah berubah atau mutasi dari kebiasaan dan tidak melakukan fungsi yang sepatutya maka ia perlu dibuang. Begitulah juga manusia, jika mereka sudah melakukan perbuatan2 yg sudah melangar peraturan2 yg ditetapkan, sama seperti sel2 yg bertukar menjadi barah, maka mengikut cara Islam, mereka juga harus dihapuskan. Hukuman terbuka adalah untuk supaya ianya akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada minda sedar dan separuh sedar agar tidak melakukan perbuatan yg terlarang itu.

Setiap kali saya terbang, saya menjenguk keluar melihat permukaan bumi, apabila terbang rendah diatas bandar2 besar saya perhatikan pergerakan manusia baik yang berjalan kaki mahupun didalam kenderaan, umpama semut2 di tanah yang berduyun2 menjalankan tugas masing2 membuat kerja untuk kloni mereka, cuma bezanya semut2 ini melakukan kerja dengan kerjasama yang tiada tolok bandingnya tanpa punyai perasaan tamak, hasad dengki dan sebagainya berbanding dengan manusia akhir zaman ini yang semakin mementingkan diri sendiri dan apa yang dilakukan hanyalah kiranya ia memberi kepentingan individu dan bukan kepentingan masyarakat.

Jika dilihat dari susunan2 planet mengelilingi matahari, jika dilihat dari sudut fizik atom, ianya amat serupa dengan model yang disyorkan oleh Neils Bohr yang mana elektron2 mengelilingi nukleus seperti planet2 mengelilingi matahari walaupun kemudiannya model baru diperkenalkan untuk menjelaskan quantum fizik secara mendalam. Salah satu idea didalam fizik quantum, kebarangkalian wujudnya apa yang dipanggil dunia selari (parallel universe) atau dunia yang wujud serentak (multiverse) juga bukan satu idea yang mustahil. Mungkinkah alam semesta yang kita panggil dunia ini adalah salah satu atom dalam dunia yang lain? Mungkinkah tubuh badan manusia itu sendiri adalah dunia bagi sel2 itu sendiri dan mempunyai corak kehidupan sesama mereka sendiri?. Contohnya, didalam sel2 itu sendiri ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang Islam dan ada yang kafir. Jika syiar Islam yang sering kita sampaikan kepada sel2 kita ini (melalui minda sedar kita) maka lama kelamaan kesemua sel2 kita ini akan menjadi sel2 yang baik dan bagi yang kafir akan memeluk Islam. Begitu juga yang akan terjadi jika sebaliknya.

Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan didalam hidup, contohnya mahu melangkah kemasjid atau ketempat maksiat, seolah2 berlaku pilihanraya didalam badan kita ini dengan ada sel2 yang berkempen untuk mahu ke masjid dan ada yang mahu ke tempat maksiat, maka jika banyak sel2 yang jahat, maka akan ketempat maksiatlah kita. Akan tetapi minda sedar kita punyai kuasa "veto" untuk membuat keputusan yang bijak. Jadilah pemerhati yang hebat, berlatih dengan tumpuan dan khusyuk semasa solat. Bukan sahaja ia melatih kita untuk berkuasa memilih jalan yang sebaiknya, begitu juga ianya akan menyampaikan maklumat2 yang baik dan mengikut landasan Islam kepada sel2 didalam tubuh badan kita ini.

Hampir keseluruhan hidup manusia itu dijalankan oleh minda separuh sedar ini, maka amat lah penting jika kita boleh mengetahui bagaimana untuk menggunakannya agar memberi kita manafaat bukan sahaja didunia malah di akhirat. Ingatlah, sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa sel2 kita ini akan mengkhianati kita di akhirat nanti dengan tunduk dan akur kepada Allah menceritakan apa yang telah kita lakukan, maka bukanlah tiba masanya untuk kita berusaha memberi mereka maklumat yang baik dan benar agar mereka akan menceritakan perkara2 yang baik sahaja mengenai diri kita diakhirat kelak?

Maklumat2 yang baik tidak boleh datang dari AF, dari drama swasta, dari berita TV, dari Farmville, Pet Society, perlawanan bola dan sebagainya. Semua itu adalah alat manipulasi kawalan minda agar manusia kekal didalam keadaan leka dan lalai dan mengikut sahaja apa yang disogokkan. Contohnya, jika TV itu bukan alat manipulasi minda yang utama, mengapa pembangkang tidak dibenarkan tampil di TV secara terbuka, cuma muncul di berita yang menampil kan keburukan2 mereka sahaja? Maklumat2 yang baik adalah dari ilmu2 Allah yang tidak terkira banyaknya, dari Al Quran dan hadis hinggalah kepada ilmu2 dunia seperti sains, kewangan dan sebagainya. Akan tetapi ilmu sahaja tidak cukup, didalam dunia yang penuh dengan tipu musihat ini (dunia dajjal), kita perlu juga rahmat dan "nur" dari Allah untuk melihat api yang nampak seolah2 seperti air sungai yang dingin dan sebaliknya, kerana tanpa "nur" itu, walaupun kita punyai ijazah sekalipun dan menyangka kita dijalan yang lurus sedangkan sebenarnya kita menuju kehancuran, nauzubillah.

Bumi kita ini juga boleh dilihat sebagai satu organisma yang mana manusia itu sendiri adalah sel2nya, jika semua manusia taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan semua larangan, seluruh umat manusia akan hidup aman dan harmoni, umpama binatang2 seperti lebah, semut dan anai2 yg amat cerdik membina sarang, mencari makanan, menjaga keamanan, berkembang biak san sebagainya dengan harmoni dan saling bekerjasama. Cuma dengan sedikit akal yang diberikan Allah, membuatkan manusia itu mempunyai kebebasan untuk memilih, berfikir dan belajar lantas menjadi bongkak dan sombong kerana kuasa, pangkat dan sarjana yang dimiliki, dan inilah ujiannya. Ujian bagi seluruh umat manusia didalam dunia yg sementara ini sebelum pergi kedunia akhirat yang kekal abadi. Persoalannya, adakah kita semua sudah bersedia? Soalan buat mereka yang mahu berfikir.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 28 Januari 2010

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa

Alhamdulillah setelah cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk menterjemahkan siri ceramah Sheikh Imran Hosein, akhirnya lengkaplah siri ceramah beliau mengenai sistem kewangan antarabangsa. Kebanyakan ilmu mengenai kewangan Islam dinegara kita datangnya dari Ustaz2 yang kebanyakannya bekerja untuk sistem kewangan itu sendiri jadi pada pendapat saya walau sehebat mana pun hujah2 dan pandangan2 yang diberikan, adalah amat bijak juga jika kita mendengar pendapat tokoh2 agama yang tidak punyai apa2 kepentingan didalam sistem kewangan atau perbankan.



Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein ini telah agak lama dirakamkan, iaitu semasa Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri akan tetapi terdapat banyak maklumat yang diberikan oleh Sheikh Imran dan apa yang pastinya tidak pernah di sampai ke telinga manusia kebanyakan, terutamanya bagaimana sistem kewangan antarabangsa beroperasi dan apa yang amat memeranjatkan adalah keseluruhan sistem itu tersendiri diasaskan atas dasar penipuan, malah Sheikh mengklasifikasinya sebagai riba'. Seluruh umat manusia didunia sebenarnya telah menjadi hamba kepada kuasa besar dunia dan menyokong mereka dengan menggunakan matawang US dollar sebagai matawang urusniaga antarabangsa.

Didalam siri ceramah ini juga beliau menjelaskan perihal riba' dan bagaimana secara senyap seluruh manusia tanpa sedar hidup didalam kancah riba' menerusi penggunaan wang kertas. Barangkali riba' dari wang kertas ini lah yang Nabi ungkapkan didalam hadis baginda sebagai wap atau debu yang akan hinggap kesemua umat manusia.

Riwayat Abu Hurairah: Nabi Muhammad SAW bersabda; Akan tiba masanya dimana hanya manusia yang menerima riba' sahaja yang tinggal, dan jika dia tidak menerimanya sekalipun, sedikit wap riba' itu akan sampai kepadanya. Ibn Isa pula meriwayatkan: Debu riba akan sampai kepadanya. Sahih Abu Dawud Buku 22, Hadis 3325.

Keseluruhan siri ceramah ini boleh diikuti di laman youtube menerusi linknya dibawah perenggan ini. Harap luangkan masa yang sesuai untuk menonton, mendengar dan memahaminya agar kita mendapat manafaat darinya. Insyaallah moga wujudnya kesedaran dihati kita semua untuk bertaubat dan cuba sedaya upaya untuk lari daripada riba' ini walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Insyaallah.


Kerjasama anda amat diharapkan untuk menyampaikan maklumat kepada rakan2 yang lain, sambil berbual diwaktu rehat, cuba selit2kan maklumat dari ceramah Sheikh Imran ini agar timbul minat rakan2 anda untuk mengikutinya. Anda boleh juga menyiarkan video ini di laman blog, web ataupun pada "wall facebook" anda. Terimakasih saya dahulukan.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 26 Januari 2010

Perokok Dan Frontal Lobenya - Mengapa Gambar Ngeri Masih Tidak Menakutkan Mereka?

Pada awalnya hanya amaran pada kotak yang merokok itu membahayakan kesihatan, yang terbaru, gambar-gambar ngeri penyakit yang menyerang perokok juga diletakkan pada kotak2 rokok. Akan tetapi mengapa perokok2 tegar masih terus merokok dan seolah2 membutakan matanya, tidak kisah akan penyakit2 yang bakal dihadapi disebabkan oleh perbuatan mereka itu walaupun gambar ngeri ini terpampang didepan mata?


Apakah sebenarnya berlaku didalam diri seseorang itu yang menyebabkan mereka dengan selambanya tidak mengendahkan segala amaran2 ngeri ini? Jawapannya adalah kerana sesuatu telah berlaku didalam otak mereka dan ini memberi kesan negatif terhadap pemikiran, memang salah satu kesan akibat merokok adalah juga adalah "stroke" atau angin ahmar tetapi itu kesan fizikal jangka panjang, kerosakan secara senyap pada bahagian otak inilah yang menyebabkan mereka juga tidak mampu melihat dan nampak kesan keburukan merokok itu sendiri.


Pada artikel saya yang lepas, telah saya memperkatakan mengenai kerosakan pada frontal lobe mereka yang merokok, disini saya ingin menceritakan dengan lebih terperinci kesan terhadap corak pemikiran akibat dari kerosakan itu. Gambar disebelah ini adalah imbasan SPECT otak manusia dan imej adalah struktur otak dilihat dari bawah, bahagian atas adalah bahagian depan otak. Jika kita lihat pada gambar imbasan otak perokok, kesan dari nikotin itu menyebabkan banyak bahagian otak mereka menjadi "berlubang", bukan lubang fizikal tetapi bahagian otak yang tidak aktif, ini membuatkan perokok tidak menggunakan kapasiti dan keupayaan maksimum otak mereka untuk membuat keputusan2 yg lebih bijak.

Cuba bandingkan otak mereka yang sihat tanpa rokok, dadah atau arak (gambar kiri) dengan gambar otak perokok (gambar kanan), bukankan jauh bezanya? Setuju tak anda jika saya katakan mereka yang sihat ini menggunakan seluruh kemampuan dan keupayaan otak mereka?

Imbasan menggunakan teknologi SPECT ini dipopularkan oleh Dr Daniel Amen dari Amerika dan pelbagai kesan2 buruk akibat pengambilan bahan 2 "sampah" seperti dadah dan alkohol boleh dilihat dilaman web beliau disini.

Bahagian otak yang menerima kesan teruk akibat dari nikotin ini adalah frontal lobe. Bahagian ini juga yang membezakan manusia dengan haiwan, jadi bukankah kita sepatutnya menjaga bahagian otak ini agar kita kekal sebagai manusia yang bersikap manusia dan bukan sebaliknya? Cerita terperinci mengenai frontal lobe boleh dibaca disini, secara amnya bahagian inilah yang membolehkan manusia itu "melihat jauh" kesan masa depan akibat tindakan masa kini. Jika bahagian ini sudah rosak, maka letak gambar ngeri macamana sekalipun ianya tidak akan memberi apa2 kesan kepada perokok. Mereka tidak boleh kaitkan antara rokok dengan penyakit.

Frontal lobe ibarat "CEO" pada syarikat, menerima semua maklumat dari pelbagai "jabatan kehidupan", menganalisa dan membuat keputusan selari dengan kehendak jangka pendek mahupun jangka panjang. Jika "CEO" sudah lemah, maka keputusan2 bijak tidak dapat di ambil maka kesan pada kehidupan "syarikat" manusia itu sendiri akan menjadi penuh dengan kesusahan dan kepayahan.

Lihat pada remaja yg kebanyakannya membuat keputusan melulu didalam hidup pentingkan keseronokan dan hiburan hingga mengabaikan pelajaran, terjebak dengan maksiat dan sebagainya, kerana apa? Kerana frontal lobe mereka belum lagi terbentuk dengan sepenuhnya, jadi pada peringkat remaja inilah ibu dan bapa sepatutnya memberikan perhatian lebih kepada mereka. Frontal lobe akan terbentuk sepenuhnya antara umur 20-25 tahun, apa yang kita panggil kematangan, pada pendapat saya hanya anak2 yang sentiasa memikirkan kepayahan hidup akan cepat matang berbanding dengan anak2 yang hidup senang dengan banyak menghabiskan masa dengan hiburan TV, internet dan video games.

Berbalik kepada cerita perokok tadi, akibat dari kesan merokok itu, mereka kembali menjadi seperti remaja yang tidak boleh melihat kesan tindakan mereka pada masa depan, mereka tidak mampu untuk mengaitkannya, jadi siisteri, makayah atau rakan2 akan berbuih2 lah mulut cuba memberi nasihat agar berhenti merokok tetapi ini ibarat mencurahkan air diatas daun keladi sahaja. Mungkin selepas membaca artikel ini dan tahu apa terjadi pada otak mereka sekalipun mereka tetap dengan selambanya terus merokok.

Apa sahaja bahan asing yang menyebabkan situasi minda berubah, dari kopi, ubat batuk, gam, arak hinggalah kepada segala jenis dadah, ianya akan merosakkan sel2 otak terutamanya frontal lobe, bahagian yang membolehkan manusia fokus kepada sesuatu. Sebab itu sesetengah manusia minum arak dan mengambil dadah kerana mereka sebenarnya mahu melupakan masalah mereka, cuba mengalihkan perhatian atau fokus mereka dari realiti sebenar. Contoh yang sama pada perokok, perhatikan sikap mereka apabila dilanda masaalah, bukankah makin banyak jumlah rokok yang dihisap?

Memang ada perokok terdiri dari golongan profesional dan berjaya didalam kehidupan, akan tetapi perlu juga ditanya adakah mereka ini berjaya untuk kehidupan diakhirat, frontal lobe yang lemah akan membuatkan anda bertambah2 professional mengejar dunia akan tetapi tidak mampu melihat kesan tindakan anda itu apatah lagi bersiap sedia untuk kehidupan diakhirat.

Setiap batang rokok yang nyalakan, itu juga sama juga dengan mendermakan sebutir peluru buat Yahudi laknatullah untuk menembak saudara mara kita di Palestin, fikir2kan lah, atau itu tidak lagi terjangkau oleh pemikiran kerana frontal lobe sudah lama tidur nyenyak didodoikan oleh nikotin.

Masih belum terlambat untuk berhenti dan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada perokok yang mampu berhenti tanpa perlu berubat atau melakukan apa2 terapi, yang penting kekuatan minda dan tahu siapa yang lebih berkuasa, jasad anda atau minda anda. Nikotin itu makanan jasad dan badan anda yang ketagihkan ianya setiap masa, solat dan ilmu adalah makanan roh dan pemberi kekuatan kepada minda. Latihlah kekuatan minda dengan solat yang ikhlas dan khusuk, insyaallah akan lebih mudah kita membuat keputusan2 yg bijak didalam kehidupan.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 5 Januari 2010

Pentingnya Memahami Bacaan Solat

Tentu ramai yg masih ingat lagi zaman dimana drama2 radio amat digemari baik drama kekeluargaan seperti "Rumah No 5 Persiaran 1" hinggalah ke siri cinta tengah malam "Memori" (kalau tak silap lah akan tajuknya". Walaupun hanya mendengar suara para "pelakon dibelakang tabir" tanpa melihat gerak geri, mimik muka dan juga perlakuan "pelakon" itu sendiri, kita mampu mengikutinya dengan penuh perasaan malah hingga naik marah atau pun menangis apabila tiba ke segmen-segmen tertentu.

Mengapa kita boleh turut beremosi dan boleh mengikuti penuh perasaan akan drama-drama radio ini? Sebabnya adalah kerana mereka "membaca" skrip-skrip mereka itu didalam bahasa yang boleh kita fahami, lantas otak merembes kimia-kimia esmosi tertentu dan ini membuatkan sel-sel badan kita melakukan tugas-tugasnya seperti menaikkan degupan jantung apabila marah dan mengangis apabila sedih. Begitu jugalah pada masa kini, jika kita menonton wayang di pawagam ataupun menonton siri TV dari luar negara, mengapa perlu ada sarikata? Supaya kita faham dengan apa yg ditutur katakan lantas memberi kesan dari jalan cerita tersebut.

Menarikkah cerita cinta jika apa yg dituturkan oleh pelakon baik dari drama radio mahupun lakonan di TV tidak kita fahami? Bolehkah kita mendapat manafaat dari ceramah2 yang disampaikan oleh penceramah dari negara asing yang memberi ceramah tanpa dapat kita fahami apa yg ditutur katakan? Jika didalam hal-hal ini kita utamakan pemahaman, mengapa tidak didalam solat?

Dengan memahami apa yang kita kumat-kamitkan didalam solat, rembesan kimia-kimia emosi tertentu juga akan dihasilkan oleh otak terutama dari hipothalamus dan juga kelenjar pituatari yang mana adalah bahagian utama dalam sistem endokrin tubuh manusia. Menerusi kimia2 emosi yg tertentu inilah sel-sel tubuh badan kita akan memahami apa yang kita ucapkan lantas memberi lebih makna dan tumpuan didalam solat itu sendiri.

Memahami solat ini amat penting didalam konsep solat itu sendiri kerana pada pendapat saya, menerusi pemahaman didalam solat inilah kunci "mencegah kemungkaran". Semasa disekolah dahulu ketika perhimpunan pagi sering lafaz rukunegara dilaungkan, kerana apa? kerana pemerintah mahukan rakyat yg "setia kepada raja dan negara" dan sebagainya. Cuba bayangkan jika rukunegara itu diucapkan didalam bahasa Arab tanpa maknanya di terangkan, rasanya mampukan laungan rukunegara itu memberi kesan?

Mungkin ada yang berkata "Allah faham apa yg kita ucapkan" iaitu bacaan didalam bahasa arab itu akan tetapi jika kita sendiri tidak memahaminya, adakah ia akan memberi manafaat kepada kita? Umpama kita keluar negara dan pergi ke restoran yang mana menunya didalam bahasa asing yang tidak difahami. Kerana ego tidak mahu bertanya dan faham akan menu tersebut kita terus sahaja memesan apa yang tertera, apabila yang datang ke meja tidak menepati citarasa kita, siapa yang harus disalahkan?

Alhamdulillah saya mendapat ilham untuk memudahkan lagi pemahaman akan ayat2 yang dibaca didalam solat dengan merakamkan bacaan-bacaan solat berserta dengan terjemahannya sekali. Disini saya ingin berkongsi rakaman mp3 yang saya rakam sendiri menggunakan program Wavepad. Ia boleh didapati dengan percuma disini. Dengan hanya menggunakan microfon dari laptop, rakaman yang agak baik boleh dihasilkan. Anda boleh muatturun bacaan yang telah saya siapkan atau merakam bacaan anda sendiri.

Rakaman yang saya buat adalah lengkap untuk semua bacaan bagi semua solat fardhu dan sunat, rujukan saya adalah buku Panduan Lengkap Ibadah Solat karangan Hj Jojari Hj Alias terbitan Darulnuman. Anda boleh muat turun rakaman saya atau rakaman anda sendiri ke telefon bimbit, pemain mp3 ataupun rakam ke cakera padat dan dengar ketika masa lapang, contohnya semasa memandu. Asyik mendengar lagu dan celoteh DJ, sekali sekala dengarkan juga bacaan2 solat dan terjemahannya agar ketika solat lebih mudah kita memahami apa yg kita ucapkan, bukan ketika solat teringat kembali lagu-lagu hiburan ataupun celoteh DJ walaupun mulut terkumat kamit bacaan solat.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan... Surah An Nisa 4:43

Masalah kita yang mana bahasa arab bukan bahasa ibunda, tanpa mabuk pun kita tetap tidak faham apa yg kita kumat kamitkan, oleh sebab itu menjadi kemestian bagi kita supaya memahami apa yg dibaca supaya kita patuh mengikut perintah Allah seperti didalam ayat diatas itu tadi. Lagu-lagu baru akan mudah dihafal apabila kita kerap mendengarnya, begitu juga dengan rakaman bacaan solat, semakin kerap kita mendengarnya maka semakin mudah kita memahami bacaan solat kita. Ketika pertama kali mengalami sesuatu pengalaman itu (dalam contoh ini makna bacaan solat) jaringan neuron baru terbentuk didalam otak kita, mengingati pengalaman itu (bacaan solat) pula umpama mengangkat besi untuk menaikkan otot, dalam kes otak pula untuk mengutuhkan jaringan neuron tersebut agar lebih mudah kita mengingatinya.

Sila klik kiri tetikus anda untuk mendengar atau klik kanan tetikus dan "save file as" untuk muat turun.

Harap rakan-rakan mendapat manafaat dan boleh bertambah khusyuk didalam solat agar iman didalam hati semakin hari semakin kuat, solat dengan batin dan bukan solat hanya dengan zahir sahaja iaitu fizikal sahaja tunggang terbalik tetapi solat itu masih tidak mampu mencegah kemungkaran, wallahualam.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 8 Disember 2009

Benarlah Cinta Itu Buta - Sains Membuktikannya

"Mengapa kamu memakai cincin perkahwinan kamu di jari yang salah?"
"Oh.. kerana aku berkahwin dengan orang yang salah"
Lawak barat

Cinta itu buta, pepatah yang seringkali diucapkan oleh segenap manusia, baik dari para artis, penyajak apatah lagi oleh mereka yang bercinta, setelah sekian lama ianya menjadi misteri, saintis Andreas Bartels and Semir Zeki dari Wellcome Department of Imaging Neuroscience, University College London membuktikan ungkapan tersebut. Dengan menggunakan sistem imbasan "Functional Magnetic Resonance Imaging" (fMRI), apa yang berlaku didalam otak manusia akibat "cinta" itu dapat dikaji dan difahami dengan lebih mendalam lagi.

Dengan menggunakan teknik fMRI ini, mereka mendapati kawasan tertentu otak menjadi aktif yang mana ini yang membuatkan cinta memberi kesan yang hebat kepada manusia. Mereka juga mendapati "cinta" juga menyebabkan aktiviti dibahagian tertentu otak terhenti dan menyebabkan kita tidak nampak akan kepincangan atau keburukan pada seseorang yang kita cintai itu, inilah yang dikatakan "buta".

Kertas saintifik mereka itu membuat kajian cinta antara ibu dan anak dan juga antara lelaki dan wanita, kedua2nya menunjukkan keputusan yg hampir serupa. Baik ibu dan anak mahupun pasangan kekasih, manusia akan menjadi "buta" disebabkan oleh cinta. Menurut pandangan saintis, cinta adalah sesuatu yg "terbina" didalam diri manusia itu sendiri untuk memastikan manusia terus kekal dimuka bumi baik dari segi berkembang biak mahupun untuk menjaga anak2 tersebut. Bayangkan apa terjadi jika kita serta merta boleh nampak akan kepincangan orang yg dicintai? Maka ramai yg tidak akan berkahwin, si anak pula akan mati kerana siibu tidak mahu bergelumang dengan kepayahan menjaganya.

Kedua2 saintis tersebut mengambil data imbasan otak dari 22 ibu yg melihat gambar anak2 mereka dan juga anak2 wanita lain yang rapat dengannya, Mereka juga mengambil imbasan otak dari sukarelawan lain dan mengambil data imbasan otak ketika mereka melihat gambar pasangan, kawan baik dan juga kenalan.

Data dari imbasan otak itu menunjukkan bahawa, bg kedua2 jenis hubungan (ibu anak dan kekasih) bahagian otak yg dikaitkan dengan "mendapat ganjaran" menjadi aktif. Ianya sama juga ketika keadaan kita mendapat ganjaran lain seperti makanan, minuman, mengambil dadah dan juga mendapat ganjaran wang atau duit. Jadi "cinta" itu juga boleh dilabelkan sebagai dadah, cuma ianya dadah semulajadi wujud didalam diri manusia itu sendiri.

Bahagian otak yg menjadi tidak aktif (switch-off) pula adalah kawasan2 tertentu di prefrontal cortex (frontal lobe), yang mana ianya adalah bahagian otak yg membuat penilaian sosial terhadap seseorang itu, apa yg dipanggil "critical sosial assessment". Begitu juga dengan kawasan otak yang ada hubungannya dengan emosi negatif seperti kekasaran, ketakutan dan juga merancang. Dalam erti kata lain, esmosi cinta itu bukan sahaja membuatkan manusia itu "buta" dan tidak nampak kekurangan/kepincangan atau keburukan terhadap insan yang dicintai itu, malah emosi2 negatif terhadap pasangan juga tidak wujud disebabkan oleh emosi cinta itu. Akan tetapi apabila emosi cinta itu sudah berkurangan, bahagian otak yg membuat penilaian sosial itu tadi akan menjadi aktif semula.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua2 hubungan ini antaranya adalah, dalam hubungan kekasih, bahagian otak yg terlibat dalam rangsangan sex juga menjadi aktif, ini tidak didapati dalam imbasan hubungan ibu dan anak. Begitu juga pada bahagian otak yg mengenal pasti reaksi muka (facial expression) juga amat aktif dalam hubungan ibu dan anak. Penulis kertas saintifik itu membuat andaian, kebolehan untuk melihat reaksi perubahan pada muka anak penting untuk ibu mengetahui situasi anak.

Apakah implikasi kajian ini terhadap kehidupan manusia didunia ini? Adakah si"dia" yg kita cintai itu benar2 sesuai untuk kita? Bolehkah kita hanya percaya kepada perasaan cinta terhadap seseorang itu jika "cinta" tersebut membuat kita tidak nampak akan kekurangan atau keburukan seseorang yg digilai itu? Jika seseorang itu sedang mabuk bercinta akan tetapi ibu dan bapa tidak merestui atau menghalang perhubungan tersebut, ataupun mungkin ada rakan2 yang cuba menasihati agar tidak meneruskan hubungan dengan seseorang itu, ini adalah kerana mereka boleh nampak ketidak suaian si "dia", tetapi yg sedang mabuk bercinta tidak nampak dan memarahi ibu bapa dan rakan malah ada yang lari dari rumah kerananya. Ini kes yang kecil, bagaimana pula dengan kes sehingga meninggalkan agama yang sudah tidak menjadi suatu yg menghairankan lagi?

Bagaimana pula dengan cintakan dunia? Cintakan materialism, harta, rumah kereta dan kesenangan hidup didunia. Cintakan dunia berkait rapat dengan ganjaran serta merta yg boleh dirasai, dilihat, dipegang dan dialami secara nyata dan ini juga melibatkan bahagian otak yg sama (reward center). Walaupun lapuran saintifik ini tidak mengkhusus kepada cintakan materialistik, jika dikaitkan dengan "ganjaran" yg diperolehi dari nikmat dunia itu maka hipotesis saya, ia juga membuatkan kita tidak nampak akan keburukannya. Disebabkan itu manusia akan menghalalkan apa yang haram jika cintakan dunia itu menyelimuti pemikiran dan emosi mereka dan tidak lagi boleh nampak kerosakan besar yg dialami disebabkan perbuatan mereka itu tadi. Maka tidak hairanlah jika manusia menghalalkan riba apa yg Allah haramkan, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan arak apabila Allah mengharamkannya. Jika dikaitkan kembali dengan cinta terhadap manusia, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan pergaulan bebas apabila Allah mengharamkannya.

Masalah utama cintakan dunia ini sebenarnya adalah ianya tidak akan pernah cukup, contohnya apabila anda mendapat kereta baru, bukan main hebat menjaganya malah sanggup basuh setiap hari, selepas beberapa minggu komitmen anda mula luntur, tak lama selepas itu model baru pula keluar dijalanan dan anda akan mula befikiran untuk menukar kereta. Bagaimana pula dengan cinta ibu bapa dizaman ini dengan membiarkan anak dijaga oleh orang lain? Adakah cintakan wang, harta dan pangkat sudah melebihi cintakan si anak sedangkan fitrah wanita itu adalah untuk melahir,menjaga, mengasuh dan mendidik anak dan bukannya untuk bersaing dengan kaum lelaki? (Saya sedari ini soalan sensitif, maka tepuk dada, tanya iman dan aktifkan frontal lobe anda sebelum memberi komen).

Cintakan dunia juga amat bahaya kerana Allah telah berfirman didalam al Quran;

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya" Surah Hud 11:15

bermakna, disebabkan Pemurahnya Allah itu, apa yg kita inginkan boleh sahaja dikecapi jika kita berusaha walaupun tanpa mengira halal dan haram akan tetapi hanya apabila di akhirat kelak baru kita sedar siapa sebenarnya yang rugi.

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah" Surah Al Isra 17:18

Jadi apakah benteng kita terhadap "buta" didunia ini? Jawapannya teramat mudah, cintailah Allah kerana walaupun kita "buta" disebabkan perasaan dan emosi cinta itu, tiada cacat celanya pada Allah, Maha sempurna segalanya, malah selangkah kita rapatkan diri dengan Allah (dengan mencintai Allah) sepuluh langkah Allah SW akan menghampiri kita, dan ini adalah pendinding kita terhadap segala tipu muslihat didunia ini. Utamakanlah cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum yang lain, sudah janji Allah itu kebaikan dan kesenangan akan menyusul kemudiannya baik untuk didunia mahupun diakhirat.

Sebab itulah juga Nabi berpesan agar memilih agama sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan lebih utama berbanding harta dan keturunan kerana itu sebenarnya jaminan keselamatan dunia dan akhirat, akan tetapi berapa ramaikah kita yg benar2 mengikut pesanan baginda? Mungkin disebabkan itulah banyak terjadinya perceraian apabila pasangan tidak boleh berkompromi selepas berkahwin setelah mula melihat keburukan atau kepincangan pasangan apabila emosi cinta yg sebelumnya itu berkobar2 mula menurun (bahagian otak untuk penilaian sosial kembali aktif). Dengan ego baik pada lelaki dan wanita, maka masing2 membuat haluan tersendiri dan anak menjadi mangsa. Sebab itu niat asal (nawaitu) untuk berkahwin itu amat penting, adakah kerana rupa, harta, kesenangan dunia atau untuk mendapat keredhaan Allah?

Benarlah cinta itu buta, sebab itu ramai yg teraba2. Meraba mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara tanpa lagi memikirkan hukum halal haramnya, bolehkah kita mengharap kebahagiaan pada manusia jika kita "buta" akan kekurangan pada orang yg dicintai? Bolehkah kita mengharapkan dunia jika ianya tidak akan pernah cukup untuk memenuhi nikmat materialism itu? Sesungguhnya hanya pada Allah sahajalah kita boleh berharap untuk mendapat kebahagiaan didunia dan seterusnya diakhirat. Cintailah Allah kerana dari Dialah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Jadikanlah suruhan dan larangan2 Allah itu sebagai pedoman hidup, bukan memilih apa yg sesuai untuk dan menolak dengan apa yg tidak apabila akal pendek manusia tidak boleh melihat tujuan dan kebaikannya, lebih dasyat lagi apabila meng"hadhari"kan Islam untuk menyesuaikannya dengan kehidupan moden. Nauzubillah.

Rujukan


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas